kecergasan fizikal kebangsaan pelajar berumur 13
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
-
INDEKS PRESTASIKECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN
PELAJAR BERUMUR 13 HINGGA 17 TAHUN
OlehDR. AHMAD BIN HASHIM, DR. MOHD. SANI BIN MADON DAN
PROF MADYA DR SHAHARUDDIN BIN ABD AZIZFAKULTI SAINS SUKAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN'IDRIS
KOD PENYELIDIKAN UPSI09-09-44-05
TAHUN 2007
-
JADUAL KANDUNGAN
Muka surat
SENARAI JADUALSENARAI RAJAHABSTRAK
iiiv
xi
BAB
1 PENGENALAN 1
Latar Belakang 9Penyataan Masalah. 11Kepentingan Kajian .. 12Objektif Kajian 13Hipotesis Kajian 14Limitasi Kajian 15Definisi Operational. 16
II SOROTAN LlTERATUR 19
III METODOLOGI KAJIAN 29
Reka Bentuk Kajian . 29Kerangka Konseptual Kajian. 30Instrumen Kajian dan Prosedur Ujian 32Pentadbiran Instrumen Ujian 45Sampel Kajian 50Pengumpulan Data. 50Penganalisisan Data 51
IV KEPUTUSAN KAJIAN 52
V KESIMPULAN DAN CADANGAN . 74
Cadangan 79
RUJUKAN 83
II
-
SENARAI JADUAL
Jadual Muka surat
1 Kriteria Rujukan Piawai FITNESSGRAM 8agi UjianPACER, Curl Up, Tekan Tubi dan Trunk Lift UntukPelajar Lelaki 48
2 Kriteria Rujukan Piawai FITNESSGRAM Bagi UjianPACER, Curl Up, Tekan Tubi dan Trunk Lift UntukPelajar Perempuan . 48
3 Kriteria Rujukan Piawai FITNESSGRAM Bagi IndeksJisim Badan Untuk Pelajar Lelaki dan Perempuan. 49
4 Kriteria Rujukan Piawai The World HealthOrganization (WHO) Untuk Lebihan Berat Badandan Obesiti Bagi Pelajar Lelaki dan PerempuanBerdasarkan Indeks Jisirn Badan . 49
5 Bilangan Pelajar Mengikut Umur dan Jantina 52
6 Min Pencapaian Bilangan Ulangan Larian Ujian PacerMengikut Umur dan Jantina 53
7 Min Pencapaian V02Max Berdasarkan Ujian PacerMengikut Umur dan Jantina 54
8 Min Pencapaian Ulangan Bagi Ujian Curl UpMengikut Umur dan Jantina 55
9 Min Pencapaian Ulangan Bagi Ujian Tekan TubiMengikut Umur dan Jantina 56
10 Min Pencapaian Jarak Bagi Ujian Trunk Lift (cm)Mengikut Umur dan Jantina 57
iii
-
11 Min Indeks Jisim Badan (kg/m2) MengikutUmur dan Jantina 58
12 Kebolehpercayaan Rujukan Kriteria UjianPACER (Ulangan) Berbanding Piawaian FITNESSGRAMBerdasarkan Umur dan Jantina 59
13 Kebolehpercayaan Rujukan Kriteria UjianTekan Tubi Berbanding Piawaian FITNESSGRAMBerdasarkan Umur dan Jantina 60
14 Kebolehpercayaan Rujukan Kriteria Ujian Curl UpBerbanding Piawaian FITNESSGRAMBerdasarkan Umur dan Jantina 61
15 Kebolehpereayaan Rujukan Kriteria Ujian Trunk LitBerbanding Piawaian FITNESSGRAM BerdasarkanUmur dan Jantina 62
16 Indeks Jisim Badan berdasarkan Kriteria The WorldHealth Organization (WHO) BerdasarkanUmur dan Jantina 64
17 Norma Persentil Ujian PACER (Ulangan)Mengikut Umur dan Jantina 66
18 Norma Persentil V02Max Ujian PACER (ml.kql.rnin' )Mengikut Umur dan Jantina 66
19 Norma Persentil Ujian Tekan Tubi (Bilangan Ulangan)Mengikut Umur dan Jantina 67
20 Norma Persentil Ujian Curl UpMengikut Umur dan Jantina 67
21 Norma Persentil Ujian Trunk Lift (em)Mengikut Umur dan Jantina 68
22 ANOVA Sehala Ujian Keeergasan Fizikal AntaraPelajar Lelaki Mengikut Umur 69
23 ANOVA Sehala Ujian Keeergasan Fizikal AntaraPelajar Perempuan Mengikut Umur 72
IV
-
SENARAI RAJAH
Rajah Muka surat
1 Kerangka Konseptual Kajian Indeks Prestasi KecergasanFizikal Kebangsaan pelajar berumur 13 hingga 17 tahunSekolah Menengah . 31
