geografi tingkatan 3 bab 5

14
GEOGRAFI TINGKATAN 3 : BAB 5 PETA BAB 5 PETA 5.1 PANDANG DARAT FIZIKAL DAN PANDANG DARAT BUDAYA 1. Peta topografi mempunyai maklumat tentang pandang darat fizikal dan pandang darat budaya bagi sesuatu kawasan. 2. Simbol digunakan untuk menggambarkan maklumat didalam peta topografi seperti simbol titik, simbol garisan, simbol kawasan dan singkatan perkataan. 5.1.1 Pandang Darat Fizikal Merujuk kepada ciri-ciri semula jadi seperti bentuk muka bumi, saliran, dan tumbuh-tumbuhan semula jadi di sesuatu kawasan. 1. Bentuk Muka Bumi a) Bentuk muka bumi dalam peta topografi ditunjukkan oleh garisan kontur. b) Sebagai contoh bentuk muka bumi di kawasan tanah tinggi ialah gunung, buki, rabung pelana, kol, susuh bukit, dataran tinggi, genting dan pelbagai jenis cerun. c) Bentuk muka bumi di lembah sungai di kawasan tanah pamah ialah likuan sungai dan delta. d) Kawasan pinggir laut menpunyai bentuk muka bumi seperti teluk, tanjung, pantai berpasir, tebing tinggi, beting pasir, anak tanjung dan lain-lain. e) Contoh bentuk muka bumi seperti berikut : BENTUK MUKA BUMI HURAIAN GAMBAR 1

Upload: ifah-afifah

Post on 28-Dec-2015

678 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

n

TRANSCRIPT

GEOGRAFI TINGKATAN 3 : BAB 5 PETA

BAB 5 PETA

5.1 PANDANG DARAT FIZIKAL DAN PANDANG DARAT BUDAYA

1. Peta topografi mempunyai maklumat tentang pandang darat fizikal dan

pandang darat budaya bagi sesuatu kawasan.

2. Simbol digunakan untuk menggambarkan maklumat didalam peta topografi

seperti simbol titik, simbol garisan, simbol kawasan dan singkatan

perkataan.

5.1.1 Pandang Darat Fizikal

Merujuk kepada ciri-ciri semula jadi seperti bentuk muka bumi,

saliran, dan tumbuh-tumbuhan semula jadi di sesuatu kawasan.

1. Bentuk Muka Bumi

a) Bentuk muka bumi dalam peta topografi ditunjukkan oleh

garisan kontur.

b) Sebagai contoh bentuk muka bumi di kawasan tanah tinggi ialah

gunung, buki, rabung pelana, kol, susuh bukit, dataran

tinggi, genting dan pelbagai jenis cerun.

c) Bentuk muka bumi di lembah sungai di kawasan tanah pamah

ialah likuan sungai dan delta.

d) Kawasan pinggir laut menpunyai bentuk muka bumi seperti

teluk, tanjung, pantai berpasir, tebing tinggi, beting pasir,

anak tanjung dan lain-lain.

e) Contoh bentuk muka bumi seperti berikut :

BENTUK MUKA BUMI HURAIAN GAMBAR

Gunung Kawasan tanah tinggi

yang mempunyai

ketinggian melebihi

300 meter

1

GEOGRAFI TINGKATAN 3 : BAB 5 PETA

Bukit Kawasan tanah tinggi

yang mempunyai

ketinggian kurang

daripada 300 meter

Rabung Tanah tinggi yang

panjang dan sempit

serta mempunyai

beberapa kemuncak

Pelana Lekukan cetek antara

dua puncak bukit

Delta Kawasan pemendapan

di bahagian muara

sungai

2

GEOGRAFI TINGKATAN 3 : BAB 5 PETA

Teluk Bahagian laut yang

menganjur masuk

kearah daratan

Tanjung Kawasan pinggir laut

yang sempit dan

menganjur ke laut

Pantai berpasir Kawasan daratan yang

berhampiran dengan

laut

Beting pasir Timbunan pasir di

hadapan muara sungai

atau teluk

3

GEOGRAFI TINGKATAN 3 : BAB 5 PETA

Rajah 5.1 : Bentuk Muka Bumi

Rajah 5.2 : Bentuk Muka Bumi

4

GEOGRAFI TINGKATAN 3 : BAB 5 PETA

2. Saliran

I. Saliran merujuk kepada ciri-ciri yang berkaitan dengan air seperti

sungai, tasik, dan paya.

