20150214170220unit 3 konsep asas kecergasan fizikal

14
KONSEP ASAS KECERGASAN FIZIKAL | 28 UNIT 3 KONSEP ASAS KECERGASAN FIZIKAL HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, pelajar diharap dapat: 1. Mengetahui definisi yang melibatkan aktiviti fizikal, kecergasan fizikal, permainan dan pergerakan asas 2. Mengenal pasti tujuan aktiviti fizikal, kecergasan fizikal, permainan dan pergerakan asas 3. Memahami kepentingan aktiviti fizikal, kecergasan fizikal, permainan dan pergerakan asas PENGENALAN Dalam kehidupan seharian, kecergasan fizikal merupakan aspek penting bagi membolehkan kanak- kanak bergerak dan melakukan aktiviti seharian dengan baik. Selain dari kemahiran yang tinggi, kepentingan kecergasan dapat menunjukkan kesungguhan seseorang dalam mengharungi sesuatu ujian. Latihan yang bersistematik dan bermakna diperlukan untuk meningkatkan prestasi seperti yang diharapkan oleh setiap seseorang untuk menjaga kesihatan dan kecergasan. Di samping itu, kehidupan kanak-kanak yang aktif dari segi fizikal adalah penting untuk meningkatkan taraf kesihatan mereka. Amalan senaman yang berkala akan meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan seterusnya boleh menjauhkan seseorang kanak-kanak daripada beberapa penyakit kronik. Ibu bapa dan guru perlulah memainkan peranan dan galakan kepada kanak-kanak untuk memperolehi kemahiran pergerakan aktiviti fizikal yang berkesan. Pada masa yang juga, guru perlu melaksanakan apa yang dihendaki dalam sukatan pelajaran supaya kanak-kanak dapat merasai apa yang dikehendaki dalam pembinaan aktiviti fizikal yang berasaskan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian. Unit ini membincangkan berkenaan aktiviti kecergasan fizikal, permainan dan pergerakan asas dari segi definisi, tujuan, dan kepentingannya. Penerangan dari segi kelebihan dan pelaksanaan aktiviti kecergasan fizikal turut dibincangkan dalam unit ini. ISI KANDUNGAN Definisi Aktiviti Fizikal Aktiviti fizikal ialah kesan suatu daya otot rangka yang menyebabkan kegunaan tahap tenaga yang lebih tinggi ketika sistem badan sedang berehat. Dalam kalangan orang dewasa, aktiviti fizikal pada tahap tinggi sering dikaitkan dengan kekurangan penyakit koronari arteri, iaitu penyakit yang menyebabkan maut di seluruh dunia masa kini. Kebanyakan risiko faktor penyakit-penyakit koronari arteri, rasa tertekan dan tekanan darah tinggi atau hypertension, dan osteoporosis akan wujud pada peringkat kanak-kanak dan remaja. Jadi sekiranya dikenali pasti pada masa tersebut atau pada masa

Upload: jinggo-johan

Post on 22-Dec-2015

152 views

Category:

Documents


20 download

DESCRIPTION

Prasekolah

TRANSCRIPT

Page 1: 20150214170220UNIT 3 Konsep Asas Kecergasan Fizikal

KONSEP ASAS KECERGASAN FIZIKAL | 28

UNIT 3 KONSEP ASAS KECERGASAN FIZIKAL

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, pelajar diharap dapat:

1. Mengetahui definisi yang melibatkan aktiviti fizikal, kecergasan fizikal, permainan dan pergerakan asas

2. Mengenal pasti tujuan aktiviti fizikal, kecergasan fizikal, permainan dan pergerakan asas 3. Memahami kepentingan aktiviti fizikal, kecergasan fizikal, permainan dan pergerakan asas

PENGENALAN Dalam kehidupan seharian, kecergasan fizikal merupakan aspek penting bagi membolehkan kanak-kanak bergerak dan melakukan aktiviti seharian dengan baik. Selain dari kemahiran yang tinggi, kepentingan kecergasan dapat menunjukkan kesungguhan seseorang dalam mengharungi sesuatu ujian. Latihan yang bersistematik dan bermakna diperlukan untuk meningkatkan prestasi seperti yang diharapkan oleh setiap seseorang untuk menjaga kesihatan dan kecergasan. Di samping itu, kehidupan kanak-kanak yang aktif dari segi fizikal adalah penting untuk meningkatkan taraf kesihatan mereka. Amalan senaman yang berkala akan meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan seterusnya boleh menjauhkan seseorang kanak-kanak daripada beberapa penyakit kronik.

Ibu bapa dan guru perlulah memainkan peranan dan galakan kepada kanak-kanak untuk memperolehi kemahiran pergerakan aktiviti fizikal yang berkesan. Pada masa yang juga, guru perlu melaksanakan apa yang dihendaki dalam sukatan pelajaran supaya kanak-kanak dapat merasai apa yang dikehendaki dalam pembinaan aktiviti fizikal yang berasaskan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.

