pendekatan pengajaran bermaslah pembelajaran

52
BAB 1 TEORI PEMBELAJARAN PENGENALAN Teori-teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum- hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Melalui teori pembelajaran ini, guru akan memahami pelbagai cara pelajar belajar, dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan hukumannya dengan kaedah dan teknik mengajar bagi mencapai objektif pelajaran yang berkesan. Sebagai manusia pula, kita perlu menghargai kepentingan teori- teori pembelajaran sebagai asas dan pertimbangan dalam memahami tingkah laku pembelajaran yang pelbagai. Hal ini kerana pembelajaran adalah merupakan satu proses modifikasi maklumat dan pengalaman secara berterusan. Ia juga berlaku dalam diri seseorang sejak dia dilahirkan. Selain itu teori-teori pembelajaran ini bukan sahaja boleh digunakan untuk kanak-kanak normal, malah ia juga sangat berguna kepada kanak- kanak bermasalah pembelajaran. Masalah pembelajaran merupakan istilah umum yang merujuk kepada gugusan pelbagai “ disorder” yang dimanifestasikan oleh kesusahan atau ketidakupayaan untuk “ acquisition and use of listening, speaking, reading, writing, reasoning or mathematical ablities.” Sehubungan itu, teori-teori pembelajaran yang dikaitkan dengan masalah pembelajaran membawa maksud bahawa kepelbagaian teknik pengajaran yang boleh diguna pakai untuk mengajar kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Hal ini bertujuan untuk membantu pelajar yang bermasalah pembelajaran dapat belajar seperti mana pelajar yang normal disamping mengurangkan masalah yang dihadapi oleh mereka. 1

Upload: fatimah-shaary

Post on 24-Dec-2015

288 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

teori dan teknik pengajaran dan pembelajaran bagi bermasalah pembelajaran

TRANSCRIPT

Page 1: Pendekatan Pengajaran Bermaslah Pembelajaran

BAB 1TEORI PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Teori-teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang

dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Melalui teori pembelajaran ini, guru

akan memahami pelbagai cara pelajar belajar, dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan

hukumannya dengan kaedah dan teknik mengajar bagi mencapai objektif pelajaran yang

berkesan.

Sebagai manusia pula, kita perlu menghargai kepentingan teori-teori pembelajaran

sebagai asas dan pertimbangan dalam memahami tingkah laku pembelajaran yang pelbagai.

Hal ini kerana pembelajaran adalah merupakan satu proses modifikasi maklumat dan

pengalaman secara berterusan. Ia juga berlaku dalam diri seseorang sejak dia dilahirkan.

Selain itu teori-teori pembelajaran ini bukan sahaja boleh digunakan untuk kanak-kanak normal,

malah ia juga sangat berguna kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Masalah

pembelajaran merupakan istilah umum yang merujuk kepada gugusan pelbagai “ disorder” yang

dimanifestasikan oleh kesusahan atau ketidakupayaan untuk “ acquisition and use of listening,

speaking, reading, writing, reasoning or mathematical ablities.”

Sehubungan itu, teori-teori pembelajaran yang dikaitkan dengan masalah pembelajaran

membawa maksud bahawa kepelbagaian teknik pengajaran yang boleh diguna pakai untuk

mengajar kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Hal ini bertujuan untuk membantu pelajar

yang bermasalah pembelajaran dapat belajar seperti mana pelajar yang normal disamping

mengurangkan masalah yang dihadapi oleh mereka. Pembelajaran juga penting bagi kanak-

kanak yang mempunyai masalah pembelajaran supaya mereka dapat hidup berdikari pada

masa hadapan.

Pengajaran adalah sesuatu proses berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan

atau kemahiran supaya pelajar-pelajar dapat mempelajari dan menguasainya dengan berkesan.

Melalui pengajaran, pelajar berubah dari tidak tahu kepada tahu. Melalui hasil pengajaran juga

kita dapat mengubah tingkah laku seseorang.

1

Page 2: Pendekatan Pengajaran Bermaslah Pembelajaran

        Pembelajaran merupakan satu proses yang berterusan. Menurut kamus dewan (1994), 

pembelajaran adalah usaha memperoleh ilmu pengetahuan, menuntut ilmu pengetahuan.

Proses ini mengkehendaki pelajar melalui pengalaman seperti mendapat penerangan guru,

membuat latihan bertulis atau amali sehingga berlaku perubahan dalam diri pelajar. Gagne

(1970), dalam bukunya 'The Condition of Learning' mendefinisikan pembelajaran sebagai

perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk

perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Menurut Mayer (1982), pembelajaran adalah

perubahan kekal dalam pengetahuan seseorang melalui pengalaman. Driscoll (1994), pula

menyebut bahawa pembelajaran adalah perubahan prestasi secara berterusan dalam diri

manusia hasil dari interaksi pembelajaran dengan persekitaran. Oleh itu, pembelajaran

merupakan satu proses yang mengubah keadaan, sikap, pengetahuan manusia menerusi

pengalaman. Pada asasnya konsep pembelajaran berlandaskan teori-teori pembelajaran

masa kini.  Konsep Pembelajaran diperoleh manusia sejak kecil lagi sama ada secara formal

atau tidak formal. Manusia menggunakan derianya seperti hidung, mata, telinga bagi

meyesuaikan diri dengan persekitaran. Teori-teori pembelajaran terdiri daripada teori kognitif,

konstruktisme, behaviourisme dan sosial. 

Definisi Teori

Merujuk kepada kamus Dewan Edisi Ke–3(2000), teori didefinisikan sebagai pendapat yang

dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara dan lain-lain. Terdapat berbagai-bagai teori

atau pendapat yang berkaitan dengan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak.

Meskipun kebanyakan teori adalah berbeza namun ianya memberi sumbangan yang sangat

besar dan mempunayi pengaruh yang sangat kuat dalam pendidikaan awal kanak-kanak.

2

Page 3: Pendekatan Pengajaran Bermaslah Pembelajaran

Setiap teori diaplikasikan dengan cara yang berbeza-beza seperti teori behavioris yang

mengatakan bahawa kanak-kanak ibarat kain putih. Dalam teori ini, penekanan diberikan ke

atas mengajar iaitu seseorang guru atau pengajar perlu memberi arahan atau perintah ke atas

kanak-kanak. Manakala teori pembelajaran kognitif adalah mementingkan proses dalaman yang

berlaku dalam akal fikiran manusia.

Oleh itu, Teori adalah sesuatu yang menjelaskan fakta. Tanpa teori data tidak boleh di

interpretasikan dan teori ini memberi makna terhadap fakta yang di kumpul. Teori membolehkan

kita menghubungkait antara satu fakta dengan satu fakta yang lain. Misalnya seorang kanak-

kanak yang berumur 10 tahun sudah dapat memahami konsep-konsep logik berbanding

dengan kanak-kanak yang berumur dua tahun. Walau apapun teori yang dikemukakan, diharap

dapat membantu setiap guru atau pengajar dalam meningkatkan kebolehan kanak-kanak

supaya berjaya mengikut umur kronologi mereka. Pembelajaran perlu dibahagikan kepada

bahagian-bahagian yang dapat dikendalikan untuk memudahkan sesuatu proses pengajaran

dan pembelajaran. Idea dan kebolehan yang kompleks perlu dibina daripada yang mudah untuk

mencapai keupayaan pembelajaran yang optimum.

Definisi Pembelajaran

Pembelajaran ialah proses perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan

tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang

hayat seseorang manusia. Pembelajaran biasanya membawa perubahan diri seseorang sama

ada ke arah kebaikan atau keburukan.

Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar. Walau

bagaimanapun pembelajaran bukan setakat merangkumi penguasaan pengetahuan semata-

mata tetapi penguasaan perkembangan sikap, emosi, nilai dan estetika serta kesenian. Proses

3

Page 4: Pendekatan Pengajaran Bermaslah Pembelajaran

pembelajaran boleh berlaku secara formal dan tidak formal. Pembelajaran boleh berlaku di

mana-mana tempat dan pada sebarang masa sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

Proses pembelajaran melibatkan aspek mental, fizikal, emosi dan sosial. Menurut ahli

psokologi pendidikan Benjamin S. Bloom pembelajaran digolongkan dalam tiga bidang iaitu

kognitif, efektif dan psikomotor. Pembelajaran kognitif mengutamakan proses menggunakan

mental dan akal fikiran untuk memperolehi pengetahuan dan maklumat. Pembelajaran efektif

berkait dengan perkembangan sikap dan perlakuan pelajar yang lebih mengutamakan

penggunaan interaksi sosial dan emosi. Pembelajaran psikomotor mengutamakan

perkembangan fizikal untuk memperolehi kemahiran melalui latihan dan amali dengan

menggunakan koordinasi otot dan organ deria.

Proses Pembelajaran

Proses pembelajaran menurut Gagne (1970), terdiri daripada beberapa fasa iaitu motivasi,

perhatian, jangkaan perolehan ingatan kembali, pemilihan persepsi, mengkod dan

penyimpanan jangka pendek, gerak balas atau prestasi, maklum balas dan peneguhan dan

generalisasi atau pemindahan pembelajaran.

