9401 (bank soalan sejarah)

of 350 /350
Perealisasian Item Sejarah STPM 2010 1. “Kepercayaan dan agama ialah salah satu ciri penting dalam Tamadun Mesopotamia dan Tamadun India”. Ulaskan pernyataan tersebut. A. PENGENALAN a. Definisi agama b. Definisi kepercayaan. c. Tamadun Mesopotamia dan India tidak terkecuali daripada ciri agama dan kepercayaan. d. Tamadun Mesopotamia berkembang pada 3000 S.M . e. Tamadun Mesopotamia bermaksud tanah di antara dua sungai. f. Tamadun Mesopotamia muncul di lembah Sungai Tigris – Euphrates manakala Tamadun India di lembah Sungai Indus. B. ISI-ISI PENTING 1. Kepercayaan dan agama Mesopotamia. a. Setiap Bandar Mesopotamia mempunyai set legenda yang tersendiri dan dilindungi oleh tuhan masing- masing. b. Terdapat beratus-ratus di syurga dan masing- masing mempunyai tugas dan tanggungjawab. c. Tuhan-tuhan di Mesopotamia mempunyai status dan kepentingan tersendiri. Ada tuhan yang bersifat nasional, Bandar, mukim dan kampong. d. Contoh – tuhan bulan dan tuhan matahari. e. Tuhan Mesopotamia mempunyai ciri-ciri seperti manusia. f. Terdapat 3 tuhan utama iaitu An, Enlil dan Enki. g. Terdapat juga beberapa peringkat hubungan manusia dengan tuhan. 2. Kepercayaan dan agama India a. Mengamalkan kepercayaan polytheistic – menyembah banyak dewa-dewi yang mewakili fenomena alam seperti langit dan bumi. b. Terdapat 3 bentuk kepercayaan yang popular iaitu i. Penyembahan dewa ibu ii. Penyembahan dewa Shiva ( Dewa berkepala Tiga ) iii. Penyembahan Lingam dan Yoni. Panitia Sejarah Maktab Sabah 1

Author: fryna

Post on 23-Jun-2015

1.818 views

Category:

Documents


18 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

Kepercayaan dan agama ialah salah satu ciri penting dalam Tamadun Mesopotamia dan Tamadun India. Ulaskan pernyataan tersebut. A. PENGENALAN a. Definisi agama b. Definisi kepercayaan. c. Tamadun Mesopotamia dan India tidak terkecuali daripada ciri agama dan kepercayaan. d. Tamadun Mesopotamia berkembang pada 3000 S.M . e. Tamadun Mesopotamia bermaksud tanah di antara dua sungai. f. Tamadun Mesopotamia muncul di lembah Sungai Tigris Euphrates manakala Tamadun India di lembah Sungai Indus. B. ISI-ISI PENTING 1. Kepercayaan dan agama Mesopotamia.

1.

a. Setiap Bandar Mesopotamia mempunyai set legenda yang tersendiri dan dilindungi oleh tuhan masing-masing. b. Terdapat beratus-ratus di syurga dan masing-masing mempunyai tugas dan tanggungjawab. c. Tuhan-tuhan di Mesopotamia mempunyai status dan kepentingan tersendiri. Ada tuhan yang bersifat nasional, Bandar, mukim dan kampong. d. Contoh tuhan bulan dan tuhan matahari. e. Tuhan Mesopotamia mempunyai ciri-ciri seperti manusia. f. Terdapat 3 tuhan utama iaitu An, Enlil dan Enki. g. Terdapat juga beberapa peringkat hubungan manusia dengan tuhan. 2. Kepercayaan dan agama India a. Mengamalkan kepercayaan polytheistic menyembah banyak dewa-dewi yang mewakili fenomena alam seperti langit dan bumi. b. Terdapat 3 bentuk kepercayaan yang popular iaitu i. Penyembahan dewa ibu ii. Penyembahan dewa Shiva ( Dewa berkepala Tiga ) iii. Penyembahan Lingam dan Yoni. c. Amalan penyembahan pokok seperti Acacia dan Pipal juga popular. d. Pokok Pipal Pokok paling suci dan melambangkan ilmu pengetahuan. Pokok Acacia Jiwa. e. Tarian ritual juga wujud berikutan penemuan patung gangsa wanita menari. f. Amalan mandi ritual turut dipraktikkan di bawah pengawasan golongan pendeta dengan wujudnya kolam mandi di Mohenjo-Daro. KESIMPULAN a. Agama dan kepercayaan berkait rapat dengan alam sekitar dan tempat tinggal mereka. b. Setiap amalan yang dijalankan bertujuan untuk kesejahteraan, keselamatan dan kepentingan hidup.Panitia Sejarah Maktab Sabah 1

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

2.

Apakah yang anda faham dengan konsep Huraikan ciri ciri bandar dalam tamadun Rom. Pendahuluan[3markah]

perbandaran?.

1.Salah satu ciri tamadun ialah kemunculan petempatan kekal-dari kg ke pekan ke bandar kesan migrasi penduduk dari tempat lain 2.Latar belakang kemnculan tamadun Rom A.Isi[6 markah] a. Perkataan civilization berasal daripada perkataan Rom, civitas bermaksud bandar,iaitu elemen penting dalam perkembangan tamadun manusia b. Definisi bandar meliputi semua elemen semulajadi, sosial dan buatan manusia yang berkelompok dalam kawasan-kawasan yang mempunyai penduduk. c. Aktiviti utama penduduk bandar ialah perdagangan. Bandar juga sebagai tempat perlindungan rakyat dan pusat pentadbiran dan ibu kota diraja. d. Proses perbandaran pulaialah proses migrasi penduduk yang membawa kepada perkembangan bandar dari segi pertambahan penduduk dan kemasan ruang. B. Isi Faktor faktor yang mempengaruhi kemunculan bandar a. faktor ekologi yang sesuai amat penting untuk membolehkan penghasilan bahan makanan yang cukup. b. faktor kemajuan dalam bidang teknologi penting dalam meningkatkan hasil pengeluaran pertanian. c. faktor ketiga iaitu pertambahan penduduk yang membawa kepada kemunculan organisasi sosial yang kompleks. C.Ciri-ciri bandar Kerajaan Rom[5 isi x 3 = 15 ] a. Bandar bandar yang wujud dalam empayar Rom dilengkapi dengan pelbagai bentuk kemudahan untuk memenuhi sifat praktikal masyarakat Rom tersebut. b. Bagunan-bangunan dibina daripada bahan-bahan yang tidak mudah terbakar, disepenjang jalan yang lebar Pentadbiran Majlis Perbandaran menjadi badan pentadbir yang bebas daripada campur tangan kerajaan pusat.Panitia Sejarah Maktab Sabah 2

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

c.

Kemudahan yang disediakan seperti rumah berhala, teater, sarkas, forum, kawasan pemendian dan istana,gerbang d. Kemudahan jalan lebar, lurus dan berturap. Terdapat lebih kurang 20 batang jalan besar menyambungkan seluruh empayar dengan Rom untuk semua aktiviti kehidupan. Jalan-jalan dibina dengan menggunakan satu peralatan groma untuk membuat satu garis lurus. e. Longkang juga dibuat bagi mengelakkan takungan air di atas jalan raya. Jambatan juga dibina untuk menyambung sesuatu jalan.

f.

Kemudahan sistem bekalan air juga menjadi satu ciri penting kerajaan Rom. Bandar-bandar ini dilengkapi dengan saluran najis yang baik contohnya saluran najis terbesar di Rom disambungkan ke Sungai Tiber.Bekalan air datang dari saluran bawah tanah. Terdapat 2 aqueduetssebagai punca bekalan air. g. Bandar-bandar dalam Empayar Rom juga mempunyai dewan awam yang digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti pejabat, mahkamah, perpustakaan dll.Semua bandar menyediakan tempat mandi, panggung dan amphitheatre sebagai gelanggang pertandingan gladiator. Contoh bandar terkenal ialah bandar Pompei. Penduduk bandar ini berjumlah 201 000 orang. House of Sallust merupakan bentuk rumah yang dibina daripada batu kapur. Terdapat tempat mandi atau Public Bath di Pompei. Kesimpulan Jelas disini,perkembangan bandar merupakan satu elemen penting perkembangan sesuatu tamadun. Bandar Rom telah menjadi pengukur kepada perkembangan bandar dalam tamadun awal, indah hingga ke hari ini.

Panitia Sejarah Maktab Sabah

3

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

3. HURAIKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT BERTAMADUN BERDASARKAN PANDANGAN SARJANA BARAT DAN SARJANA ISLAM DENGAN MEMBERIKAN CONTOH-CONTOH YANG SESUAI. A. Pendahuluan. a. Tamadun secara ringkas difahami sebagai peningkatan kebudayaan ssesebuah bangsa. b. Menurut ahli sejarah tamadun merupakan keadaan sejarah dimana keadaan masyarakat yang mengalami perubahan dan kemajuan dari pelbagai bidang dgn kecenderungan terhadap urbanisasi. c. Menurut Prof M.A.J. Beg tamadun ialah pencapaian manusia dlm btk kota,skrip, kesenian, seni bina, agama undang-undang dan politik iaitu satu proses yang berlaku secara berperingkat mengikut tahap kemajuan yang dalam oleh masyarakat. d. Perspektif Islam memaksudkan tamadun sbg pembangunan material dan spiritual dgn prinsip yg berperanan memenuhi tuntutan fitrah manusia yang mempunyai jasad dan roh. Dlm Islam tamadun mempunyai konsep yg universal. e. Sayyid Quttubmengatakan tamadun itu merupakan segala bentuk kemajuan oleh sekumpulan masyarakat dlm segala bidang yg berteraskan syariat Islam. f. Terdapat bbrp asas tam. Islam spt akidah,akhlak dan ilmu. Selain itu kemajuan yg dicapai oleh umat Islam haruslah disusuli dgn akhlak yg baik. B. Isi. Ciri-ciri masyarakat bertamadun menurut sarjana Barat. a. Manusia mula tinggal menetap dlm sebuah komuniti di sebuah kawasan. b. Pengkhususan kerja-setiap kumpulan dan lapis masyarakat mempunyai tugas yg berlainan yg tlh ditentukan. c. Organisasi sosial yg lengkap d. Wujud sistem politik dan pemerintahan atau sebuah kerajaan. e. Wujud tulisan dan bahasa. f. Aktiviti perdagangan dan pertanian. g. Kemajuan sains dan teknologi utk memudahkan kehidupan seharian serta perkembangan ilmu pengetahuan.Panitia Sejarah Maktab Sabah 4

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

h. Agama dan kepercayaan (memadai jika wujudnya kepercayaankepercayaan yg berkaitan animisme atau penyembahan dewa-dewa) Ciri-ciri masyarakat bertamadun mengikut sarjana Islam. 1. Bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah.

a.

Tidak shj berasaskan pembangunan material tapi merangkumi kerohanian dan moral b. Menurut Ibnu Khaldun, ajaran Islam itu sendiri melahirkan manusia bertamadun c. Islam menekankan konsep akidah dan pengabdian diri kpd Allah sbg asas tamadun. d. Akhlak dan moral Islam berjaya meningkatkan tam. 2. Mempunyai bentuk yg tetap dan tdk dipengaruhi hawa nafsu.

a. b.

Bentuk betuk tamadun Islam bersandarkan kpd Allah . Tamadun Islam tdk menolak segala btk yg tdk bertentangan dgn Islam ttp nilai-nilai yg buruk diketepikan. c. Contohnya aktiviti ekonomi,Islam mengiktiraf pencapaian ekonomi yg maju. d. Islam menggalakkan aktiviti perdagangan, penggunaan matawang, cukai dll. 3. Sikap terbuka kpd semua tamadun. a. Perkembangan tam Islam bertaut dgn perkembangan tam lain b. Contohnya dalam bidang seni bina tam Islam mengambil budaya Parsi, Yunani dan Rom. c. Kubah berasal drpd seni bina Graceo Rom d. Sistem diwan (jabatan) zmn Khalifah Umar al-Khattab ditiru drpd sistem pemerintahan Parsi. e. Ini menunjukkan unsur-unsur yg tdk baik drpd tam. lain ditolak. Cth: seni muzik yg melalaikan, ukiran patung dll. 4. Pendidikan dan ilmu. a. Islam menekankan ilmu dan pendidikan. b. Wahyu pertama konsep baca (Iqra) menekankan pendidikan . c. Rasulullah pernah memberi tawaran kpd tawanan prg Badar supaya mengajar membaca dan menulis 10 org kanak-kanak Islam d. Masjid dijadikan tpt dakwah dan pendidikan. e. Universiti pertama yg pernah dibina ialah Jamiah al-Qurawin di kota Fars, Maghribi. f. Lahir intelektual Islam yg terkenal dlm pelbagai bidang spt Ibnu Sina, al-Biruni dll

Panitia Sejarah Maktab Sabah

5

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

5.

Kerajaan dan perbandaran. a. Bandar merupakan pusat pemerintahan di samping pusat pendidikan, pertahanan dll. b. Bandar Madinah dan Mekah menjadi pusat penyebaran Islam. c. Khalifah Umar al-Khattab membina Bandar-bandar di wilayah baru spt Basrah, Kufah dll.

6.

Kepimpinan

a.

