contoh pelaksanaan ujian kecergasan

129
PRESTASI KECERGASAN FIZIKAL DAN PEMBENTUKAN PIAWAI RUJUKAN KRITERIA BAGI PEMAIN RAGBI 16 TAHUN Dl SEKO LAH ELIT DA N BUKAN ELIT RAGBI NEGERI PERAK KANAISAN A/L KANAPATHY DISERTASI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN FAKULTI SAINS SUKAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2010

Upload: cgu-nick

Post on 11-Oct-2015

766 views

Category:

Documents


39 download

DESCRIPTION

pjk

TRANSCRIPT

  • PRESTASI KECERGASAN FIZIKAL DAN PEMBENTUKAN PIAWAI RUJUKAN KRITERIA BAGI PEMAIN RAGBI 16

    TAHUN Dl SEKOLAH ELIT DAN BUKAN ELIT RAGBI

    NEGERI PERAK

    KANAISAN A/L KANAPATHY

    DISERTASI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI

    IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN

    FAKULTI SAINS SUKAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

    2010

  • PENGAKUAN

    Saya mengaku disertasi ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

    16. 05.2010 JAISAN A/U KANAPATHY M20061000199

    ii

  • DECLARATION

    I hereby declare that the work in this dissertation is my own except for quotatitons and summaries which have been duly acknowledge.

    Date: 16. 05.2010 Signature Name Registration no.

    Kanaisan AfL Kanapathy M20061000199

    iii

  • PENGHARGAAN

    Dalam usaha melaksanakan kajian ini, penyelidik telah melalui pelbagai cabaran, dugaan dan kesukaran. Faktor masa merupakan kekangan utama dalam menjalankan penyelidikan ini. Namun begitu, penyelidik berjaya mengharungi segala cabaran, dugaan serta kesukaran dalam menyiapkan penyelidikan ini. Sekalung budi dan sepenuh penghargaan ditujukan kepada mereka yang telah menghuhirkan bantuan, kerjasama, semangat, bimbingan dan nasihat dalam usaha penyelidik menyiapkan disertasi ini. Penghargaan khas ditujukan kepada Prof. Madya Dr. Jabar Bin Haji Johari selaku Pensyarah Penasihat dan Penyelia bagi penyelidikan ini, Dr. Ahmad Bin Hashim dan semua pensyarah Fakulti Sains Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanpa bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat mereka, penyelidik mungkin tidak dapat menyiapkan disertasi ini.

    Penghargaan juga diberikan kepada Pengetua Sekolah Elit Ragbi dan Bukan Elit Ragbi di Negeri Perak, rakan-rakan pembantu penyelidik dan juga kepada pemain-pemain ragbi tingkatan empat dari sekolah-sekolah berkenaan yang terlibat dalam pelaksanaan penyelidikan ini. Kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberikan bantuan, nasihat dan dorongan yang tidak berbelah bahagi kepada penyelidik dalam usaha menyiapkan penyelidikan ini, sekalung penghargaan buat kalian semua.

    Akhir sekali, sekalung terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada isteri tercinta, Marian Peter dan anak-anak tersayang Nyanaraam, Patrricia, dan Arievendraam yang telah banyak berkorban dan memberi sokongan kepada penyelidik sepanjang pengajian ini. Hakikatnya, saya berasa amat berbangga dan berbesar hati atas sokongan anda semua yang merestui dan memahami impian dan cita-cita saya. Sesungguhnya sumbangan dan peranan yang diberikan terlalu amat berharga. Semoga jasa baik dari semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung akan mendapat keberkatan dari Tuhan.

    KANAISAN A/L KANAPATHY Universiti Pendidikan Sultan Idris Mei2010

    v

  • PENGESAHAN

    Disertasi ini telah diterima dan diluluskan untuk memenuhi syarat kursus QSS 6018 Disertasi bagi memperoleh

    Ijazah Sarjana Pendidikan Sains Sukan, Fakulti Sains Sukan,

    Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak

    (PROF. IABAR BIN HJ. JOHARI) Penyelia

    Kursus QSS 6018 Disertasi

    iv

  • ABSTRAK

    Kajian ini bertujuan untuk mengukur dan menilai prestasi kecergasan fizikal pemain ragbi yang berumur 16 tahun di sekolah elit ragbi dan bukan elit ragbi di negeri Perak serta pembentukan piawai rujukan kriteria bagi kedua-dua kumpulan di sekolah-sekolah tersebut Sejumlah 102 orang pemain ragbi yang berumur 16 tahun di sekolah elit dan bukan elit ragbi telah dipilih untuk menjadi sampel Pengukuran prestasi kecergasan fizikal diperolehi berdasarkan lima bateri ujian yang terdiri daripada Ujian Pecut 30 meter, Ujian Kecergasan Pelbagai Tahap, Ujian Lari Ulang Alik 10 meter, Ujian Bangkit Tubi dan Ujian Indeks Jisim Badan. Ujian-t Sampel Tidak Bersandar bagi Ujian Kecergasan Fizikal menunjukkan nilai t (100) = 3.932, p = .001, terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kecergasan fizikal di antara sekolah elit ragbi (M=289.9, SD = 9.64) dengan sekolah bukan elit ragbi (M=281.6, SD = 11.52). Begitu juga, Ujian-t Sampel Tidak Bersandar bagi Ujian Kecergasan Pelbagai Tahap menunjukkan nilai t (94) = 3.569, p = .001, terdapat perbezaan yang signifikan dalam daya tahan kardiovaskular di antara sekolah elit ragbi (M=7.048, SD = 1.872) dengan sekolah bukan elit ragbi (M=5.88, SD = 1.398). Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kepantasan, ketangkasan, kekuatan otot dan berat badan unggul di antara sekolah elit ragbi dengan sekolah bukan elit ragbi di negeri Perak. Ujian-t Sampel Tidak Bersandar bagi Ujian Pecut 30 meter menunjukkan nilai t (100) = 1.849, p = .067, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kepantasan di antara sekolah elit ragbi (M=4.85, SD = .336) dengan sekolah bukan elit ragbi (MN4.98, SD - 396). Ujian-t Sampel Tidak Bersandar bagi Ujian Lari Ulang Alik 10 meter menunjukkan nilai t (86) = .672, p = .503, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam komponen ketangkasan di antara sekolah elit ragbi (M=10.57, SD = .703) dengan sekolah bukan elit ragbi (M=10.45, SD = 1.01). Ujian-t Sampel Tidak Bersandar bagi Ujian Bangkit Tubi menunjukkan nilai t (100) = 1.364, p = .176, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam komponen kekuatan otot di antara sekolah elit ragbi (M=23.480, SD - 2.900) dengan sekolah bukan elit ragbi (M=22.720, SD = 2.725). Ujian-t Sampel Tidak Bersandar bagi Ujian Indeks Jisim Badan menunjukkan nilai t (100) = -1.784, p = .077, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam berat badan unggul di antara sekolah elit ragbi (M=22.015, SD = 3.549) dengan sekolah bukan elit ragbi (M=23.336, SD = 3.922).

    vi

  • ABSTRACT

    The purpose of this study is to measure and evaluate the level of physical fitness of the 16 years old rugby players in the elite rugby schools and the non-elite rugby schools in the State of Perak and to setup the standard criterion reference for the Physical Fitness Rugby Test for both schools. A total of 102 rugby players from the elite and non-elite schools in the state of Perak, has been chosen as samples. The measurement of the physical fitness levels were being acquired based on the Physical Fitness Test that comprised of the 30 meter Sprint Test, Sit-Up Test, Multi Stage Physical Fitness Test, 10 Meter Shuttle Run Test, and Body Mass Index Test. Independent t-test for the Physical Fitness Test showed t (100) = 3.932, p=.001 and there was significant difference in physical fitness level among players between the elite rugby schools (M=289.9, SD = 9.64) and non-elite rugby schools (M=281.6, SD = 11.52) in Perak. Besides, the Multi Stage Physical Fitness Test showed t (94) = 3.569, p = .001, there was also significant difference in cardiovascular fitness level between the elite rugby schools (M=7.048, SD = 1.872) and non-elite rugby schools (M=5.88, SD = 1.398). No significant difference was found in speed, muscle strength, agility and body mass index among the players between the elite rugby schools and non-elite rugby schools in Perak. Independent t-test for the 30 meter Sprint Test showed t (100) = 1.849, p = .067, there was no significant difference in speed between the elite rugby schools (M=4;85, SD = .336) and the non-elite rugby schools (M=4.98, SD = .396). Independent t-test for the Sit-Up Test showed t (100) = 1.364, p = .176, there was no significant difference in muscle strength between the elite rugby schools (M=23.480, SD = 2.900) and the non-elite rugby schools (M= 22.720, SD = 2.725). Independent t-test for the 10 Meter Shuttle Run Test showed t (86) = .672, p = .503, there was no significant difference in agility between the elite rugby schools (M=10.57, SD = .703) and the non-elite rugby schools (M=10.45, SD = 1.013). Independent t-test for the Body Mass Index Test showed t (100) = -1.784, p = .077, there was no significant difference in body mass index between the elite rugby schools (M=22.015, SD = 3.549) and the non-elite rugby schools (M=23.336, SD =3.922).

    vii

  • KANDUNGAN

    PENGAKUAN

    PENGHARGAAN

    ABSTRAK

    ABSTRACT

    KANDUNGAN

    SENARAIJADUAL

    SENARAIRAJAH

    BAB 1 PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    1.2 Penyataan Masalah

    1.3 Kepentingan Kajian

    1.4 Objektif Kajian

    1.5 Hipotesis Kajian

    1.6 Limitasi Kajian

    1.7 Definisi Operational

    viii

  • BAB 2 TIN JAUAN LITERATUR

    2.1 Pengenalan 28

    2.2 Kajian Literatur Berkaitan 28

    BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

    3.1 Pengenalan 51

    3.2 Rekabentuk Kajian 52 3.3 Kerangka Konseptual Kajian 53 3.4 Pembolehubah Kajian 54 3.5 Instrumen Kajian 54 3.6 Pentadbiran Ujian Kecergasan Fizikal 61 3.7 Kajian Rintis 63 3.8 Kebolehpercayaan Instrumen 64

    3.9 Kesahan Instrumen Kajian 65 3.10 Objektiviti Pembantu Penyelidik 66 3.11 Populasi Sampel 66

    3.12 Persampelan 67

    3.13 Tatacara Pengumpulan Data 69

    3.14 Penganalisisan Data 69

    ix

  • BAB 4 DAPATAN KAJIAN

    4.1 Pengenalan

    4.2 Analisis Statistik Diskriptif

    4.3 Analisis Statistik Inferensi

    71

    71

    72

    BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

    5.1 Perbincangan

    5.2 Kesimpulan

    5.3 Cadangan

    85

    94

    95

    RUJUKAN 97

    LAMPIRAN

    A Borang Skor Ujian Kecergasan Fizikal Pemain Ragbi B Surat Kebenaran Daripada Kementerian Pelajaran

    Malaysia Untuk Menjalankan Kajian Di Sekolah

    104

    106

    C Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pelajaran Negeri Perak Untuk Menjalankan Kajian Di Sekolah

    109

    D Surat Permohonan Untuk Menjalankan Kajian Di Sekolah 111

    E Surat Kebenaran Ibu/Bapa/Penjaga Untuk Pelajar Menjalani Ujian Kecergasan Fizikal

    114

    x

  • SENARAI JADUAL

    Jadual Muka surat

    1 . 1 Senarai sekolah-sekolah ragbi di negeri Perak 6

    1.2 Senarai sekolah-sekolah elit ragbi di negeri Perak 9

    1.3 Senarai sekolah-sekolah bukan elit ragbi di negeri Perak 10

    1.4 Gred penilaian kemahiran berdasarkan peratusan skor 14

    3.1 Nilai kesahan komponen ujian kecergasan motor 65

    3.2 Nilai kesahan komponen ujian kecergasan fizikal 65

    3.3 Populasi dan persampelan pemain ragbi berumur 67 16 tahun di sekolah-sekolah elit ragbi negeri Perak

    4.1 Statistik Diskriptif Subjek berdasarkan Umur dan Sekolah 72

    4.2 Keputusan Analisis Ujian-t Sampel Tidak Bersandar 73 Bagi Perbezaan Prestasi Kecergasan Fizikal Di antara Sekolah Elit dan Bukan Elit Yang Berumur 16 Tahun

    4.3 Keputusan Analisis Ujian-t Sampel Tidak Bersandar 74 Bagi Perbezaan Prestasi Kecergasan Fizikal Bagi Ujian Lari Ulang Alik 10 meter Di antara Sekolah Elit dan Bukan Elit Yang Berumur 16 Tahun.

    xi

  • 4.4 Keputusan Analisis Ujian-t Sampel Tidak Bersandar 75 Bagi Perbezaan Prestasi Kecergasan Fizikal Bagi Ujian PACER Di antara Sekolah Elit dan Bukan Elit Yang Berumur 16 Tahun.

