bank soalan upsr

Author: mohd-razif-ibrahim

Post on 10-Mar-2016

202 views

Category:

Documents


8 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

good

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SEA

JALAN SS2/95,47300

PETALING JAYA

SELANGOR DARUL EHSAN

BAHASA MALAYSIA ( PEMAHAMAN)

TAHUN 6

NAMA:...................................

KELAS:.............................

Arahan;

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.

Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Pilih satu jawapan yang betul sahaja.

Soalan 1 hingga soalan 20

Pilih jawapan yang sesuai sahaja.

1. _____________mestilah menjaga kebersihan dan keceriaan kelas agar

dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan menyeronokkan.

AKita

C Anda

B Kami

D Mereka

2. Tawaran Raja Masai itu akan____________ pertimbangkan dan perhalusi

terlebih dahulu, titah Sultan Muzaffar Shah kepada bendaharanya.

A beta

C patik

B tuanku

D baginda

Soalan 3 berdasarkan gambar 1

3. kami terpegun melihat pekerja___________daun-daun teh dengan pantas

ketika melawat ladang MARDI di Tanah Rata, Cameron Highlands.

A memilih

C menarik

B memetik

D memotong

4. Monorel yang sarat dengan penumpang itu sedang ___________ menuju

ke Stesen Wangsa Maju.

A meluru

C mengheret

B melorot

D meluncur

5. Pelbagai _____________ penting dibincangkan dalam mesyuarat tahunan

Persatuan Ibubapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Damai Setia.

A isu

C usul

B rumusan

D rancangan

6. Ibu menerima se_____________ surat daripada kakak yang kini sedang

belajar di luar negeri.

A helai

C pucuk

B keping

D papan

7. Usahlah kita berasa_______________ akan kejayaan cemerlang yang

diperoleh Hakimi dalam peperiksaan UPSR, kata Rafiq kepada Zana.

A dengki

C yakin

B cuak

D cemas

8. Mana mana ketua yang tidak adil sudah tentu tidak akan mendapat

_______________ pengikutnya, kata Cikgu Farid.

A disokong

C penyokong

B sokongan

D menyokong

9. Mereka ________ gunung itu dengan berhati-hati.

A daki

C didaki

B mendaki

D mendakikan

10. Para ____________sedang menemuramah jelitawan yang memenangi

pertandingan ratu cantik itu.

A karyawan

C seniman

B wartawan

D budayawan

11. Buku yang baharu saya beli itu, ada___________ kakak Amir, kata

Nurul kepada Jelani.

A di

C pada

B kepada

D untuk

12. ___________________ saya kawan karibnya pun tidak diberitahu,

___________________ kamu yang baru dikenalinya, kata Azmin kepada

Misman.

A Jangankan..............pun

B Walaupun................namun

C Sedangkan..............apatah lagi

D Sementara..............tetapi

13. Walaupun mempunyai kereta mewah___________ Maria dan keluarganya

lebih suka menaiki LRT semasa pergi ke Kuala Lumpur.

A tetapi

C atau

B kerana

D supaya

Soalan 14 berdasarkan gambar 2

14. Amirul ___________sebentuk cincin itu ke jari manis isterinya.

A membaling

C menyumbat

B menyelit

D menyarung

15. Rizal berniaga secara______________________ di pasar malam untuk

menambah pendapatannya.

A kecil-kecilan

C besar-besaran

B terang-terangan

D sungguh-sungguhan

16. Puan Norizah sedang ___________pakaian di ampaian.

A melipat

C menjemur

B melekat

D membasuh

17. Pengarah syarikat itu telah dihadapkan ke mahkamah kerana___________

daripada seorang kontaktor.

A makan angin

C makan hati

B ambil angin

D makan suap

18. Elisa selalu duduk sendirian, dia tidak mahu bergaul dengan murid-

murid yang lain. Dia digelar__________________.

A kutu embun

C ulat uku

B kera sumbang

D kaki bangku

19. Sekiranya mendapat_______________ daripada Encik Jamal, kami akan

meneruskan kajian ini, kata Zainal dan Wani.

A kebenaran

C kesudian

B ketentuan

D kesukaan

20. __________, saya tidak bersetuju dengan cadangan yang diberikan!

kata Nasrul kepada kawan-kawannya yang lain.

A Wah

C Cis

B Ah

D Eh

21. Orang ramai berkerumun di tepi jalan itu untuk melihat kemalangan

yang berlaku di situ.

Perkataan seerti bagi berkerumun ialah

A berjumpa

C bersama

B berkumpul

D bertembung

22. Sejak memperkenalkan produk baru, kilang itu telah mendapat

keuntungan yang berlipat ganda pada tahun ini.

perkataan berlawan bagi keuntungan ialah

A kemajuan

C kekurangan

B kemerosoton

D kerugian

Soalan 23 24

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

23.I Murid perempuan telah diberi tugas yang lebih ringan semasa

gotong-royong itu.

