pendekatan pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

39
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENDIDIKAN SEMESTER I SESI 2012/2013 GGGB 6012 PENULISAN AKADEMIK 1 KERTAS KONSEPTUAL TAJUK: PENDEKATAN PENGAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK PENSYARAH: PROF. DATIN DR. JURIAH LONG Oleh: DINA SEPTRIANI (P63785) SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK)

Upload: andina-oktober-nz-ny

Post on 10-Aug-2015

3.689 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: pendekatan pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIAFAKULTI PENDIDIKAN

SEMESTER I SESI 2012/2013

GGGB 6012 PENULISAN AKADEMIK 1

KERTAS KONSEPTUAL

TAJUK: PENDEKATAN PENGAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

PENSYARAH: PROF. DATIN DR. JURIAH LONG

Oleh:DINA SEPTRIANI (P63785)

SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK)

TARIKH HANTAR:

31 DISEMBER 2012

Page 2: pendekatan pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Abstrak 1

Pengenalan 3

Senario pengajaran dan pembelaran matematik 4

Konsep pendekatan pengajaran dan pembelajaran 7

Definiisi pendekatan pembelajaran 14

Pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik 15

Perbincangan 17

Kepentingan pendekatan pengajaran dalam amalan pengajaran-

dan pembelajaran matematik 19

Cadangan 20

Kesimpulan 22

Rujukan 23

Page 3: pendekatan pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

PENDEKATAN PENGAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN MATEMATIK

Oleh:Dina Septriani

Fakulti Pendidikan, UKM

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru di sekolah dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) sentiasa berubah. Kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar-pelajar juga harus berada di landasan sama dengan perubahan arus teknologi terkini. Perkembangan terkini menunjukkan bahawa pembelajaran berorientasikan pelajar sedang diarusperdanakan secara radikal. Pertimbangan mengenai sumber dan hierarki ilmu sangat signifikan dan perlu diambil kira dalam penyampaian P&P walaupun ia harus menggunakan apa sahaja pendekatan dan kaedah yang ada (seperti berpusatkan guru, pelajar, objektif, hasil, proses dan nilai). Tiga pendekatan yang difokuskan dalam kajian ini ialah pendekatan berpusatkan guru, berpusatkan pelajar dan berpusatkan bahan. Walaubagaimanapun, guru-guru juga masih menggunakan pendekatan berpusatkan guru. Di samping itu, guru-guru juga berhadapan dengan beberapa masalah apabila menggunakan pendekatan-pendekatan tersebut. Pelaksanaan P&P yang tepat akan menggalakkan pemikiran kritis dan sintesis kreatif

Katakunci: Pendekatan Pengajaran,Pengajaran dan Pembelajaran, Matematik

Page 4: pendekatan pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

ABSTRACT

The purpose of this study was to determine of teaching approach used by mathematics teachers in teaching Mathematics in the school. Approaches and methods of teaching and learning are constantly changing. Methods of teaching and learning for students should be on track with the changes in current technology. Recent developments show that the learning-oriented students are in radically the mainstream right. Consideration of resources and knowledge hierarchy is very significant and should be taken into account in the delivery of teaching and learning even if it should use whatever existing approaches and methods (such as teacher-centered, student, objectives, outcomes, processes and values). The study will focus on the teachers approaches normally used by teachers that are teachers centered, students centered and resource based. But there are a teacher who’s still used the teachers centered in teaching Mathematics. The teachers also faced several problems while using these approaches in teaching Mathematics. In addition, teachers also face several problems when using these approaches. Implementation of teaching and leraning is right to encourage critical thinking and creative synthesis.

Keywords: Teaching Approach, Teaching and Learning, Mathematics

Page 5: pendekatan pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

PENGENALAN

Matematik ialah satu ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan

bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat matematik

secara semulajadinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar

pemikiran pelajar. Konsep pembelajaran matematik merupakan satu proses

konstruktif di mana pelajar membina dan membentuk ilmu dalam bidang

matematik dengan mengaitkan ilmu atau konsep yang baru diperolehi dengan

ilmu atau konsep yang sedia ada pada mereka (Abdul Razak bin Idris & Nor

Asmah binti Salleh 2011a). Pendidikan matematik juga merupakan matapelajaran

yang dapat mendidik pelajar memperkembangkan pemikiran mantik, analisis,

kritis dan sistematik, kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran

menggunakan ilmu pengetahuan matematik dalam kehidupan seharian.

Menyedari kepentingan pendidikan matematik pada masa kini, para guru

perlulah meningkatkan kemahiran mereka dalam pedagogi, menambah

pengetahuan serta perlu mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas yang

dipertanggungjawabkan untuk mendidik pelajar. Tanpa strategi pengajaran yang

sistematik, P&P tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Seperti yang

dinyatakan, pengajaran yang berkesan memerlukan persekitaran yang kondusif,

menggalakkan pelajar berfikir, menyoal dan menyelesaikan masalah adalah sangat

diperlukan (NCTM, 2000). Oleh itu guru perlu mempelbagaikan pendekatan atau

kaedah pengajaran matematik. Pada umumnya pelajar beranggapan matematik

merupakan mata pelajaran yang agak sukar untuk dikuasai. Oleh kerana itu, ada

pelajar yang menunjukkan pencapaian yang baik dan ada pula yang terus tercicir

dalam menguasai mata pelajaran matematik walaupun berhadapan dengan tajuk-

tajuk yang mudah (Arsaythamby Veloo 2010). Ini menunjukkan terdapat

perbezaan di antara pelajar dalam mengamati dan mempelajari matematik kerana

setiap individu mempelajari dan memperoses maklumat matematik secara

tersendiri. Oleh itu beberapa sebab telah diutarakan tentang perbezaan pencapaian

matematik di antara pelajar dan antaranya ialah pelajar mempunyai orientasi

pembelajaran matematik yang berlainan, unik dan tersendiri (Berita Matematik,

1993). Pendekatan pengajaran bermaksud cara bagaimana sesuatu bahan atau

Page 6: pendekatan pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

aktiviti pelajaran disampaikan berdasarkan kepada objektif pengajaran (Abu

Hassan Kassim dan Meor Ibrahim Kamaruddin 2006). Contohnya pendekatan

konstruktivisme, pemusatan pelajar, pemusatan bahan dan sebagainya.

Sesuatu pendekatan pengajaran perlu berlandaskan kepada model atau

prinsip pengajaran contohnya daripada konsep konkrit kepada konsep abstrak dan

sebagainya. Proses P&P yang dijalankan di dalam kelas perlulah beransur-ansur

dan mengikut tahap kesukaran pelajar supaya pelajar mudah mengikuti

penyampaian isi kandungan pelajaran. Kaedah yang telah dirancang dengan baik

akan membawa hasil prestasi yang dikehendaki (Abdul Razak bin Idris & Nor

Asmah binti Salleh 2011b). Dan Jika seseorang guru ingin melaksanakan teknik

atau kaedah yang baru dalam pengajarannya, mereka perlu memastikan kaedah

tersebut mudah untuk dilaksanakan di dalam kelas dan sesuai untuk membantu

pelajar menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul dalam pembelajaran mereka.

SENARIO PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Faktor-faktor yang menyebabkan  naik turun pencapaian pelajar dalam matematik

disebabkan oleh fokus pengajaran matematik pada hari ini. Umumnya bertumpu

kepada memasukkan pengetahuan matematik daripada guru kepada pelajar.