    4.5 Keputusan Analisis Ujian-t Sampel Tidak Bersandar 76 Bagi Perbezaan Prestasi Kecergasan Fizikal Bagi Ujian Bangkit Tubi Di antara Sekolah Elit dan Bukan Elit Yang Berumur 16 Tahun.

    4.6 Keputusan Analisis Ujian-t Sampel Tidak Bersandar 77 Bagi Perbezaan Prestasi Kecergasan Fizikal Bagi Ujian Pecut 30 meter Di antara Sekolah Elit dan Bukan Elit Yang Berumur 16 Tahun.

    4.7 Keputusan Analisis Ujian-t Sampel Tidak Bersandar 78 Bagi Perbezaan Prestasi Kecergasan Fizikal Bagi Ujian Indeks Jisim Badan Di antara Sekolah Elit dan Bukan Elit Yang Berumur 16 Tahun.

    4.8 Norma Persentil untuk Ujian Kecergasan Sekolah Elit 79 Ragbi Berumur 16 Tahun.

    4.9 Norma Skor Mentah Ujian Kecergasan Fizikal Sekolah 80 Elit Ragbi Berumur 16 Tahun.

    4.10 Kriteria Untuk Berat Badan Ideal dan Obesiti Untuk 81 Sekolah Elit dan Bukan Elit Ragbi di Negeri Perak

    4.11 Norma Persentil untuk Ujian Kecergasan Sekolah 82 Bukan Elit Ragbi Berumur 16 Tahun.

    4.12 Norma Skor Mentah Ujian Kecergasan Fizikal 83 Sekolah Bukan Elit Ragbi Berumur 16 Tahun.

    xii

  • SENARAI RAJAH

    Rajah Muka surat 3 .1 Kerangka konseptual Prestasi Kecergasan Fizikal 53

    xiii

  • BAB1

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Kecergasan ialah kemampuan untuk hidup dalam situasi yang seimbang dan sempurna

    dari segi fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial. Kecergasan fizikal merujuk kepada kemampuan melakukan tugas serta tanggungjawab harian tanpa cepat mengalami kelesuan, masih mempunyai tenaga untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesenggangan

    dan dapat menghadapi segala saat kecemasan yang berkemungkinan berlaku.

    Kecergasan fizikal terbahagi kepada dua komponen iaitu kecergasan fizikal

    berasaskan kesihatan dan perlakuan motor. Kecergasan fizikal berasaskan kesihatan

    meliputi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi. Aspek ini

    dipercayai mampu melindungi seseorang individu daripada penyakit hipokinetik seperti

    penyakit kardiovaskular, obesiti dan penyakit yang berkaitan dengan otot dan tulang.

    Komponen-komponen kecergasan fizikal yang berasaskan kesihatan ialah daya tahan

    kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, fleksibiliti dan komposisi badan.

  • 2

    Kecergasan fizikal berasaskan perlakuan motor pula merujuk kepada fungsi dan kemampuan individu bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih bertenaga, berdaya

    kuasa dan berkemahiran. Komponen-komponen kecergasan fizikal yang berasaskan

    perlakuan motor ialah kepantasan, imbangan, ketangkasan, kuasa, masa reaksi dan

    koordinasi. Clarke (1975), menyatakan bahawa kecergasan fizikal ialah keupayaan melaksanakan tugas harian dengan cekap dan cergas tanpa kepenatan yang berlebihan

    serta mempunyai tenaga serta mempunyai tenaga yang mencukupi untuk aktiviti riadah.

    Selain daripada itu, seseorang harus sanggup menghadapi cabaran semasa kecemasan

    yang mungkin timbul.

    Fall (1980), menyatakan bahawa kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi

    seseorang individu pelindungan dari ancaman hypokinetic (kekurangan pergerakan), kegemukan dan penyakit otot serta tulang. Sementara kecergasan fizikal untuk sukan pula

    ialah aspek yang berkaitan dengan fiingsi dan keupayaan individu bertanding dalam

    aktiviti sukan dengan penuh tenaga, daya tahan, kekuatan dan ketangkasan.

    AAPHERD (1980), mengklasifkasikan komponen kecergasan kepada dua komponen iaitu kesihatan dan kemahiran. Komponen kecergasan kesihatan meliputi

    aspek daya tahan kardiovaskular, kekuatan otot, daya tahan otot, kelembutan dan

    komposisi badan. Komponen kecergasan kemahiran pula merangkumi aspek kelajuan, kuasa, imbangan, masa reaksi dan koordinasi. Menurut Johnson dan Nelson (1986), pengukuran tahap kecergasan fizikal bagi pelajar sekolah terbahagi kepada lima bahagian iaitu pengujian daya tahan otot, kelembutan, daya tahan kardiovaskular serta pengukuran ketinggian dan komposisi badan.

  • 3

    Di dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani, pengajaran Pendidikan Jasmani teirbahagi kepada tiga aspek iaitu tunjang kecergasan, tunjang kemahiran dan tunjang kesukanan (Kementerian Pendidikan Malaysia 1998). Pelajaran Pendidikan Jasmani oaemberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari serta melaksanakan apa yang dipelajari dalam bentuk aktiviti kecergasan, kemahiran sukan dan permainan.

    Permainan ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ianya dilihat melalui mata kasar kerana mempunyai pertembungan secara fizikal yang boleh

    mengundang kesakitan dan kecederaan, namun permainan lasak ini mampu memberikan

    keseronokan dan kepuasan kepada orang yang meminatinya serta membentuk

    keperibadian diri yang tinggi dalam diri seorang pemain ragbi. Permainan ragbi pada

    m a s a sekarang telah menjadi semakin pantas dan mencabar serta memerlukan daya kecergasan fizikal yang optimum. Sejurnlah lima belas orang pemain bagi satu pasukan a k a n memulakan permainan ini. Untuk bemain permainan ini, semua pemain ragbi mesti

    mampu menguasai dan mempunyai kesedaran taktikal serta kekuatan mental yang tinggi.

    Permainan ragbi juga memerlukan tahap penguasaan kemahiran asas yang tinggi seperti membuat hantaran bola ke belakang, menangkap bola, menendang, berlari dengan bola

    d a n membuat tackle terhadap pemain lawan yang mempunyai bola Disamping itu,

    penguasaan dalam beberapa komponen kecergasan seperti kepantasan, ketangkasan,

    kekuatan otot dan daya tahan kardiovaskular perlu dimiliki dengan cekap dan efisyen oleh

    semua pemain ragbi untuk melaksanakan penguasaan kemahiran asas. Untuk menjadi sebagai seorang pemain ragbi yang lengkap, mereka perlu menguasai semua kemahiran

    a s a s ragbi dan komponen kecergasan. Komponen kecergasan fizikal berlandaskan

    kesihatan dan komponen kecergasan motor merupakan ciri yang sangat penting untuk

  • 4

    dimiliki oleh seorang pemain ragbi dan perlu mengekalkan tahap prestasi komponen

    kecergasan tersebut.

    Ragbi adalah suatu permainan berkonsepkan adil kepada kedua-dua pasukan yang

    bertanding. Terdapat beberapa ciri unik dalam permainan ragbi yang tidak terdapat dalam

    permainan lain iaitu permainan ini memerlukan pergerakan bola yang berterusan tanpa

    membuat hantaran ke hadapan oleh pemain yang menguasai bola. la membenarkan

    kedua-dua pasukan yang bertanding untuk cuba menguasai dan mengawal bola dalam

    scrum dan line-out. Pemain juga dibenarkan untuk membuat ruck dan maul serta cuba

    menghalang pihak lawan daripada menguasai bola dengan membuat tackle terhadap

    pemain lawan yang membawa bola Objektif utama permainan ragbi ini adalah untuk

    cuba mendapatkan jumlah mata yang terbanyak dengan membuat try di kawasan lawan.

    Menurut Biscombe dan Drewett (1998) pemahaman tentang cara bermain dan

    penguasaan kemahiran dan pencapaian kejayaan dalam peimainan ragbi selalunya

    mengambil masa yang panjang. Semua pemain diperlukan menguasai kemahiran asas

    ragbi yang banyak dan kemahiran teknikal yang berbeza mengikut posisi bermain dalam

    permainan ini. Permainan ragbi mengandungi banyak cabaran yang menguji komitmen,

    keberanian, pertimbangan yang waras dan keupayaan fizikal seseorang pemain.

    Terdapat dua kumpulan posisi pemain dalam setiap pasukan ragbi. Kumpulan

    pertama dikenali sebagai Forwards bermain di posisi hadapan sebagai Loosehead prop,

    Hooker, Tight head prop, Blindside Flanker, Lock, Openside Flanker dan Number 8.

    Kumpulan kedua dikenali sebagai Backs yang bermain di posisi belakang sebagai Scrum-

    half, Stand-off, Inside Centre, Outside Centre, Left Wing, Right Wing dan Full Back

    Nombor jersi 1 hingga 15 mewakili setiap posisi tersebut dalam permainan ragbi.

  • 5

    Kumpulan Forwards memakai nombor 1 faingga 8 manakala kumpulan Backs memakai

    nombor 9 Hngga 15.

    Permainan ragbi bermula pada tahun 1823 di England, ketika itu William Webb

    Elis sedang bermain bola sepak di Sekolah Rugby. Dia secara tidak sengaja telah mengambil bola dan membawa lari bola tersebut, maka tercetuslah satu permainan yang

    baru. Universiti Cambridge telah memperkembangkan aktiviti tersebut dengan membuat

    beberapa peraturan bagi menjadi permainan ragbi. Kesatuan ragbi ditubuhkan pada tahun 1871 di England. la bertanggungjawab kepada perkembangan sukan ragbi di peringkat dunia, memperkenalkan peraturan dan menganjurkan pertandingan peringkat antarabangsa. Pennainan ragbi mula diperkenalkan di negara kita selepas Perang Dunia

    Pertama dan bemiula pada tahun 1925 di Negeri Sembilan. Kemudian berkembang ke

    Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Singapura. Kelab-kelab ragbi turut ditubuhkan seperti

    YMCA Kuala Lumpur, The Edwardians di Taiping, , The Birch Rompers di Ipoh, The

    The Penang Asians dan Kelab Selangor di Kuala Lumpur. Selepas itu, lebih banyak kelab

    ragbi muncul, antaranya ialah COBRA, Negeri Sembilan Wanderes, Kedah Blues,

    Penang Blues, The Staroba di Ipoh, The MCOBA di Kuala Kangsar dan banyak lagi

    kelab ragbi.

    Negeri Perak merupakan salah satu negeri yang terkenal dengan permainan ragbi.

    Negeri ini banyak menghasilkan ramai pemain yang berbakat dan telah mewakili negara

    di peringkat antarabangsa. Antara pemain Perak yang telah mewakili pasukan kebangsaan

    Malaysia ialah Kam Pak, M. Dattaya, Chang Chen Man, Abdul Aziz Sharif, Lim Ah Saw,

    Badaruddin Safri, Shaari Safri, Lim Yew Leng, Azizi Chin, Yang Arnri, Huzir Muhamad,

    Raja Omar Ikram, M. Ganesan, Badrul Hisham Hashim dan ramai lagi. Raja Omar Ikram

  • 6

    merupakan satu-satunya pemain Perak yang terpilih untuk mewakili pasukan ragbi Asian

    All Stars menentang pilihan Eropah di Hong Kong pada tahun 1985. Pemain-pemain ini

    semuanya berasal dari sekolah elit ragbi di negeri Perak iaitu Sekolah Menengah

    Kebangsaan King Edward VII, Taiping, Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Sekolah

    Tuanku Abdul Rahman, Ipoh,

    Jadual 1.1 Senarai sekolah-sekolah ragbi di negeri Perak

    Bil Sekolah-Sekolah Ragbi Perak 1. SMK King Edward VII, Taiping 2. Kolej Melayu Kuala Kangsar 3 .. SMK Anderson, Ipoh 4. SMK Clifford, Kuala Kangsar 5. SMK Sultan Yusuf, Batu Gajah 6. SMK St Michael, Ipoh 7. SMK St Anthony, Teluk Intan 8. SMK Iskandar Shah, Parit 9. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh 10. SMK Methodist (ACS), Ipoh 11. SMK Horley Methodist, Teluk Intan 12. SMK Sains Teluk Intan, Teluk Intan 13. Sekolah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping 14. SM Teknik Taiping, Kamunting 15 . SM Teknik Padang Renggas, Kuala Kangsar 16. SM Teknik Bota, Perak Tengah 17. SM Teknik Slim River, Slim River 18. SMK Jelai, Batu Kurau

    Jadual 1.1 menunjukkan sekolah-sekolah yang mempunyai pasukan ragbi di negeri Perak. Sekolah-sekolah tersebut telah mengambil bahagian dalam kejohanan ragbi bawah 15 tahun pada tahun 2008 dan akan mengambil bahagian dalam kejohanan ragbi bawah 18 tahun di peringkat daerah masing-masing di negeri Perak.