II Bungkusan itu kelihatan sangat ringan.

III Kepalanya berasa ringan setelah dipicit oleh nenek.

IV Karim membawa makanan ringan semasa berkelah di tepi pantai.

A I , II, dan III

C I, II dan IV

B II, III dan IV

D I, II, III dan IV

24I Bukit itu kelihatan berbalam-balam kerana diliputi kabur.

II Tulisan pada buku itu kabur kerana sudah terlalu lama.

III Matanya menjadi kabur kerana digenangi air mata.

IV Jawapannya agak kabur dan sukar difahami.

A I dan II

C II dan III

B I, III dan IV

D II, III dan IV

25Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Bolehkah saya menumpang basikal kamu untuk balik dari sekolah

nanti ?

A Tidak boleh, petang semalam saya membaiki basikal ini.

B Pasti boleh, bapa saya membelikan basikal itu.

C Boleh juga, saya dengannya memang tinggal berjiran.

D Apa salahnya, sekurang-kurangnya saya mempunyai teman

sewaktu pulang nanti.

26.Pilih soalan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Ya, saya yakin inilah nombor telefon Cikgu Noraziroh, Nora.

A Benarkah kamu mengetahui nombor telefon Cikgu Noraziroh, Nini ?

B Adakah kamu pasti ini nombor telefon Cikgu Noraziroh, Nini ?

C Bagaimanakah kamu mendapat nombor Cikgu Noraziroh, Nora ?

D Adakah kamu kenal akan Cikgu Noraziroh , Nini ?

Soalan 28 -29

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

27.Setelah bermain bersungguh-sungguh, akhirnya Zaini berjaya

mengalahkan Johan dalam pertandingan badminton itu.

A Akhirnya Johan berjaya dikalahkan oleh Zaini setelah Zaini

bermain bersungguh-sungguh dalam permainan badminton itu.

B Akhirnya saya dapat menyaksikan Johan telah dikalahkan oleh

Zaini dalam perlawanan badminton itu.

C Akhirnya Johan berjaya mengalahkan Zaini dalam perlawanan

badminton anjuran sekolahnya.

D Akhirnya Zaini dan Johan berjaya mengalahkan pemain yang

bermain bersungguh-sungguh itu.

28. Puan Marlia sedang menggosok pakaian kerja suaminya.

A Pakaian sedang menggosok pakaian kerja suaminya.

B Pakaian kerja dan Puan Marlia sedang digosok oleh suaminya.

C Pakaian kerja suaminya sedang digosok oleh Puan Marlia.

D Pakaian kerja suaminya sedang digosok oleh suaminya.

Soalan 29- 30

Pilh ayat yang betul

29A Wanita yang berkereta merah itu tidak jiran saya.

B Beg tangan daripada kulit ular itu tidak untuk dijual.

C Tidak Shamsul yang meminjam kereta kamu tetapi Zaki.

D Baju itu tidak sesuai kamu pakai ke majlis perkahwinan.

30A Eh, berani engkau menentang kami!

B Amboi, kasihannya orang tua itu!

C Cis, sakitnya kakiku ini!

D Tahniah, anda telah berjaya membuktikan kehebatan anda!

Baca soalan di bawah dan jawab soalan-soalan berikut.

Soalan 31 35

Semua pemandu yang memandu secara terburu-buru sebenarnya sedikit sebanyak mempunyai sikap mahu menunjukkan-nunjuk. Mereka terlalu kagum dengan kemahiran memandu yang mereka miliki sehingga mahu diperlihatkan kepada orang ramai. Sikap ini terserlah dari kebiasaan mereka memasang muzik yang kuat semasa memandu dan kegemaran mengubahsuai kereta secara berlebihan.

Sebagai pengguna jalan rayayang berhemat, kita mestilah mematuhi peraturan jalan raya dan menyayangi nyawa masing-masing. Sikap pemandu yang memandu secara terburu-buru ini bertentangan dengan sikap kesopanan yang biasanya didukung oleh masyarakat Timur seperti rakyat Malaysia. Sikap manusia yang gemar menikmati kelajuan kenderaan sukar dijelaskan. Perkara ini perlu diselidik dengan lebih mendalam lagi secara psikologi.

Sikap tidak menghargai nyawa sendiri juga merupakan satu lagi sikap yang ditunjukkan oleh pemandu yang memandu secara terburu-buru. Walaupun tindakan tersebut dapat menjejaskan keselamatan diri dan orang lain.