Manakala fokus penyelidikan pula bertumpu kepada usaha untuk mencari jalan

yang paling berkesan bagi merealisasikan tugas tersebut. Perspektif seperti ini

menimbulkan dilema kegagalan dalam penggunaan ilmu yang dipelajari untuk

memenuhi keperluan masa hadapan.  Retetan daripada ini  kita perlu memikirkan

apakah cara yang berkesan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan  yang  telah

wujud  bagi memenuhi keperluan  masa hadapan.

Penyelesaian masalah merupakan satu kaedah praktis yang bertujuan

untuk menjana idea-idea bernas supaya dapat membentuk pelbagai penyelesaian

yang lebih praktikal dan efektif (Sarimah & Abreza 2011). Perkembangan

kemahiran penyelesaian masalah melibatkan empat langkah utama iaitu mentafsir

masalah, merancang strategi penyelesaian, melaksana strategi dan menyemak

semula penyelesaian (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2011). Pelajar

Page 7: pendekatan pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

diharapkan dapat membina pengetahuan baru, menyelesaikan masalah serta

mengaplikasikan pelbagai strategi penyelesaian masalah Matematik dalam

konteks yang berbeza (Lai Kim Leong 2007). Namun, objektif ini susah dicapai

kerana kebanyakan pelajar melihat Matematik sebagai suatu mata pelajaran yang

sukar dan membosankan (Mokhtar &Azman 2007; Rohasliza 2007; Syed Abdul

Hakim & Mohini 2010; Zainudin & Nor Hidayatul Aini 2011). Kegagalan pelajar

untuk menvisualisasikan konsep Matematik yang dipelajari menyukarkan proses

penyelesaian masalah Matematik. Menurut Azrul Fahmi dan Marlina (2007),

faktor-faktor kesukaran dalam pembelajaran Matematik boleh dilihat dari dua

perspektif, iaitu pedagogi dan kognitif.

Dalam aspek pedagogi, kebanyakan guru masih mengamalkan kaedah

pengajaran tradisional yang berpusatkan guru (Abdul Razak & Nor Asmah 2011;

Md Nor Bakar & Rashita 2011; Mohini & Salawati 2011). Guru lebih cenderung

menyampaikan pengajaran Matematik dengan menggunakan kaedah penghafalan

rumus dan kemahiran algoritma sahaja (Salawati 2011; Mohini & Siti Maisarah

2011). Fenomena di mana guru hanya menerangkan algoritma tanpa menekankan

prinsip penggunaannya (Azrul Fahmi & Marlina 2007) akan menyebabkan pelajar

hanya mengikut langkah-langkah penyelesaian yang ditunjukkan oleh guru tanpa

memikirkan mengapa ia perlu dilakukan (Robiah & Nor Sakinah 2007).

Dari segi kognitif, pelajar mengalami kesukaran dalam pemahaman bahasa

Matematik (Azrul Fahmi & Marlina 2007; Mokhtar Ishak & Azman Ismail 2007;

Zainudin & Nor Hidayatul Aini 2011). Bahasa Matematik merujuk kepada

penggunaan simbol huruf, angka dan tatatanda dalam konteks Matematik. Bahasa

Matematik berbeza dengan bahasa biasa kerana ia mempunyai makna yang

tersendiri (Zainudin & Nor Hidayatul Aini 2011). Kesalahan dalam mentafsir

bahasa Matematik akan menimbulkan kesalahan konsep yang menjadi punca

kelemahan pelajar dalam penyelesaian masalah.

Senario di sekolah lebih menekankan aspek kognitif dan kurang

menitikberatkan kemahiran pelajar dalam proses pembelajaran (Zaleha &

Page 8: pendekatan pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

Daliyanie 2011). Guru kurang memberikan tumpuan kepada kemahiran

menterjemah dan menyelesaikan masalah berbanding kemahiran mengira (Mohini

& Salawati 2011). Pengajaran yang hanya memberi penekanan kepada

pengetahuan kandungan akan melahirkan individu yang cekap bermatematik

untuk masalah rutin tetapi gagal untuk memindahkan ilmu yang dipelajarinya

dalam kehidupan sebenar.

Di samping itu, tinjauan literatur menunjukkan bahawa pelajar lemah

dalam penyelesaian masalah Matematik. Kenyataan ini disokong oleh Sh Saleha

dan Mas Norbany (2010) dalam kajiannya menunjukkan bahawa peratusan

kesilapan tertinggi pelajar dalam proses penyelesaian masalah Matematik adalah

melalui kesilapan memilih operasi mengatasi kesilapan konsep, algoritma,

pemahaman soalan dan kecuaian. Menurut dapatan kajian Azrul Fahmi dan

Marlina (2007) pula, pelajar tidak menguasai kemahiran penyelesaian masalah

dalam pemfaktoran Ungkapan Algebra. Selain itu, dapatan kajian Lim, Wun dan

Noraini Idris (2009) juga menunjukkan bahawa masih terdapat jurang perbezaan

kebolehan penyelesaian masalah Jujukan Aritmetrik yang jelas di kalangan pelajar

Tingkatan 4.

Sehubungan  itu pendekatan  guru dalam pengajaran perlu  berubah

daripada pengajaran tradisional yang berpusatkan pelajar. Guru perlu

menggalakkan pelajar membina kemahiran sendiri dengan mengunakan bahan-

bahan pengajaran yang bersesuaian. Pengunaan ICT merupakan satu ransangan

yang positif kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat terkini beserta

pengunaan kalkulatur grafik juga pengunaan geometers sketchpad bagi

memantapkan pengetahuan pelajar tentang kebenaran matematik. Pelajar juga

perlu digalakkan belajar secara koperatif dimana para pelajar dapat berbincang

membuat penyiasatan, penerokaan dan membuat kesimpulan bersama-sama.

Pelajar juga digalakkan mengembangkan idea-idea secara konstruktivisme dalam

sesuatu situasi yang diberi. Supaya konsep yang diperkenalkan boleh digunakan

untuk jangka panjang.

Page 9: pendekatan pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

KONSEP PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDEKATAN BERPUSATKAN GURU

Pendekatan berpusatkan guru adalah guru memainkan peranan utama dalam

proses pengajaran dan pembelajaran di mana guru menguasai dan mengawal

segala aktiviti pelajaran (Abdul Razak bin Idris & Nor Asmah binti Salleh 2011a).

Guru banyak memberi penerangan dan murid hanya menerima dan mendengar

sahaja. Dalam pendekatan ini, guru akan menumpukan pengajaran dan

pembelajaran berasaskan buku teks dan pendidikan di dalam bilik darjah semata-

mata. Pendekatan ini juga menekankan ingatan dan hafazan di mana pelajar akan

menerima sahaja fakta-fakta atau isi pelajaran yang disampaikan oleh guru

mereka. Antara contoh kaedah pendekatan berpusatkan guru ialah kaedah

keseluruhan kelas, kaedah kuliah, syarahan, demonstrasi, bercerita dan

sebagainya.