Menurut teori pembelajaran Gelstalt, proses pembelajaran kognitif mengkaji subjek dari

aspek psikologikal daripada proses pemerhatian yang mudah kepada personalitinya perlu

dilihat polanya sebagai satu keseluruhan (as a whole ). Teori ini merumuskan “ The whole is

greater than the sum of its parts”. Kohler yang juga ahli dalam teori Geltalts berpendapat

bahawa proses pembelajaran adalah cetusan idea yang dikenali sebagai celik akal.

Menurut B.F. Skinner dalam proses pembelajaran terdapat empat jenis aspek yang

boleh merangsangkan proses pembelajaran dan pembentukan tingkah laku di dalam bilik darjah

iaitu, peneguhan (positif / negatif), dendaan, prinsip dan pelupusan.

4

Page 5: Pendekatan Pengajaran Bermaslah Pembelajaran

Manakala menurut Albert Bandura iaitu pengasas teori pembelajaran sosial menyatakan

bahawa faktor-faktor sosial, kognitif dan tingkah laku memainkan peranan penting dalam proses

pembelajaran. Berdasarkan huraian di atas mengikut teori-teori tersebut proses pembelajaran

adalah satu proses pemikiran fakulti mental yang perlu melalui pelbagai fasa yang

membolehkan seseorang itu terus belajar.

Teori Pembelajaran & Implikasi

Teori-teori pembelajaran seharusnya di gunakan dalam modul pengajaran dan pembelajaran

untuk pelajar bermasalah pembelajaran kerana pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan

mengikut perkembangan kognitif serta keupayaan dan kebolehan pelajar bermasalah

pembelajaran akan melahirkan pembelajaran yang berkesan.

Seseorang guru perlu mengetahui idea dan teori yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh

pendidikan kerana idea-idea mereka boleh membantu guru dalam memahami cara-cara

melaksanakan strategi pengajaran. Selain itu, teori-teori tentang bagaimana kanak-kanak

membesar, berkembang, dan belajar telah membentuk pendidikan dan amalan pengajaran

pada hari ini. Penerokaan, penganalisisan dan penemuan idea-idea falsafah boleh memberi

inspirasi dan ilham kepada guru untuk menilai semula pendapat yang dipegang selama ini dan

menjadi dorongan kepada guru untuk melakukan yang terbaik.

White dan coleman (2000), menyatakan bahawa falsafah pendidikan yang dipegang

oleh seseorang guru bukan sahaja membantunya dalam berinteraksi dengan pelajar, malah

membantunya memahami amalan pengajaran dan dapat membezakan apa yang diamalkannya

dengan yang diamalkan oleh guru-guru lain. Walau bagaimanapun, falsafah yang dipegang

oleh seseorang guru akan berubah setelah ia belajar lebih banyak tentang teori pembelajaran

kanak-kanak, memperolehi pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak, amalan

pengajaran, dan mendapat pengalaman praktikal di dalam bilik darjah.

5

Page 6: Pendekatan Pengajaran Bermaslah Pembelajaran

Teori-teori pembelajaran merupakan teori yang sangat penting untuk membantu para

guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teori-teori ini, sangat penting dalam

eksploitasi minda dalam menjana kecemerlangan pendidikan. Sekiranya seseorang guru itu

bijak mengolah kesemua teori ini ke dalam pembelajaran, minda mereka akan terisi dan

matlamat untuk mencapai kecemerlangan akan tercapai. Selain itu, Teori-teori pembelajaran

juga dapat membantu guru memahami personaliti dan konsep kendiri seseorang pelajar.

Dengan ini, guru akan dapat membantu pelajar ke arah pembentukan konsep kendiri yang

positif dengan merancang peneguhan yang sesuai untuk pelajarnya dalam memotivasi pelajar

supaya rajin belajar.

Teori Perkembangan Kognitif –Jean Piaget

Piaget merupakan seorang ahli biologi berbangsa Swiss. Beliau mula berminat dengan

pemikiran kanak-kanak apabila bekerja dengan ahli psikologi Perancis Alfred Binet yang

membina ujian kecerdasan. Latihan yang diperolehnya dalam bidang biologi sangat

mempengaruhi ideanya dalam pembelajaran, pemikiran, dan teorinya tentang kecerdasan.

Sumbangan Piaget lebih berfokus kepada perkembangan kognitif. Hasil kerja Piaget selalu

dikaitkan dengan konstruktivitis kerana Piaget percaya bahawa kanak-kanak membina

pengetahuannya sendiri. Dari aspek kurikulum dan program awal kanak-kanak, Piaget

mencadangkan supaya mereka diberi kebebasan untuk bermain, membuat uji kaji, dan

mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang berpandu.

Sumbangan Teori Jean Piaget Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran

Piaget berpendapat bahawa perkembangan kemahiran kognitif atau pemikiran adalah

berturutan. Keupayaan pembelajaran seseorang individu bergantung kepada status

perkembangan. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif ini berlaku secara

berperingkat-peringkat. Peringkat yang lebih awal adalah peringkat yang lebih mustahak dan

6

Page 7: Pendekatan Pengajaran Bermaslah Pembelajaran

menjadi asas kepada perkembangan kognitif seterusnya. Kanak-kanak memerlukan peluang

dan pengalaman untuk mengukuhkan perlakuan dan pemikiran pada setiap tahap

perkembangan. Setiap tahap berkait rapat dengan umur dan mengandungi perbezaan cara

berfikir.

Mengikut cadangan Jean Piaget, mengajar dan mendidik melibatkan penyediaan

persekitaran yang bersesuaian dengan penerimaan kanak-kanak bagi membolehkan mereka

memenuhi minat dan keperluan mereka berdasarkan norma-norma yang diterima oleh

masyarakat. Bahan pengajaran boleh disediakan untuk kanak-kanak apabila mereka

menunjukkan minat dan kesediaan. Pengajaran yang tidak sesuai dengan masa dan diberikan

kepada kanak-kanak yang tidak berminat bukan sahaja merugikan masa, malah menghasilkan

kesan yang negatif.

Oleh itu, Ibu bapa atau guru perlu menyediakan pelbagai bahan supaya dapat

memperkayakan perkembangan kanak-kanak. Bahan-bahan ini perlu sesuai dengan minat dan

peringkat perkembangan kanak-kanak. Jika kanak-kanak tidak mahu menggunakannya,

maknanya bahan-bahan ini tidak sesuai dengan peringkat perkembangan mereka atau mungkin

juga bahan itu tidak menarik minat mereka. Perlu diingatkan juga bahawa kanak-kanak tidak

boleh bekerja di bawah tekanan, atau melaksanakan tugas di luar peringkat perkembangan

mereka. Jika mereka diberi kebebasan bekerja dalam keadaan yang tidak tertekan, dalam

suasana yang menggalakkan, mereka akan mengembangkan kebolehan mereka dalam semua

aspek.

Kanak-kanak perlu dikumpulkan dalam kumpulan yang sama peringkat perkembangan.

Kanak-kanak yang mengalami masalah perkembangan sebaiknya dikumpulkan dalam

kumpulan yang sama dengan mereka. Membetulkan kesalahan kanak-kanak dan mengarah

mereka semasa bermain dan bekerja perlu dilakukan dalam kadar yang paling minimum bagi

7

Page 8: Pendekatan Pengajaran Bermaslah Pembelajaran

mengelakkan mereka merasa tertekan. Penyediaan kanak-kanak dengan pengalaman yang

sebenar dapat membantu mereka memperolehi konsep yang betul tentang sesuatu perkara dan

dapat mempertingkatkan pelbagai kemahiran mereka.

Pada asasnya kanak-kanak akan memberi respons terhadap pertumbuhan dirinya.

Peranan guru ialah memberi kefahaman kepada mereka untuk memahami diri mereka sendiri

dan menerimanya. Persekitaran yang menggalakkan dan sentiasa menerima keadaan semula

jadi kanak-kanak akan menjadikan mereka positif walaupun mereka mungkin menghadapi

kesukaran pada peringkat perkembangan tertentu. Pengalaman yang dikehendaki dan dapat

dilaksanakan oleh kanak-kanak perlu disediakan. Kanak-kanak tidak boleh dipaksa melakukan

sesuatu yang di luar kecenderungan mereka kerana ini akan menghalang perkembangan

mereka.

Antaranya pendapat Piaget adalah seperti berikut:

a. Pelajar merupakan penjana informasi yang aktif.

b. Perkembangan kognitif adalah keputusan dari interaksi kanak-kanak itu yang

ada perkaitan dengan persekitaran dari segi fizikal dan sosial mereka

c. Pelajar pada hakikinya bermotivasi untuk cuba meluahkan perasaan pada

dunia sekitar mereka.

d. Perkembangan kognitif berlaku dalam tahap yang berlainan dengan proses-

proses pemikiran pada setiap peringkat dan secara kualitatifnya berbeza dari setiap

peringkat.

