kecergasan fizikal (t6)
Embed Size (px)
DESCRIPTION
pjkTRANSCRIPT
-
TOPIK 6
BATERI UJIAN -
PETA MINDA
BATERI UJIAN
UJIAN KECERGASAN
BERLANDASKAN KESIHATAN
Larian 2.4km Tekan Tubi Tanpa Henti Indeks Jisim Badan Jangkauan Melunjur Lompat Jauh BerdiriUJIAN KECERGASAN
BERLANDASKAN PERLAKUAN
MOTOR
Lari Pecut 30m Lari Ulang Alik 10m Menggelecek Bola Keranjang Lompat Kuadran Strok Test HandGrip Dynamometer -
6.1 UJIAN KECERGASAN BERLANDASKAN
KESIHATAN6.1.1 Larian 2.4km
Merupakan salah satu bateri ujian bagi mengukur daya tahan kardiovaskular.Daya tahan kardiovaskular adalah komponen asas yang terpenting dalam kecergasan fizikal. -
6.1.1 Larian 2.4km
Prosedur Ujian
Topik : Larian 2.4km
Objektif : Mengukur daya tahan kardiovaskular
Kemudahan/Alatan : Balapan (400m, 200m), jam randik, wisel
Arahan/Penerangan : (i) Lakukan aktiviti memanaskan badan.
(ii) Berdiri di belakang garisan permulaan,
isyarat diberi iaitu wisel dibunyikan,
peserta mula berlari mengikut
keupayaan masing-masing.
(iii) Setiap peserta dikehendaki
menamatkan larian sebanyak 2.4km.
Pembantu akan mencatatkan masa
yang dibuat oleh peserta pada akhir
larian.
Skor : Skor yang diperolehi ialah jumlah masa
yang diambil untuk menghabiskan larian
2.4km
-
6.1.2 Tekan Tubi Tanpa Henti
Merupakan ujian yang boleh dilakukan untuk menguji komponen daya tahan otot.Dalam ujian tekan tubi tanpa henti, berat tubuh badan adalah beban yang harus diatasi sewaktu melakukan aktiviti tersebut. -
6.1.2 Tekan Tubi Tanpa Henti
Prosedur Ujian
Jenis ujian : Ujian tekan tubi tanpa henti
Objektif : Mengukur kekuatan dan daya tahan otot
lengan, otot bahu dan otot bahagian belakang.
Kemudahan/Alatan : Tilam, lantai
Arahan/Penerangan : (i) Pelaku dalam keadaan tertiarap dengan
kedua belah tangan keluar dari paras bahu
dan jari-jari tangan menghala ke hadapan.
Pelaku Lelaki kedua belah kaki di atas lantai
dengan keadaan belakang yang sentiasa
lurus.
Pelaku Wanita kedua belah lutut berada di
atas lantai, kaki bengkok di bahagian lutut
(menampung berat badan) dnegna keadaan
bahagian belakang badan yang sentiasa
lurus.
-
6.1.2 Tekan Tubi Tanpa Henti
(ii) Pelaku bermula dengan tangan dan badan
berkeadaan lurus. Kemudian badan
direndahkan sehingga dada menyentuh
tilam atau lantai sementara siku lengan
dalam keadaan bengkok. Selepas itu, siku
diluruskan disamping itu badan pula
ditolak naik. Senaman ini diulang
beberapa yang terdaya.
Skor : Bilangan yang betul dikira sebagai skor sah.
Ulangan tidak dikira sekiranya pelaku berhenti
rehat ataupun dada tidak menyentuh tilam atau
lantai dan siku pelaku tidak diluruskan semasa
membuat tokakan. Ujian dibuat sebanyak tiga
kali dan skor yang terbaik akan diambil kira.