Pendekatan berpusatkan guru merupakan interaksi sehala antara guru dan

pelajar. Dalam Model Sim (Ee Ah Meng, 2002), pemusatan guru merupakan

interaksi yang melibatkan dua pembolehubah iaitu guru dan pelajar sahaja. Pelajar

tidak dapat mengemukakan idea dan pendapat serta menjadi kurang kreatif dalam

pembelajaran. Pendekatan ini telah lama diamalkan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Kebanyakan guru masih menggunakan pendekatan berpusatkan

guru. Pelajar menjadi kurang aktif dalam pembelajaran Matematik. Mereka

menerima apa sahaja yang diajar guru tanpa bersoal jawab. Perkara ini berlaku,

kemungkinan besar guru tidak memberi peluang kepada pelajar untuk

mengemukakan soalan atau pelajar sendiri yang malu dan tidak tahu apa yang

hendak ditanya. Biasanya dalam pendekatan ini, guru akan menggunakan kaedah

keseluruhan kelas, demonstrasi, syarahan, bercerita dan sebagainya.

KAEDAH DALAM PENDEKATAN BERPUSATKAN GURU

1. Pengajaran Secara Kelas

Kaedah ini digunakan pada peringkat permulaan pelajaran (set induksi),

perkembangan konsep dan kemahiran atau kesimpulan pada akhir sesi pengajaran

Page 10: pendekatan pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

(Ee Ah Meng, 2002). Kaedah kelas ini adalah melibatkan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran secara seluruh kelas. Pada awal pengajaran dan pembelajaran, guru

akan berdiri di hadapan kelas menyampaikan pengajarannya manakala pelajar

berkumpul di ruang pembelajaran yang biasanya terletak di hadapan kelas untuk

mendengar arahan supaya menjalankan aktiviti atau mengikut aktiviti pengajaran

guru. Selepas pelajar telah memahami konsep dan menguasai kemahiran yang

dikehendaki, mereka akan diarahkan balik ke tempat masing-masing untuk

menjalankan aktiviti kumpulan.

2. Tunjukcara (Demonstrasi)

Kaedah tunjukcara ialah teknik pengajaran dan pembelajaran yang

melibatkan kemahiran guru mendemonstrasikan cara atau langkah melakukan

sesuatu aktiviti di hadapan pelajar. Dalam kaedah tunjukcara, ia melibatkan

aktiviti penerangan dan demonstrasi guru bersama dengan aktiviti pendengaran

dan penglihatan serta percubaan pelajar. Contohnya, guru menunjukkan cara

membina sudut dengan menggunakan protraktor, melukis lengkung yang licin dan

sebagainya. Bagi menghasilkan aktiviti pengajaran melalui tunjukcara itu

berkesan, guru perlu memahami dan mematuhi prinsip-prinsip melaksanakan

tunjukcara iaitu sebelum, semasa, dan selepas tunjukcara.

PENDEKATAN BERPUSATKAN PELAJAR

Pendekatan berpusatkan pelajar ialah pelajar memainkan peranan yang penting

dalam proses pembelajaran. Pelajar digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam

aktiviti pembelajaran mereka. Guru adalah pembimbing yang membimbing

pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan atau

individu. Oleh itu, dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang,

guru perlu melibatkan pelajar secara aktif untuk menggalakkan pembentukan

pemikiran analitis, kritis dan kreatif (Abu Hassan, 2006). Pembelajaran dalam

kumpulan dapat membantu pelajar menerapkan sosial serta memupuk sikap

bekerjasama dan membina keyakinan diri terhadap matapelajaran Matematik. Ini

disokong oleh pernyataan Johnson et.al (1993, dalam Effandi Zakaria, 2005)

Page 11: pendekatan pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

menyatakan penggunaan kumpulan kecil dalam pengajaran memberi peluang

kepada pelajar untuk bekerjasama.

Pendekatan berpusatkan pelajar ialah satu pendekatan pendidikan di mana

kurikulum, aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penilaian berfokuskan kepada

pelajar. Peranan pensyarah bengubah daripada peranan sebagai pemberi kepada

fasilitator. Banyak pihak cuba menghuraikan pengertian dan konsep pendekatan

pembelajaran berpusatkan pelajar. Menurut Shahabudin et al. (2003), Pendekatan

berpusatkan pelajar ialah strategi pengajaran di mana pelajar menjadi pemain

utama yang melibatkan diri secara aktif dalam sesuatu sesi P&P. Csete dan Gentry

(1995) pula mentakrifkan pendekatan berpusatkan pelajar sebagai pengajaran

yang dikawal oleh pelajar. Kawalan di sini bermaksud pelajar mengawal prosedur,

masa dan penilaian untuk memenuhi keperluan mereka yang berbeza. Pendekatan

berpusatkan pelajar ialah satu pendekatan pembelajaran yang meluas merangkumi

pengalaman belajar secara aktif, penyelesaian masalah secara kritis dan kreatif,

penggunaan simulasi dan main peranan, kajian kes, pembelajaran kendiri,

kolaboratif dan koperatif (Dr. Noor Hisham Md Nawi 2011).

KAEDAH DALAM PENDEKATAN BERPUSATKAN PELAJAR

1. Kaedah Penyoalan

Kaedah penyoalan kerap digunakan dalam proses pengajaran sama ada

pada peringkat permulaan atau penutup. Kaedah ini digunakan untuk menguji

pengetahuan dan melahirkan pengetahuan baru pelajar. Di samping itu, kaedah ini

juga boleh meningkatkan suasana aktiviti pengajaran dan pembelajaran sama ada

menjadi suasana yang aktif atau pun pasif berdasarkan tindak balas pelajar atau

guru yang diberikan atas soalan yang dikemukakan. Oleh itu guru perlu

menguasai kemahiran menyoal dengan menyediakan soalan berdasarkan objektif-

objektif pengajaran Taksonomi Bloom iaitu peringkat pengetahuan, kefahaman,

aplikasi, analisis, sintesis dan penialaian serta menggunakan teknik penyoalan

dengan cekap.

Page 12: pendekatan pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

2. Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah merupakan satu kemahiran berfikir yang

membenarkan idea-idea terhasil secara sistematik dan logik (Bahagian

Pembangunan Kurikulum 2012). Ausubel, Novak dan Hanesian (1978), pakar-

pakar psikologi pendidikan yang terkenal mendefinisikan penyelesaian masalah

sebagai sebarang aktiviti yang menggabungkan perwakilan kognitif pengalaman

lepas dengan komponen situasi masalah yang dihadapi untuk mencapai objektif

tertentu. Penyelesaian masalah juga merupakan suatu proses ke arah pembentukan

pembelajaran baru (Gagne 1970). Menurut Krulik dan Rudnick (1996), seseorang

individu harus menggunakan pengetahuan sedia ada, kemahiran dan

kefahamannnya untuk memenuhi kehendak sesuatu situasi yang tidak biasa dalam

proses penyelesaian masalah. Penyelesaian masalah membabitkan keupayaan

seseorang untuk membuat penilaian tentang pemikiran dan kemajuan kerjanya

(Charles, Lester & O’Daffer 1997).

Penyelesaian masalah juga didefinisikan oleh para penyelidik pendidikan.

Menurut Zaleha dan Nurul Liana (2011), penyelesaian masalah merujuk kepada

proses menghadapi situasi baru, menghubungkait fakta-fakta yang diberi,

mengenal pasti matlamat dan meneroka strategi yang mungkin bagi mencapai

matlamat tersebut. Ia juga merupakan suatu kaedah yang menyediakan peluang

untuk pelajar mengaplikasikan konsep, prinsip dan teori yang dipelajari (Abdul

Razak & Nor Asmah 2011), serta menggalakkan pemikiran kritis, analitis, logis

dan rasional (Sarimah & Abreza 2011).

