pengurusan bilik darjah

28
PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana kami telah berjaya menyiapkan kerja kursus Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku dengan jayanya. Kami juga telah dapat menghantar tugasan ini tepat pada masanya tanpa sebarang masalah. Kami berasa amat gembira kerana ditugaskan oleh pensyarah kami, En Che Othman B Che Wil untuk menyiapkan kerja kursus ini. Di sini juga kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang banyak membimbing kami dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Kepada rakan-rakan yang sering membantu kami juga diucapkan terima kasih kepada mereka. Walaupun pelbagai rintangan serta dugaan dalam mencari maklumat mengenai tajuk yang kami bincangkan ini tetapi dapat kami atasinya iaitu dengan bantuan rakan-rakan. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas bantuan dan komitmen yang diberikan oleh pihak yang terlibat. Kerjasama dan kesungguhan serta komitmen yang jitu antara ahli kumpulan yang banyak bertungkus lumus dalam menyiapkan kerja khusus ini adalah amat dititikberatkan sama sekali dan kami bersyukur kerana ianya membuahkan hasil yang amat berguna kepada kita semua. Sampai di sini sajalah yang dapat kami coretkan

Upload: emmetthaniff

Post on 01-Jul-2015

952 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: pengurusan bilik darjah

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana kami telah berjaya menyiapkan kerja

kursus Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku dengan jayanya. Kami juga telah

dapat menghantar tugasan ini tepat pada masanya tanpa sebarang masalah. Kami

berasa amat gembira kerana ditugaskan oleh pensyarah kami, En Che Othman B Che

Wil untuk menyiapkan kerja kursus ini. Di sini juga kami ingin mengucapkan ribuan

terima kasih kepada pensyarah yang banyak membimbing kami dalam menyiapkan

tugasan ini dengan jayanya. Kepada rakan-rakan yang sering membantu kami juga

diucapkan terima kasih kepada mereka.

Walaupun pelbagai rintangan serta dugaan dalam mencari maklumat mengenai

tajuk yang kami bincangkan ini tetapi dapat kami atasinya iaitu dengan bantuan rakan-

rakan. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas bantuan dan komitmen yang

diberikan oleh pihak yang terlibat.

Kerjasama dan kesungguhan serta komitmen yang jitu antara ahli kumpulan

yang banyak bertungkus lumus dalam menyiapkan kerja khusus ini adalah amat

dititikberatkan sama sekali dan kami bersyukur kerana ianya membuahkan hasil yang

amat berguna kepada kita semua. Sampai di sini sajalah yang dapat kami coretkan

sebagai renungan dan sebagai pedoman serta penghargaan terhadap pihak yang

terlibat.

Page 2: pengurusan bilik darjah

1.0 PENDAHULUAN

Pengurusan bilik darjah adalah amat penting bagi mewujudkan pembelajaran

yang berkesan. Kanak-kanak belajar melalui interaksi dengan persekitarannya.

Pembelajaran ini berkesan sekiranya persekitarannya, iaitu bilik darjah, makmal,

bengkel atau padang permainan di urus dengan baik. Pengurusan sebegini amat

penting supaya murid-murid boleh berkerjasama, berkomunikasi dan berkongsi dengan

teratur dan selesa. Persekitaran bilik darjah yang kondusif ialah tempat murid dapat

melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pelajaran.

Persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk meransang minat dan memotivasikan

pelajar untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Tugas guru dalam bilik darjah bertindak sebagai pengurus yang memantau

keadaan bilik darjah. Misalnya tugas guru adalah mengurus rutin darjah, mengurus

murid- murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus

keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus bahan- bahan

pengajaran dan sebagainya.

Menurut Hall (2000) pula mendefinisikan sebagai pengurusan bilik darjah yang

berkesan adalah satu usaha yang berterusan dan menjadi proses orientasi

penyelenggaraan yang melibatkan aspek memotivasikan pelajar untuk belajar,

menyediakan arahan dan maklumat yang bersesuaian dan mengurus kerja murid.

Pengurusan yang efektif dalam bilik darjah haruslah bersifat proaktif, responsif dan

menyokong.

