assg kecergasan fizikal
Embed Size (px)
DESCRIPTION
kecergasan FizikalTRANSCRIPT
FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE
SMP PPG MAC 2012HBPE 1203
KECERGASAN FIZIKAL (SMP)
NAMA :JULIANUS TIOONNO. MATRIKULASI : 840814125139001NO. KAD PENGNEALAN: 840814-12-5139NO. TELEFON: 014-6729336E-MEL: [email protected] TUTOR:VICKNESWARAN A/L NAKAR SALAPANPUSAT PEMBELAJARAN: SABAH LEARNING CENTRE
PengenalanAktiviti kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid harus melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum ini. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam bilik atau diluar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti yang akan dijalankan. Dengan andaian bahawa murid-murid tidak akan dapat memperoleh pengalaman-pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat memberikan pengetahuandan pengalaman untuk perkembanganmental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yangpositif.Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Antara matlamat yang hendak dicapai ialah seperti menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada tuhan. Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid-murid. Mengukuhkan perhubungan danpergaulan di kalangan murid dalam kalangan murid dalam sekolah dan di antara sekolah. Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang diceburi. Membina dan meningkatkan disiplin murid. Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan mengembirakan. Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumdangan hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat serta mewujudkan sekolah yang berwatak.Dalam merealisaikan Falsafah Pendidikan Negara dalam aktiviti kokurikulum, murid-murid perlu mempunyai kecargasan fizikal yang baik dalam mengharungi kehendak pembelajaran masa kini. Oleh itu, kecergasan fizikal perlu dititikberatkan pengajarannya dan dalam pendidikan seharian murid. Kecergasan ini boleh dilakukan di sekolah ataupun di luar sekolah. Di dalam sekolah guru boleh manjalankan aktiviti yang boleh meningkatan kecergasan fizikal murid seperti naik turun kerusi, lari ulang alik 10 meter dan sebagainya. Di luar sekolah pula, murid-murid boleh menjalankan aktiviti kecergasan sendiri, bersama rakan atau keluarga. aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti berjoging, berbasikal, berenag dan sebagainya.
Definisi Kecergasan FizikalPerangkaan perubatan menunjukkan bahawa masyarakat kini telah dinafikan banyak aktiviti fizikal. Ini boleh menyebabkan keadaan fizikal yang lemah. Ujian-ujian mudah ke atas kekuatan otot, stamina, kelembutan, koordinasi dan kemahiran motor asas telah menunjukkan keputusan yang lemah.Kekurangan aktiviti fizikal boleh menyebabkan penurunan prestasi paru-paru dan saluran darah tersumbat dengan kolesterol. Keadaan ini boleh menyebabkan ketidakupayaan fungsi seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi, aterosklerosis dan lain-lain masalah pengaliran darah. Tambahan lemak badan, kemerosotan kekuatan otot badan boleh menjejaskan posture dan menyebabkan masalah fizikal seperti kecacatan ortopedik. Oleh itu fizikal harus dirangsang. Aktiviti fizikal harus dijalankan sekurang-kurangnya 30 minit untuk 3 hari dalam seminggu.Kecergasan Fizikal dapat didefinisikan sebagai kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih serta masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan. Menurut Fall (1980) mendefinisikan kecergasan fizikal sebagai "Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan berbagai-bagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya". Menurut Corbin & Lindsey (1984) mendefinisikan kecergasan fizikal sebagai keupayaan keseluruhan organisma manusia berfungsi dengan efisen dan berkesan. Kecergasan fizikal