jawapn bank soalan esei 4

Upload: shainli

Post on 30-May-2018

268 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 jawapn bank soalan esei 4

    1/26

    Bahagian C

    1 (a) F1 Khalifah dilantik menerusi upacara mengangkat sumpah ataubaiah.

    H1a Baiah membawa maksud taat setia dan kerelaan antara orang yang

    memerintah dengan orang yang diiperintah.F2 Setiap khalifah mestilah melaksanakan tanggungjawab dengan

    betul dan sempurna berlandaskan hukum syariah.

    F3 Menurut Islam, pemilihan khalifah mestilah dibuat menerusiproses perundingan atau musyawarah setelah dirundingkan pada

    peringkat tertinggi oleh ahli bijak pandai iaitu Ahli Syura.

    F4 Antara syarat-syarat kelayakan untuk menjadi seorang khalifah

    adalah seperti berikut:H4a Lelaki yang merdeka dan beragama Islam.

    H4b Mempunyai ilmu agama Islam yang lengkap.

    H4c Tubuh badan yang sihat dan tidak cacat.

    H4d Adil dan mempunyai tingkah laku yang baik.H4e Mempunyai fikiran yang cerdas dan pandai mentadbir urusan

    negeri.H4f Bersifat berani dan warak.

    F5 Pelantikan khalifah Islam adalah berdasarkan empat kaedah

    pemilihan iaitu musyawarah atau syura iaitu permesyuaratan atau

    perundingan untuk mengambil keputusan tentang sesuatu perkara.H5a Pelantikan Khalifah Abu Bakar adalah menerusi keadah ini. Ia

    berlaku ketika golongan Ansar daripada Bani Saadah, hampir

    melantik khalifah daripada kalangan mereka di Saqifah.H5b Atas cadangan Sayidina Umar al-Khattab, dan disertai dengan

    persetujuan ramai, Abu Bakar telah dilantik sebagai khalifah.F6 Kaedah yang kedua ialah menerusi cadangan satu nama sahaja,contohnya sewaktu pelantikan Khalifah Umar al-Khattab.

    H6a Namanya telah dicalonkan oleh Khalifah Abu Bakar sebelum

    beliau wafat.F7 Kaedah yang ketiga adalah menerusi pemilihan calon-calon yang

    layak. Semasa pelantikan Sayidina Uthman bin Affan, enam calon

    telah diusulkan dalam pemilihan tersebut.

    H7a Sayidina Uthman bin Affan telah terpilih dalam pemilihantersebut.

    F9 Kaedah yang keempat pula adalah menerusi pencalonan

    sekelompok masyarakat seperti pelantikan Khalifah Ali bin AbuTalib.

    F10 Semua kaedah ini adalah menerusi proses syura atau musyawarah

    dan telah diperkukuhkan dengan baiah iaitu perakuan sumpah taatsetia kepada orang yang dilantik sebagai khalifah.

    [8 markah]

    (b) F1 Khalifah adalah merupakan ketua negara yang wajib menjalankan

  • 8/14/2019 jawapn bank soalan esei 4

    2/26

    tugas untuk memelihara kedudukan agama Islam serta mentadbir

    negara mengikut al-Quran dan hadis.

    F2 Khalifah juga berkewajipan untuk menitikberatkan sistem politik,sosial, dan ekonomi supaya berlaku keseimbangan antara

    keperluan rohani dengan jasmani.

    F3 Khalifah juga bertanggungjawab memastikan pentadbiran negaraberjalan dengan sempurna dan dapat mempertahankan negara

    daripada musuh.

    F4 Kebajikan rakyat juga harus dititikberatkan oleh khalifah agarkebajikan rakyat terjaga dan dapat hidup dengan sejahtera di

    dunia dan akhirat.

    F5 Khalifah juga bertanggungjawab menjaga dan meneruskan ajaran

    Allah SWT.F6 Khalifah juga harus mengekalkan perpaduan ummah melalui

    konsep musyawarah atau syura dan memantapkan perundangan

    Islam.

    F7 Hal-hal yang berkaitan ekonomi seperti kewangan, perbendaharaannegara, baitulmal dan pungutan kharaj, jizyah, dan zakat.

    F8 Kharaj adalah cukai yang dikenakan keatas orang bukan Islammanakala jizyah pula ialah cukai yang dikenakan terhadap

    individu bukan Islam yang berselindung di negara Islam. Zakat

    pula ialah pengeluaran sebahagian harta dan tanaman oleh orang

    Islam dan adalah wajib untuk semua umat Islam yangberkelayakan.

    [4 markah]

    (c) F1 Abu Bakar telah mentadbir negara Islam yang berpusat di Madinah

    mengikut undang-undang dan syariat yang dilaksanakan oleh Nabi

    Muhammad SAW.F2 Khalifah Abu Bakar telah berjaya mengalahkan gerakan al-Riddah

    iaitu satu gerakan yang mengingkari ajaran Islam.

    F3 Di sebelah luar pula, kerajaan Islam Madinah menghadapiancaman orang-orang Rom dan Parsi.

    F4 Beberapa langkah juga telah diambil untuk menghadapi ancaman

    tentera Rom dan Parsi.

    F5 Khalifah Abu Bakar sendiri telah berjaya mengumpulkan ayat-ayatal-Quran yang kemudiannya dimansafkan pada zaman pentadbiran

    khalifah Uthman bin Affan.

    F6 Bagi melincinkan pentadbirannya khalifah Abu Bakar telahmembahagikan pentadbiran kerajaan kepada sepuluh wilayah iaitu

    Makkah, Taif, Yaman, al-Jund, Khalwan, Bahrin, Jarsh, Zabid,

    Hadhramaut, dan Nijran.F7 Beliau juga telah memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera

    melalui hasil harta rampasan perang, undang-undang tanah, dan

    hak rakyat terutama berkaitan dengan golongan mawali.

  • 8/14/2019 jawapn bank soalan esei 4

    3/26

    F8 Abu Bakar al-Siddiq telah digelar sebagai Penyelamat umat

    Islam kerana jasa-jasanya menyatupadukan umat Islam yang telah

    berpecah-belah selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW denganmenghapuskan gerakan al-Riddah. Sebelum Abu Bakar mangkat

    beliau telah menamakan atau mencadangkan agar Umar bin al-

    Khattab dilantik menjadi penggantinya. [8 markah]

    2 (a) F1 Tamadun Islam telah bertembung dengan tamadun lain menerusikegiatan perdagangan dan perniagaan.

    F2 Orang-orang Islam keturunan Arab memang terkenal dalam bidang

    perniagaan. Semasa menjalankan perniagaan ini orang-orang Islamakan dapat menyaksikan pelbagai kebudayaan dan tamadun

    bangsa-bangsa lain.

    F3 Penguasaan Islam ke atas kawasan Teluk Parsi, Laut Merah, danTimur Mediterranean telah membolehkan perdagangan jarak jauh

    menjadi salah satu alat utama pertembungan tamadun Islamdengan tamadun lain.

    F4 Tamadun Islam telah bertembung dengan tamadun China padaawal abad ke-7 M lagi. Pada waktu itu orang-orang Islam telah

    sampai ke China iaitu berdagang di bandar Canton.

  • 8/14/2019 jawapn bank soalan esei 4

    4/26

    F5 Hubungan diplomatik juga telah menyebabkan berlakunya

    pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia.

    F6 Orang-orang Islam telah mendapatkan pengetahuan tentang carahidup, cara berfikir, dan cara mentadbir daripada tamadun luar.

    F7 Semasa pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyah, beberapa

    kumpulan peneroka telah dihantar ke utara Selat Gibralta diSelatan Sepanyol.

    F8 Kumpulan peneroka tersebut telah bertembung dengan petempatan

    bukan Islam di Cordova, Valencia, dan Rhonda.F9 Pertembungan ini telah mewujudkan hubungan diplomatik antara

    kawasan tersebut dengan tamadun Islam.

    F10 Pertembungan tersebut telah membolehkan berlakunya

    pemahaman secara aman antara orang Islam dengan orang bukanIslam berkaitan cara hidup, pandangan politik, keagamaan,

    ekonomi, dan pentadbiran.

    F11 Pertembungan juga berlaku apabila menerusi cara penaklukan dan

    ketenteraan.F12 Usaha perluasan wilayah dan penyebaran agama Islam, Kerajaan

    Khulafa al-Rasyidin, Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah, dan TurkiUthmaniyah telah membentuk ekspedisi ketenteraan.

    F13 Penguasaan Islam ke atas Iran dan Iraq telah menyebabkan Islam

    bertembung dengan tamadun Parsi.