Unit ini membincangkan berkenaan aktiviti kecergasan fizikal, permainan dan pergerakan asas dari segi definisi, tujuan, dan kepentingannya. Penerangan dari segi kelebihan dan pelaksanaan aktiviti kecergasan fizikal turut dibincangkan dalam unit ini.

ISI KANDUNGAN Definisi Aktiviti Fizikal

Aktiviti fizikal ialah kesan suatu daya otot rangka yang menyebabkan kegunaan tahap tenaga

yang lebih tinggi ketika sistem badan sedang berehat. Dalam kalangan orang dewasa, aktiviti fizikal pada tahap tinggi sering dikaitkan dengan kekurangan penyakit koronari arteri, iaitu penyakit yang menyebabkan maut di seluruh dunia masa kini. Kebanyakan risiko faktor penyakit-penyakit koronari arteri, rasa tertekan dan tekanan darah tinggi atau hypertension, dan osteoporosis akan wujud pada peringkat kanak-kanak dan remaja. Jadi sekiranya dikenali pasti pada masa tersebut atau pada masa

Page 2: 20150214170220UNIT 3 Konsep Asas Kecergasan Fizikal

KONSEP ASAS KECERGASAN FIZIKAL | 29

awal remaja, kebanyakan risiko penyakit-penyakit tadi dapat dikurangkan melalui senaman dan juga menjaga amalan pemkanan.

Kelebihan Aktiviti Fizikal

Aktiviti fizikal yang melibatkan pendidikan jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor, pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum, memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal kanak-kanak. Perlakuan aktiviti fizikal yang sederhana adalah sama seperti melakukan aktiviti yang menggunakan tenaga lebih kurang 150 kalori seperti setiap hari, atau 1000 kalori setiap minggu. Sesetengah aktiviti dapat dijalankan pada pelbagai tahap kekuatan atau intensiti yang dilakukan pada setiap hari.

Aktiviti fizikal kanak-kanak tidak memerlukan perancangan yang teliti dan kompleks (organisasi rendah). Aktiviti fizikal menjadi sebahagian perkara penting dalam program pendidikan jasmani serta aktiviti-aktiviti permainan bebas yang dimainkan oleh kanak-kanak sama ada di kawasan taman permainan berbentuk riadah mahupun di sekitar halaman rumah.

Definisi Kecergasan

Kecergasan merupakan suatu keadaan yang menunjukkan sejauh mana seseorang itu mampu untuk berfungsi dengan baik. Keupayaan untuk berfungsi bergantung kepada aspek-aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan kerohanian yang menjadi komponen-komponen dalam konsep kecergasan yang saling berhubung kait. Kecergasan berlandaskan kemahiran ialah “kecergasan kesukanan” atau “kecergasan motor”. Sementara itu, kecergasan berlandaskan kesihatan yang baik membantu terhadap kesihatan fizikal yang positif serta dapat mengurangkan “penyakit hipokinetik”

Selain itu, kecergasan melibatkan keupayaan seseorang individu untuk melaksana tugasan harian dengan penuh tenaga dan berhati-hati tanpa merasa letih. Seseorang itu juga mempunyai tenaga yang mencukupi untuk membolehkannya menikmati aktiviti yang digemari pada masa lapang serta dapat menghadapi situasi kecemasan dengan tenang. Kecergasan juga melibatkan kebolehan seseorang untuk tahan lama dalam menghadapi tekanan dan situasi yang sukar. Seseorang yang tidak cergas dari segi fizikal tidak akan berkeupayaan untuk menghadapinya.

Jenis Kecergasan

1. Kecergasan kardiovaskular

ukuran mengenai kapasiti jantung, paru-paru dan sistem peredaran untuk membekalkan oksigen kepada sel-sel tubuh badan yang berfungsi, serta membersihkan sisa-sisa buangan daripada sel-sel tersebut.

kecekapan fungsi badan itu membolehkan seseorang bersenam dengan bersungguh-sungguh dalam jangka masa yang lama tanpa berasa letih dan pada waktu yang sama masih berupaya untuk respon terhadap sebarang tuntutan fizikal dan emosional dengan kadar degupan jantung yang rendah, serta pertambahan tekanan darah yang sederhana.

contoh aktiviti khusus yang melibatkan senaman berjalan, berjoging, berlari, berbasikal, senaman aerobik (geraktari aerobik) dan lompat bertali.

Page 3: 20150214170220UNIT 3 Konsep Asas Kecergasan Fizikal

KONSEP ASAS KECERGASAN FIZIKAL | 30

2. Kecergasan kekuatan dan ketahanan otot

Kekuatan otot melibatkan keupayaan sesuatu otot atau kelompok otot untuk mengeluarkan daya tenaga yang maksimum untuk suatu jangka waktu yang singkat.

Ketahanan otot melibatkan keupayaan sesuatu otot atau kelompok otot untuk mengeluarkan daya tenaga yang sub-maksimum dalam suatu jangka waktu yang panjang.