seharusnya mengandungi 11 komponen yang dapat memberi sumbangan kepada kualiti hidup secara menyeluruh. Kecergasan fizikal dikaitkan dengan kebolehan seseorang bekerja dengan berkesan, menikmati masa riadah, menjadi sihat, mencegah daripada penyakit hipokinetik dan menghadapi keadaan-keadaan kecemasan. Baka membezakan saiz tubuh, personaliti kendiri serta kepandaian seseorang individu. Boleh dihujahkan bahawa baka menentukan limitasi potensi individu. Tiap-tiap orang boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap maksima. Untuk mencapai ke tahap kecergasan ini seseorang harus baik dalam tiap-tiap komponen kecergasan. Program kecergasan fizikal yang seimbang terdiri dari gabungan senaman yang boleh meningkatkan daya kadiovaskular, kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan.Ujian KecergasanUjian kecergasan membolehkan seseorang mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka, dan boleh menilai apa yang perlu diperbaik dan dikembangkan. Ujian kecergasan bukan sahaja untuk atlet bahkan sebagai seorang yang bersenam biasa pun boleh dan digalakkan melakukan ujian kecergasan. Ujian kecergasan terbahagi kepada dua iaitu, ujian kecergasan berlandaskan kesihatan adalah untuk mengetahui kesihatan badan peserta dan ujian kecergasn berlandaskan perlakuan motor yang mana digunakan untuk mengukur komponen-komponen kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran motor.Ujian kecergasan berlandaskan kesihatan adalah seperti: 1. Larian 2.4km,2. Tekan tubi tanpa henti,3. Indeks jisim badan,4. Jangkauan melunjur dan,5. Lompat jauh berdiri.Ujian kecergasan berlandaskan perlakuan motor adalah seperti: 1. Lari pecut 30m (kelajuan),2. Lari ulang-alik 10m (ketangkasan),3. Mengelecek bola kerangjang (koordinasi),4. Lompat kuadran (masa tindak balas),5. Dirian bangau (imbangan) dan,6. Hand grip dynamometer (kuasa).Ujian Lompat KuadranUjian lompat kuadran merupakan ujian yang digunakan untuk mengukur komponen masa dan tindak balas seseorang individu. Masa dan tindak balas merujuk kepada keupayaan seseorangindividu dalam bertindak balas terhadap rangsangan dalam jangka masa yang singkat. Ujian ini juga dapat menilai kebolehan seseorang menukar posisi badannya dengan pantas dengan melompat ke arah yang berlainan dengan kedua-duan kaki memijak petak yang telah di sediakan. Ujian Lompatan Kuadran ini boleh dijalakan diluar waktu pengajaran matapelajaran Pendidikan Jasmani. Ujian ini juga perlu mengambil kira kehendak ujian mengikut peringkat umur, peralatan ujian dan tempat ujian dijalankan. Kesihatan murid juga perlu dititikberatkan memandangkan kesihatan murid tersebuat akan mengganggu kosentrasi ketika melakukan aktivti Ujian Lompat Kuadran.ObjektifGuru dapat :1. mengukur prestasi ketangkasan menukar posisi badan dengan cepat berdasarkan arahan lompatan.Murid dapat :1. mengetahui kepentingan kecergasan fizikal;2. melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh guru.3. menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal murid.4. melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal murid melalui perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan5. pengiktirafan tahap kecergasan murid berdasarkan prestasi.Peralatan pita penanda dan jam randik.Susunan pelan panjang setiap garisan bersilang ialah satumeter
3 2
1 4 mula
Prosedur aktiviti1) Guru menerangkan dan mendemostrasikan cara aktiviti dilakukan2) Peserta diminta untuk berdiri di belakang garisan permulaan.
3) Petak kuadran ditandakan dengan nombor 1, 2, 3 dan 4.
4) Lompat dengankeduakakikepetak kuadran 1, kemudian ke petak kuadran 2, petak kuadran 3 dan petak kuadran 4 sebelum kembali ke petak kuadran 1 semula dan berturutan selama 10 saat.
5) Arahan sedia dan mula diberikan oleh penguji.