    F14 Tamadun Islam telah bertembung dengan tamadun Rom ataupunEropah apabila dapat menguasai kawasan Mesir dan Afrika Utara.

    F15 Penguasaan Islam terhadap kawasan-kawasan baru terutamanya di

    Eropah telah mewujudkan pertembungan tamadun dari segikebudayaan.

    F16 Islam juga telah bertembung dengan tamadun lain menerusi

    intelektual yang berlaku antara ahli sufi Islam dengan orang bukanIslam.

    [8 markah]

    (b) F1 Antara sumbangan yang paling besar ialah dari segi keagamaan itu

    sendiri.

  • 8/14/2019 jawapn bank soalan esei 4

    5/26

    F2 Islam telah mengubah sistem kehidupan penganutnya dan juga

    mereka yang berada di bawah takluknya.

    H2a Dalam Islam nilai akidah iaitu kepercayaan kepada Allah SWTadalah perkara paling penting.

    F3 Islam juga telah menyediakan sistem perundangan yang

    berasaskan kitab al-Quran dan hadis.H3a Akidah dan syariah Islam amat mudah diterima kerana ia adalah

    bersifat sarwajagat dan tidak terbatas kepada bangsa ataupun kaum

    dan kawasan geografi.H3b Adat yang diamalkan selagi tidak bercanggah dengan Islam terus

    dibenarkan tanpa apa-apa sekatan.

    F4 Pertembungan tamadun antara tamadun Islam dengan tamadun lain

    telah menyebabkan berlakunya pertambahan wilayah penyebaranIslam dan kawasan yang diperintah oleh orang Islam.

    H4a Kerajaan-kerajaan Islam telah wujud di negeri-negeri India seperti

    Kerajaan Mughal di India. Juga. wujudnya masyarakat Islam di

    China sehingga ke hari ini.F5 Pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah, Abbasiyah, dan

    Uthmaniyah walaupun berbeza dari segi institusi dan organisasitetapi telah mengamalkan sistem kerajaan pusat yang kuat.

    H5a Ketiga-tiga kerajaan tersebut juga telah mengamalkan sistem

    pemerintahan yang berasaskan akidah dan syariah.

    F6 Penguasaan Islam ke atas wilayah-wilayah tersebut telahmembolehkan orang Islam menguasai ekonomi terutamanya dari

    segi perdagangan dengan lebih berkesan.

    H6a Keselamatan di sepanjang laluan perdagangan amat dijaga bagimembolehkan aktiviti ekonomi dan perdagangan dijalankan

    dengan lebih licin.

    C6a Contohnya semasa zaman Uthmaniyah, armada-armada laut telahdisediakan bagi memastikan keselamatan kapal-kapal pedagang di

    kawasan Teluk Parsi, Laut Merah, Laut Mediterranean dan Laut

    Hindi.H6b Kegiatan ekonomi umat Islam adalah berlangsung di banyak

    kawasan. Antara pusat ekonomi Islam ialah meliputi kawasan

    seperti Aden, Siraf, Basra, Iskandariah, dan Istanbul.

    H6c Islam juga telah menguasai kegiatan perdagangan di India, Ceylon,Kepulauan Melayu, dan China di sebelah timur sejak abad ke-7 M

    lagi.

    F7 Pertembungan tamadun antara Islam dengan Eropah telahmempengaruhi proses urbanisasi dan organisasi sosial di bandar

    dan kawasan sekitarnya.

    H7a Undang-undang Islam telah mempengaruhi penyelarasan undang-undang di kawasan Balkan semasa zaman kerajaan Uthmaniyah.

    H7b Orang-orang Islam juga telah mempengaruhi perkembangan

    pendidikan dengan membangunkan kurikulum yang memberikan

    penekanan bukan sahaja berbentuk agama tetapi juga pendidikan

  • 8/14/2019 jawapn bank soalan esei 4

    6/26

    yang merangkumi bidang sains, matematik, dan teknologi.

    H7c Semasa zaman kerajaan Abbasiyah, pelajar telah diwajibkan untuk

    mempelajari ilmu mantik (logik), matematik, geografi, sejarah,sains fizikal, dan biologi.

    F8 Islam juga telah mempengaruhi tatatertib kehidupan harian seperti

    caraH8a berpakaian, berfikir, bertutur, berdagang, dan berpolitik.

    H8b Semasa zaman kerajaan Umaiyah di Sepanyol, orang bukan Islam

    telah mengamalkan cara hidup orang Islam.F9 Mereka bercakap dalam bahasa Arab dan juga berpakaian seperti

    orang Islam.

    H9a Semasa zaman Khalifah Harun al-Rasyid, perpustakaan telah

    ditubuhkan yang membolehkan bahan penulisan daripada tamadunlain disimpan dan dikaji oleh cendekiawan Islam.

    F10 Kajian tersebut telah menyebabkan munculnya satu budaya

    keilmuan intelektual yang tinggi dalam kalangan orang Islam yang

    bermula dengan proses memperterjemahkan karya-karya bukanIslam.

    F11 Pada abad ke-8 hingga keruntuhan kerajaan Abbasiyah pada tahun1258 M adalah merupakan zaman kemuncak keilmuan Islam. Ia

    berlangsung selama hampir lima abad dan merupakan satu-satunya

    era sejarah Islam yang gemilang.

    H11a Tokoh-tokoh ilmuan Islam telah memberikan sumbangan yang besar kepada perkembangan intelektual dan ilmu pengetahuan

    pada waktu itu.Tokoh yang terkenal yang banyak memberikan

    sumbangan kepada perkembangan Islam ialah Ibn Sina dan IbnRushd.

    F12 Islam juga telah memberikan sumbangan yang penting dalam

    perkembangan ketamadunan di dunia terutama dalam bidang senibina.

    F13 Keindahan seni bina Islam dapat dilihat pada Masjid Cordova di

    Sepanyol, Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru) di Istanbul, danIstana Alhambra di Granada.

    H13a Seni bina ini melambangkan ketinggian nilai seni seni bina Islam.

    H13b Seni bina dalam tamadun Islam adalah berasaskan kepada

    kepercayaan tauhid dan akidah.F14 Islam juga telah memberikan sumbangan yang besar di dalam

    bidang kesusasteraan.

    H14a Terdapat penulis puisi dan novel agung dalam sejarah persuratanmanusia termasuklah Omar Khayyam yang telah menulis

    Rubaiyah dan al-Jahiz terkenal dengan kitabal-Bayan.

    H14b Jalal ad-Din. Rumi pula banyak menghasilkan puisi yangbertemakan ketuhanan.

    H14c Wanita juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan puisi iaitu

    Rabiah al-Adawiah yang banyak menghasilkan puisi yang

    bertemakan ketuhanan dan hubungan antara manusia dengan

  • 8/14/2019 jawapn bank soalan esei 4

    7/26

    Tuhan.

    F15 Pertembungan tamadun juga telah memberikan kesan yang penting

    kepada dunia pelayaran Islam kerana ia telah melahirkan ramaitokoh-tokoh pelayaran Islam.

    H15a Semasa zaman kemuncak keagungan Islam, ramai cendekiawan

    Islam telah mengembara dan meneroka kawasan di luar naunganIslam untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

    H15b Salah seorang tokoh yang terkenal ialah Ibn Battuta yang telah

    mengembara ke China, India, dan Afrika.H15c Semasa mengembara, Ibn Battuta telah membuat catatan yang

    tepat berkaitan dengan fakta kawasan yang dilawatinya.

    H15d Catatan tesebut telah dihargai oleh sejarawan dan hasil karyanya

    telah menjadi rujukan sejarawan hingga ke hari ini.H15e Tokoh-tokoh pengembara yang lain ialah seperti al-Mascudi yang

    mengembara ke China, Parsi, India, dan Timur Afrika. Manakala

    Ibn Fadhlan pula telah mengembara ke Utara Eropah pada abad ke-

    12. [8 markah]

    (c) F1 Pada waktu i tu lahir golongan orang tempatan yang beragama

    Kristian.

    H1a mengamalkan kebudayaan Islam dan

    H1b berbahasa Arab.Golongan ini dipanggil Mozarab.

    F2 Golongan Mudejar ialah orang Islam setempat (minoriti)

    H2a Yang tinggal di kawasan pemerintahan orang Kristian.

    H2b Golongan Mudejar memainkan peranan penting dalammempengaruhi cara kehidupan orang Eropah.

    [4 markah]

    3 (a) F1 Mengikut bukti catatan China yang mengatakan bahawa orang

    Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perniagaan dan petempatan

    di Canton atau Amoy sejak tahun 300 M.H1a Sejak awal lagi pedagang Arab ini juga dapat menguasai

    perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke

    China.H1b Mereka telah berdagang secara berterusan di rantau ini terutama

    setelah kemunculan Islam di Makkah pada abad ke-7 M.