Latihan jasmani boleh mempertingkatkan tahap kekuatan seseorang dan elemen kekuatan ini merupakan faktor penting dalam mempelajari kemahiran-kemahiran motor. Dalam permainan seperti aktiviti sukan, kekuatan otot penting kerana dapat mengurangkan kecederaan terutamanya pada bahagian sendi.

Definisi Kecergasan Fizikal

Kecergasan fizikal adalah sebahagian daripada kecergasan keseluruhannya untuk memastikan kesihatan yang optimum. Kecergasan fizikal mengandungi banyak komponen, dan setiapnya mempunyai pengkhususan.

Ciri-ciri Kecergasan Fizikal

Setiap ciri-ciri kecergasan mempunyai perkaitan khusus untuk kesihatan dan boleh mengurangkan risikol penyakit yang berat. Satu cara untuk mengenalpasti tahap kecergasan fizikal ahli ialah dengan menjalani ujian kecergasan tertentu yang menggunakan bateri-bateri ujian mengikut komponen yang hendak diuji oleh penguji. Bateri-bateri ujian ini dapat mengukur bahagian-bahagian badan secara khusus dan sistematik yang dapat menunjukkan kemampuan seseorang kanak-kanak mengikut komponen kecergasan fizikal. Terdapat empat ciri kecergasan fizikal, iaitu komposisi tubuh badan, daya tahan otot, kekuatan dan daya tahan kardiovaskular.

i. Komposisi tubuh badan

Endomorf ialah bentuk tubuh badan yang gempal kerana banyak lemak yang terkumpul di bawah kulit. Bentuk tubuh badan jenis ini sesuai untuk ahli sukan angkat berat, membaling tukul besi dan gusti Mesomorf pula mempunyai badan yang berotot, tegap dan mempunyai rangka badan yang menarik. Bentuk tubuh badan jenis ini sesuai untuk ahli sukan lari jarak dekat dan acara lompatan Ektomorf mempunyai bentuk tubuh badan yang kurus dan tinggi lampai kerana kurang tisu lemak di bawah lapisan kulitnya. Bentuk tubuh badan jenis ini sesuai untuk ahli sukan pelari jarak jauh, merentas desa dan bola keranjang Obesiti atau kegemukan adalah masalah kesihatan yang dihadapi oleh masyarakat terutama kanak-kanak. Masalah ini ada kaitannya dengan komponen komposisi tubuh badan. Bersenam secara kerap dan memakan makanan seimbang boleh mengatasi masalah kegemukan.

ii. Daya tahan otot

Terdapat tiga komponen kecergasan yang berkait terus dengan otot, iaitu daya tahan otot, kekuatan otot dan kuasa otot. Daya tahan otot adalah keupayaan sesuatu otot atau sekumpulan otot melakukan sesuatu kerja berulang-ulang dalam suatu jangka masa yang panjang. Daya tahan otot terbahagi kepada dua jenis iaitu daya tahan otot statik dan daya tahan otot dinamik. Daya tahan otot statik ialah kemampuan otot untuk menanggung beban pada kedudukan yang tetap atau pegun. Daya tahan otot dinamik ialah kemampuan otot untuk menanggung beban pada kedudukan yang bergerak atau berulang alik. Daya tahan otot diukur daripada penguncupan otot yang bekerja berulang-ulang mengatasi rintangan di dalam satu jangka masa yang lama. Contohnya, aktiviti untuk meningkatkan daya tahan otot ialah bangkit tubi dan tekan tubi.

Page 4: 20150214170220UNIT 3 Konsep Asas Kecergasan Fizikal

KONSEP ASAS KECERGASAN FIZIKAL | 31

iii. Kekuatan otot

Kekuatan otot didefinisikan sebagai kebolehan sesuatu otot atau sekumpulan otot-otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja). Mempunyai kekuatan otot yang tinggi membolehkan kanak-kanak melakukan aktiviti kehidupan harian dengan lebih berkualiti. Kekuatan otot ialah kemampuan otot mengatasi beban atau rintangan yang berat. Contohnya, angkat berat, ujian lompat jauh berdiri, lompat sarjan dan lain-lain. Kekuatan otot amat penting untuk mencapai prestasi tinggi dalam aktiviti sukan dengan memberi sumbangan terhadap kuasa untuk melakukan sesuatu tugas. Kekuatan otot juga perlu dalam aktiviti harian untuk berjalan, berlari, mengangkat barang dan lain-lain lagi.

iv. Daya Tahan Kardiovaskular

Daya tahan kardiovaskular ialah keupayaan sistem kardiovaskular mengedar darah beroksigen ke otot-otot yang bekerja dan seterusnya membawa keluar bahan kumuhan dari otot. Fenomena ini berlaku dalam jangka masa yang lama dan secara berterusan. Kita boleh meningkatkan keberkesanan sistem ini dengan melakukan aktiviti fizikal. Sistem kardiovaskular terdiri daripada:

(a) Jantung - Mengepam darah melalui sistem peredaran pulmonari dan sistemik.