-
6.1.2 Tekan Tubi Tanpa Henti
UmurSkor17 - 1930 - 3940 - 4950 ke atasUnggul 10027271513Cemerlang 752015128Baik 50151084Sederhana 257532Lemah 0Bawah daripada skor di atas
Gred: Gred yang diterima adalah seperti jadual di
bawah:
Jadual 6.1: Lelaki (Tekan Tubi) -
6.1.2 Tekan Tubi Tanpa Henti
UmurSkor17 - 1930 - 3940 - 4950 ke atasUnggul 10050301510Cemerlang 752015107Baik 50131085Sederhana 258643Lemah 0Bawah daripada skor di atas
Jadual 6.2: Wanita (Tekan Tubi) -
6.1.3 Indeks Jisim Badan
Merupakan satu ukuranyang memberi gambaran kepada komposis badan seseorang individu.Merujuk kepada peratus berat badan yang mengandungi lemak berbanding dengan tisu badan yang lain seperti tulang dan otot.Indeks jisim badan =
tinggi x tinggi (m)
Berat (kg)
X 100
-
6.1.3 Indeks Jisim Badan
Prosedur Ujian
Nama Ujian :Indeks jisim badan
Objektif :Mengetahui klasifikasi kandungan
lemak dalam badan
Kemudahan/Alatan :Mesin penimbang, pita pengukur
Arahan/Penerangan :1. Pengukuran berat badan
(i) Berdiri tegak di atas mesin
penimbang (tanpa kasut)
(ii) Mata pandang ke hadapan
(iii) Berat badan di atas kedua-dua
kaki
(iv) Bacaan diambil pada kg
-
6.1.3 Indeks Jisim Badan
2. Pengukuran ketinggian
(i) Berdiri tegak dan mata
pandang ke hadapan
(ii) Bahagian belakang badan
sentuh rod pengukur
atau dinding.
(iii) Pelaras ukuran menekan
rambut pada kepala.
Bacaan diambil pada unit
meter
Gred :Gred yang diterima adalah
berdasarkan seperti jadual di
bawah
-
6.1.3 Indeks Jisim Badan
TerlalurendahSederhanaKecergasanBaik (Sihat)BeratTerlebihberatDi bawahTahap lemakperluTidak sihatbagi sesetengahindividuKesihatanYang baikDikaitkanDenganBeberapapenyakitTidak sihatLelaki 5%6 9%10 20%21 25%> 25Perempuan 10%11 16%17 28%29 35%> 35
Jadual 6.3: Carta untuk Komposisi Badan -
6.1.4 Jangkauan Melunjur
Merupakan satu ujianyang dilakukan bagi mengukur kelenturan atau fleksibiliti seseorang individu.Diperkenalkan oleh Curefon pada tahun 1941. kemudian Mccloy mengubahsuai cara-cara membuat skor ujian curefon yang mutlak dan berorientasikan prestasi kepada yang lebih berkaitan dengan segmen anggota badan lain. -
6.1.4 Jangkauan Melunjur
Prosedur Ujian
Jenis ujian :Ujian jangkauan melunjur
Objektif :Ujian ini dapat menguji tahap kelenturan
seseorang individu
Kemudahan/Peralatan:Bangku gimnastik, pembaris meter/inci
Arahan/Penerangan :(i) Peserta duduk di atas lantai dengan
keadaan berlunjur.
(ii) Tangan dan kaki dalam keadaan
lurus dan dirapatkan.
(iii) Pembaris diletakkan di hadapan.
(iv) Peserta membuat tiga kali cubaan
jangkauan.
(v) Percubaan yang terbaik dikira
sebagai skor.
Gred :Gred diberi mengikut jadual yang dicatat
di bawah.
-
6.1.4 Jangkauan Melunjur
LelakiTahapWanita23 -Cemerlang25 - Above21 - 23 Amat baik22 - 25 18 - 21Baik20 22 17 18 Sederhana18 19 Below 16 LemahBelow 17 -
6.1.5 Lompat Jauh Berdiri
Digunakan untuk menguji kekuatan otot individu.
Prosedur Ujian
Jenis ujian :Ujian lompat jauh berdiri
Objektif :Mengukur kuasa pada bahagian kaki
semasa melompat ke hadapan dari
kedudukan statik.
Kemudahan/Alatan :Pita pengukur, pembaris, kad skor
Arahan/Penerangan :(i) Peserta berdiri di belakang garisan
dengan keadaan kaki dibuka seluas
bahu.
