kecergasan fizikal (t1)

Click here to load reader

Post on 23-Jan-2016

263 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

klkf

TRANSCRIPT

  • TOPIK 1

    PENGENALAN KEPADA KECERGASAN FIZIKAL

  • 1.1 KECERGASAN KESELURUHANOtak yang cerdas adalah lahir dari tubuh badan yang cergas.

    Kecergasan keseluruhan menitikberatkan aspek keseimbangan keseluruhan elemen kecergasan seperti yang disarankan dalam Falsafah Pendidikan kebangsaan iaitu kecergasan fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani.

  • 1.1.1 Konsep dan DefinisiManusia bergerak aktif setiap hari dan kurangnya pergerakan boleh menyebabkan anggota fizikal manusia menjadi lemah dan tidak bermaya.

    Kemerosotan keadaan fizikal ini mempengaruhi kapasiti mental dan aspek sosial individu.

  • 1.1.2 Matlamat dan ObjektifPenguasaan terhadap pengetahuan kecergasan fizikal dan gaya hidup yang sihat dapat membantu seseorang individu dalam menangani masalah penyakit kronik seperti, sakit jantung, darah tinggi, buah pinggang dan AIDS.Pentingnya keseimbangan fizikal dan mental seseorang individu dalam melahirkan rakyat yang berketerampilan, cerdas minda cergas fizikal.Kecergasan fizikal bermaksud kemampuan anda menguruskan diri setiap hari, berekreasi dan bertenaga untuk bertindak balas dalam situasi yang mencemaskan tanpa rasa lesu.

  • 1.1.3 Kecergasan FizikalKECERGASANFIZIKALBERLANDASKANPERLAKUAN MOTORBERLANDASKANKESIHATANKelajuanKetangkasanKuasa ototImbangan koordinasiMasa tindak balasDaya tahan kardiovaskularDaya tahan ototKekuatan ototFleksibilitiKomposisi badan

  • 1.2.1 Daya Tahan KardiovaskularKeupayaan sistem kardiovaskular mengedar darah beroksigen ke otot-otot yang bekerja dan seterusnya membawa keluar bahan kumuhan dari otot.Sistem kardiovaskular terdiri daripada:

    (a)JantungMengepam darah melalui sistem peredaran pulmonari dan sistemik.

  • 1.2.1 Daya Tahan KardiovaskularParu-paruMembekalan oksigen ke dalam darah dan mengeluarkan karbon dioksida dari darah.

    Rangkaian Arteri dan VenaRangkaian arteri membawa darah dari jantung ke seluruh tubuh, manakala vena membawa darah dari seluruh tubuh balik ke jantung.

  • 1.2.2 Daya Tahan OtotKeupayaan sesuatu otot atau sekumpulan otot melakukan sesuatu kerja berulang-ulang dalam suatu jangka masa yang panjang.Terbahagi kepada dua jenis iaitu daya tahan otot statik dan daya tahan otot dinamik.

  • 1.2.2 Daya Tahan OtotDaya tahan otot statik ialah kemampuan otot untuk menanggung beban pada kedudukan yang tetap atau pegun.Daya tahan otot dinamik ialah kemampuan otot untuk menanggung beban pada kedudukan yang bergerak atau berulang alik.Contohnya aktiviti bangkit tubi, tekan tubi dan burpee.

  • 1.2.3 Komposisi Tubuh BadanTerdiri daripada bahagian berlemak dan tanpa lemak.

    Bentuk tubuh badan manusia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu endomorf, mesomorf dan ektomort.

  • 1.2.3 Komposisi Tubuh BadanEndomorf

    Bentuk tubuh badan yang gempal kerana banyak lemak yang terkumpul di bawah kulit.

    Sesuai untuk ahli sukan angkat berat, membaling tukul besi dan gusti.

  • 1.2.3 Komposisi Tubuh BadanMesomorf

    Mempunyai badan yang berotot, tegap dan mempunyai rangka badan yang menarik.

    Sesuai untuk ahli sukan lari jarak dekat dan acara lompatan.

  • 1.2.3 Komposisi Tubuh BadanEktomorf

    Mempunyai bentuk tubuh badan yang kurus dan tinggi lampai kerana kurang tisu lemak di bawah lapisan kulitnya.

