pembinaan perisian multimedia bagi pengajaran dan ... · ini termasuklah penggunaan multimedia...
TRANSCRIPT
PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TOPIK
LUKISAN ISOMETRI KAEDAH RANGKA
RAZALI BIN MISTAM
Laporan projek ini dikemukakan sebagai
memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBUARI, 2004
iii
Buat yang dikasihi, Ibunda dan Ayahnda,
Hjh. SOADAH @ ODAH BT. Hj. KASBON
Hj. MISTAM BIN KIMI
Pengorbananmu akan kukenang sepanjang hayat.
Buat yang disayangi, Isteri dan Anak ku,
Pn. NATERAH BT. AB. RAHMAN
MUHAMMAD ZAHIN
Kehadiranmu menyeri dan membahagiakan hidupku.
Buat Abang-abangku, kakak-kakakku dan adik-adikku,
Bantuan yang diberikan kukenang sepanjang hayat.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurniaNya
dapat saya menyiapkan projek perisian ini.
Jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Dr. Rio Sumarni
Shariffudin kerana semangat kental yang ada pada beliau dapat dikongsi bersama untuk
menjayakan projek pembinaan perisian multimedia dalam pendidikan. Banyak nasihat,
tunjuk ajar, pandangan, buah fikiran dan bimbingan yang bernas telah diberikan kepada
saya. Terima kasih sekali lagi untuk beliau. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada
rakan-rakan, keluarga dan para pensyarah yang telah memberi banyak bantuan, semangat
dan motivasi kepada diri saya.
Akhir sekali, terima kasih buat isteri dan anak saya yang disayangi kerana
memberikan galakan sepanjang masa kepada saya.
v
ABSTRAK
Projek pembinaan perisian multimedia dalam pendidikan ini adalah bertujuan
untuk membina sebuah perisian multimedia. Perisian ini dibina berdasarkan pendekatan
animasi dan simulasi yang interaktif bersama dengan bunyi, suara, muzik dan grafik. Ia
merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PBK) bagi
mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan yang bertajuk “Pandangan Isometri Kaedah
Rangka”. Ia dibina dengan menggunakan perisian Macromedia Flash MX serta
perisian-perisian multimedia yang lain seperti Ulead COOL 3D, Sound Forge, Adobe
Photoshop 7.0, Adobe Premiere 6.5 dan AutoCAD R14. Struktur perisian ini lebih
mementingkan kepada pengguna atau pelajar supaya bebas untuk mencabang ke mana-
mana bahagian melalui menu utama. Perisian ini sudah sedia untuk menguji
pengetahuan dan kemahiran mereka.
vi
ABSTRACT
The purpose of this project is to develop a multimedia software. The incorporation
of interactive animation and simulation, sound, music, audio and graphics. The purpose of
this project is to construct a Computer Based Learning (CBL) title “Lukisan Isometri
Kaedah Rangka” Form 4 Engineering Drawing subject. The software of computer based
learning is created together with Macromedia Flash MX and others multimedia software
such as Ulead COOL 3D, Sound Forge, Adobe Photoshop 7.0, Adobe Premiere 6.5 and
AutoCAD R14. The structure of this software give the user freedom to explore any part of
the programme through the main menu. They are ready for students to test their
knowledge and skills in this software.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
BAB I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 3
1.4 Objektif Projek 4
1.5 Tujuan Perisian 4
1.6 Rasional Pemilihan Tajuk 5
1.7 Skop Projek 6
viii
BAB II SOROTAN PENULISAN 7
2.1 Pengenalan 7
2.2 Proses Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 7
2.3 Teori Pembelajaran 8
2.4 Multimedia 9
2.5 Pendidikan Melalui Multimedia 10
2.6 Keberkesanan Multimedia Dalam Pendidikan 12
2.7 Proses Membina Multimedia Pendidikan 13
