pentaksiran kemahiran proses sains dalam sistem pentaksiran berasaskan sekolah

12
PENTAKSIRAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DALAM SISTEM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH Hamimah Abu Naim dan Norlly Mohd Isa PENGENALAN Matlamat Kurikulum Sains untuk sekolah menengah adalah bertujuan untuk membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi serta membolehkan mereka menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian berdasarkan sikap saintifik dan nilai murni. Pendidikan sains memerlukan perkembangan Kemahiran Proses Sains (KPS) untuk membolehkan pelajar membina pemahaman serta berupaya mengenal pasti dan menggunakan bukti saintifik yang berkaitan dalam menyelesaikan masalah dan membuat

Upload: norlly-mohd-isa

Post on 05-Sep-2015

142 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

PENTAKSIRAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DALAM SISTEM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

TRANSCRIPT

Author Guidelines for 8

8 Pentaksiran KPS Dalam Sistem PBS9

PENTAKSIRAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DALAM SISTEM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAHHamimah Abu Naim dan Norlly Mohd IsaPENGENALAN

Matlamat Kurikulum Sains untuk sekolah menengah adalah bertujuan untuk membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi serta membolehkan mereka menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian berdasarkan sikap saintifik dan nilai murni. Pendidikan sains memerlukan perkembangan Kemahiran Proses Sains (KPS) untuk membolehkan pelajar membina pemahaman serta berupaya mengenal pasti dan menggunakan bukti saintifik yang berkaitan dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan (Harlen, 2000). KPS boleh dibahagikan kepada dua iaitu Kemahiran Proses Sains Asas (KPSA) dan Kemahiran Proses Sains Bersepadu (KPSB) (Padilla, 1983). KPSA merangkumi memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens, meramal, berkomunikasi dan menggunakan perhubungan ruang dan masa. Manakala KPSB pula merangkumi mentafsir maklumat, mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah, membuat hipotesis dan mengeksperimen (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2011). Penerapan sikap saintifik dan nilai murni perlu dijadikan teras dalam setiap aktiviti pembelajaran (Lembaga Peperiksaan, 2013). Bagi memastikan matlamat tersebut telah diterima oleh murid, satu penilaian perlu dilakukan bagi mengukur sejauh mana tahap pencapaiannya. Proses mendapatkan maklumat ini perlu dilakukan melalui pentaksiran semasa dan juga selepas proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan.

Latar Belakang Masalah

Pentaksiran menjadi satu strategi bagi meningkatkan pengetahuan murid dalam model pengajaran dan pembelajaran sains. Guru perlu mempunyai kemahiran mereka bentuk, merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti yang memberi pengalaman murid mengintegrasi konsep-konsep atau idea-idea sains mereka (Gallagher, 1989). Pelaksanaan PBS hendaklah berpandukan Spesifikasi Kurikulum Sains yang dibina oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum bersama-sama Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PPPBS) dan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (Lembaga Peperiksaan, 2014). Pelbagai strategi pengajaran perlu dilakukan bagi mensepadukan pentaksiran KPS dengan perlaksanaan PBS sebagai satu proses pembelajaran. Arena (1996) berpendapat kesepaduan kemahiran proses sains tersebut perlu dilakukan dalam pengajaran secara berterusan. Scharmann (1989) mencadangkan kemahiran proses sains murid dapat diimplimentasikan dengan memberi peluang kepada murid mempraktikkan kemahiran tersebut dalam proses pembelajaran. Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) menyarankan penentuan kaedah pengajaran dan pembelajaran sains hendaklah dilakukan berdasarkan kandungan kurikulum, kepelbagaian kebolehan murid serta sumber dan prasarana yang ada. Suatu kurikulum yang diandaikan baik dan lengkap akan gagal jika pelaksananya tidak memahami dan kurang berkebolehan (Harris, 1992). Guru-guru sains sebagai pelaksana di peringkat sekolah dalam menterjemahkan kurikulum sains dan PBS, perlulah menguasai aspek-aspek dalam KPS dan kemahiran pentaksiran bilik darjah yang diimplimentasikan. Persoalannya sejauh manakah penguasaan guru-guru dalam KPS dan PBS bagi membolehkan mereka mengimplimentasikannya dalam pengajaran dengan berkesan? Bagaimanakah guru-guru sains menggabungkan KPS dalam PBS dan PdP? Adakah pentaksiran KPS dalam sistem PBS memberi kesan terhadap tahap penguasaan KPS murid?