8

Page 9: Pendekatan Pengajaran Bermaslah Pembelajaran

Peringkat Perkembangan Kognitif Jean Piaget

Piaget menegaskan bahawa bayi, kanak-kanak dan orang dewasa dapat menyesuaikan diri

tetapi penyesuaian adalah berbeza pada masa yang berbeza. Oleh yang demikian, schemata

ataupun struktur yang digunakan oleh seseorang berbeza sepanjang hayatnya dalam urutan

yang hampir tetap. Perbezaan ini melambangkan peringkat perkembangan dan setiap peringkat

adalah berlainan antara satu sama lain. Peringkat tersebut menggambarkan interaksi

kematangan dan persekitaran pada struktur mental yang sedia ada. Kanak-kanak membentuk

peringkat pemikiran ini mengikut urutan yang sama dan pada masa yang hampir sama

walaupun umur adalah berbeza antara individu dengan individu yang lain dan antara budaya.

Perbandingan Peringkat Perkembangan Kognitif

Peringkat Menurut Teori Jean Piaget Pemerhatian Perkembangan

Pelajar Bermasalah

Deria

Motor

(0-2 Thn)

Kanak-kanak menggunakan

deria motor dan deria yang

lain untuk meninjau dan

memahami dunia mereka.

Kanak-kanak dapat

memerhatikan benda melalui

penglihatan dan pendengaran

bunyi .

Kanak-kanak dapat melakukan

tindakan ulangan iaitu

mengulangi sesuatu tingkah

laku atau tabiat melalui apa

Pada tahap ini, kanak-

kanak yang tergolong dalam

masalah pembelajaran

seperti sindrom down dan

cerebral palsy telah dapat

dikesan tentang

ketidakupayaan mereka.

kanak-kanak ini sukar untuk

menggunakan deria motor

untuk berteraksi dengan

persekitarannya.

Kefahaman mereka adalah

9

Page 10: Pendekatan Pengajaran Bermaslah Pembelajaran

yang dilihat atau didengar.

Misalnya, kanak-kanak

berumur 12 bulan sudah boleh

mencapai objek jauh

daripadanya.

terhad kerana kanak-kanak ini

sukar untuk mengaplikasikan

skema yang sepatutnya

dilakukan oleh kanak-kanak

biasa yang seusia dengannya.

Pra

Operasi

(2-7 Thn)

Peringkat ini menonjolkan sifat

naluri dan pemikiran simbolik.

Pada peringkat ini biasanya

kanak-kanak semakin maju

dalam penguasaan dan

penggunaan bahasa.

Kanak-kanak pra-sekolah

menggunakan keupayaan

mereka berfikir secara

simbolik untuk menyelesaikan

masalah.

Contohnya, mengaitkan simbol

dengan objek. Misalnya, huruf ‘g’

dikaitkan dengan ‘gajah’.

Mereka juga dapat menyebut

dengan betul perkataan

tersebut

Namun begitu mereka masih

tidak dapat menguasai

kebolehan memproseskan

Perkembangan pemikiran

secara simbolik atau logik

terhad kerana

”neurobiologikal disorder”

yang memberi kesan

kepada kefungsian otak

mereka.

Perkembangan

penggunaan bahasa adalah

tidak sempurna

terutamanya kanak-kanak

Autisme.

Kanak-kanak bermasalah

pembelajaran masih tidak

dapat menggunakan simbol

untuk mewakili objek-objek

yang dilihatnya.

Namun begitu, bagi kanak-

kanak yang bermasalah

pembelajaran ringan,

10

Page 11: Pendekatan Pengajaran Bermaslah Pembelajaran

pemikiran mengikut peraturan

yang logik.

mereka boleh bertutur

dengan bahasa yang

ringkas dan dapat mengikuti

pembelajaran di pra

sekolah.

Operasi

Konkrit

(7-11

Thn)

Kanak-kanak mula zaman

persekolahan. Mereka berfikir

secara logik dan konkrit.

Kebanyakan kanak-kanak

dapat berfikir mengikut

peraturan-peraturan yang logik

atau melakukan operasi

mental.

Kanak-kanak boleh

mengelaskan objek

berdasarkan satu ciri yang

tertentu.

Kanak-kanak bermasalah

pembelajaran sudah mula

bersekolah di tahap satu

tetapi daya pemikiran dan

perkembangan kognitif

adalah pada tahap minima.

Terdapat kanak-kanak yang

berumur 11 tahun belajar di

kelas yang sama dengan

kanak-kanak yang berumur

8 tahun kerana tahap

kognitif mereka yang sama.

Mereka tidak boleh berfikir

secara logik malah ada juga

kanak-kanak pada tahap ini

tidak tahu menjaga

keselamatan diri sehingga

boleh mencederakan diri

mereka sendiri.

11

Page 12: Pendekatan Pengajaran Bermaslah Pembelajaran

Operasi

Formal

(12+Thn)

Kanak-kanak atau golongan

remaja dapat berfikir secara

logik, termasuk pemikiran

abstrak perkara berkaitan

dengan masa depan dan

sanggup membuat hipotesis.

Dapat menguasai kebolehan

untuk menyelesaikan masalah

dengan kombinasi

pengetahuan, pengalaman

dan kemahiran.

Dapat menerima idea abstrak

seperti tenaga dan graviti.

Kanak-kanak bermasalah

pembelajaran pada tahap

ini tidak dapat menguruskan

unit-unit yang bermakna,

melakukan sintesis atau

membuat kesimpulan.

Kanak-kanak bermasalah

pembelajaran amat lemah

dalam mata pelajaran sains

kerana tidak boleh

memahami banyak benda

yang abstrak, penguasaan

konsep, fakta dan bahasa

yang lemah.

Tahap kognitif mereka

masih rendah dan tidak

sesuai dengan tahap umur

kronologi mereka.

Aplikasi Teori Jean Piaget

12

Page 13: Pendekatan Pengajaran Bermaslah Pembelajaran

i) Mengenal pasti masa yang sesuai melakukan sesuatu

Mengikut teori Piaget adanya jangka masa sensitif, iaitu waktu kanak-kanak cepat

mempelajari beberapa tingkah laku dengan lebih berkesan. Masa sensitif ini dikenali

sebagai kesediaan. Semua kanak-kanak akan melalui peringkat ini, tetapi jangka

masanya berbeza-beza terutama untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

Maka guru dan ibu bapa perlu mengesan masa-masa sensitif ini dan

menyediakan pengalaman-pengalaman untuk memperkembangan kemahiran

kanak-kanak. Untuk ini guru dan ibu bapa perlu membuat pemerhatian dan

mengenal pasti masa yang sesuai untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran

melakukan sesuatu.

ii) Melakukan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap perkembangan

Guru dan ibu bapa perlu membantu kanak-kanak untuk belajar melakukan sendiri

aktiviti mengikut pilihan mereka. Apabila kanak-kanak mempunyai pilihan, mereka

akan dapat memperkembangkan kemahiran dan kebolehan mereka yang menjadi

asas dalam pembelajaran berkesan, autonomi, dan penghargaan kendiri yang

positif.

Cara kanak-kanak memperoleh pengetahuan berbeza daripada orang dewasa.

Jika orang dewasa menggunakan pemikiran untuk memperoleh pengetahuan,

kanak-kanak pula menggunakan anggota fizikal atau pancaindera mereka.

Semenjak lahir hingga berumur dua tahun pemikiran kanak-kanak diistilahkan

sebagai unconscious absorbent mind yang diperkembangkan melalui penggunaan

deria penglihatan, pendengaran, rasa, bau dan sentuh.

13

Page 14: Pendekatan Pengajaran Bermaslah Pembelajaran

iii) Tidak harus memaksa selagi mereka belum bersedia

Ibu bapa atau guru perlu membuat pemerhatian terhadap kebolehan dan keupayaan

kanak-kanak dan tidak harus memaksa kanak-kanak mempelajari sesuatu yang

mereka belum bersedia. Orang dewasa perlu melayan kanak-kanak dengan baik.

Mereka perlu dilayan seperti kanak-kanak dan bukan seperti orang dewasa. Orang

dewasa tidak boleh memaksa kanak-kanak menerima idea mereka. Oleh itu, cara

melayan yang tidak sesuai akan menghalang perkembangan sahsiah seseorang

kanak-kanak.

iv) Pembelajaran berdasarkan keadaan semula jadi

Pembelajaran haruslah berdasarkan kepada keadaan semula jadi, kecenderungan

dan pengalaman kanak-kanak. Selain itu, pembelajaran perlu mengikut peringkat

semula jadi kanak-kanak. Pengalaman yang dirancang dengan baik adalah perlu

untuk memperkembangkan idea semula jadi kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-

kanak belajar melalui berinteraksi dengan bahan.

Apa yang dipelajari kanak-kanak bergantung pada orang-orang yang terdapat di

sekeliling mereka. Percakapan, perbuatan, dan bagaimana mereka memberi

respons terhadap kanak-kanak. Selain itu, pengalaman yang sedia ada dan bahan-

bahan yang disediakan untuk kanak-kanak juga menentukan jenis dan kualiti

pembelajaran.

v) Pengalaman pembelajaran yang positif dan keseronokan

Pengalaman mempengaruhi keadaan seseorang. Pembelajaran yang bermakna

adalah menekankan penggunaan deria lihat, rasa, bau dan dengar sebagai kaedah

pendidikan yang berkesan untuk kanak-kanak. Pendidikan yang menggunakan deria

14

Page 15: Pendekatan Pengajaran Bermaslah Pembelajaran

dianggap sebagai asas kepada semua pembelajaran. Oleh itu, bahan pengajaran

sepatutnya terdiri daripada bahan yang maujud dan asli.