(b) Paru-paru - Membekalkan oksigen ke dalam darah dan mengeluarkan karbon dioksida dari darah.

(c) Rangkaian Arteri dan Vena - Rangkaian arteri membawa darah dari jantung ke seluruh tubuh, manakala vena

membawa darah dari seluruh tubuh balik ke jantung. Keupayaan jantung dan sistem peredaran darah berfungsi secara berterusan sewaktu seseorang melakukan kerja untuk tempoh masa yang lama. Daya tahan kardiovaskular adalah komponen yang terpenting dalam profil fisiologi manusia dan ianya melibatkan daya tahan aerobik dan anaerobik.

Kemahiran Kecergasan Fizikal

Dalam kecergasan fizikal setiap ciri kecergasan berkait rapat dengan melakukan kemahiran motor. Kecergasan fizikal melibatkan aktiviti permainan dan pergerakan yang khusus seperti keanjalan, imbangan, kordinasi, keupayaan tenaga, masa bertindak dan kepantasan.

a. Imbangan Imbangan ialah kebolehan kanak-kanak mengimbangkan badan semasa dalam keadaan statik atau dinamik. Imbangan merupakan kesan kepada reaksi dan kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti seseorang dan tapak yang menyokongnya diubah. Dari segi imbangan statik ialah imbangan badan yang baik semasa badan kanak-kanak berada dalam keadaan yang tetap seperti dalam aktiviti dirian atau berdiri di atas tali. Imbangan ini akan menjadi tidak stabil jika badan kanak-kanak berubah kedudukannya. Imbangan statik berlaku apabila pusat gravity berada setempat. Selain itu, imbangan dinamik ialah imbangan badan anda yang tetap semasa melakukan pergerakan. Imbangan dinamik juga adalah kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika pusat graviti diubah. Anda akan sentiasa mengekalkan keseimbangan ketika graviti diubah. Kanak-kanak akan sentiasa mengekalkan imbangan walaupun badan kanak-kanak berada dalam keadaan condong kedudukannya. Untuk mengetahui keupayaan imbangan badan dengan mengguna cara imbangan di atas sebelah kaki selama 10 saat. Berdiri atas sebelah

Page 5: 20150214170220UNIT 3 Konsep Asas Kecergasan Fizikal

KONSEP ASAS KECERGASAN FIZIKAL | 32

kaki, naikkan badan agar berdiri di atas bebola kaki. Hulur tangan ke depan dan sebelah kaki lagi lurus.

b. Keanjalan

Untuk mengetahui tahap keanjalan anda dengan melakukan jack spring. Berdiri, lompat setinggi yang boleh, tendang kaki dan sentuh kaki dengan tangan semasa di udara.

c. Kordinasi Bagi mengetahui keupayaan kordinasi kanak-kanak dengan menggunakan cara membaling bola kertas. Buat bola kertas dengan sehelai kertas. Lantun bola ke kiri dan ke kanan tangan. Tangan dibuka dan tapak tangan menghala ke atas. Lantum bola selama tiga kali.

d. Keupayaan tenaga Untuk mengetahui keupayaan tenaga dengan mengguna cara lompat jauh. Berdiri, kaki di belakang garisan. Lompat seberapa jauh yang boleh. Perlu melompat melintasi ketinggian sendiri.

e. Masa bertindak

Bagi mengetahui masa bertindak kanak-kanak dengan melakukan cara menjatuhkan kertas. Rakan memegang sehelai kertas. Pegang pada bahagian atas kertas di antara ibu jari dan jari telunjuk, kira-kira sejengkal dari atas kertas. Apabila rakan kanak-kanak menjatuhkan kertas, cuba tangkap.

f. Kepantasan Bagi mengetahui kepantasan dengan mengguna cara lompat sambil menyentuh tumit. Kaki dibuka, lompat setinggi yang boleh, sentuh kedua-kedua belah tumit di udara setinggi yang boleh, sentuh kedua-dua belah tumit di udara selama dua kali sebelum mendarat. Mendarat dengan kedudukan kaki sekurang-kurangnya sejauh 3 inci.

Kepentingan Kecergasan Fizikal

Kebaikan aktiviti kecergasan fizikal dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak adalah seperti berikut:

1. Mengurangkan penyakit koronari. 2. Mengurangkan tekanan darah tinggi. 3. Mengurangkan penyakit kanser kolon dan kanser organ pembiakan. 4. Mengurangkan kepatahan tulang dan penyakit osteoporosis. 5. Mengelakkan rasa tertekan.