Menurut perspektif Islam, pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses melakukan

kerja dan menyempurnakan kerja melalui fungsi- fungsi pengurusan secara fitrah

melalui dan bersama orang lain dalam usaha mencapai objektif kerja secara berkesan

dan menggunakan sumber- sumber organisasi dengan cekap dalam persekitaran yang

dinamik dan sentiasa berubah- ubah bagi mencapai objektif organisasi demi mencapai

al- falah di dunia dan di akhirat.

Page 3: pengurusan bilik darjah

Pengurusan juga boleh ditakrifkan sebagai satu proses mendapatkan penyertaan,

kerjasama dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif- objektif organisasi atau

kumpulan, gerak kerjanya termasuk merancang mengelola, memimpin, mengarah dan

mengawal.

Rasa kesempurnaan pelajar dengan guru dalam bilik darjah ini adalah bermula

daripada pengurusan bilik darjah yang sempurna dan konduksif. Misalnya rasa

tanggungjawab ini telah menyumbangkan kepada penglibatan murid dan guru secara

harmonis demi menjaga kepentingan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Page 4: pengurusan bilik darjah

2.0 FAKTOR PERSEKITARAN YANG MEMPENGARUHI BILIK DARJAH

Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid melibatkan diri

dan mengambil bahagian dalam menumpukan perhatian terhadap proses pengajaran

dan pembelajran. Jika keadaan kelas berada dalam keadaan yang konduksif serta

cukup selesa penglibatan pelajar terhadap proses pembelajaran amat baik dan ini

akan menunjukkan pembentukan sikap positif terhadap proses pengajaran dan

pembelajaran. Oleh itu faktor-faktor seperti iklim bilik darjah yang baik akan

menyumbangkan kepada tiga factor iaitu persekitaran fizikal, psikososial dan rutin

bilik darjah. Namun di sini saya ingin menekankan bahawa faktor fizikal ini akan

membentuk bilik darjah yang konduksif dan sesuai dengan proses pengajaran dan

pembelajaran yang lebih berkesan.

Pengurusan bilik darjah juga akan menjadi lebih baik apabila seliaan oleh guru

diuruskan secara berkesan. Misalnya disini murid-murid diminta membantu guru

dalam menyediakan bahan-bahan serta alatan-alatan bagi menarik minat pelajar

dalam mengembangkan sikap atau budaya tangggungjwab pelajar terhadap proses

pengajaran dan pembelajaran. Namun di sini saya ingin menerangkan bahawa aspek

faktor fizikal mempengaruhi banyak elemen dalam bilik darjah dengan susun atur

dan reka bentuk fizikal, aspek sumber bahan, aspek pengcahayaan serta ruang-

ruang dan pengudaraan yang baik dalam bilik darjah.

Persekitaran bilik darjah yang mendorong pengajaran dan pembelajaran tidak

wujud begitu sahaja. Seseorang guru hendaklah merancang serta melaksanakan

kegiatan yang boleh mewujudkan kea arah persekitaran dan iklim yang

sedemikian.Suasana bilik darjah yang harmonis membantu peningkatan pengajaran

dan pembelajaran yang lebih bermakna. adalah menjadi tanggungjawab guru untuk

membentuknya. Guru perlu bijak dalam menggunakan pendekatan- pendekatan bagi

mengawal iklim dalam bilik darjah berlandaskan tahap perkembangan murid. Iklim

dalam bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan

murid dan guru dalam bilik darjah tersebut.

Page 5: pengurusan bilik darjah

ASPEK-ASPEK PENYUSUNAN BILIK DARJAH YANG KONDUKSIF

1. Aspek susun dan reka bentuk fizikal dalam bilik darjah

Aspek susun atur dan reka bilik darjah merupakan factor utama dalam

melakukan proses pengajaran dan pembelajran. Seperti kebiasaanya, ukuran bilik

darjah di mana-mana sekolah seakan-akan sama iaitu berbentuk segi empat tepat

dengan ukuran 7 meter x 9 meter iaitu muat untuk pelajar seramai 40 orang. Namaun

