6 pengurusan panitia 1

Download 6 Pengurusan Panitia 1

Post on 13-Apr-2016

237 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

saya

TRANSCRIPT

PENGURUSAN PANITIA

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran ______________________________________________

PENGURUSAN PANITIA

Pengurusan Panitia Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah (PQS) di sekolah bermaksud kemampuan dan kecekapan panitia PQS dalam merancang, mengurus dan melaksanakan matlamat , objektif dan program panitia secara berterusan dan berkesan.

AObjektif

Mempertingkatkan pemahaman mengenai struktur organisasi , fungsi dan tugas panitia PQS di sekola.

Mempertingkatkan kerjasama dan muafakat guru-guru PQS untuk merancang, melaksanakan , menyelia dan memantau keberkesanan semua program dan aktiviti yang berkaitan .

Mengembeleng tenaga guru-guru PQS dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti panitia.

Berusaha secara muafakat untuk mencari penyelesaian masalah, kekangan dan hambatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar.

Berusaha untuk mempertingkatkan pendokumentasian data dan maklumat berkaitan dengan PQS di sekolah.

B Peranan Panitia Mata Pelajaran PQS

Mengetuai Panitia Mata Pelajaran dan menganggotai JKS.

Mempengerusikan Mesyuarat Panitia dan memastikan minit disediakan dan disampaikan kepada GKMP/GPK.

Merancang segala aktiviti bertujuan untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran.

Memastikan semua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan sempurna.

Menjadi fasilitator di antara Panitia Mata Pelajaran dengan semua pihak yang lain bagi meningkatkan P & P.

Adakan hubungan erat dengan semua anggota panitia untuk mendapat tahu tentang kemajuan-kemajuan yang dicapai, masalah-masalah yang dihadapi dan langkah-langkah yang harus diambil bagi memperbaiki kualiti P&P.

Membuat analisa semua keputusan ujian/peperiksaan dan menentukan strategi untuk memperbaiki kelemahan pelajar.

Bertanggungjawab ke atas pengelolaan dan perolehan bahan-bahan seperti sukatan pelajaran. Buku teks, buku rujukan, BBM, surat menyurat, perkembangan staf dan perkembangan terkini dalam mata pelajaran masing-masing.

Melengkapkan diri dengan perkembangan yang terbaru dalam pendidikan mata pelajaran berkenaan melalui bacaan, menghadiri kursus atau mesyuarat di peringkat daerah atau PKG.

Memastikan fail-fail Panitia berada di dalam keadaan kemaskini.

CPeranan Jawatan kuasa Panitia

Peranan utama berkaitan Panitia PQS adalah seperti berikut:

Pengerusi ( Ketua Panitia )

a) Merancang aktiviti Al Quran dan Al Sunnah

b) Mempengerusikan setiap mesyuarat, perjumpaan dan taklimat

c) Melaksankan aktiviti yang telah dirancang.

d) Membuat penilaian aktiviti untuk pelapuran.

Naib Pengerusi

a) Menjalankan tugas-tugas pengerusi semasa ketiadaannya

b) Membantu pengerusi dalam melaksanakan tugas-tugasnya.

Setiausaha

a) Membuat surat panggilan mesyuarat dan lain-lain surat-menyurat

b) Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat.

c) Menyediakan laporan dan dokumentasi.

d) Membantu dan berhubung rapat dengan pengerusi dan AJK.

e) Menerima arahan daripada Pengerusi dari masa ke semasa.

Penolong Setiausaha

Membantu tugas-tugas setiausaha dan lain-lain tugas yang disahkan oleh pengerusi dari masa ke semasa.

Bendahari

a) Mengurus hal ehwal kewangan PCG dan menyediakan laporan penyata kewangan.

b) Mengurus hal ehwal kewangan persatuan dan menyediakan laporan penyata kewangan.

c) Memikirkan usaha-usaha untuk mengisi tabung persatuan bersama-sama AJK yang lain.

Ahli Jawatan Kuasa

a) Melantik pengerusi dalam setiap aktiviti.

b) Berkerjasama dengan guru penasihat dan AJK induk dalam aktiviti yang melibatkan kependidikan seperti Program Kem Literasi Al-Quran.

c) Melaksanakan arahan daripada pengerusi dari masa ke semasa.

d) Menyediakan peralatan yang sesuai seperti kerusi, meja penceramah dan peserta, persiapan pentas dan lain-lain.

e) Mengurus dan membuat tempahan tempat untuk melaksanakan aktiviti sesuai dengan keputusan mensyuarat.

f) Mengemas dan membersih semua peralatan yang digunakan.

g) Megendalikan aktiviti luar

BIDANG TUGAS GURU MATA PELAJARAN

1. Memiliki, memahami dan boleh mentafsir serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran yang berkenaan.

2. Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentu & menetapkan matlamat yang harus dicapai, dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan.

3. Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada pengetua pada masa yang ditetapkan.

4. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/seminggu/harian dan melaksanakan pengajaran mengikut Rancangan Pelajaran yang disediakan.

