133410873 ujian kecergasan motor

37
HBPE 2203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI 1 NAMA : FAIZAH BINTI HARUN NO. KAD PENGENALAN : 810604-12-5344 OPSYEN : BAHASA MELAYU NO MATRIK : 810604125344001 PUSAT PEMBELAJARAN : OUM KENINGAU NAMA E-TUTOR : ENCIK RAZAK BIN SULONG

Upload: jaysri

Post on 01-Feb-2016

531 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

ujian motor

TRANSCRIPT

Page 1: 133410873 Ujian Kecergasan Motor

HBPE 2203

PENGUKURAN DAN PENILAIAN

DALAM PENDIDIKAN JASMANI

1

NAMA : FAIZAH BINTI HARUN

NO. KAD PENGENALAN : 810604-12-5344

OPSYEN : BAHASA MELAYU

NO MATRIK : 810604125344001

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM KENINGAU

NAMA E-TUTOR : ENCIK RAZAK BIN SULONG

Page 2: 133410873 Ujian Kecergasan Motor

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

ISI KANDUNGAN 2

LATAR BELAKANG UJIAN 3 - 10

PROSEDUR UJIAN 11 - 21

PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA 22

PERBINCANGAN NORMA PERBANDINGAN 23 - 24

ANALISIS DATA PEROLEHAN UJIAN KECERGASAN 25

KESIMPULAN 26

RUJUKAN 27

2

Page 3: 133410873 Ujian Kecergasan Motor

LATAR BELAKANG UJIAN

Bateri ujian kecergasan motor telah lama diperkenalkan oleh pakar Pendidikan Jasmani

dari Negara-negara barat seperti Amerika Syarikat.Oleh kerana kesahan dan kebolehpercayaan

ujian kecergasan motor yang diperoleh, ia digunakan juga oleh pengamal Pendidikan Jasmani

dan Sains Sukan di Malaysia.Pembinaan bateri ujian kecergasan motor menumpukan kepada

kaedah membina bateri ujian, prosedur ujian, penentuan kesahan, kebolehpercayaan dan objektif

ujian berdasarkan persekitaran sekolah Malaysia.Jadual 1 menunjukkan senarai ujian kecergasan

motor mengikut komponen asas.

Komponen Ujian Nama Ujian

Kepantasan

Ujian lari pecut 30 meter

Ujian lari 50 ela

Ujian lari pecut 6 saat

Koordinasi

Ujian mengelecek bola keranjang

Ujian mengawal-mengelecek AAHPERD

Ujian melontar bola keranjang

Keseimbangan

Ujian dirian bangau

Ujian kayu bass melintang

Ujian kayu bass menegak

Ketangkasan

Ujian lompat kaudran

Ujian lari ulang alik 30 kaki

Ujian ketangkasan SEMO

Kuasa

Ujian lompat jauh berdiri

Ujian lompat menegak

Ujian lompat kuasa menegak

Jadual 1: Senarai Ujian Kecergasan Motor

Kajian yang dilakukan oleh McCloy (1934) bertujuan membentuk bateri ujian kecergasan motor

am McCloy’s General Motor Ability Test.Beliau telah berjaya mengukur kecergasan motor

3

Page 4: 133410873 Ujian Kecergasan Motor

berdasarkan pengukuran ke atas komponen kekuatan, ujian kepantasan, ujian kuasa dan

koordinasi pergelangan bahu dan lengan.Humiston (1937) mendapati bahawa prosedur pengujian

dan pengukuran yang tepat sangat penting bagi mengukur status kecergasan motor.Beliau telah

memperkenalkan prosedur ujian ke atas komponen kemahiran asas manipulatif, koordinasi dan

kepantasan.Kelemahan ujian yang dijalankan oleh Humiston ialah kesukaran penguji mengukur

prestasi beberapa ujian yang disenaraikan kerana prosedur ujian yang diperkenalkan tidak jelas

dan meragukan.Jika hendak dibandingkan, ujian yang diperkanalkan oleh McCloy adalah lebih

objektif dan mudah dilaksanakan.Hasil dapatan McCloy (1934) dan Humiston (1937)

menunjukkan bahawa di antara komponen ujian yang sesuai digunakan bagi mengukur

kecergasan motor ialah ujian kepantasan, kuasa dan koordinasi.Pengukuran tahap prestasi

kecergasan motor memerlukan prosedur ujian yang jelas dan mudah difahami oleh

penguji.Selain daripada mengenal pasti ujian yang dapat mengukur komponen kecergasan motor

perhatian harus diberikan kepada nilai kesahan dan kebolehpercayaan ujian.Keberkesanan

mengukur prestasi kecergasan motor adalah bergantung kepada jenis dan kesahan ujian yang

dipilih.Kajian yang dibuat oleh Powel & Howe (1939), ke atas ujian lompat jauh berdiri, lari

pecut 60 ela, melontar bola dan lompat menegak memperoleh nilai kesahan antara 0.63 hingga

0.77.Dapatan yang hampir sama juga diperoleh melalui ujian melontar bola keranjang, lari pecut

6 saat, melantun bola keranjang ke dinding dan lompat jauh berdiri yang terdapat dalam bateri

ujian kecergasan motor Scott Motor Ability Test for High School Girls.

