penggunaan bahan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran

19
PENGGUNAAN BAHAN MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL Oleh: Mohd Izuan Bin Abd Rahim PISMP KPM-OUM PSV INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS RAJA MELEWAR, SEREMBAN

Upload: thiyagu

Post on 02-Jan-2016

111 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Penggunaan Bahan Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

TRANSCRIPT

Page 1: Penggunaan Bahan Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

PENGGUNAAN BAHAN MULTIMEDIA

DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL 

Oleh:Mohd Izuan Bin Abd RahimPISMP KPM-OUM PSVINSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS RAJA MELEWAR, SEREMBAN

Page 2: Penggunaan Bahan Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

PENGENALAN

•Multimedia adalah suatu teknik yang menggabungkan data, teks, gambar, grafik, animasi, bunyi dan video. Penggunaan multimedia secara tidak langsung dapat memberikan peluang kepada guru menggunakan dan memahirkan diri dengan pelbagai teknologi terkini dan bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran teknologi baru yang akan datang.

Page 3: Penggunaan Bahan Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Pengaplikasian multimedia dalam pendidikan•memudahkan guru meyampaikan pelbagai

maklumat dengan pelbagai pendekatan. •memberi manfaat kepada murid di mana murid

boleh menerima, memproses, mengingat, menyimpan dan melahirkan semula segala yang telah dipelajari.

•murid juga perlu dieri kebebasan untuk belajar mengikut perkembangan diri mereka masing-masing dengan melibatkan pancaindera semasa proses pembelajaran berlangsung.

Page 4: Penggunaan Bahan Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

PENYATAAN MASALAH

•Keberkesanan penggunaan multimedia dan keupayaan guru mengekploitasikannya boleh menyumbang kepada melahirkan generasi yang seimbang dari segi kognitif, afektif dan juga kemahiran. Kraiger, Ford dan Salas (1993), mengkategorikan pembelajaran kepada tiga matlamat iaitu pencapaian kognitif , pencapaian kemahiran dan pencapaian efektif.

Page 5: Penggunaan Bahan Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

•Pengaplikasian multimedia dalam pendidikan akan memudahkan guru meyampaikan pelbagai maklumat dengan pelbagai pendekatan.

•Dengan itu, cara ini akan memberi manfaat kepada murid di mana murid boleh menerima, memproses, mengingat, menyimpan dan melahirkan semula segala yang telah dipelajari.

Page 6: Penggunaan Bahan Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

•Perkara yang ingin dijelaskan adalah seperti :

Guru kurang menggunakan bahan multimedia dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual,

Guru menganggap bahan multimedia kurang penting dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Masalah pengetahuan dalam penggunaan bahan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 7: Penggunaan Bahan Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenalpasti penggunaan bahan multimedia dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual.

2. Mengenalpasti faedah menggunakan bahan multimedia dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual.

3. Mengenalpasti pengetahuan guru Pendidikan Seni Visual dalam mengaplikasikan penggunaan multimedia dalam pengajaran.

Page 8: Penggunaan Bahan Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

BATASAN KAJIAN

•Dijalankan ke atas guru-guru yang hanya mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

•Jumlah responden seramai 30 orang guru sahaja.

Page 9: Penggunaan Bahan Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

TINJAUAN LITERATURPenggunaan bahan multimedia dalam pengajaran

Pendidikan Seni Visual

Mengikut Phillips (1997), multimedia interaktif boleh mengubah cara seseorang memperolehi maklumat serta cara seseorang itu belajar sekiranya digunakan dengan berkesan.

• memudahkan pembelajaran yang berpusatkan pelajar kerana pelajar diberi kebebasan memilih bahan pembelajaran sendiri dan belajar pada kadar yang sesuai dengan diri sendiri.

• dapat disesuaikan dengan gaya pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar dengan elemen-elemen yang terdapat dalam multimedia itu sendiri serta menggalakkan pembelajaran kooperatif dan interaksi di antara pelajar melalui perbincangan dan projek kumpulan.

Page 10: Penggunaan Bahan Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Mengenalpasti faedah menggunakan bahan multimedia dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual.

Menurut Norizan Abdul Razak, 1997 dalam

kajian kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa membuktikan bahawa guru-guru masih lagi ragu-ragu dan takut untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka.

• Perkara ini menjadi salah satu perkara yang membantutkan pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah.

• Terdapat guru-guru yang berminat untuk belajar tetapi berputus asa kerana merasakan sukar untuk menguasai bidang teknologi maklumat.

Page 11: Penggunaan Bahan Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Mengenalpasti pengetahuan guru Pendidikan Seni Visual dalam mengaplikasikan penggunaan multimedia dalam pengajaran.