2 Ujian Push -Up (Tekan tubi) 37
3 Ujian Curl-up. 40
4 Ujian Trunk Lift 42
-
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk menentukan indeks kecergasan fizikal kebangsaan
peJajar lelaki dan perempuan berumur 13 tahun hingga 17 tahun sekolah
menengah di Malaysia. Sampel kajian adalah seramai 10,300 orang pelajar
daripada 140 buah sekolah menengah seluruh negeri di Malaysia yang dipilihsecara rawak menggunakan strategi pemilihan sampel rawak berlapis. Sampel
kajian terdiri dari (N = 5177) subjek lelaki dan (N = 5,123) subjek perempuandimana bilangan pelajar berumur 13 tahun (N = 2,073), 14 tahun (N = 2,048), 15
tahun (N = 2,082), 16 tahun (N = 2,068) dan 17 tahun (N = 2,029). Penyelidik
menggunakan persetujuan rujukan kriteria dan rujukan norma berdasarkan
norma ujian yang telah diperkenalkan oleh Prudential FITNESSGRAM ke atas
Ujian PACER, Indeks Jisim Badan, Ujian Curl Up, Ujian Tekan Tubi dan UjianTrunk Lift. Dapatan kajian menunjukkan jumlah peratusan pelajar lelaki dan
perempuan yang "lulus' Ujian PACER, Indeks Jisim Badan, Ujian Curl Up, UjianTekan Tubi dan Ujian Trunk Lift berdasarkan kriteria rujukan piawaianFITNESSGRAM (Cooper Institute for Aerobics Research), (Baumgartner et aI.,
2003) serta menunjukkan tahap prestasi kecergasan fizikal subjek berdasarkan
setiap ujian FITNESSGRAM tersebut. Dapatan kajian juga menentukan
sejauhmanakah persamaan kebolehpercayaan di kalangan sampel yang dapat di
kelaskan sebagai Underweight, Normal Weight, Overweight, Obesity Class I,
Obesity Class II dan Obesity Class III berbanding rujukan kriteria menggunakan
piawaian The World Health Organization (WHO). Hasil kajian juga digunakanuntuk membentuk norma indeks kecergasan fizikal kebangsaan pelajar lelaki dan
perempuan berumur 13 tahun, 14 tahun, 15 tahun, 16 tahun dan 17 tahun
sekolah menengah Malaysia berdasarkan prestasi Ujian PACER, Indeks Jisim
Badan, Ujian Curl Up, Ujian Tekan Tubi dan Ujian Trunk Lifttersebut.
vi
-
BABI
PENDAHULUAN
Pengenalan
Guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Sains Sukan serta jurulatih
sukan sekolah menengah di Malaysia biasanya memilih program
kecergasan fizikal yang diterima pakai seluruh dunia iaitu Prudential
FITNESSGRAM (Cooper Institute for Aerobics Research) (Baumgartner,
T.A, Jackson, A.S., Mahar, M.T., & Rowe, D.A, 2003) bagi menilai prestasi
kecergasan fizikal pelajar. Program kecergasan FITNESSGRAM ini begitu
popular sehinggakan digunakan secara menyeluruh dalam program
kecergasan remaja kebangsaan yang telah ambil dan diguna pakai oleh
American Alliance for Health, Physical Education, Recreation, and Dance
(Safrit, 1995).
Program kecergasan fizikal kebangsaan di Malaysia pada masa kini
perlu menggunakan kriteria rujukan. Ini bermaksud bahawa satu indeks
kecergasan fizikal yang piawai dan khusus perlu ditetapkan setiap ujian
bagi setiap kumpulan peringkat umur dan jantina. Subjek kemudiannya
dikategorikan sebagai lulus sekiranya telah memenuhi indeks piawaian
kecergasan fizikal kebangsaan dan gagal sekiranya tidak dapat memenuhi
kehendak piawaian. Piawaian rujukan kriteria FITNESSGRAM telah
digunakan bagi mewakili ketekalan paras kecergasan fizikal kebangsaan.