Kajian yang dilakukan oleh Powel & Howe (1939) dan Scott (1939) adalah tidak

menyeluruh dan hanya mengambil kira faktor kuasa, kekuatan, kepantasan dan koordinasi

sebagai cirri kecergasan motor.Walau bagaimanapun, kajian mereka telah dapat memberi satu

gambaran awal tentang prosedur menentukan kesahan kriteria ujian dan menghasilkan ujian yang

dapat mewakili bateri ujian kecergasan motor.Hasil kajian yang dilakukan oleh McCloy (1940),

berjaya menghasilkan sepuluh elemen kecergasan motor iaitu kekuatan otot; tenaga dinamik;

keupayaan menukar arah; kelembutan; ketangkasan; penglihatan sisi; penglihatan baik;

penumpuan; kefahaman mekanik aktiviti; dan perlakuan tanpa gangguan.Berdasarkan dapatan

kajian McCloy, beliau mendapati komponen ujian masa reaksi dan ujian ketangkasan boleh

digunakan bagi mengukur ujian kecergasan motor.

4

Page 5: 133410873 Ujian Kecergasan Motor

Menurut Larson (1941), ujian kecergasan motor dapat ditentukan lebih berkesan dengan

menggunakan kaedah analisis faktor bagi menentukan komponen utama ujian.Kaedah pemilihan

ujian menggunakan teknik tersebut telah dilakukan olrh ramai penyelidik terdahulu antaranya

Safrit & Wood, (1987) dan Baumgartner & Jackson (1999).Kebanyakan penyelidik tersebut

membuat klasifikasi kecergasan motor berdasarkan kaedah analisis faktor bagi mengenal pasti

ciri kecergasan motor.Scott (1943) berjaya memperkenalkan ujian kecergasan motor Scott Motor

Ability Test berdasarkan teknik kolerasi tersebut.Bateri ini mengandungi lima ujian iaitu

melontar bola keranjang, ujian lari pecut 30 meter, lompat jauh berdiri, membaling dan

menangkap bola dan lari berhalangan.Dapatan kajian yang dilakukan oleh O’Connor & Cureton

(1945) mendapati ujian keseimbangan, ujian ketangkasan dan ujian kuasa dapat mengukur

kecergasan motor.

Barrow (1954) telah berjaya menghasilkan bateri ujian kecergasan motor iaitu Barrow

Motor Ability Test.Bateri ujian ini digunakan untuk mengukur pencapaian kecergasan motor

pelajar serta membina norma.Bateri tersebut diperoleh dengan cara mengukur lapan faktor iaitu

kuasa(lompat menegak dan lompat jauh berdiri), koordinasi lengan-bahu(melontar bola

keranjang), ketangkasan (lari zig-zag), koordinasi mata-tangan(melantun dan menangkap bola),

kekuatan(tekan tubi), kepantasan(lari landas 60 ela), keseimbangan(dirian bangau) dan

kelembutan.Daripada lapan faktor tersebut, hanya enam ujian sahaja yang dapat menjangkakan

sebanyak 70 peratus varian kecergasan motor pelajar.Keenam ujian tersebut adalah lompat jauh

berdiri(kuasa), membaling bola sofbol(koordinasi lengan-bahu), larian zig-zag(ketangkasan),

membaling dan menangkap bola(koordinasi mata-tangan), melontar bola segar(kekuatan) dan

lari pecut 60 ela(kepantasan).

Keogh (1965) dalam cubaannya mengumpul data mengenai ujian kecergasan motor di

kalangan pelajar sekolah rendah juga telah menggunakan kajian lampau dengan tambahan

beberapa ujian seperti ujian lari pecut 30 ela, lari ulang alik, lompat jauh berdiri, lari berpagar,

melontar bola, membaling bola ke sasaran, keseimbangan, kekuatan gengaman tangan kanan, lari

sisi, lompat tinggi dan berjalan atas palang.Kebanyakan ujian kecergasan motor melibatkan

beberapa percubaan untuk mendapatkan skor ujian.Menurut Baumgartner dan Jackson(1970),

pengukuran berdasarkan min skor prestasi subjek sepatutnya digunakan dalam satu ujian.Kajian

yang dilakukan oleh Clarke(1971), Beunen & Malina (1988) menunjukkan bahawa keupayaan

5

Page 6: 133410873 Ujian Kecergasan Motor

berlari lazimnya dinilai berdasarkan ujian kepantasan dan kuasa, manakala ketangkasan diuji

berdasarkan kecekapan menukar arah kedudukan badan.Ujian lompat jauh berdiri dan lompat

menegak digunakan bagi mengukur kuasa kaki.Menurut Barrow & McGee (1971) skor ujian

kecergasan motor boleh digunakan sebagai penganggar kecekapan pergerakan asas dan

kemahiran motor.

Kajian yang dilakukan oleh Thomas & French (1985) mendapati kanak-kanak perempuan

mempunyai prestasi tahap kecergasan motor yang berbeza dengan lelaki dalam aspek

keseimbangan.Suasana persekitaran pengajaran pembelajaran yang diterima oleh kanak-kanak

dapat memberi kesan terhadap prestasi kecergasan motor.Mengikut Arnet, Deluccia & Gilmartin

(2000), latihan kemahiran yang diberi kepada kanak-kanak dalam keadaan mereka keletihan

adalah tidak bersesuaian untuk peningkatan prestasi kecergasan motor.

