catatan refleksi pengajaran & pembelajaran

16
Pendahuluan Kursus PPK 290/2 Internship 1 adalah bertujuan memberi pendedahan awal dan pengalaman sebenar kepada pelajar tentang pengendalian program pendidikan khas integrasi di sekolah. Pelajar kursus ini sebagai guru pembantu hanya dikehendaki membuat pemerhatian dan membantu guru serta melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah supaya mereka mendapat pengalaman yang sesuai. Pada akhir internship, pelajar akan mempunyai pemahaman yang jelas tentang peranan guru pendidikan khas di sekolah. Semasa menjalani latihan ini, pelajar tidak akan melakukan tugas-tugas sebenar guru pendidikan khas. Mereka hanya dikehendaki melibatkan diri dalam empat tugas iaitu membuat pemerhatian terhadap tugas- tugas guru pendidikan khas, pengurusan murid- murid keperluan khas, serta pemerhatian terhadap aktiviti pengajaran dalam kelas pendidikan khas. Selain itu, tugas guru pembantu juga meliputi membantu guru pendidikan khas mengurus murid-murid pendidikan khas, mengendali aktivitipengajaran dalam kelas pendidikan khas, mengkaji keperluan murid dan menulis laporan RPI serta menulis jurnal harian dan menyediakan laporan reflektif.

Upload: faridah-bt-pairan

Post on 27-Sep-2015

128 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Pendahuluan

Kursus PPK 290/2 Internship 1 adalah bertujuan memberi pendedahan awal dan pengalaman sebenar kepada pelajar tentang pengendalian program pendidikan khas integrasi di sekolah. Pelajar kursus ini sebagai guru pembantu hanya dikehendaki membuat pemerhatian dan membantu guru serta melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah supaya mereka mendapat pengalaman yang sesuai. Pada akhir internship, pelajar akan mempunyai pemahaman yang jelas tentang peranan guru pendidikan khas di sekolah. Semasa menjalani latihan ini, pelajar tidak akan melakukan tugas-tugas sebenar guru pendidikan khas. Mereka hanya dikehendaki melibatkan diri dalam empat tugas iaitu membuat pemerhatian terhadap tugas-tugas guru pendidikan khas, pengurusan murid- murid keperluan khas, serta pemerhatian terhadap aktiviti pengajaran dalam kelas pendidikan khas. Selain itu, tugas guru pembantu juga meliputi membantu guru pendidikan khas mengurus murid-murid pendidikan khas, mengendali aktivitipengajaran dalam kelas pendidikan khas, mengkaji keperluan murid dan menulis laporan RPI serta menulis jurnal harian dan menyediakan laporan reflektif.

Penghargaan Syukur Alhamdulillah, saya berjaya melalui internship atau praktikal selama sebulan di SK Taman Nusa Damai Pasir Gudang. Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga SK Taman Nusa Damai, terutamanya kepada Guru Besar Tuan Haji Samsudin Bin , En Yuasmadi Bin Guru Penolong Kanan Ko kurikulum sebagai mentor, Puan Hamida Guru Penolong Kanan Petang kerana memberi peluang dan kebenaran kepada saya untuk menjalani internship selama sebulan di sekolah ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada guru-guru yang sudi membimbing dan membantu saya selama saya berada di sekolah ini. Saya juga berterima kasih kepada pensyarah-pensyarah saya yang telah banyak membantu. Hasil daripada pembelajaran yang saya ikuti di IPG Temenggung Ibrahim, telah saya aplikasikan sepanjang saya berada di sekolah ini. Selain itu, saya juga amat berterima kasih kepada murid murid Sk Taman Nusa Damai Pasir Gudang Johor kerana telah banyak membantu saya sepanjang saya menjadi guru Matematik di sekolah ini. Kerjasama yang mereka berikan amat bermakna buat saya. Setelah sebulan berada di sekolah ini, banyak pengalaman dan ilmu yang saya perolehi. Saya juga dapat menambah pengetahuan terutamanya pengawalan kelas sewaktu pengajaran dan pembelajaran. Ianya amat berbeza dengan sekolah menengah yang saya ajar selama 17 tahun.InternshipInternship adalah latihan lapangan yang bertujuan untuk mengembang serta mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada sebagai seorang guru. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek inovasi yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pada peringkat ini, pelajar perlu menunjukkan daya kreativiti dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kompetensi diri, keyakinan, ketahanan dan jati diri serta membentuk sifat kepemimpinan serta memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru yang berinovasi.Objektif