-
Tumpuan kajian ini adalah kepada lima jenis ujian kecergasan fizikal iaitu
komponen keupayaan aerobik (Ujian PACER, larian ulang-alik 20m
pelbagai aras); komposisi lemak badan ( Indeks Jisim Badan); kekuatan
dan daya tahan otot abdominal (Ujian Curl Up); kekuatan dan daya tahan
otot bahagian atas badan (Ujian Tekan Tubi); serta kekuatan otot dan
fleksibiliti (Ujian Trunk Lift).
Melalui aktiviti fizikal seseorang itu boleh meningkatkan tahap
kecergasan fizikal dan juga dapat mengurangkan risiko penyakit jantung,
diabetes, darah tinggi dan jenis-jenis kanser yang tertentu (Larsen, George,
Alaxender, dan Feliingham, 2002). Program latihan atau kurikulum
Pendidikan Jasmani yang sistematik perlu untuk meningkatkan serta
mengekalkan tahap kecergasan fizikal (Shephard & Trudeau, 2005). Kajian
oleh Bradley, Cardinal, Marita, dan Molly (2005), menunjukkan bahawa
pendidikan kecergasan fizikal melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani
boleh menjamin kesihatan disamping membentuk sikap positif dan tingkah
laku yang baik. Pengajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah
menengah harus dapat memberi kesedaran dan ilmu pengetahuan yang
boleh dijadikan amalan sepanjang hayat. Ujian penilaian kecergasan fizikal
perlu mudah dan boleh dijalankan dengan sendiri oleh semua guru
Pendidikan Jasmani tanpa memerlukan peralatan yang canggih atau
mahal.
Donald Seigel (2006), menjelaskan bahawa penglibatan dalam
aktiviti fizikal dapat memberikan kesan positif terhadap kesihatan. Di
2
-
antaranya adalah mengurangkan risiko pelbagai penyakit, mengurangkan
kandungan kolestrol dalam badan, meningkatkan tahap kecergasan,
kesihatan mental dan prestasi pencapaian akademik. Beliau juga
merumuskan bahawa individu yang melibatkan diri dalam aktiviti fizikal
selama 60 minit sehari akan menikmati kehidupan yang sihat dari segi
fisiologi, psikologi dan sosial. Kajian yang dilakukan oleh penyelidik lampau
(Clarke, 1971; Ellis, Caron, & Bailey, 1975; Branta, Haubenstricker, &
Seefeldt, 1984; Beunen & Malina, 1988) menunjukkan pengaruh umur
memberi kesan ke atas prestasi kecergasan fizikal. Kanak-kanak dan
remaja akan berubah menjadi semakin tinggi, melebar dan kuat dengan
peningkatan umur. Dapatan tersebut dapat menyokong hasil kajian
sebelum yang dilakukan oleh Espenschade (1963), mendapati ketinggian
dan berat badan adalah signifikan ke atas prestasi ujian kecergasan fizikal.
Menurut Shepard (1982), pertambahan kekuatan disebabkan peningkatan
umur adalah berkait rapat dengan jumlah jisim otot.
Pelajar yang aktif bersukan memiliki tahap kecergasan yang tinggi
berbanding dengan pelajar yang tidak aktif (Michael & Kenneth, 2005).
Penglibatan secara berterusan dalam sukan meningkatkan daya tahan
kardiovaskular (Patricia, 1992; Vanderburg, Mahar & Chou, 1995; Michael
& Kenneth, 2005). Walaubagaimanapun kesan dari perlakuan dan
penglibatan yang bersungguh-sungguh dalam aktiviti bersukan dan
kecergasan aerobik adalah lebih baik berbanding dengan pengamalan
aktiviti secara umum. Kanak-kanak perempuan mempunyai tahap prestasi
kecergasan fizikal yang berbeza dengan lelaki mengikut peringkat umur
3
-
(Borms, 1986). Ini mungkin disebabkan oleh suasana persekitaran
pengajaran pembelajaran yang diterima oleh kanak-kanak mempengaruhi
kesan terhadap prestasi kecergasan fizikal. Perbezaan jantina dalam
kecergasan fizikal akan sentiasa berubah dari masa ke semasa (Callister &
McLaren, 2001) kerana prestasi kecergasan fizikal dipengaruhi oleh faktor
latihan, peluang, harapan keluarga dan keperluan dalam persekitaran
tertentu.