Hasil kajian yang dilakukan oleh McKenzie, Sallis, Broyles & Zive (2002), juga

mendapati kanak-kanak perempuan mempunyai prestasi kecergasan motor yang lebih baik dalam

aspek lompatan dan keseimbangan berbanding lelaki.Manakala kanak-kanak lelaki pula

menunjukkan pencapaian yang lebih baik dalam aspek keupayaan menangkap dan menyambut

bola.Menurut McKenzie, Sallis, Broyles & Zive (2002), perbezaan jantina dalam kecergasan

motor akan sentiasa bertambah dari masa ke semasa kerana prestasi kecergasan motor

dipengaruhi oleh faktor peluang, harapan keluarga dan keperluan dalam persekitaran

tertentu.Penglibatan kanak-kanak lelaki dalam aktiviti fizikal lebih banyak dan lebih lasak

berbanding perempuan pada usia 12 tahun.Hasil kajian Raudsepp & Paasuke (1995) juga

mendapati kanak-kanak perempuan menunjukkan keupayaan yang lebih tinggi dalam

keseimbangan menakala kanak-kanak lelaki menunjukkan pencapaian yang lebih tinggi dalam

keupayaan yang melibatkan kuasa seperti membaling dan lompatan.

Malina (1988) mencadangkan bahawa perkembangan kecergasan motor seharusnya

dinilai berdasarkan etnik kerana masih terdapat perbezaan kecil dalam prestasi kecergasan motor

antara etnik tetapi tidaklah sentiasa kekal.Kajian yang dilakukan oleh Arnet, DeLuccia &

Gilmartin (2000) dan McKenzie, Sallis, Broyles & Zive (2002) mendapati tidak terdapat

perbezaan prestasi kecergasan motor di antara etnik dalam aspek keseimbangan, ketangkasan,

koordinasi dan komposisi lemak badan.Perbezaan kecergasan motor antara etnik hanya diperoleh

semasa kanak-kanak di peringkat awal remaja.Mengikut Schmidt (1991), penguasaan kecergasan

6

Page 7: 133410873 Ujian Kecergasan Motor

motor seperti ketangkasan, koordinasi dan keseimbangan adalah mempunyai kaitan dengan

faktor biologikal, umur, kekuatan otot, kematangan dan komposisi lemak badan.

Kesedaran mula timbul dikalangan penyelidik lampau bahawa pengaruh jantina, etnik,

umur, ketinggian, berat badan dan Indeks Jisim Badan pelajar dapat memberi kesan terhadap

prestasi kecergasan motor.Kajian yang dilakukan oleh penyelidik lampau (Clarke, 1971; Ellis,

Caron & Bailey, 1975; Branta, Haubenstricker & Seefeldt, 1984; Beunen & Malina, 1988)

menunjukkan pengaruh umur memberi kesan ke atas prestasi kecergasan motor.Kanak-kanak

dan remaja akan berubah menjadi tinggi, melebar dan kuat dengan peningkatan umur.Dapatan

tersebut dapat menyokong hasil kajian sebelum yang dilakukan oleh Espenschade(1963)

mendapati ketinggian dan berat badan adalah signifikan ke atas prestasi ujian kecergasan motor.

Menurut Shepard (1982), penambahan kekuatan disebabkan peningkatan umur adalah

berkait rapat dengan jumlah jisim otot.Terdapat hubungan yang positif di antara pertumbuhan

fizikal dengan ketangkasan bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan (Seils, 1951).Hasil kajian

yang dilakukan oleh Milne, Seefeldt & Reuschlein (1976), mendapati pengaruh gred memberi

kesan yang signifikan terhadap ujian kepantasan, kuasa dan daya tahan.Kanak-kanak lelaki

menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada kanak-kanak perempuan dalam semua item ujian

kecuali kelembutan.Terdapat perbezaan yang signifikan dalam ujian kuasa antara kanak-kanak

berdasarkan bangsa bagi setiap gred.Kajian yang dilakukan oleh McKenzie, Sallis, Broyles &

Zive (2002) menunjukkan bahawa pengaruh etnik adalah signifikan terhadap prestasi kecergasan

motor bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur 12 tahun dan ke atas.

Selain daripada melihat pengaruh jantina, etnik, umur, ketinggian, berat badan dan Indeks

Jisim Badan ke atas prestasi kecergasan motor, penyelidik lampau juga mengukur keupayaan

persepsi motor bagi menilai kecergasan motor.Kajian oleh Fleishman (1972) telah berjaya

mengenal pasti 11 komponen bagi mengukur kecergasan motor yang dikategorikan sebagai

keupayaan persepsi motor, di antaranya ialah:

i. Koordinasi pelbagai anggota – keupayaan untuk melakukan pergerakan dengan

beberapa bilangan anggota badan yang terlibat secara serentak dan harmonis.

ii. Ketepatan kawalan – keupayaan membuat kawalan dengan tepat melibatkan

penyesuaian kumpulan otot besar.

7

Page 8: 133410873 Ujian Kecergasan Motor

iii. Orientasi ransangan – keupayaan untuk memilih dengan pantas di mana tindak balas

harus dilakukan atau memilih masa reaksi.

iv. Masa reaksi – keupayaan untuk bertindak balas secara tepat ke atas sesuatu ransangan

apabila diperlukan.

v. Kelajuan pergerakan tangan – keupayaan melakukan pergerakan tangan dengan

pantas.

vi. Kadar kawalan – keupayaan untuk menukar kelajuan dan arah tindak balas dengan

pantas mengikut sasaran pergerakan.

vii. Ketangkasan tangan-lengan – keupayaan mengarahkan pergerakan tangan-lengan

melibatkan manipulasi objek di bawah kawalan tertentu.

viii. Ketangkasan jari – keupayaan untuk mahir melakukan, mengawal manipulasi objek

kecil melibatkan jari utama.

ix. Kestabilan tangan-lengan – keupayaan melakukan dengan tepat pergerakan kedudukan

tangan-lengan di mana kekuatan dan kelajuan terlibat secara minimum.

x. Kelajuan jari dan pergelangan tangan – keupayaan untuk mengerakkan pergelangan

tangan dan jari secara tepat.

xi. Membidik – keupayaan untuk menjurus sasaran dengan tepat kepada objek yang halus

dalam ruang.