Menurut Syed Abdul Hakim dan Mohini (2010), penyelesaian masalah

boleh dilihat daripada tiga perspektif, iaitu penyelesaian masalah sebagai berfikir

secara Matematik, sebagai satu heuristik dan sebagai satu proses untuk mencapai

matlamat seperti yang dihuraikan di bawah:

i. Penyelesaian masalah sebagai berfikir secara Matematik

Penyelesaian masalah dalam Matematik adalah berkait rapat dengan proses

pemikiran (Zaleha & Nurul Liana 2011). Seseorang perlu mempunyai pemikiran

Page 13: pendekatan pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

mental yang tinggi untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analisis, kritis

dan logik dalam proses penyelesaian masalah Matematik.

ii. Penyelesaian masalah sebagai satu heuristik

Intisari penyelesaian masalah adalah berdasarkan penyiasatan saintifik (Abdul

Razak & Nor Asmah 2011). Setiap keputusan penyelesaian masalah mesti

disokong oleh bukti dan hujah yang kukuh.

iii. Penyelesaian masalah sebagai satu proses untuk mencapai matlamat

Tujuan penyelesaian masalah adalah untuk mengatasi permasalahan tertentu untuk

mencapai matlamat (Zaleha & Nurul Liana 2011). Idea atau konsep baru akan

terbentuk pada akhir proses penyelesaian masalah.

Secara ringkasnya, penyelesaian masalah boleh dirumuskan sebagai suatu

proses yang mengadaptasikan penngunaan struktur kognitif dan pengalaman yang

sedia ada dalam situasi baru yang kita tidak pernah alami untuk mencapai

matlamat dan pembelajaran baru.

3. Kaedah Inkuiri Penemuan

Inkuiri penemuan mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Ia

merupakan salah satu kaedah dalam pendekatan berpusatkan pelajar yang

mementingkan penglibatan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam

pendekatan ini, pelajar memainkan peranan utama manakala guru hanya sebagai

fasilitator yang membimbing pelajar membina perkembangan kemahiran.

pengetahuan sedia ada dan tahap persekolahan menurut Ee Ah Meng (2002)

dengan menggunakan kaedah dan teknik projek, inkuiri-penemuan, perbincangan,

penyoalan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran,

berkumpulan dan pembelajaran melalui pengalaman.

Inkuiri penemuan adalah salah satu ciri pembelajaran secara

Konstruktivisme. Konstruktivisme menyatakan pelajar membina sendiri

pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman

sedia ada mereka. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang

Page 14: pendekatan pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. (PPK,

2001). Oleh yang demikian, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang

diterima dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membina pengetahuan baru.

Oleh itu kaedah ini amat digalakkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Matematik kerana ia memberi peluang kepada pelajar untuk berfikiran kreatif dan

analitis.

4. Kaedah Koperatif

Pembelajaran koperatif merupakan satu strategi pengajaran dan

pembelajaran dalam pasukan kecil. Setiap pelajar dalam kumpulan bukan sahaja

bertanggungjawab atas pencapaian sendiri tetapi juga pada pencapaian ahli

kumpulan. Oleh itu, pelajar akan mendengar, menulis, membaca serta berinteraksi

antara satu sama lain. Mereka akan saling bantu membantu dalam pembelajaran.

Menurut Davidson dan Kroll (1991, dalam Effandi Zakaria, 2005), pembelajaran

koperatif pula sebagai pembelajaran yang berlaku dalam persekitaran iaitu pelajar-

pelajar berkongsi idea dan bekerja secara kolaboratif bagi menyiapkan tugasan

akademik. Ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk berbincang dan

berinteraksi dengan rakan bagi menyelesaikan sesuatu masalah dalam pelajaran.

Matlamat utama pembelajaran koperatif adalah untuk mewujudkan suasana

pembelajaran yang positif dan kerjasama di kalangan pelajar semasa proses

pengajaran dan pembelajaran. Ia juga adalah untuk menggalakkan pelajar

memberi idea dan pendapat mengenai sebarang persoalan yang dihadapi melalui

perbincangan dalam kumpulan. Matematik perlu dilakukan secara kumpulan.

Apabila dilakukan dalam kumpulan, pelajar akan dapat berbincang dalam

kumpulan kecil dan boleh berkongsi kebimbangan.

PENDEKATAN BERPUSATKAN BAHAN

Bahan pengajaran dan pembelajaran merupakan bahan yang digunakan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan pengajaran dan

pembelajaran adalah untuk menjadikan proses pembelajaran di dalam kelas lebih

bermakna. Dengan bantuan bahan bantu mengajar, ia dapat membantu pelajar

mengaitkan konsep-konsep yang baru dengan pengalaman-pengalaman yang lalu

Page 15: pendekatan pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

dan masa kini supaya proses pengajaran dan pembelajaran itu menjadi lebih

bermakna. Di samping itu, guru juga dapat menggunakan seberapa banyak

pancaindera pelajar dalam pelajaran dan masalah yang dihadapi.

Penggunaan bahan bantu mengajar ialah bagi menumpukan perhatian dan

minat pelajar, memperlihatkan struktur yang asas tentang sesuatu konsep,

mengaitkan perkara-perkara yang abstrak dengan perkara-perkara yang konkrit,

menggabungkan kefahaman yang berselerak ke dalam satu kefahaman

menyeluruh, menggalakkan pernyataan secara lisan dan bertulis, menukarkan

corak konsep kepada bentuk bahasa lisan dan mengadakan pertalian di antara

beberapa mata pelajaran yang berasingan.

Pada asasnya bahan-bahan pelajaran terdiri daripada bahan rujukan guru

(sukatan pelajaran, buku panduan mengajar dan buku sumber) untuk merancang

aktiviti pengajarannya (Atan Long, 1982) untuk menyampaikan konsep dengan

cara lebih berkesan dan bahan pembelajaran (buku teks dan alat-alatan yang

digunakan oleh murid untuk menjalankan aktiviti pembelajaran). Bagimana pun,

menurut Henley dan Ullmer (1978) dalam Omardin Ashaari (1999), pengajaran

dan pembelajaran yang efektif bergantung kepada kebolehan dan kecekapan guru

dalam pemilihan bahan pengajaran.

Bahan pengajaran alat pandang-dengar atau dikenali juga sebagai audio-

visual yang terdiri daripada filem, televisyen dan video yang berkaitan dengan

strategi pemusatan murid menurut Mazhan Arshad (2008) dapat membantu

pelajar mempertingkatkan daya ingatan, pemikiran dan tanggapan. Hal ini kerana,

Norasiah Abdullah et.al (2009), kepentingan audio tidak boleh diperkecilkan

kerana secara purata murid sekolah (rendah dan menengah) menghabiskan 50 F%

dan pelajar kolej atau universiti menggunakan 90 % daripada masanya di sekolah

untuk mendengar. Malah menurut Azman Laut (2005) lagi, visual merupakan alat

komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik daripada

lisan dan tulisan yang terdiri daripada fotografik, elektronik dan grafik.

Bagaimana pun, pemilihan bahan pelajaran alat pandang dengar yang efektif

haruslah sesuai untuk aktiviti pengajaran-pembelajaran mengikut peringkat, dapat

Page 16: pendekatan pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

diterima oleh pancaindera murid dan dapat digunakan oleh murid sebagai bahan

pembelajaran menurut Mok Soon Sang (2008).