Aspek susunan dan reka bentuk fizikal di

dalam bilik darjah

Aspek sumber bahan pembelajaran

Aspek ruang atau sudut pembelajaran

Aspek pengcahayaan dan pengudaraan

Aspek kebersihan

Page 6: pengurusan bilik darjah

begitu dalam kelas pendidikan khas kami tidak mementingkan jumlah pelajar sahaja

tetapi kami meletakkan unsure-unsur lain seperti keperluan LCD, alat-alat ABM dan

sebagainya. Jumlah pelajar dalam kelas pendidikan khas hanya seramai 8 orang

setiap kelas dimana keperluan 8 orang sama seperti 40 orang pelajar normal. Namun

selain dari pada penempatan pelajar dalam kelas, bilik darjah juga main peranan

dalam menempatkan alatan-alatan lain dalam bilik darjah bagi keselesaan dan

kemudahan terhadap pelajar. Menurut Kamarudin Husin (2004:384), guru bertindak

sebagai pengurus bilik darjah seperti menentukan corak penyusunan kerusi, meja

dan peralatan. Maka, guru mempunyai autoriti untuk menyusun dan memuatkan

peralatan lain di dalam bilik darjah dengan baik dan boleh digunakan secara

maksimum.

Selain itu, susunan peralatan lain seperti meja dan kerusi amat penting dan perlu

disusun oleh guru kerana guru bertindak sebagai pengurus dalam bilik darjah bagi

menjadikan bilik darjah yang konduksif dan melancarkan lagi proses pengajaran dan

pembelajaran. Susunan bilik darjah yang kurang teratur akan menyebabkan pelajar

kurang member tumpuan dan minat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dengan ini pelajar akan tercicir dari arus pendidikan Negara yang mahu melahirkan

generasi modal insan kelas pertama. Misalnya susunan kerusi dan meja seperti

penyusunan mengikut tred tradisional, meja dan kerusi pelajar di susun berdua dan

mengadap kepada papan hitam. Dengan ini proses perbincangan secara

berkumpulan tidak di jalankan dan jika ada perbincangan kumpulan pelajar akan

mengambil masa untuk bergerak ke satu kawasan lain. Pembaziran masa akan

berlaku dan proses p&p tidak dapat dipenuhi dalam RPH guru. Namun begitu jika

penyusunan bilik darjah yang mempunyai ciri-ciri yang baik dan susun atur kerusi

dan meja bertepatan maka guru akan dapat mengajar dengan selesa dan juga

pelajar akan berasa selesa. Guru juga dapat memantau kelas dengan pergi kepada

pelajar yang mempunyai masalah terhadap pembelajaran. Secara tidak langsung ini

akan memudahkan pergerakan pelajar dan guru tersebut.

Page 7: pengurusan bilik darjah

Selain itu, susunan di dalam bilik darjah juga perlu di susun dengan baik

agar membolehkan “eye contact” guru dan pelajar yang baik. Misalnya guru akan

menyusun pelajar yang tinggi di belakang dan pelajar yang rendah di hadapan.

Dengan ini tiada gangguan dalam bilik darjah. Sifat tanggungjawab pelajar ini akan di

pamerkan semasa penyusunan bilik darjah misalnya meja yang tidak di susun

dengan baik pelajar tersebut akan menyusun meja dengan baik dan memastikan

kekemasan meja dan kerusi dalam keadaan yang teratur. Oleh itu pengajaran dan

pembelajaran yang hendak di sampaikan oleh guru dapat disampaikan dengan

mudah dan di terima oleh pelajar.

2. Aspek sumber bahan pembelajaran

Aspek sumber bahan pengajaran seperti alat bantu mengajar juga

mempengaruhi persekitaran bilik darjah yang konduksif. Alat bantu mengajar ini perlu

mengikut kepada arus pemodenan dan peredaran masa bagi tidak ketinggalan dalam

arus pembangunan Negara. Penggunaan alat bantu mengajar ini amat perlu untuk

menarik minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Misalnya

penggunaan alat LCD, Laptop dan video serta kad-kad gambar yang dapat menarik

minat pelajar terhadap stail pengajaran. Penggunaan alatan ini akan membuatkan

pelajar lebih tertumpu kepada pengajaran guru..

Selain itu, guru juga perlu bijak memilih bahan bantu mengajar yang lain.

Guru mempunyai autoriti untuk memilih bahan bantu mengajar yang sesuai kerana

kelansungan proses pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada guru.