  • 7

    Permainan ragbi merapakan permainan utama di sekolah elit ragbi terutamanya

    bagi sekolah premier di negara kita kerana tradisi dan ethos sekolah tersebut ditonjolkan melalui permainan ragbi. Permainan ini dianggap elit dalam kalangan pelajar sekolah tersebut kerana bukan semua orang boleh bermain ragbi tanpa keberanian dan semangat

    waja untuk memartabatkan nama sekolah mereka melalui permainan ragbi. Bekas pemain ragbi sekolah elit sentiasa mengikuti rapat perkembangan pasukan ragbi sekolah dan akan

    merasa amat berbangga dengan pencapaian pasukan ragbi sekolah mereka. Mereka

    sentiasa membantu dan menyumbangkan bantuan kepada pasukan ragbi agar sentiasa

    cemerlang dan menaikkan nama sekolah mereka dalam permainan ini dan terus

    mengekalkan tradisi mereka.

    Sekolah elit dalam permainan ragbi kebanyakannya adalah sekolah premier di

    negara kita. Sekolah Premier ditafsirkan sebagai sekolah harian atau sekolah berasrama

    penuh yang ditubuhkan sebelum perang dunia kedua dan sebelum merdeka. Sekolah-

    sekolah ini kaya dengan tradisi kesukanannya dan mempunyai ciri-ciri unik dan ethos

    mereka yang tersendiri dan dipelihara sehingga ke hari ini. Tradisi kecemerlangan

    sekolah premier ini dalam bidang sukan terutamanya permainan ragbi perlu dikekalkan

    dan diteruskan sehingga kini. Justeru, satu bentuk pertandingan sukan antara sekolah

    premier diwujudkan. Pertandingan ini bukan sahaja bermatlamat untuk meraih kemenangan semata-mata malah turat bertujuan menyemai semangat kekeluargaan di antara sekolah premier.

    Sekolah elit ragbi menjadikan permainan ragbi sebagai permainan utama sekolah. Sekolah ini memberikan penumpuan dan mempunyai perancangan yang tersendiri dalam

    memertabatkan permainan ragbi sekolah masing-masing. Sekolah elit ragbi dalam negeri

  • 8

    Perak ialah Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII, Taiping, Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Sekolah Tuanku Abdul Rahman. Sekolah elit ragbi ini mempunyai

    jurulatih ragbi yang berkelayakan untuk membimbing pasukan sekolah mereka. Jurulatih ragbi di sekolah elit ragbi sentiasa mendapat sokongan yang penuh terutamanya dari segi

    bantuan kewangan daripada pengurusan sekolah dan murid tua sekolah tersebut dalam

    merencanakan pasukan ragbi mereka. Maklumat dan informasi terkini dalam permainan

    ragbi sentiasa dipertingkatkan dikalangan mereka. Sekolah elit ragbi ini mempunyai

    perancangan yang khusus dalam penyediaan pasukan ragbi masing-masing.

    Untuk sentiasa melonjakan nama sekolah mereka dalam permainan ragbi, pemain ragbi di sekolah ini menjalani latihan yang sistematik dan pemakanan yang khusus. Mereka juga diberi tempat tinggal di asrama sekolah dan bantuan kewangan berupa biasiswa. Pemain ragbi di sekolah elit dipilih dan ditapis berdasarkan kecemerlangan

    akademik dan penglibatan aktif dalam sukan terlebih dahulu sewaktu di sekolah rendah

    dan ditawarkan untuk menyambung pelajaran di sekolah elit ragbi. Kemudahan peralatan ragbi di sekolah elit ini adalah lengkap dan baru serta mencukupi dengan bilangan pemain

    yang bermain ragbi di sekolah ini. Sistem permainan ragbi yang dimainkan oleh sekolah

    elit ini lebih tersusun dan sistematik. Apa yang membezakan pencapaian sekolah elit

    ragbi ini ialah perancangan taktikal dan kemampuan pemain elit untuk menukar rentak

    permainan dengan cepat. Mereka menguasai asas kemahiran permainan ragbi dengan baik

    dan berkesan. Mereka jarang melakukan kesilapan dalam semua aspek kemahiran asas ragbi.

    Menurut Bompa (1986), kaedah untuk mengenal pasti bakat pemain dalam sukan spesifik harus dilaksanakan dengan menggunakan kaedah saintifik. Menurut Philips &

  • 9

    Homack (1979) pula, sekiranya pemain dapat meningkatkan penguasaan kemahiran, mudah baginya untuk mengubah kepada tahap kemahiran yang lebih tinggi. Bagi

    membolehkan pemain menguasai kemahiran asas ini maka program ini memerlukan

    pendekatan kaedah latihan yang mantap dan mampu menghasilkan proses latihan yang

    menyeluruh dari aspek mental dan fizikal. Sehubungan dengan itu, pemain ragbi sekolah

    elit memiliki penguasaan kemahiran permainan asas ragbi dengan baik menerusi proses

    latihan yang menyeluruh.

    Jadual 1.2 Senarai sekolah-sekolah elit ragbi di negeri Perak

    Bil Sekolah-Sekolah Elit Ragbi Negeri Perak 1. SMK King Edward VII, Taiping 2. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Kuala Kangsar 3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh

    Jadual 1.2 menunjukkan senarai sekolah elit ragbi di negeri Perak. Sekolah ini mengambil bahagian dalam Kejohanan Ragbi Sekolah Premier Negeri Perak yang dilangsungkan semenjak tahun 1996. SMK King Edward VII, Taiping, Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh mempunyai tradisi dan

    kecemerlangan dalam permainan ragbi. Sehingga kini hanya pasukan ragbi SMK King

    Edward VII, Taiping, Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh sahaja yang telah berjaya menjadi Johan Perak secara silih berganti sejak kejohanan ini dipertandingkan. SMK King Edward VII, Taiping pula telah mengungguli kejuaraan sebanyak enam kali, Kolej Melayu Kuala Kangsar sebanyak lima kali manakala Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh satu kali. SMK King Edward VII, Taiping yang mewakili

  • 10

    Zon Perak mengungguli permainan ragbi sebagai Johan Kebangsaan bagi tahun 2006 dan

    2007 dan merupakan satu-satunya sekolah dari Perak dan sekolah premier yang pertama

    dalam negara kita yang berjaya masuk ke periawanan akhir peringkat kebangsaan sebanyak tiga kali berturat-turat iaitu pada tahun 2005, 2006 dan 2007 dan berjaya menjadi johan kebangsaan untuk dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2006 dan 2007.

    Jadual 13 Senarai sekolah-sekolah bukan elit ragbi di negeri Perak

    Bil Sekolah-Sekolah Bukan Elit Ragbi Negeri Perak 1. SMK Anderson, Ipoh 2. SMK Clifford, Kuala Kangsar 3. SMK Sultan Yusuf, Batu Gajah 4. SMK St Michael, Ipoh 5. SMK St. Anthony, Teluk Intan 6. SMK Iskandar Shah, Parit 7. SMK Methodist (ACS), Ipoh 8. SMK Horley Methodist, Teluk Intan 9. SMK Sains Teluk Intan, Teluk Intan 10. Sekolah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping 11. SM Teknik Taiping, Kamunting 13. SM Teknik Padang Renggas, Kuala Kangsar 13. SM Teknik Bota, Perak Tengah 14. SM Teknik Slim River, Slim River

    Jadual 1.3 adalah senarai sekolah bukan elit ragbi di negeri Perak. Sekolah bukan

    elit ragbi ini merupakan sekolah yang mempnnyai pasukan ragbi tetapi permainan ragbi

    bukan merupakan permainan utama sekolah mereka. Sekolah ini akan mengambil

    bahagian dalam semua kejohanan ragbi peringkat daerah. Mereka tidak mampu menyaingi pasukan ragbi dari sekolah elit ragbi yang jauh lebih mantap dan tersusun dalam sistem permainan mereka. Pasukan ragbi dari sekolah bukan elit sentiasa berada

    pada satu tangga di belakang dengan sekolah elit ragbi dalam semua pertandingan ragbi.

  • 11

    Dalam pertandingan peringkat daerah masing-masing, sekolah bukan elit ragbi yang

    berkenaan sentiasa mendapat kedududukan naib johan di belakang sekolah elit. Antara sekolah bukan elit ragbi ialah Sekolah menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Kangsar,

    Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping, dan Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh.

    Dalam pertandingan ragbi Majlis Sukan Sekolah Sekolah Perak, majoriti pemain ragbi dari sekolah elit ragbi sentiasa memonopoli pasukan daerah dengan terpilih untuk

    mewakili pasukan daerah masing-masing. Daripada tiga buah sekolah elit ragbi tersebut,

    dua buah sekolah akan bertanding dalam perlawanan akhir untuk menentukan kejuaraan. Sehingga kini, hanya tiga buah sekolah elit ragbi ini menguasai kejuaraan peringkat negeri Perak berbanding dengan sekolah bukan elit.

    Untuk mendapatkan data berkaitan prestasi kecergasan fizikal pemain ragbi di

    sekolah elit dan bukan elit ragbi, pengukuran dan penilaian perlu dijalankan secara sistematik. Baumgartner (2003), penilaian ialah proses memberi makna kepada pengukuran dengan membandingnya dengan satu piawai. Dua jenis piawai yang digunakan secara meluas ialah kriteria dan norma rujukan. Norma rujukan piawai digunakan untuk menentukan sama ada individu itu telah mencapai satu aras yang telah

    ditetapkan. Norma rujukan piawai digunakan untuk melihat prestasi individu dengan prestasi ahli-ahli lain dalam kumpulan yang sama. Piawaian rujukan kriteria adalah berguna untuk menetapkan prestasi yang piawai untuk semua, manakala piawian rujukan norma adalah amat berharga dalam membuat perbandingan antara individu apabila situasi

    memerlukan untuk pemilihan yang teliti.

  • 12

    Piawaian rujukan kriteria adalah berguna untuk menetapkan prestasi yang piawai manakala piawaian rujukan norma adalah amat berharga dalam membuat perbandingan antara individu apabila situasi memerlukan untuk pemilihan yang teliti. Ujian kecergasan untuk para belia sering menggunakan norma rujukan tetapi ujian kecergasan belia yang berasaskan kesihatan yang paling popular adalah FITNESSGRAM yang menggunakan

    norma rujukan kriteria. Program YMCA menilai kecergasan orang dewasa dengan rujukan norma, tetapi kini telah ada usaha-usaha untuk menggunakan norma rujukan kriteria sebagai rujukan piawai. Piawian bagi norma rujukan kriteria lebih kepada penyelidikan perubatan yang menunjukkan perkaitan bahawa kecergasan aerobik dan kesihatan tidak selari. Apabila satu tahap kecergasan aerobik telah tercapai, menjadi lebih cergas tidak mempengaruhi kesihatan (Blair et al. 1989, 1995). Piawaian rujukan kriteria bagi FITNESSGRAM telah dibina untuk mewakili ketekalan paras kecergasan yang

    minima dengan kesihatan yang mencukupi dan mengurangkan risiko penyakit (Morrow, Falls, & Kohl, 1994).

    Baumgartner dan Jackson (1999), mendefinisikan ujian rujukan kriteria sebagai satu ujian yang dibina untuk memberi pengukuran yang diinterpretasi secara terus dari segi prestasi yang eksplisit Sesetengah ujian yang digunakan dalam pendidikan dibentuk berdasarkan kepada ujian rujukan kriteria, tetapi kebiasaanya adalah dengan menggunakan piawaian rujukan norma ke ujian rujukan norma. Ujian larian satu batu adalah item ujian yang biasa dalam ujian kecergasan untuk belia. Sebelum ini, ujian larian satu batu menggunakan rujukan norma tetapi sekarang ini di dalam Ujian FITNESSGRAM (1992), ia menggunakan norma rujukan kriteria. Di dalam hal ini, ujian itu tidak berubah tetapi jenis piawaian yang digunakan sahaja berubah. Berbanding

  • 13

    dengan norma rujukan yang menggunakan pembolehubah yang berterusan, norma rujukan kriteria menggunakan pembahagi dua dichotomy. Istilah seperti lulus-gagal, positif-negatif dan panjang-pendek digunakan untuk menerangkan pembahagi dua dichotomy.

