kecergasan fizikal (t8)

Click here to load reader

Download KECERGASAN FIZIKAL (T8)

Post on 26-Sep-2015

267 views

Category:

Documents

7 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pjk

TRANSCRIPT

  • TOPIK 8UJIAN KECERGASAN SEKOLAH RENDAH

  • PENGENALANDilakukan untuk menentukan tahap kecergasan fizikal murid-murid sekolah rendah dan seterusnya dapat membantu memberikan maklumat berhubung tahap kesihatan mereka.Masalah obesiti ini dapat dikenal pasti dengan lebih awal dan langkah-langkah pencegahan boleh dilaksanakan pada peringkat ini.Juga dilakukan serta dipantau untuk tujuan pengesanan bakat atau talent identification (TID).

  • PETA MINDAUJIAN KECERGASANSEKOLAH RENDAHUJIAN PENGESANAN BAKATKonsep dan MatlamatProsedur UjianPengelolaan dan PerlaksanaanUJIAN KECERGASANKonsep dan MatlamatProsedur UjianPengelolaan dan PerlaksanaanUJIAN DAYA TENAGA ASASKonsep dan MatlamatProsedur UjianPengelolaan dan Perlaksanaan

  • 8.1 UJIAN DAYA TENAGA ASAS8.1.1 Konsep dan Matlamat

    Merupakan satu siri latihan kecergasan semasa mata murid-murid Pendidikan jasmani di sekolah dan segala markah pencapaian direkodkan.Perlu dilakukan sebanyak dua kali setahun untuk mengkaji serta mencatatkan sebarang peningkatan dalam daya tahan murid-murid.Murid-murid juga perlu berada dalam keadaan sihat semasa melakukan Ujian Daya Tenaga Asas.

  • 8.1.1 Konsep dan MatlamatTerdapat empat jenis ujian yang ditetapkan iaitu:

    Bangkit tubi lutut bengkok untuk menguji kekuatan bahagian abdomen.Tekan tubi untukmenguji kekuatan otot-otot bahu dan bahagian tangan.Jangkauan melunjur untuk menguji kelenturan.Lari 1500 meter untuk menguji kecergasan sistem kardiovaskular dan daya tahan otot-otot khasnya otot-otot khasnya otot-otot di bahagian kaki.

  • 8.1.2 Prosedur Ujian, Pengelolaan dan PerlaksanaanBangkit Tubi Lutut Bengkok

    Aktiviti ini dibuat secara berpasanganBaring terlentang dengan kaki berlipat di lutut, tapak kaki di lantai dan tumit lebih kurang di 30cm dari punggung.Kedua-dua tangan diletakkan di atas dada.Lipatan lutut berkurangan daripada 90 darjah.Rakan menekan kaki ke lantai.Bangunkan badan dan bongkokkan kepala dan siku di hadapan sehingga kepala mencecah lutut.Barang semula seperti dalam (a)Catatkan bilangan pergerakan yang dilakukan dengan sempurna dalam 30 saat.

  • 8.1.2 Prosedur Ujian, Pengelolaan dan PerlaksanaanTekan Tubi

    Untuk lelaki

    Meniarap, jarak buka di antara kaki lebih kurang 30cm.Mula dengan tekan lantai dan meluruskan tangan.Bengkokkan tangan lebih kurang 90 darjah dan luruskan semula.Ulangkan pergerakan ini dalam 30 saat.

    Untuk perempuan aktiviti yang sama seperti yang dibuat oleh lelaki tetapi dilakukan di tempat yang lebih tinggi.

  • 8.1.2 Prosedur Ujian, Pengelolaan dan PerlaksanaanJangkauan Melunjur

    Letakkan bangku di atas lantai dengan kakinya rapat ke dinding.Letakkan pembaris cardboard di atas bangku dengan ukuran 0 di tengah-tengah.Duduk di lantai dengan kedua-dua kaki lurus di hadapan selari dengan pembaris cardboard yang telah disediakan.Bongkok ke hadapan dengan tangan yang lurus cuba sentuh pembaris cardboard seberapa jauh ke hadapan yang boleh.Lakukan sebanyak 3 kali. Jarak yang jauh sekali dicatatkan.

  • 8.1.2 Prosedur Ujian, Pengelolaan dan PerlaksanaanLari 1500 Meter

    Jika trek 400 meter jumlah larian ialah 3 pusingan.

    Kiraan markah:

    Catatkan nombor ulangan, jarak dan masa dalam ruangan yang tertentu dalam borang catat markah.Rujuk jadual markah yang sesuai dan isikan markah bagi tiap-tiap pencapaian seseorang.Untuk mendapatkan gred keseluruhan, campurkan markah yang didapati daripada keempat-empat ujian yang dijalankan.

  • JADUAL MARAKH UNTUK PEREMPUAN BAWAH 15 TAHUN

  • JADUAL MARAKH UNTUK LELAKI BAWAH 15 TAHUN

  • Jadual Gred

  • ContohAhmad bin Hashim telah melakukan 25 ulangan untuk kegiatan bangkit tubi, 20 ulangan untuk tekan tubi, mencapai jarak +7cm untuk jangkauan melunjur dan telah mencapai masa 5.1 minit untuk larian 1500 meter.Untuk mendapat gred, kita harus mengira puratanya, iaitu 17/4 = 4.25. Dengan itu Ahmad telah mendapat gred A.

