folio geografi tingkatan 3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Folio Geografi - Tingkatan 3 - Pencemaran Alam Sekitar ( 2011 ) Di Kawasan Kajian ( Taman Setiawangsa , Kuala Lumpur ) . Folio Dibuat Oleh Ahmad Fakhrullah Bin Aminuddin ...TRANSCRIPT

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setiawangsa Kuala Lumpur
Tajuk : Pencemaran Alam Sekitar Di Taman Setiawangsa , Wilayah Persekutuan , Kuala Lumpur .
Nama : Ahmad Fakhrullah Bin Aminuddin
No.I.C : 961017-14-6165
Kelas : 3 Bestari
Nama Guru : Pn . Wan Norizan Bte Yahaya

Senarai Kandungan
Perkara Halaman
Penghargaan 1
Pendahuluan 2
Objektif Kajian
Kawasan Kajian
Kaedah Kajian
Hasil Kajian
Rumusan
Rujukan

Penghargaan
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan saya kepada guru Geografi saya , Pn Wan Norizan Bt Yahaya kerana telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan projek Kajian Geografi Tempatan . Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pengetua sekolah , Pn Mek Zahrah Bte Awang yang telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan .
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu saya , Siti Juwita Bte Hj.Md Salleh dan juga kepada ayah saya Aminuddin Bte Hj.Abd Aziz yang telah banyak memberi dorongan dan bantuan untuk saya menjalankan kajian ini .
Saya bersyukur kerana mendapat kerjasama yang cukup baik daripada kawan-kawan saya iaitu Muhd Mukhzani Bin Azman Shah , Muhd Daniel Bin Azman Shah , Noor Adam Muhd Bin Zahari , Addinnul Aiman Bin Yusrin dan Muhd Hazri Bin Azahar .

Pendahuluan
Saya Ahmad Fakhrullah Bin Aminuddin dari kelas 3 Bestari memilih tajuk , “ Pencemaran Alam Sekitar di Taman Setiawangsa , Kuala Lumpur , Wilayah Persekutuan “ untuk projek Kajian Geografi Tempatan saya . Saya mengkaji tentang aspek pencemaran alam sekitar , menghuraikan kesan terhadap alam sekitar , dan merumuskan kesan-kesan terhadap alam sekitar tersebut . Saya memilih kawasan kajian ini kerana menepati tema kajian dan kawasan ini berhampiran dengan rumah dan sekolah saya . Masa yang diberikan untuk menyiapkan kajian ini ialah selama 12 minggu .

Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif seperti berikut :
Mendefinasikan konsep pencemaran alam sekitar di Taman Setiawangsa Mengenalpasti jenis pencemaran alam sekitar di Taman Setiawangsa Menyatakan punca pencemaran alam sekitar di Taman Setiawangsa Menghuraikan kesan pencemaran alam sekitar di Taman Setiawangsa Memberi cadangan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Taman
Setiawangsa

Kawasan Kajian
Kawasan kajian saya ialah di Taman Setiawangsa , Wilayah Persekutuan , Kuala Lumpur . Kuala Lumpur mempunyai asal-usul pada tahun 1850-an , ketika ketua melayu Klang , Raja Abdullah , menyewa beberapa orang Cina untuk membuka lombong bijih timah . Para penambang mendarat di pertemuan Sungai Gombak yang dahulu dikenali dengan nama Sungai Lumpur yang bermaksud ( Sungai Berlumpur ) dan Sungai Klang untuk membuka lombong di Ampang , Pudu dan Batu . Tambang ini berkembang menjadi sebuah pusat perdagangan yang menjadi sebuah bandar sempadan . Lokasi kawasan kajian saya ini terletak lebih kurang 6 kilometer dari Bandar Kuala Lumpur . Bentuk muka bumi di Setiawangsa adalah tanah pamah .

Peta
i ) Peta Zon : Keramat Wangsa

ii ) Peta Kawasan Kajian : Setiawangsa

Kaedah Kajian
Saya telah menggunakan 2 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini . Berikut merupakan kaedah yang telah saya gunakan :
i ) Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti pencemaran alam sekitar yang berlaku di kawasan kajian saya .
ii ) Rujukan
Selain itu , saya juga telah membuat rujukan melalui internet dan perpustakaan untuk mencari maklumat tentang pencemaran alam sekitar .

Dapatan Kajian
8.1 ) Konsep Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil
dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau
kemandirian kehidupan.Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut
Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang
perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat
fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan
melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-
kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin
berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma
lain,tumbuhan dan haiwan . Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada
pelbagai bentuk pencemaran alam :
1.Pencemaran udara
2.Pencemaran air
3.Pencemaran laut
4.Pencemaran bunyi
5.Pencemaran tanah