Melalui Internship, pelajar dapat:I. Merancang dan melaksana projek inovasi yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.II. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas.III. Menampilkan ciri-ciri kepemimpinan bersesuaian dengan tanggungjawab yang diberikan.IV. Mengaplikasi kemahiran komunikasi secara berkesan dengan komuniti sekolah/tempat bertugas dalam pelbagai situasi.V. Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak program pendidikan semasa.VI. Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran serta projek inovasi yang telah dilaksanakan untuk penambahbaikan yang berterusan.VII. Memantapkan usaha dan inisiatif ke arah pemupukan ciri-ciri inovasi dan kreativiti dalam meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara berterusan.Refleksi InternshipHari Pertama (30 Mac / Isnin) Hari pertama melapor diri di Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai sebagai guru intership. Dengan surat perlantikan dan surat pengenalan diri, saya merujuk kepada guru besar. Perbincangan dijalankan di mana saya menerangkan tujuan intership dilaksanakan. Selepas perbincangan guru besar telah memberi saya mentor iaitu GPK Kokurikulum En Yuasmdi. Saya juga dikehendaki merujuk kepada GPK Petang untuk jadual kelas yang perlu diajar. Dengan bantuan Puan Hamida saya telah diberikan kelas Tahun 3 USM iaitu berkongsi dengan guru En Nik . Murid 3 USM terdiri dari 11 lelaki dan 27 perempuan. Hari Kedua (2 April / Khamis )

Kelas bermula jam 4.30 petang. Sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran, saya memasang peralatan LCD projector dan komputer. Dimulakan pengenalan tentang tujua, guru menggunakan kaedah soal jawab yang berkaitan tajuk yang diperbincangkan dalam kehidupan harian mereka. Contohnya, Emak memotong kek kepada empat bahagian yang sama besar kepada anda dan adik beradik yang laian. Berapakah pecahan yang anda dapat.? Jangkaan jawapan yang diperolehi ialah murid akan menjawab suku atau satu perempat. Hasil soal jawab ini guru mengaitkan kosa kata seperti separuh, suku, tiga suku dalam tajuk pecahan.

Bagi menguatkan kefahaman murid dalam Fasa 1, saya telah menjalankan aktiviti yang menyeronokan. Aktiviti mengisi air dalam botol mineral. Di sini saya hanya menyediakan lapan botol kosong yang telah ditandakan mengikut senggatan. Setiap kumpulan menerima satu botol. Bersama botol setiap murid diberkan satu kad yang mengandungi kosa kata pecahan. Contohnya suku, separuh dan juga dalam bentuk nombor. Dengan menggunakan kad tersebut, murid diberi masa 3 minit untuk mengisi air dalam botol tersebut mengikut sengatan. Sesampainya murid di dalam kelas, murid akan menunjukkan botol yang telah diisi dengan air sambil membaca kosa kata pada kad. Murid yang lain akan melihat dan mengiakan bagi jawapan yang betul.

Fasa yang berikutnya, saya memaparkan persembahan power point mengenai pecahan. Di sini murid murid dapat melorek dan menamakan pecahan yang dipaparkan. Dalam aktiviti ini saya dapat melihat kesungguhan murid murid ingin menjawab. Mereka berlumba lumba untuk kehadapan melengkapan jawapan. Untuk pengukuhan, saya telah mengedarkan satu lembaran kerja yang merangkumi kemahiran melorek dan menamakan pecahan wajar.Hari ketiga ( 9 April / Khamis )

Pengajaran dan pembelajaran dilanjutkan pada hari ketiga iaitu dalam kemahiran menyatakan pecahan setara. Bermula dengan set induksi murid yang dipilih membaca sifir bagi nombor yang kurang dari 10. Saya menguji kepada 4 orng murid. Saya mengaitkan kepentingan sifir bagi melengkapkan kemahiran bagi mencari pecahan yang setara dengan pecahan yang lain.