Ada juga sesetengah pemandu yang memandu kenderaan sambil melakukan perkara lain. Antaranya yang biasanya dilakukan semasa memandu ialah termasuklah bersembang, makan, merokok, mendengar radio, membaca, menelefon dan menaip pesanan ringkas dalam telefon bimbit kepada kawan. Perlakuan ini sangat bahaya terutama bagi perbuatan membaca, menelefon dan menaip pesanan ringkas kerana ia boleh menganggu tumpuan pemanduan.

Para pemandu harus sedar bahawa memandu kenderaan sebenarnya penuh dengan perkara di luar jangkaan kita. Contohnya, kita mungkin tidak dapat menduga bahawa terdapat sebuah kereta keluar daripada lorong tepi sehingga menghalang laluan secara tiba-tiba. Sekiranya keadaan ini berlaku semasa kita sedang membaca pesanan ringkas dalam telefon bimbit, besar kemungkinan kita akan terus melanggar ataupun dilanggar oleh kereta lain.

31. Perkataan terburu-buru sama erti dengan

A cepat

C lalai

B gopoh

D berlumba

32. Apakah perkara utama yang dibincangkan di dalam petikan di atas?

A Sikap pemandu yang cermat

B Sikap pengguna jalan raya

C Sikap pemandu yang berhemah tinggi

D Sikap pengguna jalan raya yang memandu secara terburu-buru.

33. Mengapakah pemandu memandu kereta dengan laju dan terburu-buru?

A Mahu menunjukkan kehebatan diri kepada orang ramai.

B Mahu meningkatkan kemahiran memandu di jalan raya.

C Kerana ada urusan kerja yang terpaksa disiapkan segera.

D Mahu menunjukkan kehebatan muzik yang dipasang di dalam

kereta.

34. Pemandu tidak diboleh melakukan aktiviti lain semasa memandu

kerana

A akan disaman polis

B akan tersalah jalan

C akan menyebabkan sampai lewat

D menjejaskan tumpuan semasa memandu

35. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan di atas

A Pemandu yang memandu dengan terburu-buru tidak menghargai

nyawa.

B Pemandu digalakkan memandu secara terburu-buru.

C Pemandu perlu mengutamakan panggilan telefon semasa memandu

D Pemandu yang memandu secara terburu-buru dihormati orang lain.

Soalan 36 -40

Pilih jawapan yang sesuai

28 April 2012 ( Sabtu )

8.00 pagi

Bersiap sedia di Kem Relau untuk memulakan cabaran untuk mendaki Gunung Tahan kali ketiga. Cabaran ini disertai oleh empat belas orang murid dan enam orang guru. Makanan, pakaian dan alatan perkhemahan kami bawa bersama. Kami menaiki kenderaan pacuan empat roda ke Kem Juram.

8.30 pagi

Kami tiba di Kem Juram setelah tiga puluh minit melalui jalan tanah tinggi dan bukit yang curam. Kami tidak melepaskan peluang untuk bersarapan di kem tersebut sebelum bertolak ke kawasan perkhemahan yang pertama, iaitu Kem Luis.

9.00 pagi

Kami meredah denai menuju ke Kem Luis. Perjalanan dari Kem Juram ke Kem Luis mengambil masa sungguh memenatkan, kerana kami terpaksa melalui empat batang anak sungai. Sebaik sahaja tiba di kawasan air terjun, iaitu Lata Luis, kami pun mamndi-manda.

12.00 tengah hari

Kami makan tengah hari di Lata Luis. Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Kem Luis. Kami berhati-hati sepanjang perjalanan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

3.00 petang

Kami tiba di Kem Luis, kami membersihkan badan daripada kekotoran. Kami berasa sungguh segar. Kemudian , kami mendirikan khemah.

9.30 malam

Selepas makan malam, kami tidur awal. Kami tidur dengan nyenyak kerana keletihan. Kami mahu mengumpulkan tenaga untuk meneruskan perjalanan ke Kem Kubang pada keesokkan pagi. Perjalanan tersebut akan mengambil masa kira-kira enam jam.

36. Sudah berapa kalikah penulis mendaki gunung itu ?

A Sekali

C Tiga kali

B Dua kali

D Empat kali

37. Berikut ialah cabaran yang ditempuhi oleh mereka kecuali

A gangguan daripada binatang yang berbisa.

B tempoh masa perjalanan yang lama.

C terpaksa melalui bukit yang curam.

D perjalanan yang mencabar.

38. Perkataan denai bermaksud

A lorong khas untuk orang cacat.

B lorong jalan kaki di dalam hutan.

C laluan kecil untuk bersiar-siar.

D lorong khas untuk haiwan di dalam hutan.

39. Berapa orangkah yang terlibat dalam cabaran mendaki gunung Tahan

kali ketiga ini ?