Hasil kajian yang dilakukan oleh McKenzie, Sallis, Broyles & Zive
(2002), juga mendapati kanak-kanak perempuan mempunyai prestasi
kecergasan fizikal yang lebih baik dalam aspek lompatan dan
keseimbangan berbanding lelaki. Manakala kanak-kanak lelaki pula
menunjukkan pencapaian yang lebih baik dalam aspek keupayaan
menangkap dan menyambut bola. Menurut McKenzie dan rakan (2002),
perbezaan jantina dalam kecergasan fizikal akan sentiasa bertambah dari
masa ke semasa, kerana prestasi kecergasan fizikal dipengaruhi oleh
fakto r peluang, harapan keluarga dan keperluan dalam persekitaran
tertentu. Penglibatan kanak-kanak lelaki dalam aktiviti fizikal lebih banyak
dan lebih lasak berbanding perempuan pada usia 12 tahun (McKenzie,
Sallis, Broyles & Zive, 2002).
Dapatan kajian oleh Willett dan Manson (1995), menunjukkan
faktor umur dan berat badan wanita yang tinggi menghadapi risiko
penyakit jantung kronari dua kali ganda berbanding berat badan pada
tahap normal. Bagi wanita yang berada di tahap obes 29.0 ke atas
4
-
risikonya tiga kali ganda berbanding dengan individu yang berada di
bawah tahap obes 21.0. Peningkatan berat badan selepas umur 18
tahun akan meningkatkan 3.1% risiko penyakit jantung kronari bagi
setiap kilogram berat badan di kalangan wanita. Waaler (1984),
menjelaskan individu yang memiliki berat badan melebihi 15% dari tahap
normal akan menghadapi ancaman penyakit jantung kronari tiga kali
ganda berbanding dengan orang yang berada di tahap normal.
Manakala, individu yang kurang be rat badan dari tahap normal akan
menghadapi risiko penyakit lain seperti kanser, hipertensi, osteoporosis,
artritis dan sebagainya.
Terdapat hubungan yang positif di antara pertumbuhan fizikal dengan
ketangkasan bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan (Seils, 1951). Hasil
kajian yang dilakukan oleh Milne, Seefeldt & Reuschlein (1976), mendapati
pengaruh gred memberi kesan yang signifikan terhadap ujian kepantasan,
kuasa dan daya tahan. Kanak-kanak lelaki menunjukkan prestasi yang
lebih baik daripada kanak-kanak perempuan dalam semua item ujian
kecuali kelembutan. Dube, Andreacci, Robertson, Goss, dan Arslanian
(2002), telah menjelaskan bahawa pelajar yang obes akan membakar
kandungan lemak dalam badan secara berlebihan semasa menjalani
aktiviti fizikal yang berterusan kerana lemak akan membekalkan tenaga
yang secukupnya untuk terus bermain atau berlatih. Komposisi badan
mempengaruhi tahap kecergasan fizikal di kalangan atlet perempuan.
5
-
Pate (1991), melaporkan terdapat hubungan yang konsisten antara
pengukuran dalam aktiviti fizikal, kecergasan fizikal dan penyakit yang
berkaitan dengan kardiovaskular. Melalui ujian dan pengukuran, kita boleh
mengenalpasti tahap kecergasan kardiovaskular seseorang dan
mencadangkan latihan yang sesuai bagi mereka. la boleh dijadikan
motivasi untuk peningkatan prestasi, atau meneruskan gaya hidup sihat,
dan juga sebagai langkah awal untuk pengesanan penyakit (Miller, 1994).
Menurut Franks dan Howley (1998), kecergasan kardiovaskular
dikaitkan dengan keupayaan pengambilan isipadu maksima oksigen (V02
max). Pengambilan isipadu maksima oksigen bermaksud jumlah isipadu
maksima gas oksigen yang digunakan oleh seseorang sewaktu melakukan
aktiviti yang meletihkan (Baumgartner dan Jackson, 1999). American
College of Sports Medicine (ACSM, 1999), menjelaskan bahawa V02 max
adalah indikator yang paling baik untuk menentukan tahap kecergasan
kardiovaskular seseorang. Semakin tinggi nilai V02 max, semakin tinggilah
tahap kecergasan kardiovaskular seseorang itu (Siedentop, 2004).