Johnson (1976), telah menghasilkan satu bateri ujian yang diberi nama Johnson Indoor

Motor Performance Test.Bateri ujian ini bertujuan menguji prestasi keupayaan lakuan motor

pelajar lelaki dan perempuan bagi memilih mereka yang layak mengikuti ijazah dalam

Pendidikan Jasmani.Komponen yang diukur dalam bateri ujian ini ialah imbangan statik,

koordinasi mata-tangan, ketangkasan, kuasa, kepantasan dan masa reaksi.Walau bagaimanapun

rarick, Dobbins & Broadhead (1976) telah mencadangkan bahawa ujian kecergasan motor

hendaklah berdasarkan kepada ujian kekuatan, kuasa, saiz badan, koordinasi mata-tangan,

kandungan lemak badan dan keseimbangan.Manakala Clarke (1976) pula telah menyenaraikan

sembilan elemen kecergasan motor am iaitu koordinasi lengan-mata, kuasa otot, ketangkasan,

kekuatan otot, daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, kelembutan, kepantasan dan

koordinasi mata-kaki.

8

Page 9: 133410873 Ujian Kecergasan Motor

Dapatan kajian oleh Johnson (1976), Rarick, Dobbins, & Broadhead (1976) dan Clarke

(1976) adalah terlalu umum kerana komponen yang digunakan bukan sahaja bertujuan bagi

mengukur kecergasan motor tetapi terdapat juga komponen ujian yang juga dapat megukur

kecergasan fizikal.Komponen yang digunakan bagi mengukur kecergasan motor dalam kajian

tersebut ialah keseimbangan statik, koordinasi mata-tangan, ketangkasan, kuasa, kepantasan dan

masa reaksi.Manakala komponen kekuatan, saiz badan, kandungan lemak badan, kekuatan otot,

daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular dan kelembutan digunakan bagi menguji keupayaan

kecergasan fizikal.Dapatan ujian oleh penyelidik tersebut secara tidak langsung dapat

mengambarkan kemampuan individu yang ditunjukkan melalui prestasi pelbagai kemahiran

motor dan potensi kecekapan pergerakan seseorang dan bersesuaian jika bertujuan untuk melihat

prestasi keseluruhan kecergasan fizikal.

Dapatan kajian oleh Harris, Jones & Buis (1983) menunjukkan semakin meningkat umur

pelajar semakin tinggi min skor pencapaian ujian lompat menegak bagi pelajar lelaki.Pencapaian

skor ujian lompat menegak bagi pelajar perempuan yang berumur 14 tahun semakin

menurun.Pelajar lelaki dan perempuan yang berumur 11, 12 dan 13 tahun menunjukkan

peningkatan skor dalam ujian koordinasi mata-tangan.Skor ujian koordinasi bagi pelajar berumur

14 tahun semakin menurun.Dalam ujian larian zig-zag, semakin meningkat umur pelajar lelaki

semakin tinggi prestasi skor dan sebaliknya berlaku bagi pelajar perempuan.

Komponen keseimbangam statik, koordinasi mata-tangan, ketangkasan, kuasa,

kepantasan, masa reaksi yang digunakan bagi mengukur ujian kecergasan motor dalam kajian

lampau digunakan juga untuk mengukur ketrampilan motor dalam Pendidikan Jasmani Suaian

dan terapi fizikal kanak-kanak istimewa.Bruininks (1978) telah menghasilkan bateri ujian yang

diberi nama Bruininks-Oseretsky Test of Motor Proficiency bertujuan bagi menilai aspek

ketrampilan perkembangan motor kanak-kanak berumur empat hingga empat belas tahun.Walau

bagaimanapun masih terdapat kelemahan dalam bateri ujian ini.Di antara kelemahan tersebut

ialah skor ujian kurang tepat kerana terdapat ujian yang mempunyai nilai kebolehpercayaan yang

rendah dan tidak boleh dibuat inferensi (Burton & Miller, 1998).Pada dasarnya, ujian tersebut

digunakan sebagai diagnosis pelbagai masalah pelajar.Menurut Hattie & Edward (1987),

kelemahan ujian ini disebabkan arahan lakuan yang terlalu kompleks dan tidak sesuai bagi

9

Page 10: 133410873 Ujian Kecergasan Motor

pelajar kurang upaya mental.Oleh itu, bateri ujian ini perlu dipertingkatkan dari banyak aspek

supaya menjimatkan dan bermakna kepada pelajar.