Tamadun Islam dpt dilihat melalui keperibadian pemimpin Islam itu sendiri. Cth: keperibadian Rasulullah, para sahabat dll. b. Sayyid Qutub menganggap kepimpinan adalah penggerak utama tam Islam. c. Tamadun Islam juga tdk menolak corak kepimpinan yg lain asalkan tdk bertentangan dgn Islam. d. Tamadun Islam tdk mengiktiraf kehebatan zmn pemerintahan Bani Umaiyyah, Abbasiah dan Uthmaniah sbg zmn gemilang tam Islam krn pemimpim kurang menepati kehendak Islam spt mengamalkan sistem monarki. C. Kesimpulan. Berdasarkan pendapat tokoh sarjana Islam terdpt perbezaan di antara tam barat dgn tam Islam. Tam barat lbh mementingkan ciri-ciri luaran spt seni bina, tugu dll. Manakala tam Islam meliputi kedua-dua aspek iaitu material dan akidah.

Panitia Sejarah Maktab Sabah

6

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

4.

SUNGAI DAN LAUT ADALAH PENTING DALAAM PEMBENTUKAN SESUATU TAMADUN. BERDASARKAN CONTOHCONTOH YANG SESUAI, BINCANGKAN PERNYATAAN TERSEBUT. A. Pengenalan.

a.

Sungai dan laut berkait rapat dgn kehidupan manusia. Pd zmn Neolitik, manusia mula hidup menetap di lembah-lembah sg bagi memudahkan kegiatan harian mrk. b. Sungai dan laut merupakan sumber air dan sumber pencarian makanan kpd manusia. Sg dan laut juga memudahkan perjalanan manusia dr satu tpt ke tpt yg lain. c. Peranan sg dan laut tlh membawa kpd kemunculan tamaduntamadun awal. B. Isi-isi penting 1. Sungai dan laut sbg sumber bekalan air, makanan dan memudahkan perjalanan.Manusia mula mencipta rakit, perahu dan kapal layar utk dijadikan alat pengangkutan dan membolehkan mrk bergerak dgn mudah 2. Lembah-lembah sg mula dijadikan petempatan kekal manusia.Mrk tdk lagi hidup secara nomad dan ini mendorong kemunculan tamadun.Cth: masyarakt Yunani menggunakan kelebihan laut sbg pengangkutan dan perhubungan mrk.Tam. Mesir semakin maju dr segi pertanian disbbkan kesuburan tanah di Lembah Sg Nil. 3. Sungai dan laut berperanan sbg sumber perhubungan dan pengangkutan yg penting. Tam Yunani tlh menjadikan laut Mediterranean sbg medium perhubungan. Keadaan yg sama berlaku pd tam Mesopotamia dimana sg digunakan sbg jln perhubungan.Panitia Sejarah Maktab Sabah 7

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

4. Sungai dan laut sbg jln perhubungan tlh menggalakkan perkembangan aktiviti perdagangan. Perkembangan pusat perbandaran tlh mybbkan permintaan utk bhn makanan. Demi memenuhi permintaan ini, pengimportan perlu dijlnkan.Cth: Athens mengimport 75% gandum yg digunakan. Selain itu tam Mesopotamia menjalankan perdagangan dgn Mesir dan India. 5. Lembah sungai yg luas membolehkan aktiviti pertanian dijlnkan.Tanah lanar yang dihasilkan dr kelodak-kelodak sg sesuai utk penanaman bijirin dan jagung. Sistem saliran yg baik sentiasa mengekalkan kesuburan tanah pertanian dan mengelakkannya drpd kekeringan. 6. Cth: Tamadun Mesopotamia dan Mesir yg mengusahakan tanaman bijirin. 7. Populasi manusia semakin bertambah secara langsung di lembah sg. Bekalan tenaga buruh dpt dipenuhi utk projek-projek pembinaan bangunan, memperluaskan benteng dan terusan. Keadaan Mesopotamia tlh memperlihatkan kepentingan sg khususnya di kawasan hulu yg berkeupayaan mendorong masyarakatnya memajukan sistem pengairan.

8.

Kemunculan negara kota atau bandar yg menjadi pusat aktiviti ekonomi, agama, politik dan artistic.Kebolehan manusia mengendalikan sistem pelayaran membantu mrk menjelajah dan meneroka. Ini mengukuhkan kedudukan sesebuah tamadun.

Kesimpulan. Jelas di sini sg dan laut merupakan elemen yg sgt penting dlm pembentukan tamadun. Peranan sg dan laut tlh byk menyumbang kpd corak kehidupan manusia sehingga membawa kpd kemunculan tamadun yg unggul.

.

Panitia Sejarah Maktab Sabah

8

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

5. Zaman Prasejarah Merujuk Zaman Paleolitik, Mesolitik Dan Neolitik. Jelaskan Pengertian Prasejarah Dan Terangkan Ciri-Ciri Masyarakat Prasejarah Dengan Merujuk Ketiga-Tiga Zaman. A. PENDAHULUAN 1. Maksud prasejarah ialah zaman belum ada tulisan atau rekod bertulis tentang sejarah manusia. 2. Dikenali sebagai preliterate, iaitu zaman sebelum penciptaan tulisan. 3. Zaman Prasejarah terbahagi kepada dua, iaitu Zaman Prasejarah awal (Paleolitik dan Mesolitik) dan Prasejarah Akhir (Neolitik). 4. Paleolitik wujud antara tahun 500 000 SM hingga10 000 SM, Mesolitik wujud antara 10 000,Neolitik wujud antara 7000 S.M hingga 35 000 S.M. 5. Zaman Prasejarah berlainan antara satu kawasan dengan satu kawasan yang lain mengikut perkembangan tamadun manusia di kawasan tersebut. B. ISI-ISI PENTING 1. Zaman Prasejarah awal.

a.

Manusia yang wujud pada zamanPaleolitik dan Mesolitik dikenali sebagai Pithercanthropus Eructus yang mampu untuk berkomiunikasi dan menurunkan ilmu yang dipelajari secara turun temurun. b. Peralatan diperbuat daripada batu seperti kapak dan panah dan buatannya kasar. c. Peralatan digunakan untuk memburu dan mengumpul hasil hutan.Panitia Sejarah Maktab Sabah 9

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

2.

Zaman Paleolitik Awal

a.

Aktiviti Zaman Paleolitik Awal ialah memburu, menangkap ikan dan mengumpul hasil hutan. b. Masyarakat Paleolitik hidup berpindah randah. c. Tempat tinggal mereka di dalam gua dan berlindung dibawah ranting d. Kayu yang ditutupi dengan rumput. e. Terdapat juga yang berlindung di dlm lubang tanah yang digali. f. Ahli arkeologi juga menemui peralayan dan barangbarang yang menunjukkan wujud upacara pengebumian dan kepercayaan masyarakat zaman ini selepas kematian. 3. a. Zaman Paleolitik Akhir Wujud antara tahun 30 000 SM hingga 10 000 SM Manusia yang wujud pada zaman ini dikenali sebagai Cro Magnon berdasarka c. penemuan rangka manusia di gua Cro Magnon di Dorgogne, Perancis. d. Peralatan batu yang digunakan mempunyai kesenian berukiran halus. e. Terdapat juga peralatan diperbuat daripada tulang, tanduk atau gading binatang. f. Mereka menggunakan tulang untuk membuat jarum. g. Gigi binatang dan cengkerang di gunakan sebagai alat perhiasan seperti subang. h. Masyarakat ini tinggal di dalam gua dan hidup dalam kelompok kecil serta mempunyai struktur sosial yang teratur. i. Mereka memburu binatang dan hasil yang diperoleh dibahagikan sama rata. j. Pada zaman ini, mereka mempunyai kemahiran melukis dan mengukir. k. Lukisan dan mural yang dihasilkan terdiri daripada gambar- gambar binatang yang dianggap dapat membantu mereka mem

b.

4.

Zaman Mesolitik

a.

Zaman ini ialah zaman peralihan antara Zaman Paleolitik kepada Zaman Neolitik dan wujud sekitar 10 000 SM hingga 7 000 SM. b. Zaman ini revolusi pertanian telah berlaku dan mereka mulai mendapatkan sumber makanan daripada hasil pertanian. c. Pertanian dijalankan dengan menggunakan tajak dan alat bajak. d. Mereka menggunakan sistem terusan dan tali air seperti yang terdapat di Mesir dan Mesopotamia. e. Mereka tinggal di dalam gua, pesisiran pantai dan sungai. f. Mereka juga menternakbinatang seperti anjing, babi, unta dll g. Penternakan yang dijalankan adalah untuk kulit yang dijadikan pakaian dan alat pengangkutan. 5. ZamanNeolitikPanitia Sejarah Maktab Sabah 10

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

a. Manusia zaman ini mula mencipta tembikar, alat tenunan, perahu dan rakit yang membolehkan mereka berhijrah dari satu tempat ke satu tempat. b. Perkembangan pertanian telah melahirkan masyarakat yang bergantung pada sumber makanan utama dan mengubah corak hidup manusia. c. Pertambahan hasil pertanian, pertambahan penduduk dan penempatan kekal telah mewujudkan pengkhususan kerja dalam masyarakat mereka. d. Wujud di kalangan mereka yang bekerja sebagai petani, artisan dan tukang-tukang mahir yang melahirkan struktur susun lapis masyarakat yang kompleks. e. Lebihan pertanian telah diperdagangkan dengan menggunakan kaedah sistem barter antara satu tamadun dengan tamadun yang lain. f. Dari segi keagamaan mereka percaya kepada kuasa ghaib dan luar biasa serta menjalankan menjalankan upacara ritual dan amalan korban. g. Mereka menjalankan upacara pemujaan supaya dapat mengelakkan malapetaka yang akan mengganggu aktiviti pertanian dan kehidupan seharian. C. KESIMPULAN a. Terdapat perbezaan antara Zaman Prasejarah Awal dengan Zaman Prasejarah Awal terutama kewujudan Revolusi Pertanian dan penempatan. b. Perkembangan pertanian merupakan asas penting dalam mewujudkan masyarakat yang lebih bertamadun.

6. Takrifkan Konsep Tamadun Dan Bincangkan Faktor-Faktor Utama Yg Mewujudkan Tamadun-Tamadun Awal . A. Pengenalan a. sebelum kemunculan tamadun, manusia hidup secara nomad dan mengamalkan a. kebudayaan serta kerohanian yg berlainan. b. Pd zmn Neolitik, terdpt bbrp perubahan kesan drpd percubaan manusia untuk menyesuaikan diri dgn persekitaran mrk. c. Kemunculan tamadun manusia berpunca drpd kemajuan teknologi dan perkembangan pengetahuan manusia pd tahap Neolitik. Keadaan ini tlh membtk satu asas perkembangan corak kehidupan masyarakat yg lbh kompleks drpd sebelumnya. d. Bagi masyarakat barat, tam ialah pencapaian lahiriah dlm hal pentadbiran , penulisan, undang-undang, kepercayaan, perbandaran, sistem tulisan dan adat resam.Panitia Sejarah Maktab Sabah 11

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

e. Terdpt 3 ciri yg menjadi pemangkin kpd kelahiran tamadun iaitu kemunculan bandar, tpt ibadat, dan sistem tulisan. B. Isi isi penting. 1. konsep tamadun.

a.

tamadun yang dimaksudkan ialah suatu proses yg berlaku secara berperingkat mengikut tahap kemajuan yg dialami oleh masyarakat. b. Menurut Prof. M.A.J. Beg tamadun ialah pencapaian manusia dlm bentuk kota, skrip, kesenian, seni bina, agama, undang-undang dan politik. c. Tidak ada satu takrifan yg muktamad. Menurut seorg ahli kaji purba, tamadun melambangkan satu tahap pencapaian manusia dlm proses penyesuaian diri dgn persekitaran. d. Interaksi yg berlaku, menambahkan pengetahuan dan pengalaman utk kehidupan yg lbh sempurna. e. Pengkhususan kerja berlaku dgn pengeluaran berlebihan seterusnya terbentuknya kerajaan dan muncul golongan paderi sbg pelindung. f. Agama digunakan sbg kuasa untuk mengawasi golongan rakyat dan perkembangan corak ekonomi. g. Pembinaan bangunan berlaku di samping penciptaan tulisan utk merekodkan pengalaman hidup. 2. Faktor utama kemunculan tamadun

a.

Tamadun-tamadun awal dikatakan muncul pd thn 3000 SM. Tahap ini merupakan tahap yg penting dlm evolusi masyarakat manusia krn tahap ini melambangkan peringkat permulaan di dlm peradapan Neolitik. Kelengkapan kebendaan dan kerohanian manusia tlh mencapai satu peringkat yg membolehkan manusia memperbaiki kehidupan. Kegiatan pertanian, penenunan, penternakan mybbkan manusia berkumpul dan membina perkampungan. b. kemajuan teknologi juga merupakan faktor yg membawa kpd kemunculan tamadun. Kemunculan tamadun awal di Mesir dan Mesopotamia tlh mempelihatkan penggunaan logam spt tembaga, gangsa dan besi. Logam-logam ini dibuat bajak dan alat kegiatan pertanian. Ciptaan-ciptaan tersebut berjaya meningkatkan keluaran ekonomi dan menampung kehidupan masyarakat. c. Proses pengairan yg terdapat di Mesopotamia dan Mesir memudahkan manusia utk mengawal air sg bagi tujuan pertanian secara besar-besaran. d. Penciptaan roda membawa perubahan kpd corak pengangkutan. Ia juga mempercepatkan industri kerja tangan bagi memenuhi permintaan agama dan sosial.Penciptaan roda ini juga menyebabkan barangan dapat dihasilkan secara seragam yang kemudian nya dapat dieksport.Dengan itu perdangan dapat digalakkan.

