kecergasan fizikal (t9)

21
TOPIK 9 TOPIK 9 KECEDERAAN DALAM SUKAN KECEDERAAN DALAM SUKAN

Upload: cgu-nick

Post on 26-Sep-2015

301 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pjk

TRANSCRIPT

  • TOPIK 9

    KECEDERAAN DALAM SUKAN

  • PETA MINDA

    KECEDERAAN

    DALAM SUKAN

    PENGENALAN KEPADA

    KECEDERAAN DALAM

    SUKAN

    Konsep dan Definisi Jenis-jenis Kecederaan

    dalam Sukan

    PENCEGAHAN KECEDERAAN

    DALAM SUKAN

    Prinsip Pencegahan Kepentingan Memanaskan Badan Ansur Maju Latihan Aktiviti yang Menggalakkan

    Kecederaan

    Keselamatan Kemudahan

    dan Peralatan

    Peralatan Perlindungan
  • 9.1.1 Konsep dan Definisi

    Kecederaan sukan dapat didefinisikan sebagai kerosakan yang disebabkan oleh trauma fizikal yang dialami oleh tisu-tisu badan.Punca-punca kecederaan sukan adalah disebabkan oleh latihan yang tidak mencukupi dan kurang penyesuaian dengan aktiviti yang akan dijalankan.
  • 9.1.2 Jenis-jenis Kecederaan dalam Sukan

    Dikategorikan kepada kecederaan tisu lembut dan kecederaan tisu keras.Kecederaan tisu lembut termasuklah kesemua kecederaan yang berlaku di ligamen, tendon dan otot manakala kecederaan tisu keras pula adalah kecederaan yang berlaku pada tulang.
  • 9.1.2 Jenis-jenis Kecederaan dalam Sukan

    Ligamen

    Ligamen adalah tisu serabut kolagen yang kuat. Terdapat dua jenis tisu serabut iaitu serabut putih dan serabut elastik kuning.

    Jika tercedera, ia memakan masa selama 3 minggu untuk pulih sediakala.

    Seliuh

    Kecederaan pada serat-serat ligamen. Terputus sebahagiannya sahaja atau putus kesemuanya. Sering berlaku kepada sendi lutut, pergelangan kaki, siku, bahu dan pinggang. Seliuh menjadikan kawasan yang terlibat membengkak, sakit dan lebam. Jika lebam terjadi di kawasan sendi-sendi yang tersebut, anda boleh mengesyaki bahawa seliuh atau patah telah berlaku.

  • 9.1.2 Jenis-jenis Kecederaan dalam Sukan

    Tendon

    Ia terletak di bahagian hujung otot dan melekat pada tulang yang digerakkan oleh otot.

    Tendon Terputus

    Sering terlibat ialah tendon Archilles dan tendon kuadrisep. Kecederaan yang terjadi mungkin melibatkan keseluruhan atau sebahagiannya sahaja. Individu yang mengalaminya mungkin boleh mendengar bunyi tendon terputus. Agak sukar untuk digerakkan sekiranya ini berlaku.

  • 9.1.2 Jenis-jenis Kecederaan dalam Sukan

    Otot

    (a) Kekejangan Urat dan kekejangan Otot

    Ia terjadi semasa seseorang menjalani latihan atau

    semasa pertandingan. Kekejangan otot juga boleh

    berlaku semasa menggeliat apabila bangun dari tidur.

    Ia juga boleh berlaku semasa menulis, berenang dan

    melakukan aktiviti fizikal (sukan). Boleh terjadi apabila

    faktor keletihan atau fatigue berlaku. Ini disebabkan

    oleh pengumpulan asid laktik yang berlebihan.

    (b) Koyak Otot

    Otot mungkin terkoyak melibatkan sebahagian atau

    melibatkan keseluruhan otot. Kerana tujuan untuk

    mendapatkan prestasi yang maksimum, otot-otot

    bergerak dengan pantas. Ini menyebabkan otot koyak

    dan atlet reban (jatuh).