    Piawai rujukan kriteria dibina untuk memberikan gred yang mungkin dapat dicapai oleh pemain ragbi. Tidak wujud sebarang pertandingan antara setiap individu dalam menghasilkan gred. Piawai rujukan kriteria mengambarkan tahap keupayaan yang mampu dicapai oleh kebanyakan pemain dalam sesuatu ujian kecergasan, Di antara kaedah yang digunakan ialah kaedah kontrak dan kaedah peratusan berdasarkan skor.

    Kaedah kontrak boleh digunakan untuk sesuatu pasukan atau individu. Sebagai contoh,

    dalam ujian kecergasan fizikal, gred A akan diberikan kepada pemain yang berjaya memperolehi :-

    i. Skor sebanyak 40 ulangan dan ke atas dalam ujian lompat kuadran dalam masa 30 saat

    ii. Skor sebanyak 60 meter dan ke atas dalam ujian lari pecut 6 saat. iii. Lari ulang alik 30 kaki dalam masa 10 saat dan ke bawah.

    Menurut Bompa (1981), ujian yang menggunakan norma rujukan kriteria adalah lebih sesuai dijalankan diperingkat sekolah kerana bukan semua pelajar di sekolah perlu mempunyai tahap kecergasan fizikal yang tinggi. Individu yang mempunyai kecergasan

    yang tinggi biasanya dikaitkan dengan individu yang melibatkan diri dengan aktiviti

    sukan berprestasi tinggi.

  • 14

    Dengan adanya kaedah kontrak tersebut bermaksud juralatih dan pelajar bersetuju mengenai apa yang ditetapkan bersama. Setiap pemain boleh mendapatkan kontrak yang

    berbeza. Kaedah peratusan berdasarkan skor kerapkali digunakan oleh semua guru dan

    jurulatih. Kaedah ini memberi kelebihaa kepada pemain kerana mereka sedia mengetahui bilangan peratusan dan gred yang bakal diperoleh. Piawai peratusan yang digunakan

    dalam memberi gred adalah berdasarkan analisis skor ujian. Sebagai contoh, gred yang biasa digunakan dalam penilaian kemahiran permainan berdasarkan peratusan skor yang

    betul:-

    Jadual 1.4 Gred penilaian kemahiran berdasarkan peratusan skor

    Gred Peratusan A 90hinggal00 B 80hingga89 C 70hingga79 D 60hingga69 E 50hingga59 F 40 hingga ke bawah

    Menurut Baumgartner dan Jackson (1999), proses penilaian melibatkan mengumpulkan data dalam bentuk skor atau maklumat , menganalisa data berdasarkan

    suatu piawaian dan membuat keputusan berdasarkan data tersebut. Manakala proses

    mengumpulkan data diperolehi selepas melalui penngkat ujian. Kualiti data yang dikumpulkan dari suatu ujian adalah bergantung kepada kebolehpercayaan dan kesahan instrumen yang digunakan dalam proses pengukuran.

  • 15

    1.2 Pernyataan Masalah

    Kecergasan fizikal sememangnya amat penting dalam pembentukan sesuatu pasukan

    permainan. Pengukuran kecergasan fizikal dan kaedah dalam meningkatkan kecergasan

    fizikal telah menjadi topik yang sering dibincangkan di peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan oleh semua guru, jurulatih sukan dan persatuan sukan. Menurut Majid (2000), pemyataan masalah yang berkesan biasanya menjelaskan dengan sendiri apa yang hendak dikaji, bagaimana hendak mengkajinya dan setakat mana ia perlu dikaji. Sehingga kini belum ada kajian yang khusus tentang prestasi kecergasan fizikal bagi pemain ragbi berumur enam belas tahun di negeri Perak.

    Majoriti pemain yang mewakili pasukan ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) negeri Perak adalah pemain ragbi dari sekolah elit ragbi dan sedikit dari sekolah bukan elit ragbi di negeri Perak. Walaupun majoriti pemain elit menguasai bilangan pemain dalam pasukan negeri namun keputusan pertandingan membuktikan

    sebaliknya. Dalam Kejohanan MSSM 2007 di Perils dan Kejohanan MSSM 2008 di Kelantan, pasukan ragbi Perak telah kalah dalam pusingan awal lagi dan antara punca

    kekalahan yang dikenal pasti adalah kegagalan pasukan untuk bermain dengan optimum

    dan bagi tempoh masa permainan dan menampakkan keletihan yang ketara pada

    penghujung masa permainan. Sehubungan dengan itu kecergasan fizikal merupakan komponen yang paling penting yang perlu dikuasai oleh semua pemain. Jurulatih yang

    dilantik untuk membimbing pasukan negeri hanya menilai dari aspek pemerhatian

    penguasaan kemahiran pemain dan saiz badan pemain sahaja dalam asas memilih pemain untuk mewakili negeri Perak dan mengabaikan beberapa faktor kecergasan fizikal.

  • 16

    Sehingga hari ini tiada satu set pengujian yang piawai digunakan untuk menilai prestasi kecergasan fizikal pemain ragbi di negeri Perak. Sehubungan dengan itu, jika terdapat satu rujukan kriteria yang piawai bagi prestasi kecergasan fizikal bagi pemain ragbi, penyelidik percaya semua jurulatih dapat menggunakannya dan tahap prestasi kecergasan fizikal dan kemahiran pemain ragbi di negeri Perak dapat dikenal pasti dan

    ditingkatkan ke tahap yang optimum.

    Oleh itu, penyelidik menjalankan kajian prestasi kecergasan fizikal pemain ragbi di sekolah elit ragbi dan bukan elit di negeri Perak untuk mengetahui tahap prestasi

    kecergasan fizikal mereka. Pemilihan ujian kecergasan fizikal dan pembentukan piawai rujukan kriteria diharap dapat melihat tahap prestasi pemain ragbi secara individu dan memotivasikan mereka untuk meningkatkan lagi prestasi mereka.

    13 Kepentmgan Kajian Kepentingan kajian ini adalah dengan bermatlamat untuk menilai prestasi kecergasan fizikal pemain ragbi sekolah elit dan bukan elit ragbi yang berumur enam belas tahun di

    negeri Perak. Selain itu, skor data yang diperolehi akan dianalisis untuk dijadikan piawai rujukan kriteria bagi kecergasan fizikal untuk pemain-pemain ragbi dari sekolah tersebut Ujian kecergasan fizikal yang dipilih ini menguji komponen-komponen kecergasan fizikal adalah dalam komponen ketangkasan, daya tahan kardiovaskular, kuasa otot,

    indeks jisim badan dan kepantasan. Maklumbalas mengenai prestasi kecergasan fizikal ini dapat memberikan

    gambaran sebenar tentang status kecergasan fizikal pemain dan prestasi mereka dalam

  • 17

    aspek kepantasan, ketangkasan, kekuatan otot, indeks jisim badan dan daya tahan kardiovaskular pemain dalam aspek menghantar, menangkap, tackling pihak lawan, lari

    bersama bola, menendang dan mengawal bola. Penyelidik juga berharap, agar bateri ujian ini dapat digunakan sebagai satu altematif kepada bateri ujian yang digunakan sekarang diperingkat sekolah. lanya dapat mengukur, menilai dan menyampaikan maklumat

    sebenar tentang prestasi kecergasan fizikal pelajar. Pengetahuan terhadap prestasi murid ini dapat membantu jurulatih semasa merancang strategi latihan supaya lebih berkesan. Maklum balas pencapaian ujian ini juga dapat meningkat semangat pemain untuk terus berusaha mengekal dan meningkatkan lagi tahap prestasi penguasaan kemahiran dalam

    permainan ragbi.

    Dapatan kajian ini membolehkan semua jurulatih ragbi sekolah menggunakan maklumat ini sebagai asas untuk menghasilkan satu pasukan yang mantap dan mengenal

    pasti tahap prestasi kecergasan fizikal pemain ragbi sekolah masing-masing. Mereka juga boleh dan dapat merangka suatu program latihan kecergasan fizikal yang lebih khusus

    bagi meningkatkan prestasi kecergasan fizikal pemain ragbi pasukan masing-masing.

    Dapatan kajian ini juga membolehkan semua pemain mengetahui tahap prestasi kecergasan fizikal masing-masing. Kerjasama dan dengan bantuan daripada juralatih-jurulatih ragbi sekolah masing-masing, pemain boleh mendapatkan program yang dirangka khusus untuk mereka bagi meningkatkan tahap prestasi komponen kecergasan

    fizikal masing-masing. Dapatan kajian ini juga dapat dijadikan satu garis panduan dalam usaha memilih dan mengenal pasti pemain ragbi yang mempunyai kecergasan fizikal

    yang tinggi dalam pembentukan pasukan ragbi peringkat sekolah, daerah dan negeri

    Bateri ujian dari kajian ini dapat diaplikasikan dalam sesi pemilihan pemain pasukan

  • I8

    supaya pemilihan pemain akan menjadi lebih transperan dan telus. Proses dan keputusan pemilihan pemain akan member! keyakinan yang tinggi dan diterima dengan baik oleh

    semua pemain, jurulatih, guru-guru dan ibu bapa. Keadaan ini akan memberi keyakinan yang positif kepada semua pihak yang mengendalikan pasukan ragbi masing-masing.

    Masalah pemilihan pemain berdasarkan pilih kasih dapat diatasi apabila keputusan ujian dijadikan sebagai kayu pengukur kepada pembentukan pasukan ragbi sekolah, daerah dan negeri. Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri juga dapat menggunakan bateri ujian ini untuk sesi pemilihan pemain dalam pembentukan pasukan remaja kebangsaan untuk pertandingan ragbi sekolah-sekolah ASEAN. Bateri ujian ini juga dapat digunakan dalam ujian asas kemasukan ke Sekolah Sukan Bandar Penawar dan Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk pemain ragbi.

    Bagi menghasilkan pemain yang benar-benar mantap, ujian kecergasan fizikal perlu melalui proses pengujian dan pengukuran yang piawai serta bersesuaian dengan kehendak program. Pengukuran tentang kecergasan fizikal adalah salah satu aspek utama

    dalam mengukur prestasi manusia. Setakat ini belum ada bateri ujian kecergasan fizikal serta prosedur ujian yang piawai bagi mengukur kecergasan fizikal pemain ragbi di sekolah-sekolah ragbi di negeri Perak. Penilaian yang berkesan memerlukan prosedur

    ujian yang baik. Hanya prosedur ujian yang baik dan mudah digunakan serta difahami sahaja yang dapat menghasilkan skor ujian yang tekal dan boleh dipercayai.

    Penyelidik juga berharap, agar bateri ujian ini dapat digunakan sebagai satu altematif kepada ujian-ujian lain yang sering digunakan sekarang di peringkat sekolah, yang dapat mengukur, menilai dan menyampaikan maklumat sebenar tentang tahap

    prestasi kecergasan fizikal seseorang pemain ragbi. Pengetahuan terhadap prestasi murid

  • 19

    ini dapat membantu guru dan jurulatih ragbi semasa merancang strategi dan sesi latihan ragbi supaya menjadi lebih berkesan. Dengan adanya bateri ujian ini, persediaan pasukan ragbi Perak akan lebih mantap dan pencapaian penetapan matlamat pasukan akan dicapai.

    1.4 Objektif Kajian Objektif kajian merupakan sasaran sebenar yang dibuat oleh penyelidik. Menurut Majid (2000), objektif kajian berbeza dengan matlamat kerana matlamat merupakan jangkaan umum hasil dari satu aktiviti atau proses. Objektif adalah lebih khusus dan biasanya digunakan untuk mencapai matlamat.

    Permainan ragbi pada masa sekarang memerlukan beberapa kriteria-kriteria yang

    perlu ada pada seseorang pemain ragbi seperti penguasaan kemahiran yang tinggi,

    kecergasan, kekuatan otot, ketahanan mental dan pengetahuan tentang peraturan dan

    taktikal permainan. Objektif kajian ujian ini amat penting untuk membolehkan pemain benar-benar mempunyai kecergasan fizikal yang tinggi untuk menguasai kemahiran

    dalam permainan ragbi dan bukan sekadar tahu bermain ragbi. Penguasaan kemahiran

    ragbi dan kecergasan fizikal yang tinggi akan membantu pemain untuk mewakili dan

    bermain pada peringkat yang lebih tinggi untuk mencapai penetapan matlamat pasukan

    mereka dan usaha untuk menaikkan nama sekolah mereka.