6) Peserta melompat dengan kedua-dua kaki ke petak kuadran 1, petak kuadran 2, petak kuadran 3, petak kuadran 4 dan balik semula ke petak kuadran 1.7) Lompatan yangberjaya 1 kiraanmata setiapzon lopatan menggunakan dua kaki.8) Diulangi sebanyak mungkin dalam masa 10saat. Dua percubaan diberikan masa rehat antara setiap percubaanSkor1. Skor dikira berdasarkan jumlah bilangan mendarat dengan kedua-dua belah kaki di dalam petak yang betul dalam masa 10 saat.2. Pendaratan kaki yang tidak betul atau mendarat menggunakan sebelah kaki tidak akan dikira sebagai 1 skor.
Klasifikasi, Indikator Prestasi dan Pemarkahan Ujian Lompat KuadranLELAKITAHAPPEREMPUAN
31 lompatanCemerlang 33 lompatan
25-30Amat Baik27-32
13-24Baik14-26
7-12Sederhana8-13
0-6Lemah0-7
Klasifikasi untuk Lompat Kuadran
Ringkasan Ujian Lompatan KuadranUjian lompatan kuadran telah dilakukan di Sekolah Kebangsaan Kolombong Kota Kinabalu. Seramai 10 orang murid dari kelas tahun 5 Gemilang telah dipilih untuk menjalani ujian ini iaitu 5 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan. Pemilihan murid dilakukan secara rawak dan mendapati 4 daripada 5 orang murid lelaki adalah atlet sekolah dan 1 daripada 5 orang murid perempuan adalah atlet sekolah. Ujian lompatan kuadran ini telah dilakukan di kawasan kantin sekolah selepas waktu persekolahan.Dapatan Ujian Lompatan KuadranNama PesertaSkor
1Muhd. Alif Ferhan Sony29
2Muhd. Firdaus Bin Norgan25
3Andurey Anad Anak Adam 24
4Muhd. Rozaidi Bin Md Kassim25
5Richie Darien Jeuprinjo22
6Siti Norfaizah Nasir25
7Affer Joys Sheanny Jinus25
8Nur Shaerra Salmie Binti Libit23
9Nurshazniera Azwa Binti Saptu22
10Nurul Asyhiqin binti Ibrahim 23
Analisis Ujian Lompatan Kuadran1) Peserta pertama adalah atlet sekolah dan dia juga adalah seorang pemain bola sepak. Dia dapat melakukan lompatan dengan mendarat dua kaki sebanyak 29 kali. Ini bermakna, murid ini mempunyai tahap kecergasan yang tinggi dimana dia dapat mencapai tahap amat baik dalam klasifikasi lompat kuadran.2) Peserta kedua memperoleh skor sebanyak 25 lompatan dengan dua kaki yang betul. Peserta ini juga adalh atlet sekolah dalam acara olahraga. keputusan yang diperoleh dalam ujian lompat kuadran ini mendapat tahap amat baik juga. Ini keran tahap kecergasan murid ini juga tinggi.3) Peserta ketiga mendapat skor sebanyak 24 lompatan dengan dua kaki mendarat dengan betul. Dia juga merupakan alet sekolah dalam acara olahraga. Keputusan yang diperoleh adalah dalam tahap baik. Semasa melakukan ujian, murid ini hilang keseimbangan semasa melompat menjadikan dia memperlahankan lompatan dan mendapat skor 24 lompatan sahaja.4) Peserta keempat memperoleh skor sebanyak 25 lompatan. Peserta ini juga adalah atlet sekolah. Dia melakukan lompatan kuadran pada tahap yang amat baik.5) Peserta kelima melakukan lompatan sebanyak 22 kali sahaja. Kelemahan peserta ini ialah, dia tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dalam melakukan aktiviti dan asyik tersalah petak kuadran. Menyebabkan dia kehilangan skor kiraan. Dengan itu, dia hanya memperoleh tahap baik.6) Peserta keenam adalah murid perempuan. Dia dapat melakukan sebanyak 25 lompatan. Peserta ini dapat juga adalah atlet sekolah. Semasa melakukan lompatan, dia hampir terjatuh kerana keterujaan melakukan