proses kerja pentaksiran sekolah sr_2012

10
PROSEDUR DAN PROSES KERJA PENTAKSIRAN SEKOLAH DALAM PBS (A) PROSES PENTAKSIRAN SEKOLAH (B) PROSES MEREKOD PENCAPAIAN MULA Guru pilih Standard Pembelajaran yang akan diajar Guru rancang pengajaran, pembelajaran dan menyediakan Guru melaksanakan pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran Guru menilai prestasi murid, merekod dan melapor berdasarkan evidens (rujuk Proses Merekod Pilih Standard Pembelajaran yang baru dan melaksanakan pengajaran, pembelajaran dan Telah mencapai tahap Belum mencapai tahap Pemulih Instrume n yang berbeza digunaka MULA Guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dan Guru menilai prestasi murid, merekod dan melapor berdasarkan Guru menggunakan Rekod Transit Menyerahkan Rekod Transit kepada pemantau yang dilantik untuk semakan dan pengesahan Memasukkan data ke dalam SPPBS secara atas talian mengikut Rekod pentaksiran Tidak lengkap / tiada pentaksiran Kemaskini Rekod

Upload: norazrinah-hjj

Post on 13-Feb-2016

281 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kssr

TRANSCRIPT

Page 1: Proses Kerja Pentaksiran Sekolah SR_2012

PROSEDUR DAN PROSES KERJA PENTAKSIRAN SEKOLAH DALAM PBS

(A) PROSES PENTAKSIRAN SEKOLAH

(B) PROSES MEREKOD PENCAPAIAN

1

MULAGuru pilih Standard Pembelajaran yang akan diajar daripada Dokumen Standard Kurikulum

Guru rancang pengajaran, pembelajaran dan menyediakan kaedah pentaksiran

Guru melaksanakan pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran

Guru menilai prestasi murid, merekod dan melapor berdasarkan evidens (rujuk Proses Merekod Prestasi)

Pilih Standard Pembelajaran yang baru dan melaksanakan pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran seterusnya

Telah mencapai tahap penguasaan

Belum mencapai tahap penguasaan

Pemulihan

Instrumen yang

berbezadigunakan

MULAGuru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dan pentaksiran

Guru menilai prestasi murid, merekod dan melapor berdasarkan evidens

Guru menggunakan Rekod Transit SPPBS

Menyerahkan Rekod Transit kepada pemantau yang dilantik untuk semakan dan pengesahan

Memasukkan data ke dalam SPPBS secara atas talian mengikut jadual / takwim PBS sekolah

Rekod pentaksiran lengkap

Tidak lengkap / tiada pentaksiran

Kemaskini Rekod Transit

Page 2: Proses Kerja Pentaksiran Sekolah SR_2012

PROSEDUR DAN PROSES KERJA PENTAKSIRAN SEKOLAH DALAM PBS

(C) REKOD TRANSIT SPPBS

Rekod yang digunakan oleh guru untuk mengisi pencapaian evidens murid secara manual sebelum dipindahkan ke dalam SPPBS. Satu usaha untuk menyokong SPPBS yang dibangunakan oleh Lembaga Peperiksaan.

Mengapa Guru Perlu Menggunakan Rekod Transit SPPBS ?

Rekod Transit SPPBS ini mudah, ringkas dan digunakan setelah pentaksiran dibuat. Memasukan Prestasi ke dalam SPPBS adalah mengikut takwim PBS sekolah masing-masing. Kod evidens yang digunakan dalam Rekod Transit adalah sama dengan SPPBS. Memudahkan guru merekod dan melaporkan pencapaian evidens murid pada setiap masa

secara manual. Membantu guru meningkatkan pencapaian murid yang belum mencapai hasrat kurikulum. Memudahkan proses penjaminan kualiti PBS dibuat.

Bagaimana Rekod Transit SPPBS digunakan ?

Nombor Kad Pengenalan, nama murid dan tarikh pelaksanaan pentaksiran akan dicatatkan di dalam ruangan yang disediakan.

Borang ini perlu dicetak dan diisi dengan pen. Borang ini disimpan di dalam fail guru untuk pengisian dan semakan.

Bilakah Rekod Transit SPPBS akan digunakan oleh guru ?

Sepanjang masa untuk mengisi pencapaian evidens murid setelah pentaksiran dibuat.