Panitia Sejarah Maktab Sabah

12

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

e. Tenaga angin diperlukan sebagai corak pengangkutan baru .perdagangan jarak jauh dapat direalisasikan untuk memperoleh bahanbahan mentah bagi keperluan pelbagai bidang.Ciri-ciri kebudayaan pembinaan bangunan, agama, dan ekonomi sesebuah kerajaan dapat diperkayakan dengan pertukaran fikiran dan teknik perindustrian.

f.

Penciptaan sistem tulisan juga merupakan satu faktor yg penting dlm pembentukan sesebuah tamadun awal. Hal ini disebabkan oleh tulisan adalah asas kpd penambahan pengetahuan dan melicinkan pengrusan ekonomi. Dengan adanya tulisan, kebanyakan perkara dpt direkodkan. C. Kesimpulan Secara keseluruhan, sesuatu tamadun wujud dlm bentuk formal dan organisasi. Urbanisasi telah mengurangkan kebebasan seseorang individu dan mereka tertakluk dalam satu rangka kawalan. Kesan drpd urbanisasi yg berlaku di tamadun awal ini, ialah sesuatu hierarki masyarakat telah terbentuk berdasarkan kekuasaan dan kekayaan harta benda seseorang indvidu tersebut.

7.

Alam sekitar telah mempengaruhi budaya hidup masyarakat zaman pra sejarah. Bincangkan A. Pendahuluan 1. Definisi zaman prasejarah ialah zaman yang tidak merekodkan secara bertulis mengenai kehidupan manusia. Kehidupan manusia dapat dikesan menerusi bukti-bukti yang diwarisi seperti binaan-binaan, tembikar,serpihan tulang manusia. 2. Zaman ini terbahagi kepada 3 peringkat-zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam. 3.Zaman sejarah- zaman bermulanya tamadun awal manusia yang memperlihatkan 4.adanya catatan rekod sejarah kehidupan manusiaPanitia Sejarah Maktab Sabah 13

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

B. Isi jawapan.

1.

Pengaruh alam sekitar kepada petempatan masyarakat Paleolitik. Mereka berpindah randah/ nomad disebabkan pada tahap Plestosen dimana muka bumi dilitupi ais/air batu. Ini membolehkan manusia berpindah randah dalam lingkungan yang luas. Apabila berlaku pencairan air batu, beberapa kawasan daratan telah ditenggelami air. Cara hidup nomad juga disebabkan oleh keperluan mencari bahan makanan.Dalam masa yang sama kewujudan gua-gua dan sungai-sungai turut mempengaruhi pembinaan petempatan. Pada zaman Neolitik manusia mula membina petempatan yang tetap dan seterusnya wujud kampung-kampung sebagai petempatan awal.

2.

Pengaruh alam sekitar dalam menghasilkan peralatan seharian. Pada zaman paleolitik manusia menggunakan batu-batu dan tulang-tulang haiwan sebagai peralatan seharian. Pada zaman logam mereka mula menggunakan logam untuk membuat senjata. Perkembangan dalam bidang pertanian pula membawa kepada penciptaan teknologi pertanian seperti cangkul.

3.

Pengaruh alam sekitar dalam aktiviti ekonomi. Pada zaman Paleolitik manusia memperoleh bahan-bahan makanan berdasarkan sumber alam semata-mata seperti menerusi kegiatan berburu, menangkap ikan dan memungut hasil hasil hutan. Pada zaman neolitik manusia mula menghasilkan bahan-bahan makanan menerusi kegiatan pertanian dan penternakan. 4. Pengaruh fenomena alam -suhu yang sejuk mempengaruhi pembuatan pakaian dengan menggunakan kulit/bulu haiwan -Pengalaman kebakaran dari kejadian petir mendorong penciptaan alat untuk menghasilkan api.

5.

Alam mempengaruhi lahirnya satu bentuk kepercayaan dalam diri manusia. Kehidupan berlegar di sekeliling alam sekitar bergantung kepada sumber tersebut menyebabkan percaya benda di sekeliling mereka mempunyai semangat yang harus dihormati. Hutan,pokok gunung matahari, laut angin dan sebagainya mempunyai semngat atau penjaga yang harus dihormati dan dipelihara agar tidak merasa marah. Jika sebaliknya kehidupan mereka akan menjadi sukar atau ditimpa bencana. Lahirlah upacara-upacara pemujaan, tarian atau persembahan agar semangat baik kekal melindungi mereka. 6. Pengaruh dalam sistem perhubungan. Pemilihan tempat tinggal yang berdekatan dengan sungai dan laut dipengaruhi oleh keperluan perhubungan. Kesimpulan Apa sahaja yang berkaitan

Panitia Sejarah Maktab Sabah

14

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

8. Organisasi sosial merupakan salah satu ciri sebuah masyarakat bertamadun. Bandingkan sistem organisasi sosial tamadun Mesopotamia dengan tamadun Mesir. A. Pendahuluan a. Organisasi sosial-ciri masyarakat bertamadun. b. Tamadun Mesir bermula sekitar tahun 3,500s.m di lembah Sg.TigrisEupharates.

Panitia Sejarah Maktab Sabah

15

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

c. Masyarakat Mesopotamia dibahagikan kepada empat lapis manakala masyarakat Mesir terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan diperintah. B. Isi isi penting. Raja lapisan/hairaki sosial tertinggi bagi Mesopotamia, a. Mesopotamia-raja berkuasa dan berkedudukan tertinggi. b. Merupakan wakil tuhan dan harus mentadbir dengan adil dan saksama. c. Institusi beraja barasal daripada jawatan ensi(gabnor) dan ingal/raja yang dianggap mendapat mandat daripada tuhan. d. Merupakan ketua pentadbir, tentera dan agama. e. Raja Mesir- kedudukan tertinggi, dianggap sebagai tuhan yang melindungi rakyat. f. Peranan raja sebagai ketua pendeta, ketua pentadbir dan ketua hakim. g. Bergelar Firaun yang dianggap jelmaan tuhan Horus dan anak tuhan matahari. 2. MesopotamiaGolongan bangsawan

a. b.

Hairaki kedua tertinggi selepas raja . Dikenali sebagai marbanuti, iaitu akan membantu raja dalam pentadbir. c. Berkuasa memilih pewaris tahta. d. Terdiri daripada pegawai kerajaan seperti panglima tentera, ketua pendeta dan e. Gabenor yang dilantik oleh raja. f. Mereka tinggal di rumah sendiri dan memiliki ramai pekerja. g. Sumber kekayaan mereka daripada rampasan perang dan cukai daripada rakyat. h. Tamadun Mesir

a. b.

Kedua tertinggi selepas raja . Terdiri daripada pegawai tinggi yang dilantik raja. c. Contoh pendeta, penguasa dan pentadbir. d. Memegang jawatan sebagai wazir dalam pentadbiran. e. Juga memegang jawatan sebagai wazir dalam pentadbiran. f. Turut memegang jawatan pendeta yang menjaga rumah ibadat, kuil, mengutip cukai dan penulis salasilah raja. g. Berperanan dalam perlantikan raja dan kedudukan pendeta sangat penting dalam masyarakat. Orang Mesir percaya hanya pendeta yang boleh mententeramkan tuhan yang menguasai alam sekitar. 3. Golongan professional/tentera

Panitia Sejarah Maktab Sabah

16

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

Mesopotamia

a. b.

Golongan professional merupakan hairaki yang ketiga. Dikenali sebagai ummane yang terdiri daripada pengusaha bank, pedagang, doctor, artis dan jurutulis. c. Mempunyai persatuan menjaga kepentingan mereka. d. Berperanan penting dalam ekonomi kerajaan dan mewariskan pekerjaan kepada anak masing-masing. Mesir

a.

Golongan ketiga terdiri daripada kalangan tentera, tukang-tukang, petani dan artisan. b. Tentera yang berjaya dalam peperangan boleh memiliki pembantu rumah, harta rampasan perang, ganjaran, pangkat dan tanah daripada estet di raja. c. Buruh raja terdiri daripada pelombong emas, kuari, pekerja binaan, membuat tembikar, membina piramid dan istana raja/firaun. d. Golongan petani ditindas dan terikat dengan tuan tanah. Tiada kebebasan dan menjadi buruh paksa dalam pembinaan candi. 4. Mesopotamia Hiraki terbawah rakyat biasa dan hamba.

a. b.hamba. c. berhutang.

Rakyat biasa dan hamba merupakan hairaki terbawah. Rakyat biasa dikenali sebagai Hupsi- terdiri daripada petani, askar

Hamba terdiri daripada mereka yang boleh dijual, tawanan perang dan or

d. e.Mesir

Dilayan baik dan mempelajari kemahiran serta memiliki harta. Semasa Babylon, kelas sosial mushkennum ialah rakyat biasa yang miskin yang yang tiada keistimewaan.

a.

Golongan hamba tiada kebebasan, terdiri daripada tawanan perang. Bekerja di ladang raja dan rumah berhala/kuil. c. Zaman Ramses 11 tawanan perang dari Syria yang dipaksa kerja di sekitar pembinaan. b. Kesimpulan Jelaslah di sini organisasi sosial ialah kemajuan masyarakat yang terdiri daripada peringkat-peringkat tertentu. Susunan organisasi sosial adalah petunjuk kemajuan tamadun tersebut.

Panitia Sejarah Maktab Sabah

17

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

9. Bincangkan Bentuk Agama Dan Kepercayaan Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan Islam. A. Pengenalan

a. Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah,iaitu bermula dari tempoh keruntuhan empangan maarib sehingga zaman kedatangan Islam ( 610 M) b. Ciri-ciri masyarakat Jahiliah ini tidak mempunyai nabi dan rasul serta kitab suci sebagai panduan. c. Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama pad 610 M. Perkataan Jahiliah yang bererti bodoh menepati ciri-ciri masyarakat pada tempoh masa tersebut dalam semua aspek kehidupan. d. Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada 2 iaitu, kepercayaan agama dan kepercayaan adat. Kepercayaan agama ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh bangsa Arab, sementara kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul dan tradisi lama yang diwarisi. e. Kepercayaan adat tidak mempunyai konsep penyembahan sebaliknya membentuk sebahagian daripada budaya hidup mereka. B. Isi-isi penting Kepercayaan agama terbahagi dua iaitu Agama Samawi (Agama langit) yang diturunkan oleh Allah melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab, dan agama ardhi (agama ciptaan) yang direka oleh manusia sendiri. 1. Agama Hanif Agama yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim. Penganutnya digelar Hunafa. Agama ini tidak mempunyai kitab tetapi suhuf. Agama ini mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang Esa. Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi Muhammad s.a.w sendiri. 2. Agama Yahudi Agama yang dianuti oleh masyarakat arab sebelum Islam. Agama ini dibawa oleh Nabi Musa serta mempunyai kitab suci, iaitu kitab Taurat. Walau bagaimanapun golongan Bani Israel telah mengubah kandungan kitab ini demi kepentingan peribadi sehingga agama ini dianggap syirik kerana menduakan Allah. 3. Agama Nasrani Agama ini juga telah diselewengkan oleh golongan pendeta agama tersebut. Meskipun Allah telah menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa, namun penganut agama ini telah mengubah kandungan asalnya. Penganut agama asal agama Nasrani dikenali dengan gelaran ahli kitab. 4. Agama Wathani Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama wathani, iaitu agama sembah berhala yang diperbuat daripada batu, kayu atau emas. Sesetengah Arab percaya berhala dapat memberikan manafaat dan mudarat, mempunyaiPanitia Sejarah Maktab Sabah 18

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

keberkatan dan sebagainya. Terdapat 360 buah berhala disekeliling kaabah. Antara yang popular ialah Al-Uzza, Al-Manat, dan Al-Hubal. 5. Agama Majusi Agama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Farsi. Mereka menyembah matahari dan api. Pendeta-pendeta Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu hari. Agama ini banyak mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan perkahwinan ibu dengan anak serta adik beradik. 6. Agama penyembahan Cekarawala Mereka menyembah matahari, bulan dan bintang serta beranggapan semua cekarawala merupakan sumber tenaga dan kekuatan. 7. Agama Animisme Mereka menyembah objek-objek alam sekeliling seperti pokok, mereka percaya air dan pokok merupakan sumber kehidupan dan padang pasir yang kering sebagai tempat kediaman tuhan yang jahat. 8. Agama Penyembahan Makhluk Halus ( Polydemonisme) Mereka menyembah malaikat, Jin, roh nenek moyang dan sebagainya. Makhluk makhluk ini dianggap mempunyai kuasa ghaib dan boleh menjadi perantaraan dengan Tuhan, dan menjamin keselamatan mereka. 9. Penyembahan Tuhan Padang Pasir. Penganutnya digelar Ahl-al-Saf ( ahlil-saf ). Mereka percaya bahawa padang pasir wujud tetapi tidak pernah ditemui. Amalan mereka membawa api pada waktu malam dan berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil menyanyi. 10. Kepercayaan tahyul a. b. c. d. Kepercayaan tangkal azimat Roh orang mati menjadi burung. Percaya kepada ahli nujum. Percaya kepada ahli sihir. e. Percaya kepada binatang yang melintas di tengah-tengah perjalanan- Jika ke kiri membawa kepada keburukan, manakala ke kanan akan membawa kebaikan. f. Mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang mulia. g. Mengikat tali pada mana-mana pokok, jika ikatan terlerai sekembalinya suami dari perantauan, ini bermakna isterinya telah berlaku curang. h. Membuat keputusan melalui anak panah. Kesimpulan