Perlaksanaan penyampaian isi pelajaran yang efektif disusun mengikut

langkah-langkah dan masa yang ditentukan. Menurut Mok Soon Sang (2008),

pada asasnya, waktu pelajaran yang menggunakan masa 30 minit harus

menitikkan komponen penyampaian isi pelajaran utama, iaitu set induksi,

perkembangan (penyampaian konsep, penguasaan kemahiran dan aplikasi) dan

penutup. Set induksi merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses

pengajaran dan pembelajaran selama lima minit untuk membina aliran fikiran

serta menimbulkan minat pelajar agar dapat memusatkan tumpuan terhadap isi

pelajaran yang hendak disampaikan dan menurut Mazhan Arshad (2008),

penggunaan alat bantu mengajar dapat melahirkan tanggapan dan yang pantas

dalam kalangan pelajar sebagai cara penyampaian set induksi.

Dalam pendekatan berpusatkan bahan, bahan pengajaran dan pembelajaran

memainkan peranan penting semasa proses pengajaran dan pembelajaran

dijalankan. Ini kerana, guru dapat menyampaikan isi pelajarannya dengan mudah,

menarik dan lebih berkesan supaya pelajar mudah untuk memahami kandungan

pelajaran yang disampaikan. Guru perlu menggunakan objek sebenar atau konkrit

dalam pengajaran untuk memberikan pengalaman dan membantu pelajar membina

idea-idea abstrak dan pengetahuan baru. Oleh itu pelajar akan dapat menjalankan

aktiviti pembelajaran secara individu atau berkumpulan tanpa kehadiran guru

apabila pelajar dapat memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru yang

menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran.

DEFINISI PENDEKATAN PENGAJARAN

Pendekatan ialah merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran

diajarkan berdasarkan kepada objektifnya (Edward M. Anthony 1963).  Ianya

merupakan satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan

pembelajaran serta mempunyai unsur-unsur aksiomatik (kenyataan yang dianggap

benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan). Model pembelajaran

diperlukan sebagai rujukan untuk menentukan pendekatan yang dijalankan sesuai

Page 17: pendekatan pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

digunakan dan mendatangkan keberkesanan.  Pendekatan ini berteraskan kepada

prinsip atau teori pembelajaran (Norasiah Abdullah et.al. 2009). Contohnya: 

- konkrit ke abstrak 

- mudah ke kompleks 

- keseluruhan ke sebahagian 

- umum ke spesisifik (deduktif) 

- Spesifik ke umum (Induktif)

- Dekat ke jauh

- Diketahui ke belum diketahui.

Menurut buku yang ditulis oleh Mok Song Sang (2008), terdapat empat

jenis pendekatan iaitu:

1.    Pendekatan Induktif

2.    Pendekatan Deduktif

3.    Pendekatan Integratif

4.    Pendekatan Eklektik

PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MATEMATIK

Selain proses penyelesaian masalah yang sistematik, pendekatan dan strategi serta

kaedah penyelesaian masalah Matematik juga perlu dipelbagaikan untuk

menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran Matematik berkesan. Antara

pendekatan penyelesaian masalah yang biasa diamalkan dalam pengajaran

Matematik adalah seperti mencuba kes lebih mudah, cuba jaya, melukis gambar

rajah, mengenal pasti pola, membuat jadual, carta atau senarai secara sistematik,

membuat simulasi, menggunakan analogi, bekerja ke belakang, menaakul secara

logik dan menggunakan algebra (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2011). Hasil

tinjauan literatur mendapati strategi perwakilan visualisasi dan penggunaan

perisian multimedia juga sesuai diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran

Matematik.

Page 18: pendekatan pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

Perwakilan visualisasi merupakan suatu proses untuk mewakili masalah

yang diberi dengan menggunakan gambar rajah. Menurut Lai Kim Leong (2007),

penggunaan gambar rajah dapat membantu pelajar memindahkan kefahaman dari

peringkat konkrit ke peringkat abstrak. Nasarudin, Effandi & Lilia (2012) telah

menjalankan suatu kajian kuasi eksperimen terhadap pelajar sekolah rendah untuk

mengkaji keberkesanan strategi perwakilan visualisasi dalam proses penyelesaian

masalah Matematik berayat. Pelajar dari kumpulan eksperimen dikehendaki

melukis soalan yang diberikan dalam bentuk gambar rajah berdasarkan imaginasi

sendiri. Hasil dapatan kajian menunjukkan penggunaan strategi perwakilan

visualisasi dapat meningkatkan pencapaian dan pemahaman konseptual pelajar

dalam penyelesaian masalah Matematik berayat. Dapatan kajian ini disokong oleh

Nur Shazlina (2009) dalam kajiannya yang menunjukkan bahawa penggunaan

rajah iaitu “melukis lidi” dalam pengajaran operasi penambahan berjaya

meningkatkan pemahaman dalam kalangan pelajar berkeperluan khas (slow

learner).

Pendekatan penggunaan perisian multimedia sesuai diaplikasikan dalam

penyelesaian masalah seiring dengan inovasi Pendidikan Matematik yang

menjurus ke arah Sains dan Teknologi. Faridah Hanim (2011) dalam kajiannya

mengkaji keberkesanan penggunaan Perisian kursus multimedia interaktif PBL

MathS-Set ke atas pencapaian pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa

perisian tersebut sesuai dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran Matematik

bagi tajuk Set. Didapati pelajar dapat menguasai kemahiran berfikir dan menaakul

dengan baik dalam penggunaan gambar rajah Venn melalui perisian tersebut.

Dapatan ini bertepatan dengan kajian Bushro dan Halimah (2008) yang mengkaji

keberkesanan perisian MI-MathS sebagai bahan pengajaran tajuk Trigonometri.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggabungan antara multimedia dan teori

kecerdasan pelbagai dapat meningkatkan penyertaan aktif pelajar secara berkesan

dalam proses penyelesaian masalah.

Page 19: pendekatan pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

PERBINCANGAN

Seterusnya bahagian ini akan membincangkan dapatan-dapatan kajian dari

tinjauan kepustakaan melalui tiga aspek, iaitu pendekatan dalam pengajaran dan

pembelajaran Matematik, keupayaan dan kemahiran penyelesaian masalah

Matematik kalangan pelajar, serta faktor kejayaan pencapaian Matematik dalam

kalangan pelajar.

Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran

Matematik, guru telah mengadakan aktiviti kumpulan di mana pelajar perlu

meneroka sendiri masalah yang diberi dengan bimbingan guru, semua pelajar

akan melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Ia akan memberi kesan ingatan

jangka panjang pelajar kerana pelajar melakukan sendiri bagi mendapatkan

sesuatu penyelesaian Matematik. Dapatan kajian juga mendapati, guru telah

merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran Matematik bagi menyediakan

suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih seronok. Menurut Abu Hassan

(2006), dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang, guru

perlu melibatkan pelajar secara aktif untuk menggalakkan pembentukan

pemikiran kritis, analitis dan inovatif.

Berdasarkan sorotan tinjauan literatur, terdapat pelbagai dapatan mengenai

keupayaan pelajar dalam penyelesaian masalah Matematik. Zaleha & Nurul Liana

(2011) mendapati pencapaian penyelesaian masalah pelajar adalah pada tahap

sederhana. Kajian Nasarudin et al. (2011) pula menunjukkan pelajar dapat

mengawal, memantau dan mengesan perkembangan proses penyelesaian dengan

baik. Ini sejajar dengan pernyataan daripada National Council for Teachers of

Mathematics (2000) menyatakan pengajaran yang berkesan memerlukan

persekitaran yang kondusif, menggalakkan pelajar berfikir, menyoal dan

menyelesaikan masalah. Hal ini kerana banyak keputusan dibuat tanpa banyak

berfikir dengan menggunakan logik akal. Penyelidik mendapati tahap

pertimbangan yang diambil dalam membuat keputusan adalah rendah. Pelajar

Page 20: pendekatan pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

berupaya menguasai penyelesaian masalah tetapi tidak melihat masalah secara

mendalam dan terbuka (Zaleha & Daliyanie 2011).