    H1c Mereka telah singgah di Melaka sebelum meneruskan pelayaran ke

    China. Ini kerana Melaka merupakan tempat persinggahan sebelummeneruskan pelayaran ke China, apabila musim angin monson

    reda.

    H1d Mereka telah menetap selama beberapa bulan sebelum meneruskan perjalanan sehingga sebahagian besar daripada mereka telah

    membina perkampungan di situ.

    H1e Perkampungan ini menjadi amat penting kerana menyediakantapak untuk berdagang serta berfungsi sebagai tempat mengumpul

  • 8/14/2019 jawapn bank soalan esei 4

    8/26

    barang jualan dan tempat membeli barang-barang mewah yang

    datang dari China dan India. Mereka juga berkahwin dengan

    wanita tempatan.H1f Semasa berada di kawasan perkampungan tersebut orang-orang

    Arab ini telah berbincang serta berinteraksi dengan pedagang

    tempatan dan Asia Tenggara tentang kepercayaan dan agama.F2 Kehidupan serta nilai Islam yang murni yang diperlihatkan oleh

    para pendakwah serta pedagang Islam ini telah menarik minat

    orang tempatan untuk mendalami agama Islam.H2a Kejujuran pedagang Islam menjalankan perniagaan, sifat

    mementingkan kebersihan, dan berhemah tinggi merupakan

    sesuatu yang menarik minat masyarakat dan pedagang tempatan

    kepada Islam.F3 Kehidupan dan aktiviti para pedagang Arab ini terdapat dalam

    catatan China yang mengatakan bahawa telah wujud sebuah

    perkampungan Islam bernama Ta Shih di Sumatera Utara pada

    tahun 650 M.F4 Ini berdasarkan bukti wujudnya persamaan antara bahan penulisan

    dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan yang terdapat disemenanjung Tanah Arab.

    F5 Selain itu, perkataan Arab yang terdapat pada tulisan jawi telah di

    ambil daripada Bahasa Arab.

    H5a Tambahan pula, adat resam dan kebudayaan orang Melayu banyakyang dipengaruhi oleh budaya Arab.

    C5a Contohnya, amalam menghormati tetamu dan muzik Melayu

    seperti dabus dan tarian zapin.F6 Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas juga mengatakan

    bahawa kebanyakan karya tempatan menceritakan bahawa

    pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh syeikh dariSemenanjung Tanah Arab.

    C6a Misalnya, Hikayat Raja-Raja Pasai yang menceritakan bahawa

    mubaligh atau pendakwah yang pertama tiba di Pasai ialah uftiberketurunan Arab yang bernama Syeikh Ismail.

    H6a Beliau berjaya mengislamkan Raja Pasai, iaitu Merah Silu yang

    kemudiannya bergelar Malik al- Salih, manakala Raja Pattani

    Phaya Tu Nakpa pula telah diislamkan oleh Syeikh Said.F7 Terdapat juga bukti-bukti lain seperti banyak kitab agama yang

    dikarang dalam bahasa Melayu pada awalnya menggunakan

    bahasa dan gaya penulisan yang dipengaruhi oleh Bahasa Arab.ContohnyaHikayat Nabi Bercukur.

    H7a Kitab-kitab yang dikarang itu juga tidak mempunyai unsur India

    ataupun China.F8 Bukti lain pula dapat dilihat menerusi kitab tempatan seperti

    tauhid, tafsir al-Quran dan hadis adalah menggunakan bahasa Arab

    yang bersumberkan Tanah Arab.

    F9 Terdapat juga beberapa catatan karya tempatan yang berkaitan

  • 8/14/2019 jawapn bank soalan esei 4

    9/26

    dengan pengislaman raja di Asia Tenggara iaitu

    H9a Hikayat Merong Mahawangsa yang mencatatkan bahawa Raja

    Kedah telah diislamkan oleh Syeikh Abdullah al-Yamani.H9b Hikayat Acheh mencatatkan Syed Abdullah Arif telah berusaha

    mengembangkan Islam Di Sumatera.

    H9c Sejarah Kepulauan Sulu mencatatkan tentang mubaligh keturunanArab seperti Sharif Hassan dan Awlia telah menyebarkan Islam ke

    Kepulauan Sulu.

    [8 markah]

    (b) F1 Faktor perdagangan merupakan faktor utama kemasukan Islam ke

    Asia Tenggara. Ketika menjalankan aktiviti perdagangan,

    pedagang dari Arab, China, dan India telah singgah ke AsiaTenggara dan memperkenalkan ajaran agama Islam kepada

    penduduk tempatan.

    F2 Telah wujud jalinan perhubungan perdagangan dengan pelabuhan

    utama di Asia Tenggara seperti pelabuhan di Selat Melaka, TelukSiam, Indo-China serta pelabuhan di Kepulauan Rempah seperti

    Maluku, dan Makasar termasuk pelabuhan di Laut Jawa.F3 Pelabuhan tersebut telah menjadi pusat kegiatan manusia dari

    pelbagai tempat serta masyarakat tempatan.

    F4 Sikap yang telah ditunjukkan oleh pedagang Islam seperti

    kemurnian dan tingkah laku yang baik telah menjadi ikutanpenduduk setempat.

    H4a Wujudnya ativiti perbincangan yang berkaitan tentang Islam dalam

    kalangan pedagang yang tinggal di kawasan tersebut.F5 Semangat dakwah dalam kalangan pedagang ini telah menarik

    minat masyarakat Asia Tenggara yang berada di bandar-bandar

    pelabuhan utama.H5a Golongan pedagang Islam yang tinggal di kawasan tersebut telah

    menjalankan aktiviti dakwah, di samping itu mereka juga

    membawa ulama dan tinggal di kawasan tersebut untuk beberapabulan bagi tujuan untuk menyebarkan agama Islam.

    F6 Sifat lemah lembut yang ditunjukkan oleh ketika menyampaikan

    ajaran Islam telah menyebabkan Islam semakin mudah tersebar.

    F7 Sifat mahmudah seperti bersopan santun, ikhlas, dan lemah lembutyang ada pada pedagang Islam juga telah menarik lebih ramai

    penduduk tempatan memeluk agama Islam.

    F8 Agama Islam juga telah tersebar apabila wujudnya hubungan baikantara pedagang Islam dengan pemerintah tempatan.

    H8a Layanan istimewa telah diberikan oleh pemerintahan tempatan

    kepada pedagang yang singgah di kawasan mereka.H8b Ini telah memberikan peluang kepada pedagang Islam untuk

    berdakwah kepada masyarakat setempat.

    F9 Pemerintah tempatan juga telah melantik pedagang-pedagang

    Islam sebagai syahbandar di beberapa bandar pelabuhan di Asia

  • 8/14/2019 jawapn bank soalan esei 4

    10/26

    Tenggara kerana tertarik degan kejujuran dan sifat amanah yang

    ditunjukkan oleh pedagang Islam.

    [8 markah](c) F1 Agama Islam di Asia Tenggara juga tersebar menerusi peranan

    yang dimainkan oleh mubaligh, ulama, dan ahli sufi.

    F2 Tokoh yang terawal menyebarkan Islam ke Asia Tenggara ialahSyeikh Ismail dan Fakir Muhammad.

    F3 Terdapat ramai lagi pendakwah lain yang telah datang ke Asia

    Tenggara untuk meneruskan penyebaran Islam.F4 Tokoh-tokoh tersebut telah memainkan peranan yang penting

    dalam kegiatan dakwah Islamiah.

    F5 Keperibadian mereka yang lemah lembut, baik, dan jujur telah

    berjaya menarik ramai penduduk Asia Tenggara untuk memelukagama Islam.

    F6 Pada peringkat awal penyebaran Islam, ulama telah mengajar

    perkara asas tentang Islam secara tidak formal, contohnya di

    Melaka.F7 Perkembangan Islam yang pesat telah membolehkan ajaran Islam

    disampaikan secara formal.F8 Masjid, istana, dan rumah mereka telah dijadikan sebagai tempat

    untuk mempelajari ilmu pengetahuan Islam.

    F9 Institusi pendidikan awal itu kemudian telah berkembang menjadi

    pusat pendidikan seperti pondok ataupesantren. Institusi pondokdi Acheh juga dikenali sebagai dayah.

    F10 Kemunculan ulama-ulama seperti Hamzah Fansuri, Syamsudin al-

    Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel adalah disebabkan adanyainstitusi pendidikan tersebut.