Panitia Sejarah Maktab Sabah

19

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

Gambaran kehidupan masyarakat Jahiliah di atas menunjukkan mereka tidak mempunyai peraturan hidup yang jelas, sebaliknya menurut hawa nafsu sematamata. 10. Bincangkan struktur masyarakat Sepanyol pada zaman pemerintahan Islam. A. Pengenalan. 1. Bandar-bandar di Sepanyol menjadi pusat pentadbiran kerajaan Islam selama 8 abad dan juga menjadi pusat perkembangan Tamadun Islam 2. Masyarakat Islam di Sepanyol merupakan masyarakat Islam di Eropah kerana bilangan majoritinya merupakan penganut agama Islam di Eropah. 3. Pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Umayyah, terdapat pelbagai kaum di Sepanyol, kaum yang terbesar ialah kaum Barbar dan diikuti dengan bangsa Arab, Muwalladun,(golongan penduduk tempatan),kaum Mozarab, masyarakat Yahudi dan golongan hamba. B.Isi-isi penting. 1. Kaum Barbar a. Masyarakat yang hidup menetap. b. Kebanyakan tinggal di desa. c. Melibatkan diri dalam bidang pertukangan, pertanian dan sebilangannya bertugas sebagai buruh, d. Berasal daripada keturunan pejuang-pejuang Islam yang membuka negeri Sepanyol. e. Setelah bergabung dengan kaum muslimin yang lain, mereka mula menghadapi penentangan daripada puak kristian. 2. Kaum Arab a. Merupakan golongan pemerintah Andalusia yang berketurunan Bani Umaiyyah. b. Terdiri daripada golongan yang kecil, c. Mempunyai pengaruh dalam bidang politik, kebudayaan dan peradaban. Pengaruh mereka kuat kerana mempunyai hubungan dengan pemerintah Bani Umayyah di Damsyik. d. Mereka juga berpengaruh dalam bidang ekonomi di Sepanyol, dan memiliki ladang-ladang yang besar serta hasil yang lumayan. Golongan Muwalladun a. Merupakan penduduk tempatan bangsa Sepanyol yang memeluk agama Islam. b. Bilangan mereka adalah melebihi orang Arab. c. Amat berbangga dengan agama yang mereka anuti. d. Berlaku perkahwinan campur antara orang Arab dengan golongan Muwalladun yang secara langsung merapatkan jurang antara mereka sehingga perbezaan antara bangsa Arab dan Muwalladun tidak dapat dikenali lagi. 4. Golongan MozarabPanitia Sejarah Maktab Sabah 20

3.

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

a. Merupakan orang kristian yang tinggal di Sepanyol dan bernaung di bawah pemerintahan Islam. b. Boleh disamakan dengan golongan Zimmi, di bawah pemerintahan kerajaan Umayyah di Damsyik. c. Menetap di bandar dan di luar Bandar serta bertutur dalam loghat Rom. d. Bagi golongan terpelajar, mereka boleh bertutur dan menulis bahasa Arab dengan baik. e. Membayar jizyah kepada kerajaan Islam, menikmati kebebasan beragama dan tidak dipaksa menganut agama Islam. 5. Golongan Yahudi dan Hamba. a. Golongan Yahudi tidak ramai tetapi mereka banyak menyubang dalam bidang intelektual. b. Hidup dengan aman di bawah naugan kerajaan Islam dan membayar jizyah. c. Golongan hamba terbahagi kepada 2 puak, iaitu: Puak Negro dan puak Saqalibah. d. Golongan Saqalibah amat berpengaruh dan mempunyai bilangan yang ramai pada zaman pemerintahan Abdul Rahman III. e. Mereka akhirnya diberi kebebasan dan memeluk Islam serta berpenagaruh dalam bidang politik. f. Pada abad ke- 11, golongan ini merupakan salah satu daripada golongan yang penting di Sepanyol. C. Kesimpulan a. Kewujudan pelbagai puak di Sepanyol telah menjadi masalah yang besar kepada pemerintahan Islam di sana. b. Faktor perpecahan di kalangan pemimpin Islam di Sepanyol telah memberi peluang kepada orang Kristian di bahagian utara untuk mengukuhkan kedudukan mereka. c. Keadaan ini merupakan punca kepada kejatuhan Islam di bumi Sepanyol.

Panitia Sejarah Maktab Sabah

21

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

11. Huraikan Usaha-Usaha Nabi Muhammad Dalam Pembentukan Masyarakat Islam Di Mekah Dan Madinah. A. Pengenalan.

S.A.W

1.

Latar belakang Nabi Muhammad s.a.w Nabi Muhammad s.a.w berketurunan Bani Hashim, lahir pada 12 Rabbiulawal, tahun gajah. Setelah menerima wahyu , baginda beruasa ha membina masyarakat Islam di Mekah melalui aktiviti dakwah, tetapi mendapat tentangan daripada kaum Quraish. 2. Penentangan ini telah membawa kepada penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda ke Madinah. 3. Baginda meneruskan usaha dakwahnya di Madinah dan dipilih sebagai pemimpin di Negara Kota tersebut. 4. Latar belakang masyarakat Mekah dan Madinah- Nama asal Makkah ialah Makoraba. Kemudian nama kota itu diubah kepada nama Bakkah dan Makkah. Dalam Al Quran Makkah disebut sebagai Bakkah yang telah didiami manusia sejak 2400 tahun dahulu. 5. Kota Madinah dikenali sebagai Yathrib, bermakna kota yang bercahaya. Kedudukannya sangat strategic, iaitu terletak ditengahtengah perjalanan di antara Syam di Selatan dan Mekah di bahagian utara. Madinah terletak berhampiran lembah yang subur, pertanian dapat dijalankan sepanjang tahun.Kesuburan tanahnya menjadi pusat tumpuan ramai. B. Isi-isi penting. A. 1. Pembinaan masyarakat Islam di Mekah Dakwah Secara sulit

Berlangsung selama 3 tahun berusaha membina masyarakat Islam melalui aktiviti dakwah Secara sulit baginda menyampaikan dakwah kepada kaum keluarganya yang terdakat iaitu bapa saudaranya. Keluarga sepupu dan juag teman-teman yang rapat. hanya beberapa orang sahaja yang memeluk Islamantaranya Siti Khadijah iaitu isteri baginda serta sahabatnya Abu Bakar. Baginda menyeru mereka supaya beriamn kepada Allah dan rasulnya serta meninggalkan ibadat menyembah berhala, Baginda juga mengajak mereka melakukan kebaikan dan kebajikan serta meninggalkan perkara / perbuatan yang mungkar seperti judi, minum arak, menipu, merompak, berzina, membunuh anak dan sebagainya. Dakwah yang disampaikan oleh baginda adalh secara lemah-lembut dan penuh hikmah. Rumah al-Arqam dijadikan markas pertama dakwah islamiyah, rumah tersebut terletak di Bukit Safa. Setelah mendapat wahyu daripada Allah yang memerintah baginda menyampaikan dakwah secara terang-terangan. 2.Dakwah secara terangPanitia Sejarah Maktab Sabah 22

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

Berlangsung selama 10 tahun. Mendapat penentangan daripada kaum Kafir Quraisy dalam bentuk siksaan, cacian, ejekan, penghinaan dan pemulauan. (huraikan). Orang Kafir Quraisy juga menggunakan teknik pujukan melalui Abu Talib, bapa saudara Nabi Muhammad yang ketika itu merupakan pembesar Quraisy dan teknik tawaran iaitu menawarkan pangkat dan harta kpd Nabi Muhammad. Kesemua teknik ini tidak berjaya melemahkan semangat Nabi Muhammad s.aw untuk terus menyebarkan Islam. 3. Pembentukan masyarakat Islam di Madinah. a. Pembinaan masjid Pembinaan masjid.-Merupakan usaha pertama Nabi Muhammad s.a.w di Madinah. Fungsi masjid Tempat perhimpunan umat Islam untuk mengadakan perbincangan, pusat pengajian, pusat ibadat, pusat pentadbiran dan berurusniaga. Masjid terawal dibina ialah masjid Nabawi. Pembinaan masjid telah melipatgandakan usaha-usaha dakwah. Piagam Madinah Dipernalkan untuk menyatupadukan masyarakat di Madinah. Kandungan piagam ini mencatatkan tanggungjawa pemerintah dengan golongan yang diperintah, hak-hak manusia, persaudaraan,Keselamatan, tanggungjawab sosial, ekonomi dan sebaginya. Perundangan Islam bersumberkan Al-Quran, Hadith, Qias, dan Ijmak Baginda juga telah memperkenalkan konsep persamaan antara manusia. Pemulihan ekonomi Penyatuan masyarakat yang berlaku telah mewujudkan semangat saling membantu sehingga meliputi segenap bidang. Golongan Muhajirin bergiat dalam bidang pertanian. Nabi menggalakkan umat Islam bergiat dalam bidang perniagaan. d. Hubungan sosial

b.

c.

Nabi Muhammad s.a.w telah menyatukan orang-orang Aus dan Khazraj yang saling bermusuhan sebelum ini. Nabi Muhammad s.a.w telah mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar. Baginda berusaha menghilangkan rasa kesepian orang Muhajirin yang berjauhan dengan keluara dan sanggup meninggalkan saudara mara di Mekah. Kesimpulan Nabi Muhammad telah berjaya mewujudkan sebuah masyarakat Islam yang bersatupadu dan kuat . Kepimpinan Nabi Muhammad menunjukkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul tetapi juga seorang tokoh negarawan yang unggul.Panitia Sejarah Maktab Sabah 23

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

12. Masyarakat yang terdapat pada Zaman Bani Umayyah terdiri daripada pelbagai golongan. Huraikan. A. Pendahuluan 1. Kerajaan bani Umayyah memerintah selepas zaman khulafa alRasyidin.Nama Bani Umayyah 2. bersempena dengan nama pemimpin Quraisy terkenal pada zaman Jahiliyah iaitu Umayyah bin Abd.Syam binAbd.Manaf. 3. -perlantikan Saidina Uthman bin Affan merupakan permulaan pengasasan kerajaan Bani Umayyah.Pemecatan membawa kepada perang Siffin seterusnya ditamatkan dengan Majlis Tahkim, yang membuka ruang kepada Bani Umayyah memerintah Negara Islam. 4. -Zaman pemerintahan bani Umayyah boleh dibahagikan kepada Zaman Kelahiran, Zaman Kemakmuran/Pembangunan dan Zaman kehancuran. B. Isi

1.

Golongan pemerintah.

a. Golongan ilmu terdiri daripada khalifah dan pembesar-pembesarArab berbeza dengan pemerintahan khulafa al-Rasyidin , kerajaan Bani Umayyah menggunakan b. Sistem pewarisan dalam perlantikan khalifah-khalifah baru . jawatan khalifah telah menjadi hak milik keturunan Umayyah dari keluarga Abu Sufyan dan Marwan. Amalan ini telah melahirkan masyarakat pemerintah. c. -sanak saudara dan kaum kerabat, keturunan Umayyah pula menjadi kelompok Bangsawan dan mempunyai beberapa kelebihan sosial dan politik. Golongan Mawali Hamba yang telah memeluk Islam.dianggap sebagai masyarakat kelas kedua. Namun begitu ada beberapa orang golongan Mawali berjaya menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan bani Umayyah seperti maymun bin Mihran(Pengarah Jabatan Cukai di Mesopotamia)hanya layak bekerja sebagai buruh kasar dan petani.tidak dibenarkan berkahwin dengan orang Arab. Tidak boleh solat jemaah dengan orang Arab. 3. Golongan Zimmi Golongan bukan Islam yang tinggal di Negara Islam dan hidup aman damai seperti golongan islam yang lain. Kerajaan tidak menjalankan dasar paksaan dalam agama. Golongan ini juga menikmati hak-hak kerakyatan umat Islam yang lain. Mereka tidak perlu membayar zakat tetapi perlu membayar jizyah.Panitia Sejarah Maktab Sabah 24

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

4.

Golongan Hamba Perubahan taraf sosial dan corak kehidupan keluarga bangsawan dan pemerintah Umayyah yang hidup mewah telah menyebabkan mereka memerlukan ramai hamba. gologan hamba ini terdiri daripada pelbagai bangsa seperti orang Afrika, Monggol dan Goth dari Eropah.

5.

Golongan Azariqah Berpusat di Iraq mempunyai kepercayaan agama yang berbeza. Bagi mereka orang Islam yang melakukan dosa besar seperti berzina dianggap kafir dan kekal dalam neraka. Mereka juga telah mengkafirkan Saidina Uthman,Ali dan sesiapa yang menyertai perang jamal/P.Siffin. Mereka menganggap pemerintah yang zalim seperti Kerajaan umayyah perlu ditentang.

6.