Contohnya, jika peralatan seperti lcd dan pertunjukkan video tidak dapat di tunjukkan

kepada pelajar disebabkan oleh kekangan tertentu, guru perlu memikirkan bahan

bantu mengajar yang lain supaya fokus pelajar tidak beralih. Bahan yang berwarna

warni dan jelas kelihatan amat penting bagi menarik minat pelajar. Bahan sebegini

amat diperlukan untuk membuat aktiviti seperti hands-on dan aktiviti lain yang

memerlukan penglibatan pelajar. Mengikut pengalaman saya semasa di sekolah

rendah, guru sentiasa membawa bersama bakul yang mengandungi bahan bantu

mengajar yang pelbagai. Saya dan rakan-rakan yang lain tertunggu-tunggu guru

tersebut memasuki kelas kami kerana bahan bantu mengajar yang di sediakan

menarik dan berkesan.

Page 8: pengurusan bilik darjah

Selain daripada itu, guru juga memerlukan buku teks dalam proses pengajaran

dan pembelajaran mereka, guru perlu memastikan semua pelajar mempunyai

sumber pembelajaran tersebut iaitu buku teks dan buku teks juga berperanan kepada

pengajaran guru sebagai panduan kepada sukatan pelajaran. Sesetengah guru

biasanya endah tak endah dengan ketiadaan buku teks dan pelajar lupa untuk

membawa buku teks ke sekolah. Namun ini adalah tanggungjawab guru dalam

mengajar bahan yang mencukupi dan perlu menghabiskan sukatan pelajaran. Oleh

itu guru perlu bijak dalam menangani masalah tersebut agar tidak menjadi lebih

serius pada masa akan datang. Tugas guru adalah agen yang penting dalam

mengerakkan dan memastikan pengajaran dan pembelajaran mengikut sumber dan

bahan-bahan yang mencukupi kepada pelajar dalam memastikan tidak berlaku

keciciran terhadap pelajar.

3. Aspek pengudaraan dan pengcahayaan

Aspek pengcahayaan dan pengudaraan yang baik amat perlu demi menjamin

persekitaran pembelajaran yang kondusif di dalam bilik darjah. Berbeza dengan bilik

darjah pada zaman dahulu dengan bilik darjah zaman sekarang. Jika pembinaan

bilik darjah zaman dahulu tidak mempunyai tingkap dan pintu dan tingkap yang

mencukupi dan proses pengudaraan tidak berlaku dengan baik. Kedaan ini akan

melemaskan pelajar dalam mengalami proses pengajaran dan pembelajaran namun

berbeza dengan zaman kini yang mempunyai ciri-ciri yang baik dengan pintu kelas

dua buah, tingkap di kiri dan kanan pelajar dan pembekalan udara dan cahaya yang

baik terhadap kelas tersebut.

Kedaan ini menjadi tugas bagi seorang guru dengan memastikan tingkap di buka

sebelum melakukan proses pengajaran dan pembelajaran dan di tutup semasa

tamatnya waktu persekolahan. Dengan ini sikap tanggungjawab dan sayang kepada

harta benda yang telah di bekalkan bagi kemudahan pelajar. Selain itu, penyusunan

rak buku dan almari perlu disusun dengan teratur dan tidak menghalang kepada

cahaya dan udara. Dengan ini pelajar akan menjadi lebih cergas dan aktif semasa

proses p&p dan ini membolehkan guru melakukan aktiviti dengan baik.

Page 9: pengurusan bilik darjah

American Federation of Teachers (1997) juga menjalankan kajian terhadap

kesan pencahayaan dan bunyi ke atas prestasi pembelajaran pelajar. Kajian yang

dijalankan ke atas pelajar di daerah California mendapati pelajar yang terdedah

kepada pencahayaan semula jadi di dalam bilik darjah mempunyai tahap

perkembangan sebanyak 20% lebih cepat dalam mata pelajaran Matematik serta

26% lebih cepat dalam pembacaan berbanding pelajar yang kurang terdedah

kepada pencahayaan semula jadi. Selain itu, kajian yang dijalankan di Washington

dan Colorado juga turut membuktikan pencahayaan yang baik mempunyai kesan

yang signifikan ke atas pencapaian pelajar. Maka, guru dan pelajar masing-masing

mempunyai peranan bagi memastikan bekalan cahaya dan udara yang baik di

dalam bilik darjah berterusan bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang

kondusif.