    F11 Di Jawa, terdapat Wali Songo iaitu sembilan orang wali atau

    ulama yang hidup pada masa yang sama iaitu sekitar awal abadke-15 M hingga ke-16 M.

    F12 Kebijaksanaan Wali Songo ini berdakwah telah menyebabkan

    ramai masyarakat tempatan telah memeluk agama Islam.WaliSongo ini berdakwah dengan menggunakan cara menimbulkan

    kesedaran kepada masyarakat tentang maksud bekerja dan

    beramal dalam erti kata yang sebenar.

    F13 Mereka juga berusaha menghapuskan pengangguran denganmengikis sifat malas, mengelakkan hidup secara mewah dan

    membazir.

    [4 markah]

    4 (a) F1 Islam mempunyai pengaruh yang besar ke atas aspek pemerintahan

    dan pentadbiran di Asia Tenggara.F2 Sebelum kedatangan Islam, pemerintahan menggunakan sistem

    beraja. Berlaku pengubahsuaian setelah Islam datang ke Asia

    Tenggara,H2a iaitu institusi kesultanan telah diperkenalkan. Ia diambil daripada

  • 8/14/2019 jawapn bank soalan esei 4

    11/26

    kerajaan pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah dan Empayar

    Turki Uthmaniyah. Perkataan sultan adalah berasaskan perkataan

    bahasa Arab yang bermaksud kuasa, kewibawaan atau pemerintah.F3 Sistem ini telah meletakkan sultan sebagai ketua negara dan

    dibantu oleh mufti yang dilantik sebagai penasihat sultan dalam hal

    ehwal agama Islam dan pentadbiran negara.H3a Terdapat juga jawatan-jawatan lain seperti kadi, khatib, pemungut

    zakat, penyelia baitulmal, dan penjaga harta wakaf.

    F4 Penggunaan gelaran sultan telah mengukuhkan lagi kedudukankerajaan Islam di Alam Melayu dan ia menjamin kewibawaan

    sultan yang memerintah.

    F5 Ia telah meletakkan mereka setaraf dengan pemerintah kerajaan

    Islam lain di seluruh dunia dan memupuk semangat persaudaraandalam kalangan umat Islam.

    F6 Dalam buku Hukum Kanun Melaka, telah dicatatkan bahawa Raja

    Melaka telah diberi gelaran Khalifatul Mukminin yang bermaksud

    pemimpin bagi orang-orang mukminin.F7 Perkataan Khalifatul Mukminin juga terdapat pada mata wang

    syiling dalam kerajaan Melayu Melaka, Johor, Pahang, Kedah,Terengganu, dan Kelantan.

    F8 Agama Islam juga telah dijadikan sebagai agama rasmi oleh

    kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara, contohnya kerajaan Melayu

    Melaka, Kerajaan Acheh, dan Kerajaan Brunei.F9 Sultan merupakan ketua kerajaan yang merupakan khalifah Allah

    atau wakil Allah di muka bumi dan harus menunaikan amanah

    yang dikurniakan oleh Allah SWT.H9a Sultan haruslah memerintah dengan adil sesuai dengan amanah

    yang telah diberikan.

    H9b Antara sultan-sultan yang berpegang teguh dengan ajaran Islamialah Sultan Malik al-Zahir dari Samudera Pasai, Sultan Ali

    Mughayat Syah, dan Sultan Iskandar Thani dari Acheh.

    H9c Mereka telah menerapkan unsur-unsur Islam dalam pemerintahanmereka bagi menggantikan sistem pemerintahan beraja Hindu yang

    menggunakan konsep dewa-raja.

    F10 Terdapat juga unsur-unsur Islam yang telah diterapkan pada nama

    negeri Acheh iaitu Acheh Darul Salam. Begitu juga dengan nama-nama sultan yang memerintah seperti Sultan Mansur Syah yang

    bermaksud pemerintah yang dibantu oleh Allah dan Sultan

    Mahmud Shah yang bermaksud sultan yang terpuji.F11 Kerajaan yang terdapat di rantau Asia telah mengamalkan undang-

    undang syariah walaupun tidak sepenuhnya, kerana masih terikat

    dengan undang-undang adat.H11a Peraturan-peraturan seperti kesalahan jenayah mencuri,

    membunuh, berzina serta hal perkahwinan, jual beli dan

    pembahagian harta pusaka adalah mengikut undang-undang

    syariah Islam.

  • 8/14/2019 jawapn bank soalan esei 4

    12/26

    F12 Kerajaan Melayu Melaka telah mempunyai undang-undang awam

    dan jenayahnya sendiri yang berdasarkan undang-undang syariah

    dan undang-undang adat.C12a Contoh undang-undang syariah ialah Hukum Kanun Melaka yang

    digubal oleh Sultan Muzzafar Syah.

    H12a Pada masa pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Syah, undang-undang Islam telah dipratikkan dengan tegas di Melaka.

    H12b Di Acheh, terdapat kanun undang-undang yang mempunyai ciri-

    ciri sebuah perlembagaan Islam yang dikenali sebagai KanunMahkota Alam.

    H12c Kanun tersebut menerangkan tentang tanggungjawab raja sebagai

    pemerintah dan adat istiadat serta peraturan tradisi Acheh,

    contohnya Balairung Seri dipimpin sultan, manakala Balai MajlisMahkamah Rakyat diketuai oleh Kadi Malik al-Adi.

    F13 Islam telah melahirkan semangat jihad yang tinggi bagi menentang

    penjajahan kafir. Semangat jihad ini telah menimbulkan semangat

    kebangsaan Melayu bagi menentang penjajah Portugis, Belanda,Sepanyol, dan Inggeris

    H13a Di Acheh, sultan telah menggunakan semangat jihad untukmelindungi kesucian Islam daripada serangan Portugis. Begitu juga

    di Jawa, rakyat tempatan bersatu teguh dengan prinsip-prinsip

    Islam untuk menghalau penjajah Portugis dan Belanda.

    F14 Semangat jihad ini telah disebarkan kepada rakyat tempatan Achehmenerusi penulisan ulama dalam kitab tertentu.

    H14a Contohnya kitab karangan Syeikh Nurudin al-Raniri dan Abdul

    Rauf Singkel yang menegaskan tentang kewajipan berjihad bagisetiap orang Islam.

    H14b Mengikut tulisannya, sesiapa yang tidak berjihad akan berdosa

    besar.H14c Syeikh Daud al-Pattani juga telah memuatkan penerangan tentang

    kelebihan berjihad dalam kitab karangannya.

    H14d Beliau juga sentiasa menyeru kepada pelajarnya di Pattani supayabangkit menentang penjajah Siam.

    [8 markah]

    (b) F1 Agama Islam juga telah mempengaruhi sistem ekonomi dalam

    masyarakat di Asia Tenggara.F2 Penubuhan institusi ekonomi seperti baitulmal yang

    diperkenalkan oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam diAcheh telah memperlihatkan pelaksanaan sistem ekonomi Islamdalam masyarakat tempatan.

    F3 Baitulmal ini juga berfungsi sebagai perbendaharaan negara.

    H3a Hasilnya diperoleh daripada kutipan zakat dan sedekah.F4 Islam juga telah mewajibkan umatnya supaya bekerja dengan

    tekun dan mencari sumber rezeki yang halal dan melarang

    perbuatan seperti mengemis, menipu, unsur riba, perjudian, dan

  • 8/14/2019 jawapn bank soalan esei 4

    13/26

    penindasan dalam sebarang urusan ekonomi dan pekerjaan.

    F5 Amalan berjimat cermat dan berusaha dengan bersungguh-

    sungguh telah digalakkan kepada umat Islam[4 markah]

    (c) F1 Penggunaan tulisan Jawi telah membolehkan masyarakat Melayumembaca dan menulis sehingga lahirnya tokoh-tokoh sasteraseperti Tun Sri Lanang, Syamsudin al-Sumaterani, dan Abdul Rauf

    Singkel.

    F2 Melalui tulisan jawi, bahasa Melayu dikembangkan sehinggamenjadi bahasa ilmu dan bahasa lingua franca di rantau ini dan

    mampu bersaing dengan bahasa lain di dunia.

    F3 Peningkatan bahasa Melayu ini telah membolehkan cerita-cerita

    panji dalam bahasa Jawa disampaikan dalam bahasa Melayu.F4 Unsur-unsur gaya dan tatabahasa Arab telah banyak

    mempengaruhi kesusasteraan Melayu.

    F5 Bentuk sastera Islam juga dipengaruhi oleh karya sastera Islamseperti syair, gurindam, nazam, dan cerita hikayat.