Dapatan kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar

memahami kehendak soalan tetapi gagal untuk merancang strategi yang

bersesuaian dalam proses penyelesaian masalah (Syed Abdul Hakim & Mohini

2010). Ini boleh dijelaskan daripada kajian Zaleha dan Daliyanie (2011) yang

mendapati bahawa kebanyakan pelajar merumus fakta tanpa meneliti soalan

dengan lebih mendalam pada peringkat memahami masalah. Di samping itu,guru-

guru juga boleh lihat sama ada pelajar-pelajarnya faham atau tidak pengajaran

yang disampaikan dengan menyoal pelajar semasa mengajar. Ini merupakan salah

satu cara bagi menarik perhatian pelajar dalam P&P Matematik supaya pelajar

tidak pasif dan leka. Jika pelajar menunjukkan keraguan, guru akan menerangkan

langkah pelajaran sekali lagi bagi memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran

tersebut. Dalam situasi ini, biasanya guru menggunakan kaedah pengajaran secara

kuliah, demonstrasi atau tunjuk cara dan sebagainya. Dalam kaedah ini ia

melibatkan kemahiran guru menyampaikan sesuatu konsep dan juga menunjukkan

cara atau langkah penyelesaian di hadapan pelajar.. Dapatan kajian-kajian ini juga

selari dengan kajian Ismail (2011) dan Syed Abdul Hakim & Mohini (2010) yang

mendapati kebanyakan pelajar mempunyai kemahiran pelaksanaan strategi yang

lebih tinggi berbanding kemahiran perancangan strategi. Selain itu, didapati aspek

penilaian dan penyemakan semula jarang diamalkan oleh pelajar dalam proses

penyelesaian masalah (Ismail 2011; Mohini & Salawati 2011).

Tinjauan literatur menunjukkan bahawa faktor-faktor seperti kepercayaan

Matematik (Roslina et al. 2010), sikap pelajar (Syed Abdul Hakim & Mohini

2010), Moodaley, Grobler dan Lens (2006) yang mengatakan bahawa pelajar yang

mempunyai sikap pembelajaran matematik yang rendah terhadap ujian matematik

juga berkaitan dengan pencapaian yang rendah., tahap kemahiran metakognitif

(Gokhan Ozsoy & Aysegul Ataman 2009; Ismail 2011; Mohini & Salawati 2010;

Roslina et al. 2010), pewakilan masalah (Roslina et al. 2010), amalan penggunaan

aktiviti kognitif (Ismail 2011; Zaleha & Nurul Liana 2011) dan strategi

Page 21: pendekatan pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

penyelesaian masalah (Faridah Hanim 2011; Lai Kim Leong 2007; Nasaruddin et

al. 2011; Nur Raihan & Che Muttalib 2011; Zaleha & Daliyanie 2011)

menyumbang kepada kejayaan penyelesaian masalah Matematik.

Berdasarkan dapatan kajian-kajian lepas, dapat dirumuskan bahawa guru-

guru telah menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran dalam pengajaran dan

pembelajaran Matematik bagi memastikan pelajar menguasai kemahiran yang

disampaikan. Di samping itu kepelbagaian penggunaan pendekatan pengajaran

adalah untuk menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik. Guru-

guru seharusnya tidak tertumpu kepada pengajaran berasaskan teks atau

pendidikan dalam bilik darjah semata-mata sebaliknya mencari kaedah yang lebih

mesra sains dan matematik untuk menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran

tersebut.

KEPENTINGAN PENDEKATAN PENGAJARAN DALAM AMALAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Apabila melihat konsep pendekatan iaitu cara mendekati sesuatu, ia merujuk

kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk  mencapai

objektifnya. Maka dengan itu dapatlah dikenalpasti akan kepentingan pendekatan

dalam pengajaran dan pembelajaran di mana sebagai guru yang mengajarkan

sesuatu kepada murid-muridnya mestilah mengetahui terlebih dahulu latar

belakang mereka. Ini kerana, dengan mengetahui latar belakang mereka, guru

tersebut dapat memilih dan merancang pengajarannya dengan menggunakan

pendekatan yang sesuai. Guru tidak boleh menggunakan pendekatan yang sama

terhadap murid yang berlainan. Ini dikhuatiri proses  pengajaran dan pembelajaran

yang dijalankan tidak berkesan iaitu tidak  mencapai objektif. Sekiranya guru

dapat mengenal pasti sifat atau keperluan murid-muridnya, maka guru tersebut

akan dapat memilih dan menggunakan pendekatan yang sesuai, tepat dan betul

supaya proses pengajaran dan  pembelajaran berlaku secara efektif.

Proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik

dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai pendekatan dan keadah

Page 22: pendekatan pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

mengajar yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai

oleh setiap murid. Para guru seharusnya menyedari akan kepentingan pemilihan

pendekatan dan kaedah mengajar  yang berkesan berdasarkan keadaan dan

kemampuan pelajar itu sendiri dan bukannya berdasarkan kemahuan sesoarang

guru yang secara tidak langsung menjadikan pengajaran dan pembelajaran

memberikan daya tarikan baru yang menarik perhatian pelajar (Zamri Mahamod

dan Mohamed Amin Embi 2006). Hal ini turut disokong oleh Mohamad Johdi Hj

Salleh  (2007), bahawa guru seharusnya perlu sentiasa mengubahsuai pendekatan

dan kaedah untuk menghasilkan pengajaran yang efektif. Seperti kajian yang

dilakukan oleh Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Embi (2006), mendapati

bahawa guru yang menggunakan kaedah mengajar yang sesuai membantu pelajar

memahami penggunaan bahasa dengan baik.

Disamping itu, menurut Mohamad Johdi Hj Salleh (2007), guru yang bijak

menggunakan gaya tingkah laku dan intonasi suara, bercerita, memek muka dan

humor akan tetap menarik minat pembelajaran dan murid mengikuti pengajaran

secara efektif tanpa kebergantungan terhadap penggunaan peralatan elektronik

seperti komputer, internet, Power Point dan video. Malah menurut Maimun Aqsha

Lubis et.al. (2007), pendekatan dan kaedah mengajar yang berpusatkan aktiviti

murid mampu meningkatkan pencapaian pelajar hasil daripada pengalaman terus

yang secara tidak langsung meningkatkan daya ingatan pelajar.

CADANGAN

Beberapa cadangan telah diberi oleh pengkaji-pengkaji untuk meningkatkan

pencapaian penyelesaian masalah dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.

Menurut Mok Soon Sang (2008), penghasilan pengajaran dan pembelajaran yang

efektif adalah berkaitan dengan kejayaan seseorang guru sebagai pengajar yang

bergantung kepada perlakuan mengajar yang baik dari segi perancangan,

perlaksanaan dan penilaian. Guru juga dikehendaki membimbing pelajar untuk

memahami bahasa Matematik dan sentiasa mengingati pelajar melakukan

penyemakan hasil jawapan.