Selain itu, kecergasan fizikal dapat mengurangkan risiko menghadapi penyakit. Antaranya adalah seperti:

a. Mempertingkat keupayaan kardiorespitori. Iaitu seperti mengurangkan risiko penyakit jantung, mengelakkan perasaan tertekan dan memperbaiki perjalanan darah dan lipoprotein.

b. Memperbaiki rangka tulang. Iaitu mengelakkan penyakit tulang dan sendi, iaitu osteoarthritis.

c. Memperbaiki dan mengawal berat badan

Page 6: 20150214170220UNIT 3 Konsep Asas Kecergasan Fizikal

KONSEP ASAS KECERGASAN FIZIKAL | 33

Iaitu memperbaiki kadar metabolik badan. Kita perlu kurangkan berat badan kita melalui kita senaman serta mengurangkan pengambilan makanan yang berlebihan. Suatu cara yang paling berkesan untuk mengurangkan berat badan adalah dengan melakukan senaman jenis ketahanan badan berserta dengan mengurangkan makan (kira-kira 500-1000 kalori setiap hari).

d. Memperbaiki kesihatan dan jangka hayat hidup Ia dapat membantu mengawal penyakit diabetes atau kencing manis dengan mengawal kegemukan, tekanan darah tinggi, dan kandungan kolesterol tinggi dalam badan. Melanjutkan jangka hayat hidup. Kajian telah menunjukkan bahawa jangka hidup orang yang tidak menjalankan aktiviti fizikal adalah lebih tiga kali ganda tinggi daripada mereka yang cergas fizikal. Memperbaiki imuniti badan dan penyakit. Kajian telah membuktikan bahawa darah putih dalam badan akan kembali pulih dengan cepat selepas menjalankan sesuatu senaman. Tahap darah putih juga membantu meningkatkan imuniti badan terhadap penyakit dan jangkitan kuman.

e. Memperbaiki kesihatan mental dan mengawal tekanan.

Iaitu membantu fungsi fisiologi dan membantu mengawal perasaan tertekan. Aktiviti fizikal juga akan membantu memperbaiki rupa paras melalui pemakanan dan mengurangkan berat badan. Seseorang akan berasa selesa dengan rupa paras dan mempertingkatkan lagi personality. Selain itu, aktiviti fizikal juga membantu memperbaiki kekuatan diri, ketahanan, dan kelembutan badan yang membantu lagi keselesaan rupa paras seseorang.

f. Memperbaiki kecergasan fizikal Untuk mencapai tahap kecergasan fizikal yang diingin, suatu latihan untuk prestasi senaman yang sistematik perlu dijalankan mengikut kekerapan masa yang khusus, intensity, dan jangka masa. Boleh dikatakan sebarang jenis program latihan dapat membantu seseorang mengurangkan berat badan, tetapi amat sukar seseorang untuk mengikutinya. Untuk cergas fizikal, kita perlu lakukan senaman untuk setiap komponen seperti ketahanan kardiorespiratori, kelembutan otot, kekuatan otot dan ketahanan otot.

Aktiviti Kecergasan Fizikal Kanak-kanak

Aktiviti kecergasan untuk kanak-kanak di peringkat prasekolah sehingga 8 tahun perlu memperkembangan kompenan kecergasan fizikal dan berenam dengan pelbagai anggota badan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah menekankan aktiviti untuk mempertingkatkan daya fizikal kanak-kanak. Guru perlu peka terhadap beberapa anggota tubuh badan yang harus diberikan perhatian apabila mengajar kecergasan untuk kanak-kanak.

a. Senaman untuk trunk atau tulang belakang kanak-kanak:

Pergerakan yang dapat dilakukan ialah seperti tunduk, regangan, ayunan badan, kilas badan. Kanak-kanak digalakkan melakukan tersebut dengan pelbagai cara seperti berdiri, baring, melutut atau duduk.

Page 7: 20150214170220UNIT 3 Konsep Asas Kecergasan Fizikal

KONSEP ASAS KECERGASAN FIZIKAL | 34

Senaman melompat dapat meningkatkan kawalan imbangan badan dan tulang belakang kanak-kanak

2. Senaman untuk abdomen

Posisi yang paling berkesan bagi senaman untuk di bahagian abdomen ialah di atas lantai. Beberapa contoh aktiviti ialah bangkit sambil menyentuh kaki dengan tangan, angkat lutut perlahan-lahan untuk melihat kaki.

3. Senaman untuk tangan dan lengan.

Senaman untuk bahagian tangan dan lengan boleh dilakukan seperti memusing lengan seberapa besar yang boleh menyokong badan dengan tangan di lantai berjalan seperti ketam.

Page 8: 20150214170220UNIT 3 Konsep Asas Kecergasan Fizikal

KONSEP ASAS KECERGASAN FIZIKAL | 35

4. Senaman untuk kaki dan kardiovaskular.

Senaman untuk kaki dan kardiovaskular dapat dilakukan dengan menggunakan ruang atau dilakukan dengan menggunakan ruang atau di suatu tempat sahaja. Beberapa aktiviti ialah seperti lari pantas dan berhenti, lari dan tukar arah dengan serta-merta, lompat ke pelbagai arah, dan lompat tali setempat.

Benarkan aktiviti kecergasan fizikal yang dilakukan oleh kanak-kanak di prasekolah dapat meningkatkan tahap kecerdasan kognitif mereka?