Golongan Najdiyah Mereka berpusat di Yamamah juga berjuang untuk menjatuhkan bani Umayyah. Mereka berpendapat orang yang menyokong pihak lain akan melakukan dosa besar, tidak boleh dihukum kafir tetapi hanya bertaraf munafik. Golongan ini tidak mewajibkan adanya khalifah,asalkan komuniti mematuhi ajaran Al-Quran.Banyak terbabit dalam bidang politik dan tentera daripada bidang agama.

7.

Kaum Syiah Ingin menuntut bela atas pembunuhan Hussain putera kepada Saidina Ali di Karbala. Mereka ingin menebus dosa kerana tidak menjaga keselamatan Hussain sehingga dibunuh oleh tentera Bani Umayyah.

C. Kesimpulan. Apa-apa sahaja yang berkaitan.

Panitia Sejarah Maktab Sabah

25

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

13. Huraikan peranan Rasulullah s.a.w. dalam usaha membentuk ummah pelbagai bangsa di Madinah. A. Pengenalan. 1. Latar belakang masyarakat Madinah. 2. Definisi Ummah- bererti masyarakat atau umat manusia. Dlm al-Quran ummah Merujuk semua makhluk termasuk jin, malaikat, manusia dan makhluk lain. 3. Perkataan ummah disebut 40 kali dlm al-Quran. 4. Dlm al-Quran ummah merujuk semua makhluk termasuk jin, malaikat, manusia dan makhluk lain. 5. Setiap diutuskan seorang rasul untuk memberi petunjuk. Dalam kontek ummah padazaman Nabi Muhammad s.a.w di Madinah, ia tidak sahaja terhad kepada umat Islam sahaja tetapi juga termasuk umat bukan Islam seperti Yahudi yang berada di Madinah. Mereka dikeluarkan dari kota Madinah dan sekaligus terkeluar dari lingkungan ummah Nabi Muhammad s.a.w apabila mereka enggan mematuhi piagam Madinah. B. Isi-isi penting. Cara Rasulullah s.a.w. membentuk ummah 1. Pembinaan masjid a. Usaha pertama Nabi Muhammad s.aw. di Madinah b. Fungsi masjid ialah tempat perhimpunan umat Islam untuk mengadakan perbincangan, pusat pengajian, tempat beribadat, pusat pentadbiran dan berurusniaga. c. Masjid terawal yang dibina ialah masjid Nabawi d. Pembinaan masjid telah melipat gandakan usaha-usaha dakwah.

2.

Piagam Madinah / Perjanjian politik. a. Diperkenalkan untuk tujuan menyatupadukan masyarakat Madinah yang majmuk. b. Kandungan Piagam ini mencatatkan hak dan tanggunjawab pemerintah dengan golongan yang diperintah, tanggungjawab orang Islam sesama Islam, Orang Islam dengan orang bukan Islam, tanggungjawab terhadap terhadap negara Madinah, hak orang-orang bukan Islam.

3.

Menyatupadukan Aus dan Khazraj a. Bertujuan menamatkan permusuhan tradisi. b. Golongan ini sudah lama bermusuhan di Madinah kerana kegiatan orang Yahudi yang sering melaga-lagakan golongan ini untuk kepentingan mereka.

4.

Mempersaudarakan Muhajirin dengan Ansar. a. Bertujuan untuk saling membantu . b. Contohnya Nabi mempersaudara Hamzah dengan Zaid bin Harithah, dan Abu Bakar dengan Kharijah.Panitia Sejarah Maktab Sabah 26

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

c.

Konsep persaudaraan ini tidak melewati batas persaudaraan yang mempunyai darah keturunan dan mereka dilarang mewarisi harta.Sebaliknya lebih kepada ikatan kepaercayaan dan akidah. d. Persaudaraan yang ditanam oleh Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya membentuk satu ikatan yang kukuh di kalangan umat Islam. 5. Mengambil tindakan memerangi serta menghalau menghukum golongan Yahudi yang melanggar Piagam Madinah. serta

a. Bani Qainuqa- diusir kerana mempersenda-senda kemenangan umat Islam dalam perang Badar- perkampungan mereka dikepung seterusnya mereka diusir keluar dari Madinah. b. Bani Nadhir- dihalau kerana menyokong kaum Quraisy dalam perang Uhud dan membuat pakatan untuk membunuh Nabi. c. Bani Quraizah Dikenakan hukuman yang lebih keras, iaitu semua lelaki dewasa dibunuh, harta dirampas, manakala golongan wanita dan kanak-kanak diusir dari Madinah. d. Implikasi pengusiran golongan Yahudi ini, maka konsep ummah kini hanyalah umat Islam sahaja, dan secara tidak langsung negara menjadi aman dan stabil.

6.

Memperkenalkan sistem ekonomi yang adil serta menghapuskan sebarang bentuk penindasan khususnya amalan riba. Nabi menggalakkan kegiatan pertanian dan perdagangan. Kesimpulan. a. Nabi Muhammad pemikir dan pemimpin yg bijak. b. Langkah yg dijlnkan oleh Nabi Muhammad menjanjikan kota Madinah kuat dan dpt meluaskan empayar.

Panitia Sejarah Maktab Sabah

27

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

14. A. Pengenalan.

Bincangkan kepentingan hijrah dalam sejarah Islam.

a. Hijrah dari Mekah ke Madinah b. Hijrah daripada istilah hajara bermakna pindah c. Dalam sejarah Islam- berpindah dari Mekah ke Madinah. d. Dalam konteks lain berhijrah dari alam jahiliah kepada Islam dan berhijrah dari perkara yang buruk kepada yang baik. e. Merupakan titik tolak kepada penyebaran Islam secara meluas. f. Peringkat awal orang Islam hijrah secara bersembunyi. g. Peringkat kedua berhijrah secara terang-terangan, dimulakan oleh Umar al Khattab. h. Peringkat ketiga Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar berhijrah selepas bersembunyi di Gua Thur selama 3 hari dan berhijrah ke Madinah pada bulan Rabiulawal 622M. B. Isi-isi Penting Kepentingan hijrah 1. Pusat gerakan Islam berpindah ke Madinah

a. Kegiatan dakwah Islam berkembang bebas b. Melepasi sempadan Mekah Madinah2. Penyebaran Islam semakin meluas

a. Ajaran Islam semakin pesat berkembang. b. Nabi Muhammad menghantar utusan ke negara-negara lain untukmenyeru rajanya memeluk Islam contoh Byzantine dan Habsyah. c. Islam disebarkan tanpa ugutan dan halangan daripada kaum Quraisy. 3. Perubahan kedudukan Nabi Muhammad s.a.w

a.Quraisy. b. 4.

Tidak diancam atau didera fizikal dan mental oleh kaum Nabi menjadi pemimpin utama di Madinah

Pertumbuhan umat Islam

a. Wujud sebuah ummah Islamiah iaitu Ansar dan Muhajirin. b. Umat Islam semakin kukuh.5. Penubuhan negara Islam

a. Madinah menjadi negara Islam pertama di dunia apabila Nabimembentuk sebuah Perlembagaan Madinah. b. Piagam Madinah menepati ciri-ciri sebuah perlembagaan. 6. Perubahan kehidupan masyarakat Madinah

Panitia Sejarah Maktab Sabah

28

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

a. Sistem perundangan yang teratur di bentuk meliputi semua bidang.

7.

Menamatkan permusuhan tradisi golongan Ansar a. Konflik tradisi antara Aus dan Khazraj telah berjaya dilenyapkan apabila Nabi Muhammad berjaya menyatukan dengan ikatan semangat ukhuwah Islamiah.

8.

Permulaan kalendar Hijrah

a. Tarikh penghijrahan merupakan titik terawal bagi pengiraan sistemkalendar Islam (hijrah) pada 634 M oleh Khalifah Umar al Khattab. 9. Perubahan dasar politik

a. Umat Islam dibenarkan bertindak lebih agrasif berperangmenentang kekerasan. C. KESIMPULAN Hijrah membawa banyak perubahan kepada kehidupan umat Islam. Kehidupan umat Islam semakin baik dan proses perkembangan Islam semakin lancar.

Panitia Sejarah Maktab Sabah

29

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

15. Bincangkan Faktor-Faktor Yang Mendorong Nabi Muhammad S.A.W Berhijrah Ke Madinah Pada Tahun 622 M. A. PENDAHULUAN

a.

Hijrah berasal dari istilah hajara yang bermaksud pindah. Dalam sejarah Islamiah merujuk kepada perpindahan Nabi Muhammad dan umat Islam dari Mekah ke Madinah pada 622 M. b. Dalam konteks lain bermaksud hijrah daripada zaman Jahiliah kepada Islam. c. Peristiwa ini merupakan titik tolak kepada perkembangan Islam lebih meluas. d. Peringkat awal hijrah secara senyap-senyap tanpa pengetahuan kaum Quraisy. e. Peringkat kedua hijrah secara terang-terangan oleh Umar Al Khattab. f. Peringkat ketiga bila Nabi Muhammad bersama Abu Bakar berhijrah selepas bersembunyi di Gua Thur seterusnya sampai di Madinah pada 12 Rabiulawal 622 M. B. ISI-ISI PENTING Faktor-faktorPenghijrahan 1. Baiah Al Aqabah.

Faktor asas yang memulakan hijrah kerana dalam Aqabah 2 terdapat jemputan dari pemimpin Madinah agar Nabi datang menjadi pemimpin mereka. Dalam ikrar itu mereka berjanji untuk berjuang bersam-sama Nabi dan mempertahankan Nabi. Nabi merasakan masanya telah tiba bagi umat Islam untuk keluar dari Mekah. 2. Tekanan yang semakin meningkat di Mekah

Keadaan di Kota Mekah tidak lagi dianggap sebagai kawasan yang sesuai untuk perkembangan Islam kerana setelah 13 tahun baginda berdakwah pelbagai penentangan yang diterima. Suasana di Mekah itu menggambarkan bahawa lama kelamaan keadaan Islam semakin tertekan.

3.

Umat Islam semakin menderita.

Tindakan kaumQuraisy semakin hebat. Penyeksaan keatas golongan hamba semakin berleluasa. Malah Nabi sendiri sering menjadi mangsa penyeksaan mereka. Pada 617 hingga 620 M seluruh umat Islam dan Bani Hashim telah dipulaukan daripada segi sosial, ekonomi dan politik. Mereka dilarang berurusan dengan masyarakat Mekah kecuali musim haji. Umat Islam mengalami penderitaan dan ujian yang sangat getir. 4. Kegagalan seruan ke TaifPanitia Sejarah Maktab Sabah 30

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

Nabi Muhammad dan hambanya iaitu Zaid bin Harithah pernah cuba menyampaikan Islam ke Taif namun dihina dan diejek dan dilontar dengan batu. Pemimpin Bani Thaqif mempunyai hubungan baik dengan pemimpin Quraisy Mekah.Kegagalan Nabi memberikan gambaran yang pengaruh Quraisy sangat kuat di Taif. Oleh itu Nabi Muhammmad perlu mencari destinasi lain. 5. Kejayaan di Habsyah

Sebelum Saidina Umar memeluk Islam umat Islam pernah menuju ke Habsyah untuk berlindung atas saranan Nabi sendiri. Ini kerana Habsyah digelar sebagai bumi kebenaran yang diperintah oleh Raja Najashi yang terkenal adil. Kejayaan ini memberi harapan kepada Nabi bahawa kejayaan yang sama akan dicapai di Madinah. Ini disebabkan masyarakat Hasyah dan Madinah lebih hampir kepada agama langit dan telah biasa dengan soal-soal ketuhanan dosa dan pahala. 6. Kematian dua tokoh.

Pada tahun ke-10 menjadi rasul, Nabi kehilangan 2 orang penyokongnya yang paling setia iaitu isterinya Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib. Kaum Quraisy Mekah menjadi semakin berani untuk bertindak ke atas Nabi. Ini menyebabkan kedudukan Nabi makin terancam dan terdedah kepada tindakan jahat Quraisy. 7. Umat Islam telah ramai di Madinah

Kota Madinah sendiri memang sesuai untuk dijadikan markas gerakan Islam yang baru. Ini ekoran peristiwa Aqabah dimana orang-orang Madinah telah berikrar dengan Nabi dan menyebarkan Islam di kalangan keluarga mereka. 8. Penduduk Madinah lebih mudah menerima Islam

Penduduk Madinah sendiri lebih mudah menerima Islam berbanding peduduk Mekah. Ini kerana mereka lebih hampir dengan agama Samawi. Selain dari itu di Madinah terdapat keluarga Nabi Muhammmad melalui pihak ibu kepada datuk Nabi iaitu Abdul Muttalib dari Bani Najjar. 9. Kedudukan Madinah yang strategik

Madinah mempunyai kedudukan ditengah-tengah jalan perdagangan antara Yaman di Selatan dan Syam diutara. Kedudukan ini membolehkan Madinah menyaingi Kota Mekah sebagai pusat perdagangan yang baru. Malah kabilahkabilah Quraisy terpaksa melalui Madinah jika ingin berurusan dengan Palestin atau Syam. 10. Komplot pembunuhan ke atas Nabi

Antara faktor penghijrahan yang paling penting ialah terdapat pakatan bunuh yang dirancang oleh kaum Quraisy keatas Nabi bila mereka mendapati umat Islam semakin berkurangan di Mekah. Pemimpin Quraisy telah mengadakan perbincangan di Darul Nadwah dan mengambil tidakan nekad agar Nabi tidak sempat berhijrah. Ini menyebabkan kedudukan Nabi tidak lagi selamat sekiranya terus di MekahPanitia Sejarah Maktab Sabah 31

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

11.