aktiviti. Keputusannya, dia dapat mencapai tahap amat baik juga.7) Peserta ketujuh dapat melakukan 25 lompatan juga. Biarpun peserta ini bukan atlet sekolah, tapi dia dapat menyaingi skor yang diperoleh oleh atlet sekolah. Murid ini juga mempunyai tahap kecergasan yang tinggi dan skor yang diperolehi adalah pada tahap amat baik.8) Peserta kelapan dapat melakukan sebanyak 23 lompatan dengan daratan yang betul. Dia memperoleh tahap baik dan murid ini juga adalah murid yang aktif melakukan aktiviti sukan semasa Pendidikan Jasmani di sekolah.9) Peserta kesembilan mendapat skor 22 lompatan. Murid ini dapat mencapai tahap baik. Peserta ini tidak dapat memperoleh skor yang tinggi kerana, dia adalah murid biasa yang kurang aktif dalam bidang sukan.10) Peserta terakhir ini dapat memperoleh skor sebanyak 23 lompatan. Peserta ini mepunyai tubuh yang agak berisi dibandingkan dengan peserta lain. Namun, peserta ini masih menunjukkan sikap daya saing dalam melakukan aktiviti lompat kuadran. Peserta ini dapat mencapai tahap baik.
Kekuatan, Kelemahan dan Cadangan Penambahbaikan Ujian Lompatan KuadranSelepas menjalankan aktiviti Lompatan Kuadran ini, saya dapati terdapat kekuatan dan kelemahan dalam menjalankan Ujian Lompatan Kuadran ini. Antara kekuatan, kelemahan ujian lompat kuadran adalah seperti di bawah;
KekuatanKekuatan yang dapat saya perolehi dalam menjalankan aktiviti ujian Lompatan kuadran ini ialah, ujian ini tidak memerlukan kawasan atau ruang yang besar. Ini adalah salah satu kekuatan atau kebaikan dalam menjalankan aktiviti ini, di mana ianya hanya perlu ruang dalam lingkungan seluas 6 meter persegi. Saya telah melakukan aktiviti ini di kawasan kantin dan ruang yang digunakan adalah sangat kecil. Saya telah memasang garisan bersilang sapanjang 1 meter dan ruang di sekeliling garisan silang hanyalah dalam 1 meter persegi.Kekuatan yang kedua ialah, Ujian Lompatan Kuadran ini tidak memerlukan peralatan yang banyak dan kompleks. Pegawai penilai atau guru hanya perlu menyediakan pita pelekat atau tali atau apa-apa sahaja yang boleh digunakan untuk membuat garisan silang sepanjang 1 meter setiap garisan dan garisan mula. Peralatan yang kedua ialah jam randik atau jam digital juga boleh digunakan. Jam ramdik atau jam digital digunakan untuk mengambil masa murid untuk melakukan lompatan dan berhenti. Jika tidak ada jam randik atau jam digital, maka sukar untuk pegawai penilai atau guru untuk menetukan masa 10 ssat mereka semasa melakukan lompatan. Dengan itu, kekuatan atau kebaikan Ujian Lompatan Kuadran yang kedua ialah, ujian ini tidak memerlukan peralatan yang banyak.Kekuatan yang ketiga ialah, penyediaan tempat ujian yang mudah dan senang dibuat. Ini juga adalah salah satu kebaikan Ujian Lompatan Kuadran. Pegawai penilai atau guru hanya perlu mengetahui bentuk garisan silang 1 meter, menyediakan garisan tempat permulaan, dan meletakkan nombor pada setiap petak kuadran. Ini jelas menunujukkan ujian ini tidak susah untuk disediakan dan ianya boleh disediakan oleh murid atau guru. Tempat ujian lompat kuadran ini juga boleh dijalankan di koridor sekolah yang mana ia cukup untuk murid melakukan lompatan.Kekuatan seterusnya ialah ujian ini tidak memerlukan pengalaman seseorang untuk mengendalikannya. Pegawai penilai hanya perlu mengikut