Page 23: pendekatan pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

Pihak Institut Pendidikan Guru (IPG) disarankan untuk meneliti semula

pendekatan pengajaran guru dan pensyarah yang hanya menekankan langkah

pelaksanaan penyelesaian masalah sahaja tanpa membudayakan penggunaan

aktiviti kognitif yang melibatkan proses penyelesaian masalah lain seperti

memahami masalah, merancang dan menilai penyelesaian masalah (Ismail 2011).

Amalan guru yang hanya mendedahkan pelajar dengan masalah rutin perlu diubah

(Mohini & Salawati 2011). Zaleha & Nurul Liana (2011) juga mengesyorkan

kepada pendidik supaya memenuhi kepelbagaian kognitif pelajar bagi

meningkatkan kefahaman terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik.

Pengetahuan kognitif merupakan salah satu keperluan bagi pelajar untuk

menyelesaikan masalah dengan lebih afektif (Ismail 2011). Antara cadangan lain

yang disyorkan daripada pengkaji adalah pendidik perlu menekankan dan

melaksanakan penyelesaian masalah kepada pelajar pada peringkat awal

pendidikan lagi (Zaleha & Nurul Liana 2011).

Selain itu, penggubal kurikulum disarankan supaya melibatkan

penggunaan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah dalam proses

pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan pencapaian pelajar (Faridah

Hanim 2011). Kajian oleh Nur Raihan & Che Abd. Muttalib (2011) pula

mencadangkan agar penggunaan Visualisation Board dilaksanakan kepada pelajar

pemulihan yang malas membaca soalan jenis penyelesaian masalah Matematik

terutamanya yang berayat panjang.

Menurut Mok Soon Sang (2008) melalui aktiviti soal jawab dan begitu

juga halnya dengan penilaian terhadap keberkesanan penggunaan bahan-bahan

pembelajaran yang dapat meningkatkan tahap penerimaan maklumat deria utama

manusia dengan lebih baik berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh pelajar.

Dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan guru efektif

hendaklah menggunakan strategi pemusatan murid kerana penglibatan murid

mempengaruhi peningkatan daya ingatan terhadap apa yang mereka pelajari yang

akan mempengaruhi penilaian perlakuan dan prestasi dalam mengukur

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Page 24: pendekatan pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

KESIMPULAN

Pendekatan atau kaedah pengajaran seseorang guru merupakan komponen

yang penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru perlu

mempunyai sifat kreatif yang boleh dibina melalui pengalaman yang luas.

Pengajaran dan pembelajaran matematik menjadi berkesan jika berpusatkan

pelajar. Unsur-unsur kreatif perlu diterapkan dalam prinsip pengajaran dan

pembelajaran yang melibatkan guru, persekitaran dan kaedah pengajaran. Guru

perlu berilmu, berinisiatif dan memahami apa dan bagaimana perlu mengajar serta

mengapa dan bagaimana pula pelajar perlu belajar matematik. Persekitaran yang

ceria dan kondusif juga akan merangsang pelajar untuk belajar matematik.

Secara keseluruhannya, guru berkesan di sekolah adalah guru yang tahu

mengimbangi peranannya dengan mengambil kira aspek kualiti, kemahiran,

personaliti dan kepelbagaian kaedah mengajar yang bertitik mula dari dalam diri

guru tersebut yang akhirnya menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan berdasarkan perlakuan mengajar yang menekankan perancangan,

perlaksanaan dan penilaian yang mana tahap penentuannya ditunjukkan

berdasarkan keputusan dan kesan pengajaran mengikut perlakuan dan prestasi

pelajar. Pemilihan strategi, kaedah dan teknik mengajar disifatkan sangat penting

dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kerana berkait

rapat dengan pencapaian objektif pelajaran bagi membantu perancangan isi

pelajaran secara sistematik dan menarik. Menurut Omardin Asahari (1999),

strategi dalam pendidikan merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan

serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan

pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan.

Strategi pemusatan murid adalah murid memainkan peranan penting dalam

proses pembelajaran dan guru haruslah bersikap sebagai seorang pemimpin yang

membimbing dalam menjalankan aktiviti pembelajaran secara kumpulan atau

individu dengan mengambil kira perbezaan pelajar dari segi umur, saiz badan,

kematangan, pengalaman, minat. Keberkesanan pembelajaran pula dinilai

berlandaskan prestasi murid dalam aktiviti pembelajaran mereka yang boleh

Page 25: pendekatan pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

diukur aras kualitinya berdasarkan ujian rujukan norma atau relatif dan kriteria

Hasil penilaian inilah yang akan menentukan guru mengesan pencapaian objektif

pelajaran bagi membolehkannya merancang pengubahsuaian yang perlu untuk

menambahbaikan pengajaranya, merangka strategi baru untuk membantu pelajar

yang gagal mengusai kemahiran yang diajarkan dan menukar bahan-bahan

pengajaran dengan lebih sesuai.

Kajian ini menunjukkan guru adalah punca utama sama ada untuk pelajar

berminat atau sebaliknya dengan matapelajaran tersebut. Oleh itu guru perlu

mencari satu kaedah yang dapat menarik minat pelajar terhadap subjek Matematik

dan menjadikan Matematik ini sebagai satu subjek yang mudah supaya pelajar

tidak lagi takut atau fobia apabila mempelajari subjek ini. Guru seharusnya tidak

tertumpu kepada pengajaran berasaskan teks atau pendidikan dalam bilik darjah

semata-mata, sebaliknya mencari kaedah yang lebih mesra “Sains dan Matematik”

untuk menarik minat pelajar.

RUJUKAN

Abdul Razak bin Idris & Nor Asmah binti Salleh. 2011a. Pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru sekolah menengah di daerah Johor Bahru dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Journal of Science and Mathematics Educational 3:134-149

Abdul Razak bin Idris & Nor Asmah binti Salleh. 2011b. Pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru sekolah menengah di daerah Johor Bahru dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Journal of Science and Mathematics Educational 4:45-61

Abu Hassan Kassim dan Meor Ibrahim Kamaruddin. 2006. Ke arah Pengajaran Sains dan Matematik Berkesan. Universiti Teknologi Malaysia.

Anthony, Edward M. 1963. Approach, method, and technique. Artikel dari English Language Teaching Journal 17(2): 63-67

Arsaythamby Veloo. 2010. Hubungan di antara orientasi pembelajaran matematik (OPM) dengan pencapaian matematik. Asia Pacific Journal of Educators and Education 25: 33–51

Page 26: pendekatan pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

Atan Long. 1982. Psikologi Pendidikan, Malaysia : Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Ausubel, D. P., Novak, J. D. & Hanesian, H. 1978. Educational psychology : A cognitive view second edition. New York: Holt, Rinehart & Winston Inc.

Azman Laut. 2005. Panduan Mengurus Pusat Sumber Sekolah : SiriPengurusan Sumber dan Perpustakaan, PTS Profesional Publishing sdn.bhd.

Azrul Fahmi bin Ismail & Marlina binti Ali. 2007. Analisis kesilapan dalam tajuk Ungkapan Algebra di kalangan pelajar Tingkatan Empat. Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor 17(1): 1-13.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2011. Spesifikasi kurikulum Matematik Tingkatan 2. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2012. Sukatan pelajaran Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Berita Matematik. 1993. Sahsiah Pembelajaran Matematik, 42. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bushro binti Ali & Halimah Badioze Zaman. 2008. Kejuruteraan perisian kursus multimedia Matematik berasaskan model kecerdasan pelbagai (MI-MathS). Jurnal Teknologi Maklumat & Multimedia 5: 41-63.