4. Aspek Kebersihan

Kebersihan merupakan perkara yang penting untuk memastikan

persekitaran bilik darjah berada dalam keadaan kondusif dan seterusnya

memastikan penerimaan pembelajaran yang baik oleh para pelajar. Walhal dalam

agama Islam sendiri menyarankan kebersihan di dalam kehidupan seharian. Hal ini

terbukti seperti sabda Rasulullah S.A.W yang bermasud "Kebersihan itu sebahagian

daripada iman" dan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 222 yang

bermaksud :

" SesungguhNya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan

mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri ".

Sebagai seorang pendidik yang mempunyai autoriti di dalam kelas, guru

perlu memastikan bilik darjah sentiasa berada dalam keadaan yang bersih. Guru

boleh menyediakan jadual bertugas supaya pelajar-pelajar mengetahui dan

memahami tugas masing-masing di dalam kelas. Selain daripada itu, guru juga perlu

memastikan pelajar mengutip sampah di sekeliling mereka sebelum memulakan sesi

pengajaran dan pembelajaran.Jika bilik darjah berada dalam keadaan yang bersih,

pelajar akan lebih selesa berada di dalam kelas tersebut. Jika perlu, guru boleh

Page 10: pengurusan bilik darjah

menyediakan bauan di dalam kelas untuk mendamaikan lagi suasana ketika belajar.

Hal ini sangat penting bagi memastikan fokus yang berpanjangan daripada pelajar

semasa proses pengajaran. Apabila pelajar selesa berasa berada di dalam kelas,

mereka akan sentiasa berusaha untuk mengekalkan keadaan tersebut dengan

menjaga kebersihan kelas mereka.

5. Aspek Ruang atau Sudut Pembelajaran

Aspek seterusnya yang mempengaruhi persekitaran yang kondusif dalam

bilik darjah ialah aspek ruang atau sudut pembelajaran. Sesuatu bilik darjah bukan

sahaja perlu di hadiri oleh pelajar, malah perlu dilengkapi dengan sudut

pembelajaran dan pengisian ruang yang ada dengan perkara yang berfaedah.

Sebagai contoh, jika guru perlu mengajar teori sahaja, maka boleh mengajar dengan

keadaan pelajar berada di tempat masing-masing. Tetapi jika pengajaran

memerlukan demonstrasi dan aktiviti hands-on, sudah tentulah ruang yang spesifik

dan kosong di perlukan. Oleh sebab itu, di dalam sesebuah kelas, perlu di sediakan

ruang yang mencukupi untuk aktiviti-aktiviti sedimikian seperti menyediakan ruang

pembelajaran di sudut kelas.

Dengan adanya ruang pembelajaran, bukan sahaja boleh di gunakan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran malah boleh digunakan oleh pelajar

untuk membuat perbincangan pada waktu rehat atau di luar waktu akademik.

Perkara ini sangat penting bagi memastikan keselesaan pelajar semasa

mengadakan aktiviti terjamin. Pelajar juga akan merasa kesepunyaan terhadap bilik

darjah mereka dan sentiasa berusaha menghias sudut tersebut supaya sentiasa

ceria dan menarik. Guru juga boleh menyuruh pelajar membawa buku-buku

pelajaran atau buku cerita untuk dimuatkan di sudut pembelajaran tersebut.

Menurut Schickendanz (1977) pula, guru berperanan dalam konteks

pengurusan bilik darjah. Oleh itu, guru harus menggunakan autoriti mereka untuk

mengisi ruang yang ada dalam bilik darjah dengan bahan pembelajaran yang boleh

menarik minat pelajar. Di samping dapat menghias bilik darjah, bahan tersebut akan

memberi manfaat kepada pelajar dalam mata pelajaran tertentu. Contohnya, guru

Page 11: pengurusan bilik darjah

matematik boleh menampal sifir atau formula tertentu pada ruang tertentu di dalam

kelas. Dengan adanya bahan tersebut, murid boleh melihat sambil menghafal dan

guru boleh menggunakannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran tertentu.

Tindakan guru seperti ini juga akan menimbulkan rasa kesepunyaan antara murid-

murid dan guru dan bersama-sama bertanggungjawab untuk menjaga bahan-bahan

tersebut supaya terus berada dalam keadaan yang baik.