Wahyu dari Allah

Faktor segera yang mendorong Nabi berhijrah keluar dari Mekah ialah wahyu yang diturunkan Allah dan Surah al Anfal ayat 30 yang memberi peringatan kepada Nabi tentang pakatan Quraisy dan sebagai satu gesaan supaya Nabi berhijrah. KESIMPULAN Hijrah Nabi adalah satu peristiwa yang mempunyai signifikasi yang sangat besar dalam sejarah perjuangan Islam.Ia jelas telah membawa banyak pembaharuan dalam perkembangan Islam. Ia merupakan titik peralihan yang amat penting bagi Nabi dan agama Islam. Penghijrahan ini membawa kepada kemenangan umat Islam dalam semua bidang.

Panitia Sejarah Maktab Sabah

32

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

16. Terangkan Peranan Yang Telah Dimainkan Oleh Orang-Orang Muhajirin Dan Ansar Dalam Menyebarkan Dan Mempertahankan Agama Islam Pada Zaman Nabi. A. PENDAHULUAN

a.

Umat Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad di Madinah terdiri daripada 2 golongan iaitu golongan Muhajirin dan golongan Ansar. Merekalah yang sentiasa menyokong perjuangan Nabi dan membantu baginda untuk mempertahankan dan mengembangkan ajaran Islam sepanjang zaman baginda. b. Golongan Muhajirin atau penghijrah adalah kaum Quraisy yang memeluk Islam dan mengikut Nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah manakala golongan Ansar atau pembantu terdiri daripada Suku Aus dan Khazraj. c. Golongan Muhajirin merupakan golongan awal memeluk Islam dan mereka layak menjadi pemimpin kerana telah sanggup berkorban demi Nabi dan Islam. B. ISI-ISI PENTING 1. Peranan Golongan Muhajirin

Peranan mereka di Mekah a. Semasa berada di Mekah merekalah golongan umat Islam yang mempertahankan keutuhan agama Islam yang baru disampaikan oleh Nabi melalui kekuatan iman. Merekalah yang mula-mula melafazkan kesetiaan terhadap Islam dan bersama-sama berjuang dengan Nabi Muhammad.

b.

Mereka sanggup menghadapi segala rintangan dan penentangan oleh kaum Musyrikin Mekah keimanan mereka sukar digugat dan tetap tabah bagi memastikan Islam terus berkembang contohnya keluarga Ammar b Yassir dan Bilal b Rabah. Mereka banyak menyumbang harta benda dalam membantu perjuangan Nabi seperti sahabat-sahabat Nabi yang kaya contohnya Abu Bakar, Umar dan Uthman. Dimana mereka banyak membeli hamba-hamba Islam yang diseksa supaya dapat dibebaskan. Arqam sanggup menyediakan rumahnya sebagai markas dakwah. c. Sahabat-sahabat Nabi turut membantu mengembangkan Islam secara sembunyi dan terbuka sepanjang zaman makkiah. d. Mereka menyeru kepada kaum keluarga, sahabat handai dan penduduk Mekah yang lain kearah agama yang benar.

Panitia Sejarah Maktab Sabah

33

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

e. Pada peringkat awal seruan Islam Abu Bakar berjaya mengislamkan Abdul Rahman, Uthman, Talhah, Zubair, Saad Abi Waqas, Abu Ubaidah dan Arqam b Abi Arqam. f. Mereka sanggup meninggalkan Mekah dan segala kekayaan yang dimiliki semata-mata mengikut Nabi berhijrah ke Madinah. Ini ternyata satu pengorbanan yang amat besar keatas nilai keamanan umat Islam di Mekah. Peranan mereka di Madinah a. Setelah berhijrah ke Madinah golongan Muhajirin telah membekalkan sebahagian besar daripada tokoh-tokoh pahlawan terbilang yang menjadi tunggak kekuatan tentera Islam dalam menghadapi serangan musuh. Tokoh-tokoh tersebut seperti Umar al Khattab, Hamzah b Abdul Muttalib, Ali b Abi Talib dan lain-lain. b. Golongan ini merupakan pembantu Nabi dalam usaha baginda memimpin umat Islam Madinah dalam soal-soal keagamaan dan pemerintahan contohnya selepas peristiwa Aqabah Nabi mengutus Musab b Umair untuk membantu penduduk Madinah untuk mendalami Islam. 2. Peranan Golongan Ansar

Peranan mereka di Mekah a. Hanya terhad dalam peristiwa Aqabah 1 dan 2. Mereka sanggup menerima Islam dalam keadaan dimana orang-orang Mekah menentangnya dengan hebat. Mereka berikrar untuk berjuang bersamasama Nabi dan mengajak Nabi meninggalkan Kota Mekah yang penuh penentangan untuk menuju Madinah. b. Mereka sanggup mengangkat baginda menjadi pemimpin mereka di Madinah kelak. Sesungguhnya ikrar Aqabah 1 dan 2 merintis jalan kepada peristiwa Hijrah yang amat bersejarah. Peranan mereka di Madinah a. Mereka sanggup menerima dan membantu golongan Muhajirin yang datang ke Madinah dari Mekah dalam keadaan sehelai sepinggang sahaja. Mereka menyumbang pelbagai bantuan sosioekonomi seperti menyediakan tempat tinggal, makanan, keselamatan, modal untuk berniaga malah ada yang sanggup menceraikan isterinya untuk golongan Muhajirin ini. b. Sebagai penduduk tempatan mereka turut menyumbangkan harta benda dan buah fikiran dalam menjayakan perjuangan dan perkembangan Islam terutama semasa menghadapi peperangan contohnya Salman b al Farisi. c. Golongan Ansar juga menyumbangkan banyak harta benda dalam menghadapi serangan musuh Islam dalam perang Badar, Uhud dan Khandak.Panitia Sejarah Maktab Sabah 34

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

d. Golongan Ansar juga bertanggungjawab membawa masuk dan menyebarkan Islam di Madinah. Proses ini bermula selepas peristiwa ikrar Aqabah 1 dan 2. e. Nabi Muhammad telah melantik para nuqabak (9 Khazraj dan 3 Aus) untuk membimbing umat Islam di Madinah bagi membantu menyebarkan agama Islam dengan lebih meluas di Madinah. KESIMPULAN Kedua-dua golongan Ansar dan Muhajirin mempunyai peranan yang tersendiri dalam membantu mempertahankan dan mengembangkan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Masing-masing mempunyai peranan yang berbeza yang menjadi gabungan bagi mamastikan kejayaan perjuangan Nabi Muhammad di Mekah dan Madinah.

Panitia Sejarah Maktab Sabah

35

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

1.

Apakah yang dimaksudkan dengan Negara kota ? Bandingkan sistem pemerintahan Negara kota Athens di Yunani dan Madinah di Tanah Arab. A. Pendahuluan 1 2 3 4 5 Isi 1 SISTEM PEMERINTAHAN Athens : a. mengamalkan sistem pemerintahan republik yang berkonsepkan demokrasi b. warganegara lelaki boleh mengundi dan menjadi pemimpin bagi tempoh enam hingga setahun. c. Wanita dan hamba tidak boleh mengundi dan menjadi pemimpin kerana tidak diiktiraf sebagai warganegara. d. Sistem pemerintahan dikendalikan oleh tiga buah badan utama iaitu Dewan Perhimpunan, Majlis dan Majistret/Juri. Madinah; a. mengamalkan pemerintahan demokrasi melalui konsep syura dan musyawarah. b. Pemerintah tertinggi ialah Rasulullah (zaman nabi Muhammad s.a.w) dan Khalifah (pada zaman Khulafa ar Rasyidin) c. Badan pemerintah tertinggi ialah majlis syura (ditubuhkan secara rasmi semasa zaman Umar al-Khattab) d. Sistem perundangan dikuatkuasakan melalui penggubalan Sahifah Madinah 2. BENTUK PENTADBIRAN Dewan Perhimpunan ( Athens )Panitia Sejarah Maktab Sabah 36

Konsep Negara kota perkataan Civitas dalam bahasa Latin dan Greek yang bermaksud kota atau bandar Negara kota juga dikenali sebagai Negara Bandar yang berasal dari dua perkataan Negara dan kota. Semua Negara kota terletak di sebuah kota yang tetap dan mempunyai organisasi yang menguruskan dan menjalankan peraturan dalam sesebuah masyarakat. Setiap Negara kota mempunyai beberapa ciri seperti wilayah, penduduk, pemerintah, undang undang dan kedaulatan. Latar belakang Negara kota Athens dan Madinah

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

a. dianggotai oleh warganegara lelaki berumur 21 tahun ke atas danbersidang tiga kali sebulan b. tempat dasar dasar kerajaan dibincangkan termasuk menggubal undang- undang dan polisi serta membincangkan hal hal ekonomi seperti percukaian. c. bertanggungjawab melantik pentadbir pentadbir Negara dan ahli ahli Majlis. d. bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan kehakiman di Athens. Majlis ( Athens) a. jawatankuasa yang mengendalikan urusan yang telah diputuskan oleh dewan perhimpunan. b. mempunyai 500 orang ahli dan kebanyakannya terdiri daripada golongan Archon( bangsawan) yang merupakan golongan berada dan melaksanakan pemerintahan bercorak tyrant (mutlak) c. bertanggungjawab membincangkan dan melaksanakan hal hal seperti polis dan percukaian Majlis Syura ( Madinah) a. terdiri daripada semua umat Islam dan sahabat rasulullah b. tidak ada tempoh persidangan tetapi mengikut kepentingan Negara dan situasi politik c. semua rakyat bebas mengemukakan idea dan pandangan untuk kemajuan Negara ( kecuali bidang agama) d. Khalifah Umar al Khattab telah mengemaskinikan majlis syura dengan mewujudkan dua jenis majlis syura iaitu Majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am 3. Sumber perundangan

Majistret dan Juri ( Athens ) a. terdiri daripada kakitangan kerajaan dan bertanggungjawab dalam menguatkuasakan dasar yang telah diputuskan oleh Dewan Perhimpunan b. ahli dalam badan ini dipilih oleh Dewan Perhimpunan dan mereka terdiri daripada pembanci, pengutip cukai dan pendidik c. Juri merupakan ahli Dewan Perhimpunan dan jumlah juri bagi setiap kes bergantung pada jenis kesalahan. d. juri menjadi pemutus bagi sesuatu kes dan pihak yang bersalah tidak berpeluang untuk merayu. Piagam Madinah a. digubal pada satu dan dua Hijrah yang merupakan sumber perundangan di Madinah. b. perlembagaan bertulis yang pertama didunia juga dikenali Sahifah Madinah atau Perlembagaan Madinah c. mengandungi 47 fasal berkaitan tanggungjawab orang Islam dan Yahudi d. hukuman berdasarkan Al Quran iaitu hudud, qisas dan takzir. e. pada zaman Umar al Khattab, jabatan kehakiman dipisahkan dari jabatan jabatan lain dan membentuk mahkamah kadi kadi khas bagi menguruskan perbicaraan dan peraturan peraturan kehakiman yang tertentu.Panitia Sejarah Maktab Sabah 37

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

Kesimpulan: - Kedua- dua Negara kota ini mempunyai persamaan dalam sistem pentadbiran dan menjadi asas amalan demokrasi sehingga kini. 2. Rom Bandingkan sistem pemerintahan Negara kota Madinah dan

A. Pendahuluan

1.

Sistem pemerintahan kota Madinah diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w selepas berlakunya peristiwa Hijrah. 2. Selepas menggulingkan raja- raja Etruscan yang zalim, pemerintahan beraja Negara kota Rom digantikan dengan sistem Republik B. Isi-isi penting

1.

Sistem pemerintahan

Madinah a. sistem pemerintahan yang sistematik dan berkesan b. mengamalkan sistem berbentuk teokrasi dan demokrasi Islam Rom a. Sistem pemerintahan yang sistematik dan berkesan. b. Mengamalkan sistem Republik tulen 2. Ketua Negara/ ketua pemerintah

Madinah a. Nabi Muhammad s.a.w adalah pemimpin tertinggi bertindak sebagai ketua negara, ketua agama, ketua hakim ,ketua tentera dan pemimpin masyarakat. b. baginda merujuk kepada majlis Syura apabila membuat sesuatu keputusan berkaitan Negara. Rom a. Ketua pemerintah Negara kota Rom ialah dua orang Konsul yang dilantik oleh Dewan Senat. b. Perlantikan dua orang konsul dapat mengimbangi kuasa antara kedua duanya supaya penyelewengan dapat dikawal. 3. Institusi pemerintahan

Madinah a. Sistem pemerintahan kota Madinah mempunyai institusi yang dikenali sebagai majlis Syura. b. Dianggotai oleh nabi Muhammad SAW dan para sahabat yang berpengetahuan tinggi dalam bidang keagamaan tanpa mengira kedudukan atau keturunan. Rom a. Institusi utama pemerintahan Rom ialah Dewan Senat dan Dewan Perhimpunan.Panitia Sejarah Maktab Sabah 38

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

b. Dewan Senat dianggotai oleh golongan bangsawan yang kaya dan mereka digelar senator c. Dewan Senat berfungsi melantik ketua Negara, menggubal undang undang dan melaksanakan pentadbiran negara kota. d. Dewan perhimpunan dianggotai oleh semua warganegara tetapi mempunyai kuasa terhad kerana terpaksa mengikuti arahan konsul dan Dewan Senat. 4. kuasa keagamaan Madinah a. masjid menjadi institusi terpenting bukan sahaja sebagai pusat pemerintahan tetapi juga pusat kebudayaan , pertemuan umat Islam dan menyelesaikan sebarang masalah rakyat.( Masjid Nabawi) b. Ini menunjukkan dalam pentadbiran di kota Madinah agama dan politik tidak dipisahkan. Rom a. Kuasa keagamaan terletak pada gereja yang dikendalikan oleh Paus. b. Soal agama diuruskan oleh pihak gereja. c. Soal pentadbiran pula dibincangkan dalam perhimpunan di Forum dan Dewan Colloseum. d. Terdapat pengasinngan yang jelas dalam hal agama dan duniawi. 5. Sistem perundangan.