Alat mengajar yang disediakan perlulah mempunyai sifat-sifat khas supaya

kanak-kanak boleh menggunakan deria dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru

perlu mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Ini

bertujuan supaya kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan

deria dengan cekap. Selain itu, kaedah permainan menjadikan kanak-kanak belajar

dengan cepat dan mereka akan berasa seronok.

Aktiviti atau bahan untuk peringkat perkembangan

Penekanan penggunaan deria adalah berkesan untuk pelajar bermasalah pembelajaran

pada peringkat ini.

Bahan pengajaran sepatutunya terdiri daripada bahan maujud dan asli.

Sebagai contoh, kanak-kanak diberi peluang untuk merasakan kelembutan bulu arnab

dengan deria sentuhan tangannya. Pengalaman ini menjadikannya lebih memahami

gambaran sebenar rupa arnab.

Selain itu, latihan penggunaan alat-alat muzik dan lukisan adalah membantu kanak-

kanak menyukai dan menikmati muzik. Kanak-kanak akan belajar mengawal pergerakan

kaki dan tangan mereka dalam persediaan untuk menari.

Bahan-bahan lain yang dapat meningkatkan daya pemikiran kanak-kanak ialah seperti

peta, gambar-gambar binatang dan tumbuh-tumbuhan untuk mereka mengenal pasti

dan membuat klasifikasi.

Latihan pengecam bentuk iaitu kanak-kanak diberikan bingkai atau talam yang dipenuhi

dengan kepingan kayu dalam pelbagai bentuk. Semua bentuk itu dikeluarkan dan

campurkan semuanya. Kanak-kanak dikehendaki memilih bentuk-bentuk yang sama

15

Page 16: Pendekatan Pengajaran Bermaslah Pembelajaran

dan memadankannya ke dalam bingkai atau talam. Latihan ini sangat berkesan untuk

melatih kanak-kanak bermasalah pembelajaran mengenali bentuk geometri

Penggunaan kertas pasir membantu kanak-kanak menggunakan jari untuk mengesan

huruf-huruf yang dipotong daripada kertas pasir dan penggunaan huruf abjad membantu

kanak-kanak menyusun huruf-huruf ini supaya menjadi perkataan mengikut kreativiti

masing-masing. Kaedah ini amat bersesuaian dalam pengajaran kanak-kanak yang

bermasalah penglihatan.

Penggunaan alat bantu mengajar seperti benda maujud dan alat audiovisual seperti

televisyen, filem-filem wayang gambar, kad gambar adalah penting dalam pengajaran.

Dengan bahan yang ditunjukkan kanak-kanak dapat menyebut dengan lebih tepat

daripada tanpa gambar.

Teori Behavioris

John B. Watson (1878-1958) merupakan tokoh yang mula membuat penyelidikan tentang

bagaimana proses pembelajaran mempengaruhi perlakuan manusia. Di antara tokoh-tokoh

Behavioris yang lain seperti Pavlov, Thorndike dan Skinner. Teori behavioris menekankan

bagaimana persekitaran mempengaruhi sesetengah tingkah laku kanak-kanak. Dalam teori ini,

guru yang perlu menyediakan stimulus untuk dipelajari serta pengukuhan untuk memastikan

pembelajaran berlaku dengan berkesan. Teori ini dapat digunakan dengan berkesan dalam

mengurus tingkah laku pelajar dan membantu mereka mempelajari tingkah laku yang sesuai.

Sumbangan Teori Pelaziman Klasik Pavlov terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran

Mengikut Palvov setiap rangsangan menimbulkan gerak balas. Beliau mengatakan bahawa

pembelajaran berlaku akibat kaitan rangsangan dan gerak balas. Sesuatu rangsangan yang

berkaitan dengan rangsangan yang lain akan mendatangkan pelaziman. Pembelajaran yang

berlaku kerana perkaitan antara dua rangsangan dinamakan pelaziman. Sebagai contoh, jika

16

Page 17: Pendekatan Pengajaran Bermaslah Pembelajaran

cara seorang guru mengajar Matematik adalah menarik, pelajar akan memberi perhatian dalam

bilik darjah. Tingkah laku memberi perhatian ini akan dilazimkan, iaitu pelajar akan terus

memberi perhatian apabila guru tersebut mengajar Matematik.

Pelajar boleh mempelajari dengan mengaitkan antara rangsangan dan gerak balas. Ini

bermakna tingkah laku pelajar boleh dilazimkan untuk gerak balas yang diingini atau tidak

diingini oleh guru. Sebagai contoh, apabila guru masuk ke dalam kelas (rangsangan) pelajar

berdiri dan mengucapkan ”selamat Pagi” (gerak balas). Guru pun memuji pelajar. Tanpa arahan

guru, pelajar akan terus melakukan tingkah laku ini setiap kali seorang guru masuk ke dalam

bilik darjah (pelaziman).

Rangsangan dan gerak balas diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap

rangsangan dikaitkan dengan gerak balas semakin kukuh gerak balas terlazim. Contohnya,

seorang pelajar diberi peneguhan positif dalam bentuk pujian untuk kerja yang kemas. Kerja

yang kemas akan berterusan, walaupun tiada pujian daripada guru. Kaedah ini adalah sangat

sesuai untuk pelajar bermasalah pembelajaran yang amat memerlukan latihan yang banyak

untuk memperkukuhkan ingatan mereka.

Sumbangan Teori Skinner terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran

Teori skinner melibatkan mazhab tingkah laku manusia. Pembelajaran boleh dihasilkan secara

berterusan, iaitu rangsangan yang lama atau yang sudah biasa mesti diganti secara berterusan

dengan rangsangan yang baru untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

Contohnya pengunaan kad perkataan bergambar yang di pamerkan dalam kelas perlu

bertukar dari masa ke semasa dan bukanlah di pamerkan untuk jangka masa yang lama.

Dengan ini jelas bahawa apabila rangsangan dilakukan secara berterusan seperti contoh di

atas minda pelajar akan terangsang dan secara tidak langsung meningkatkan ilmu

17

Page 18: Pendekatan Pengajaran Bermaslah Pembelajaran

pengetahuan pelajar mengenai perkara yang di pelajari. Seterusnya kecemerlangan seseorang

pelajar dapat dicapai.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah guru perlu memberi

peneguhan yang di kemukakan oleh teori skinner ini. Hal ini adalah kerana melalui peneguhan

seperti ini kanak-kanak akan mudah terangsang untuk belajar dengan baik dan secara tidak

langsung pengajaran yang di lakukan oleh guru akan menjadi lebih berkesan. Apabila

pengajaran guru berkesan, pelajar boleh mengikuti proses pembelajaran dengan baik dan

dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti pelajaran tersebut. Setelah pembelajaran yang di

jalankan berkesan, dengan ini minda pelajar mudah terangsang sekaligus dapat meningkatkan

kecemerlangan pendidikan seseorang pelajar.

Di samping itu juga, guru perlu menitik beratkan mengenai semangat ingin mencuba

dalam diri kanak-kanak. Melalui pemupukan semangat ingin mencuba dalam proses pengajaran

dan pembelajaran, kanak-kanak dan guru boleh menilai kebolehan atau kemahiran seseorang

kanak-kanak. Menurut skinner semangat ingin mencuba serta peneguhan yang di berikan oleh

guru penting dalam membantu pelajar meningkatkan tahap perkembangan kognitif beliau.

Dalam proses pengajaran guru hendaklah menarik minat pelajar untuk mereka mencuba

melakukan aktiviti yang di jalankan. Sebagai contoh, guru menyuruh kanak-kanak melakukan

aktiviti yang melibatkan pengunaan motor kasar dan motor halus.

Guru perlu menggunakan bahan bantu mengajar yang banyak dan pelbagai untuk

menjadikan rangsangan lebih berkesan dan mendapat gerakbalas yang tinggi daripada kanak-

kanak terhadap aktiviti yang dijalankan. Aktiviti seperti menyanyi, menari, membuat kolaj, dan

sebagainya boleh menarik minat mereka untuk ingin mencuba. Dalam melakukan aktiviti ini,

guru perlu sentiasa perihatin dan sentiasa memberi rangsangan untuk kanak-kanak terus

berminat dengan aktiviti tersebut. Melalui rangsangan minda yang menarik, kanak-kanak lebih

18

Page 19: Pendekatan Pengajaran Bermaslah Pembelajaran

seronok untuk mencuba aktiviti yang diberikan oleh guru. Oleh itu, jelas bahawa kanak-kanak

yang memperolehi rangsangan seperti peneguhan positif, dapat menarik minat untuk

meningkatkan kemahiran dan kebolehan. Apabila kebolehan seseorang kanak-kanak dicapai,

ini bermakna aktiviti yang dijalankan oleh guru adalah berkesan. Secara tidak langsung minda

kanak-kanak terisi dan dapat menerima pelajaran yang diajar dengan baik.

