bab 1 - kecergasan fizikal

Upload: danielputra11

Post on 15-Jul-2015

825 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Ting 1 Sem1

TRANSCRIPT

BAB 1KECERGASAN FIZIKAL

DEFINISI Kesihatan menyeluruh dari aspek fizikal, emosi, rohani, intelek dan sosial. Mampu melakukan aktiviti harian tanpa mudah merasa lesu, mampu melakukan aktiviti riadah dengan baik dan mampu bertindak sekiranya berlaku kecemasan. Terbahagi kepada 2 komponen: Berasaskan kesihatan Berasaskan Kemahiran motor

KOMPONEN KECERGASAN FIZIKALKesihatan Daya tahan kardiovaskular Daya tahan otot Kekuatan otot Kelenturan Komposisi tubuh badan Kemahiran Motor Kuasa Kelajuan Ketangkasan Koordinasi Imbangan Masa tindak balas

1. 2. 3. 4. 5.

1. 2. 3. 4. 5. 6.

DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR Definisi:Kemampuan jantung, sistem salur darah dan sistem pernafasan membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan semasa melakukan aktiviti.

AKTIVITI UNTUK MEMBINA DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR 1. Senamrobik 2. Berlari pantas dan berjalan pantas 3. Skiping

FAEDAH LATIHAN FIZIKAL Meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah. Mengurangkan kandungan kolesterol dan glukosa dalam darah. Mengurang dan mengawal berat badan. Mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung. Mengawal penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi.

DAYA TAHAN OTOT Definisi:Kemampuan otot melakukan aktiviti berulang kali atau dalam jangka masa yang lama.

AKTIVITI UNTUK MEMBINA DAYA TAHAN OTOT 1. 2. 3. 4. Angkat tumit Bangkit tubi Tekan tubi Dekam lunjur

FAEDAH MEMILIKI DAYA TAHAN OTOT Dapat melakukan aktiviti harian dengan baik. Mampu melakukan aktiviti secara berpanjangan dan berulang-ulang. Dapat mengurangkan risiko kecederaan atau kemalangan semasa melakukan aktiviti.

KEKUATAN OTOT Definisi:Kemampuan otot melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan atau mengangkat beban dengan menggunakan daya yang maksimum.

AKTIVITI UNTUK MEMBINA KEKUATAN OTOT 1. 2. 3. 4. Mendagu Tekan tubi Naik turun bangku Bangkit tubi

FAEDAH LATIHAN KEKUATAN OTOT Menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis. Mencegah atau mengurangkan masalah penyakit hipokinetik. Mengurangkan rasa tertekan. Mengawal berat badan. Otot menjadi hipertropi. Mencegah masalah sakit di bahagian bawah belakang badan. Membentuk postur yang baik. Mengurangkan risiko mendapat kecederaan.

KELENTURAN Definisi:Keupayaan otot, sendi, tendon dan ligamen membenarkan anggota badan bergerak pada julat pergerakan yang maksimum.

AKTIVITI UNTUK MEMBINA KELENTURAN 1. Kilas pinggang 2. Bengkok sisi 3. Meniarap, angkat tangan dan kaki secara bersilang 4. Duduk melunjur dan jangkau

FAEDAH MEMILIKI KELENTURAN YANG BAIK Mengurangkan risiko mendapat kecederaan. Manambahkan keupayaan untuk bergerak secara bebas dan mudah. Meningkatkan kualiti daya tahan, kekuatan dan ketangkasan. Mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa semasa melakukan kerja. Mewujudkan rasa selamat dan selesa semasa melakukan aktiviti. Meningkatkan prestasi dalam sukan.

KUASA Deinisi:Kemampuan otot melakukan pergerakan yang pantas dalam masa yang singkat dengan menggunakan daya yang paling maksimum. Gabungan antara kekuatan otot dan kelajuan.

AKTIVITI UNTUK MEMBINA KUASA 1. 2. 3. 4.-

Lontar bola segar sambil duduk Lompat jauh berdiri Hop melepasi halangan Lompat pelbagai arasLompat ketingting Lompat dakap Lompat squat menegak Lompat selang-seli

KELAJUAN Definisi:Kebolehan seseorang bergerak ke satu arah tertentu dalam masa yang singkat.

AKTIVITI UNTUK MEMBINA KELAJUAN 1. Lari pecut 30 meter 2. Lari pecut 60 meter

FAEDAH MEMILIKI KELAJUAN Meningkatkan prestasi dalam sukan. Meningkatkan kuasa di bahagian kaki. Meningkatkan daya tahan otot. Mampu menyelamatkan diri jika berlaku sebarang kecemasan.

PRINSIP LATIHAN1. 2. 3. 4. Ansur maju Tambah beban Kekerapan Tempoh masa