    Kajian tahap kecergasan fizikal dan pembentukan piawai rajukan kriteria bagi pemain ragbi berumur enam belas tahun di sekolah elit dan bukan elit ragbi di negeri

    Perak dijalankan untuk tujuan berikut:-

  • 20

    i. Untuk mengukur serta mengenal pasti tahap kecergasan fizikal di antara

    pemain ragbi yang berumur enam belas tahun di sekolah elit ragbi dan

    bukan elit ragbi di negeri Perak.

    ii. Untuk mengukur serta mengenal pasti tahap daya tahan kardiovaskular

    di antara pemain ragbi yang berumur enam belas tahun di sekolah elit

    ragbi dan bukan elit ragbi di negeri Perak.

    iii. Untuk mengukur serta mengenal pasti tahap ketangkasan di antara pemain

    ragbi yang berumur enam belas tahun di sekolah elit ragbi dan bukan elit

    ragbi di negeri Perak.

    iv. Untuk mengukur serta mengenal pasti tahap kekuatan otot di antara

    pemain ragbi yang berumur enam belas tahun di sekolah elit ragbi dan

    bukan elit ragbi di negeri Perak.

    v. Untuk mengukur serta mengenal pasti tahap kepantasan di antara pemain

    ragbi yang berumur enam belas tahun di sekolah elit ragbi dan bukan elit

    ragbi di negeri Perak.

    vi. Untuk mengukur serta mengenal pasti tahap indeks jisim badan di antara pemain ragbi yang berumur enam belas tahun di sekolah elit ragbi dan

    bukan elit ragbi di negeri Perak.

    vii. Untuk membentuk piawai rujukan kriteria bagi kecergasan fizikal untuk pemain ragbi berumur enam belas tahun di negeri Perak.

  • 21

    1.5 Hipotesis Kajian Berdasarkan kepada permasalahan kajian yang telah dihuraikan, penyelidik merumuskan hipotesis kajian berikut:-

    i. H01 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kecergasan

    fizikal di antara pemain ragbi yang berumur enam belas

    tahun di sekolah elit ragbi dengan sekolah bukan elit ragbi

    di negeri Perak.

    ii. H02 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap

    ketangkasan di antara pemain ragbi yang berumur enam

    belas tahun di sekolah elit ragbi dengan sekolah bukan elit

    ragbi di negeri Perak.

    iii. H03 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap daya

    tahan kardiovaskular di antara pemain ragbi yang berumur

    enam belas tahun di sekolah elit ragbi dengan sekolah

    bukan elit ragbi di negeri Perak.

    iv. H04 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap

    kekuatan otot di antara pemain ragbi yang berumur enam

    belas tahun di sekolah elit ragbi dengan sekolah bukan elit

    ragbi di negeri Perak.

  • 22

    v. Ho5 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap

    kepantasan di antara pemain ragbi yang berumur enam

    belas tahun di sekolah elit ragbi dengan sekolah bukan elit

    ragbi di negeri Perak,

    vi. H06 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap

    indek jisim badan di antara pemain ragbi yang berumur enam belas tahun di sekolah elit ragbi dengan sekolah

    bukan elit ragbi di negeri Perak.

    1.6 Limitasi kajian Terdapat beberapa batasan kajian yang akan mempengaruhi dapatan kajian. Batasan kajian ini dibahagikan kepada delimitasi dan limitasi. Menurut Creswell (1994), limitasi bertujuan untuk menunjukkan bagaimana penyelidik mengecilkan skop kajian dan limitasi adalah untuk mengenalpasti kelemahan yang mungkin wujud dalam sesuatu kajian. Kajian terhadap tahap kecergasan fizikal pemain ragbi sekolah elit ragbi dan bukan elit yang berumur enam belas tahun di negeri Perak dijalankan berdasarkan limitasi seperti berikut:-

    i. Pengukuran tahap kecergasan fizikal adalah berdasarkan kepada pemain

    ragbi di sekolah elit ragbi dan bukan elit yang berumur enam belas tahun

    sahaja di negeri Perak.

  • 23

    ii. Subjek akan diuji dari segi tahap komponen kecergasan fizikal berdasarkan komponen kecergasan fizikal iaitu ketangkasan, daya tahan

    kardiovaskular, kekuatan otot, kepantasan dan indek jisim badan. iii. Sikap dan kerjasarna subjek kajian adalah di luar kawalan penyelidik. iv Pencapaian subjek dipengaruhi oleh permukaan padang / lantai yang

    digunakan.

    v. Skor ujian juga boleh dipengaruhi oleh tahap kesihatan subjek (kecederaan) semasa ujian dijalankan.

    vi. Faktor cuaca juga boleh mempengaruhi skor ujian. vii. Keikhlasan, kesungguhan dan penumpuan subjek sewaktu menjalani ujian

    merupakan salah satu faktor yang boleh mempengaruhi ujian.

    1.7 Definisi operasional

    Beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini akan diberikan definisi operasional bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dalam lingkungan kajian ini Definisi operasional ini adalah sesuai untuk memperolehi maklumat yang dikehendaki oleh pengkaji.

    i. Penilaian.

    Penilaian adalah proses membuat keputusan yang melibatkan

    pengumpulan data yang sesuai, menentukan nilai pada data dan membuat

    keputusan berdasarkan data yang piawai.

  • 24

    Prestasi.

    Prestasi membawa maksud cam yang boleh dipercayai dalam membuat

    penilaian untuk mencapai objektiviti dan dimana menghasilkan keputusan.

    Sekolah Elit Ragbi

    Sekolah yang mempunyai pasukan ragbi, tradisi dan budaya permainan

    ragbi dan memberikan keutamaan kepada ragbi sebagai sebagai permainan

    utama di sekolah tersebut.

    Sekolah Bukan Elit Ragbi

    Sekolah yang mempunyai pasukan ragbi tetapi tidak mempunyai tradisi

    dan budaya permainan ragbi dan tidak memberi keutamaan kepada ragbi

    sebagai permainan utama di sekolah tersebut.

    Kecergasan Fizikal

    Keupayaan badan untuk berfungsi secara efisyen dan berkesan. la terdiri

    daripada kecergasan berlandaskan kesihatan dan kecergasan berlandaskan

    kemahiran.

    Ketangkasan

    Keupayaan untuk mengubah arah badan atau anggota badan dengan

    pantas.

  • 25

    vi Daya Tahan Kardiovaskular

    Keupayaaan jantung, salur darah, darah dan sistem respirator! untuk membekalkan oksigen kepada otot-otot dan kemampuan otot-otot

    menggunakan oksigen untuk mengekalkan posisi badan.

    vii. Kekuatan Otot

    Keupayaan sesuatu otot atau sekumpulan otot mengatasi rintangan bagi

    menghasilkan daya atau kuasa maksimum.

    viii. Kepantasan

    Keupayaan untuk bergeiak pantas dalam masa yang singkat

    ix. Indeks Jisim Badan (IJB) Berat badan yang unggul dan diperoleh dengan cara membahagikan berat

    badan (kg) dengan ganda dua ketinggian (m). Foimula yang digunakan bagi kaedah ini adalah ringkas iaitu :-

    IJB = Berat (kg)

    Tinggi x Tinggi (m)

    x. Piawai Rujukan Kriteria Satu kaedah menentukan prestasi individu berhubung dengan satu-satu

    kriteria yang spesifik.

  • BAB2

    KAJIAN LITERATUR

    2.1 Pengenalan

    Penyelidikan yang berkaitan dengan penilaian prestasi kecergasan fizikal ke atas pemain

    ragbi tidak banyak ditemui walaupun permainan ragbi merupakan salah satu permainan

    yang telah wujud sejak dahulu lagi. Justeru itu penyelidik lebih banyak merujuk kepada penyelidikkan yang berkaitan yang boleh dikaitkan dengan permainan ragbi. Bab ini akan

    mengupas dapatan-dapatan kajian lampau yang berkaitan. Rumusan kajian lampau menunjukkan rangsangan latihan akan memberi adaptasi yang berkesan ke atas kumpulan umur yang berlainan.

    2.2 Kajian Literatttr Berkaitan Penyelidikan yang dilakukan oleh AAHPERD (1976), telah menghasilkan norma

    ujian kemahiran motor dan kecergasan fizikal bagi pelajar-pelajar berumur 10 hingga 17 tahun. Item ujian yang diperkenalkan oleh AAHPERD (1976), mendorong penyelidik lain

  • 27

    membuat kajian perbandingan tentang item yang sama atau mengubahsuai item tersebut. Milne, Seefeldt dan Reuschlein (1976) membuat kajian perhubungan antara gred, jantina dan ras ke atas prestasi motor pelajar tadika, gred satu dan gred dua. Keputusannya, pelajar dari semua peringkat gred memperolehi kejayaan yang signifikan bagi ujian yang berkaitan dengan kelajuan, kuasa dan daya tahan. Pelajar lelaki mempunyai prestasi yang lebih baik dalam ujian ketangkasan, kelajuan dan kuasa kecuali ujian kelembutan. Prestasi pelajar gred dua lebih baik daripada pelajar tadika. Keseluruhannya, prestasi pelajar lelaki lebih baik daripada pelajar perempuan bagi setiap gred dalam ujian perlakuan motor.

    Pengukuran keupayaan individu untuk mengambil oksigen semasa latihan telah

    lama dijadikan sebagai pengukur untuk menilai tahap kecergasan kardiovaskular. Terdapat berbagai cara digunakan untuk mengukur tahap kecergasan kardiovaskular iaitu

    samada secara terus dengan menggunakan kaedah di dalam makmal atau secara

    'submaximal' dengan melakukan latihan yang dapat mengukur keupayaan tahap

    kecergasan kardiovaskular. Namun demikian para penyelidik masih lagi berusaha untuk

    menemui satu bentuk ujian yang paling sesuai bagi mengukur kecergasan fizikal yang khusus hingga ke hari ini (Baumgartner, 1999).

    Franks dan Howley (1998) melaporkan bahawa kecergasan kardiovaskular berkait rapat dengan keupayaan pengambilan isipadu maksima oksigen (VO

    2 max). Pengambilan isipadu maksima oksigen ialah jumlah isipadu maksima gas oksigen yang digunakan oleh seseorang individu sewaktu melakukan aktiviti yang meletihkan. American College of

    Sports Medicine (ACM, 1999), menjelaskan bahawa V0 2 max adalah merupakan

    penunjuk yang paling baik untuk menentukan tahap kecergasan kardiovaskular seseorang

  • 28

    individu. Semakin tinggi nilai V02max yang diperolehi, semakin tinggilah tahap

    kecergasan kardiovaskular seseorang individu tersebut

    Menurut Nieman (2003), pengukuran secara terus di dalam makmal dengan menggunakan komputer adalah yang paling tepat, namun begitu, kebanyakan guru atau

    jurulatih lebih memilih kaedah pengukuran di padang berbanding ujian di makmal. Ini adalah kerana peralatan makmal tersebut yang terlalu mahal serta memerlukan kakitangan

    yang terlatih, masa pengujian yang panjang serta yang paling penting ia memerlukan pemantauan ahli perubatan. Oleh kerana itu, sebagai alternatif ujian di makmal, guru-guru boleh menggunakan ujian di padang serta mendapatkan anggaran nilai VO

    2 max melalui

    persamaan matematik yang telah diperakukan sah oleh badan-badan profesional seperti

    ACSM (1999) dan President's Challenge (President's Council on Physical Fitness and Sports) dan Prudential FITNESSGRAM (Cooper Institute for Aerobics Research).

    Carrol (1994) menyatakan bahawa kecergasan kardiovaskular adalah merupakan keupayaan seseorang untuk melakukan tugas berat secara berterusan bagi satu

    jangkamasa yang panjang. Ia juga dikenali sebagai kecergasan aerobik, iaitu keupayaan sistem peredaran dan respiratori untuk penyesuaian dan pemulihan kesan daripada aktiviti

    fizikal seperti berlari, berjalan laju, berbasikal, berenang dan sebagainya. Melalui aktiviti fizikal seseorang individu boleh meningkatkan tahap kecergasan kardiovaskular dan juga dapat mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung, diabetes, darah tinggi dan jenis-jenis kanser tertentu.

    Mengikut Astrand dan Rodahl (1976), kecergasan kardiovaskular adalah petunjuk yang terbaik bagi menilai tahap kecergasan fizikal. la telah lama dijadikan sebagai petunjuk bagi penyelidikan saintifik. Banyak penyelidikan saintifik telah dibuat dengan

  • 29

    jumlah populasi yang ramai bagi mengkaji kesihatan dan kesejahteraan individu. Berdasarkan pada kenyataan ini, telah banyak kemajuan serta penyesuaian yang telah dibuat ke atas alat pengukuran.