Page 12: pengurusan bilik darjah

3.0 Pelan bilik darjah

4.0 RASIONALISASI ITEM DALAM PELAN BILIK DARJAH IDAMAN

4.1 PINTU

Terdapat dua pintu yang dibina didalam pelan kelas idaman saya. Rasional dua pintu

dibina adalah kerana dapat melancarkan pergerakan murid untuk keluar masuk. Jika

hanya satu pintu sahaja dibina, ia dapat menyebabkan berlakunya kesesakan apabila

ramai murid yang ingin masuk dan keluar secara serentak. Selain itu, pintu juga dibina

untuk memberi pengudaraan yang baik. Dengan pengudaraan yang baik, murid dapat

belajar dengan selesa. Tambahan pula, pintu juga memainkan peranan dalam

pengcahayaan dan sebagai cara mudah untuk keluar kelas apabila berlakunya

kebakaran dan sebagainya. Dengan ini pelajar dapat selamatkan diri dan tidak

berlakunya perkara-perkara yang tidak di ingini berlaku

4.2 TINGKAP

aquariumPapan knytaan Papan putih

Page 13: pengurusan bilik darjah

Ruang tingkap terdapat disisi kiri dan kanan pelan kelas idaman saya seperti

kebanyakkan kelas di Malaysia. Tingkap penting dalam aspek pengcahayaan dan

pengudaraan. Melalui pengcahayaan dan pengudaraan yang baik, murid dapat belajar

dengan lebih berkesan dan ini akan memberikan pelajar bekalan oksigen yang baik

yang pelajar akan belajar dengan tenang selain melihat flora dan fauna yang ada di luar

kelas semasa proses pembelajaran berlaku

4.3 PAPAN PUTIH

Papan putih diletakkan di bahagian hadapan kelas. Saya meletakkannya di mana

semua murid dapat melihat papan putih tersebut dengan jelas dan tanpa sebarang

halangan. Perkara yang penting sekali yang perlu diberi perhatian ialah, pemandangan

murid mesti jelas dan tidak terhalang. Apabila saya mengajar, murid mesti dapat

melihat tulisan saya di papan putih dengan mudah. Saya juga memilih papan putih

berbanding papan hitam kerana papan hitam menghasilkan habuk kapur dan jumlahnya

bergantung kepada kualiti kapur tulis yang digunakan. Sesetengah orang tidak gemar

akan situasi ini dan ada juga yang alah kepadanya dan sepertimana saya mengajar

pelajar yang berkeperluan khas saya mendapati bahawa bahaya hidu kapur amat

berbahaya dan member kesan sampingan dan pelajar ini juga pelajar khas. Ini akan

menyebabkan mereka mudah terkena penyakit dan di tambahkan dengan menhirup

udara kotor, mereka juga insan seperti kita yang di ciptakan dan dianugerahakan oleh

ALLAH S.W.T. Pada masa yang sama, terdapat juga pertikaian tentang habuk kapur ini

dengan masalah pernafasan. Habuk ini juga boleh menimbulkan masalah kepada

bahan yang sensitif habuk seperti komputer.

4.4 MEJA DAN KERUSI MURID

Saya memilih untuk membentuk 5 orang murid dalam satu kumpulan dimana dua orang

murid akan duduk secara bertentangan antara satu sama lain. Secara berkumpulan,

pelajar akan lebih mudah berinteraksi sesama mereka untuk berbincang mengaenai

sesuatu perkara. Melalui susunan ini, saya dapat memantau murid secara berkumpulan

dan individu dengan lebih mudah. Susunan ini juga membolehkan saya melihat semua

murid dengan menyeluruh. Ini dapat meningkat kawalan saya terhadap murid – murid.

Page 14: pengurusan bilik darjah

Selain itu, susunan ini memudahkan saya dan murid bergerak untuk mengajar, belajar

dan menjalankan aktiviti. Tambahan pula susunan ini menjimatkan ruang yang agak

luas. Ruang tersebut boleh dimanfaatkan untuk item lain.