    F6 Fungsi sastera juga telah berubah daripada untuk tujuan hiburan

    kepada tujuan mengkritik.F7 Pada abad ke-17 bahasa Melayu telah digunakan secara meluas

    sebagai:

    F8 Bahasa istana,F9 bahasa surat menyurat,

    F10 bahasa perhubungan,

    F11 bahasa ilmu pengetahuan,

    F12 bahasa berdakwah, dan

    F13 bahasa untuk pengajaran dan pembelajaran.F14 Penggunaan bahasa Melayu juga merangkumi bidang perdagangan

    kerana kedudukannya yang strategik di tengah-tengah jalanperdagangan.

    F15 Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa perantaraan

    kalangan pedagang dari Timur dan Barat.F17 Kesusasteraan Melayu juga telah berkembang di Melaka dengan

    adanya kegiatan menterjemahkan karya sastera Arab dan Parsi.

    [8 markah]

    5 (a) F1 Adat Perpatihberasal dari Palembang, dan telah disusun olehDatuk Perpatih Nan Sebatang yang menjalankan pemerintahannyadi Pagar Ruyong.

    F2 Ia merupakan satu peraturan atau undang-undang tidak bertulis

    dalam bentuk pepatah yang dihafal oleh ketua adat dan

    diperturunkan daripada satu genarasi kepada satu generasi.F3 Musyawarah merupakan asas bagi pentadbiran dan penyelesaian

    masalah yang akan dihadiri oleh 12 suku yang terdapat di Negeri

    Sembilan.

  • 8/14/2019 jawapn bank soalan esei 4

    14/26

    F4 Ahli dalam setiap suku tidak dibenarkan berkahwin daripada suku

    yang sama.

    F5 Setiap suku mempunyai ketua adat yang dikenali sebagaiLembaga.

    F6 Jurai keturunan Adat Perpatih memberatkan kaum wanita dalam

    mewarisi harta dengan menurunkan harta melalui keturunanwanita.

    F7 Ia adalah bersifat matrilineal yang mengutamakan jurai keturunan

    ibu.F8 Ia disesuaikan mengikut pihak ibu yang dianggap sebagai pengasas

    keluarga kepada anak perempuan.

    F9 Jika seseorang ibu tidak mempunyai anak perempuan, hartanya

    akan diwarisi kepada adik perempuannya, anak adik-adiknya, dancucu-cucunya.

    F10 Adat Temenggung adalah berasal daripada Sumatera dan telah

    diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan yang menjalankan

    pemerintahannya di Palembang.F11 Ia telah dibawa ke Melaka pada abad ke-15 dan kemudiannya disebarkanke negeri-negeri Melayu dengan berkembangnya empayar Melaka.

    F12 Pada peringkat awal, Adat Temenggung banyak dipengaruhi oleh unsur-

    unsur Hindu.

    F13 Setelah orang Melayu menganut agama Islam, adat ini disesuaikan

    dengan pengaruh Islam melalui hukum syarak mengikut mazhab Shafie.

    F14 Undang-undang Adat Temenggung diamalkan di semua negeri di Tanah

    Melayu kecuali Negeri Sembilan.

    F15 Dalam Adat Temenggung, orang yang mahir dalam mentafsir dan

    melaksanakan hukum ialah Tok Sidang, Tok Penghulu, dan Tok

    Penggawa.

    F16 Adat Temenggung adalah bersifat parilineal, iaitu mementingkanjurai keturunan sebelah bapa.F17 Anak lelaki diutamakan dalam pembahagian harta pusaka yang

    bertetapan dengan faraid Islam.

    F18 Dalam hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan pula, seseorangindividu itu bebas untuk memilih pasangan hidupnya asalkan tidak

    melanggar hukum Islam.

    [10 markah]

    (b)(i) F1 Tanggungjawab raja dan pembesar.

    F2 Pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat.

    F3 Tanggungjawab raja dan pembesar.F4 Hukuman terhadap kesalahan jenayah.

    F5 Undang-undang keluarga.

    F6 Permasalahan ibadah.F7 Jenis-jenis hukuman terhadap kesalahan.

    F8 Mengandungi 44 fasal.

    [6 markah]

  • 8/14/2019 jawapn bank soalan esei 4

    15/26

    (ii) F1 Mengandungi 24 fasal.

    F2 Hal-hal yang berkaitan perdagangan dan maritim.

    F3 Tugas-tugas nakhoda yang diumpamakan sebagai imam.F4 Anak buah kapal dianggap sebagai makmun.

    [4 markah]

    6 (a) F1 Perkembangan agama Islam di rantau ini juga adalah disebabkan

    oleh faktor perdagangan yang membolehkan Melaka muncul

    sebagai sebuah pusat perdaganganH1a Juga, sebagai pusat penyebaran agama Islam yang terpenting pada

    abad ke-15.

    H1b Kerajaan Melaka telah muncul sebagai sebuah pusat perdaganganyang penting walaupun tidak mempunyai hasil seperti rempah

    ratus (lada, bunga cengkih, dan sebagainya) yang mendapat

    permintaan yang tinggi dalam kalangan pedagang.F2 Ini kerana, Melaka terletak di kedudukan yang strategik di tengah

    jalan perdagangan yang telah membantu perkembangannya tanpaperlu mengeluarkan barang-barang seperti rempah ratus.

    F3 Melaka juga telah menyediakan kemudahan pentadbiran yang licindan teratur agar segala aktiviti perdagangan berjalan dengan lancar.

    F4 Jawatan laksamana telah diwujudkan bagi menjaga urusan

    kelautan dan jawatan syahbandar sebagai ketua pelabuhan.F5 Undang-undang yang berkaitan dengan kelautan juga telah digubal

    iaitu Undang-Undang Laut Melaka.

    H5a Dalam undang-undang tersebut terdapat tugas-tugas nakhoda,jurumudi, dan seumpamanya.

    F6 Di Melaka terdapat lebih kurang 84 bahasa dipertuturkan yang

    telah membuktikan kepesatan perdagangannya.F7 Kemajuan aktiviti ekonomi di Melaka telah membolehkan

    wujudnya sistem timbang dan sukat seperti tahil, dan kati.

    F8 Barangan seperti emas, perak, bahan wangian, dan batu permata

    telah ditimbang menggunakan sistem tahil dan kati.F9 Manakala bahan rempah ratus seperti lada, buah pala, bunga

    cengkih, dan bunga lawang ditimbang menggunakan sistem bahara

    iaitu satu bahara dikira bersamaan dengan 205 kati yang ditimbangmenggunakan timbangan dachim (dacing).

    F10 Terdapat dua kaedah urusan perdagangan yang dijalankan di

    Melaka iaitu kaedah pertukaran barangan dan kaedah jual beli.

    [10 markah]

    (b) F1 Cukai adalah merupakan satu aspek penting aktiviti perdagangan

    di pelabuhan yang merupakan bayaran yang dikenakan oleh pihakpemerintah terhadap aktiviti yang dijalankan di pelabuhan tersebut.

    H1a Ia akan menjadi sebahagian daripada sumber pendapatan kerajaan

    dan akan disalurkan kembali untuk pembangunan negara.F2 Semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka, cukai dibayar terhadap

  • 8/14/2019 jawapn bank soalan esei 4

    16/26

    barangan dagangan sebelum kegiatan perniagaan dapat dijalankan.

    F3 Cukai tetap (cukai import) merupakan cukai yang paling asas dan

    ditetapkan oleh pemerintah Melaka.F4 Pedagang-pedagang dari India, Ceylon, Tanah Arab, Siam, dan

    Pegu dikenakan cukai sebanyak enam peratus daripada jumlah

    barang yang dibawa.F5 Pedagang dari Jepun dan China dikehendaki membayar cukai

    sebanyak lima peratus.

    F6 Barang makanan seperti beras tidak dikenakan cukai.F7 Terdapat juga cukai diraja yang dikenakan ke atas orang asing

    yang datang dari kepulauan Melayu dan menetap di Melaka iaitu

    sebanyak tiga peratus

    F8 Manakala orang asing lain pula telah dikenakan cukai sebanyakenam peratus.

    F9 Dalam kegiatan ekonomi ini, terdapat pengaruh Islam yang telah

    mempengaruhi perkembangan ekonomi di Melaka.

    F10 Pengaruh Islam tersebut ialah amalan riba yang telah diharamkankepada perniagaan yang dijalankan oleh orang Islam.

    F11 Walaupun begitu golongan ceti yang menjalankan kegiatanekonomi mereka telah dibenarkan.

    [10 markah]

    7 (a) F1 Desakan ekonomi dan semangat kebangsaan telah mendorong

    orang Eropah untuk menjalankan aktiviti penerokaan dan

    penjelajahan.