Selain daripada itu, sumbangan skinner dalam proses pengajaran dan pembelajaran

kanak-kanak dalam bilik darjah ialah membolehkan kanak-kanak atau pelajar menghapus

kelemahan diri atau tabiat yang tidak di ingini melalui peneguhan negatif. Walaupun,

peneguhan negatif tidak begitu sesuai untuk pelajar atau kanak-kanak, tetapi ia juga penting

dalam membantu guru untuk menghapuskan tingkahlaku yang tidak diingini dan seterusnya

meningkatkan kefungsian seseorang pelajar. Menurut skinner, kanak-kanak yang telah

memperoleh atau dikenakan peneguhan negatif oleh guru mereka, kanak-kanak tersebut akan

cuba untuk tidak melakukan sesuatu perkara yang menyebabkan mereka menerima peneguhan

negatif lagi.

Perbezaan antara pelaziman klasik dan pelaziman operan

Teori Skinner juga merupakan satu teori yang berasaskan rangsangan dan gerak balas.

Perbezaan antara teori pelaziman klasik Palvov dan teori pelaziman operan Skinner ialah,

dalam teori pelaziman operan Skinner individu akan bertindak balas terhadap persekitaran dan

boleh mengubah persekitarannya. Ini bermakna individu dapat mengawal tingkah lakunya dan

mereka dapat bertindak secara sukarela. Manakala dalam teori pelaziman klasik, individu tidak

dapat mengawal tingkah lakunya dan mereka tidak dapat bertindak secara sukarela.

Ini kerana dalam pelaziman operan, tingkah laku yang terhasil adalah kesan daripada

rangsangan. Cara pembelajaran berlaku kerana kesan tingkah laku yang mempengaruhi

sesuatu pembelajaran. Oleh itu, Skinner mementingkan unsur motivasi dalam teori pelaziman

19

Page 20: Pendekatan Pengajaran Bermaslah Pembelajaran

operan beliau. Manakala dalam pelaziman klasik, tingkah laku muncul selepas rangsangan. Ini

adalah kerana rangsangan dan gerakbalas telah dilazimkan. Cara pembelajaran berlaku

kerana rangsangan tidak terlazim dikaitkan dengan rangsangan terlazim.

Prinsip yang penting dalam teori pelaziman operan Skinner ialah ”jika sesuatu tingkah

laku diingini, ia hendaklah diberi peneguhan. Jika tiada peneguhan, tingkah laku itu akan

terhapus.” Skinner mengutamakan konsep peneguhan kerana ia adalah penting untuk

mendapatkan gerak balas yang dihendaki.

Aplikasi Teori Behavioris dalam bilik darjah

a. Rangsangan & Gerak balas dilazimkan

Bagi mempelajari tingkah laku, rangsangan perlu diadakan. Ini bermakna guru

hendaklah menyediakan pelbagai sumber pengajaraan-pembelajaran yang menarik serta

mengkagumkan agar pembelajaran akan berlaku. Oleh itu, guru perlu mementingkan proses

pembiasaan supaya tingkah laku yang dikehendaki dilazimkan. Pembelajaran mudah berlaku

apabila rangsangan dan gerak balas dilazimkan.

Sebagai contoh, mengajar pelajar bermasalah pembelajaran perkataan ”buku” dengan

menunjukkan kad perkataan ditulis ”buku” kemudian diikuti dengan menunjukkan sebuah buku

untuk mendapat gerak balas pelajar. Aktiviti ini diulang beberapa kali hingga pelajar tersebut

dapat menyebut perkataan ”buku” apabila kad perkataan ”buku” sahaja ditunjukkan. Dalam

pembelajaran ini, perubahan tingkah laku berlaku kerana proses pembiasaan. Contoh lain

adalah seperti memberi salam atau mengucapkan ”selamat pagi, cikgu” setiap kali cikgu masuk

ke dalam bilik darjah.

20

Page 21: Pendekatan Pengajaran Bermaslah Pembelajaran

b. Rangsangan & Gerak balas dilakukan melalui latihan

Pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan

diadakan. Iaitu sesuatu rangsangan diulangi banyak kali untuk mendapatkan gerakbalas yang

positif. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan gerakbalas, semakin kukuh gerakbalas

terlazim. Memperbanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi, serta pengukuhan yang

menyeronokkan. Sebagai contoh, pelajar mengulangkaji rumusan sifirnya, dapat mengingatinya

dengan lebih senang.

c. Menggunakan Konsep Penghapusan

Mengikis tingkah laku pelajar yang tidak dikehendaki dalam bilik darjah. Sebagai contoh,

apabila guru ternampak seorang pelajar Hiperaktif cuba menolak kawannya maka dia terus

memanggil nama pelajar tersebut disusuli dengan gelengan kepala yang memberitahu bahawa

tingkah laku tersebut adalah tidak baik dan perlu diubah atau diperbetulkan. Modifikasi tingkah

laku oleh guru atau ibu bapa perlu untuk memperbetulkan sesuatu tingkah laku pelajar yang

dianggap kurang baik.

d. Menggunakan Peneguhan Positif

Peneguhan positif biasanya digunakan untuk mengukuhkan tingkah laku yang diingini.

Dengan memberi sesuatu ganjaran, menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan.

Ganjaran diberi dalam bentuk seperti pujian, hadiah, bintang, poin, gula-gula dan sebagainya.

Sebagai contoh, Apabila pelajar membuat kerja matematik dengan baik, maka guru memberi

peneguhan positif dalam bentuk pujian, senyuman atau hadiah, ini secara tidak langsung akan

merangsang dan memotivasi pelajar untuk terus membuat kerja dengan baik. Pemberian

peneguhan mesti diberikan secara tekal bagi menjamin berulangnya tingkah laku yang positif.

Kesan pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan dan seterusnya akan

mendorong murid untuk terus belajar dan mendapat pencapaian yang lebih baik. Dengan itu,

21

Page 22: Pendekatan Pengajaran Bermaslah Pembelajaran

guru hendaklah menyediakan pelbagai jenis ganjaran bagi meneguhkan pembelajaran murid-

murid. Ringkasnya, motivasi amat penting bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran

e. Kesediaan Pelajar

Guru perlu sentiasa menilai aspek kesediaan pelajar. Jika pelajar bersedia belajar, maka

pembelajaran akan menjadi berkesan dan memuaskan. Manakala jika pelajar belum bersedia

untuk belajar atau dipaksa belajar (tanpa rangsangan) maka pembelajaran akan menjadi tidak

berkesan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk seseorang guru itu memastikan pelajar

bersedia dari aspek kognitif, fizikal dan efektif. Selain itu, suasana kelas yang kondusif serta

keadaan fizikal kelas yang baik juga turut mempengaruhi kesediaan pelajar untuk belajar. Tidak

ketinggalan juga guru perlu peka akan keadaan dan susun atur pelajar didalam kelas. Sebagai

contoh, tempatkan murid hiperaktif jauh dari kawasan/lokasi yang akan mengganggu

penumpuan mereka seperti di tepi pintu atau tingkap yang boleh mengganggu penumpuan

mereka. Keadaan ini juga akan menjadikan seseorang pelajar itu tidak bersedia untuk belajar

keran terganggu dengan persekitaran luar yang mungkin lebih menarik minat mereka. Oleh itu,

guru perlu melihat aspek kesediaan pelajar dalam bilik darjah untuk memastikan pengajaran

yang berkesan.

Teori Pembelajaran Gestalt / Kognitif

Mazhab Gestalt mementingkan proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran manusia. Ia

mengkaji kebolehan manusia untuk berfikir dan minat manusia terhadap niat, kreativiti dan

jangkaan. Ia juga memfokuskan kepada pengurusan pelbagai pengetahuan dalam proses

penyelesaian masalah dan celik akal. Setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk

mengelola dan menyusun serta mengeluarkan semula segala pengalaman, untuk

membolehkannya memerhati pertalian di antara pengalaman tersimpan dengan masalah yang

dihadapi. Dengan kata lain, setiap manusia menggunakan pengetahuan sedia ada untuk

22

Page 23: Pendekatan Pengajaran Bermaslah Pembelajaran

menyelesaikan masalah. Proses pembelajaran dapat disifatkan sebagai pengumpulan,

penyusunan dan penggunaan pengetahuan yang dikeluarkan untuk penyelesaian masalah.

Menurut Woolfolk (1998), ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa pembelajaran

adalah proses mental yang aktif untuk mendapat, menyimpan, mengingat dan menggunakan

ilmu. Fokus kajian ahli psikologi kognitif ialah terhadap proses aktif minda individu untuk

memahami persekitarannya. Cara individu berfikir tentang situasi, termasuk kepercayaannya,

jangkaannya dan perasaannya, mempengaruhi cara seseorang belajar. Ahli psikologi kognitif

berpendapat bahawa ilmu pengetahuan yang diperoleh adalah hasil pembelajaran dan kuasa

ilmu yang mendorong seseorang belajar.

Ini bermakna manusia secara aktif memilih mengamal, memberi perhatian, menghindar,

merenung kembali dan membuat banyak keputusan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku

dalam persekitaran bagi mencapai matlamat mereka. Begitu juga, Slavin (1997) menyatakan

pembelajaran adalah proses aktif minda yang berfokus kepada maklumat penting, menapis

maklumat tidak penting dan menggunakan maklumat sedia ada untuk membuat pemilihan.