4.5 KEDUDUKAN MEJA GURU

Di dalam pelan bilik darjah idaman saya, saya meletakkan meja guru di bahagian kanan

kelas. Ini adalah kerana jika diletakkan di bahagian kiri pelan, ia akan mengganggu

pergerakan keluar masuk kerana pintu berada di situ. Manalaka, jika diletakkan di

bahagia tengah, ia akan menghalang murid melihat papan putih. Oleh itu, bahagian

kanan pelan adalah paling sesuai. Kedudukan meja guru berhampiran dengan murid

supaya guru boleh mengawasi pelajar. Kedudukan guru di dalam kelas seharusnya

berhampiran dengan sebilangan besar murid di dalam kelas supaya dapat memberikan

peluang kepada guru berinteraksi dengan murid-murid dengan lebih jelas dan juga lebih

teperinci.

4.6 CARTA ORGANISASI

Carta organisasi diletakkan di bahagian kiri hadapan kelas dan berhampiran dengan

pintu. Ini memudahkan guru melihat siapa ketua kelas, guru kelas dan ahli

jawatankuasa yang lain. Penyediaan carta organisasi akan menunjukkan kelas saya

teratur dan sempurna.

4.7 JADUAL TUGASAN HARIAN DAN JADUAL KELAS

Saya juga meletakkan jadual tugasan harian dan jadual kelas di dalam kelas idaman

saya. Item ini berada di bahagian kanan hadapan kelas. Ia diletakkan berdekatan

dengan meja guru kerana memudahkan saya melihat jadual tugasan harian dan jadual

kelas. Saya dapat memastikan setiap murid menjalankan tugas masing-masing dan ini

sedikit sebanyak akan melatih diri pelajar untuk lebih bertanggungjawab dan berdikari

dengan kebersihan dalam kelas. Secara tidak langsung saya menerapkan ilmu

kebersihan dalam diri pelajar dan melahirkan pelajar yang cintakan kepada kebersihan

4.8 AKUARIUM

Page 15: pengurusan bilik darjah

Di dalam bilik darjah idaman saya juga terdapat sebuah akuarium. Suasana bilik darjah

dapat diharmonikan lagi dengan adanya akuarium. Item dapat menggalakkan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran.selain itu, murid juga dapat diterapkan dengan nilai kasih

sayang dan cinta kepada makhluk tuhan. Akuarium diletakkan di bahagian depan kelas

kerana pergerakan murid dan guru tidak akan terganggu.

4.9 RAK BUKU

Fungsi rak buku di dalam pelan saya adalah sama iaitu sebagai tempat menyimpan

buku. Ini dapat mengelakkan buku murid berteraburan dan seterusnya dapat

memelihara kebersihan kelas. Rak buku diletakkan di bahagian belakang kelas

bersebelahan dengan akuarium dimana tidak berlaku pergerakan guru dan murid yang

banyak di bahagian tersebut.

4.10 SUDUT ICT/ SUDUT BACAAN

Sudut ICT tutut berada dalam perancangan saya. Dengan adanya sudut ICT, ia

membolehkan murid mendapat sumber rujukan yang dimahukan. Murid juga akan

mempunyai akses yang mudah kepada sumber bahan pembelajaran. Hal ini akan

memudahkan murid mengambil bahan pembelajaran dan keadaan ini turut memberi

peluang kepada guru untuk mengajar murid cara menyimpan bahan dengan tersusun.

Penggunaan kaedah ini dapat membantu bahan pembelajaran disimpan di ruang yang

sama sepanjang tahun untuk mengelakkan kekeliruan dan mudah untuk dicapai. Sudut

ini amat penting bagi saya kerana peruntukkan kerajaan Terengganu dan penekanan

terhadap E-book.

4.11 SUDUT MATAPELAJARAN

Saya juga menyediakan sudut matapelajaran di dalam kelas idaman saya. Ia berada di

bahagian belakang kelas.Sudut matapelajaran digunakan sebagai tempat untuk

menampalkan hasil kerja menarik murid. Ia berfungsi untuk menghargai hasil kerja

Page 16: pengurusan bilik darjah

murid dan bertindak sebagai suatu medium yang merangsang dan memotivasikan

murid untuk menghasilkan sesuatu yang menarik agar hasil kerja dapat dipamerkan

disudut berkenaan. Murid akan melakukan yang terbaik untuk mendapat penghargaan

tersebut. Hasil kerja yang dihasilkan akan diletakkan matapelajaran yang tertentu.