    Ujian makmal dan ujian padang (field test) bagi mengganggar keupayaan aerobik secara maksimum sentiasa dikaji dan dikemaskinikan secara berterusan untuk membantu guru pendidikan jasmani, jurulatih sukan dan penyelidik sukan. Ujian-ujian ini membolehkan penilaian serta pengiraan dilakukan terhadap komponen yang berkaitan

    dengan kecergasaan. Selain itu, ujian-ujian ini membantu individu untuk meningkatkan kecergasan serta sebagai pendorong untuk meningkatkan keupayaan individu. Pada tahun

    1968, Cooper telah mempekenalkan ujian luaran field test iaitu Ujian Cooper. Ujian ini merupakan larian 12 minit dan larian 1.5 batu untuk menguji daya tahan dan kecergasan kardiovaskular. Ujian ini digunakan untuk menjimatkan kos kerana pengendalian alatan makmal memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Selain itu, ujian ini juga boleh dijalani oleh ramai subjek pada satu-satu masa (Johnson dan Nelson, 1986).

    AAHPERD ( American Alliance for Health Physical Education, Recreation and Dance, 1976 ) , memperkenalkan Youth Fitness Test untuk mengenalpasti beberapa ujian terdahulu yang perlu diperbaiki atau digugurkan. Ujian Asas Membaling Softball digugurkan, Ujian Bangkit Tubi Kaki Lurus digantikan dengan Ujian Bangkit Tubi Lutut Bengkok, Ujian Gayut Siku Bengkok diperkenalkan untuk murid perempuan dan cara genggaman palang diubah dari kedudukan supinasi kepada pronasi. Bagi menguji daya tahan kardiovaskular, beberapa ujian telah dibina. Ujian Lari / Berjalan 600 ela, samada Ujian Lari / Berjalan Satu Batu ( 9 minit) bagi murid berumur antara 10 hingga 12 tahun atau Ujian Lari / Berjalan L5 Batu (12 minit) bagi murid berumur 13 tahun ke atas.

  • 30

    AAPHERD (1980), telah memperkenalkan Ujian Kecergasan Fizikal Berdasarkan Kesihatan Health Related Physical Fitness Test yang merangkumi empat komponen

    kecergasan fizikal. Bateri ujian tersebut dibentuk bagi menguji komponen daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, komposisi badan dan kelembutan. Item

    ujian yang diperkenalkan ialah Ujian Lari / Berjalan Satu Batu (9 minit), Ujian Lipatan Kulit (skapula dan trisep), Ujian Bangkit Tubi Lutut Bengkok Satu Minit dan Ujian Jangkauan Melunjur, Namun begitu, banyak pakar berpendapat bahawa ujian tersebut masih belum menepati ciri ujian kecergasan fizikal kerana komponen kekuatan otot tidak termasuk dalam ujian tersebut. Oleh yang demikian, dalam tahun 1992 terbentuklah satu bateri ujian Prudential FITNESSGRAM yang merangkumi kelima-lima komponen ujian kecergasan. Ujian ini lebih kepada aspek kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan. Komponen FITNESSGRAM termasuklah kemampuan aerobik, komposisi badan,

    kekuatan otot, daya tahan otot dan kelembutan. Terdapat dua pilihan untuk mengukur

    kemampuan aerobik iaitu larian satu batu / jalan dan PACER 20-m, larian ulang-alik pelbagai aras. Perkembangan piawaian rujukan kriteria bagi larian satu batu / berjalan dan PACER diperjelaskan secara terperinci oleh Cureton (Cureton & Warren, 1990).

    Kajian yang dibuat oleh Looney dan Plowman (1992), mendapati sebanyak 75 peratus murid lelaki dan 50 peratus murid perempuan telah mencapai tahap kecergasan

    fizikal berdasarkan kriteria FITNESSGRAM. Kajian tersebut menggunakan ujian pengukuran Indeks Jisim Badan, Lari / Berjalan Satu Batu, Bangkit Tubi Lutut Bengkok, Mendagu dan Jangkauan Melunjur. Peratus ini lebih tinggi apabila dibandingkan dengan bateri ujian lain yang mengukur komponen yang sama. Alat pengukuran bagi larian satu batu / berjalan dan PACER belum pernah lagi diperiksa secara menyeluruh. Buono,

  • 31

    Roby, Micale, Sallis dan Shepard (1991) melaporkan (intrakelas R > .90) yang tinggi bagi taksiran kebolehpercayaan uji ulang-uji terhadap larian satu batu / jalan untuk pelajar gred 5, 8 dan gred 11 apabila pelajar lelaki dan perempuan dicantumkan dalam satu analisis yang sama. Liu, Plowman and Looney (1992) melaporkan pekali kebolehpercayaan intrakelas bagi PACER ialah .91 untuk 12 orang lelaki dan .87 bagi 8

    orang perempuan. Leger, Mercier, Gadoury dan Lambert (1998) telah melakukan kajian bagi uji ulang-uji untuk kebolehpercayaan ujian PACER. Mereka melaporkan pekali kebolehpercayaan intrakelas bagi ujian tersebut adalah .89. Sejumlah 139 lelaki dan perempuan yang berumur di antara 6 hingga 16 tahun telah menjalani ujian tersebut.

    Antropometrik iaitu satu kajian mengenai pengukuran bahagian badan yang tertua dan dipercayai telah dimulakan di Mesir dan Greece. Kaedah ini dipercayai digunakan

    oleh orang Mesir bagi mengukur seluruh anggota badan mereka iaitu pada satu bahagian

    badan atau komponen badan secara umumnya. Mereka melakukannya secara manual iaitu

    dengan menggunakkan anggota tangan iaitu jari hantu sebagai alat pengukur. Perkataan antropometri bermaksud pengukuran manusia yang mana ia merupakan salah satu cabang

    daripada pelbagai pengukuran di dalam komposisi badan manusia (Johnson dan Nelson, 1986).

    Morrow, Jackson, Disch dan Mood (1995), pengukuran komposisi badan manusia melibatkan anggaran peratusan lemak seseorang di mana ia memerlukan penentuan

    kepadatan atau ketumpatan lemak badan seseorang individu. Bowers dan Fox (1998) menyatakan bahawa pada dasamya badan manusia dilengkapi oleh lemak dan berat badan

    tanpa lemak. Berat badan tanpa lemak, merangkumi 40 hingga 50 % berat badan manusia.

    Ia meliputi otot, kulit, tulang dan tisu organ. Jumlah tisu lemak dalam badan pula

  • 32

    bergantung kepada jumlah simpanan sel lemak dan saiz sel itu sendiri. Mereka juga menegaskan bahawa saiz dan jumlah sel lemak dapat dikurangkan melalui latihan dan kawalan pemakanan di peringkat kanak-kanak.

    Prestasi pencapaian atlet juga ada kaitannya dengan komposisi tubuh badan terutamanya yang berkaitan dengan kandungan lemak. Meckel, Atterborn, Grodjinovsky, Ben-Sire dan Rotstein (1995) , telah mendapati bahawa kandungan lemak yang tinggi dalam badan memberikan keputusan yang negatif kepada keupayaan komponen

    kecergasan fizikal tertentu seperti kelajuan , masa tindakbalas, kekuatan otot dan daya tahan otot. Menurut Baumgartner dan Jackson (1999), dalam mengendalikan sesi pengukuran lipatan kulit, seseorang penguji memerlukan antara 50 hingga 100 kali sesi latihan terhadap berlainan subjek. Ini bagi membolehkan teknik pengukuran tersebut menjadi sah dan boleh dipercayai. Oleh itu Keys (1972) telah mencadangkan kaedah pengujian yang menggunakan pengukuran ketinggian dan berat badan individu yang dikenali sebagai Body Mass Index (BMI). Kaedah ini digunakan bagi melihat perkaitan individu dengan tahap kesihatan serta dapat mengkategorikan seseorang individu itu

    kepada darjah obesiti yang sesuai berdasarkan rujukan normanya.

    Kajian telah dijalankan ke atas sekumpulan kanak-kanak lelaki dan perempuan sekolah rendah untuk mengenalpasti hubungan antara ujian prestasi fizikal dengan kandungan lemak badan. Aspek umur, ketinggian, komposisi badan dan berat badan

    diambilkira dalam ujian ini. Ujian fizikal yang dijalankan meliputi ujian lompat menegak, ujian lompat jauh berdiri, ujian mendagu yang diubahsuai, ujian lari pecut 40 ela dan ujian lari 400 ela. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang sigmfikan antara kanak-kanak lelaki dan permpuan dalam kesemua jenis ujian fizikal yang telah

  • 33

    dijalankan. Kanak-kanak lelaki mempunyai ketinggian dan berat badan yang lebih menunjukkan prestasi fizikal yang lebih baik daripada kanak-kanak perempuan (Hensley, East dan Stillwell (1982).

    Kepantasan pergerakan dan kepantasan reaksi adalah merupakan dua angkubah

    yang terpenting dalam lakuan motor. Kedua-dua angkubah ini dapat meningkatkan

    kecekapan dan keberkesanan atlet dalam semua acara sukan. Lazimnya dalam pengujian dan penilaian mengenai kepantasan, komponen-komponen lakuan motor berikut diambil

    kira iaitu masa reaksi, masa pergerakan dan masa gerakbalas. Pada tahun 1930 seorang

    pakar Pendidikan Jasmani, Jensen & Hirst telah membahagikan kepantasan kepada tiga

    komponen iaitu:

    i. Kepantasan pergerakan segmen badan iaitu pergerakan bahagian tubuh badan

    khususnya kepala, tangan dan kaki.

    ii. Kepantasan lari pecut iaitu keupayaan seseorang meningkatkan kadar pecutan

    dalam jarak singkat iii. Kepantasan halaju larian maksimum iaitu halaju maksimum yang dapat

    dicapai dalam larian lebih jauh. Seseorang atlet yang telah menguasai ketiga-tiga komponen ini mempunyai kelebihan

    khusus dalam sesuatu sukan dan permainan.

    Johnson & Nelson (1986), pula mendefinisikan kepantasan sebagai kadar di mana seseorang boleh menggerakkan anggota badan atau sebahagian anggota badan di antara

    dua titik. Corbin & Lindsey (1994), kepantasan sebagai keupayaan untuk melakukan pergerakan dalam masa yang singkat. Bagi menjelaskan perkaitan hubungan kepantasan dan ketepatan, 'Hukum Fitts' menerangkan pertama, masa pergerakan akan meningkat

  • 34

    hanya sedikit apabila jarak pergerakan bertambah. Kedua, masa pergerakan menimgkat semasa tumpuan ketepatan bertambah iaitu apabila sasaran mengecil Ini bermakna masa

    pergerakan akan bertambah secara sistematik dengan dipengaruhi oleh kedua-dua faktor

    diatas.

    Kepantasan adalah sebagai sepantas mana anggota badan bergerak. Kepantasan

    pada dasamya adalah hasil tindakan daya ke atas jasad yang cukup untuk menggerakkan jasad. Kepantasan biasanya melibatkan pergerakan pada kadar yang tetap setelah mengatasai daya rintangan. Terdapat dua komponen daya rintangan atau yang bertindak

    ke atas tubuh badan manusia iaitu daya positif dan daya negatif. Daya positif membantu

    pergerakan melalui kontraksi otot. Daya negatif pula bergantung kepada sifat aktiviti.

    Oleh itu, kepantasan dapat ditingkatkan dengan memperbaiki faktor positif melalui

    latihan kekuatan. la juga boleh ditingkatkan dengan cam meminimumkan faktor negatif iaitu meningkatan koordinasi neuromuskular dan kelembutan bertujuan mengurangkan daya tarikan graviti serta nyah-pecutan anggota badan. Antara ujian yang lazim digunakan bagimengukur kepantasan adalah lari pecut 4 saat, lari pecut 6 saat, lari pecut

    50 ela, lari pecut 30 meter, lari pecut 8 saat dan lari landas 20 ela (Kreighbaum & Barthels, 1990).

    Baumgartner & Jackson (1999), menjelaskan ketangkasan adalah kemampuan mengubah kedudukan badan dan arah secara pantas. Barrow & McGee (1979), mendefinisikan ketangkasan sebagai merujuk kepada kepantasan dan ketepatan semasa mengubah arah pergerakan sebahagian atau keseluruhan badan. Johnson dan Nelson

    (1986) juga menyatakan ketangkasan merupakan kebolehan fizikal seseorang yang dapat mengubah kedudukan badan dan arah secara tepat dan cepat. Sifat ketangkasan bukan

  • 35

    sahaja melibatkan kepantasan tetapi juga termasuk kebolehan badan membuat perubahan pergerakan atau arah pergerakan seeara tiba-tiba. Keberkesanan ketangkasan dapat dilihat

    apabila ia digabungkan dengan faktor-faktor kecergasan lain.