  • 9.1.2 Jenis-jenis Kecederaan dalam Sukan

    4. Tulang

    Patah Tulang

    Patah tulang atau retak di tulang terjadi disebabkan tendangan, hentakan atau pukulan yang kuat. Kawasan tisu-tisu lain seperti otot, saraf, saluran darah juga terlibat. Patah akan mengakibatkan kawasan di situ ditakungi darah yang merembes dari pembuluh yang terdapat di hujung tulang yang patah.

    Tanda-tanda terpenting kecederaan ini ialah kawasan yang patah deformed atau cacat. Terdapat juga bengkak, sakit(pedih) dan krepitus disebabkan pergeselan hujung tulang yang terlibat. Kawasan yang terlibat harus di x-ray terlebih dahulu bagi mendapat kepastian.

  • 9.1.2 Jenis-jenis Kecederaan dalam Sukan

    Sendi

    Kehelan Sendi (Dislokasi dan Subluksusi)

    Dislokasi atau kehelan terjadi apabila satu permukaan tulang yang menjadi sendi terkeluar dari permukaan tulang rawannya.

    Subluksusi terjadi apabila permukaan tulang yang menjadi sendi terkeluar sedikit dari tempat asalnya tetapi sebahagian permukaannya masih bertemu. X-ray adalah cara bagaimana menentukan tahap kecederaan jenis ini.

  • 9.2 PENCEGAHAN KECEDERAAN DALAM SUKAN

    9.2.1 Prinsip Pencegahan

    Prinsip latihan bagi mengelakkan kecederaan ialah:

    Memanaskan badan

    Penambahan beban senaman secara beransur-ansur (Gradualness)

    Tempoh Latihan (Timing 1 1 hr)

    Intensiti

    Kesanggupan diri (Capacity level)

    Kekuatan (Strength)

    Motivasi (Motivation)

    Pengkhususan

    Relaksasi

    Rutin

  • 9.2.1 Prinsip Pencegahan

    Memanaskan Badan

    Amalkan senaman memanaskan badan sebelum menjalani apa-apa senaman latihan yang lebih membebankan.

    Penambahan Beban Senaman Secara Beransur-ansur

    Secara beransur-ansur sedikit demi sedikit.

    Tempoh Latihan

    Berlatih pada paras yang boleh dilakukan dan jangan berlatih hingga badan menjadi terlalu letih. Tempoh masa yang sesuai adalah 1 hingga 1 jam 30 minit sehari.

  • 9.2.1 Prinsip Pencegahan

    Intensiti

    Lebih berfaedah sekiranya beban kerja ditambah daripada memanjangkan tempoh latihan.

    Kesanggupan Diri

    Jangan berlatih melebihi paras kesanggupan diri.

    Kekuatan

    Penting bagi mencapai kecergasan yang menyeluruh. Menunjukkan tahap berat senaman yang boleh dilakukan seperti di dalam latihan angkat berat.

  • 9.2.1 Prinsip Pencegahan

    Motivasi

    Hasrat mencapai tahap kecergasan yang lebih tinggi merupakan motivasi yang baik. Memahami kesan dan faedah senaman akan menggalakkan seseorang itu bersenam dengan lebih tekun.

    Pengkhususan

    Senaman yang dipilih haruslah khusus dan sesuai untuk mencapai tujuan dan objektif. Sistem kardiovaskular, senaman aerobik. Bagi menguatkan otot-otot pula, senaman berbentuk anaerobik lebih sesuai.

    Relaksasi

    Rutin

    Dilakukan tanpa paksaan dan harus menjadikannya sebagai suatu kebiasaan dalam hidup.