(ii) Peserta bersedia untuk melompat ke
hadapan dengan menghayun tangan
ke belakang dan lutut membengkok
90 darjah.
-
6.1.5 Lompat Jauh Berdiri
(iii)Lompat dengan menggunakan kedua-
dua belah kaki seberapa jauh yang boleh
ke hadapan.
(iv)Percubaan tidak akan dikira jika peserta
tidak dapat mengimbangkan badan dan
jatuh ke belakang serta menyentuh
kawasan di belakang kaki. Ulang semula
lompatan tersebut.
(v)Peserta diberi percubaan sebanyak tiga
kali.
(vi)Ukuran dibuat dari garisan permulaan ke
tempat bahagian tumit yang terdekat
sekali mendarat. Jarak terbaik daripada
tiga percubaan diambil kira sebagai skor
mutlak.
-
6.2 UJIAN KECERGASAN BERLANDASKAN
PERLAKUAN MOTOR6.2.1 Lari Pecut 30m
Digunakan untuk menguji komponen kelajuan.
Prosedur ujian
Jenis Ujian :Ujian lari pecut 30m
Objektif :Mengukur prestasi kepantasan berlari.
Kemudahan/Alatan :Jam randik, wisel, trek larian
Arahan/Penerangan:(i) Setiap peserta melakukan ujian
secara berpasangan. Salah seorang
akan melakukan ujian dan seorang
lagi akan membantu.
(ii) Peserta bermula dengan berdiri di
belakang garisan permulaan.
-
6.2.1 Lari Pecut 30m
(iii)Pelepas akan menggunakan
kaedah ke garisan, sedia dan
mula.
(iv)Selepas wisel ditiup, peserta
akan berlari sejauh 30m
dengan secepat yang boleh
dan masa akan dicatatkan.
(v)Dua percubaan diberikan
dengan rehat selama 5 minit.
Masa yang terpantas diambil
kira.
(vi)Ulang ujian ini dengan
menukar aktiviti pasangan.
Skor:Skor dikira berdasarkan masa
yang terpantas diperoleh
daripada satu percubaan.
-
6.2.2 Lari Ulang-alik 10m
Digunakan untuk menguji komponen ketangkasan
seseorang individu.
Prosedur Ujian
Jenis ujian : Lari ulang alik 10m
Objektif : Menguji kepantasan, ketangkasan dan
koordinasi
Kemudahan/Alatan : Pita ukur, pita pelekat, blok kayu (10cm x
5cm x 5cm), jam randik, wisel.
Arahan/Penerangan: (i) Peserta berdiri di belakang garisan
permulaan. Apabila wisel dibunyikan peserta lari ke garisan 10m.
(ii) Satu blok kayu dikutip dan peserta
berlari balik ke garisan permulaan.
-
6.2.2 Lari Ulang-alik 10m
(iii) Blok kayu diletakkan di belakang
garisan permulaan dan peserta
lari semula ke garisan 10m.
(iv) Blok kayu yang kedua dikutip dan
peserta berlari melintasi garisan
penamat.
(v) Rehat diberi selama beberapa minit
(vi) Peserta diberi percubaan yang
kedua.
(vii) Masa yang lebih pantas kan diambil
Gred:Gred yang diterima adalah berdasarkan
seperti jadual yang disenaraikan di
bawah.
-
Jadual 6.4: Skala Tahap Ketangkasan
KlasifikasiLelakiPerempuanCemerlang< 15.8 saat< 17.4 saatAmat baik16.7 15.918.6 17.5Baik18.6 16.822.3 18.7Sederhana18.8 18.723.4 22.4Lemah> 18.9> 23.5 -
6.2.3 Mengelecek Bola Keranjang
Digunakan untuk menguji komponen koordinasi seseorang individu.Semakin kompleks corak pergerakan, semakin tinggi darjah koordinasi yang diperlukan untuk menjayakan sesuatu lakuan.Koordinasi saling berkaitan dengan lain-lain komponen seperti keseimbangan, kepantasan, masa tindak balas, dan ketangkasan. -
Rajah 6.5: Ujian mengelecek bola keranjang
8 kaki
8 kaki
8 kaki
8 kaki
5 kaki
TAMAT
MULA
45 kaki
-
6.2.4 Lompat Kuadran
Prosedur Ujian
Jenis Ujian : Lompat kuadran
Objektif : Mengukur prestasi ketangkasan menukar posisi badan dengan cepat berdasarkan arahan lompatan.