Ahli-ahli mazhab kognitif yang terdahulu termasuklah Max Wertheimer, Kurt Koffka dan

Wolfgang Kohler. Kohler, dalam kajiannya ke atas cimpanzi yang bernama Sultan, telah

menemui pembelajaran melalui “celik akal” (insight). Ahli psikologi kognitif yang lain seperti

Edward Tolman, memajukan konsep pembelajaran latent, iaitu pembelajaran berlaku tanpa

peneguhan, yang digunakan juga oleh Jean Piaget, Jerome Bruner, David Ausubel dan Robert

Gagne.

Ahli psikologi kognitif kini berpendapat bahawa pembelajaran melibatkan dua proses

mental penting, iaitu persepsi (pengamatan) dan pembentukan konsep (penanggapan). Gagne

melihat proses pembelajaran sebagai langkah-langkah individu memproses maklumat.

23

Page 24: Pendekatan Pengajaran Bermaslah Pembelajaran

Manakala Ausubel pula telah mengemukakan pembelajaran resepsi dan bermakna.

Seterusnya, Bruner mengemukakan pembentukan konsep dan pembelajaran penemuan.

Aplikasi Teori Pembelajaran Kognitif dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

1. Berdasarkan Prinsip-prinsip Gagne

Teori pembelajaran Gagne menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripada yang

mudah kepada yang rumit Sebelum guru mengajar sesuatu kemahiran yang lebih tinggi, guru

mesti memastikan pelajar telah menguasai kemahiran asas yang perlu untuk pelajaran baru.

i) Pembelajaran isyarat

Dijalankan pada peringkat awal proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap individu

mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Contohnya, apabila seseorang menguap,

kita dapat isyarat dia mengantuk. Apabila guru masuk ke kelas dengan wajah masam atau

muram, murid-muridnya dapat isyarat guru mereka tidak gembira dan tidak suka diganggu.

Pembelajaran berlaku melalui pelaziman tingkah laku. Bila guru masuk ke bilik darjah, semua

murid akan berdiri dan memberi ucapan, ’selamat sejahtera, cikgu!’. Dalam hal ini, murid-murid

telah dilazimkan dengan tingkah laku tersebut. Contoh lain seperti guru menunjukkan objek

dengan menggunakan kad imbasan. Pelajar dikehendaki mengenali objek ini.

ii)Rangsangan gerak balas

Mementingkan peneguhan untuk memperteguhkan pertalian antara rangsangan dengan

gerak balas. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya gerak balas yang

positif dapat dikekalkan. Peneguhan dapat menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu

tingkah laku, jika ia diberikan selepas sesuatu tingkah laku itu berlaku. Peneguhan boleh

diberikan dalam bentuk kebendaan seperti hadiah dan gula-gula; dalam bentuk sosial seperti

pujian, kata-kata perangsang dan sentuhan; Contohnya, guru memberi pujian kepada murid

24

Page 25: Pendekatan Pengajaran Bermaslah Pembelajaran

yang dapat menyiapkan tugasan dengan baik. Peneguhan juga boleh diberi dalam bentuk

token seperti point atau bintang yang boleh ditukar untuk sesuatu ganjaran. Peneguhan juga

boleh diberi dalam bentuk ganjaran atau ekonomi token.

iii) Rangkaian motor

Guru harus mengajar sesuatu kemahiran secara berulang dalam urutan yang spesifik. Ia

adalah penting dalam subjek Pendidikan Jasmani, Kemahiran Hidup, Muzik dan Pendidikan

Seni. Sebagai contoh, kemahiran memakai baju berbutang perlu diajar mengikut kemahiran-

kemahiran kecil dalam urutan yang spesifik. Teknik yang boleh digunakan ialah analisis

tugasan.

iv) Diskriminasi

Diskriminasi adalah penting dalam penguasaan konsep. Pelajar harus dapat membezakan

ciri-ciri penting dalam satu kategori dengan kategori yang lain. Contohnya, pelajar boleh

membezakan bentuk, saiz, atau warna yang berlainan.

2. Berdasarkan Prinsip-prinsip Bruner

Teori Bruner mementingkan pembelajaran melalui penemuan bebas atau penemuan

berpandu, atau latihan penyiasatan. Bruner mementingkan aspek-aspek seperti cara manusia

berinteraksi dengan persekitaran dan pengalamannya, perkembangan mental manusia dan

pemikiran semasa proses pembelajaran, pembelajaran induktif untuk menguasai konsep atau

kategori dan sebagainya.

Dalam Teori Bruner, terdapat 3 peringkat pembelajaran iaitu peringkat enaktif (0-2

tahun), peringkat ikonik (2-4 tahun) dan peringkat simbolik (5-7 tahun). Peringkat enaktif ialah

pembelajaran melalui tindakan iaitu melalui tindakan manipulatif kerana ia belum lagi

melibatkan bahasa. Kanak-kanak dalam lingkungan umur ini menggunakan anggota deria untuk

25

Page 26: Pendekatan Pengajaran Bermaslah Pembelajaran

menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, kanak-kanak mudah tertarik kepada objek-objek yang

berwarna-warni dan menggunakan anggota badan untuk mendapatkannya. Kanak-kanak

terpaksa memegang dan merasa objek seperti barang permainan untuk memahami tentang

persekitaran mereka.

Manakala peringkat ikonik digunakan untuk kanak-kanak yang lebih berusia. Di

peringkat ini, kanak-kanak tidak perlu menggunakan aksi dan anggota badan tetapi boleh

membayangkan sesuatu situasi. Mereka mempunyai kebolehan mental untuk menggambarkan

dan membayangkan sesuatu dalam fikiran dan menyimpan imej dalam fikiran mereka. Sebagai

contoh, kanak-kanak boleh melukis gambar epal tanpa melihat epal, kerana dia melukis gambar

berdasarkan bayangan atas imej yang disimpan dalam otaknya. Kanak-kanak ini juga dapat

membentuk penanggapan dan membina gambaran mental. Sebagai contoh, kanak-kanak tahu

bahawa pisau adalah tajam dan boleh melukakannya. Walau bagaimanapun, bagi kanak-kanak

yang bermasalah pembelajaran kemungkinan besar mereka tidak tahu ciri-ciri kebahayaannya.

Pada peringkat simbolik, kanak-kanak boleh memindahkan pengalaman mereka ke

dalam bentuk bahasa. Mereka dapat berfikir secara abtrak dan membuat penaakulan logik.

Bruner merumuskan bahawa pembelajaran kanak-kanak mengikut urutan enaktif kepada ikonik,

dan kepada simbolik. Beliau mengesyorkan agar pengajaran guru mengikut urutan ini. Guru

perlu memberikan pengalaman, diikuti dengan penyampaian konkrit dan akhirnya persembahan

dalam bentuk simbol. Ketiga-tiga proses ini saling berkaitan dan membantu kanak-kanak untuk

menyelesaikan masalah. Satu contoh situasi pembelajaran mengikut urutan ini adalah seperti

berikut:

26

Page 27: Pendekatan Pengajaran Bermaslah Pembelajaran

Enaktif – kemahiran berbasikal.

Ikonik – membayangkan cara berbasikal dengan baik.

Konkrit – dapat menceritakan pengalaman berbasikal dalam bentuk

bahasa kepada rakan sebaya.

i) Pembelajaran melalui penaakulan induktif

Guru perlu menggunakan contoh-contoh yang spesifik supaya pelajar dapat membentu

prinsip yang umum. Misalnya, memberi contoh-contoh tentang bentuk segi tiga dan bentuk

bukan segi tiga, pelajar akan memahami dengan lebih mendalam tentang prinsip-prinsip

penting bentuk segi tiga.

ii) Memberi contoh-contoh yang berkaitan dan tidak berkaitan dengan konsep

Pelajar dapat melihat persamaan dan perbezaan idea-idea sesuatu konsep. Contohnya,

apabila guru mengajar konsep mamalia, guru perlu memberi contoh manusia, anjing, kucing

sebagai binatang mamalia dan buaya, katak dan ular sebagai contoh bukan mamalia. Pelajar

diminta supaya memberi contoh-contoh lain dan untuk menjelaskan perbezaan ciri-ciri antara

mamalia, dan reptilia.

iii) Penglibatan pelajar

Memberi peluang pelajar libatkan secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Contohnya, menggalakkan pelajar bertanya, main peranan, berlakon dan sebagainya.

Penglibatan diri yang aktif dapat meningkatkan minat belajar pelajar. Guru perlu menggalakkan

keinginan menyoal dan perasaan ingin tahu pelajar dalam proses mempertimbangkan

kelemahan dan kekuatan mereka.