  • 8/14/2019 jawapn bank soalan esei 4

    17/26

    F2 Barangan seperti emas, sutera, dan rempah ratus dari Timur amat

    diminati dan diperlukan oleh orang-orang Eropah.

    F3 Raja Sepanyol dan Portugal merupakan pemerintah yang telahbertanggungjawab memberikan galakan kepada usaha penjelajahan

    dan penerokaan.

    F4 Sepanyol dibawah pemerintahan Ratu Isabela dan FerdinandAragon telah menggalakkan orang-orangnya menumpukan

    penerokaan ke Amerika Latin.

    F5 Sementara itu, Raja Portugal iaitu Putera Henry yang terkenalsebagai Henry Pelaut telah memberikan galakan kepada orang-

    orang Portugis untuk menjalankan aktiviti penerokaan dan

    penjalajahan.

    F6 Faktor penting yang menyebabkan kuasa Portugal dan Sepanyoluntuk menjelajah ke Timur ialah perdagangan rempah ratus dan

    sutera.

    F7 Kegiatan ini telah memberikan keuntungan yang besar kepada para

    pedagang Eropah dan rajanya.F8 Pihak gereja juga amat menekankan usaha untuk menyebarkan

    Kristian ke seberang laut melalui kuasa Sepanyol dan Portugalyang merupakan dua buah negara Katolik dan mempunyai

    pengaruh gereja yang kuat.

    F9 Kuasa Sepanyol yang dahulunya pernah dikuasai oleh orang Islam

    begitu semangat untuk menyebarkan agama Kristian.F10 Kemunculan monarki baru di negara-negara Eropah yang lain

    seperti England, Perancis, dan Belanda turut menggalakkan

    kegiatan penjelajahan dan penerokaan ke seberang laut.F11 Semangat kebanggaan juga telah mendorong orang Eropah

    menjelajah.

    [8 markah]

    Dari segi politik(b) F1 Pengusaha tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan

    wakil Eropah.

    F2 Ia secara langsung mengiktiraf kekuasaan dan kekuatan kuasaEropah.

    F3 Wakil-wakil ini adalah terdiri daripada syarikat berpiagam seperti

    di Belanda, Great Britain, Perancis, dan Denmark.H3a Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), Syarikat Hindia Barat

    Belanda (WIC), dan Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC)

    merupakan syarikat berpiagam yang berjaya.

    H3b Syarikat-syarikat Berpiagam Inggeris dan Belanda telah berdagangdari Eropah hingga ke Carribean, Latin Amerika, Afrika, India,

    Asia Tenggara, dan Asia Timur.

  • 8/14/2019 jawapn bank soalan esei 4

    18/26

    Dari segi ekonomi

    F1 Daerah di luar Eropah telah menjadi pembekal kepada keperluan

    masyarakat Eropah.F2 Goa dan Melaka yang merupakan emporium dunia telah dikuasai

    oleh Portugal.

    F3 Barangan daripada Timur telah memperkayakan ekonomi dan gayahidup masyarakat Eropah.

    F4 Jalan perdagangan antarabangsa juga telah dikuasai oleh oleh

    Portugal termasuklah jalan perdagangan di Asia Tenggara, LautanHindi, Laut China Selatan di China, dan Jepun.

    Dari segi sosialF1 Masyarakat tempatan telah mula terpengaruh dengan gaya hidup

    orang Eropah.

    F2 Masyarakat peribumi juga telah menerima ajaran agama Kristian

    seperti di Filipina.F3 Penjelajahan Sepanyol juga telah banyak mengubah keadaan

    kehidupan di dunia baru dan Asia.

    F4 Di Amerika Tengah dan Selatan, Sepanyol telah berperang danmenakluki Mexico dengan menundukkan tamadun Aztec, dan

    menakluki Peru dengan menghapuskan tamadun Inca.

    F5 Penghijrahan beramai-ramai orang Sepanyol ke Amerika Latintelah mewujudkan sebuah masyarakat yang baru di wilayah

    tersebut.

    F6 Kerajaan Sepanyol telah melihat daerah Amerika Latin sebagai

    dunia baru yang banyak mempunyai emas dan perak.F7 Manakala bagi golongan gereja Kristian Katolik pula, dunia baru

    adalah sebagai tempat untuk menyebarkan agama Kristian.

    F8 Masyarakat peribumi di dunia baru telah menerima ajaran Kristiantersebut secara berleluasa.

    F9 Buruh-buruh peribumi pula telah dieksploitasi untuk bekerja di

    lombong dan di ladang mereka.F10 Istilah bahasa Sepanyol Conquista dan Conquistadores telah

    diberikan kepada penjelajahan dan penaklukan sepanyol.

    F11 Sementara Brazil pula telah ditakluki oleh Portugal. Di sebelahkawasan Timur, tidak wujud petempatan orang Sepanyol dan

    Portugal secara besar-besaran.

    [8 markah]

    (c) F1 Pada tahun 1494, Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani antaraPortugal dan Sepanyol.

    F2 Dalam perjanjian tersebut, dunia dibahagikan kepada dua kawasan

    pengaruh iaitu Timur untuk Portugal dan Barat untuk Sepanyol.F3 Kawasan ke Timur Verder dan Hindia Barat di Lautan Atlantik

    dianggap sebagai kawasan Portugal, manakala kawasan ke

    Baratnya dianggap sebagai kawasan Sepanyol.[4 markah]

  • 8/14/2019 jawapn bank soalan esei 4

    19/26

    8 (a) F1 Sumbangan terpenting Revolusi Pertanian kepada RevolusiPerindustrian ialah penyediaan modal.

    F2 Akibat daripada Revolusi Pertanian wujud ramai peladang-

    peladang yang kaya.

    F3 Mereka telah melabur lebihan modal dalam sektor perindustrian.F4 Kesediaan ini menandakan perubahan sikap dan sanggup

    mengambil risiko untuk melaburkan modal mereka dalam bidang

    yang baru.F5 Revolusi Pertanian juga menyediakan bahan makanan untuk

    menampung permintaan dan keperluan para pekerja kilang yang

    kian meningkat.F6 Britain tidak lagi perlu bergantung kepada makanan yang diimport

    kerana sudah mampu menyediakan makanan sendiri.

    F7 Ini akan dapat membantu lagi pertumbuhan dan perkembanganindustri di dalam negara.

    F8 Inilah yang dikatakan Revolusi Pertanian menyediakan asaskepada Revolusi Perindustrian.

    [8 markah]

    (b) F1 Flaying Shuttle ciptaan John kay telah mempercepatkan kerja

    menenun kain dan meningkatkan hasil tenunan berlipat kali ganda.F2 Spenning Jenny, mesin pemintal benang ciptaan James Hargreave.

    F3 Water Frame, alat pemintal benang ciptaan Sir Richard Arkwright.

    F4 Mule, alat pemintal benang ciptaan Samuel Crompton.[4 markah]

    (c) F1 Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian telah membawaperubahan yang besar kepada masyarakat Eropah terutamanya di Britain.

  • 8/14/2019 jawapn bank soalan esei 4

    20/26

    F2 Perkembangan yang pesat dalam bidang pertanian membolehkan ia

    menjadi sumber pendapatan ekonomi yang penting untuk

    pembangunan negara.F3 Kemajuan dalam bidang perindustrian pula telah meningkatkan

    kegiatan perdagangan antarabangsa, kemajuan, dan perubahan

    besar dalam bidang pengangkutan.F4 Ia juga memperlihatkan kemunculan buruh dan majikan serta

    Eropah menjadi kuasa yang kuat dan kaya. Kegiatan pertanian

    telah dikomersialkan untuk tujuan keuntungan. Kegiatan utamatanaman pada ketika itu ialah tanaman bijirin seperti gandum, rye,

    jagung, dan sebagainya.

    F5 Hasil pertanian telah dihasilkan secara besar-besaran untuk tujuan

    eksport dan ini telah membolehkan para peladang menjadipedagang antarabangsa.

    F6 Kegiatan pertanian merupakan punca ekonomi bagi masyarakat

    Britain pada ketika itu.

    F7 Ia telah menyediakan makanan yang mencukupi dan tenaga buruhyang ramai untuk perkembangan perindustrian.

    F8 Perubahan daripada pertanian kepada industri menyebabkanberlaku perubahan dalam bidang sosial dan ekonomi.

    F9 Kegiatan ekonomi utama telah mula berubah daripada daripada

    pertanian kepada kegiatan pembuatan dan pengilangan.