    Barrow dan McGee (1973), menyatakan keberkesanan ketangkasan dapat dipertingkatkan dengan gabungan aspek-aspek kekuatan, daya tahan otot, kepantasan,

    deria kinestetik dan koordinasi. Faktor kekuatan dan dayatahan otot boleh meningkatkan

    kepantasan, maka seeara tidak langsung faktor tersebut boleh mempengaruhi

    keberkesanan ketangkasan. Seseorang boleh bertindak lebih tangkas dengan

    mengubahsuaikan darjah ketepatan dan konsistensi bagi kedudukan badan atau bahagian badan tertentu semasa bergerak dalam ruang. Selain itu, faktor koordinasi yang baik dapat

    dihubungkaitkan dengan ciri semulajadi sesuatu pergerakan. Faktor koordinasi dapat meningkatkan lagi keberkesanan faktor ketangkasan. Ujian kecergasan motor yang biasa digunakan bagi mengukur tahap kecergasan motor adalah ujian lari ulang alik 30 kaki, ujian ketangkasan SEMO, ujian lompat kuadran, ujian lari zig-zag dan lompat menegak. Ujian ketangkasan lazimnya mempunyai tiga komponen iaitu pertukaran dalam arah larian, perubahan dalam kedudukan badan dan pertukaran arah sebahagian badan.

    Kebolehan dan keberkesanan ketangkasan melibatkan faktor masa reaksi dan masa

    pergerakan yang mana ia dikaitkan dengan kelajuan dan ketepatan tentang reaksi satu kumpulan otot tertentu untuk bertindakbalas ke atas sebarang aktiviti lakuan motor.

    Kecergasan kardiovaskular memerlukan otot jantung dan sistem vaskular yang cergas, sistem respiratori dan darah yang efisyen dan memerlukan tisu-tisu otot yang

    cergas untuk menggunakan oksigen. Kecergasan kardiovaskular juga dikenali sebagai daya tahan kardiovaskular kerana seseorang atlit yang mempunyai kecergasan ini boleh

  • 36

    melabukan latihan fizikal untuk suatu jangkamasa yang lama tanpa merasa lesu. la dirujuk sebagai kecergasan kardiorespiratori kerana memerlukan pengangkutan dan penggunaan oksigen. Istilah kecergasan aerobik juga digunakan untuk kecergasan kardiovaskular kerana kapasiti aerobik merupakan indikator yang terbaik untuk menilai

    tahap kecergasan kardiovaskular dan untuk meramal kemampuan untuk melakukan

    latihan atau aktiviti fizikal beraerobik. Kecergasan kardiovaskular didefinisikan sebagai

    keupayaan jantung, salur darah, darah dan sistem respiratori untuk membekalkan oksigen kepada otot-otot dan keupayaan otot-otot untuk menggunakannya untuk melakukan

    aktiviti (Corbin dan Lindsey, 1997). Ketahanan kardiovaskular membawa maksud keupayaan sistem peredaran darah (jantung dan saluran-saluran darah) untuk membekalkan oksigen kepada otot-otot yang aktif semasa melakukan kerja fizikal ataupun senaman. Semakin banyak oksigen yang boleh dibekalkan, semakin banyak kerja fizikal boleh dilakukan dan kekurangan oksigen boleh menyebabkan kelesuan.

    Bagi mengukur pengambilan oksigen yang maksimum, Baumgartner dan Jackson

    (1991), telah mengesyorkan supaya beban kerja ditingkatkan secara beransur-ansur sehingga subjek tidak berupaya untuk meneruskan aktivitinya. Menurut mereka pengambilan oksigen adalah pada paras yang maksimum apabila peningkatan beban kerja yang seterusnya tidak lagi meningkatkan kadar pengambilan oksigen.

    Penilaian terhadap kemampuan kardiovaskular boleh dilaksanakan dengan

    mengukur VO2 max. Menurut Lockette dan Keyes (1994), pengukuran VO2 max adalah paling tepat untuk mengukur tahap kecergasan kardiovaskular seseorang. Corbin dan

    Lindsey (1984), menyatakan bahawa VO2 max juga merujuk kepada kapasiti aerobik iaitu kemampuan seseorang individu menggunakan oksigen dalam satu minit latihan yang

  • 37

    maksima. Individu yang mempunyai daya tahan kardiovaskular yang tinggi boleh

    menggunakan lima atau enam liter oksigen per unit masa semasa berlari di atas treadmill

    atau mengayuh basikal. Individu yang sederhana pula hanya menggunakan dua atau tiga

    liter per minit dalam satu sesi latihan. V02 max sering dirujuk mengikut saiz badan seseorang kerana individu yang bersaiz besar boleh mencatatkan keputusan yang tinggi

    kerana saiz mereka.

    Terdapat beberapa kaedah yang digunakan pada hari ini untuk mengukur tahap

    kecergasan kardiovaskular seseorang. Kaedah-kaedah ini termasuklah Ujian Cooper, Ujian Menapak Harvard, Ujian Beep, Ujian Treadmill dan Ujian "Ergometer Bicycle". Untuk tujuan kajian ini, kaedah Ujian Cooper atau juga dikenalpasti sebagai Larian 12 Minit telah digunakan.

    Kekuatan selalunya dikaitkan dengan latihan fizikal yang lebih mementingkan

    peningkatan penggunaan tenaga. Menurut Johnson dan Nelson (1986), kekuatan adalah keupayaan tenaga otot di antara keadaan objek yang bergerak dan tidak bergerak, yang mana ianya diukur melalui ujian yang akan menunjukkan pergerakan atau posisi badan. Kekuatan otot adalah satu daya yang boleh diaplikasi dengan pengucupan sekumpulan

    otot yang bertindak sebagai tenaga yang boleh melebihi rintangan di dalam satu daya

    maksima.

    Sebelum tahun 1950an, jurulatih dan atlit percaya bahawa latihan bebanan tidak boleh meningkatkan kekuatan yang diperlukan dalam sukan berprestasi tinggi. Tambahan

    pula, kelajuan pergerakan juga akan terhalang oleh latihan bebanan. Walau bagaimanapun, selepas tahun 1950an, terdapat kajian-kajian yang menunjukkan bahawa kekuatan otot boleh meningkat dengan adanya latihan bebanan dan kelajuan pergerakan.

  • 38

    Baker dan Nance (1999), telah membuat kajian mengenai perkaitan di antara kekuatan dengan kuasa di dalam Liga Ragbi Profesional di Amerika Syarikat Kajian dilakukan terhadap 20 orang pemain ragbi profesional dan hasil kajian menunjukkan prestasi pecut mempunyai perkaitan yang tinggi dengan kekuatan otot. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan di antara jisim badan dengan prestasi kuasa pecut.

    Keupayaan seseorang pemain ragbi adalah dinilai berdasarkan prestasinya dalam

    permainan. Seseorang pemain mungkin telah bermain dengan cemerlang atau dibawah

    keupayaan sebenar ataupun bermain dengan buruk. Keupayaan yang dinilai adalah

    kemahiran yang diperlukan dalam permainan ragbi. Kemahiran merangkumi pergerakan

    dan untuk menghasilkan pergerakan, banyak perkara perlu dimiliki dengan betul.

    Kemahiran memerlukan kawalan yang mengandungi elemen kuasa, masa reaksi, masa

    motor, kordinasi, imbangan dan ketepatan. Kawalan adalah aksi otot dan saraf iaitu

    dengan membuat latihan bagi kawalan secara berterusan dan berulang-ulang, seseorang

    pemain dapat meningkatkan kemahiran mereka (Craven, 1979).

    Kajian tentang potensi kekuatan, kuasa dan ciri-ciri antropometrik ke atas prestasi lompat vertikal dalam kemahiran rejaman dan gerak balas lompatan vertikal dalam permainan bola tampar telah dijalankan pada tahun 2008. Tujuh subjek terbaik dan tujuh subjek yang paling lemah telah menjalani ujian lompatan rejaman dan ujian lompatan gerak balas vertikal. Mereka mendapati di kalangan pemain elit bola tampar, prestasi

    kitaran regangan yang pendek dan kemampuan untuk melakukan beban regangan yang

    tinggi adalah prestasi yang kritikal dalam lompatan yang berkaitan dengan prestasi bola

    tampar (Sheppard, Cronin, Gabbett, McGuigan, Etxebarria dan Newton, 2008).

  • 39

    Gabbett, Johns dan Riemann (2008) telah melaporkan tentang adaptasi masa latihan ke atas pemain liga ragbi junior yang berumur bawah 15 tahun dengan pemain bawah 18 tahun. Seramai 14 orang pemain bawah 15 tahun dan 21 orang pemain bawah

    18 tahun telah mengambil bahagian dalam latihan pra-musim untuk kekuatan,

    pengadaptasian dan program kemahiran selama 10 minggu yang merangkumi 3 sesi

    setiap minggu. Senma subjek menjalani pengukuran antropometrik, ujian lompat vertikal untuk kekuatan otot, ujian pecut 10m, 20m dan 40m untuk kepantasan, ujian 505 untuk ketangkasan dan ujian kecergasan pelbagai tahap bagi daya tahan kardiovaskular sebelum dan selepas latihan. Semua pemain juga menjalani bateri ujian kecergasan setiap 3 minggu untuk menilai tempoh masa adaptasi dengan rangsangan latihan yang ditetapkan.

    Bateri ujian yang digunakan adalah ujian tekan tubi 60 saat, ujian bangkit tubi, ujian mendongak dagu serta ujian lompat vertikal untuk daya tahan otot. Terdapat peningkatan dalam kuasa maksimal aerobik dan daya tahan otot di kalangan pemain bawah 15 tahun

    dan bawah 18 tahun yang mengikuti latihan. Peningkatan dalam kepantasan, kekuatan

    otot, kuasa maksimal aerobik dan daya tahan otot bahagian atas badan adalah tinggi di

    kalangan pemain junior yang berumur bawah 15 tahun manakala peningkatan daya tahan otot pada bahagian bawah badan adalah tinggi dalam pemain junior yang bawah 18 tahun. Hasil kajian menunjukkan pemain ragbi bawah 15 tahun dan yang berumur bawah 18 tahun mempunyai adaptasi yang berbeza dalam rangsangan latihan dan program latihan

    perlu diubah suai berdasarkan kematangan dan umur latihan.

    Kajian mengenai ketangkasan reaktif pemain liga ragbi Australia dan untuk menentukan sama ada kualiti tersebut mempunyai perbezaan di antara pemain yang

    memiliki kemahiran yang tinggi dan yang rendah telah dijalankan. 24 pemain elit dan 42

  • 40

    orang pemain separa elit telah menjalani ujian spesifik permainan untuk menguji ketangkasan reaksi tindak balas. Pemain elit memiliki maklumbalas ketepatan yang lebih

    baik berbanding dengan separa elit, kepantasan membuat keputusan dan masa pergerakan

    dalam ujian ketangkasan reaksi tindak balas berbanding dengan pemain-pemain separa elit Ujian ketangkasan reaksi tindak balas yang dijalankan menunjukkan empat perbezaan klasifikasi iaitu (1) membuat keputusan dan perubahan dalam latihan kepantasan dalam penggabungan fizikal yang baik dan keupayaan tanggapan. (2) Latihan membuat keputusan dibawah purata untuk membentuk keupayaan membuat tanggapan.

    (3) Perubahan dalam arah latihan kepantasan dibawah purata untuk membentuk atribut-atribut atau (4) satu pengabungan dibawah purata di antara membuat keputusan dan perubahan dalam membuat keputusan untuk membentuk fizikal dan keupayaan membuat

    tanggapan. Keputusan kajian ini menunjukkan ujian ketangkasan reaksi tindak balas membezakan di antara pemain liga ragbi yang berkemahiran tinggi dan rendah. Dapatan

    kajian ini juga menunjukkan kepentingan sumbangan kemahiran membuat tanggapan kepada ketangkasan kepada pemain dalam liga ragbi (Gabbett dan Benton, 2007).