manual ujian juga boleh menjalankan ujian ini. Ujian ini juga tidak memerlukan penguji yang banyak. Ia hanya memerlukan seorang penjaga masa dan seorang lagi mengira dan memerhati kaki peserta yang melakukan lompatan.Kekuatan yang lain ialah, pemilihan murid unutk melakukan aktiviti lompatan kuadran juga tidak mempunyai batas atau faktor untuk memilih peserta ujian. Contohnya, peserta boleh tergolong kepada murid yang berbadan besar sederhana besar ataupun murid yang kurus. Ujian lompat kuadran ini hanya perlu murid yang boleh melompat pelabagai arah dan melompat mengikut turutan nombor pada petak kuadran untuk mendaptkan skor.KelemahanMelalui ujian yang saya lakukan, saya dapati terdapat beberapa kelemahan. Kelemahan yang pertama yang dapat saya perhatikan ialah, ujian lompatan kuadran ini hanya doleh dijalankan sekali dalam satu masa. Maksud di sini ialah, hanya seorang peserta sahaja yang boleh diuji oleh penilai dalam satu masa. Ujian lompat kuadran ini tidak boleh dijalankan dua peserta dalam satu masa.jika hendak melakukan 2 peserta dalam satu masa, maka terpaksa untuk membuka satu lagi stesen ujian lompatan kuadran.Kelemahan kedua yang dapat dilihat ialah, perbezaan permukaan lompatan yang dijadikan stesen ujian lompat kuadran. Ertinya di sini ialah, jika stesen ujian lompatan dibuat di atas permukaan simen, maka lompatan murid akan menjadi lebih stabil kerana permukaan simen yang agak kasar membantu peserta dalam mengimbangi badan mereka semasa melakukan aktiviti. Namun, jika permukaan lompatan yang dijadikan stesen ialah di atas permukaan mozek, ini akan memberi impak kepada lompatan peserta. Permukaan mozek yang agak licin boleh menyebabkan peserta akan mengurangkan kekuatan atau kepantasan lompatan mereka kerana takut daripada jatuh semasa melakukan ujian.dengan itu, jika ujian dibuat di kawasan permukaan yang kasar akan memberi skor yang lebih berbanding dengan ujian di permukaan yang licin. Dengan itu, terdapat ralat semasa melakukan lompatan.Kelemahan seterusnya ialah, faktor kasut yang digunakan oleh peserta semasa melakukan ujian lompat kuadran. Kasut yang digunakan juga boleh menyebabkan kelemahan dalam mencapai skor terbaik peserta. Contohnya, 7 peserta yang saya telah diuji menggunakan kasut yang dibekalkan oleh pihak sekolah. Tapak kasut yang dibekalkan oeh sekolah agak licin dan berat. Manakala 2 peserta ialah pengawas sekolah dan seorang pengawas pusat sumber yang mana mereka menggunakan kasut yang dibeli sendiri dan bukan kasut bantuan sekolah. peserta yang menggunakan kasut sekolah semasa melakukan lompatan kelihatan lebih sukar untuk mengimbangkan badan kerana tapak kasut yang licin. Namun, peserta yang tidak menggunakan kasut bantuan sekolah lebih stabil dan lompatan yang lebih konsisten. Maka, peserta yang tidak menggunakan kasut bantuan sekolah akan memberikan hasil lompatan dan skor yang labih baik. Kelemahan dari segi pegawai penilai jiga doleh dikira. Contohnya, penguji yang menjaga masa. Oleh kerana ujian ini dilakukan secara manual dan tidak melibatkan rakaman terperinci, maka penilai hanya melakukan kiraan dengan masa yang tidak sama. Contohnya, mungkin pengujin lambat beberapa detik dalam menekan jam mula semasa permulaan lompatan dan lambat beberapa detik menekanjam semasa