ujian kecergasan pj
Post on 14-Apr-2018
289 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
7/30/2019 Ujian Kecergasan Pj
1/37
Penilaian Dan Pengukuran PJ
(Penilaian & Pengukuran PJ)
Konsep Dan Definisi Penilaian & Pengukuran
1) Pengenalan
Penilaian adalah sebahgian proses P&P untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan
dan pencapaian murid
Penilaian sangat perlu dilaksanakan bagi merealisasikan FPK
Penilaian mata pelajaran PJ termasuk dalam kategori PKS bersifat formatif
2) Definisi Ujian
Instrumen (alat) yang digunakan untuk mengukur sesuatu yang spesifik atau
mengumpul maklumat
Ujian boleh dilaksanakan dalam beberapa kaedah seperti soalan bercetak, soalan lisan,
bateri ujian, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak dan rekod anekdot.
3) Definisi Pengukuran
Proses mengumpul maklumat untuk digunakan bagi membuat keputusan.
Ditadbirkan dalam bentuk ujian bagi mendapat skor atau maklumat.
Boleh juga ditakrifkan sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada ujian
4) Definisi Penilaian
Suatu proses untuk menganalisis dan mentafsir data yang dikumpul
Interpretasi ke atas skor ujian
Biasanya dinyatakan dalam bentuk kualiti, kebaikan, merit atau nilai
5) Dua Jenis Penilaian
Formatif
Berterusan dalam proses P&P
Kelemahan dan kekuatan murid diketahui untuk tindakan susulan
Sumatif
Penilaian pada akhir penggal
Pencapaian murid digunakan untuk membuat pilihan
7/30/2019 Ujian Kecergasan Pj
2/37
6) Tujuan Penilaian
Menilai prestasi setiap murid
Menentukan status semasa (Kirkendal, Grubel & Johnson 1987)
Pemberian gred
Mengecualikan pelajar daripada sesuatu aktiviti
Maklum balas untuk meningkatkan prestasi
Menempatkan individu dalam kumpulan
Menentukan aktiviti tertentu
Membekal maklumat untuk kajian
Memilih wakil sekolah
Memotivasikan murid
Menilai P&P
7) Prinsip Pengukuran & Penilaian
Pengukuran & penilaian lebih berkesan sekiranya dilakukan penuh bermakna.
Menepati objektif dan matlamat PJ
Meningkatkan kualiti kaedah pengajaran
Teknik pengukuran & penilaian bersifat objektif (kuantitatif) dan subjektif (kualitatif)
Dilaksanakan oleh personel terlatih
Murid menjalani latihan dan mengetahui prosedur lebih awal
Maklumat diproses menggunakan rujukan kriteria dan norma
8) Contoh Bateri Ujian Kecergasan Berasaskan Kesihatan
Komponen Kecergasan Bateri Ujian Kumpulan Sasaran
Daya tahan kardiovaskular Cooper
(larian/berjalan 12 minit)
Tahun 1 hingga Tkn 5
Kekuatan Otot Bangkit tubi berperingkat Tkn 3 hingga Tkn 5
Daya tahan otot Tekan tubi Tahun 4 hingga Tkn 5
7/30/2019 Ujian Kecergasan Pj
3/37
Kelenturan Duduk jangkau Tahun 1 hingga Tkn 5
Komposisi badan Ukuran lilitan badan Tahun 1 hingga Tkn 5
Kecergasan Berasaskan Kelembutan/Kelenturan
PENGENALAN
Kecergasan fizikal merupakan aspek penting dalam membantu seseorang menjalanikehidupan sihat dan bertenaga di samping sihat daripada aspek-aspek kesihatan yang lain,seperti mental, emosi, sosial dan kerohanian. Kecergasan fizikal terdiri daripada duakomponen kecergasan iaitu kecergasan berlandaskan kesihatan dan kecergasanberlandaskan perlakuan motor.