27

Page 28: Pendekatan Pengajaran Bermaslah Pembelajaran

iv) Menggunakan alat bantu mengajar

Guru perlu menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai dan pelbagai. Contohnya,

bahan audiovisual dan konkrit seperti gambar, benda maujud, vcd, model, kad imbasan dan

lain-lain. Di samping itu, guru mesti menggunakan perbendaharaan kata yang jelas, mudah

difahami dan pengalaman langsung pelajar dalam pengajarannya. Perkara yang hendak

disampaikan mestilah mudah difahami. Penggunaan gambar, rajah, lakaran atau alat teknologi

dapat menolong pelajar bukan sahaja menumpukan perhatian tetapi juga mendorong

pembelajaran dengan membaca atau membincangkan perkara yang dipelajari. Dengan cara

begini guru boleh menjadikan bilik darjahnya kaya dengan pengalaman yang berfaedah dan

mencabar.

v) Mengajar mengikut kebolehan pelajar

Guru perlu mengubahsuaikan kaedah dan strategi pengajaran mengikut tahap dan

kebolehan pelajar. Contohnya, banyak menggunakan bahan bantu mengajar dalam bentuk

gambar yang besar dan berwarna-warni untuk pelajar bermasalah pembelajaran. Pengajaran

mesti disampaikan selangkah demi selangkah dan mengikut urutan kesinambungan yang padu.

Guru perlu menyusun pelajaran daripada yang mudah kepada yang susah atau daripada konkrit

kepada abstrak. Guru mesti mengajar pelajar tahap rendah dalam urutan enaktif kepada ikonik

dan seterusnya kepada simbolik.

Teori Pembelajaran Sosialis / Teori Permodelan Bandura

Teori pembelajaran sosialis diasaskan oleh Albert Bandura dan Richard Walters. Juga dikenali

sebagai teori pemerhatian atau teori peniruan. Menggabungkan peneguhan behavioris dengan

psikologi kognitif dalam pembelajaran yang sistematik. Pendekatannya menggunakan

pemikiran dalaman dan bukan semata-mata bergantung kepada pelaziman dan operan. Aspek

yang penting ialah pemerhatian gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Tingkah laku

28

Page 29: Pendekatan Pengajaran Bermaslah Pembelajaran

orang lain boleh dipelajari melalui bahasa, contoh dan teladan. Pendek kata, manusia belajar

melalui pemerhatian dan peniruan. Pembelajaran melalui peniruan juga dikenali sebagai

pembelajaran pencerapan (observational learning) iaitu perolehan tingkah laku atau

pengubahsuaian tingkah laku setelah memerhatikan tingkah laku tingkah laku model. Bandura

(1977), menjelaskan bahawa seorang individu akan meniru sesuatu tingkah laku jika dia

memperolehi kepuasan dan peneguhan yang tinggi.

Apabila individu meniru manusia lain (model), status atau darjah model tersebut mesti

tinggi. Ini bermakna model yang ditiru biasanya seorang yang terkenal dan berjaya, bukan

seorang perompak atau pembunuh. Remaja suka mengidentifikasi diri dan meniru tingkah laku

penyanyi kerana faktor umur dan jantina yang sama. Pemerhatian merupakan satu proses

pembelajaran yang berkesan. Biasanya kanak-kanak belajar dengan cepat dengan meniru ibu

bapa atau adik-beradik untuk mempelajari tingkah laku yang mudah seperti menggosok gigi,

memakai kasut dan sebagainya. Proses ini juga dinamakan ”modeling”. Terdapat empat proses

pembelajaran boleh berlaku:

i) Proses Perhatian

Pendedahan sahaja tidak menjamin pembelajaran akan berlaku. Pelajar juga perlu

memberi perhatian kepada model. Beberapa pembolehubah telah didapati mempengaruhi

perhatian pelajar termasuk keistimewaan dan daya penarik model, peneguhan-peneguhan

lepas yang diberi kepada pemerhati ekoran daripada memerhati model yang serupa. Keadaan

psikologi pemerhati dan tingkah laku kompleks yang akan dimodelkan. Aspek yang sering

diperhatikan dan ditiru ialah seperti gaya pakaian, tingkah laku, kebolehan, kemahiran, sikap

dan sebagainya.

29

Page 30: Pendekatan Pengajaran Bermaslah Pembelajaran

ii) Proses Penyimpanan Ingatan

Pemerhati mesti berkeupayaan mengingat kembali apa yang dilakukan oleh model.

Fasa mengingati apa yang diperhatikan melalui latihan dan ulangan. Misalnya, seorang guru

seni menunjukkan cara membuat kolaj. Pelajar kemudian meniru cara guru membuat kolaj.

iii) Proses Pengeluaran Semula

Pemerhati mesti menggunakan ingatan untuk membimbing tingkah laku sebenar.

Contohnya, seorang pelajar membuat kolaj mengingat langkah-langkah yang diperhatinya

dalam pembelajaran. Walaupun ingatan kembali itu betul, prestasi dipengaruhi oleh keupayaan

fizikal dan keupayaan atau kefungsiaan seseorang pelajar. Jikalau guru itu berada di sisi dan

boleh memberi maklum balas mengenai kemahiran-kemahiran yang harus diperbaiki,

pembelajaran akan berlaku dengan lebih cepat lagi. Oleh itu, keupayaan dan maklum balas

adalah penting sebagai proses bimbingan semasa pengajaran dijalankan.

iv) Proses Motivasi

Walaupun individu itu telah menguasai dan mengekalkan sesuatu tingkah laku dia tidak

akan bertingkah laku sedemikian jikalau tidak mendatangkan kepuasan kepada dirinya. Pada

fasa ini, pelajar akan meniru tingkah laku model sekiranya peneguhan diberikan kepada tingkah

laku yang ditunjukkan. Misalnya, pelajar akan meniru membuat kolaj apabila diberi pujian

kerana dia tahu tingkah lakunya disukai oleh guru maka dia akan melakukannya untuk

mengambil hati guru. Kesungguhan pelajar akan bertambah lagi apabila model(guru) turut

memberi peneguhan sebagai perangsang untuk meningkatkan motivasi pelajar.

Dalam Teori Modeling Bandura, peniruan boleh berlaku sama ada secara langsung atau

tidak langsung. Proses peniruan secara langsung berlaku dengan memerhatikan tingkah laku

model. Bandura mengatakan bahawa model boleh berada di depan mata atau wujud dalam

30

Page 31: Pendekatan Pengajaran Bermaslah Pembelajaran

khayalan individu. Manakala peniruan secara tidak langsung boleh berlaku dengan cara melihat

gambar, filem, televisyen, video atau mendengar huraian yang menggunakan bahasa. Sebagai

contoh, kanak-kanak yang melihat program televisyen yang penuh dengan keganasan mungkin

meniru tingkah laku keganasan model dalam program tersebut. Kanak-kanak juga membuat

identifikasi dengan ayah dan ibu, dan meniru gaya mereka dari segi percakapan, berpakaian

dan sebagainya. Remaja pula membuat identifikasi dengan personaliti yang mereka agung-

agungkan dalam pelbagai aspek kehidupan seperti pemimpin, penyanyi atau bintang filem.

Jenis Huraian Contoh

Peniruan

langsung

Meniru tingkah laku yang

ditonjolkan oleh model

Ahmad meniru cara Ramlah

menulis dengan kemas dan

cantik.

Peniruan tak

langsung

(simbolik)

Meniru tingkah laku watak-watak

dalam televisyen, buku dan

filem.

Jane meniru watak kartun

bercakap.

Peniruan

gabungan

Mewujudkan tingkah laku

dengan menggabungkan tingkah

laku peniruan yang berlainan.

Jehan melihat abang menggunakan

kerusi untuk mengambil buku. Dia

juga melihat ibu membuka pintu

almari. Dia meniru dengan berdiri di

atas kerusi dan membuka pintu

almari.

Aplikasi Teori Pembelajaran Sosialis dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

31

Page 32: Pendekatan Pengajaran Bermaslah Pembelajaran

i) Guru sebagai role model dan model simbolik

Guru menjadi role model yang baik bagi menerapkan tingkah laku dan sikap yang ingin

ditiru oleh pelajar. Oleh itu, guru mesti memastikan dia mempunyai tingkah laku dan

perwatakan yang positif supaya pelajar dapat menirunya. Guru perlu memberi perhatian

terhadap aspek-aspek seperti cara pertuturan, cara berpakaian, ketepatan masa, sopan-santun

serta personaliti dan konsep kendiri yang positif. Pelajar juga boleh belajar dari model simbolik

guru. Ini bermakna pelajar boleh meniru secara langsung dari contoh-contoh pengajaran yang

diberikan oleh guru. Guru perlu menunjukkan yang dia betul-betul berminat untuk mengajar

mereka.

ii) Modifikasi tingkah laku

Pemodelan ialah satu cara modifikasi tingkah laku. Guru boleh menunjukkan teladan

yang baik seperti bersopan-santun, jujur, ikhlas dan amanah. Apabila pelajar meniru tingkah

laku ini, guru perlu memberi peneguhan untuk melazimkan tingkah laku itu.

iii)Peniruan tidak langsung

Oleh kerana pelajar juga belajar daripada model tidak langsung seperti televisyen dan

filem, Guru boleh memilih jenis program atau rancangan VCD yang sesuai untuk ditonton oleh

pelajar. Belajar melalui televisyen dapat menarik minat pelajar belajar.

iv) Contoh dan hasilan yang baik

Dalam mata pelajaran tertentu, seperti Kemahiran Hidup dan Seni Lukis, guru perlu

menunjukkan contoh-contoh hasilan yang bermutu tinggi. Guru perlu mendemonstrasi cara

membancuh minuman panas jika ingin mengajar pelajar kemahiran membancuh minuman

panas, pelajar memerhati dan meniru secara langsung.