    Menurut Gabbett, Kelly, Ralph dan Driscoll (2007) yang telah membuat penyelidikan tentang ciri-ciri fizikal pemain liga ragbi junior yang bertanding pada tahap elit dan separa elit. Kajian juga dijalankan untuk menentukan sama ada pengukuran kecergasan pra-musim mempunyai perbezaan secara signifikan ke atas pemain utama

    untuk bermain dalam perlawanan pertama dalam musim tersebut berbanding dengan

    pemain simpanan. 36 pemain junior tahap separa elit dan 28 pemain tahap elit dalam liga junior ragbi mengambil bahagian dalam kajian ini. Semua subjek kajian telah menjalani pengukuran antropometrik, ujian kepantasan, ujian 505, lompat vertikal dan ujian

  • 41

    kecergasan pelbagai tahap pada permulaan musim pertandingan. Pemain elit mempunyai

    kepantasan, kepantasan dalam menukar arah, lompat vertikal dan kuasa maksimal aerobik

    yang lebih baik berbanding dengan pemain separa elit. Pemain utama kumpulan elit

    adalah lebih tinggi dan berat berbanding dengan pemain simpanan yang tidak terpilih

    untuk bermain dalam perlawanan pertama. Begitu juga, pemain utama separa elit memiliki ketinggian yang lebih baik dan mempunyai kepantasan untuk menukar arah

    dengan lebih baik berbanding dengan pemain simpanan. Kuasa maksimal aerobik

    menunjukkan perbezaan yang tinggi di antara pemain utama dengan pemain simpanan untuk kedua-dua kumpulan elit dan separa elit. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat ciri-ciri fizikal yang membezakan antara pemain utama dengan pemain simpanan

    dalam pasukan liga ragbi junior. Kajian dalam menentukan sama ada keputusan ujian fisiologi, antropometrik dan

    kemahiran mampu membezakan di antara 28 pemain bola tampar junior yang mengikuti program pemilihan pengenalpastian bakat bola tampar. Mereka telah menjalani pengukuran dalam ketinggian, ketingian mencapai sambil berdiri, indeks jisim badan, ketebalan lemak badan, balingan bola medicine dari atas kepala, lompat vertikal,

    lompatan rejaman, kepantasan 5m dan 10m, ujian ketangkasan "T", kuasa aerobik maksimal, dan menghantar, setting, membuat servis, teknik rejaman dan ketepatan. Analisis yang telah dijalankan ke atas kumpulan terpilih dan yang tidak terpilih untuk mendapatkan persamaan regresi yang boleh digunakan untuk pemilihan pasukan bola

    tampar junior berdasarkan ujian kemahiran. Teknik menghantar dan membuat servis adalah variabel signifikan yang dimasukkan dalam analisis perbezaan. Analisis yang

    dilakukan menunjukkan keputusan ujian kemahiran yang terpilih menunjukkan perbezaan

  • 42

    ketara di antara pemain yang berjaya terpilih berbanding dengan yang tidak berjaya dipilih. Keputusan ini menunjukkan kepentingan dalam membentuk teknik menghantar dan membuat servis ke atas pemain-pemain junior pengenalpastian bakat bola tampar (Gabbett, Georgieff dan Domrow, 2007).

    Farrow, Young dan Bruce (2005) telah membina suatu kaedah pengukuran ketangkasan yang baru iaitu dengan menggunakan tayangan video bagi sukan bola jaring dan menentukan kebolehpercayaan ujian tersebut dengan kaedah uji ulang-uji. Seramai 32 orang pemain bola jaring iaitu 12 orang pemain bola jaring berkemahiran tinggi, 12 orang pemain berkemahiran sederhana tinggi dan 8 orang pemain yang berkemahiran

    rendah. Subjek akan bertindak mengikut pergerakan pemain lawan yang dihasilkan di layar tayangan dan masa dicatatkan untuk merekodkan ketangkasan. Hasil kajian mendapati kumpulan berkemahiran tinggi secara signifikan lebih laju daripada kumpulan yang berkemahiran rendah dalam ujian reaktif dan dapat membuat keputusan lebih cepat berbanding dengan kumpulan tersebut Kumpulan yang berkemahiran sederhana lebih

    laju daripada kumpulan berkemahiran rendah dalam ujian reaktif. Pendekatan ujian menghasilkan kebolehpercayaan uji ulang uji dengan korelasi intra kelas iaitu r = .83.

    Kajian tentang prestasi fizikal, antropometrik dan ciri-ciri kemahiran mengikut posisi permainan spesifik ke atas pemain liga ragbi separa elit telah dijalankan. Seramai 86 pemain ragbi separa elit terlibat dalam kajian tersebut. Semua subjek menjalani pengukuran atropometrik (tinggi, indeks jisim badan dan jumlah lipatan 4 lokasi lemak badan), kekuatan otot (lompat vertikal), kepantasan (10m, 20m, dan 40m pecut), kepantasan pertukaran arah (larian L), dan kuasa maksima aerobik (ujian kecergasan pelbagai tahap). Dua orang pakar jurulatih telah menilai kemahiran pemain-pemain

  • 43

    tersebut dengan menggunakan kriteria teknikal yang standard. Pemain forwards adalah lebih berat dan mempunyai peratusan lemak badan yang tinggi berbanding dengan

    kumpulan hacks. Lagi pun kwnpulm forwards memUiki kepantasan perubahan arah yang rendah dan kepantasan 20m dan 40m lebih rendah daripada kumpulan backs. Namun

    begitu, kumpulan forwards mempunyai keupayaan untuk langgar dan berpusing yang lebih baik daripada kumpulan backs. Bagi kemahiran mengelak, kumpulan backs adalah

    lebih baik daripada kumpulan forwards. Kumpulan backs pula memiliki kemahiran yang tinggi ketika tekanan dalam perlawanan berbanding dengan kumpulan forwards. Mereka juga mempunyai tangkapan, membawa bola dan kemahiran hantaran asas dengan lebih baik daripada kumpulan forwards. Hasil kajian menunjukkan prestasi fizikal, antropometrik dan kualiti kemahiran pemain liga ragbi separa elit adalah pelbagai

    mengikut posisi permainan (Gabbett, Kelly dan Pezet, 2007).

    Kajian tentang fisiologi dan antropometrik oleh Gabbett dan Georgieff (2007) terhadap pemain bola tampar junior yang bertanding pada tahap elit, separuh elit dan novis telah membuktikan suatu standard dalam prestasi mereka. Sejumlah 153 orang pemain junior iaitu 34 orang pemain peringkat kebangsaan (14 lelaki, 20 wanita), 58 orang pemain peringkat negeri (16 lelaki dan 42 wanita) dan 61 orang pemain peringkat novis (27 lelaki dan 34 wanita) telah mengambil bahagian dalam kajian tersebut. Kesemua subjek telah menjalani pengukuran antropometrik yang standard (jisim badan, tinggi, mencapai ketinggian sambil berdiri, dan jumlah lipatan 7 lokasi lemak badan), kekuatan otot bahagian bawah badan (lompat vertikal dan lompat rejam), kekuatan otot bahagian atas badan (balingan bola medicine atas kepala), kepantasan (5m dan 10m pecut), ketangkasan (ujian-T) dan kuasa maksima jangkaan aerobik (ujian kecergasan

  • 44

    pelbagai tahap) semasa fasa pertandingan dalam musim pertandingan. Perbezaan signifikan diperolehi di kalangan pemain junior bola tampar kebangsaan, negeri dan novis untuk tinggi, mencapai ketinggian sambil berdiri, lipatan lemak badan, kekuatan otot

    bahagian bawah badan, ketangkasan dan jangkaan kekuatan aerobik maksima. Dapatan kajian memberikan data normatif dan standard prestasi bagi pemain bola tampar junior yang bertanding pada tahap elit, separuh elit dan novis. Jurulatih perlu memberi

    penumpuan pada latihan kekuatan otot bahagian bawah badan, ketangkasan dan jangkaan kuasa maksima aerobik untuk membaiki tahap prestasi permainan pasukan masing-

    masing.

    Penyelidikan tentang perhubungan di antara kecergasan fizikal dan keupayaan

    bermain ragbi berdasarkan ciri-ciri fisiologi, antropometrik dan kemahiran pemain liga

    ragbi telah dibuat Seramai 86 pemain liga ragbi telah menjalani Ujian antropometrik iaitu tinggi, indeks jisim badan dan empat ujian lokasi peratusan lemak, ujian kekuatan otot iaitu lompat vertikal, ujian kepantasan iaitu 10,20,40m lari pecut, ujian ketangkasan iaitu larian L, ujian kuasa maksima aerobik iaitu ujian kecergasan pelbagai tahap dan ujian kemahiran ragbi iaitu ujian hantaran, keupayaan membawa bola, kemahiran tackling dan mengelak. Hasil kajian menunjukkan semua ujian kemahiran yang dipilih adalah penentu kejayaan sebagai pemain ragbi liga yang berjaya dan kurang berjaya dan bukannya ciri fisiologi dan antropometrik. Namun demikian semua ciri fisiologi dan antropometrik

    adalah berkait rapat dalam keupayaan bermain ragbi. Tahap kecergasan yang tinggi

    adalah penyumbang kepada keberkesanan keupayaan bermain bagi pemain-pemain ragbi

    tersebut. Program latihan khusus kepada permainan yang merangkumi keupayaaan fizikal

  • 45

    dan latihan kemahiran dapat membentuk dan meningkatkan keupayaan kecergasan fizikal

    kepada prestasi kompetitif pemain dalam liga ragbi (Gabbett, Kelly dan Pezet, 2007). Gabbet (2007) melaporkan ciri-ciri fisiologi dan antropometrik pemain wanita elit

    liga ragbi dan membina prestasi fizikal yang piawai bagi mereka. 32 pemain wanita liga

    ragbi telah menjalani ujian antropometrik iaitu tinggi, indeks jisim badan dan ujian peratusan 7 lokasi lemak, ujian kekuatan otot iaitu lompat vertikal, ujian kepantasan iaitu 10, 20,40m lari pecut, ujian ketangkasan iaitu ujian 505, ujian kemampuan glikotik iaitu ujian ketangkasan glikotik dan ujian kuasa maksima aerobik iaitu ujian kecergasan pelbagai tahap. Dapatan kajian menunjukkan pemain wanita dalam liga ragbi elit mempunyai kepantasan dan ketangkasan yang rendah, kekuatan otot dan kemampuan

    glikotik serta kecergasan kardiovaskular yang rendah dan mempunyai indeks jisim badan dan peratusan lemak yang lebih tinggi berbanding dengan atlit sukan berpasukan wanita

    yang lain yang telah dilaporkan. Hasil kajian menunjukkan keperluan untuk membentuk semua parameter fisiologi untuk membolehkan semua pemain wanita elit liga ragbi dapat

    menyaingi mengikut kehendak pertandingan, mengurangkan kelesuan iaitu

    mengurangkan kesilapan dalam pelaksanaan kemahiran dan mengurangkan risiko

    kecederaan.

    Kajian tentang kesan adaptasi latihan berasaskan kemahiran dan penyesuaian tradisional telah dilakukan oleh Gabbett (2006) untuk meningkatkan kepantasan, ketangkasan, kekuatan otot dan kecergasan kardiovaskular pemain-pemain liga ragbi.

    Seramai 69 orang pemain liga ragbi telah menjalani ujian kecergasan fizikal. Ujian kekuatan otot iaitu lompat vertikal, ujian kepantasan iaitu 10, 20, 40m lari pecut, ujian ketangkasan iaitu larian L dan ujian kuasa maksima aerobik iaitu ujiian kecergasan

  • 46

    pelbagai tahap. Hasil kajian menunjukkan adaptasi penyesuaian berasaskan kemahiran permainan merupakan suatu kaedah yang efektif semasa fasa pertandingan bagi pemain

    liga ragbi. Tambahan pula penyesuaian kemahiran yang diberikan membolehkan para

    pemain mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam persekitaran yang kompetitif.

    Penyesuaian berasaskan kemahiran merupakan kaedah alternatif yang praktikal

    berbanding dengan penyesuaian tradisional untuk meningkatkan kapasiti fisiologi dan

    prestasi permainan pemain liga ragbi.

    Kajian ke atas kumpulan kanak-kanak ielaki dan perempuan sekolah rendah untuk mengenalpasti hubungan antara ujian prestasi fizikal dengan kandungan lemak badan telah dijalankan. Aspek umur, ketinggian, berat badan dan komposisi badan diambilkira dalam ujian ini. Ujian fizikal yang dijalankan meliputi ujian lompat menegak, ujian lompat jauh berdiri, ujian mendagu yang diubahsuai, ujian lari pecut 40 ela dan ujian lari 400 ela. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara kanak-kanak Ielaki dan perempuan dalam kesemua jenis ujian fizikal yang telah dijalankan. Kanak-kanak Ielaki adalah lebih tinggi, lebih berat dan menunjukkan prestasi fizikal yang lebih baik berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Akan tetapi tiada

    perbezaan yang signifikan dalam komposisi badan di mana ia merupakan alasan yang

    baik bag