lompatan berhenti. Ini mungkin akan memeri kelebihan 1 atau 2 skor kepada murid. Denga itu, penggunaan penguji masa dan pengira lompatan secara kasar boleh memberi kelebihan dan kekurangan kiraan skor. Denganitu, dapat dilihat bahawa kejituan dari segi masa dan ketepatan darata murid perlu diambil kira.PenambahbaikanHasil dari ujian yang saya telah jalankan, saya dapat melihat beberapa punca kelemahan dalam ujian ini, dan ini cadangan penambahbaikan juian lompat kuadran ini seperti;1. Peserta yang dipilih unutk melakukan ujian perlulah peserta yang mempunyai kecergasan yang baik dalam melakukkan aktiviti ini. Contohnya, memilih peserta seperti atlet sekolah.2. Sebagai penguji, saya dapat melihat bahawa permukaan lompatan perlulah sama kepada semua peserta. Dengan itu, perlu ada satu set pelapik lompat kuadran mudah alih yang pasang siap. Contonya, seperti pelapik lompat jauh berdiri. Ia mempunyai set khas semasa melakukan lompatan. Mungkin juga dengan adanya pelapik khas lompat kuadran, lompatan peserta akan lebih baik dan seimbang serta dapat memberikan persembahan yang terbaik dan skor yang lebih tinggi.3. Faktor kasut juga boleh menyebabkan murid memperoleh skor yang tinggi dan rendah. Dengan itu, guru atau penguji perlu memberi makluman awal kepada murid supaya menggunakan kasut yang sesuai untuk melakukan lompatan ini, kerana jika murid tidak ada persediaan kasut yang sesuai, maka ia akan meberi impak kepada keseimbangan melakukan lompatan serta akan memperoleh skor yang agak rendah jika menggunakan kasut yang tidak sesuai untuk melakukan aktiviti.4. Peserta yang dipilih juga boleh dipilih dari kalangan peserta yang mempunyai kecergasan yang agak tinggi agar lompatan yang dilakukan lebih baik dan skor yang diperoleh adalah skor yang baik. Ini juga akan membantu mempercepatkan pergerakkan proses ujian ini.KesimpulanKesimpulannya, lompat kuadran ini adalah satu ujian yang dapat menunjukkan kesesuaiannya atau keberhasilnya untuk menguji masa dan tindak balas yang dilakukan oleh peserta. Lompat kuadran ini sesuai dijalankan untuk menguji peserta dari tahap 2 di peringkat sekolah rendah iaitu bermula dari kanak-kanak yang berumur 10 tahun dan keatas.Ujian lompat kuadran yang telah saya jalankan berjalan dengan lancar dimana, peserta-peserta yang telah saya pilih mempunyai kecergasan yang agak baik.rata-rata mereka dapat mencapai tahap baik dan ada juga peserta yang mencapai skor amat baikDengan itu, ujian lompat kuadran ini masih sesuai digunakan untuk menguji masa dan tindak balas peserta selagi tidak ada teknik ujian yang lebih mudah dan praktikal untuk menggantikan ujian kuadran ini kerana, walaupan terdapat beberapa lagi aktiviti untuk menguji masa dan tindak balas peserta, namun lompat kuadran ini adalah salah satu teknik ujian yang digunapakai dan disahkan keberhasilannya serta mudah untuk dikendalikan.
RujukanMohd Taib Harun (2007). HBPE 1203 Kecergasan Fizikal Edisi Kedua April 2012:. Selnagor Darul Ehsan. Meteor Doc. Sdn. Bhd.Kementerian Pendidikan Malaysia . (1998). Panduan Ujian kecergasan Fizikal. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.http://zarin58.tripod.com/Kecergasanfizikal.htmhttp://www.slideshare.net/BezitaGoku/ujian-lari-24km-1500m-larian-cooperujian-bleep-dan-satu-ujian-makmal