Kemudahan/Alatan : Gelanggang bersimen yang mempunyai
keluasan yang mencukupi (sekurang-
kurangnya 20 kaki panjang dan 20 kaki
lebar), jam randik dan pita penanda.
Arahan/Penerangan: (i) Peserta berdiri di belakang garisan kecil permulaan yang disediakan.
(ii) Petak kuadran ditandakan dengan
nombor 1, 2, 3 dan 4.
-
6.2.4 Lompat Kuadran
(iii)Peserta dikehendaki melompat kedua
belah kaki ke dalam petak mengikut urutan nombor 1, 2, 3 dan 4 dalam
masa 10 saat.
(iv)Arahan sedia dan mula diberikan
kepada peserta untuk melompat
dengan kedua-dua belah kaki dalam
petak kuadran pertama, kemudian
kedua, ketiga, keempat dan balik
semula ke petak pertama.
Skor: Skor dikira berdasarkan jumlah bilangan
mendarat dengan kedua-dua belah kaki
dalam petak yang betul dalam masa 10 saat.
-
Rajah 6.6: Rajah ujian lompat kuadran
3
4
1
2
Mula
-
Jadual 6.5: Klasifikasi untuk Lompat Kuadran
LelakiTahapPerempuan> 31 lompatanCemerlang> 33 lompatan25 30Amat baik27 3213 24Baik14 267 12Sederhana8 130 6Lemah0 - 7 -
6.2.5 Dirian Bangau
Digunakan untuk mengukur komponen imbangan statik seseorang individu.Prosedur Ujian
Jenis ujian : Dirian bangau
Objektif : Mengukur imbangan statik semasa
berdiri sebelah kaki pada papan imbangan.
Kemudahan/Alatan: Papan imbangan dan jam randik.
-
6.2.5 Dirian Bangau
Arahan/Penerangan : (i) Papan imbangan diletak di atas
lantai.
(ii) Peserta meletakkan kaki yang
dominan di tengah-tengah papan
imbangan dan sebelah kakinya di
atas lantai.
(iii) Bacaan masa akan tamat apabila
kaki di atas lantai diangkat.
(iv) Bacaan masa akan tamat apabila
kaki yang diangkat mencecah
semula ke lantai.
Gred : Gred yang diberi berdasarkan jadual
di bawah.
-
Jadual 6.6: Norma untuk Dirian Bangau
LelakiTahapPerempuan> 17 saatCemerlang> 15 saat11 16Amat baik9 145 10Baik5 83 4Sederhana3 40 - 2Lemah0 - 2 -
6.2.6 Hand Grip Dynamometer
Digunakan untuk mengukur komponen kuasa seseorang individuProsedur Ujian
Topik : Handgrip dynamometer
Objektif : Mengukur kekuatan otot tangan
Kemudahan/Alatan : Hand dynamometer
-
6.2.6 Hand Grip Dynamometer
Arahan/Penerangan : (i) Pelaku berdiri tegak dan
memandang ke hadapan.
(ii) Cekak dynamometer dengan selesa.
(iii) Permukaan meter bacaan/penunjuk
menghadap penguji.
(iv) Memegang/mencekak dynamometer
dengan keadaan tangan yang lurus
ke bawah.
(v) Cekak dengan sekuat hati yang
mampu (tanpa menghayunkan
tangan atau menggerakkan anggota
badan lain secara keterlaluan).
(vi) Cekakkan hendaklah dilakukan pada
kadar satu lakuan.
Skor : Bacaan yang terbaik diambil dan
skalanya dibaca dalam unit