Definisi Permainan Aktiviti yang melibatkan seorang kanak-kanak sahaja atau lebih, yang bergiat dalam permainan jenis persaingan atau kerjasama yang menggunakan objek bergerak dalam rangka peraturan-peraturan tertentu.

Aktiviti Permainan

Seseorang guru perlu mendapat pengetahuan asas tentang peraturan pengadilan, langkah-langkah keselamatan dalam pelbagai permainan dan sukan.

Pengetahuan dan kemahiran guru dalam aktiviti permainan dan sukan dapat:

a. memperkembangkan kemahiran dalam permainan dan sukan serta memberi peluang kepada murid-murid mennggunakannya dalam situasi yang sebenar dan menyeronokkan

b. memperolehi pengalaman dan pengetahuan dalam berbagai-bagai permainan dan sukan. c. memberi kepuasan dan keseronokan kepada murid-murid menerusi kegiatan permainan dan

sukan yang sihat. d. menggalakkan kerjasama melalui kegiatan sosial yang diingini. e. menyediakan asas bagi menggalakkan kegiatan rekreasi pada masa hadapan.

Page 9: 20150214170220UNIT 3 Konsep Asas Kecergasan Fizikal

KONSEP ASAS KECERGASAN FIZIKAL | 36

Berikut adalah dua kategori aktiviti permainan yang boleh dilakukan oleh guru bagi meningkatkan kesejahteraan fizikal kanak-kanak. Antaranya ialah:

i. aktiviti permainan kecil

mengandungi peraturan yang minimum dan tidak memerlukan kemahiran yang tinggi

bertujuan untuk mendedahkan murid-murid kepada situasi permainan, memperbaiki pergerakan dan ketangkasan mereka.

ii. aktiviti permainan besar

mempunyai corak permainan yang berstruktur dengan memastikan kemajuan perkembangan murid mengikut tahap yang ditetapkan.

pengetahuan tentang kemahiran, peraturan, teknik dan cara pengadilan dalam berbagai-bagai permainan dan sukan yang dapat membantu kanak-kanak untuk memilih aktiviti yang mereka suka.

Contoh Aktiviti Permainan Kanak-kanak

i. Permainan kerusi berirama

Kerusi adalah kurang daripada peserta. Muzik akan dimainkan dan peserta diminta untuk mengelilingi

kerusi dan apabila muzik berhenti, mereka dikehendaki duduk di kerusi yang ada. Peserta yang tidak

dapat duduk dikira keluar. Kerusi akan dikurangkan sehingga tinggal hanya satu kerusi dan akan

direbut oleh dua orang. Seorang yang berjaya menduduki kerusi terbabit dikira sebagai pemenang.

ii. Permainan musang menangkap anak ayam

Kanak-kanak membuat satu bulatan besar sambil memegang tangan. Beberapa kanak-kanak akan

berada di dalam bulatan sebagai anak aya, seorang kawan akan erdiri di luar bulatan dan menjadi

sebagai musang. Musang akan cuba menangkap anak ayam dan kawan-kawan yang menjadi bulatan

akan cuba menghalang musang dari menangkap anak ayam

iii. Permainan sukaneka (membawa bola ping pong di dalam sudu)

Kanak-kanak akan dibahagikan kepada beberapa pasukan. Mereka diminta untuk membawa bola ping

pong di dalam sudu sama ada menggunakan tangan ataupun mulut. Kemudian, bola ping pong itu

akan diberikan kepada pasangan seterusnya sehingga pasangan itu membawa bola ping pong ke

garisan penamat.

Kepentingan Aktiviti Permainan Kepada Kanak-kanak

Menggalakkan kanak-kanak mencipta dan merangka permainan yang baru melalui kaedah semulajadi dalam mempelajari kemahiran baru

Mengkaji konsep-konsep tertentu, atau melakukan kerja-kerja dalam pelbagai latar perhubungan sosial

Mencipta sesuatu permainan baru atau menggubah variasi dalam permainan lama bagi membantu kanak-kanak dalam usaha menyelesaikan masalah di samping menyuburkan pemikiran kreatif mereka.

Page 10: 20150214170220UNIT 3 Konsep Asas Kecergasan Fizikal

KONSEP ASAS KECERGASAN FIZIKAL | 37

Perubahan satu permainan ke satu permainan yang lain harus di ambil kira menikut tahap penguasaan kanak-kanak (mengikut perkembangan). Melalui aktiviti fizikal kanak-kanak, guru sewajarnya dapat membantu mereka untuk mempelajari, melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan serta situasi persaingan yang disesuaikan mengikut keperluan, kebolehan dan minat secara individu.

Definisi Pergerakan Asas

Pergerakan asas aktiviti merupakan proses bagi memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti.

Pergerakan mempengaruhi semua bahagian fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Pergerakan merupakan satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya atau fizikal yang rancak. Pergerakan adalah melalui media fizikal yang berkait dengan pergerakan motor kasar. Pergerakan kanak-kanak ini adalah selalunya melalui aktiviti penjelajahan.