Dalam Fasa 1, menggunakan jalur kertas saya menerangkan konsep pecahan setara. Kaedah yang digunakan ialah kaedah demontrasi bagi melipat jalur kertas. Semua murid akan menerima satu jalur kertas. Dengan arahan yang jelas dari guru, murid mengikut langkah demi langkah melipat jalur kertas. Setiap langkah dijalankan akan diselitkan dengan soalan. Guru akan mencatat semua jawapan di papan putih. Melihat dari jawapan tersebut, guru membuat kesimpulan dan penerangan tentang konsep pecahan setara.

Fasa 2 berikutnya guru memaparkan Power Point mengenai Pecahan Setara. Melalui paparan ini, murid murid dapat melihat pelbagai bentuk gambarajah yang melibatkan pecahan setara. Paparan ini menguatkan lagi kefahaman murid murid dalam menguasai kemahiran Pecahan Setara. Melalui paparan ini juga terdapat beberapa soalan yang dikemukan. Murid murid menjawab sambil perbincangan dijalankan.

Untuk pengukuhan satu aktiviti yang mlibatkan semua murid. Berbekalkan bahan bantu jalaur kertas berwarna dan satu lembaran kertas A4 murid dikehendaki menampal jalur kertas yang berwarna mengikut bilangan yang mencukupi untuk mendapatkan satu jalur kertas. Aktiviti amat menyeronokan apabila mereka berlumba lumba untuk menampal dan menyiapakannya. Kertas berwarna merah, kuning biru dan oren memberangsangkan minat untuk murid belajar.Penutup, murid melengkapkan 10 soalan dengan mewarnakan Pecahan Setara dan memadankan jawapan bagi semua Pecahan Setara.Hari keempat.( 17 April / Khamis )

Pengajaran dan pembelajaran hanya tertumpu kepada latihan melibatkan Pecahan Setara. Di sini guru menerangkan bagaimana mendapatkan pecahan yang setara antara satu sama lain dengan hanya mendarab bagi pengangka dan penyebut dengan nombor yang sama.. Guru menggunakan buku aktivit yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan . Semua murid dapat melengkapkan kesemua latihan melibatkan Pecahan Setara.

Hari kelima ( 23 April / Khamis )

Pengajaran dan pembelajaran hari ini berpandukan dengan RPH yang telah dijalankan pada hari ketiga. Cuma yang membezakan terdapat satu inovasi bahan yang dimasukkan bagi menguatkan kefahaman dalam mempelajari pecahan setara.

Merujuk kepada RPH pada 9 April dalam Fasa 1, menggunakan jalur kertas saya menerangkan konsep pecahan setara. Kaedah yang digunakan ialah kaedah demontrasi bagi melipat jalur kertas. Semua murid akan menerima satu jalur kertas. Dengan arahan yang jelas dari guru, murid mengikut langkah demi langkah melipat jalur kertas. Setiap langkah dijalankan akan diselitkan dengan soalan. Guru akan mencatat semua jawapan di papan putih. Melihat dari jawapan tersebut, guru membuat kesimpulan dan penerangan tentang konsep pecahan setara.

Fasa 2 berikutnya guru memaparkan Power Point mengenai Pecahan Setara. Melalui paparan ini, murid murid dapat melihat pelbagai bentuk gambarajah yang melibatkan pecahan setara. Paparan ini menguatkan lagi kefahaman murid murid dalam menguasai kemahiran Pecahan Setara. Melalui paparan ini juga terdapat beberapa soalan yang dikemukan. Murid murid menjawab sambil perbincangan dijalankan.

Untuk Fasa 3, saya telah menggunakan bahan bantu yang berinovasi iaitu Jalur Lutsinar. Bahan bantu yang dibina merupakan Jalur Lutsinar. Jalur Lutsinar ini dibina dari plastik lutsinar yang dilukis dan dibahagikan kepada beberapa bahagian . Bahagian bahagian yang dilukis adalah merujuk kepada pecahan asas yang diperlukan . Contohnya satu perdua, satu pertiga. Dengan lembaran kerja yang dibekalkan, murid hanya perlu mengambil Jalur Lutsinar dan meletakkan di atas rajah dalam lembaran kerja. Dari sini murid dapat mencari Pecahan Setara yang sepadan dengannya. Murid merasa kagum dan menjawab tanpa mengingat sifir. Keseronokan dalam aktiviti ini, secara langsung menambah minat murid untuk belajar matematik.