Tidak dinafikan terdapat pelbagai ujian yang boleh digunakan untuk
mengukur kecergasan fizikal pelajar sekolah menengah di Malaysia. Walau
bagaimanapun, tiada satu pun ujian yang tekal dan digunapakai di semua
sekolah-sekolah di negara kita. Falls (1980), menyatakan bahawa
kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan
dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang
individu perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik
6
-
(kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukkan dan
berbagai penyakit otot serta tulang. Pendekatan pengajaran pembelajaran
Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan yang mantap perlu melalui proses
pengujian dan pengukuran kecergasan fizikal yang piawai dan berterusan.
Sehingga kini, belum ada ujian kecergasan fizikal piawai yang boleh
digunakan secara berterusan oleh pelajar Malaysia.
Kebanyakan guru Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan serta
jurulatih sukan di negara kita selama ini menggunakan pelbagai kaedah
ujian bagi mengukur dan mendapatkan indeks kecergasan fizikal pelajar.
Apa yang pasti hanya dengan menggunakan pelbagai kaedah ujian
tersebut tanpa merujuk kepada sebarang kriteria piawai, bermakna kita
masih belum berjaya mengetahui tahap prestasi kecergasan fizikal pelajar
yang sebenarnya. Dengan adanya bateri ujian beserta norma Prudential
FITNESSGRAM yang telah digunapakai secara meluas seluruh dunia oleh
pengamal Pendidikan Jasmani, sekurang-kurangnya dapatlah membantu
kita membuat anggaran mengenai indeks prestasi kecergasan fizikal
kebangsaan bagi pelajar sekolah menengah Malaysia.
Setakat ini belum ada sebarang kriteria rujukan piawai yang boleh di
guna pakai sebagai indeks untuk mengukur tahap prestasi kecergasan
fizikal pelajar sekolah menengah di Malaysia. Oleh itu, bagi mendapatkan
indeks kecergasan fizikal kebangsaan pelajar berumur 13 tahun hingga 17
tahun sekolah menengah Malaysia, maka penyelidik menggunakan
persetujuan rujukan kriteria dan rujukan norma berdasarkan norma ujian
7
-
yang telah diperkenalkan oleh Prudential FITNESSGRAM ke atas Ujian
PACER, Indeks Jisim Badan, Ujian Curl Up, Ujian Tekan Tubi dan Ujian
Trunk Lift. Kriteria rujukan dan norma rujukan piawai Prudential
FITNESSGRAM telah digunakan secara meluas di seluruh dunia.
Kehidupan pada zaman serba moden sekarang, menuntut kepada
perlunya kecergasan fizikal. Apa yang harus disedari oleh setiap individu
kini adalah sekiranya berlaku kemerosotan kecergasan fizikal akan
memberi pengaruh yang ketara terhadap kapasiti mental dan aspek sosial
individu. Kecergasan fizikal merupakan hak individu dan berbeza antara
satu sama lain. la harus dituntut oleh semua golongan sama ada lelaki
atau perempuan, muda atau tua, kecil atau besar untuk mengekalkan
kecergasan fizikal hingga akhir hayat. Begitu juga dengan pelajar-pelajar di
sekolah. Kecergasan yang optimum boleh membantu pelajar
melaksanakan aktiviti harian tanpa rasa letih dan lesu. Selaras dengan itu
aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna
untuk menjamin kehidupan yang sihat dan sejahtera. Kecergasan untuk
kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan
psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan dari ancaman
penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung,
kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk
prestasi pula merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu untuk
bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa,
kekuatan, berdaya tahan, kemahiran dan sebagainya." ( Ahmad Hashim,
2002 ).