Konsep Pergerakan Asas

Konsep pergerakan asas sebenarnya menjelaskan tentang bagaimana kemahiran sesuatu pergerakan itu di lakukan. Dengan ini ia akan memudahkan murid-murid untuk mengetahui dan memahami asas-asas bagi konsep pergerakan tersebut. Konsep pergerakan melalui pelbagai aktiviti dan permainan boleh mendedahkan murid-murid dengan peluang untuk mereka meneroka pergaulan dan membina pemahaman mereka tentang pelbagai jenis pergerakan badan sambil menjaga kesihatan kanak-kanak tersebut.

Pergerakan asas terbahagi kepada dua iaitu:

i. Utilitarian (untuk menjalankan tugas-tugas seharian) ii. Aktiviti riadah (untuk kegiatan-kegiatan masa lapang).

Contoh pergerakan asas itu adalah seperti berlari, melompat, membaling, menyepak, memanjat, menyambut, mengelecek dan sebagainya. Penggunaan peralatan yang melibatkan kemahiran asas adalah seperti pundit kacang, bola kecil dan besar, gelung rotan, tali, relang, batang rotan, bet (kayu pemukul), perkakas mudah ubah dan peralatan asas lain digalakkan Peralatan ini dapat membantu murid untuk menguasai kemahiran manipulasi dan ketangkasan.

Page 11: 20150214170220UNIT 3 Konsep Asas Kecergasan Fizikal

KONSEP ASAS KECERGASAN FIZIKAL | 38

Melalui pergerakan asas, kanak-kanak dapat:

membina kecekapan dan keyakinan dalam segala kegiatan.

memperbaiki penyelarasan otot saraf, daya tenaga asas, ketangkasan dan timbangan dalam penggunaan peralatan.

Menyediakan asas bagi menyertai kegiatan masa lapang yang mencabar.

Aktiviti Pergerakan

Melalui aktiviti pergerakan, kanak-kanak bebas dalam melakukan pergerakan tertentu dengan spontan. Kanak-kanak juga kurang merasa malu dalam melakukan aktiviti pergerakan bersama rakan lain.

Aktiviti pergerakan memberi peluang kepada murid untuk: - mengenali potensi tubuh badan mereka dalam melakukan berbagai-bagai pergerakan - memperolehi pemahaman tentang keadaan alam fizikal yang melibatkan perkara abstrak

seperti masa, jarak, hala, bentuk, saiz, kepantasan dan hubungannya dengan pergerakan yang dilakukan.

i. Pergerakan gimnastik - menekankan pergerakan yang objektif (sesuatu pergerakan itu dilakukan dengan tujuan

tertentu ) - kanak-kanak diberi peluang meninjau fungsi tubuh badan dan bahagian yang dapat

menghasilkan sesuatu pergerakan yang dikehendaki untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi

- aktiviti melibatkan pergerakan mengguling ke depan dan belakang bertubi-tubi, mengatasi rintangan dengan pelbagai cara, bergerak dari setempat ke setempat dan setingkat ke setingkat yang lain

- peralatan yang melibatkan pergerakan gimastik seperti gelung rotan, bola, tilam, peti lombol, bangku Essex, pemidang Taiping dan bangku panjang.

ii. Pergerakan kreatif - pergerakan berekspresi (expressive movement), iaitu melahirkan perasaan seseorang melalui

pergerakan

Page 12: 20150214170220UNIT 3 Konsep Asas Kecergasan Fizikal

KONSEP ASAS KECERGASAN FIZIKAL | 39

Kepentingan Aktiviti Pergerakan

Berikut adalah kepentingan aktiviti pergerakan. Antaranya ialah:

- Memperkayakan pengalaman pergerakan murid-murid dalam pelbagai situasi. - Membina sifat-sifat jasmani seperti koordinasi otot saraf yang cekap, ketangkasan dan

kelembutan badan. - Memperkembangkan keyakinan dan daya cipta murid-murid dalam segala pergerakan yang

memerlukan kawalan badan. - Membina kefahaman dan pengetahuan tentang perkara-perkara seperti masa, ruang, hala,

jarak, rentak, suai masa dan sebagainya melalui pengalaman yang bererti. - Kanak-kanak diberi peluang meninjau bagaimana tubuh badan kita dan pergerakannya

digunakan sebagai satu perantaraan untuk melahirkan idea-idea dan perasaan yang hendak ditujukkan

- Latihan jenis ini boleh dirangsangkan oleh iringan muzik dari alat-alat muzik / hanya dengan tepukan tangan, suara guru, ketukan tin-tin kosong

Aktiviti latihan.

1. Kenal pasti langkah-langkah berkesan dalam melaksanakan aktiviti belajar melalui bermain? 2. Senaraikan aktiviti pergerakan di dalam kelas yang bersesuaian? 3. Senam robik merupakan satu cara untuk melakukan senaman melalui pergerakan dan muzik.