A Enam orang.

B Lima belas orang

C Dua puluh orang. D Tiga puluh orang sahaja

40. Pada pendapat kamu , apakah kebaikkan yang akan diperoleh dengan

menyertai aktiviti seperti ini ?

A Dapat menyelamatkan haiwan

B Dapat menyelamatkan Tumbuhan.

C Menguji daya tahan mental dan fizikal.

D Dapat makan makanan yang sedap.

Jawapan

1.A

2A

3B

4D

5A

6C

7A

8B

9B

10B

11C

12C

13A

14D

15A

16C

17D

18B

19A

20B

21B

22D

23D

24D

25D

26D

27A

28C

29D

30D

31B

32D

33A

34D

35A

36C

37A

38B

39C

40C

PEJABAT PELAJARAN DAERAH PETALING UTAMA

PASCA UPSR SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH PETALING UTAMA

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 011

OGOS 2013

50 MINIT

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.

2. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan kamu.

3. Bagi setiap soalan hitamkan satu ruangan yang disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.

Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

Soalan 1 - 20

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1 Mamat _________________ Wak Karim kerana kakinya cedera setelah terjatuh di dalam longkang.

A memimpin

B mendukung

C memapah

D memaut

2 Kesudian ____________ untuk mencemar duli di kampung ini membuatkan kita

berasa bangga, kata Ketua Kampung Damai kepada anak-anak buahnya.

A beta

B patik

C tuanku

D baginda

3 Kamal ____________ belum tidur walaupun hari sudah jauh malam.

A akan

B boleh

C masih

D sedang

4 _________________ hujan turun, mereka masih bermain bola sepak di padang.

A Sekiranya

B Tatkala

C Andaikata

D Sementara

5 Hamidun begitu ____________ mendengar ceramah itu hingga tidak sedar

begnya dicuri.

A lena

B pegun

C khusyuk

D khayal

6 Encik Johnson amat tertarik ____________ puisi yang disampaikan oleh Aini.

A dengan

B kepada

C pada

D oleh

7 Setem berharga tiga puluh sen dilekatkan ____________ sampul surat itu.

A di

B ke

C pada

D kepada

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8 Pekerja itu ____________ papan yang rosak dimakan anai-anai.

A mencabut

B mengumpil

C menarik

D mengopek

9 Akmal yang rajin macam _________________ telah dipilih sebagai ketua pasukan perkhemahan itu.

A anai-anai

B Semut

C kuda

D tikus

10 Encik Deraman telah dilantik sebagai ____________ dalam majlis persandingan

penyanyi terkenal itu.

A jurumudi

B jurucakap

C juruhebah

D juruacara

11 ____________ beradik itu memang pandai melukis.

A Dua

B Kedua

C Berdua

D Kedua-dua

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12 Baginda Sultan sedang _________________ pingat kebesaran ke dada ayah.

A melabelkan

B menampalkan

C menyematkan

D menggantungkan

13 Oleh sebab setiap hari mengadakan latihan kawat, suara ketua pasukan pengakap itu menjadi _________________ .

A merdu

B lunak

C mersik

D serak

Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.

14 Nek Siah _________________ daun pisang di atas bara api untuk dijadikan

pembungkus kuih koci.

A melayur

B menjemur

C membakar

D memanggang

15 Ubat gigi ____________ syarikat itu mendapat sambutan ramai.

A keluaran

B pengeluar

C pengeluaran

D mengeluarkan

16 Helmi ____________ dengan kawannya bagi menegakkan pendapatnya yang tidak relevan.

A bermasam muka

B bertegur sapa

C bertegang urat

D berkeras hati

17 Nasihat yang diberikan oleh Guru Disiplin kepada Zaidi _________________

kerana dia tetap melanggar peraturan sekolah.

A ibarat kambing dihalau ke air

B ibarat melukut di tepi gantang

C ibarat mencurahkan air ke daun keladi

D ibarat ketam mengajar anaknya berjalan betul

Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.

18 Ibu duduk _________________ semasa menanam pokok bunga di halaman rumah.

A bersila

B berlutut

C bertinggung

D berlunjur

19 _________________ Encik Zaquan anak jati Negeri Sembilan namun beliau tidak dibesarkan di sini.

A Walhal

B Oleh sebab

C Sungguhpun

D Tambahan pula

20 Zaidi berkejar ke arah Jehan dan Akil untuk meleraikan mereka yang sedang

bertumbuk.

