peranan-guru-dalam-pengurusan-bilik-darjah (2)

Upload: xxinyee

Post on 05-Jan-2016

329 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajaran.Hal ini melibatkan :Pendekatan pengajaranCorak komunikasiKemahiran guru dalam mengurus, mengawal murid dan aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah Personaliti guru itu sendiri.

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

Peranan guru dalam pengurusan bilik darjahIklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajaran.

Hal ini melibatkan :Pendekatan pengajaranCorak komunikasiKemahiran guru dalam mengurus, mengawal murid dan aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah Personaliti guru itu sendiri.2.1.1 Persekitaran Fizikal Suasana fizikal boleh menyumbang kepada pembelajaran murid, kawalan kelas, hubungan murid dengan guru dan murid dengan murid lain.Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid.

Persekitaran Fizikal bilik darjah merangkumi aspek-aspek:5Garis panduan tentang penggunaan ruang di dalam bilik darjah:Susunan bilik darjah yang membenarkan guru memantau dengan mudah dan cepat (kontak mata guru dengan murid)Kedudukan guru berhampiran dengan murid (memudahkan komunikasi)Pemandangan murid mesti jelas dan tidak terhalang (murid dapat melihat guru dan papan putih)Ruang trafik yang selesa (guru dan murid dapat bergerak dengan mudah dan tanpa halangan)Akses mudah kepada sumber bahan pembelajaran (memudahkan murid mengambil bahan pembelajaran dan menggunakannya)Ruang pada dinding (jadual waktu, carta organisasi, hasil kerja murid)Kenal pasti ruang di dalam bilik darjah untuk aktiviti-aktiviti tertentu (ruang untuk membaca, mendengar cerita, komputer)Beri perhatian kepada pencahayaan, pengudaraan dan perabot (kipas lampu berfungsi, pintu tingkap dibuka, meja kerusi cukup) Kebersihan (alat pembersih, jadual bertugas, memantau kebersihan kelas sebelum dan selepas mengajar)Susunan kerusi meja murid mesti fleksibel (bergantung kepada pendekatan pengajaran atau aktiviti yang dijalankan)Bilik darjah tradisional (berkuliah)

2. Kumpulan kecil (pengajaran berkumpulan, pengajaran berpusatkan murid)

3. Seminar (perbincangan, murid boleh bersemuka dengan guru dan rakan-rakan yang lain)

2.1.2 Persekitaran psikologi12Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat:Pendekatan pengajaran guru - perlu mengambil kira keperluan murid, perkembangan kognitif dan gaya pembelajaran murid)Gaya kepimpinan guru (autokratik? demokratik? laize-faire?)Bentuk komunikasi guru Ciri-ciri komunikasi berkesan:Penggunaan bahasa yang mudah difahami dan sopanMenghormati pandangan muridMenjadi pendengar yang aktifMenggunakan pergerakan fizikalBersemangat mengajar dan suara jelasMemanggil nama muridMemandang mata murid apabila bercakap dengan murid, ada kontak mataCorak interaksi guru142.1.3 Peraturan dan rutin bilik darjahSemasa membentuk peraturan di dalam bilik darjah:Rutin yang dilaksanakan setiap hari:Beratur semasa keluar dan masuk bilik darjahProsedur cara guru mengambil kehadiran murid setiap hariMurid dikehendaki ke tapak perhimpunan dahulu sebelum masuk ke kelas masing-masing.Rutin yang hanya dilaksanakan apabila perlu:Kutipan yuran pada awal tahun.Pinjaman dan permulangan buku teks daripada Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)Rutin yang boleh diwujudkan dalam bilik darjah:Cara mengedar dan menyimpan bahan pengajaranCara membentuk kumpulan dalam kelasCara menghantar buku latihan/kerja rumah