2.7.1 Analisis 13
2.7.1.1 Menentukan Audien 13
2.7.1.2 Mengenalpasti objektif pembelajaran 14
2.7.1.3 Kesesuaian Penyelesaian Multimedia 14
2.7.1.4 Penilian Sumber 14
2.7.2 Rekebentuk 15
2.7.2.1 Visualisasi 15
2.7.2.2 Rekebentuk Pengarahan 15
2.7.2.3 Rekabentuk Antaramuka 15
2.7.3 Produksi 16
2.7.4 Implementasi 16
2.7.5 Penilaian 16
2.7.5.1 Ujian Pembinaan 16
2.7.5.2 Ujian Pengarahan 17
2.8 Pemilihan Multimedia Dalam Pendidikan 17
2.8.1 Kawalan Pembelajaran 17
2.8.2 Penglibatan Secara Aktif 17
2.8.3 Keanjalan Dalam Pembelajaran 18
2.8.4 Alat Penyelidikan 18
2.8.5 Merangsangkan Pembelajaran 18
2.8.6 Kebolehulangan 18
ix
BAB III REKABENTUK PERISIAN 19
3.1 Pengenalan 19
3.2 Rekabentuk Am 19
3.2.1 Struktur Perisian 20
3.2.2 Teks 21
3.2.3 Warna 21
3.3 Alat Pengarangan (authoring tool) 21
3.4 Penilaian 22
3.5 Carta Alir Perisian 23
3.6 Perkakasan (Hardware) 23
3.7 Perisian(Software) 24
BAB IV PERISIAN LUKISAN ISOMETRI KAEDAH RANGKA 25
4.1 Pengenalan 25
4.2 Kaedah Menggunakan Perisian 25
4.3 Kandungan Perisian 26
4.3.1 Montaj Permulaan 26
4.3.2 Aplikasi 27
4.3.3 Menu Utama 28
4.3.4 Pengenalan 29
4.3.5 Objektif 30
4.3.6 Piramid 1 31
4.3.7 Piramid 2 32
4.3.8 Kon 33
4.3.9 Latihan 34
4.3.10 Bantuan Atau Tanda Soal (?) 35
4.3.11 Keluar Atau Tanda Pangkah (X) 35
4.4 Komponen Perisian 36
4.4.1 Teks 37
4.4.2 Grafik 37
4.4.3 Gambar 38
4.4.4 Audio 38
x
4.4.5 Animasi 39
4.5 Pendekatan Perisian 39
4.5.1 Simulasi 40
4.6 Penilaian Perisian 41
4.6.1 Dapatan Hasil Penilaian Soal Selidik 42
4.6.1.1 Struktur Pengajaran Dan
Pembelajaran Dalam Perisian Kursus 42
4.6.1.2 Interaktif Dan Mudah Digunakan 42
4.6.1.3 Paparan Teks 43
4.6.1.4 Rekabentuk Pengajaran 43
4.6.1.5 Rekabentuk Pengajaran 43
4.6.1.6 Kandungan Perisian Kursus 43
4.6.1.7 Bahasa 44
4.6.1.8 Ulasan dan Pandangan 44
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 45
5.1 Pengenalan 45
5.2 Perbincangan 45
5.3 Rumusan 47
5.4 Cadangan Lanjutan Kajian 48
5.5 Cadangan Am 48
5.6 Cadangan Susulan 49
BIBLIOGRAFI 50
LAMPIRAN A 53
LAMPIRAN B 54
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Perkakasan yang digunakan 24
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.1 Paparan montaj permulaan perisian 27
4.2 Paparan aplikasi perisian 28
4.3 Paparan menu utama perisian 29
4.4 Paparan pengenalan perisian 30
4.5 Paparan objektif perisian 31
4.6 Paparan piramid 1 perisian 32
4.7 Paparan piramid 2 perisian 32
4.8 Paparan kon perisian 33
4.9(a) Paparan soalan 34
4.9(b) Paparan soalan 34
4.10 Paparan bantuan perisian 35
4.11(a) Paparan keluar perisian 36
4.11(b) Paparan keluar perisian 36
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Carta Alir Perisian 53
B Soalan Soal Selidik Perisian 54
xiv
SENARAI SINGKATAN
CAI : Computer Assisted Instruction
CD : Compact Disk
CD-ROM : Compact Disk-Read Only Memory
CD-RW : Compact Disk Read Write
Exe. : Executable
GB : GegaByte
GUI : Graphic User Interface
IRC : Internet Relay Chat
MB : Megabyte
MHz : MegaHertz
ME : Millenium Edition
PBK : Pembelajaran Berbantukan Komputer
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kehidupan kita pada zaman sekarang telah banyak dipengaruhi dengan
penggunaan komputer dan ia tidak boleh dinafikan lagi. Kerja-kerja manusia seharian
dalam menyelesaikan masalah seperti dalam bidang pengurusan, pentadbiran,
penyelidikan, penganalisisan, komunikasi, kawalan, perubatan dan tidak ketinggalan juga
dalam bidang pendidikan telah banyak dibantu dengan penggunaan komputer. Oleh yang
demikian proses yang susah menjadi lebih senang, mudah dan cepat.