Perkataan seerti bagi meleraikan ialah

A menanggalkan

B memisahkan

C menyatukan

D mendamaikan

21 Julia berasa gementar apabila namanya dipanggil untuk ditemu duga.

Perkataan berlawan bagi gementar ialah

A tabah

B takut

C yakin

D berani

Soalan 22 23

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

22 I Buku latihan Sani lega kerana dikoyakkan oleh adiknya.

II Kalau ada masa yang lega saya ingin berkunjung ke rumahnya.

III Hamdan berasa lega setelah selesai menduduki UPSR.

IV Dapur rumah saya lega kerana baru disambung.

A I dan III

B II dan III

C I, III dan IV

D II, III dan IV

23 I Adik ketakutan apabila mendengar deruan air hujan menimpa atap rumah.

II Hati Aida sayu mendengar berita bencana yang menimpa penduduk

Aceh.

III Perasaan rindu akan ibunya tiba-tiba menimpa hati Hasmi.

IV Lawatan ke Melaka dibatalkan kerana tarikhnya menimpa tarikh

peperiksaan.

A I dan II

B II dan III

C I dan IV

D III dan IV

24 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Apakah punca pencemaran bau di kawasan itu?

A Pencemaran bau di kawasan itu berlaku sejak minggu lepas.

B Pencemaran bau di kawasan itu semakin teruk sejak akhir-akhir ini.

C Pencemaran bau di kawasan itu menyebabkan penduduk tidak selesa.

D Pencemaran bau di kawasan itu disebabkan oleh sampah yang tidak dikutip.

25 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Dia kawan lama saya semasa di Terengganu. Jadi, pastilah saya mengenalinya.

A Bilakah kamu mengenalinya?

B Mengapakah kamu mengenalinya?

C Di manakah kamu mengenalinya?

D Bagaimanakah kamu mengenalinya?

Soalan 26 27

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

26 Vitamin dalam sayur-sayuran hijau baik untuk kesihatan.

A Vitamin yang sihat ada dalam sayur-sayuran hijau.

B Kesihatan yang baik terdapat dalam vitamin sayur-sayuran.

C Sayur-sayuran hijau yang menyihatkan mengandungi vitamin.

D Sayur-sayuran hijau mengandungi vitamin yang baik untuk kesihatan

27 Guru Besar yang telah mengilhamkan sebuah Taman Sains dibina

bersebelahan dengan kolam ikan.

A Bersebelahan Taman Sains dibina kolam ikan yang diilhamkan oleh Guru

Besar.

B Taman Sains yang telah diilhamkan oleh Guru Besar dibina di sebelah kolam

ikan.

C Taman Sains dan kolam ikan yang dibina bersebelahan adalah ilham Guru

Besar.

D Guru Besar telah membina Taman Sains yang diilhamkan oleh kolam ikan di

sebelahnya.

Soalan 28 30

Pilih ayat yang betul.

28A Bawalah apa sahaja makanan yang ada.

B Ambillah mana barang yang kamu suka.

C Sesiapapun tidak dibenarkan meninggalkan tempat itu.

D Seorang telah mengambil buku di atas meja itu.

29 I Azlan meninggalkan majlis itu di dalam kehampaan.

II Makanan yang disajikan oleh ibu masih belum berusik.

III Petani berasa bimbang bila hujan semakin lebat.

IV Kami terus terdiam apabila guru disiplin datang.

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

30 I Surihani lebih tinggi daripada Shafikah.

II Di hari minggu pantai Port Dickson penuh dengan orang ramai.

III Kita jangan sekali menghina orang yang miskin.

IV Kehijauan pepohon itu menyegarkan pandangan.

A I dan III

B I dan IV

C I, II dan IV

D II, III dan IV

Soalan 31 35

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Hujan lebat baru reda, namun nyanyiannya masih kedengaran di cucur atap. Kadir duduk meringkuk memeluk lututnya. Malam yang dingin itu bagai menggigit-gigit kulit dan tulangnya. Dalam cahaya pelita yang samar-samar itu, Kadir memerhatikan deretan adik-adiknya, Fikri, Azam dan Esah yang telah lama dibuai mimpi. Tiba-tiba hatinya sayu memikirkan hal mereka. Andai sesuatu terjadi kepada ayah, bagaimanalah nasib kita, dik? bisik hatinya.

Sudahlah Kadir, pergi kamu tidur, esok nak ke sekolah, pintas Mak Leha memutuskan lamunan Kadir.

Ke mana ayah pergi, mak? Dah tengah malam tak balik-balik. Bahaya ke hutan seorang diri, tanya Kadir kepada ibunya. Entahlah, agaknya kerana hujan lebat, dia berteduh di mana-mana. Sekejap lagi pulanglah dia. Pergilah tidur, biar mak saja yang

tunggu, kata Mak Leha sambil menyembunyikan kerisauannya yang semakin memuncak.