  • 8.2 UJIAN KECERGASAN FIZIKAL8.2.1 Konsep dan matlamat

    Secara khusus ia bertujuan untuk:

    Mengkaji kesan latihan yang diterima melalui pendidikan jasmani dalam membina kecergasan asas.Mewujudkan kesedaran sendiri tentang kepentingan kecergasan daripada segi kesihatan secara keseluruhan.Menilai tahap kecergasan supaya murid-murid boleh mengambil bahagian dalam suatu rancangan peningkatan kecergasan fizikal.

  • 8.2.2 Prosedur UjianUntuk tahap 1 terdapat 3 ujian yang dijalankan:

    (a)Lambung dan Sambut Pundi Kacang untuk menguji komponen kecergasan berasaskan kemahiran iaitu kordinasi.(b)Lontar bola aras dada untuk menguji komponen kecergasan berasaskan kemahiran iaitu kuasa yang melibatkan kekuatan dan kelajuan.(c)Lompat jauh berdiri untuk menguji komponen kecergasan berasaskan kemahiran iaitu kuasa yang melibatkan kekuatan dan kelajuan.

  • NORMA UNTUK UJIAN KECERGASAN FIZIKAL TAHAP 1LOMPAT JAUH BEDIRI (CM)

  • LAMBUNG DAN SAMBUT PUNDI KACANG (BILANGAN)

  • LONTAR BOLA ARAS DADA (CM)

  • Untuk tahap 2 terdapat 5 ujian:

    Lari pecut 30 meter untuk menguji komponen kecergasan berasaskan kemahiran iaitu kelajuan.Lontar bola aras dada untuk menguji komponen kecergasan berasaskan kemahiran iaitu kuasa yang melibatkan kekuatan dan kelajuan.Lompat kuadran untuk menguji komponen kecergasan berasaskan kemahiran iaitu ketangkasan.Duduk jangkau atau jangkauan melunjur untuk menguji komponen kecergasan berasaskan kesihatan iaitu kelenturan.Lompat jauh berdiri untuk menguji komponen kecergasan berasaskan kemahiran iaitu kuasa yang melibatkan kekuatan dan kelajuan.

  • NORMA UNTUK UJIAN KECERGASAN FIZIKAL TAHAP 2 LARI PECUT 30 METER (SAAT)

  • LONTAR BOLA ARAS DADA (CM)

  • LOMPAT KUADRAN (CM)

  • DUDUK DAN JANGKAU (CM)

  • LOMPAT JAUH BERDIRI (CM)

  • 8.2.3 Pengelolaan dan PerlaksanaanUjian ini perlu dilakukan sebanyak satu kali setahun dan perlu dilakukan dalam jangkamasa satu waktu Pendidikan Jasmani. Murid-murid juga perlu berada dalam keadaan sihatsemasa melakukan ujian ini.

  • 8.3 UJIAN PENGESANAN BAKAT8.3.1 Konsep dan Matlamat

    Matlamat utama Ujian Pengesanan Bakat (TID) adalah untuk mencungkil bakat-bakat muda yang berpotensi untuk diberi latihan untuk program di bahagian pembangunan atlet dan sebagai pelapis bagi mewakili negara dalam sukan.Faktor umur dan jenis sukan menjadi satu elemen penting dalam pemilihan bakat sebagai contoh sukan gimnastik, renang dan terjun memerlukan pengesanan bakat pada peringkat umur yang muda iaitu di antara 6 hingga 8 tahun (rujuk kepada Jadual 8.1 permulaan umur untuk latihan khas seperti yang dicadangkan oleh T.O Bompa).

  • Jadual 8.1: Cadangan Umur untuk Permulaan Latihan Mengikut Permainan Sukan

  • 8.3.2 Prosedur Ujian

    Jadual 8.3: Ujian Pengesanan Bakat Secara Asas

  • Jadual 8.4: Ujian Pengesanan Bakat Secara Keseluruhan

  • 8.3.3 Pengelolaan dan Perlaksanaan(TID) dilakukan melalui 2 cara iaitu pertama dengan mengadakan satu program khas yang diadakan di pusat-pusat tertentu mengikut zon di seluruh Malaysia bagi mengesan bakat-bakat baru dalam sukan melalui beberapa ujian yang dijalankan dan dilaksanakan oleh pihak Majlis Sukan Negara dengan kerjasama Kementerian Murid-muridan.Kedua dengan cara pemilihan melalui atlet-atlet sekolah yang bertanding di peringkat daerah MSSD dan negeri MSSM seterusnya peringkat kebangsaan.Seterusnya dalam peringkat negeri mereka akan ditapis di kalangan mereka oleh pihak Majlis Sukan Sekolah-sekolah bagi negeri masing-masing untuk dibawa ke peringkat kebangsaan. Yang berjaya dalam pemilihan peringkat kebangsaan akan ditempatkan di 2 buah sekolah sukan iaitu Sekolah Sukan Bandar Penawar dan Sekolah Sukan Bukit Jalil.Pemilihan biasanya dibuat setahun sekali di peringkat umur 12 tahun sebelum masuk ke Tingkatan Satu tahun berikutnya.