II. Contoh saliran seperti berikut :

SALIRAN HURAIAN GAMBAR

Sungai Aliran air semula jadi

yang terdiri daripada

pelbagai jenis pola seperti

reranting, sepunca,

jejala, bersirat dan

berpusat.

1. Reranting

2. Sepunca

3. Jejala

5

GEOGRAFI TINGKATAN 3 : BAB 5 PETA

Paya Kawasan tanah pamah

yang sangat rendah,

bertakung air, dan

bersaliran buruk

Tasik Kawasan air yang luas

dan dikelilingi daratan

3. Tumbuh-tumbuhan

I. Tumbuh-tumbuhan semual jadi terdiri daripada hutan rimba, paya air

tawar, paya bakau, paya nipah, belukar dan rumput.

II. Contoh tumbuh-tumbuhan semula jadi seperti berikut :

TUMBUH-

TUMBUHAN

HURAIAN GAMBAR

Hutan rimba Terdiri daripada hutan

tropika yang tumbuh

padat dan tinggi serta

sesuai sebagai kawasan

pembalakan

6

GEOGRAFI TINGKATAN 3 : BAB 5 PETA

Paya air tawar Terdapat di kawasan

pendalaman yang

bersaliran buruk di

tebing sungai dan di

kaki bukit

Paya bakau Terdapat di kawasan

pinggir laut air masin

yang berlumpur dan

terlindung

Paya nipah Tumbuh di tebing

sungai yang

berhampiran dengan

laut

5.1.2 Pandang Darat Budaya

Pandang darat budaya terhasil akibat kegiatan manusia seperti pertanian,

perlombongan, perikanan, perindustrian, pelancongan, petempatan

dan pengangkutan.

Tanaman

I. Jenis tanaman yang biasa ditunjukkan di dalam peta topografi ialah

padi, getah, kelapa sawit, kelapa dan tanaman pokok baka.

II. Pandang darat budaya yang dibina di kawasan pertanian

termasuklah tali air, benteng, lorong berjalan kaki, dan

petempatan.

III. Contoh jenis tanaman yang terdapat dalam peta topografi:

7

GEOGRAFI TINGKATAN 3 : BAB 5 PETA

JENIS

TANAMAN

HURAIAN GAMBAR

Padi Di tanam di kawasan tanah

pamah yang bertanih

alluvium dan berhampiran

dengan sungai untuk

memudahkan pengairan

Kemudahan tali air

membolehkan padi di

tanam 2 kali setahun

Terdapat petempatan

berjajar di sepanjang tali

air dan pinggir sawah

Benteng dibina untuk

menghalang air masin dari

paya bakau memasuki

sawah padi

Getah dan

kelapa sawit

Di tanam di lereng bukit,

tanah pamah yang

beralun, bersaliran baik,

dan bertanih laterit

Terdapat petempatan

berpusat dan berkelompok

di kawasan ladang

Terdapat petempatan

berselerak di kebun kecil

1. Getah

2. Kelapa sawit

8

GEOGRAFI TINGKATAN 3 : BAB 5 PETA

Kelapa Di tanam di kawasan

dataran pantai berpasir

Terdapat petempatan

berjajar dan berselerak di

pinggir jalan

Perlombongan

I. Pelombongan yang biasa di tunjukkan dalam peta topografi ialah

lombong bijih timah dan lombong batu.

II. Pandang darat budaya yang terdapat di kawasan lombong termasuklah

kolam, talian paip air, dan jalan kereta api.

III. Pandang darat budaya yang terdapat di kawasan lombong ialah lorong

berkereta motor, landasan kereta api, dan petempatan

Perikanan

I. Perikanan dijalankan di sepanjang pinggir pantai yang mempunyai

petempatan.

Pembalakan

I. Pembalakan dijalankan di kawasan hutan rimba dan paya bakau.

Pola Petempatan

9

GEOGRAFI TINGKATAN 3 : BAB 5 PETA

I. Jenis pola petempatan yang biasa terdapat dalam peta topografi ialah

petempatan berpusat, berkelompok, berjajar dan berselerak.