5. Menyediakan dan memberi kerja-kerja latihan yang cukup,memeriksa buku latihan pelajar yang memulangkan semula secepat mungkin.Menyerahkan atau menunjukkan buku latihan pelajar kepada Pengetua/GPK pada masa yang dikehendaki.

6. Menjalankan ujian bulanan/peperiksaan dan penilaian kepada pelajar. Merekodkan soalan-soalan dan keputusan ujian dalam Buku Rekod Mengajar.

7. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/bimbingan.

8. Menjadi ahli Panitia Mata Pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat Panitia.

9. Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran /JPNS/PPD/Sekolah.

10. Memastikan keselamatan pelajar di makmal/bengkel KH/Bilik ERT/Sains serta mengawas penggunaan peralatan.

11. Menghadiri mesyuarat /taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama ada dikelolakan oleh KP/JPNS/PPD. Menyampaikan semula maklumat kepada guru mata pelajaran yang sama.

12. Sentiasa mengikut perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata pelajaran berkenaan bagi meningkatkan prestasi dalam P&P.

13. Melaporkan kepada GKMP/Ketua Panitia tentang masalah P&P untuk tindakan selanjutnya.

14. Menjaga kebersihan dan keselamatan alat-alat BBM yang digunakan, memastikan BBM digunakan dengan meluas. Bertanggungjawab dalam menambah BBM bagi memperkaya PSS.

15. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.

16. Membantu menguruskan Bank Soalan.

PENGURUSAN FAIL PANITIA

Fail-fail yang perlu disediakan adalah seperti berikut:

1. 01/05/025/01

- Fail induk

2. 01/05/025/02

- Biodata Guru

3. 01/05/025/03

- Jadual Waktu

4. 01/05/025/04

- Pekeliling

5. 01/05/025/05

- Analisa PMR

6. 01/05/025/06

- Analisa SPM

7. 01/05/025/07

- Analisa STPM

8. 01/05/025/08

- TV dan Radio Pendidikan

9. 01/05/025/09

- Bank Soalan

10. 01/05/025/10

- Perkembangan Staf

11. 01/05/025/11

- Sukatan dan Huraian

12. 01/05/025/12

- Laporan Jemaah Nazir

13. 01/05/025/13

- Kokurikulum Akademik

14. 01/05/025/14

- Rancangan Tahunan

15. 01/05/025/15

- Peningkatan Prestasi PMR /SPM

16. 01/05/025/16

- Kerja Kursus

17. 01/05/025/17

- Perbelanjaan

18. 01/05/025/18

- Pelan Tindakan

Lampiran 1CARTA ORGANISASI PANITIA

PENDIDIKAN AL-QURAN & AL-SUNNAH DAN SYARIAH ISLAMIAHTAHUN 2016

Lampiran 2

1. Nama

: .

2. No.Kad Pengenalan : Warna : .

3. Jantina

:..

4. Bangsa : Warganegara :.

5. Agama

:

6. Tarikh Lahir :

7. Tempat Lahir :

8. Taraf Perkahwinan : (Kahwin/Bujang/Duda)

9. Tempat kediaman :

a. Alamat rumah:

b. No. Telefon ( R ) :.. ( H/P ) :.

c. Alamat emel: ..

10. Tempat bertugas :

a. Nama dan alamat :

.

b. No. Telefon ( P ) : (Fax): c. Alamat emel :

11. Tarikh mula berkhidmat : ..

Jawatan : .. Gred :..

12. Tarikh Perlantikan :

13. Tarikh Pengesahan Jawatan :

14. Kelulusan :

a) Akademik : b) Ikhtisas : 15. Opsyen : ..

16. Pengalaman mengajar Matapelajaran PQS:tahun17. Tarikh Kenaikan Gaji :

18. Tarikh mula berkhidmat:

19. Tarikh Mengajar Di Sekolah Ini :...

20. Nama Sekolah Terahulu:

21. Kursus Dalam Perkhidmatan:

Bil.KURSUSTEMPATTARIKH

22. Pengalaman Mengajar yang lalu:

BILNAMATAHUN

23. Lain-lain Kenyataan :

BILPERKARAMAKLUMAT

1No. Pendaftaran Guru

2No. Cukai Pendapatan

3No.Akaun Pinjaman Perumahan

4No. Akaun Pinjaman Kenderaan

5No. Akaun LUTH

6No. Akaun ASN

7No. Talipon Rumah

8Alamat Rumah

Lampiran 3

MINIT MESYUARAT PANITIA (CONTOH)MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAHKALI PERTAMA

2008 Tarikh: 11 Januari 2008Masa : 1.10 tgh

Tempat: Bilik Mesyuarat

Kehadiran: 1. Pn. Yuhanis Azira Ahmed Mohamed

2. Pn. Norizan Ahmad

AGENDA 1:UCAPAN KETUA PANITIA

1.1. Ketua panitia memulakan majlis dengan bacaan al-Fatihah dan ucapan terima

kasih kepada ahli panitia kerana dapat hadir.

AGENDA 2:BROSUR PANITIA

2.1 Ketua panitia menerangkan tentang brosur yang perlu dibuat