REKOD TRANSIT SPPBS TAHUN 1 2012

SEKOLAH : SK MUTIARA MATA PELAJARAN : DST

KELAS : 1A1 NAMA GURU PENTAKSIR : PN. SABARIAH BT AHMAD

BIL. NO KP NAMABAND 2

B2D1E1 B2D2E1 B2D3E1 B2D4E1 B2D4E2 B2D5D11 050723-13-4008 FATIMAH BT ALI 9/2 16/2 23/2 24/2 1/3 15/3

2 051011-13-5110 SITI AMINAH BT ABU 9/2 16/2 23/2 24/2 1/3 15/33 050212-13-5447 TAY SO MIN 9/2 16/2 23/2 24/2 1/3 15/3

4 050312-13-5003 KENNETH GEORGE 9/2 16/2 23/2 24/2 1/3 15/3

5 050802-13-7008 AHMAD BIN YUSOF 9/2 16/2 23/2 24/2 1/3 15/3

2

Page 3: Proses Kerja Pentaksiran Sekolah SR_2012

PROSEDUR DAN PROSES KERJA PENTAKSIRAN SEKOLAH DALAM PBS

REKOD EVIDENS

SEKOLAH : SK MUTIARA MATA PELAJARAN : DST

KELAS : 1A1 NAMA GURU PENTAKSIR : PN. SABARIAH BT AHMAD

BIL EVIDENS TARIKH **PROSES P&P DAN PENTAKSIRAN CATATAN

1 B2D1E1Mengenal pasti keperluan benda hidup untuk bernafas, bergerak, membesar dan membiak

9/2/12 Guru memberikan lembaran kerja untuk meminta murid-murid memadankan gambar-gambar yang ditunjukkan dengan ciri-ciri benda hidup

2 B2D2E1Memperihalkan tentang fungsi bahagian-bahagian tubuh manusia

16/2/12 Guru memberi lembaran kerja untuk murid-murid mengisikan tempat fungsi bahagian tubuh manusia berdasarkan gambar tubuh manusia yang ditunjukkan

3 B2D3E1Mengenal pasti bahagian-bahagian tubuh haiwan iaitu mata, mulut, telinga, paruh, sayap, kaki, ekor, sirip, sisik, bulu, tanduk, sesungut dan cangkerang

4 B2D4E1 Mengenal pasti bahagian-bahagian tumbuhan iaitu pucuk, daun, bunga, dahan, batang dan akar

** Sila membuat catatan ringkas proses pengajaran dan pembelajaran atau proses pentaksiran yang dilaksanakan. Boleh menyatakan instrument pentaksiran atau proses pentaksiran lisan yang dilaksanakan semasa P&P

• Rekod Evidens ini digunakan untuk mencatat bahan atau instrumen yang dibuat berasaskan evidens dalam Dokumen Standard Prestasi.

• Tujuannya ialah memudahkan rekod, rujukan dan pemantauan.

• Catatan boleh digunakan untuk mencatat tarikh pelaksanaan bagi murid-murid yang melaksanakan pemulihan / belum menguasai prestasi berkenaan atau tindakan susulan bagi aktiviti pemulihan.

3

Page 4: Proses Kerja Pentaksiran Sekolah SR_2012

PROSEDUR DAN PROSES KERJA PENTAKSIRAN SEKOLAH DALAM PBS

(D) PENGURUSAN FAIL

Pelaporan perlu dibuat dalam Dua Fail (wajib) sebagai sokongan kepada SPPBS iaitu Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Fail Showcase (FS) :

Fail Perkembangan Murid (FPM) :

1. Satu fail untuk setiap seorang murid (1 Murid 1 Fail).

2. Guru Mata Pelajaran kompilkan fail ini.

3. Guru Kelas menyelaras dan menyimpan fail ini.

4. Koleksi evidens terbaik semua mata pelajaran.

5. Pengisian Fail :

• Pembahagian (Divider) untuk setiap mata pelajaran.• Maklumat murid.• Koleksi evidens hasil kerja murid yang terbaik berdasarkan Tema / Tajuk / Kemahiran

(bergantung kepada mata pelajaran).• Cetakan Pelaporan Formatif dan Sumatif.

6. Evidens terbaik1 mesti disimpan dalam fail ini sehingga Tahun 6, evidens-evidens lain boleh diserahkan kepada murid.

7. Fail ini boleh digunakan semasa Hari Permuafakatan untuk memberi maklum balas tentang pembelajaran murid kepada ibu bapa / penjaga.

Fail Perkembangan Murid (FPM)

Kaedah Pemilihan Evidens Terbaik Untuk Disimpam Dalam Fail Perkembangan Murid :

1 Evidens Terbaik merujuk kepada evidens terakhir yang merupakan pencapaian evidens tertinggi yang dicapai oleh murid.

4

FAIL PERKEMBANGAN MURID

TAHUN SATU

Nama : AhmadKelas : 1A1

BAHASA MALAYSIA

BAHASA INGGERIS

MATEMATIK

DUNIA SAINS TEKNOLOGI

PENDIDIKAN JASMANI

PENDIDIKAN KESIHATAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

EVIDENS

PENDIDIKAN ISLAM / MORAL

Evidens hasil kerja yang terbaik dari setiap mata pelajaran disimpan dalam FPM

Page 5: Proses Kerja Pentaksiran Sekolah SR_2012

PROSEDUR DAN PROSES KERJA PENTAKSIRAN SEKOLAH DALAM PBS

Fail Showcase (FS) :