Sudut ini juga digunakan untuk meletakkkan maklumat tentang sesuatu matapelajaran

itu.

4.12 TONG SAMPAH

Kebersihan bilik darjah merupakan tanggungjawab guru dan murid yang menggunakan

bilik tersebut. Guru mesti memastikan kelas mempunyai tong sampah dan sebagainya.

Saya menyediakan tong sampah di bahagian belakang kelas.

5.13 LCD

Saya juga memastikan LCD berada dalam pelan tersebut. LCD berfungsi sebagai

alatan yang penting untuk guru bagi mempersembahkan sesuatu kepada kelasnya.

Melalui LCD, saya dapat memberikan visual yang lebih jelas, menarik dan

menyeronokkan kepada murid jika dibandingkan dengan pembelajaran melalui kadbod,

OHP, dan lain – lain. Ini akan menjadikan proses P&P berjalan dengan lebih lancar dan

berkesan.

Page 17: pengurusan bilik darjah

REFLEKSI

Assalamualaikum....

Syukur kehadrat Ilahi kerana saya berjaya menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Setelah

menyiapkan kerja kursus ini, banyak maklumat berguna telah saya perolehi semasa mencari, menelaah

dan meneliti buku-buku dan nota serta bhan dari internet.

Sebelum mempelajari subjek Pengurusan Bilik Darjah, saya langsung tidak memahami apakah

itu persekitaran pembelajaran yang kondusif. Subjek ini banyak memberi tunjuk ajar kepada bakal guru

kerana dengan mempelajari subjek ini, banyak maklumat dan pengetahuan yang diperolehi oleh

seseorang guru itu untuk membina dan mewujudkan suasana kelas yang kondusif untuk melakukan

proses pembelajaran dan pembelajaran di jalankan secara konduksif bertepatan dengan falsafah

pendidikan kebangsaan yang mengingankan dan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi JERIS.

Setelah mendengar subjek PBD yang akan saya belajar pada semester ini, tanggapan saya pada

matapelajaran PBD ini hanyalah sekadar cara-cara untuk menghias kelas supaya menjadi menarik dan

cantik tetapi ini telah menerangkan cara untuk menyelesaikan masalah tingkahlaku pelajar serta

motivasi bagi meningkatkan kendiri pelajar serta peneguhan yang boleh di gunakan untuk memupuk

minat pelajar agar pelajar belajar lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.

Di sini, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya, En Che

Othman b Che Wil, pensyarah – pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan serta semua rakan-rakan yang

membantu saya menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa bantuan anda semua, saya tidak mampu untuk

menyiapkan kerja kursus ini dengan mudah.

Sekian, terima kasih

Page 18: pengurusan bilik darjah

BIBLIOGRAFI

Abd. Ghafar Md. Din(2003), Prinsip dan Amalan Pengajaran,Selangor, Utusan Publication& Distrib.

Atan Long Ph.D (1980),Pedagogi Kaedah Am Mengajar, Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Ahmad Mohd Salleh (1997), Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi.Shah Alam: Fajar Bakti

Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng (2000), Pendidikan diMalaysia, Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah(edisi kedua), Kuala

Lumpur: Fajar Bakti.

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku. Oxford Fajar

Henley,M. (2006). Classroom Menagement: A proactive approach. New Jersey: Pearson Prantice

http://dukeamienerev.blogspot.com

http://raisingthesoftvolume.blogspot.com/2009/02/merancang-dan-membentukkan-bilik-darjah.html

http://spailmiah.blogspot.com/2009/03/renungan-pendidikpengurusan-bilik.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Papan_hitam

Leonard M.S Yong, Karen L (1996), Guru Yang Kreatif, Isu- Isu Teorikal & Aplikasi Praktikal, Kuala Lumpur:

Arena Buku Sdn Bhd.

Sharifah Alwiyah Alsagof (1983), Ilmu Pendidikan: Pedagogi.Kuala Lumpur: Helnemann Asia.

Page 19: pengurusan bilik darjah

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Yang benar,

……………………………..

NAMA : MOHAMAD HANIFF BIN ABDUL MURAD

OPSYEN : PISMP PK(BM)/KS/PJ

NO I/C : 890511-11-5107P