II. Jenis petempatan seperti berikut :

JENIS

PETEMPATANHURAIAN GAMBAR

Berpusat Bangunan dan rumah dibina rapat-

rapat

Terdapat di Bandar, pekan,

ladang, serta persimpangan jalan

raya dan jalan kereta api

Berkelompok Bangunan dan rumah dibina rapat-

rapat tetapi tidak sepadat

petempatan berpusat

Terdapat di kawasan penanaman

kelapas sawit dan getah serta

kawasan perlombongan

Berjajar Bangunan dan rumah dibina dalam

satu barisan

Terdapat di sepanjang sungai,

terusan, pantai, jalan raya,

landasan kereta api, dan tetambak

Berselerak Bangunan dan rumah dibina jauh-

jauh antara satu sama lain

Terdapat di kawasan kebun kecil,

sawah padi, kawasan pembalakan,

kawasan perlombongan dan

kawasan yang kekurangan

pengangkutan

Kemudahan Pengangkutan

I. Kemudahan pengangkutan yang terdapat dalam peta topografi ialah jalan

raya, landasan kereta api, jeti dan padang terbang.

10

GEOGRAFI TINGKATAN 3 : BAB 5 PETA

II. Kemudahan pengangkutan seperti berikut :

KEMUDAHAN

PENGANGKUTANHURAIAN

Jalan raya Jalan raya yang berturap terdapat di kawasan

bandar

Jalan raya tidak berturap, lorong berkereta

motor dan lorong berjalan kaki terdapat di

kawasan luar bandar.

Landasan kereta api Terdapat di kawasan tanah pamah di bandar

Landasan kereta api ringan terdapat di ladang

kelapa sawit dan kawasan perlombongan

Jeti Menunjukkan terdapatnya pelabuhan dan

pengangkutan laut

Padang terbang Menunjukkan kemudahan pengangkutan

udara yang terdapat di bandar kecil atau

kawasan terpencil.

5.2 Hubung Kait Antara Pandang Darat Fizikal dengan Pandang Darat

Budaya

1. Pandang darat fizikal dan pandang darat budaya mempunyai perkaitan

yang rapat antara satu sama lain

2. Ciri pandang darat fizikal akan mempengaruhi kewujudan pandang darat di

sesuatu tempat.

3. Contohnya :

a) Kawasan tanah pamah sesuai untuk kegiatan penanaman sawah padi

dijadikan kawasan petempatan dan pengangkutan

b) Kawasan beralun sesuai untuk kegiatan penanaman kelapa sawit dan

getah

c) Kawasan pantai sesuai untuk kegiatan penanaman kelapa, dijadikan

kawasan pelancongan dan petempatan nelayan.

11

GEOGRAFI TINGKATAN 3 : BAB 5 PETA

d) Kawasan tanah tinggi sesuai untuk kegiatan penanaman teh, sayur-

sayuran, membina empangan untuk menjana kuasa hidroelektrik

dijadikan kawasan pelancongan.

5.3 Mentafsir Data

a) Ialah mengenal pasti dan menghuraikan ciri-ciri pandang darat fizikal

dan pandang darat budaya yang terdapat dalam peta topografi.

b) Pandang darat fizikal yang perlu dihuraikan ialah seperti bentuk muka

bumi, saliran, dan tumbuh-tumbuhan semula jadi.

c) Pandang darat budaya perlu dihuraikan seperti pola petempatan, jenis

tanaman, jaringan pengangkutan, kegiatan ekonomi, guna tanah

dan kemudahan infrastruktur.

d) Ciri- ciri pandang darat fizikal dan budaya digambarkan dengan simbol.

e) Ciri-ciri fizikal dan budaya perlu disalingkaitkan untuk memberikan gambaran

yang lebih jelas tentang kawasan yang ditafsirkan.

f) Langkah-langkah mentafsir peta :

1. Perhatikan tajuk peta jika ada

2. Kaji peta secara keseluruhan untuk mendapatkan gambaran umum

tentang kawasan kajian

3. Kenal pasti dan nyatakan ciri-ciri pandang darat fizikal dengan contoh

4. Kenal pasti dan nyatakan ciri-ciri pandang darat budaya dengan contoh

5. Huraikan saling kaitan antara ciri-ciri pandang darat fizikal dan pandang

darat budaya

12