8.2 ) Jenis Pencemaran Alam Sekitar Di Kawasan Kajian
Pencemaran alam sekitar yang berlaku di kawasan kajian saya adalah pencemaran bunyi . Pencemran bunyi sering berlaku di kawasan kajian saya kerana terdapatnya pelbagai jenis kenderaan , seperti kereta , motorsikal , van , lori dan sebagainya .
Selain itu , pencemaran udara juga sering berlaku di kawasan saya , terutamanya lori . Kebanyakkan lori akan mengeluarkan asap hitam yang banyak dan seterusnya berlaku pencemaran udara di kawasan saya .
8.3 ) Punca Pencemaran Alam Sekitar Di Kawasan Kajian
i ) Kenderaan
Kenderaan merupakan punca utama yang menyumbang di dalam pencemaran alam sekitar di kawasan kajian saya . Kenderaan ini akan mengeluarkan asap yang menyebabkan penghakisan lapisan ozon .
ii ) Racun Serangga
Serangga yang melanda di kawasan saya adalah nyamuk . Nyamuk Aedes merupakan jenis nyamuk yang banyak di kawasan perumahan saya . Inilah punca berlakunya penyemburan racun serangga di kawasan perumahan saya .
iii ) Sampah Sarap
Pengangkutan sampah yang tidak teratur berlaku di kawasan perumahan saya . Jika ini berterusan ianya akan menyebabkan pencemaran bau .
iv ) Pembinaan
Pembinaan juga banyak berlaku di sekitar kawasan kajian saya . Pembinaan ini akan berlakunya pencemaran bunyi yang boleh mengganggu penduduk di sekitar tapak pembinaan tersebut .

8.4 ) Kesan Pencemaran Alam Sekitar Di Kawasan kajian
i ) Asap – asp dari pembakaran sampah , kilang – kilang , kereta , bas , lori akan menyebabkan berlakunya hujan asid . Jika hujan asid selalu kena kepada manusia akan memudaratkan diri seseorang itu .
ii ) Akibat daripada pembakaran sampah , kilang – kilang , kereta , bas , lori juga akan menyebabkan peningkatan suhu . Tidak seperti suhu di kampung – kampung , di bandar selalunya panas akibat daripada peningkatan suhu tersebut .
iii ) Demam sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk di kawasan kajian saya . Punca utama demam adalah akibat daripada hujan asid .
iv ) Bau Busuk akibat daripada tong – tong sampah di kawasan kajian saya telah menimbulkan masalah kepada penduduk setiawangsa .
v ) Udara tercemar akibat daripada pembakaran sampah , kilang – kilang , kereta , bas , lori telah mengotorkan udara kawasan kajian saya . Kesannya penduduk kawasan saya sering mengalami permasalahan hidung seperti resdung dan sebagainya .
8.5 ) Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Pencemaran Alam Sekitar Di Kawasan Kajian
i ) Untuk pemandu – pemandu kereta , lori dan sebagainya , saya mencadangkan bahawa memasang Catalytic Converter di ekzos masing – masing kerana dengan memasang Catalytic Converter boleh mengurangkan pengeluaran asap yang boleh menipiskan lapisan ozon .
ii ) Kerajaan perlulah menguat kuasakan undang – undang bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar .
iii ) Kerajaan juga hendaklah menganjurkan kempen cintai alam sekitar seperti penanaman pokok semula bagi menggantikan pokok yang sudah ditebang .
iv ) Selain itu kerajaan juga boleh memasukkan pendidikan alam sekitar di dalam aktiviti kokorikulum untuk mendidik generasi sekarang ini untuk mencintai alam sekitar .

Bahan Grafik
Jenis Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran tanah
Pencemaran bunyi
Pencemaran laut
Pencemaran air
Pencemaran udara
Jenis Pencemaran
Alam Sekitar

Punca – Punca Pencemaran Dan Bahan –Bahan Pencemar
PUNCA-PUNCA PENCEMARAN BAHAN-BAHAN PENCEMAR
Pembakaran bahan api di kilang dan dalam enjin kenderaan bermotor
Gas sulfur dioksida, nitojen dioksida, karbon monoksid dan debu
Pembakaran sampah sarap dan hutan secara besar-besaran
Gas karbon dioksida dan debu
Penyemburan racun serangga dan bahan-bahan kimia
Gas dan kimia beracun
Penggunaan gas klorofluorokarbon (CFC) Gas CFC

Rumusan
Sebagai rumusan , terdapat pelbagai jenis pencemaran alam sekitar yang berlaku
pada dunia kita pada hari ini antaranya , pencemaran udara , pencemaran bunyi ,
pencemaran air , pencemaran tanah , pencemaran laut dan sebagainya . Semakin hari
lapisan ozon kita semakin menipis . Sepatutnya perkara ini tidak berlaku jika setiap orang
ada sifat bertanggungjawab . Setiap negara perlu bersatu padu untuk menangani masalah
pencemaran alam sekitar yang semakin serius di dunia kita ini . Jika kita bersatu padu
menangani masalah ini , dunia kita ini akan selamat .

Lampiran

Rujukan
Internet
http://ahba.tripod.com/notakt06.html
http://maps.google.com.my/
Orang Sumber
Encik Rizal bin Jalaluddin , 38 Tahun , No 74 , Jalan Masjid 2/7B , Taman Keramat Jaya , Bukit Tunggal , Segamat , 85200 Johor .
Encik Fazrul Salam bin Abdul Rahman , 46 Tahun , No 43 , Jalan Padang , Taman Jaya , 54200 Kuala Lumpur .
Akhbar
Berita Harian , 13 Mei 2003 , Halaman 48 .