Kadir tak mahu tidur selagi ayah tak balik. Mak, Kadir tahu sejak akhir-akhir ini,

ayah bekerja keras untuk mengumpulkan duit persekolahan kami adik-beradik. Kasihan

ayah, kurus kering badannya. Kadir nak bekerja ayah tak izinkan. Petang tadi Kadir nak

mengikut ayah mencari rotan pun ayah tak izinkan, ujar Kadir lagi.

Kadir, kamu masih bersekolah. Tanggungjawab kamu belajar bersungguhsungguh. Tambahan pula, kamu akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Ayah kamu tidak mahu pelajaran kamu terjejas kerana menolongnya. Sebagai anak sulung, tunjukkan contoh yang terbaik untuk adik-adik kamu. Hidup kita susah, tutur Mak Esah lagi.

Tiba-tiba terdengar bunyi pintu diketuk orang. Kadir melompat bangun untuk membuka pintu. Di atas tangga terdampar seorang lelaki yang berlumuran darah. Kedua-dua beranak itu tergamam seketika sebelum menerpa orang yang mereka kasihi.

Ayah, apa yang berlaku? Kadir meraung melihat keadaan ayahnya.

Ayah diserang harimau di hutan tadi. Bawa ayah naik, ayah dah tak berdaya ni, Pak

Yop terketar-ketar menahan kesakitan.

31 Apakah yang sedang difikir oleh Kadir pada malam itu?

A Nasib adik-adiknya

B Keselamatan ayahnya

C Kemiskinan keluarganya

D Peperiksaan yang bakal menjelang

32 Ke manakah perginya Pak Yop?

A Mencari rotan di hutan

B Memburu haiwan di hutan

C Mencari akar kayu di hutan

D Memasang perangkap di hutan

33 Berapa orangkah adik beradik Kadir?

A Dua orang

B Tiga orang

C Empat orang

D Lima orang

34 Mengapakah badan Pak Yop kurus kering?

A Dia bekerja keras

B Dia ada penyakit

C Hatinya selalu risau

D Sering tidur lewat malam

35 Rangkai kata tunjukkan contoh yang terbaik kepada adik-adik kamu dalam petikan di atas merujuk kepada

A Kadir rajin membantu ayahnya mencari rezeki.

B Kadir mendengar nasihat ibunya.

C Kadir berbudi bahasa dengan adik-adiknya.

D Kadir berjaya dalam peperiksaan SPM.

Soalan 36 40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya.

KUALA LUMPUR, 2 Mac Penggunaan Bahasa Melayu kini semakin meluas dan diiktiraf di seluruh pelosok dunia. Hal ini terbukti apabila Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Timbalan Perdana Menteri 2012 yang berlangsung di sini dari semalam hingga 7 Mac ini, berjaya menarik penyertaan masyarakat dari enam benua.

Selain peserta dari Malaysia, peserta dari Indonesia, Singapura, Thailand, Pakistan, United Kingdom, Australia, Perancis, China, Itali, Jerman, Maldova, Republik

Chechz, Bosnia Herzegovina, Palestin, Belarus, Rusia dan Amerika Syarikat turut mengambil bahagian. Seramai 46 orang peserta iaitu 35 orang bagi kategori antarabangsa dan 11 orang bagi kategori nusantara menyertai pertandingan berkenaan yang dianjurkan untuk tahun yang ketiga. Menurut Encik Abdul Halim Ibrahim, Pengarah Urusan AG Bestari Event, syarikat yang mengendalikan pertandingan pidato itu, antara tujuan pertandingan ini diadakan untuk membantu para peserta lebih cekap bertutur. Selain itu, katanya, pertandingan ini dapat merapatkan hubungan para peserta dan negara yang mempunyai bangsa serta budaya berbeza melalui bahasa. Beliau berkata demikan ketika taklimat dan undian khas pertandingan di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya.

Bertemakan Pengantarabangsaan Bahasa Melayu, pertandingan itu dianjurkan

oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Penerangan. Bagi memilih para peserta, Kementerian Pelajaran Tinggi menghantar surat mengenai pertandingan ini kepada negara luar dan mana-mana universiti di negara berkenaan yang berminat menghantar wakil pelajar mereka menyertainya.

Setiap peserta perlu melalui saringan pidato mengikut tajuk yang dipilih oleh mereka. Empat orang juri akan memilih 10 orang peserta antarabangsa dan lima orang

peserta nusantara untuk bertanding di peringkat separuh akhir yang akan diadakan di Universiti Malaya. Seterusnya lima orang peserta antarabangsa dan tiga orang peserta nusantara pula akan memasuki peringkat akhir yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada hari Jumaat ini. Johan bagi setiap kategori akan membawa pulang piala pusingan, piala iringan dan wang tunai RM 10,983. Naib juara pula bakal memenangi piala iringan dan wang tunai RM 7,322. Manakala tempat ketiga memperoleh piala iringan dan wang tunai RM 3,661.