Kecergasan berlandaskan kesihatan merangkumi 5 komponen iaitu daya tahankardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelembutan dan komposisi badan.Kecergasan berlandaskan perlakuan motor merangkumi 6 komponen bagi tujuan khusus
dalam kehidupan iaitu koordinasi, imbangan, ketangkasan, kuasa, masa tindakbalas dankepantasan.
Gerak kerja fizikal yang khusus dikaitkan dengan aspek perlakuan motor. Kemampuanserta peningkatan tahap kemahiran motor tersebut akan dapat menghasilkan satu geraklaku yang efisyen serta meringankan bebanan yang timbul ketika melakukan aktiviti yanglebih daripada lakuan kebiasaan harian terutama apabila melibatkan aktiviti-aktiviti sukanprestasi tinggi.
KECERGASAN FIZIKAL
1. KECERGASAN BERLANDASKAN KESIHATAN
a. DAYATAHAN KARDIOVASKULARb. DAYATAHAN OTOTC. KEKUATAN OTOT
D. KOMPOSISI BADANE. KELEMBUTAN
2. KECERGASAN BERLANDASKAN PERLAKUAN MOTOR
a. KOORDINASIb. IMBANGANc. KETANGKASANd. KUASAe. MASA TINDAK BALASf. KEPANTASAN
7/30/2019 Ujian Kecergasan Pj
4/37
Kelembutan/Kelenturan
Kelembutan adalah julat pergerakan yang mungkin dalam satu siri sendi (de Vries &Housh, 1994). Kelembutan juga telah didefinisikan sebagai kebolehan menggerakkanbadan dan bahagian-bahagiannya melalui satu julat pergerakan tanpa rintangan (strain)
kepada artikulasi dan lekatan otot (Johnson & Nelson, 1986). Ini menunjukkan bahawakelembutan adalah spesifik kepada sesuatu sendi tertentu.Faktor keaktifan individu, jantina, umur, suhu dan iskemia mempengaruhi kelenturan (de
Vries & Housh, 1986). Individu yang kurang aktif mempunyai kelenturan yang kurangdibandingkan dengan yang aktif. Wanita didapati mempunyai kelenturan yang lebihberbanding dengan lelaki. Kelenturan berkurangan dengan peningkatan umur.Peningkatan suhu badan didapati dapat meningkatkan kelenturan. Iskemia, iaitupengurangan aliran darah, mengurangkan kelenturan.Beberapa struktur dan bahagian anatomi juga mempengaruhi kelembutan. Julatpergerakan ditentukan oleh struktur tulang sendi. Contohnya kelenturan siku dilimitasikanoleh tulang humerus, radial dan ulna yang membentuk sendi engsel. Lemak yangterkumpul juga menghalang pergerakan melalui satu julat. Individu yang mempunyailemak yang banyak di bahagian abdomen akan menghadapi kesukaran untuk melakukanfleksi pinggul. Lemak yang terkumpul akan menghalang pergerakan ini. Kulit yangtercedara akan meninggalkan parut yang kurang anjal. Tisu pengikat dan otot jugamempengaruhi kelenturan. Kesemua faktor ini melainkan struktur tulang diatasi dengankaedah fizikal untuk meningkatkan kelembutan.Keperluan kelembutan dalam sukan berubah mengikut jenis sukan. Komponen kecergasanini merupakan satu ciri yang penting. Seorang atlit lari berpagar memerlukan kelenturanpinggul sebaik yang mungkin untuk melakukan pergerakan dalam acara olahraga ini.Perenang memerlukan kelembutan sendi bahu dan buku lali yang baik untuk