Selain daripada mengukur ketrampilan motor dalam Pendidikan Jasmani Suaian dan

terapi fizikal kanak-kanak istimewa, ujian kecergasan motor juga digunakan bagi mengesan

perkaitannya dengan konsep kendiri.Catledge (1981) telah menggunakan bateri kecergasan

motor yang mengandungi komponen ketangksan, kuasa, kekuatan, ketangkasan dan

keseimbangan bagi mengetahui hubungan antara kecergasan motor dengan konsep kendiri

kanak-kanak lelaki.Mengikut Spilman (1983), tahap kecergasan motor juga boleh diukur hanya

dengan menggunakan ujian lari pecut 50 ela, lari ulang alik dan lompat jauh berdiri.Bateri ujian

keupayaan asas fizikal Basic Physical Abilites yang diperkenalkan oleh Baumgartner & Jackson

(1999) juga mengandungi komponen ujian kekuatan otot, kuasa otot, daya tahan otot, daya tahan

kardiovaskular, kepantasan berlari, ketangkasan berlari, keupayaan melompat, keupayaan

membaling, kelembutan, keseimbangan dan persepsi kinestetik.Menurut Johnson & Nelson

(1986), guru Pendidikan Jasmani sepatutnya meneliti keberkesanan penggunaan ujian kecergasan

motor terlebih dahulu sebelum digunakan bagi menguji prestasi pelajar.Bagi meentukan

keberkesanan pengunaan ujian kecergasan motor kepada pelajar sekolah menengah di Malaysia,

guru Pendidikan Jasmani sepatutnya mengenal pasti terlebih dahulu kriteria kandungan ujian

yang bersesuaian untuk setiap komponen kecergasan motor.Menurut Corbin & Lindsey (1994),

pengukuran kecergasan motor melibatkan pengukuran komponen ujian kepantasan, ketangkasan,

keseimbangan, koordinasi, kuasa dan masa reaksi.

10

Page 11: 133410873 Ujian Kecergasan Motor

PROSEDUR UJIAN

Kepantasan

Ujian Lari Pecut 30 meter

Objektif : Bagi menentukan kelajuan larian maksimum dan kepantasan dan kelajuan

adalah elemen penting dalam kebanyakan sukan dan permainan

tertentu.

Peralatan : Jam randik, wisel, kon penanda, pita pengukur

Kawasan : Padang atau permukaan rata yang kering dengan jarak mencukupi.Tanda garisan

permulaan dan penamat.

Prosedur :

1. Tanda garisan permulaan dan penamat dengan jelas untuk jarak 30 meter.Letakkan 2 kon di

garisan permulaan dan 2 kon di garisan penamat.Sekiranya mempunyai kon yang

berlebihan, adalah digalakkan untuk meletakkan beberapa kon sepanjang kawasan ujian.

2. Peserta akan memulakan larian di belakang garisan permulaan.

3. Peserta memulakan larian sebaik sahaja wisel dibunyikan.

4. Masa diambil apabila wisel dibunyikan dan masa ditamatkan sebaik sahaja bahagian

dada(torso) peserta melepasi garisan penamat.

11

Page 12: 133410873 Ujian Kecergasan Motor

Koordinasi

Ujian Mengelecek Bola keranjang

Objektif : Mengukur prestasi koordinasi mata dan tangan dalam lakuan motor.

Peralatan : Bola keranjang, wisel, kon, pita pengukur

Kawasan : Gelanggang konkrit yang mempunyai keluasan yang memcukupi untuk

menjalankan aktiviti.

Prosedur :

1. Keenam-enam kon diletakkan dakam satu garisan lurus 13.7 metet(45kaki).Kon pertama

diletakkan 1.5 meter(5 kaki) dari garisan permulaan dan selebihnya diletakkan 2.4 meter (8

kaki)setiap satu.

2. Peserta akan mengelecek bola keranjang mengelilingi setiap kon dan berpatah balik dengan

cara yang sama sehingga ke garisan permulaan.

3. Peserta dikehendaki mula mengelecek dari sebelah kanan kon yang pertama kemudian

sebelah kiri yang kedua dan seterusnya.

4. Arahan ‘sedia’ dan ‘mula’ diberikan kepada peserta untuk melakukan ujian.

5. Dua percubaan diberikan kepada setiap peserta.

6. Percubaan dengan masa terbaik dipilih sebagai skor ujian.

12

Page 13: 133410873 Ujian Kecergasan Motor

Keseimbangan

Ujian Dirian bangau

Objektif : Untuk mengukur keseimbangan statik dengan berat badan ditampung di atas

tapak kaki yang dominan.

Peralatan : Jam randik, kon

Kawasan : Kawasan hendaklah rata dan kering

Prosedur :

1. Peserta akan berdiri di atas kaki dominan.

2. Letakkan sebelah kaki lagi ke dalam dimana lutut menampungnya.Tangan diletakkan

dipinggang.

3. Arahan ‘sedia’ dan ‘mula’ diberikan dan peserta akan mengangkat tumit kaki dominan dari

lantai dan cuba untuk mengekalkan imbangan selama yang boleh(masa maksimun diberi

selama 60 saat).

4. Ujian tersebut akan tamat apabila tangan bergerak dari pinggang, apabila kaki dominan

bergerak dari kedudukan asal atau apabila tumit menyentuh lantai.

5. Dua percubaan diberikan.Percubaan terbaik dikira sebagai skor ujian.

13

Page 14: 133410873 Ujian Kecergasan Motor

Ketangkasan

Lari Ulang-Alik 10 Meter

Objektif : Mengukur tahap ketangkasan berlari dan menukar arah.

Peralatan : Jam randik, kon penanda, wisel, pita pengukur, blok kayu(2), ‘masking tape’.