32

Page 33: Pendekatan Pengajaran Bermaslah Pembelajaran

v) Peniruan melalui main peranan dan simulasi

Guru boleh mengajar nilai dan peranan watak-watak yang penting melalui situasi main

peranan dan simulasi. Pelajar dapat meniru tingkah laku yang positif secara tidak langsung

yang ditunjukkan oleh watak-watak itu. Main peranan dalam situasi bilik darjah harus

menggunakan situasi realistik dan perlu diaplikasikan dalam situasi yang sebenar.

vi) Rakan sebaya sebagai model

Guru boleh menggunakan pelajar-pelajar yang popular untuk menunjukkan tingkah laku

model bagi pelajar-pelajar lain. Contoh, seorang pelajar hiperaktif telah menunjukkan tingkah

laku yang baik iaitu membuat model yang cantik tanpa mengganggu orang lain. Pelajar itu

diberi pujian supaya dia boleh merasai satu kejayaan dan cuba untuk mengulangi tingkah laku

sedemikian. Pelajar-pelajar lain akan meniru tingkah laku yang baik itu kerana ingin mendapat

pujian daripada guru juga. Contoh lain seperti apabila mengadakan kerja kumpulan, pasangkan

pelajar yang berkeupayaan tinggi dengan mereka yang lemah supaya tingkah laku pelajar

cekap dapat dicontohi oleh pelajar yang lemah.

Teori Pembelajaran Humanis

Tokoh yang mempelopori Teori Humanisme ialah Abraham Maslow dan Carl Rogers.

Menurut ahli humanisme, teori behaviorisme yang menyamakan manusia dengan mesin telah

mengabaikan aspek kemanusiaan dalam pendidikan. Teori ini telah mengubah pandangan

pendidik terhadap proses pembelajaran dan pelajar dalam melaksanakan tugas pendidikan.

Mazhab Humanis menekankan keunikan dan individualiti seseorang pelajar. Ini bermakna

Mazhab Humanis mementingkan aspek perbezaan individu, iaitu cara pengajaran dan

pembelajaran disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi individu.

33

Page 34: Pendekatan Pengajaran Bermaslah Pembelajaran

Setiap individu adalah unik dan mempunyai perasaan, emosi, cita-cita peribadi serta

perhubungan yang khusus dengan orang lain. Kefahaman tentang pengalaman peribadi

seseorang diperolehi daripada komunikasi dengan individu tersebut. Dari segi pendidikan dan

persekitaran pembelajaran, teori humanistik menyokong perkembangan dan kesempurnaan diri

setiap pelajar. Mereka berpendapat bahawa manusia ada keupayaan untuk mengarahkan

dirinya dan berpotensi untuk mengubahnya. Satu ciri lagi yang ditegaskan oleh ahli-ahli teori

humanistik ialah keinginan manusia untuk mencapai matlamatnya, untuk membentuk sistem

nilai yang dianggap penting selain daripada keperluan-keperluan asasnya seperti fisiologi,

keselamatan, kasih sayang dan penghormatan diri.

Teori pembelajaran humanis menekankan afektif dan perbezaan individu dalam

pembelajaran. Pengamatan seseorang tentang sesuatu peristiwa adalah penting dalam

pendekatan humanis. Prinsip utama dalam teori ini ialah setiap orang bertanggungjawab untuk

proses dan kemajuan pelajarannya. Perasaan dan perkembangan emosi adalah sangat penting

sebagai asas kepada perkembangan aspek yang lain seperti kognitif dan sosial. Emosi yang

sihat merupakan unsur yang penting sebelum pelajar itu bersedia untuk mempelajari sesuatu.

Manusia dikatakan mempunyai potensi yang digandingkan dengan desakan untuk

merealisasikan potensi ini dalam bentuk tingkah laku. Desakan yang sentiasa mengarahkan

kepada pertumbuhan ini telah dijelaskan oleh Maslow dalam Teori Hiraki Keperluan. Maslow

telah mengemukakan tujuh jenis keperluan yang disusun mengikut keutamaan. Setiap

keperluan yang asas harus dipenuhi sebelum keperluan pada tahap yang lebih tinggi wujud.

Misalnya, individu sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan fisiologi untuk meningkatkan

fungsi fizikalnya. Kesempurnaan kendiri merupakan keperluan yang berada di tahap yang

paling atas. Apabila semua keperluan di peringkat bawah dipenuhi, manusia akan berusaha

mengoptimumkan potensi diri dan akhirnya bebas mengekspresi diri.

34

Page 35: Pendekatan Pengajaran Bermaslah Pembelajaran

Seseorang guru yang bijak serta cekap perlu mengawas serta meneliti sama ada pelajarnya

telah memperolehi keperluan-keperluan asas. Sebarang kekurangan yang terdapat pada

keperluan asas pelajar sudah tentu akan menjejaskan prestasi akademiknya dan mengganggu

pembelajarannya. Begitu juga dengan keperluan-keperluan yang lebih tinggi dalam hierarki

Maslow, tidak dapat dipenuhi selagi keperluan-keperluan yang lebih asas belum sempurna.

Carl Rogers sebagai ahli Teori Humanistik mempunyai kepercayaan bahawa sahsiah

boleh diubah dengan kesedaran melalui tekanan terhadap individu dan perkembangan dirinya.

Mengikut beliau konflik akan timbul apabila seseorang menghadapi tekanan dari alam

sekelilingnya yang bertentangan dengan minat dan keinginannya. Dorongan dalaman memaksa

individu bertindak untuk membuat penyesuaian dan menyelesaikan konflik yang dihadapinya.

Aplikasi Teori Pembelajaran Humanis dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

i) Aspek perbezaan individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Guru perlu merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang sejajar dengan

kebolehan pelajar. Jika pelajar lemah, strategi pemulihan digunakan dan jika pelajar pandai,

strategi pengayaan digunakan. Guru perlu memahami perasaan dan pemikiran pelajar.

Contohnya, emosi pelajar bermasalah pembelajaran adalah mudah tersinggung, maka guru

perlu menyesuaikan strategi pengajaran mengikut perkembangan mereka. Guru perlu

mengenal pelajar-pelajarnya dari segi kelebihan serta kelemahan mereka, dan keperluan-

keperluan mereka. Guru harus memastikan pelajar betul-betul bersedia dari segi fizikal, mental,

dan emosi sebelum memulakan pengajaran. Pelajar tidak dapat memberikan tumpuan serta

tidak bermotivasi untuk belajar sekiranya keperluan asas mereka tidak dipenuhi. Selain itu, guru

harus sentiasa memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada keupayaan pelajar dalam

menentukan matlamat pembelajaran dan merancang tindakan untuk mencapai matlamat

tersebut.

35

Page 36: Pendekatan Pengajaran Bermaslah Pembelajaran

ii) Meningkatkan harga kendiri yang positif

Tugas guru yang paling penting ialah meningkatkan konsep kendiri pelajar, mengajar

secara bertimbang rasa, sabar dan dengan penuh kasih sayang. Guru mesti memastikan

pelajar dapat membina konsep kendiri yang positif dengan membina suasana yang bebas

daripada ancaman dan ketegangan. Contohnya, pelajar hiperaktif memerlukan suasana

pembelajaran yang tenang dan tidak terganggu. Guru tidak boleh mengkritik dan memarahi

pelajar tetapi sebaliknya perlu megiktiraf kejayaan pelajar. Guru harus meningkatkan motivasi

intrinsik pelajar untuk belajar. Sentiasa memberi pujian dan galakan kepada pelajar yang

bertingkah laku baik.

iii) Aspek komunikasi dalam bilik darjah

Guru perlu mengadakan komunikasi intra-personal yang jujur dengan pelajar dalam bilik

darjah, membina hubungan yang positif dengan mereka dan mengekalkan keadaan yang

harmoni di dalam perhubungan dengan mereka. Guru perlu melihat kesan emosi dan kesan

afektif dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru juga perlu mengemukakan

soalan yang berbentuk divergen dalam bilik darjah untuk lebih memahami tahap pemikiran

pelajar.

iv) Peranan guru

Guru harus sentiasa mengekalkan keadaan yang harmoni di dalam perhubungannya

dengan murid. Guru perlu mengenali pelajar-pelajarnya dari segi kelebihan serta kelemahan

mereka, dan keperluan-keperluan mereka. Di samping itu, menunjukkan sifat-sifat peribadi yang

boleh dicontohi oleh pelajar seperti jujur, ikhlas dan amanah. Selain itu, guru perlu mendapat

kepercayaan pelajar dengan menggalakkan perhubungan yang baik sesama mereka. Sentiasa

bersabar semasa menjalankan tugasnya dan berusaha untuk mengelakkan salah faham di

antara pelajar-pelajar dan dirinya. Ini bermakna guru harus mempunyai perasaan empati dan

36

Page 37: Pendekatan Pengajaran Bermaslah Pembelajaran

mengambil berat tentang diri pelajar. Selain prihatin terhadap keperluan pelajar, guru harus

bersedia mendengar pandangan pelajar, mewujudkan hubungan yang harmoni dengan pelajar

dan membina satu persekitaran pembelajaran yang selamat dan bermakna.

37