8
-
Latar Belakang
Dewasa ini masalah yang banyak ditimbulkan oleh penyelidik
kecergasan adalah tidak ada indeks yang piawai untuk dijadikan rujukan
menilai tahap kecergasan pelajar-pelajar sekolah menengah. Kebanyakan
pengkaji atau penyelidik banyak bergantung kepada norma dari luar negara
dan disesuaikan dengan pelajar sekolah, di Malaysia. Oleh itu hasil
dapatan tersebut sebenarnya kurang tepat dan boleh dipertikaikan kerana
bentuk tubuh pelajar, corak pemakanan, cara latihan dan keadaan cuaca
adalah berbeza dengan apa yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di Malaysia.
Dari segi fisiologi pasti ada perbezaan tahap kecergasan. Oleh itu, kajian
ini cuba membantu para guru dan penyelidik menghasilkan indeks
kecergasan fizikal pelajar-pelajar sekolah menengah di Malaysia mengikut
tahap kecergasan pelajar di Malaysia.
Selain itu, kesukaran memperolehi norma tempatan bagi tujuan
rujukan atau perbandingan dalam penilaian prestasi kecergasan fizikal
pelajar, menyebabkan kurangnya penyelidikan dalam bidang Pendidikan
Jasmani di Malaysia. Pada masa ini, kebanyakan pengukuran dan
penilaian dalam Pendidikan Jasmani, ke atas pelajar-pelajar sekolah
menengah telah menggunakan norma-norma yang diambil dari negara
Barat. Amalan ini adalah kurang sesuai untuk digunakan secara terus
kepada pelajar kita. Penyelidik berusaha untuk membina norma bagi ujian
yang sama digunapakai oleh fitnessgram. Oi samping itu, bateri ujian ini
9
-
juga harus mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi supaya
sah digunapakai oleh semua orang. Selain daripada itu, norma yang
diberikan oleh fitnessgram dari negara barat juga tidak boleh digunakan
lagi kerana norma yang melebihi lima tahun dianggap jumud dan harus
dikaji semula, (Baumgartner 2003).
Indeks prestasi kecergasan fizikal pelajar sekolah menengah di
Malaysia adalah satu alat yang boleh digunakan bagi menentukan tahap
prestasi kecergasan fizikal. Banyak indeks kecergasan fizikal yang
digunakan masa kini hanya berpandukan pada sesuatu yang tidak
berlandaskan pada situasi atau pada tahap kebolehan pelajar setempat.
Sehingga kini belum ada satu norma atau indeks prestasi kecergasan
fizikal pelajar sekolah menengah di Malaysia yang dikeluarkan oleh mana
mana pihak yang boleh menentukan tahap kecergasan fizikal pelajar di
Malaysia. Oleh itu, rujukan pada norma atau indeks prestasi kecergasan
fizikal pelajar sekolah menengah yang tidak relevan dengan pelajar
setempat menimbulkan banyak persoalan.
10
-
Penyataan Masalah
Indeks Prestasi Kecergasan Fizikal Kebangsaan adalah suatu
kriteria yang boleh digunakan bagi membantu mentafsirkan tahap
kecergasan fizikal pelajar dalam sesuatu kemahiran sukan. Indeks Prestasi
Kecergasan Fizikal Kebangsaan yang diperoleh melalui ujian kecergasan
fizikal dapat membantu guru Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan
mengetahui tahap prestasi kecergasan fizikal pelajar. Berdasarkan Indeks
Prestasi Kecergasan Fizikal Kebangsaan tersebut, guru dapat mengenal
pasti pelajar yang mempunyai kekuatan dan kelemahan dalam kecergasan.
Pengetahuan mengenai tahap kecergasan fizikal pelajar dapat membantu
guru menyediakan bahan pengajaran yang sesuai dalam proses
pengajaran dan pemelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Proses
pengajaran pemelajaran mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dalam
Kurikulum Baru Sekolah Menengah sepatutnya membolehkan pelajar yang
berumur 13 tahun dan ke atas menguasai kecergasan fizikal dengan
berkesan. Ini membolehkan pelajar yang berminat dalam sukan memilih
jenis sukan dan permainan yang digemari. Pelajar ini juga nanti dapat
bergiat cergas dalam aktiviti sukan berbentuk pertandingan dan rekreasi
dengan lebih bermakna. Pembentukan Indeks Prestasi Kecergasan Fizikal
Kebangsaan di kalangan pelajar sekolah menengah Malaysia sangat
diperlukan ketika ini bagi melihat tahap prestasi kecergasan fizikal pelajar.
