komponen kecergasan fizikal

3
Koponen Kecergasan Fizikal Komponen kecergasan Fizikal terahagi kepada dua bahagian iaitu kecergasan berasaskan kesihatan dan kecergasan berasaskan lakuan motor. Seseorang yang sihat perlu mempunyai kecergasan berasaskan kesihatan tetapi sekiranya seseorang yang ingin mempunyai prestasi yang tinggi dan mantap seperti atlit, ia perlu menguasai kedua-duanya sekali gus. Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kesihatan Kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan berkait rapat dengan penjagaan kesihatan diri secara keseluruhan. Kecergasan ini merangkumi lima komponen utama, iaitu: 1. Daya tahan kardiorespiratori Daya tahan kardiorespiratori atau kardiovaskular ini didefinisikan sebagai keupayaan untuk menghantar nutrien, terutama oksigen, ke otot-otot yang bekerja dan mengangkut keluar hasil buangan ketika kerja fizikal yang berterusan. Komponen ini melibatkan efisiensi jantung, salur darah dan paru-paru. 2. Daya tahan otot Daya tahan otot didefinisikan sebagai keupayaan otot menghasilkan daya submaksimum yang berulang-ulang mengatasi rintangan atau mengekalkan kontraksi otot berterusan untuk suatu jangka masa yang panjang. Komponen ini merangkumi aktiviti yang melibatkan suatu jangka masa yang panjang pada intensiti yang rendah. 3. Kekuatan otot Kekuatan otot didefinisikan sebagai keupayaan sesuatu otot atau kumpulan otot menghasilkan daya maksimum mengatasi rintangan. Komponen ini merangkumi aktiviti yang melibatkan suatu jangka masa yang pendek pada intensiti yang tinggi. 4. Fleksibiliti Fleksibiliti merujuk pergerakan sesuatu sendi melalui julat

Upload: mark-ross

Post on 21-Jun-2015

4.249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Komponen Kecergasan Fizikal

Koponen Kecergasan Fizikal

Komponen kecergasan Fizikal terahagi kepada dua bahagian iaitu kecergasan berasaskan kesihatan dan kecergasan berasaskan lakuan motor. Seseorang yang sihat perlu mempunyai kecergasan berasaskan kesihatan tetapi sekiranya seseorang yang ingin mempunyai prestasi yang tinggi dan mantap seperti atlit, ia perlu menguasai kedua-duanya sekali gus.

Kecergasan Fizikal Berlandaskan KesihatanKecergasan fizikal berlandaskan kesihatan berkait rapat dengan penjagaankesihatan diri secara keseluruhan. Kecergasan ini merangkumi limakomponen utama, iaitu:

1. Daya tahan kardiorespiratoriDaya tahan kardiorespiratori atau kardiovaskular ini didefinisikansebagai keupayaan untuk menghantar nutrien, terutama oksigen, keotot-otot yang bekerja dan mengangkut keluar hasil buangan ketikakerja fizikal yang berterusan. Komponen ini melibatkan efisiensijantung, salur darah dan paru-paru.

2. Daya tahan ototDaya tahan otot didefinisikan sebagai keupayaan otot menghasilkandaya submaksimum yang berulang-ulang mengatasi rintangan ataumengekalkan kontraksi otot berterusan untuk suatu jangka masa yangpanjang. Komponen ini merangkumi aktiviti yang melibatkan suatujangka masa yang panjang pada intensiti yang rendah.

3. Kekuatan ototKekuatan otot didefinisikan sebagai keupayaan sesuatu otot ataukumpulan otot menghasilkan daya maksimum mengatasi rintangan.Komponen ini merangkumi aktiviti yang melibatkan suatu jangkamasa yang pendek pada intensiti yang tinggi.

4. FleksibilitiFleksibiliti merujuk pergerakan sesuatu sendi melalui julat pergerakansepenuhnya. Fleksibiliti perlu bagi pergerakan yang lancar dan efisien,juga dapat mencegah daripada berlakunya kecederaan pada bahagiansendi dan otot.

5. Komposisi badanKomposisi badan merujuk perkadaran jumlah lemak badan denganberat tanpa lemak. Peratusan lemak badan adalah pengukurankegemukan yang lebih baik berbanding berat badan. Kelebihan lemakdalam badan amat berkaitan dengan pelbagai jenis penyakit kronik.

Kecergasan Berlandaskan Perlakuan Motor

Page 2: Komponen Kecergasan Fizikal

Kecergasan berlandaskan perlakuan motor berkait rapat denganpencapaian kemahiran dalam aktiviti sukan. Kecergasan ini merangkumienam komponen, iaitu:

1. KepantasanKepantasan didefinisikan sebagai keupayaan melakukan pergerakandalam suatu jangka masa yang singkat.

2. KuasaKuasa berkait rapat dengan kadar melakukan sesuatu kerja.

3. KoordinasiKoordinasi berkait rapat dengan keupayaan menggunakan deriaseperti penglihatan dan pendengaran bersama dengan anggota badandalam melakukan pergerakan motor dengan lancar dan tepat.

4. KeseimbanganKeseimbangan berkait rapat dengan keupayaan mengekalkankeseimbangan ketika dalam keadaan statik atau bergerak.

5. KetangkasanKetangkasan berkait rapat dengan keupayaan mengubah haluan ataupergerakan dengan pantas dan tepat melalui ruang.

6. Masa tindak balasMasa tindak balas berkait rapat dengan masa antara suatu stimulusdengan permulaan tindakan kepada stimulus tersebut.