Penggunaan komputer juga telah diperluaskan lagi ke dalam sistem pendidikan di
negara kita untuk membantu dalam kerja-kerja pengurusan, pentadbiran sekolah dan
kakitangannya. Ia juga membantu guru-guru dan pelajar-pelajar dalam bidang pengajaran
dan pembelajaran. Pelajar-pelajar di pusat pengajian tinggi juga mendapat kemudahan
dalam mencari bahan-bahan maklumat untuk tugasan mereka di jaring (internet) dengan
menggunakan komputer. Dengan menggunakan e-mail atau IRC ( Internet Relay Chat )
pelajar-pelajar dapat berhubung di antara satu sama lain untuk bertukar-tukar pendapat
walaupun mereka berada berjauhan diantara satu sama lain. Penggunaan laman web untuk
menyimpan nota pengajaran adalah bertujuan memudahkan pelajar menyemak nota
walaupun berada jauh daripada pensyarah dan guru mereka.
2
Western Governors Universiti telah membawa satu perubahan dalam dunia
pendidikan iaitu dengan mewujudkan Universiti maya. Ia adalah konsep mengajar
menggunakan video dan penyampaian tutorial melalui internet dan ia memberikan kesan
yang lebih baik. (Berita Harian, Komputer Okt. 1997).
Negara kita Malaysia akan menjadi sebuah negara maju yang berteraskan
perindustrian dengan aplikasi sains dan teknologi tinggi bila penggunaan komputer
semakin meluas. Secara tidak langsung ia adalah sebagai pemangkin untuk
merealisasikan teknologi maklumat serta mewujudkan persekitaran masyarakat yang celik
komputer dan bermaklumat. ( Berita Harian, 1997).
1.2 Latar Belakang Masalah
Sistem pendidikan negara sedikit sebanyak telah mengalami perubahan
sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi. Perkembangan sains dan teknologi
yang mula berkembang dengan pesat harus dieksploitasikan ke dalam sistem pendidikan
negara. Jika sains dan teknologi sahaja yang berkembang tetapi sistem pendidikan masih
tidak berubah adalah tiada ertinya perkembangan itu. Oleh itu perkembangan ini
hendaklah diterapkan sebaik mungkin ke dalam sistem pendidikan agar sistem pendidikan
negara tidak ketinggalan oleh arus perkembangan sains dan teknologi.
Penggunaan komputer dalam pendidikan telah lama dipraktikkan di luar negara.
Ini termasuklah penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah kaedah baru yang menggantikan
kaedah tradisional iaitu “chalk and talk” yang diamalkan sebelum ini. Pelajar-pelajar
masa kini memerlukan rangsangan yang pelbagai untuk memotivasikan mereka belajar.
Dengan adanya kaedah baru ini sistem pendidikan akan nampak lebih menarik dan dapat
mengatasi perasaan cepat bosan pelajar-pelajar dalam pembelajaran.
3
Pembinaan multimedia untuk sistem pendidikan yang lebih berkesan adalah tugas
yang perlu dilaksanakan dari sekarang memandangkan negara kita masih pada tahap
percambahan dalam penghasilan multimedia yang berunsur pendidikan. Kajian oleh Rio
Sumarni Shariffudin (1996) menunjukkan tidak ramai guru yang berkebolehan dan
mampu untuk membina perisian multimedia dalam pendidikan. Kesannya ialah perisian
tempatan tidak banyak dihasilkan.
1.3 Pernyataan Masalah
Perisian multimedia tempatan khasnya yang berunsur pendidikan dan
menggunakan Bahasa Kebangsaan dalam negara kita sangat berkurangan. Menurut
kajian Rio Sumarni Shariffudin (1996), mendapati bahawa kebolehdapatan perisian di
sekolah adalah rendah. Oleh itu, pembinaan perisian multimedia dalam kegunaan umum
amnya dan pendidikan khasnya adalah wajar dipertingkatkan.