Madinah a. Nabi Muhammad s.a.w menggubal perlembagaan madinah yang telah menyatukan orang Muhajiran dan Ansar serta Yahudi. b. Perlembagaan Madinah mengandungi 47 fasal tentang tanggungjawab orang Islam dan bukan Islam. Rom a. Sistem perundangan Rom dikenali sebagai Undang undang Papan Dua Belas yang diletakkan di tempat awam. b. Menekankan konsep persamaan taraf rakyat disisi undang undang. c. Dalam undang undang Rom, seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan kesalahannya. 6. keadilan sosial

Madinah a. Pemerintah memberi perhatian terhadap soal ini agar tidak terdapat jurang status sosisal yang ketara. b. Nabi Muhammad SAW mengharamkan amalan perhambaan dengan menyeru para sahabat supaya membeli dan membebaskan hamba. c. Memansuhkan kedudukan seseorang berdasarkan keturunan dan warna kulit. d. Mengangkat kedudukan/martabat golongan wanita. Rom a. Pemerintah memberi perhatian terhadap soal ini agar tidak terdapat jurang status sosial yang ketara.Panitia Sejarah Maktab Sabah 39

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

b. Pemerintah Rom cuba menghapuskan amalan hamba berhutang dengan meluluskan undang undang khas. Kesimpulan : a. Terdapat banyak persamaan dan perbezaan antara kedua dua Negara kota. b. Ini menunjukkan pemerintahan kedua dua Negara kota dilakasanakan seca

3. Jelaskan Tentang Sistem Pemerintahan Diamalkan Dalam Tamadun Rom Pada Zaman Klasik. A. Pengenalan

Repbulik

Yang

a.

Rom dipercayai wujud pada 1000 S.M dan mewarisi ciriciri dan pencapaian Tamadun Yunani. b. Menurut legenda, Tamadun Rom dipercayai diasaskan oleh sepasang kembar yang dikenali sebagai Romulus dan Remus yang dibesarkan oleh sesekor serigala betina.

c.

Sebelum melaksanakan sistem republik, kerajaan Rom juga pernah mengamalkan pemerintahan beraja. Ketika itu iaitu sekitar tahun 753 S.M, penduduk Rom terdiri daripada golongan bangsawan dan tuan tanah (patrician) dan golongan rakyat biasa (plebian)

d.

Raja-raja rom pada masa ini telah memrintah dengan zalim tanpa perkemanusiaan. Justeru itu orang Rom telah memberontak dan mewujudkan sebuah kerajaan bercorak republik. Isi-Isi Penting Definasi

a.

Kerajaan Republik boleh dinyatakan sebagai sistem kerajaan di mana rakyat memilih wakil mereka untuk melulus dan melaksanakan undang-undang. b. Tidak ada sesiapa yang boleh mewarisi hak memegang jawatan politik. c. Republik juga turut mengamalkan perinsip demokrasi d. Negara yang mengamalkan sistem pemerintahan republik diketuai oleh presiden. 1. Konsul

a.

konsul merupakan pemerintah tertinggi dalam sistem pemerintahan republik terdapat dua orang konsul yang dipilih daripada penduduk yang berumur melebihi 40 tahun.

b.satu tahun.

konsul dilantik oleh Dewan Senat dan mentadbir selama a mempunyai kuasa dalam bidang40

Panitia Sejarah Maktab Sabah

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

pentadbiran,keadilan,ketenteraan, Keagamaan dan kewangan.Ia berperanan sebagai ketua hakim,ketua Angkatan tentera dan ketua eksekutif. 2. Dewan Senat

a.

Senat diwakili oleh 300 orang ahli yang dipilih daripada golongan bangsawan.Ahli ahli dewan ini dipilih oleh konsul.Dewan senat bertindak menasihati konsul dalam urusan pentadbiran Negara.

b.

Antara tugas dan peranan ahli-ahli senat ialah membincangkan halhal pentadbiran negara,menggubal undang-undang untuk dibincangkan dalam dewan perhimpunan ,mengadakan rundingan dengan duta-duta asing,menetapkan rovinsi yang akan diuruskan oleh konsul,menguruskan hal ehwal kewangan,menyelesaikan krisis keagamaan. 3. Dewan Perhimpunan a. Dewan perhimpunan diwakili oleh semua rakyat Rom. Ia dikenali Sebagai forum.Ia merupakan tempat rakyat berkumpul untuk mendapat laporan tentang perbincangan dengan dewan senat b. Dewan ini membantu dewan senat melaksanakan pemerintahan.Ia juga bertindak meluluskan dan mengesahkan undang-undang yang telah diputuskan oleh Dewan Senat. Kesimpulan

a.

pemerintahan republik merupakan warisan kerajaan Rom kepada tamadun dunia.Dalam pemerintahan republik,terdapat imbangan kuasa antara badan perundangan,badan eksekutif dan badan kehakiman.

b.

Pemerintahan republik merintis ke arah pemerintahan diktator pada Zaman Julius Caesar.Julius Caesar menamatkan pemerintahan Republik dan mengistiharkan diri sebagai diktator setelah Mengalahakan Jeneral Pompei.

Panitia Sejarah Maktab Sabah

41

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

4. Bincangkan pemerintahan republik yang lahir di Eropah dengan merujuk konsep negara kota, empayar dan negara bangsa.

A. Pendahuluan.a. Tamadun awal Eropah bermula di Pulau Crete. b. Pada tahin 1400 S.M. tamadun tersebut meroasot akibat serangan orang Yunani. c. Tamadun Yunani berkembang, tetapi telah diserang oleh Raja Philips dan anaknya dari Macedonia. d. Pada tahun 735 S.M tamadun ini diambil alih oleh Tamadun Rom. e. Proses perkembangan ini membawa kepada kemunculan beberapa kerajaan seperti Negara kota, empayar dan Negara bangsa. B. Isi-isi penting.

1. a.

Definasi Negara kota. Berasal daripada perkataan Greek, iaitu acropolis yang bermaksud sebidang tanah, beberapa kelompok bangunan dengan undang-undang sendiri. b. Merupakan unit politik dan agama c. Kemunculannya berkait rapat dengan pelbagai kemudahan seperti struktur bangunan seperti istana, kuil,tugu dan candi yang dikelilingi oleh kubu pertahahanan. d. Terdapat juga kemudahan perhubungan seperti jalan raya, sistem pengairan, Perparitan dan lain-lain e. Penghuni Negara kota terdiri daripada satu keluarga atau kaum yang dianggap sebagai warganegara f. Negara kota berkembang secara evolusi yang bermula daripada sebuah keluarga, menjadi kampung, dan sebuah Negara kota. g. Negara kota yang terkenal ialah Athens, Sparta, Gorinth dan Olympia. h. Setiap Negara kota mempunyai ciri-ciri berlainan dari segi penduduk, wilayah yang terhad, sistem politik tersendiri, sistem sosial yang berasingan dan amalan agama yang berlainan.42

Panitia Sejarah Maktab Sabah

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

2. a.

Definasi empayar. Merujuk kepada kawasan wilayah atau daerah di bawah seorang maharaja yang berkuasa dan berwibawa. b. Mempunyai wilayah yang luas hasil penaklukan dan pemerintahan yang kuat. c. Usaha pembentukan empayar ini bermula semasa pemerintahan Raja Philips dan anaknya Iskandar Zulkarnain. d. Empayar yang terkenal sekali ialah empayar Rom semasa pemerintahan Maharaja Julius Caesar dan Augustus.

3.

Definasi Negara bangsa

a.

Negara yang bebas daripada konsep dunia empayar dan mempunyai pemerintahan sendiri, bahasa kebangsaan, sempadan wilayah dan hak menggubal undang-undang sendiri. b. Muncul berasaskan konsep persekutuan beberapa wilayah di bawah satu Negara. c. Setiap wilayah mempunyau pemerintahan sendiri yang dikawal oleh kerajaan pusat yang diketuai oleh seorang raja. d. Raja berhak mengisytiharkan perang, mengenakan dan memungut cukai, melaksanakan pentadbiran dan menguatkuasakan undang-undang yang sama di seluruh Negara. e. Pembentukan Negara bangsa berlaku menjelang abad ke 15 di Eropah melalui kemunculan dinasti, keluarga, perkahwinan raja dan konsep empayar.

4.

Kelahiran pemerintahan republik

Tamadun Yunani

a.

Idea pemerintahan republik diperkenalkan oleh ahli falsafah Yunani, Plato melalui bukunya The Republik b. Buku menerangkan tentang struktur kerajaan yang paling baik untuk rakyat Yunani selaras dengan ajaran gurunya, Socrates c. Namun cadangannya tidak dapat sambutan di Athens dan Athens mengamalkan pemerintahan demokrasi. Tamadun Rom a. Menjelang tahun 650 S.M, Rom dikuasai oleh raja-raja Etruscan daripada keluarga Tarquin yang memerintah secara zalim. b. Pada tahun 509 S.M, golongan aristocrat dengan sokongan rakyat berjaya menjatuhkan penguasaan raja-raja Etruscan yang kejam dan zalim. c. Seterusnya Rom mencapai kegemilangan sebuah kerajaan republik . 5. Ciri-ciri Pemerintahan RepublikPanitia Sejarah Maktab Sabah 43

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

Dewan Perhimpunan a. Menggantikan Dewan Perhimpunan Cammutia Curiate pada zaman raja monarki b. Dewan perhimpunan diwakili oleh semua rakyat Rom. Ia dikenali Sebagai forum.Ia merupakan tempat rakyat berkumpul untuk mendapatlaporan tentang perbincangan dengan dewan senat. c. Dewan ini membantu dewan senat melaksanakan pemerintahan.Ia juga bertindak meluluskan dan mengesahkan undangundang yang telah diputuskan oleh Dewan Senat. Konsul konsul merupakan pemerintah tertinggi dalam sistem pemerintahan republic terdapat dua orang konsul yang dipilih daripada penduduk yang berumur melebihi 40 tahun. b. konsul dilantik oleh Dewan Senat dan mentadbir selama satu tahun. Ia mempunyai kuasa dalam bidang pentadbiran,keadilan,ketenteraan, c. Keagamaan dan kewangan.Ia berperanan sebagai ketua hakim,ketua angkatan tentera dan ketua eksekutif. Dewan Senat.

a.

a.

Senat diwakili oleh 300 orang ahli yang dipilih daripada golongan bangsawan.Ahli ahli dewan ini dipilih oleh konsul.Dewan senat bertindak menasihati konsul dalam urusan pentadbiran Negara. b. Antara tugas dan peranan ahli-ahli senat ialah membincangkan hal-hal Pentadbiran Negara,menggubal undang-undang untuk dibincangkan dalam Dewan perhimpunan ,mengadakan rundingan dengan duta-duta sing,menetapkan provinsi yang akan diuruskan oleh konsul,mengurus kan halehwal kewangan,menyelesaikan krisis keagamaan. C. Kesimpulan a. Republik Rom mencapai zaman kegemilangannya semasa pemerintahan Julius Caesar. b. Pada tahun 44 S.M, kerajaan Republik Rom merosot apabila Julius Caesar mati dibunuh dan digantikan dengan pemerintahan monarki. c. Kejatunan kerajaan Rom menandakan bermulanya Zaman pertengahan di Eropah yang membawa kepada banyak perubahan di Eropah.

Panitia Sejarah Maktab Sabah

44

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

5. Bincangkan pemerintahan republik yang lahir di Eropah dengan merujuk konsep negara kota, empayar dan negara bangsa.

B. Pendahuluan.a. Tamadun awal Eropah bermula di Pulau Crete. b. Pada tahin 1400 S.M. tamadun tersebut meroasot akibat serangan orang Yunani. c. Tamadun Yunani berkembang, tetapi telah diserang oleh Raja Philips dan anaknya dari Macedonia. d. Pada tahun 735 S.M tamadun ini diambil alih oleh Tamadun Rom. e. Proses perkembangan ini membawa kepada kemunculan beberapa kerajaan seperti Negara kota, empayar dan Negara bangsa. B. Isi-isi penting.

3. a.