36 Siapakah penganjur Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala

Timbalan Perdana Menteri 2012?

A Timbalan Perdana Menteri dan Syarikat AG Bestari Event dan Kementerian

Pelajaran Tinggi

B Kementerian Penerangan, Kementerian Pelajaran Tinggi dan Syarikat AG

Bestari Event

C Syarikat AG Bestari Event, Kementerian Pelajaran dan Kementerian

Penerangan

D Kementerian Pelajaran Tinggi, Kementerian Pelajaran dan Kementerian

Penerangan

37 Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Timbalan Perdana

Menteri 2012 dibahagikan kepada

A satu kategori

B dua kategori

C tiga kategori

D empat kategori

38 Bagaimanakah cara pihak penganjur memilih para peserta yang ingin menyertai

pertandingan pidato tersebut?

A Iklan melalui akhbar

B Iklan melalui internet

C Menghantar surat kepada negara luar

D Pergi ke universiti setiap negara

39 Di manakah pertandingan akhir pertandingan tersebut dijalankan?

A Universiti Malaya

B Pejabat Syarikat AG Bestari Event

C Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya

D Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya

40 Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan.

A Semua pemenang akan menerima piala pusingan.

B Seramai 10 orang peserta akan bertanding pada peringkat akhir.

C Kali pertama pertandingan ini dijalankan pada tahun 2007.

D Dua peringkat perlu dilalui oleh setiap peserta sebelum menjadi juara.

KERTAS SOALAN TAMAT

SKEMA JAWAPAN1 C

2 D

3 C

4 B

5 C

6 A

7 C

8 B

9 B

10 D

11 D

12 C

13 D

14 A

15 A

16 C

17 C

18 C

19 C

20 D

21 C

22 B

23 A

24 D

25 D

26 D

27 B

28 D

29 C

30 B

31 B

32 A

33 C

34 A

35 D

36 D

37 B

38 C

39 D

40 D41 Soalan 1 hingga Soalan 1942 Isi tempat kosong jawapan yang paling sesuai.

43 Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

44 45 1Adik ketawa gembira ketika di__________________ oleh ibu.

46 Alambung

47 Btimang

48 Cjulang

49 Dtatang

50 2Acara sukan telah dimulai dengan acara perbarisan _______________ daripada pasukan yang mengambil bahagian.

51 Asalam hormat

52 Btanda hormat

53 Clintas hormat

54 Dtabik hormat

55 3Dalilah berasa sangat ______________ kerana permohonannya ke universiti ditolak sedangkan keputusan peperiksaannya sangat cemerlang.

56 Arisau

57 Bresah

58 Cmusykil

59 Dbimbang

60 4Keadaan ekonomi berubah ___________ tahap yang lebih baik.

61 Ake

62 Bdi

63 Cpada

64 Dkepada

65 5Apa _____________ yang hendak disedihkan, awak boleh cuba lagi pada tahun depan, kata Puan Harlina kepada Joo Lin.

66 Alah

67 Bkah

68 Cjua

69 Dpun

70 Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

71 72 6Pengawal keselamatan itu menyerahkan se______________ kunci kepada Encik Henrick.

73 Aikat

74 Bbilah

75 Cgemal

76 Dgugus

77 7Hartawan itu membelanjakan _____________ daripada hartanya untuk tujuan kebajikan.

78 Asemua

79 Bsegala

80 Cseparuh

81 Dsesetengah

82 8Ibu menyuruh kakak membuang ikan masin yang berbau ___________ itu.

83 Ahamis

84 Bhapak

85 Chanyir

86 Dhancing

87 Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

88 89 9Kakak membuka begnya lalu memberikan _____________ yang dibelinya di luar negeri kepada adik.

90 Aoleh-oleh

91 Bolek-olek

92 Colok-olok

93 Dondeh-ondeh

94 10Adalah tidak wajar _______________ memaksa dia hadir sedangkan dia sedang sakit.

95 Asementara

96 Bmalahan

97 Cbahawa

98 Duntuk

99 11______________ alihkan meja yang rosak itu ke belakang dewan ataupun pindahkan ke dalam stor.

100 ATolong

101 BJemput

102 CHarap

103 DSila

104 Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

105 106 12Pada musim tengkujuh, Pak Moin menghabiskan masa lapangnya dengan ______________ jalanya yang koyak.

107 Amenampal

108 Bmenyulam

109 Cmenyirat

110 Dmenjahit

111 13Kehidupan para petani di situ akan ___________ sekiranya kemarau berterusan.