menghasilkan daya yang maksimum.Kelembutan merupakan satu komponen kecergasan berlandaskan kesihatan yang pentingdalam kehidupan seharian. Berlari, berjalan serta pergerakan seharian yang lainmemerlukan kelenturan agar pergerakan dapat dilakukan tanpa rintangan ataukecederaan ke atas sendi-sendi. Pengekalan mobiliti sendi akan mengurangkan kesakitanpada sendi disebabkan oleh peningkatan umur (de Vies & Housh, 1994).Kelembutan dibincangkan dengan istilah-istilah seperti; fleksi iaitu pergerakan yangmengurangkan sudut antara badan dan anggota dan ekstensi iaitu peningkatan sudutantara badan dan artikulasi melalui pergerakan. Hipertekstensi adalah peningkatan sudutpergerakan melampaui julat pergerakan normal. Double-Jointedness adalah istilah yang
digunakan untuk memperihalkan individu yang mempunyai julat pergerakan yang luarbiasa. Muscle Boundness adalah istilah yang digunakan untuk memperihalkan individuyang mempunyai perkembangan otot yang baik tetapi kelenturan yang kurang baik.Kelembutan boleh dibahagikan kepada dua komponen iaitu kelenturan statik dankelenturan dinamik. Kelembutan statik adalah keupayaan sendi untuk meregang ataumemanjangkan (extend) sejauh mungkin. Kelembutan statik merupakan komponen yangbiasa diukur. Kelembutan dinamik didefinisikan sebagai rintangan sendi pergerakan (Fox,Bowers & Foss, 1998). Dalam ertikata lain, kelembutan dinamik menitikberatkan dayayang merintangi julat pergerakan dan bukan julat pergerakan itu sendiri. Kelembutan inilebih sukar diukur dan jarang diberi perhatian dalam Pendidikan Jasmani dan penyelidikan
sukan.Pengukuran kelembutan dilakukan dalam dua cara iaitu Pengukuran Relatif dan
7/30/2019 Ujian Kecergasan Pj
5/37
Pengukuran Kelembutan Mutlak (absolute) (Johnson & Nelson, 1986). PengukuranKelembutan Relatif adalah pengukuran kelembutan yang relatif kepada panjang atau lebarbahagian badan yang spesifik. Pengukuran jenis ini bukan hanya mengukur pergerakantetapi meliputi ukuran bahagian badan yang mempengaruhi pergerakan ini. Contohnya,ujian ekstensi belakang merupakan salah satu ujian yang mengukur kelembutan relatif.Pengukuran Kelembutan Mutlak pula merupakan pengukuran pergerakan berhubungdengan matlamat prestasi yang mutlak. Contohnya, ujian split di mana jarak pengukuran
antara lantai dan punggung diukur sebagai pencapaian subjek.Skor kelembutan dilaporkan dalam bentuk pengukuran linear atau pengukuran bersudut.Pengukuran linear dilaporkan dalam inci dan milimeter atau ukuran panjang yang lainyang dihasilkan oleh pita pengukur atau jangka flekso. Pengukuran bersudutmenghasilkan pengukuran dalam bentuk darjah ( ) yang terhasil daripada jangka sudut,goniometer atau jangka flekso.
http://hazim7697.blogspot.com/2008/08/kecergasan-berasaskan.html
Tajuk: UJIAN KELENTURAN ( FLEXSIBILITY TEST )
Definisi kelenturan
Menurut Safrit dan Wood (1995), kelenturan boleh didefinisikan sebagai julat pergerakansesuatu sendi; pergerakan dari fleksi ke ekstensi atau pergerakan ekstensi ke fleksi.Manakala Johnson dan Nelson (1986), pula menyatakan kebolehan anggota dan sendibergerak melalui julat pergerakan tanpa tekanan yang berlebihan pada bahagian
artikulasi dan penyambung otot.SejarahPengukuran kelenturan telah bermula secara rasminya padata tahun 1941. Curetonmemperkenalkan bateri ujian berorentasikan Practical Performance. Pada tahun yang
sama juga, ujian kelenturan untuk pergelangan kaki diperkenalkan. Pada tahun 1942, JackLeighton memperkenalkan flexometer untuk mengukur pelbagai pergerakan