Kawasan : Gelanggang yang rata dan kering yang mempunyai keluasan yang mencukupi

untuk menamatkan larian terakhir.

Prosedur :

1. Tandakan 2 garisan untuk jarak larian 10 meter.

2. Letakkan 2 bongkah kayu pada mana-mana garisan.Jarak antara 2 bongkah kayu adalah

lebih kurang 50 sentimeter.

3. Subjek berdiri dibelakang garisan yang bertentangan dengan garisan yang diletakkan 2

bongkah kayu tersebut.

4. Apabila wisel dibunyikan, peserta akan berlari menuju ke garisan yang diletakkan bongkah

kayu.Ambil 1 bongkah kayu tersebut dan berlari semula ke garisan permulaan.Letakkan

bongkah kayu yang pertama di belakang garisan permulaan.Lari semula ke garisan

bertentangan dan ambil 1 lagi bongkah kayu dan berlari semula ke garisan permulaan untuk

menamatkan lari ulang-alik 10 meter.

5. Pastikan sebelah kaki subjek melepasi garisan semasa mengambil dan meletakkan bongkah

kayu.

6. Catatan masa dikira sebaik saja wisel dibunyikan dan masa ditamatkan apabila dada(torso)

peserta melepasi garisan setelah selesai mengambil bongkah kayu yang kedua seperti

dalam prosedur di atas.(Jumlah ulang-alik sebanyak 4 kali)

Nota :

1. Jarak setiap lorong adalah sama seperti jarak lorong larian trek olahraga iaitu 1.22 meter.

2. Setiap penguji yang bertugas dikehendaki berdiri di sisi kon yang diletakkan antara lorong-

lorong larian.

14

Page 15: 133410873 Ujian Kecergasan Motor

3. Larian peserta akan dibatalkan sekiranya:-

i. Bongkah kayu pertama tidak diletakkan di belakang garisan atau bongkah tersebut

dicampakkan.

ii. Peserta gagal melepasi atau sekurangnya memijak garisan permulaan larian.

iii. Peserta memulakan larian sebelum wisel dibunyikan.

4. Penguji perlu melakukan demonstrasi terlebih dahulu sebelum ujian dilaksanakan.

15

Page 16: 133410873 Ujian Kecergasan Motor

Kuasa

Lompat Jauh Berdiri

Objektif : Menguji kuasa eksplosif kaki secara mendatar.

Peralatan : Pita pengukur, kon, ‘masking tape’, pembaris, tepung/air

Kawasan : permukaan konkrit yang rata.Seeloknya permukaan yang bewarna gelap untuk

memudahkan penguji mengesan bekas tepung/air.

Prosedur :

1. Peserta hendaklah berdiri di belakang garisan lompatan.Sebelum memulakan aktiviti,

peserta perlu memijak tepung/air dengan tumit kasut untuk mengesan jarak lompatan.

2. Kedudukan kedua-dua kaki subjek hendaklah selari dan dibuka seluas bahu.

3. Subjek membuat lompatan sebaik sahaja subjek bersedia tanpa perlu diberi arahan.

4. Lompatan hendaklah dilakukan sebanyak 2 kali secara berturutan.Penggunaan padang

rumput tidak dibenarkan kerana ia boleh menyebabkan data yang diperolehi tidak tepat.

5. Ukuran diambil berdasarkan bahagian belakang kasut kaki yang paling hampir dengan

garisan permulaan.

6. 2 bacaan akan dicatat dan jarak lompatan terbaik akan diambil kira.

16

Page 17: 133410873 Ujian Kecergasan Motor

DOKUMENTASI BERGAMBAR UJIAN

KEPANTASAN : LARI PECUT 30 METER

17

Page 18: 133410873 Ujian Kecergasan Motor

KOORDINASI : MENGGELECEK BOLA KERANJANG

18

Page 19: 133410873 Ujian Kecergasan Motor

KESEIMBANGAN : DIRIAN BANGAU

19

Page 20: 133410873 Ujian Kecergasan Motor

KETANGKASAN : LARI ULANG ALIK

20

Page 21: 133410873 Ujian Kecergasan Motor

KUASA : LOMPAT JAUH BERDIRI

21

Page 22: 133410873 Ujian Kecergasan Motor

PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA

TARIKH UJIAN : 26.2.2013(SELASA)

MASA : 7.30 – 10.00 pagi

TEMPAT : SK PEKAN KENINGAU II

KUMPULAN SASARAN : TAHUN 5 CEMPAKA (16 0RANG)

BIL

NA

MA

MU

RID

JAN

TIN

A

TA

RIK

H L

AH

IR

TIN

GG

IB

ER

DIR

I(C

M)

BE

RA

T(K

G)

LA

RI

PE

CU

T

30 M

ET

ER

(S)

ME

NG

EL

EC

EK

BO

LA

K

ER

AN

JAN

G(S

)

DIR

IAN

BA

NG

AU

(S)

LA

RI

UL

AN

G A

LIK

10

ME

TE

R(S

)

LO

MP

AT

JA

UH

B

ER

DIR

I(M

)