Kesukaran mendapatkan Indeks Prestasi Kecergasan Fizikal
Kebangsaan menyebabkan negara kita masih menggunakan ujian yang
1 1
-
tidak mempunyai prosedur yang piawai untuk mengukur prestasi
kecergasan fizikal. Ini akan menimbulkan masalah besar kepada guru
Pendidikan Jasmani. Setakat ini belum ada Indeks Prestasi Kecergasan
Fizikal Kebangsaan yang dapat di guna pakai bagi menentukan tahap
pencapaian kecergasan fizikal pelajar sekolah menengah di Malaysia.
Setakat ini belum ada prosedur ujian dan norma kecergasan fizikal yang
piawai yang dapat diperkenalkan dan dilaksanakan di sekolah menengah
Malaysia. Setakat ini pelajar tidak dapat mengetahui tahap prestasi
kecergasan fizikal kerana prestasi mereka tidak diukur dan dinilai secara
sistematik. Guru tidak berjaya menggunakan ujian pengukuran yang tekal
kerana tidak ada Indeks Prestasi Kecergasan Fizikal Kebangsaan yang
piawai, oleh itu pencapaian skor ujian yang diperoleh tidak berjaya
menunjukkan tahap kecergasan fizikal pelajar yang sebenar.
Kepentingan kajian
Maklum balas mengenai indeks prestasi kecergasan fizikal pelajar
sekolah menengah di Malaysia dapat membantu guru mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan pelajar.Di antara kepentingan kajian ini adalah:-
i. Kajian ini dapat memberi maklum balas tentang tahap daya tahan
otot, kekuatan otot, daya tahan kardiovaskular, kelembutan dan
komposisi lemak badan pelajar sekolah menengah di Malaysia
berumur antara 13 hingga 17 tahun.
12
-
ii. Kajian ini juga dapat memberi maklum balas tentang tahap
kecergasan fizikal sebenar pelajar sekolah menengah di Malaysia
berumur antara 13 hingga 17 tahun.
iii. Hasil analisis dapat membentuk satu Indeks Prestasi Kecergasan
Fizikal Kebangsaan yang terulung bagi pelajar sekolah menengah di
Malaysia berumur antara 13 hingga 17 tahun.
iv. Hasil kajian ini dapat memberi maklum balas yang berguna kepada
Sahagian Sekolah Sekolah, Sahagian Pendidikan Guru dan Pusat
Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia tentang
prestasi kecergasan fizikal pelajar sekolah menengah di Malaysia
berumur antara 13 hingga 17 tahun.
v. Hasil kajian ini juga nanti dapat memberi maklum balas kepada
pihak yang bertanggung jawab mengubal kurikulum Pendidika
Jasmani dan Sains Sukan supaya dapat melihat semula
keberkesanan kursus yang berkaitan dengan aktiviti fizikal dan
kecergasan.
Objektif Kajian
Kajian Indeks Prestasi Kecergasan Fizikal Kebangsaan di kalangan
pelajar sekolah menengah di Malaysia ini dijalankan bagi mencapai
objektif-objektif berikut:-
i. Membentuk manual prosedur ujian kecergasan fizikal yang piawai
dan diguna pakai oleh semua pelajar sekolah menengah di
Malaysia.
13
-
ii. Membentuk Indeks Prestasi Kecergasan Fizikal Kebangsaan
sebagai norma rujukan kecergasan fizikal pelajar lelaki dan
perempuan yang berumur 13 tahun hingga 17 tahun yang boleh
digunakan untuk semua pelajar sekolah menengah di Malaysia.
iii. Melihat tahap pencapaian kecergasan fizikal pelajar sekolah
menengah di Malaysia beradasarkan umur dan jantina
Hipotesis Kajian
Berdasarkan kepada permasalahan kajian tersebut, penyelidik akan
menjawab hipotesis kajian berikut.-
Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi daya
tahan otot di antara pelajar lelaki sekolah menengah yang berumur 13
tahun, 14 tahun, 15 tahun, 16 tahun dan 17 tahun mengikut umur.
Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi daya
tahan kardiovaskular di antara pelajar lelaki sekolah menengah yang
berumur 13 tahun, 14 tahun, 15 tahun, 16 tahun dan 17 tahun mengikut
umur.
Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi kekuatan
otot di antara pelajar lelaki sekolah menengah yang berumur 13 tahun, 14
tahun, 15 tahun, 16 tahun dan 17 tahun mengikut umur.
14
-
Ho4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi
kelembutan di antara pelajar lelaki sekolah menengah yang berumur 13
tahun, 14 tahun, 15 tahun, 16 tahun dan 17 tahun mengikut umur.
Ho5: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi Inindeks
Jisim Badan di antara pelajar lelaki sekolah menengah yang berumur 13
tahun, 14 tahun, 15 tahun, 16 tahun dan 17 tahun mengikut umur.
Limitasi Kajian
Kajian indeks prestasi kecergasan fizikal pelajar sekolah Menengah
di Malaysia dijalankan berdasarkan dilimitasi berikut-
i. Keadaan tapak ujian dan persekitaran juga perlu diutamakan
kerana ia mungkin berbeza dari satu tempat ke tempat lain.
Ii. Pengalaman, pengetahuan dan tahap kecergasan fizikal subjek
yang sedia ada berkaitan aktiviti fizikal dan sukan tidak dapat
dikawal. Pengaruh ini secara tidak langsung akan memberi
kesan sampingan ke atas hasil kajian.
iii. Pengkaji juga perlu memberi perhatian terhadap faktor alatan
yang digunakan dan persediaan penguji sebelum ujian
dijalankan. Penguji seharusnya telah mendapat latihan yang
mencukupi dan faham tentang prosedur ujian. Ketidakcekapan
penguji boleh memberi ralat kepada keputusan
15
-
Definisi Operasional
Dalam kajian ini pelbagai terminologi dan konsep digunakan.
Pengertian terminologi dan konsep dalam konteks kajian ini adalah seperti
berikut-
Prestasi
Tahap pencapaian maksimum atau kebolehan yang mampu dicapai oleh
seseorang dalam sesuatu aktiviti.
Kecergasan fizikal
Kecergasan fizikal adalah kemampuan seseorang yang dapat
ditunjukkan berdasarkan kekuatan otot, dayatahan otot, dayatahan
kardiovaskular, kelembutan dan komposoisi lemak badan.
Indeks Jisim Badan
Indeks Jisim Badan adalah berat badan yang unggul dan diperoleh
dengan cara membahagikan be rat badan (dalam kilogram) dengan ganda
dua ketinggian badan (dalam meter). Formula yang digunakan bagiWt (kg)
kaedah ini adalah: BMI = Ht2 (m)
Instrumen ujian
Terdiri daripada lima jenis ujian kecergasan fizikal yang telah
diperkenalkan oleh Prudential FITNESSGRAM (Cooper Institute for
Aerobics Research, 1992) iaitu ujian PACER, ujian Curl-up, ujian Push-up,
ujian lentik belakang (trunk- lift) dan Indeks Jisirn Badan.
16
-
Kekuatan otot
Kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot mengatasi rintangan
bagi menghasilkan daya atau kuasa maksimum.
Dayatahan kardiovaskular
Keupayaan sistem jantung, sistem pernafasan dan sistem darah
membekalkan oksigen yang diperlukan kepada sel dan organ di dalam
badan bagi melakukan kerja dalam jangka masa panjang.
Dayatahan otot
Kemampuan dan kebolehan otot atau kumpulan otot menghasilkan
daya berulang-ulang bagi sesuatu jangka masa tertentu (janqka masa
panjang).
Kelembutan
Keupayaan sendi atau kumpulan sendi untuk membenarkan
pergerakkan berlaku dengan licin tanpa menghadapi sebarang rintangan.
Ditentukan oleh panjangnya otot, ligamen, tendon dan struktur sendi
individu tersebut.
17
-
Indeks prestasi kecergasan fizikal
Adalah satu jadual pengukuran yang dihasilkan oleh pengkaji barat
melalui ujian fitnessgram sebagai skala rujukan menilai tahap kecergasan
fizikal pelajar. Jadual rujukan ini dibuat berdasarkan kecergasan pelajar
pelajar dari barat.
Fitnessgram
Bateri ujian yang dirangka dan digubal oleh Cooper Institute for
Aerobic Research pada tahun 1999. Bateri ini digunapakai oleh Majlis
Sukan dan sekolah-sekolah di Amerika Syarikat. Ujian atau instrumen dari
bateri ini digunakan di dalam kajian ini.
18