    F10 Ramai rakyat Britain telah mula terlibat sebagai pekerja atau buruhkilang. Sektor industri telah mula mengambil tempat sebagai punca

    ekonomi baru yang sangat penting kepada negara Britain.

    F11 Barangan yang dihasilkan telah dapat dipasarkan di peringkatantarabangsa kerana lebihan hasil pengeluaran.

    F12 Ia dapat diperdagangkan untuk mendapatkan keuntungan yang

    berlipat kali ganda.F13 Kegiatan perdagangan antarabangsa dapat dijalankan dengan

    lancar sesuai dengan status Britain sebagai sebuah negara yang

    menjalankan dasar penjajahan dan kuasa maritim yang terulungpada abad ke-18 dan ke-19.

    F14 Kegiatan ekonomi yang dijalankan adalah berkait rapat dan saling

    melengkapi iaitu eksport dan import.

    F15 Kegiatan perdagangan ini membolehkan Britain berkembangdengan maju.

    F16 Untuk mengekalkan kemajuan tersebut, Britain terpaksa

    mendapatkan bahan mentah yang banyak dan berterusan.F17 Sistem pengangkutan dalam negara dan antarabangsa telah

    dipertingkatkan dan diperkembangkan.

    F18 Negara Britain juga telah mengeksport modalnya ke seberang lautuntuk menambahkan lagi sumber ekonominya.

    F19 Pengangkutan kereta kuda dan baj merupakan pengangkutan yang

    lama bagi masyarakat Britain.

    F20 Kilang-kilang banyak terletak berhampiran dengan sungai, kerana

  • 8/14/2019 jawapn bank soalan esei 4

    21/26

    pengangkutan baj hanya sesuai digunakan di kawasan sungai.

    F21 Untuk meningkatkan lagi tahap kecekapan perjalanan dan

    pengangkutan darat, sistem pembikinan jalan raya telah diperbaikidari masa ke semasa.

    F22 Perubahan besar telah berlaku akibat pengenalan kereta api

    ditambah lagi dengan penggunaan kuasa wap, gerabak kereta apiboleh dipacu dengan lebih laju dan enjinnya juga boleh menarik

    lebih banyak gerabak bagi

    F23 memudahan pengangkutan barangan dan juga pekerja kilang.F24 Para pemodal yang melabur dalam bidang ini telah mendapat

    keuntungan yang besar.

    F25 Kejayaan yang dicapai dalam sektor ini adalah hasil gabungan

    ketangkasan rekaan dalam bidang teknologi dengan kecekalandalam bidang pelaburan modal.

    F26 Bagi pengangkutan laut, pengenalan kapal laut yang dikendalikan

    dengan jentera berkuasa wap telah membolehkan kapal laut

    bergerak dengan lebih laju.F27 Kemunculan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian telah

    menyebabkan pengeluaran barangan adalah secara besar-besaran.F28 Bilangan rakyat yang bekerja sendiri semakin berkurangan kerana

    ramai yang terpaksa bekerja sebagai buruh ladang untuk tuan tanah

    dan bekerja sebagai buruh kilang untuk mengendalikan mesin-

    mesin.F29 Antara kilang yang terdapat pada ketika itu ialah kilang tekstil.

    Golongan buruh yang terlibat dalam industri perkilangan tidak

    mendapat layanan dan pembelaan yang sewajarnya.F30 Golongan pekerja ini tidak dapat menyesuaikan diri dengan

    perubahan sosial dan ekonomi yang berlaku.

    F31 Golongan pekerja ini telah merusuh dengan memusnah-musnahkanmesin di kilang tempat mereka bekerja.

    F32 Salah satu kumpulan yang menjalankan kegiatan memprotes ialah

    Pergerakan Luddite. Pada peringkat awal zaman Revolusi perindustrian terdapat satu akta Antipenggabungan (Anti-

    Combination Act) yang melarang para pekerja daripada bergabung

    dan bermuafakat atau menjalankan sebarang tindakan bagi

    mendapatkan gaji atau layanan yang lebih baik daripada majikanmereka.

    F33 Pada masa itu terdapat pekerja kanak-kanak dibawah umur 10

    tahun yang bekerja di kilang tekstil dan di lombong arang batumelebihi 10 jam sehari. Mereka telah dieksploitasikan sepenuhnya

    berasaskan kepada falsafah ekonomi bebas yang menjadi pegangan

    majikan-majikan kilang pada waktu itu.F34 Mereka juga tidak mahu kerajaan campur tangan dalam kegiatan

    ekonomi yang mereka jalankan. Bagi mereka, kadar upah harus

    ditentukan oleh faktor permintaan dan penawaran semata-mata.

    F35 Kerajaan telah memansuhkan Akta Anti Penggabungan 1800 untuk

  • 8/14/2019 jawapn bank soalan esei 4

    22/26

    meredakan keadaan tersebut.

    F36 Pekerja telah dibenarkan untuk menubuhkan kesatuan sekerja, ini

    satu peluang yang baik untuk membela nasib golongan pekerja.F37 Menjelang tahun 1830, telah muncul satu pergerakan yang

    memperjuangkan had masa bekerja yang lebih berpatutan iaitu

    maksimum 10 jam sehari.F38 Hasilnya wujudlah Akta Kilang 1833 yang mengehadkan masa

    bekerja kanak-kanak tidak melebihi 9 jam sehari.

    F39 Kanak-kanak yang berumur sembilan tahun, dilarang bekerja danmereka dikehendaki pergi ke sekolah.

    F40 Dalam akta ini juga terdapat syarat yang mesti dipatuhi oleh

    majikan iaitu para majikan mestilah menjamin keselamatan pekerja

    di kilang mereka.F41 Pada tahun 1842 pula, wujud Akta Lombong, yang melarang

    penglibatan kanak-kanak perempuan dan wanita dalam perusahaan

    arang batu.

    F42 Akta 10 jam pula telah diperkenalkan pada tahun 1847 yangmengehadkan masa bekerja bagi wanita dalam perusahaan tekstil

    kepada 10 jam sehari.F43 Akta-akta ini diluluskan oleh parlimen untuk memastikan

    kesejahteraan pekerja.

    F44 Para majikan juga tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya

    demi memburu keuntungan semata-mata.[8 markah]

    9 (a) F1 Getah telah menjadi perusahaan yang terpenting kerana

    peningkatan permintaan dunia terhadapnya.

    F2 Ia merupakan bahan mentah yang penting bagi kilang-kilang diEropah berikutan perkembangan Revolusi perindustrian.

    F3 Perkembangan perusahaan motokar telah meningkatkan lagi

    permintaan terhadap getah dan ia telah menyebabkan harganya

    meningkat.F4 Perkembangan industri pembuatan barangan pengguna seperti

    kasut, tayar basikal, dan peralatan elektrik telah meningkatkan lagi

    permintaan untuk getah.F5 Ia telah menyebabkan harganya melambung tinggi, dan

    menyebabkan perusahaan getah menjadi perusahaan yang

    terpenting di Tanah Melayu.

    F6 Peranan yang dimainkan oleh syarikat-syarikat perwakilan yangditubuhkan di Tanah Melayu dan Singapura bagi mendapatkan

    modal dari London untuk penanaman dan pengurusan ladang

    getah.F7 Antara syarikat-syarikat yang penting ialah Harrison and

    Crossfield, Guthrie, Sime Darby, dan Kumpulan Socfin.

    F8 Perkembangan perusahaan getah juga adalah disebabkan olehdasar British yang telah memberikan sokongan dan galakan

  • 8/14/2019 jawapn bank soalan esei 4

    23/26

    kepada pelabur asing untuk melabur dalam sektor tanaman getah di

    Tanah Melayu.

    H8a Pengusaha ladang getah telah diberi tanah yang luas denganbayaran sewa yang amat rendah.

    F9 Kemudahan asas seperti jalan raya dan landasan kereta api telah

    dibina untuk membawa getah ke kawasan pelabuhan.F10 Syarikat-syarikat getah kepunyaan orang Eropah juga telah diberi

    keutamaan memperoleh pinjaman khas yang diperuntukkan oleh

    kerajaan British.F11 Peranan yang dimainkan oleh H.N Ridley telah memberikan

    sumbangan yang penting terhadap perkembangan perusahaan getah

    di Tanah Melayu

    [8 markah]

    (b) F1 Antara tahun 1929-1932, harga getah telah mengalami

    kemerosotan semasa zaman kemelesetan ekonomi dunia.

    F2 Negara kita, Tanah Melayu telah menerima kesan akibat daripadakeadaan tersebut.

    F3 Ini menunjukkan Tanah Melayu semasa zaman penjajah telahterikat dalam satu jaringan ekonomi pada peringkat global.