1 ABBY ABDY TAHIR P 28.8.01 142 34 6.46 36.7 19.2 11.56 1.51

2 AKBAR SABRI L 22.7.01 133 28 6.87 32.3 11.3 10.26 1.80

3 AZNIZAL PUDIN L 9.3.01 142 29 6.14 28.6 23.3 10.1 1.92

4 CHEEREN ALIZAH HASRIN P 24.9.01 145 39 6.41 34.4 18.3 11.0 1.52

5 CINDY PHUA SIAW LING P 18.1.01 145 50 7.66 39.3 13.3 12.03 1.36

6 FIRDENAND JOSLEE L 30.4.01 156 36 6.05 25.9 27.6 10.63 1.90

7 HASTUTI SAINEH P 20.10.01 146 55 8.13 43.3 15.3 12.38 1.15

8 KAMARIA LABADILLAH P 25.5.01 150 39 5.94 24.6 25.4 11.38 1.77

9 MOHD FAHRUL RENI L 7.8.01 139 28 6.70 26.6 23.6 10.62 1.72

10 MOHD SYUKRI JALAPAR L 7.5.01 151 60 7.61 33.6 16.5 11.40 1.45

11 NURUL FARAHNIDA JAPILIN P 11.5.01 158 42 6.91 34.2 21.7 12.31 1.53

12 SITI ATERA MOHD JAKIR P 2.2.01 143 35 7.63 38.7 17.5 12.87 1.15

13 STEPHANIE NATASYA JACK P 21.12.01 150 40 6.87 32.4 16.7 11.94 1.70

14 SHAHNORHAIZIE ROSLAN P 3.9.01 146 39 6.54 29.9 19.5 11.91 1.30

15 WELLY BRYAN ASOK L 28.9.01 155 60 7.44 34.3 17.7 11.22 1.55

16 ZAKARIA LAUPA L 1.6.01 140 35 6.31 23.4 20.2 11.01 1.67

22

Page 23: 133410873 Ujian Kecergasan Motor

PERBINCANGAN NORMA PERBANDINGAN

Berdasarkan ujian yang telah dilaksanakan, terdapat beberapa kesimpulan telah dibuat

berdasarkan analisis data yang telah dikumpul.

Menurut McKenzie, Sallis, Broyles & Zive (2002) dan Thomas & French (1985),

perempuan mempunyai prestasi yang lebih baik daripada lelaki dalam aspek keseimbangan

manalaka lelaki mempunyai prestasi yang lebih baik dalam aspek menangkap dan menyambut

bola.Kajian ini terbukti apabila didapati kebanyakan murid perempuan yang telah menjalani

ujian ini menunjukkan hasil keputasan yang lebih baik berbanding murid lelaki dalam aspek

keseimbangan.Lelaki pula menunjukkan keputusan yang lebih baik dalam ujian mengelecek bola

keranjang.Walau bagaimanapun, saya berpendapat bahawa aspek aktiviti harian sangat

mempengaruhi prestasi kecergasan motor individu.Ini adalah kerana murid Kamaria Labadillah

telah menunjukkan keputusan yang baik jika dibandingkan dengan beberapa orang murid

lelaki.Ini adalah kerana murid ini terlibat secara aktif dalam sukan olahraga dan sentiasa

mendapat sokongan daripada ahli keluarga.Fakta ini juga disokong oleh kajian yang telah

dilakukan oleh Raudsepp & Paasuke(1995).

Malina (1988) menyatakan faktor etnik mempunyai perbezaan kecil manakala Arnet,

DeLuccia & Gilmartin (2000) menyangkal pendirian tersebut.Berdasarkan ujian yang telah

dijalankan, kenyataan Arnet, DeLuccia & Gilmartin (2000) lebih berasas.Ini adalah kerana murid

yang sentiasa aktif melibatkan diri dalam aktiviti sukan mendapat keputusan yang lebih baik

tanpa mengira etnik.

Berdasarkan analisis juga dapat disimpulkan bahawa faktor ketinggian dan berat badan

adalah sangat penting ke atas prestasi ujian kecergasan motor.Ini adalah kerana murid yang

mempunyai ketinggian dan berat badan yang signifikan menunjukkan prestasi yang baik

terutama dalam ujian lompat jauh berdiri, lari ulang alik dan lari pecut 30 meter.Keputusan ini

telah menyokong kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik lampau (Espenschade,1963;

Clarke, 1971; Ellis, Caron & Bailey, 1975; Branta, Haubenstricker & Seefeldt, 1984; Beunan &

Malina, 1988) yang menyatakan ketinggian dan berat badan adalah signifikan ke atas prestasi

ujian kecergasan motor.

23

Page 24: 133410873 Ujian Kecergasan Motor

Bagi ujian pecut 30 meter pula, dapat dirumuskan dengan mengambil kira purata tiga

masa terbaik bagi murid lelaki dan murid perempuan bahawa murid lelaki mempunyai

kepantasan yang lebih baik daripada murid perempuan.Walaupun tiada kajian lampau yang

dijalankan, hasil daripada ujian ini dapat membuktikan bahawa murid lelaki mempunyai tahap

kelajuan yang lebih baik daripada murid perempuan yang seusia.