  • 9.2.2 Kepentingan memanaskan Badan

    Merupakan komponen yang amat penting sebelum memulakan sesuatu latihan.Ianya bertujuan menyediakan otot-otot untuk melakukan aktiviti serta kemahiran seterusnya di samping melonggarkan otot-otot yang tegang, sendi-sendi dan mencergaskan reaksi atau reflek atlet-atlet.Astrand dan Rodhal (1970) menyatkan perlakuan memanaskan badan yang betul akan meningkatkan kelajuan dari 0.5 hingga 0.6 saat dalam larian 100 meter sementara 4.0 hingga 6.0 dalam larian 800 meter.
  • 9.2.2 Kepentingan memanaskan Badan

    3 jenis latihan memanaskan badan iaitu melibatkan regangan statik, secara umum dan latihan memanaskan badan secara neuromuskular yang spesifik.Wee (1996) aktiviti memanaskan badan adalah perlu untuk meregangkan otot-otot, tendon-tendon dan ligamen-ligamen yang akan digunakan selepas sesi itu.Penting bagi meningkatkan suhu badan dan seterusnya meletakkan pelajar bersedia secara mental dan fizikal terhadap aktiviti-aktiviti yang akan diceburinya.
  • 9.2.3 Ansur Maju Latihan

    9.2.3.1 Faedah Ansur Maju Latihan

    Mempromosikan kesembuhan

    Menyediakan ukuran perkembangan

    Mendirikan bridge ke penyertaan

    Meningkatkan keyakinan diri

    Memaksimumkan prestasi pada bahagian yang cedera.

  • 9.2.4 Aktiviti bagi Menggelakkan Kecederaan

    Menurut Vasudevan (1989) aktiviti-aktiviti memanaskan

    badan yang dapat mengelakkan atlet mendapat kecederaan

    semasa pertandingan.

    Meninggikan suhu badan dengan berlari perlahan-lahan atau joging sehingga badan berasa panas dan berpeluh.

    Melunjur (stretching). Dilakukan senaman yang senang dahulu sebelum mencuba senaman yang lebih susah.

    Berlari pecut. Dilakukan dua atau tiga kali ulangan untuk 60 hingga 100 meter.

    Senaman khusus (specific exercise). Bermaksud senaman-senaman yang berhubung dengan aktiviti-aktiviti pertandingan.

  • 9.2.4 Aktiviti bagi Menggelakkan Kecederaan

    Pelabgai cara bagi mengelakkan kecederaan.

    Mengambil tindakan awal terhadap mereka yang merungut sakit di bahagian-bahagian tertentu. Perlu diberi rehat yang cukup.

    Memilih permainan-permainan yang sesuai berasaskan kepada kebolehan atlet tersebut.

    Meminda undang-undang atau taktikal permainan bagi mengelakkan berlakunya kecederaan.

    Mengajar kemahiran-kemahiran asas permainan untuk menyediakan dan membolehkan atlet-atlet bertindak sewajarnya.

  • 9.2.4 Aktiviti bagi Menggelakkan Kecederaan

    Menggunakan alat-alat keselamatan seperti penutup muka, penutup dada dan lain-lain lagi adalah diwajibkan.

    Menjalankan coditioning yang baik dan sempurna hendaklah diusahakan.

    Mengelakkan menggunakan bebanan yang berat atau ulangan yang rendah bagi kanak-kanak.

    Menggunakan teknik mengurangkan berat badan dengan cepat adalah tidak digalakkan.

    Menggalakkan atlet-atlet merasa gembira semasa bermain atau melakukan aktiviti. Emosi yang kurang terganggu akan menyebabkan penumpuan sepenuhnya kepada permainan.

  • 9.2.5 Keselamatan Kemudahan dan Peralatan

    Padang atau gelanggang yang tidak rata, berlubang dan licin adalah penyumbang kepada faktor kecederaan sukan.Keadaan sekeliling gelanggang, padang atau dewan harus diambil kira bagi mengelakkan kecederaan di luar permainan.Contoh, dahan pokok itu patah, bahan buangan yang bahaya seperti kaca dan besi di kawasan permainan.
  • 9.2.6 Peralatan Perlindungan

    Peralatan perlindungan bagi melindungi diri atau anggota badan dari sebarang kecederaan semasa melakukan aktiviti sukan. Sebagai contoh, Batting Helmet untuk pemukul adalah wajib dipakai.Alatan perlindungan diri adalah sebahagian daripada peraturan sesuatu permainan tersebut.