1. Satu fail untuk setiap kelas (1 Kelas 1 Fail).

2. Guru Mata Pelajaran kompilkan fail ini.

3. Guru Kelas menyelaras dan menyimpan fail ini.

4. Koleksi evidens murid-murid terbaik dari setiap mata pelajaran.

Fail Showcase (FS)

Kaedah Pemilihan Evidens Terbaik Untuk Disimpam Dalam Fail Showcase :5

FAIL SHOWCASE

Kelas : 1A1

BAHASA MALAYSIA : Ahmad

BAHASA INGGERIS : Jeniffer / Ali

MATEMATIK : Fatimah /Tay / Abu

DST : Wong / Tay / Fatimah

PENDIDIKAN JASMANI : Jeniffer

P. KESIHATAN : Ahmad / Fatimah

PENDIDIKAN SENI VISUAL : Mary

EVIDENS

PENDIDIKAN ISLAM (Ahmad) / MORAL (Tay)

Evidens hasil murid-murid terbaik dari setiap mata pelajaran disimpan dalam Fail Showcase

Page 6: Proses Kerja Pentaksiran Sekolah SR_2012

PROSEDUR DAN PROSES KERJA PENTAKSIRAN SEKOLAH DALAM PBS

Fail Induk PBS :

1. Surat Pekeliling Ikhtisas PBS dari Lembaga Peperiksaan, KPM.

2. Surat Siaran Pelaksanaan PBS dari JPN.

3. Senarai Nama Jawatankuasa PBS.

4. Carta Organisasi Jawatankuasa PBS.

5. Senarai Tugas Jawatankuasa PBS.

6. Jadual Kerja / Pengoperasian PBS.

7. Minit Mesyuarat Jawatankuasa PBS.

8. Keputusan Mesyuarat dilaksanakan / Tindakan Susulan.

Fail Panitia Mata Pelajaran :6

Page 7: Proses Kerja Pentaksiran Sekolah SR_2012

PROSEDUR DAN PROSES KERJA PENTAKSIRAN SEKOLAH DALAM PBS

1. Surat Pekeliling Ikhtisas PBS dari Lembaga Peperiksaan, KPM.

2. Surat Siaran Pelaksanaan PBS dari JPN.

3. Senarai Nama Jawatankuasa PBS.

4. Carta Organisasi Jawatankuasa PBS.

5. Senarai Tugas Ahli Panitia.

6. Jadual Kerja Aktiviti Panitia :

• Taklimat PBS / Latihan Dalaman• Bengkel Pembinaan Instrumen Pentaksiran• Pementoran• Pemantauan• Penyelarasan• Kemasukan Prestasi ke dalam SPPBS• Pelaporan Formatif / Sumatif.

7. Minit Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran

8. Keputusan mesyuarat dan tindakan susulan.

Fail Guru Mata Pelajaran :

1. Malumat Guru

• Biodata Guru• Jadual Waktu• Surat Pelantikan

2. Dokumen

• Dokumen Standard Kurikulum• Dokumen Standard Prestasi• Manual Pentaksiran Pusat• Pemetaan

3. Pengurusan PBS

• Instrumen Pentaksiaran• Rekod Transit SPPBS• Rekod Evidens• Laporan Pentaksiran Sumatif

4. Lain-lain :

• Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan / Surat Siaran JPN • Minit Mesyuarat / Minit Curai • Laporan Pelaksanaan PBS.

(E) PROSEDUR PENTAKSIRAN SEKOLAH

7

Page 8: Proses Kerja Pentaksiran Sekolah SR_2012

PROSEDUR DAN PROSES KERJA PENTAKSIRAN SEKOLAH DALAM PBS

1. Semasa sesi pengajaran-pembelajaran guru wajib menggunakan Dokumen Standard Kurikulum (DSK) yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) manakala untuk mentaksir guru wajib menggunakan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.

2. Instrumen Pentaksiran yang dibina untuk mentaksir mesti mempunyai ciri kesahan2 dan kebolehpercayaan3 serta menepati Standard Pembelajaran dalam DSK dan Deskriptor / Evidens dalam DSP.

3. Penyemakan evidens juga mesti menepati Standard Pembelajaran dalam DSK dan Deskriptor / Evidens dalam DSP.

Disediakan oleh :

Unit Pengurusan PentaksiranSektor Penilaian Dan PeperiksaanJabatan Pelajaran Negeri Sarawak

2 Kesahan : Instrumen yang dibina adalah betul dan menguji apa yang patut diuji.

3 Kebolehpercayaan : ketekalan skor (ketekalan antara guru tanpa mengira mana tempat) / Faham dan sefaham antara semua guru.

8

Page 9: Proses Kerja Pentaksiran Sekolah SR_2012

PROSEDUR DAN PROSES KERJA PENTAKSIRAN SEKOLAH DALAM PBS

9