Definasi Negara kota. Berasal daripada perkataan Greek, iaitu acropolis yang bermaksud sebidang tanah, beberapa kelompok bangunan dengan undang-undang sendiri. b. Merupakan unit politik dan agama c. Kemunculannya berkait rapat dengan pelbagai kemudahan seperti struktur bangunan seperti istana, kuil,tugu dan candi yang dikelilingi oleh kubu pertahahanan.Panitia Sejarah Maktab Sabah 45

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

d. Terdapat juga kemudahan perhubungan seperti jalan raya, sistem pengairan, Perparitan dan lain-lain e. Penghuni Negara kota terdiri daripada satu keluarga atau kaum yang dianggap sebagai warganegara f. Negara kota berkembang secara evolusi yang bermula daripada sebuah keluarga, menjadi kampung, dan sebuah Negara kota. g. Negara kota yang terkenal ialah Athens, Sparta, Gorinth dan Olympia. h. Setiap Negara kota mempunyai ciri-ciri berlainan dari segi penduduk, wilayah yang terhad, sistem politik tersendiri, sistem sosial yang berasingan dan amalan agama yang berlainan.

4. e.

Definasi empayar. Merujuk kepada kawasan wilayah atau daerah di bawah seorang maharaja yang berkuasa dan berwibawa. f. Mempunyai wilayah yang luas hasil penaklukan dan pemerintahan yang kuat. g. Usaha pembentukan empayar ini bermula semasa pemerintahan Raja Philips dan anaknya Iskandar Zulkarnain. h. Empayar yang terkenal sekali ialah empayar Rom semasa pemerintahan Maharaja Julius Caesar dan Augustus.

3.

Definasi Negara bangsa

a.

Negara yang bebas daripada konsep dunia empayar dan mempunyai pemerintahan sendiri, bahasa kebangsaan, sempadan wilayah dan hak menggubal undang-undang sendiri. b. Muncul berasaskan konsep persekutuan beberapa wilayah di bawah satu Negara. c. Setiap wilayah mempunyau pemerintahan sendiri yang dikawal oleh kerajaan pusat yang diketuai oleh seorang raja. d. Raja berhak mengisytiharkan perang, mengenakan dan memungut cukai, melaksanakan pentadbiran dan menguatkuasakan undang-undang yang sama di seluruh Negara. e. Pembentukan Negara bangsa berlaku menjelang abad ke 15 di Eropah melalui kemunculan dinasti, keluarga, perkahwinan raja dan konsep empayar.

5.

Kelahiran pemerintahan republik

Tamadun Yunani

d.

Idea pemerintahan republik diperkenalkan oleh ahli falsafah Yunani, Plato melalui bukunya The Republik e. Buku menerangkan tentang struktur kerajaan yang paling baik untuk rakyat Yunani selaras dengan ajaran gurunya, Socrates f. Namun cadangannya tidak dapat sambutan di Athens dan Athens mengamalkan pemerintahan demokrasi.Panitia Sejarah Maktab Sabah 46

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

Tamadun Rom d. Menjelang tahun 650 S.M, Rom dikuasai oleh raja-raja Etruscan daripada keluarga Tarquin yang memerintah secara zalim. e. Pada tahun 509 S.M, golongan aristocrat dengan sokongan rakyat berjaya menjatuhkan penguasaan raja-raja Etruscan yang kejam dan zalim. f. Seterusnya Rom mencapai kegemilangan sebuah kerajaan republik . 5. Ciri-ciri Pemerintahan Republik

Dewan Perhimpunan d. Menggantikan Dewan Perhimpunan Cammutia Curiate pada zaman raja monarki e. Dewan perhimpunan diwakili oleh semua rakyat Rom. Ia dikenali Sebagai forum.Ia merupakan tempat rakyat berkumpul untuk mendapatlaporan tentang perbincangan dengan dewan senat. f. Dewan ini membantu dewan senat melaksanakan pemerintahan.Ia juga bertindak meluluskan dan mengesahkan undangundang yang telah diputuskan oleh Dewan Senat. Konsul

d.

konsul merupakan pemerintah tertinggi dalam sistem pemerintahan republic terdapat dua orang konsul yang dipilih daripada penduduk yang berumur melebihi 40 tahun. e. konsul dilantik oleh Dewan Senat dan mentadbir selama satu tahun. Ia mempunyai kuasa dalam bidang pentadbiran,keadilan,ketenteraan, f. Keagamaan dan kewangan.Ia berperanan sebagai ketua hakim,ketua angkatan tentera dan ketua eksekutif.

Dewan Senat.

c.

Senat diwakili oleh 300 orang ahli yang dipilih daripada golongan bangsawan.Ahli ahli dewan ini dipilih oleh konsul.Dewan senat bertindak menasihati konsul dalam urusan pentadbiran Negara. d. Antara tugas dan peranan ahli-ahli senat ialah membincangkan hal-hal Pentadbiran Negara,menggubal undang-undang untuk dibincangkan dalam Dewan perhimpunan ,mengadakan rundingan dengan duta-duta sing,menetapkan provinsi yang akan diuruskan oleh konsul,mengurus kan halehwal kewangan,menyelesaikan krisis keagamaan. C. Kesimpulan

Panitia Sejarah Maktab Sabah

47

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

d. Republik Rom mencapai zaman kegemilangannya semasa pemerintahan Julius Caesar. e. Pada tahun 44 S.M, kerajaan Republik Rom merosot apabila Julius Caesar mati dibunuh dan digantikan dengan pemerintahan monarki. f. Kejatunan kerajaan Rom menandakan bermulanya Zaman pertengahan di Eropah yang membawa kepada banyak perubahan di Eropah.

6. Mesir.

Bincangkan pentadbiran pusat dan wilayah dalam tamadun di

A. Pendahuluan a. Pentadbiran pusat yang cekap akan membantu kerajaan/pemerintah mengawal rakyat dalam sesebuah tamadun. b. Menjamin kedaulatan sesebuah kerajaan. c. Melalui pentadbiran pusat seseorang raja/pemimpin akan mengawal para pembesar dan golongan bangsawan serta melancarkan pentadbiran di seluruh wilayah. d. Pentadbiran pusat dan wilayah akan mewujudkan birokrasi yang teratur dalam pentadbiran. B. Isi-isi penting 1. Pentadbiran pusat di Mesir.

a. Peranan Firaun.Firaun merupakan ketua Negara yang memiliki kuasa mutlak.Panitia Sejarah Maktab Sabah 48

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

-

Dalam bidang pentadbiran firaun dibantu oleh pegawai- pegawai tinggi di peringkat pusat dan wilayah.

b. Wazir - Wazir merupakan pegawai yang mempunyai kedudukan tertinggi - Tugas wazir ialah menyimpan dokumen penting kerajaan, memeriksa akaun, memilih dan melantik kakitangan istana dan ketua hakim. c. Canselor - Merupakan pegawai yang menguruskan hal ekonomi. - Tugas Canselor ialah menetapkan cukai, menentukan gaji pekerja ladang diraja dan membayar gaji anggota tentera. d. Wizurai - Bertugas mentadbir jajahan takluk Mesir seperti Nubia. - Kuasa wizurai tertumpu dalam aspek-aspek polisi awam. e. Penyelia jabatan kerajaan - Dilantik bagi menyelia jabatan-jabatan kerajaan. Contohnya Jabatan - Perbendaharaan.(Ditadbir oleh 2 penyelia yang bertindak sebagai ejen wizurai). f. Pegawai istana (Courtiers) Ketua pengurus firaun( Chief Steward)-mentadbir estet diraja, menguruskan pentadbiran istana, merancang ekspedisi diraja dan mendidik putera/puteri diraja. Chamberlain-Mengawasi makanan, minuman dan tempat tinggal (Private apartments) Penyelia istana-Menjaga penghuni wanita di istana. Kerani-Mengawasi kerja-kerja membina dan memulihara bangunanbangunan lama. Jurucakap (spokeman) diraja.

2.

Pentadbiran wilayah Wilayah di Mesir dikenali sebagai Nomes. Terdapat 20 nomes di Mesir Utara dan 22 nomes di Selatan. Setiap nomes ditadbir oleh Nomach.

-

a. Normach - Normach dilantik oleh firaun. - Bertindak sebagai pentadbir, hakim dan ketua pendeta. b. Datuk Bandar - Pegawai tinggi di peringkat wilayah pada zaman kerajaan baru. - Bertugas membuat taksiran cukai, mengumpul dan menyimpan hasil cukai, menghantar laporan kepada wazir dan mengadili kes-kes kecil. c. Medjay - Pegawai penguatkuasa undang-undang. - Meronda dan mengawal kubur-kubur diraja dan kawasan sempadanPanitia Sejarah Maktab Sabah 49

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

Penutup Keberkesanan sistem pentadbiran pusat dan wilayah mampu mengekalkan pemerintahan, keamanan serta kemakmuran dalam kerajaan Mesir.

6. dan India A. Pengenalan

Bandingkan sistem pemerintahan pusat dan wilayah di China

a. Konsep pentadbiran pusat dan wilayah b. Pentadbiran pusat yang cekap akan membantu kedaulatan sesuatu kerajaan. c. Pentadnbiran pusat yang dapat mengawal rakyat dan pembesarnya dapat mewujudkan d. kelancaran pentadbiran di seluruh wilayahnya B. Isi- isi penting 1. a. Pentadbiran Pusat dan Wilayah di China. Pemerintahan dinasti Chou50

Panitia Sejarah Maktab Sabah

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

Mengmalkan sistem feudal. Raja mempunyai kuasa mutlak. Sementara pentadbiran di wilayah-wilayah diberikan kepada golongan bangsawan dan putera-putera raja tetapi pemusatan kuasa ini adalah longggar. Di setiap wilayah dan daerah diwujudkan sistem birokrasi dengan menubuhkan jabatan-jabatan tertentu. b. Pemerintahan Dinasti Chin Shi Huang Ti menjalankan sistem pemerintahan berpusat di ibu kota Siang Yang. Semua kuasa kerajaan adalah di bawah maharaja.Kuasa dan pengaruh golongan bangsawan dan pegawaipegawai feudal wilayah dan daerah dihapuskan. Beliau memperkenalkan Scholar Sistem iaitu perlantikan sekumpulan kakitangan awam yang terlatih untuk menjadi gabenor dan pegawai-pegawai yang berkhimat dengan beliau. Penasihat utama maharaja ialah canselor. Shih Huang Ti membahagikan empayarnya kepada 36 buah wilayah dan kemudiannya menjadi 42. Seorang gabenor awam dan gabenor tentera dilantik di setiap wilayah. Mereka dikawal oleh pusat pemerintahan maharaja

Pemerintahan Dinasti Han Di bawah maharaja Wu Ti, sistem pemusatan kuasa dan kerajaan pusat menjadi lebih kukuh berbanding dengan pemerintahan Shih Huang Ti. Walau bagaimanapun pemimpin-pemimpin wialayah tidak diberikan kuasa yang terlalu banyak dan mereka tidaka dibenarkan memiliki kuasa dan kekayaaan yang banyak supaya pentadbiran pusat teguh dan tidak dicabar. Pentadbiran peringkat wilayah turut diawasi oleh kerajaan pusat termasuk soal-soal perlantikan dan pertukaran pegawai-pegawai kerajaan. Pegawai pentadbir utama di peringkat wilayah ialah wizurai, gabenor general, gabenor dan bendahari. Unit pentadbiran yang lebih kecil diketuai oleh Tao Tai iaitu ketua daerah dan mejestret.

2. a.

Pemerintahan puasat dan wilayah di India. Empayar Maurya. Di bahagikan kepada beberapa wilayah yang dipimpin oleh wizurai. Pegawai-pegawai kerajaan di wilayah-wilayah melaksanakan tugas mengikut arahan pusat. Raja merupakan ketua pentadbir, ketua hakim, penggubal undangundang dan ketua tertinggi angkatan tentera.

Panitia Sejarah Maktab Sabah

51

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

b.

Pemerintah dibantu oleh majlis Menteri dan Mentriprasat yang terdiri daripada menteri-menteri yang diketuai oleh perdana menteri. Chandra Gupta Maurya telah melantik pegawai-pegawai untuk mentadbir wilayah-wilayahnya. Beliau membahagikan wilayahwilayah kepada empat iaitu bahagian barat, selatan , barat laut dan Kalinga. Setiap wilayah diketuai oleh wizurai yang biasanya terdiri daripada putera-putera raja. Wilayah-wilayah tersebut pula dibahagikan kepada unit pentadbiran daerah yang ditadbir oleh gabenor Daerah dipecahkan kepada kampung-kampung yang diketuai oleh penghulu atau gramini yang dibantu oleh pengutip cukai dan jurukira. Terdapat juga perisik di peringkat daerah. Kerajaan Moghul Semasa kerajaan Moghul, akhbar telah membahagikan pemerintahan kerajaan kepada tiga bahagian iaitu pengurusan istana, tentera dan empayar. Beliau melantik pegawainya yang digelar mansabdar yang mempunyai kuasa tentera dan mengutip cukai Pentadbiran awam kerajaan diketuai oleh seorang perdana menteri dikenali sebagai wakkil . Setiap wilayah diketaui oleh wakil pemerintah iaitu subahdar Pentadbiran kawasan Bandar dilakukan Kotwal Hakim atau Kazi menjalankan pentadbiran undang-undang

C. Kesimpulan Keberkesanan sistem pemerintahan di peringkat pusat dan wilayah mampu memanjangkan usis beberapa kerajaan di China dan India. Pengubahsuaian dari segi struktur organisasi pentadbiran dilakukan selaras dengan keadaan semasa yang