    F4 Pasaran ekonomi negara kita bergantung kepada perubahan

    ekonomi dunia.

    F5 Mulai tahun 1934, nilai eksport getah telah mula stabil akibatdaripada peningkatan permintaan dunia dan juga kawalan oleh

    negara pengeluar.

    F6 Antara kawalan yang dikenakan ialah memperkenalkan RancanganSekatan Stevenson untuk menahan kejatuhan harga getah.

    Rancangan ini telah dikuatkuasakan ke atas negara pengeluar

    supaya mengurangkan pengeluaran getah masing-masing.[6 markah]

    (c) F1 Dilancarkan pada November 1922.

    F2 Bertujuan untuk mengawal harga getah.F3 Kuota pengeluaran dihadkan kepada 60% sahaja. Disertai Tanah

    Melayu dan Sri Lanka yang mengeluarkan 70% getah dunia.

    F4 Hadkan bilangan hari untuk menoreh getah.F5 Sistem Kupon telah diperkenalkan untuk pekebun kecil.

    F6 Pada tahun 1934, satu lagi rancangan telah diperkenalkan iaitu

    Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa

    F7 Mengikut rancangan ini pekebun-pekebun kecil getah telah diberikuota yang lebih rendah.

    [6 markah]

    10 (a) F1 Pembangunan dan kepesatan ekonomi Tanah Melayu telahmenggalakkan kedatangan buruh-buruh asing untuk bekerja di

    kawasan perlombongan bijih timah, estet-estet getah, dan kawasan

  • 8/14/2019 jawapn bank soalan esei 4

    24/26

    pertanian ladang.

    F2 Faktor ekonomi merupakan pendorong utama kemasukkan

    imigran.H2a Ditambah lagi dengan pemerintahan kuasa British di Pulau Pinang

    dan Singapura yang telah memudahkan lagi kemasukan imigran.

    F3 Kemasukan imigran ini adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor penolak yang mendorong mereka untuk meninggalkan negara

    masing-masing seperti peperangan, kebuluran, dan lain-lain.

    F4 Kerajaan British juga telah menggalakkan agar imigran iniberhijrah ke Tanah Melayu.

    F5 Orang-orang Melayu juga tidak menentang kedatangan kaum

    imigran ini.

    F6 Imigran China dan India telah lama mengenali Tanah Melayusebagai salah satu pusat perdagangan yang penting suatu masa

    dahulu. Ini telah mendorong mereka untuk berhijrah ke Tanah

    Melayu.

    F7 Keadaan ekonomi Tanah Melayu yang sedang pesat membangunmelalui perusahaan getah dan bijih timah telah membuka banyak

    peluang pekerjaan.F8 Politik di Tanah Melayu juga berada dalam keadaan stabil di

    bawah penjajah British, dan ini telah menarik lebih ramai golongan

    pemodal dan imigran asing ke Tanah Melayu.[8 markah]

    (b) F1 Ramai imigran Cina telah datang ke Tanah Melayu melalui Sistem

    Tiket Kredit.

    H1a Imigran Cina yang ingin datang ke Tanah Melayu akan

    dikumpulkan oleh kheh-thau (ketua), orang yangbertanggungjawab mengumpulkan masyarakat tempatan di China

    sebelum dibawa ke pelabuhan. Kheh-thau ini akan dibayarsejumlah wang bagi setiap imigran China yang dibawa oleh

    mereka.

    H1b Imigran yang datang ini dipanggil sin kheh dan diletakkandibawah pengawasan nakhoda kapal atau agensi buruh yang

    biasanya telah menerima bayaran daripada bakal majikan imigran

    berkenaan.H1c Imigran yang datang dengan cara ini terikat dengan perjanjian

    untuk bekerja bagi satu tempoh masa sehinggalah hutang tambang

    mereka dijelaskan.

    H1d Selepas itu mereka bebas berkhidmat dengan sesiapa sahaja yangmereka suka.

    H1e Mereka akan dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan

    pelabuhan yang mereka akan tuju serta keterangan sama adamereka bebas atau berhutang.

    H1f Mereka akan dibawa oleh orang tengah atau pemborong buruh

    dengan bayaran tertentu kepada pihak majikan.

  • 8/14/2019 jawapn bank soalan esei 4

    25/26

    F2 Melalui sistem ini, majikan yang memerlukan buruh akan

    menghantar pegawainya ke China bagi mendapatkan tenaga

    buruh.H2a Segala tambang dan perbelanjaan buruh tersebut akan dibiayai

    oleh majikan.

    H2b Pegawai yang dihantar tersebut adalah bertanggungjawab untukmengiringi buruh-buruh tersebut sehingga mereka sampai di

    tempat majikannya.

    F3 Di bawah sistem ini, pemgambilan buruh adalah dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh sesebuah rumah

    kongsi.

    H3a Pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan buruh-

    buruh tersebut sehingga mereka sampai di rumah kongsi.H3b Pembawa buruh tadi akan dibayar oleh tuan punya rumah kongsi

    dengan kadar yang telah dipersetujui bagi setiap buruh yang

    dibawanya.

    F4 Di Sarawak, Charles Brooke melalui syarikatnya di Singapuratelah menaja kemasukan buruh ke Sarawak.

    H4a Buruh ini masuk ke Sarawak secara berkumpulan seperti yangdianjurkan oleh orang Foochow di Sarawak.

    H4b Kumpulan pertama dibawa masuk selepas adanya persetujuan

    antara Wong Nai Siong, seorang ketua Foochow di Sibu, dengan

    Charles Brooke untuk menjemput petani Cina menerokai LembahRajang.

    H4c Kaum imigran ini amat diperlukan untuk mengusahakan tanah dan

    membangunkan sektor pertanian gambir dan lada hitamF5 Melalui sistem ini buruh bebas untuk datang sendiri ke Tanah

    Melayu tanpa terikat dengan mana-mana pihak.

    H5a Biasanya kedatangan mereka diaturkan oleh orang atau kumpulantertentu kerana kepentingan ekonomi.

    H5b Segala perbelanjaan mereka adalah tanggungan sendiri dan

    mereka juga bebas untuk memlilih tempat dan pekerjaan yangmereka kehendaki.

    H5c Melalui sistem ini, majikan memainkan peranan yang penting

    kerana mereka akan membiayai tambang buruh ke Tanah Melayu.

    H5d Sebagai balasannya, buruh tersebut akan bekerja dengannya untukjangka masa tertentu seperti satu atau tiga tahun.

    F6 Melalui cara ini, penguasaha ladang telah menghantar seorang

    ketua iaitu kangani atau mandur ke India untuk mengambil buruh.H6a Mereka akan diberi lesen dan akan dihantar pulang ke India untuk

    mencari tenaga buruh.

    H6b Tambang pelayaran buruh ini telah dibayar oleh pihak majikan.Sistem telah menjadikan seseorang kangani itu seperti pengurus

    agensi yang membawa masuk pekerja asing.

    [6 markah]

  • 8/14/2019 jawapn bank soalan esei 4

    26/26

    (c) F1 Peningkatan jumlah imigran ini telah menyebabkan wujudnya

    masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu.

    F2 Perkembangan ekonomi di Tanah Melayu telah mewujudkanperbezaan dan pembahagian sosial yang berbeza dalam kalangan

    masyarakt majmuk.

    F3 Kegiatan ekonomi yang berasingan rakyat Tanah Melayu telahmenyebabkan terpisahnya tempat kediaman.

    F4 Kaum Melayu menjalan aktiviti bertani dan tinggal di kampung-

    kampung yang berhampiran dengan kawasan pertanian dan pinggirbandar.

    F5 Kaum Cina yang berniaga dan bekerja di kawasan lombong,

    tinggal di kawasan perlombongan dan di bandar-bandar yang

    menjadi pusat perniagaan.F6 Kaum India yang menjadi penoreh getah pula tinggal di kawasan

    ladang-ladang getah atau estet getah.

    F7 Mereka juga menggunakan bahasa pertuturan yang berbeza antara

    satu sama lain.F8 Semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu tidak wujud

    perpaduan dan interaksi kaum kerana tiada usaha dijalankan olehpenjajah British pada waktu itu.

    F9 Ia telah menyebabkan pemimpin-pemimpin selepas era penjajahan

    mengalami kesulitan untuk mewujudkan perpaduan kaum di Tanah

    Melayu.F10 Apa yang kita ada pada hari ini adalah atas usaha pemimpin-

    pemimpin kita yang telah bertungkus-lumus berusaha untuk

    menghapuskan perbezaan kaum mengikut fungsi ekonomi demikesejahteraan rakyat dan negara.

    [6 markah]