Oleh yang demikian, projek ini memilih mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan yang
bertajuk “Pandangan Isometri Kaedah Rangka” berdasarkan sukatan pelajaran
Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik untuk dibina dalam bentuk perisian multimedia.
Ianya akan dapat membantu dan memudahkan guru, ia juga dapat menarik minat pelajar
untuk belajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Selain daripada itu ia
juga dapat menambahkan kebolehdapatan perisian multimedia tempatan, diharapkan
perisian ini mampu meningkat kefahaman pelajar terhadap lukisan kejuruteraan dalam
tajuk “Pandangan Isometri Kaedah Rangka”.
4
1.4 Objektif Projek
Objektif utama projek ini adalah membina perisian Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PBK) untuk mata pelajaran teknikal iaitu “Lukisan Kejuruteraan” bagi pelajar-
pelajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik. Selain dari itu, ia juga sesuai dijadikan
bahan rujukan asas dalam bentuk perisian PBK multimedia kepada guru-guru, pelatih-
pelatih institusi-institusi latihan kemahiran dan juga kepada sesiapa yang berminat
menggunakannya.
1.5 Tujuan Perisian
Pembinaan perisian yang dibangunkan mestilah mempunyai tujuan dan matlamat
yang hendaklah dicapai. Antara tujuan perisian ini dibangunkan adalah seperti berikut:
(a) Membolehkan pelajar-pelajar belajar secara sendiri tanpa kehadiran
guru.
(b) Memberi keselesaaan dan menarik minat pelajar untuk terus belajar bagi
menghasilkan pembelajaran yang berkesan.
(c) Memperbanyakkan lagi perisian PBK multimedia dalam koleksi pendidikan
khasnya dalam mata pelajaran teknikal.
(d) Membantu pelajar-pelajar dalam memahami bahagian-bahagian abstrak
dengan melihat simulasi yang disediakan.
(e) Memudahkan pelajar-pelajar membuat ulangkaji pelajaran dan
membuat latihan pengukuhan dan latihan pengayaan.
5
1.6 Rasional Pemilihan Tajuk
Mata pelajaran teknikal terutamanya mata pelajaran “Lukisan Kejuruteraan”
merupakan perkara asas yang harus difahami oleh pelajar-pelajar supaya dapat mencapai
hasrat kerajaan untuk melahirkan jurutera-jurutera tempatan yang setanding dengan
jurutera-jurutera luar negara. Disamping itu juga harapan kerajaan menjadikan Malaysia
sebuah negara industri sebagaimana yang termaktub dalam wawasan 2020 akan tercapai.
Memandangkan teknologi multimedia ini merupakan satu perkara baru dalam dunia
pendidikan di Malaysia terutamanya di sekolah-sekolah menengah dan juga sekolah-
sekolah teknik, maka pemilihan tajuk Pembinaan Perisian Multimedia dalam pendidikan
adalah wajar dan harus diteruskan.
Penggunaan komputer dalam pendidikan iaitu Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PBK) terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak
mendatangkan kesan yang positif berbanding dengan pengajaran dan pembelajaran
tradisional. Oleh itu adalah perlu bagi guru-guru menyahut cabaran tersebut dengan
memikirkan bagaimanakah cara yang sesuai untuk menyampaikan isi pelajaran
menggunakan teknologi terkini untuk pembelajaran yang lebih bermakna dan berkesan.
Sehubungan dengan itu, adalah sudah tiba masanya untuk penyelidik membina
sebuah perisian multimedia untuk Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) dalam
mata pelajaran “Lukisan Kejuruteraan”. Ia akan diselaraskan demi kemudahan semua
pelajar diperingkat sekolah menengah dan sekolah menengah teknik serta menaiktaraf
pendidikan di negara ini setanding dengan pendidikan di negara-negara lain.
6
1.7 Skop Projek
Projek ini direka khas untuk mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Ia dibina
berdasarkan sukatan pelajaran untuk Sekolah Menengah Teknik Tingkatan 4. Ia juga
sesuai untuk digunakan oleh guru-guru, tenaga-tenaga pengajar, pelatih-pelatih dan
pelajar-pelajar itu sendiri sebagai bahan rujukan.