    Sesuai untuk ahli sukan pelari jarak jauh, merentas desa dan bola keranjang.

  • 1.2.4 Kelenturan dan FleksibilitiKeupayaan anjalan otot dan sendi melakukan pergerakan yang kemas dalam pergerakan yang maksimum.Keupayaan sesuatu sendi badan boleh digunakan sejauh mungkin.Hasil pergerakan ditentukan oleh penguncupan dan pemanjangan tendon dan ligamen.

  • 1.2.5 Kekuatan OtotKebolehan sesuatu otot atau sekumpulan otot-otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja).Kekuatan otot diukur berdasarkan daya maksimum yang dihasilkan daripada satu pergerakan atau penguncupan otot yang spesifik.Berhubung kait dengan saiz otot, jenis fiber otot, fungsi sistem saraf dan peratusan hormon testoteron yang dimiliki.Contohnya angkat berat, ujian lompat jauh berdiri, lompat sarjan dan lain-lain.Penting untuk mencapai prestasi tinggi dalam aktiviti sukan dengan memberi sumbangan terhadap kuasa untuk melakukan sesuatu tugas.

  • 1.3 KECERGASAN FIZIIKAL BERLANDASKAN PERLAKUAN MOTOR1.3.1 Kelajuan

    Kebolehan individu untuk bergerak secepat mungkin dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain dalam masa yang singkat.Berkait rapat dengan kekuatan dan kuasa otot serta rangsangan yang diterima.Contoh lari pecut, lari berpagar, atlet perlukan kelajuan bagi mencatatkan masa yang terpantas.Acara lompat jauh, atlet lompat jauh memerlukan kelajuan lari landas untuk melalukan lompatan.Kelajuan individu berkait rapat dengan masa tindak balas dan masa bergerak (Jarak langkahan x Kekerapan melangkah = Kelajuan)

  • 1.3.2 KetangkasanKebolehan individu untuk menukar arah dengan pantas semasa bergerak.Melakukan pergerakan dengan cekap dan mengawal kedudukan badannya supaya sentiasa berada dalam keseimbangan.Penting dalam menghadapi situasi kecemasan.Ketangkasan boleh dilatih melalui latihan bayangan. Contoh pergerakan ialah lari zig-zag.

  • 1.3.3 KoordinasiKeupayaan otot melakukan dan menyelaras pergerakan dengan kemas dan lancar.Boleh dicapai dengan melakukan latihan yang bersistematik.Tahap koordinasi yang tinggi, mereka boleh menangkap bola, menahan bola hoki, menyangga bola tampar atau melakukan rejaman tepat pada sasarannya.

  • 1.3.4 Masa Tindak BalasBerlaku sebaik sahaja seseorang itu menerima rangsangan melalui sistem pendengaran atau perasaan sehingga masa tidak balas dilakukan dengan pantas.Contohnya pelari 100 meter memulakan lariannya dengan pantas sebaik sahaja dia mendengar letupan pistol di permulaan perlumbaan.

  • 1.3.5 ImbanganKebolehan individu mengimbangkan badan semasa dalam keadaan statik atau dinamik.

    Merupakan kesan kepada reaksi dan kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti seseorang dan tapak yang menyokongnya diubah.

  • 1.3.5 ImbanganImbangan Statik

    Badan individu berada dalam keadaan yang tetap seperti dalam aktiviti dirian atau berdiri di atas tali.

    Berlaku apabila pusat graviti berada setempat

  • 1.3.5 ImbanganImbangan dinamik

    Adalah kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika pusat graviti diubah.

    Contoh pergerakan yang memerlukan imbangan dinamik ialah berjalan di atas alang imbang dalam gimnastik.

  • 1.3.6 KuasaKombinasi kekuatan otot dan kelajuan.

    Kebolehan individu melakukan pergerakan pantas yang kuat dalam jangka masa yang singkat dengan kecekapan yang tinggi.

    Dalam aktiviti olahraga, melontar peluru, melempar cakera dan merejam lembing.

  • RUMUSANJurulatih dan atlet seharusnya mempunyai pengetahuan mengenai bidang sains sukan sebagai asas penting dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti fizikal.

    Dengan adanya pengetahuan tersebut maka jurulatih dan atlet dapat bekerjasama dalam merancang dan melaksanakan program latihan secara sistematik.