objektif kajian

Objektif kajian ini dijalankan adalah seperti berikut :

a) i. Mengenalpasti perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan amalan pentaksiran Kemahiran Proses Sains (KPS) dalam bilik darjah dalam kalangan guru sains serta hubungan antara keduanya.

ii. Mengenalpasti kompetensi PBS dan KPS dalam kalangan guru sains serta hubungan keduanya dengan amalan pentaksiran KPS.

iii. Mengenalpasti pencapaian KPS dalam kalangan pelajar serta hubungannya dengan amalan pentaksiran KPS dan tahap kompetensi guru.

b) Membina Model Pentaksiran KPS dalam bilik darjah bagi meningkatkan keberkesanan kaedah pentaksiran untuk pembelajaran Sains tingkatan dua.

JANGKAAN DAPATAN

Jangkaan hasil dapatan dari kajian ini adalah pembentukkan satu model yang dinamakan Model Pentaksiran Kemahiran Proses Sains (MPKPS). MPKPS akan membuktikan bahawa kompetensi guru dalam PBS dan KPS serta tahap perlaksanaan PBS di sekolah memberikan kesan secara langsung terhadap amalan pentaksiran KPS dan seterusnya memberikan kesan secara langsung dengan tahap pencapaian KPS pelajar. Dalam masa yang sama MPKPS juga akan menunjukkan kesan langsung kompetensi guru dalam KPS terhadap tahap pencapaian KPS pelajar. Perlaksanaan PBS dijangka memberi kesan langsung kepada pencapaian KPS pelajar melalui amalan pentaksiran PBS. Hubungan antara pembolehubah-pembolehubah ini ditunjukkan dalam Rajah 1 sebagai Model Pentaksiran Kemahiran Proses Sains (MPKPS).

Rajah 1: Model Pentaksiran Kemahiran Proses Sains (MPKPS)

KESIMPULANHasil dari kajian ini diharap dapat memberi gambaran bagaimana amalan pentaksiran KPS yang terbaik yang akan dapat memberikan impak terhadap tahap pencapaian KPS pelajar. Tahap kompetebsi guru dalam KPS dan pentaksiran juga akan dapat dinilai untuk proses penambahbaikan dalam proses pendidikan guru sama ada sebelum atau di dalam perkhidmatan.

RUJUKAN

Arena Paul, 1996. The role of relevance in the acquisition of science process skills. Australian Science Teachers Journal. (42), 34-39.

Creswell, J. W., 2008. Educational research. Planning, conducting and evaluating qualitative and quantitative approaches (3rd ed.). Thousand Oaks, CA: Sage Publications, Inc.

Gallagher, J. D., 1998. Classroom Assessment for Teachers. Upper Saddle River, New Jersey: Merill Prentice Hall.

Harlen W., 2000. The Teaching of Science in Primary Schools. 3rd Edition. London. David Fulton

Harris Md. Jadi, 1992. Reformasi kurikulum di Malaysia: Satu pandangan ke atas proses perancangan, pembinaan dan pelaksanaan: Jurnal pendidik dan pendidikan. ( 2 ), hal 1-15

Lembaga Peperiksaan, 2013. Dokumen Standard Prestasi: Sains Tingkatan 2. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Lembaga Peperiksaan, 2014. Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mohd Majid Konting, 2000. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Najib Abdul Ghafar, 2003. Reka bentuk tinjauan soal selidik pendidikan. Johor Bahru: Penerbitan UTM

Padilla, M. J., Okey, J. R. & Dillashaw, F. G., 1983. The relationship between science process skill and formal thinking abilities. Journal of Research in ScienceTeaching, (20) hal 239-246.

Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003. Integrated Curriculum for Secondary Schools Science Syllabus. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, 2011. Spesifikasi Kurikulum Sains Tingkatan 2. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Scharmann, L. C, 1989. Development of science process skill instruction. Journal of Research in Science Teaching. Vol 26. hal 715-726.