Sediakan satu aktiviti senam robik yang melibatkan kanak-kanak prasekolah?

RINGKASAN

1. Aktiviti fizikal ialah kesan suatu daya otot rangka yang menyebabkan kegunaan tahap tenaga yang lebih tinggi ketika sistem badan sedang berehat.

2. Perlakuan aktiviti fizikal yang sederhana adalah sama seperti melakukan aktiviti yang menggunakan tenaga lebih kurang 150 kalori seperti setiap hari, atau 1000 kalori setiap minggu.

3. Kecergasan merupakan keupayaan untuk berfungsi yang bergantung kepada aspek-aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan kerohanian yang menjadi komponen-komponen dalam konsep kecergasan yang saling berhubung kait.

4. Kecergasan kardiovaskular merupakan kecekapan fungsi badan itu membolehkan seseorang bersenam dengan bersungguh-sungguh dalam jangka masa yang lama tanpa berasa letih dan pada waktu yang sama masih berupaya untuk respon terhadap sebarang tuntutan fizikal dan emosional dengan kadar degupan jantung yang rendah, serta pertambahan tekanan darah yang sederhana.

5. Kekuatan otot melibatkan keupayaan sesuatu otot atau kelompok otot untuk mengeluarkan daya tenaga yang maksimum untuk suatu jangka waktu yang singkat.

6. Ketahanan otot melibatkan keupayaan sesuatu otot atau kelompok otot untuk mengeluarkan daya tenaga yang sub-maksimum dalam suatu jangka waktu yang panjang.

7. Terdapat empat ciri kecergasan fizikal, iaitu komposisi tubuh badan, daya tahan otot, kekuatan dan daya tahan kardiovaskular.

8. Kecergasan fizikal melibatkan aktiviti permainan dan pergerakan yang khusus seperti keanjalan, imbangan, kordinasi, keupayaan tenaga, masa bertindak dan kepantasan.

Page 13: 20150214170220UNIT 3 Konsep Asas Kecergasan Fizikal

KONSEP ASAS KECERGASAN FIZIKAL | 40

9. Permainan melibatkan aktiviti dalam permainan jenis persaingan atau kerjasama yang menggunakan objek bergerak dalam rangka peraturan-peraturan tertentu.

10. Aktiviti pergerakan memberi peluang kepada murid untuk mengenali potensi tubuh badan mereka dalam melakukan berbagai-bagai pergerakan

PETA KONSEP

KATA KUNCI

1. Kecergasan Fizikal 2. Permainan 3. Pergerakan Asas 4. Kecergasan Motor 5. Aktiviti Permainan Besar

6. Kecergasan Kesukanan 7. Aktiviti Permainan Kecil

PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah perbezaan antara kecergasan kesukanan dan kecergasan motor?

2. Melalui konsep asas kesejahteraan fizikal kanak-kanak pencapaian kemahiran aktiviti fizikal boleh dilihat pada peringkat umur kanak-kanak lingkungan berapa tahun?

3. Apakah faktor yang mempengaruhi kemampuan kanak-kanak untuk melakukan pergerakan

asas?

4. Terangkan aktiviti senaman yang melibatkan abdomen?

5. Jelaskan kepentingan aktiviti pergerakan terhadap kanak-kanak.

Kecergasan Fizikal

Aktiviti Kecergasan

Fizikal Permainan Pergerakan Asas

Definisi, Jenis dan Kepentingan

Page 14: 20150214170220UNIT 3 Konsep Asas Kecergasan Fizikal

KONSEP ASAS KECERGASAN FIZIKAL | 41

RUJUKAN Baharudin Omar. (2002). Asas Penjagaan Kesihatan Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka. Robertson, C. (2002). Safety, Nutrition and Healthy in Early Education (2nd. Ed.). NY:Thomson

Delmar Learning.

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

1. Kecergasan berlandaskan kemahiran ialah “kecergasan kesukanan” atau “kecergasan motor”. Sementara itu, kecergasan berlandaskan kesihatan yang baik membantu terhadap kesihatan fizikal yang positif serta dapat mengurangkan “penyakit hipokinetik”

2. Konsep asas kesejahteraan fizikal kanak-kanak pencapaian kemahiran aktiviti fizikal boleh dilihat pada peringkat umur 1 hingga 6 tahun.

3. Antara faktor penting dalam mempengaruhi pergerakan asas kanak-kanak adalah melibatkan

fizikal, latihan dan persekitaran.

4. Posisi yang paling berkesan bagi senaman untuk di bahagian abdomen ialah di atas lantai. Beberapa contoh aktiviti ialah bangkit sambil menyentuh kaki dengan tangan, angkat lutut perlahan-lahan untuk melihat kaki.

5. Kepentingan aktiviti pergerakan dapat memudahkan kanak-kanak memperolehi pemahaman tentang keadaan alam fizikal yang melibatkan perkara abstrak seperti masa, jarak, hala, bentuk, saiz, kepantasan dan hubungannya dengan pergerakan yang dilakukan.