Charles, R, Lester, F. & O’Daffer P. 1997. How to evaluate progress in problem solving. Cetakan ke-6. VA: NCTM

Csete dan Gentry. 1995. Dalam Smith, R. http://www/.gsu.edu/~mstswh/course/it7000/papers/student-1.html [7 Julai 2011]

Faridah Hanim Yahya. 2011. Pembinaan konsep Matematik secara konseptual menggunakan kaedah PBL elektronik. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia 1(4): 19-30.

Dr. Noor Hisham Md Nawi. 2011. Pengajaran dan pembelajaran; penelitian semula konsep-konsep asas menurut perspektif gagasan Islamisasi ilmu moden. Kongres Pengajaran dan Pembelajaran UKM 2011

Ee Ah Meng. 2002. Pedagogi II. Shah Alam: Fajar Bakti.

Effandi Zakaria. 2005. Asas Pembelajaran Koperatif Dalam Matematik. Shah Alam: Karisma Publications.

Page 27: pendekatan pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

Gagne, R. M. 1970. The conditions of learning second edition. London: Holt, Rineheart & Winston Inc.

Ismail bin Hj. Raduan. 2011. Amalan penggunaan aktiviti kognitif dan metakognitif dalam proses penyelesaian Matematik berayat dalam kalangan pelajar opsyen Matematik. Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru. http:// ojs.cakna.net/index.php/spp/article/view/226/224 [27 November 2012].

Krulik, S. & Rudnick, J.A. 1996. Teaching reasoning and problem solving in Junior and Senior High School. Boston, MA: Allyn and Bacon.

Lai Kim Leong. 2007. Penyelesaian masalah Matematik sekolah rendah dengan menggunakan strategi melukis gambar rajah. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang, hlm. 18

Lim, H. L., Wun, T. Y. & Noraini Idris. 2009. Kebolehan penyelesaian Persamaan Linear: Satu kerangka dalam penaksiran bilik darjah. MJLI 6: 79 101.

Maimun Aqsha Lubis et.al. 2007. Persepsi guru dan pelajar terhadap kurikulum Berasaskan kompetensi. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal pendidikan 27 (1): 119-134.

Mahzan Arshad. 2008. Penidikan Lestari: Strategi Perancanagan dan Pelaksanaan, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Dictributors sdn.bhd.

Md Nor Bakar & Rashita A. Hadi. 2011. Pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di kalangan guru Matematik di daerah Kota Tinggi. Journal of Science and Mathematics Educational 2: 1-17.

Moodaley, R. R., Grobler, A. A. and Lens, W. 2006. Study orientation and causal attribution in mathematics achievement. South African Journal of Psychology, 36(3), 634–655

Mohamad Johdi Hj. Salleh. 2007. Guru efektif dan peranan guru dalam mencapai objektif persekolahan Sekolah Rendah: Perspektif guru besar. Institut Pendidikan International Islamic University Malaysia. Jurnal Pendidikan hlm. 87-113.

Mohini binti Mohamed & Siti Maisarah binti Ahmad Saarani. 2011. Penerapan unsur sejarah dalam Matematik bagi topik Geometri Koordinat. Journal of Science and Mathematics Education 4: 101-111.

Page 28: pendekatan pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

Mohini Mohamed & Salawati bt. Asmuni. 2011. Tahap kemahiran metakognitif dalam penyelesaian masalah di kalangan pelajar tingkatan 2 dalam persekitaran geometri interaktif bagi tajuk Transformasi. Journal of Science and Mathematics Educational 3: 20-32.

Mok Song Sang. 2008. Pendekatan dan Strategi Pengajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Mokhtar Ishak & Azman Ismail. 2007. Pembuktian (Proving) dalam Penyelesaian Masalah Matematik bagi Topik Sekuen dan Siri. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Islam, Selangor 10: 38-46.

Nasarudin Abdullah, Effandi Zakaria & Lilia Halim. 2012. The effect of a thinking strategi approach through visual representation on achievement and conceptual understanding in solving mathematical word problems. Asian Social Science 16(8): 30-37.

National Council of Teachers of Mathematics. 2000. Principles and Standards for School Mathematics. Reston, VA: NCTM.

Norasiah Abdullah et.al. 2009. Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Nur Raihan Mustafa & Che Abd. Muttalib Ismail. 2011. Penggunaan kaedah visualisasi dan Visualisation Board untuk penyelesaian masalah. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP, hlm. 105-111.

Nur Shazlina binti Yussoff. 2009. Kaedah pengajaran operasi penambahan dalam mata pelajaran Matematik dalam kalangan murid slow learner. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL 172-179.

Omardin Asahaari. 1999. Pengajaran Kreatif untuk Pembelajaran Aktif. Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Pusat Perkembangan Kurikulum. 2001. Pembelajaran Konstruktivisme. Kuala Lumpur.

Robiah Sidin & Nor Sakinah Mohamad. 2007. ICT dalam Pendidikan: Prospek dan cabaran dalam pembaharuan pedagogi. Jurnal Pendidikan 32: 139-152.

Rohasliza binti Abd Hadzi. 2007. Kesukaran pelajar Tingkatan 4 luar bandar mempelajari Matematik dalam Bahasa Inggeris. Tesis Sarjana Muda, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Page 29: pendekatan pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

Salawati binti Asmuni. 2011. Tahap metakognitif dalam penyelesaian masalah di kalangan pelajar Tingkatan 2 dalam persekitaran geometri interaktif bagi tajuk Transformasi. Laporan Projek Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Sarimah Ismail & Abreza Atan. 2011. Aplikasi pendekatan penyelesaian masalah dalam pengajaran mata pelajaran Teknikal dan Vokasional di Fakulti Pendidikan UTM. Journal of Educational Psychology and Counseling 2: 113-144.

Sh Saleha bt. Syed Mohamad & Mas Norbany. 2010. Penggunaan Model Polya dalam menyelesaikan masalah berayat dalam tajuk Pecahan oleh murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Pagar Besi Kuala Terengganu. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP, hlm. 217-222.

Shahabuddin, Rohizani & Mohd Zohir. 2003. Pedagogi : strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Shah Alam: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Syed Abdul Hakim Syed Zainuddin & Mohini Mohamed. 2010. Keupayaan dan sikap dalam menyelesaikan masalah Matematik bukan rutin. Jurnal Teknologi (Sains Sosial) 53: 47-62.

Zainudin b. Abu Bakar & Nor Hidayatul Aini Ismail. 2011. Persepsi dan sikap pelajar terhadap pendekatan Konstruktivisme serta kesan terhadap pencapaian dalam mata pelajaran Matematik. Journal of Science an Mathematics Educational 3: 92-107.

Zaleha Ismail & Daliyanie Mat Saaid. 2011. Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) dalam Matematik di peringkat sekolah menengah. Journal of Educational Management 4: 1-17.

Zaleha Ismail & Nurul Liana Ali. 2011. Pengaruh gaya kognitif dan kreativiti terhadap penyelesaian masalah Geometri di kalangan pelajar tingkatan 4 aliran sains. Journal of Science and Mathematics Educational 3: 46-66.

Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. 2006. Strategi pembelajaran bahasa Melayu pelajar pelbagai etnik bukan Melayu. University Kebangsaan Malaysia. Jurnal Pendidikan hlm. 115-128.