Untuk pengukuhan satu aktiviti yang mlibatkan semua murid. Berbekalkan bahan bantu jalaur kertas berwarna dan satu lembaran kertas A4 murid dikehendaki menampal jalur kertas yang berwarna mengikut bilangan yang mencukupi untuk mendapatkan satu jalur kertas. Aktiviti amat menyeronokan apabila mereka berlumba lumba untuk menampal dan menyiapakannya. Kertas berwarna merah, kuning biru dan oren memberangsangkan minat untuk murid belajar.Penutup, murid melengkapkan 10 soalan dengan mewarnakan Pecahan Setara dan memadankan jawapan bagi semua Pecahan Setara.

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN1. Isu / Perkara yang difokus:I. Bagaimana bahan bantu mengajar dapat menerangkan sesuatu konsep dalam sesuatu topik.

II. Bagaimana bahan bantu mengajar menarik minat murid untuk belajar matematik.III. Bagaimana bahan bantu mengajar dapat mencungkil bakat untuk menghasilkan daya kreativiti dan inovasi pelajar.IV. Bagaimana bahan bantu mengajar dapat menyelesaikan masalah-masalah proses PdP yang membosankan.2. Analisis isu / perkara yang difokus:2.1 KEKUATAN:

Hari pertama ( 2 April / Khamis )

Menggunakan bahan terbuang seperti botol mineral, dapat menarik minat dan mudah menguasai konsep bagi suku, separuh dan tiga suku.

Penggunaan persembahan Power Point yang menarik dan

memudahkan murid menguasai konsep.

Hari kedua ( 9 April / Khamis )

Penggunaan bahan bantu Jalur Kertas , murid mengenal konsep

pecahan setara dengan kaedah demontrasi

Penggunaa bahan bantu jalur kertas berwarna mengenal konsep

dengan kaedah tampalan.

Persembahan Power Point dengan paparan gambarajah yang

pelbagai bagi mengenal konsep Pecahan Setara

Hari ketiga ( 17 April / Khamis )

Murid murid dapat menghafal sifir bagi nombor kurang daripada

10.

Murid menguasai konsep bahagi bagi nombor kurang daripada 10.Hari keempat ( 23 April /Khamis )

Penggunaan bahan bantu Jalur Kertas , murid mengenal konsep

pecahan setara dengan kaedah demontrasi

Penggunaan bahan bantu inovasi iaitu Jalur Lutsinar dengan

meletakan di atas satu pecahan dan mendapatkan pecahan yang

setara dengannya.

Penggunaan jalur kertas berwarna mengenal konsep dengan kaedah tampalan.

Persembahan Power Point dengan paparan gambarajah yang

pelbagai bagi mengenal konsep Pecahan Setara.2.2 KELEMAHAN: Tidak semua murid memperolehi bahan bantu secara persendirian yang menyebabkan ketidak puas hati mereka.

Pembinaan kumpulan perlu diperbanyakkan, memandangkan muridterlalu aktif dalam aktiviti kumpulan. Kawalan dan penerangan yang tidak jelas menyebabkan murid terlalu

bising.

3. Cadangan penambahbaikan:Merujuk kepada kekuatan dan kelemahan yang diperolehi, maka cadangan penambahbaikan ialah memastikan guru menyediakan bahan bantu yang boleh diberikan kepada semua murid untuk mengelakkan ketidakpuasan hati mereka. Bahan bantu yang lain seperti gam, pensel warna, perlu dimaklumkan sehari sebelum pengajaran dan pembelajaran untuk mengelakkan murid meminjam dari rakan yang lain.

Untuk projek inovasi yang dirangka, untuk penambahbaikan guru perlu mempelbagaikan lembaran kerja selain satu perdua. Guru boleh memberikan lembaran kerja bagi soalan satu pertiga atau pun satu perempat. Di ingatkan apabila menggunakan lembaran kerja dan soalan yang berbeza, guru juga perlu membina Jalur Lutsinar yang lain. Sekiranya ini dapat dilakukan, murid akan dapat membanding beza antar satu sama lain.Akhirnya, diharapkan bahan bantu inovasi ini dicadangkan un tuk digunkan dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya bagi murid murid yang lemah.

Laporan Bergambar

JALUR LUTSINAR

JALUR KERTAS BERWARNA

PENGGUNAAN JALUR LUTSINAR

MURID MENJALANKAN AKTIVITI

MURID MENJALANKAN AKTIVITI