• Keberkesanan penggunaan multimedia dan keupayaan guru mengekploitasikannya boleh menyumbang kepada melahirkan generasi yang seimbang dari segi kognitif, afektif dan juga kemahiran. Kraiger, Ford dan Salas (1993), mengkategorikan pembelajaran kepada tiga matlamat iaitu pencapaian kognitif , pencapaian kemahiran dan pencapaian efektif.

Page 12: Penggunaan Bahan Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

METODOLOGI

•Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif. Menggunakan soal selidik.

•Data ordinal diperolehi melalui skala Likert Ordinal .

•Data dianalisis menggunakan perisian komputer iaitu “ Stastiscal Package for Social Science” (SPSS).

Page 13: Penggunaan Bahan Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

DAPATAN KAJIAN•Penggunaan bahan multimedia dalam

pengajaran Pendidikan Seni Visual

Item PerkaraMenggunakan multimedia

Frekuensi

Menggunakan multimedia(%)

B1 Audio 2 (6.7)

B2 Video - -

B3 Internet 9 (30.0)

B4 Grafik 3 (10.0)

B5 Komputer/ Komputer riba 4 (13.3)

B6 CD-ROM 1 (3.3)

B7 Projektor LCD 4 (13.3)

B8 Perisian Komputer 2 (6.7)

B9 Animasi 2 (6.7)

Peratus penggunaan keseluruhan

10.0

Page 14: Penggunaan Bahan Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Mengenalpasti faedah menggunakan bahan multimedia dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual.

Item PerkaraSetuju

KekerapanSetuju

(%)

C1 Menjimatkan masa mengajar 21 (70.0)

C2 Melibatkan pelajar secara aktif 16 (53.3)

C3 Meningkatkan daya ingatan pelajar 30 (100.0)

C4 Menjadikan pengajaran lebih menarik 30 (100.0)

C5 Mempelbagai teknik dalam pengajaran 23 (76.7)

C6 Memudahkan murid memahami isi pelajaran 20 (66.6)

C7 Membolehkan membuat persiapan awal 25 (83.3)

C8 Memudahkan menyampaikan isi pelajaran 26 (86.7)

C9Mengurangkan pergantungan terhadap buku kerja

16 (53.3)

C10Menambah minat murid terhadap pengajaran

30 (100.0)

Peratus keseluruhan 79.0

Page 15: Penggunaan Bahan Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Mengenalpasti pengetahuan guru Pendidikan Seni Visual dalam mengaplikasikan

penggunaan multimedia dalam pengajaran.

Item PerkaraSetuju

KekerapanSetuju

(%)

1 Tahu menggunakan kebanyakkan jenis bahan multimedia 9 (30.0)

2Mahir membina bahan multimedia sebagai bahan bantu mengajar 9 (50.0)

3Tidak memerlukan masa yang lama untuk menyediakan bahan mengajar. 8 (26.7)

4Kursus dalaman tentang cara penggunaan multimedia sebagai bahan bantu mengajar kerap diadakan

1 (3.3)

Jumlah keseluruhan 37.3

Page 16: Penggunaan Bahan Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

KESIMPULAN• Bahan multimedia yang paling banyak digunakan ialah

internet menjadi pilihan utama guru dalam pengajaran di kelas. Internet merupakan rangkaian yang penting dalam menghubungkan manusia seluruh dunia tanpa sempadan.

• Melalui kemudahan internet, dunia hari ini menyaksikan perkembangan kemudahan teknologi maklumat kepada manusia. Seiring dengan itu, maklumat turut mengalami perkembangan yang pesat dan kita didedahkan dengan pelbagai maklumat tanpa had dan sempadan.

• Penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar.

Page 17: Penggunaan Bahan Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

•Kajian mendapati keseluruhan peserta kajian bersetuju bahawa penggunaan bahan multimedia meningkatkan daya ingatan murid dan menambah minat murid terhadap pengajaran guru.

• Ini kerana proses penyampaian sesuatu maklumat yang lebih efektif hasil daripada penggunaan pelbagai jenis media seperti teks, audio, video, grafik dan animasi merupakan antara kelebihan penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 18: Penggunaan Bahan Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

• Dapatan menunjukkan terdapat guru mahir membina bahan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

• Pembaharuan dalam sistem pendidikan ini

selaras dengan pernyataan bahawa media telah mendominasi kehidupan kita seharian di mana kita dikelilingi pelbagai media seperti buku, majalah, filem, televisyen, permaianan komputer dan juga internet. Sudah menjadi tanggungjawab seorang guru membantu pelajarnya menjadi pengguna yang kritis terhadap sumber media yang pelbagai

• ( Alvermann, Moon, dan Hagood, 1999 ; Dyson, 1997 ).

Page 19: Penggunaan Bahan Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

JUAN PABLO