Mengikut Schmidt (1991), penguasaan kecergasan motor seperti ketangkasan, koordinasi

dan keseimbangan adalah mempunyai kaitan dengan faktor biologikal, umur, kekuatan otot,

kematangan dan komposisi lemak badan.Saya sangat bersetuju dengan kajian yang telah

dilakukan.Ini kerana murid yang bernama Firdenend Joslee menunjukkan prestasi yang baik

berbanding dengan murid lelaki yang lain.Dalam penglibatan sukan di sekolah juga murid ini

sangat aktif dan pernah mewakili sekolah dalam sukan ragbi sentuh hingga ke peringkat

kebangsaan.Faktor yang saya ingin kaitkan di sini ialah faktor kematangan dan kekuatan otot.Ini

adalah kerana murid ini telah menjalankan latihan dalam satu tempoh masa yang panjang yang

telah berjaya untuk membina otot-otot utama.Dapatamn ini juga menyokong hasil kajian

McKenzie, Sallis, Broyles & Zive (2002), perbezaan jantina dalam kecergasan motor akan

sentiasa bertambah dari masa ke semasa kerana prestasi kecergasan motor dipengaruhi oleh

faktor peluang, harapan keluarga dan keperluan dalam persekitaran tertentu.Penglibatan kanak-

kanak lelaki dalam aktiviti fizikal lebih banyak dan lebih lasak berbanding perempuan pada usia

12 tahun.

24

Page 25: 133410873 Ujian Kecergasan Motor

ANALISIS DATA PEROLEHAN UJIAN KECERGASAN

lari pecut 30m mengelecek bola keranjang

dirian bangau lari ulang alik 10 m lompat jauh berdiri0

102030405060708090

100

Graf 1: Perbezaan prestasi murid lelaki dan murid perempuan bagi setiap ujian

83%

13%

Carta 2: Perbezaan prestasi murid lelaki dan murid perempuan bagi ujian kecergasan motorkemahiran motor

25

Petunjuk; lelaki perempuan

Petunjuk; lelaki perempuan

Page 26: 133410873 Ujian Kecergasan Motor

KESIMPULAN

Daripada kerja kursus yang saya lakukan ini, beberapa hasil kajian penyelidik lampau

berkaitan Ujian Kecergasan Motor telah saya rungkaikan berdasarkan ujian yang telah saya

lakukan yang melibatkan murid-murid Tahun 5 Cempaka Sk Pekan Keningau II.

Melalui kajian ini, saya telah mengetahui serba sedikit berkaitan dengan penyelidik-

penyelidik lampau yang telah memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan prestasi

seseorang individu.Beberapa bateri ujian yang telah dihasilkan bagi membantu guru-guru masa

kini dalam mengenalpasti bakat pada diri murid.Ianya sangat penting agar seorang guru boleh

mempertingkatkan prestasi dan bakat yang terdapat pada murid untuk diperkembangan ke

peringkat yang lebih tinggi.

Melalui kerja kursus ini juga, saya mengetahui sedikit sebanyak perbezaaan prestasi di

antara murid lelaki dan murid perempuan.Sebagai contoh murid perempuan menunjukkan

pencapaian yang lebih baik berbanding murid lelaki dalam aktiviti berkaitan kelembutan dan

keseimbangan.Begitu juga dengan faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi perkembangan

motor seseorang murid.Prestasi perkembangan motor seorang murid sangat bergantung kepada

jantina, umur, ketinggian, berat badan dan Indeks Jisim Badan.Selain itu, ia juga dipengaruhi

oleh faktor peluang, harapan keluarga, biologikal dan aktiviti harian.

Kerja kursus ini juga telah membantu saya dalam mentadbir ujian untuk mengukur

komponen kecergasan perlakuan motor seseorang individu.Ianya bukan satu tugas yang mudah

seperti yang saya sangkakan.Sebelum saya memulakan ujian ini, saya perlu mengetahui

prosedur-prosedur setiap ujian agar perjalanan aktiviti berjalan lancar.Selain itu, ia juga untuk

kesahan hasil dapatan ujian.Persedian yang lengkap dari segi peralatan ujian juga sangat penting.

Melalui kajian ini juga, saya boleh mengesahkan bahawa hasil kajian-kajian penyelidik

lampau berkaitan prestasi individu lelaki dan perempuan sangat tepat setelah saya membuat

perbandingan hasil ujian yang telah saya laksanakan.

26

Page 27: 133410873 Ujian Kecergasan Motor

RUJUKAN

Ahmad Hashim (2004). Pengukuran kecergasan motor.Tanjung Malim, Perak: Quantum Books

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusuf Boon, Abdul Rahim Hamdan.(2007).Menguasai Penyelidikan dalam pendidikan (teori, analisis dan interprestasi data). Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing

Borhan Yusuf, Mohamed@Mohd Sidek Mustafa, Hasbullah Ismail (2007). Ujian, Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc.Sdn.Bhd

Dishman, R. (1990). Determinants of participation in physical activity. Dalam C.Bouchard, R. Shephard, T. Stephans, J. Sutton, & B. McPherson (Pengarang),Exercise, fitness and health.Champaign, IL; Human Kinetics.

Miller, D. K. (2006). Measurement by the physical educator: Why & how (5th ed.) New York: McGraw-Hill

Nunnaly, J. C., (1978) Psychometric theory.New York: McGrow-Hill

http://www.scribd.com/doc/125744893/Forum-OUM

https://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:TsdqAmor8Z0J:www.moe.gov.my/ppk/

modul_pnp/bs_ssukan/

bs_ssukan_t5_6d.pdf+&hl=en&gl=my&pid=bl&srcid=ADGEESj7p226I8mmUA-

Z0AwtBKYGUfy6n7RrSNC8BPw50lpPdgcMs7VXGcvMayNb8wGiSo_KqY2K4CjYDPqsjWa

Dw-

yfg7JTswIrh05_aKLIBT22YdStEpQTZAg7pvuv63990GFCC6bF&sig=AHIEtbTDmte3h8cPFL

96xKkQX2d8k61OMQ

27