112 Aterkandas

113 Bterbantut

114 Cterjamin

115 Dterjejas

116 14Beberapa orang daripada kumpulan pendaki gunung itu masih dalam perjalanan manakala yang lain telah sampai di_____________nya.

117 Asisi

118 Bpuncak

119 Chujung

120 Dbelakang

121 15 Biar ______________ bantu mak cik membawa barang-barang ini, kata Maizura dan Rozita kepada perempuan tua itu.

122 Akami

123 Bkita

124 Csaya

125 Ddia

126 Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.

127

128 16Pak Lamin _______________ kaya sangat tetapi pemurah orangnya.

129 Atak

130 Btidak

131 Cjangan

132 Dbukan

133 17Penjaja minuman dikehendaki _____________ daripada menggunakan pewarna yang tidak dibenarkan.

134 Aberhenti

135 Bberhentikan

136 Cmemberhenti

137 Dmemberhentikan

138 18Penggunaan komputer dalam kemajuan teknologi amat penting. _____________murid-murid digalakkan mempelajari cara menggunakannya.

139 AOleh sebab itu

140 BDi samping itu

141 CTambahan pula

142 DLebih-lebih lagi

143 19Hanya orang yang ____________ sahaja yang dapat menjawab teka-teki ini, kata Pak Belalang.144 Aserkap jarang

145 Btelinga lintah

146 Cotak udang

147 Dtajam akal

148 20Bil air, elektrik dan telefon boleh dijelaskan di pejabat pos.

149 Perkataan seerti bagi dijelaskan ialah150 Adikira

151 Bdibayar

152 Cdiambil

153 Ddihantar

154 21Tali yang digunakan untuk mengikat bendera itu agak kendur.

155 Perkataan berlawan bagi kendur ialah

156 Apadat

157 Bkukuh

158 Ctegang

159 Drenggang

160 Soalan 22 dan Soalan 23

161 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.162 22IMakanan ringan itu dibuat dengan menggunakan ramuan asli sahaja.

163 IICerpen yang tersiar dalam majalah itu merupakan karya asli Mia Syatira.

164 IIIOrang Iban ialah penduduk asli negeri Sarawak.

165 IVWajah Adila kelihatan asli walaupun dia berdarah campuran.

166 AI dan II sahaja

167 BIII dan IV sahaja

168 CI, II, dan III sahaja

169 DI, II, III, dan IV sahaja

170 23IDia tidak dapat penuh janjinya.

171 IIKedai kain itu penuh sesak oleh orang ramai.

172 IIIPerasaannya penuh ketika mendeklamasikan sajak itu.

173 IVSekiranya saya mengambil cuti, tentu gaji saya tidak penuh.

174 AI dan III sahaja

175 BII dan IV sahaja

176 CII dan III sahaja

177 DII, III dan IV sahaja

178 24Pilih jawapan yang sesuai betul bagi ayat tanya yang diberikan.

179 Apakah yang merungsingkan fikiran kamu?

180 AFikiran saya rungsing kerana kekurangan belanja.

181 BFikiran dia rungsing kerana kekurangan belanja.

182 C Ya, fikiran saya rungsing kerana kekurangan belanja.

183 DSaya mengurangkan belanja kerana fikiran saya runsing

184 25Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan di bawah.

185 Mangsa kemalangan itu cedera parah di kepala dan patah tulang selangka.

186 ASiapakah yang terlibat dalam kemalangan ngeri itu?

187 BMengapakah mangsa kemalangan itu cedera parah?

188 CBagaimanakah keadaan mangsa kemalangan itu?

189 DDi manakah kemalangan ngeri itu berlaku?

190 Soalan 26 dan Soalan 27

191 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

192 26Kakak, tolong ajarkan saya cara-cara menjawab soalan Matematik ini, kata Johnny kepada Angelina.

193 AJohnny mengajar Angelina tentang cara-cara untuk menjawab soalan Matematik itu.

194 BJohnny meminta Angelina mengajarnya cara-cara menjawab soalan Matematik itu.

195 CJohnny mengadu kepada Angelina bahawa soalan Matematik itu perlu dijawabnya.

196 DJohnny memberitahu Angelina bahawa dia tidak faham akan soalan Matematik itu.

197 27Persatuan Pengguna memberi amaran kepada pengusaha ayam supaya tidak menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.

198 AHarga ayam tidak sewenang-wenangnya dinaikkan oleh Persatuan Pengguna yang diberi amaran oleh pengusaha ayam.

199 BPersatuan Pengguna dan pengusaha ayam diberi amaran supaya tidak menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.

200 CAmaran diberi kepada pengusaha ayam agar tidak menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.

201 DPengusaha ayam diberi peringatan keras oleh Persatuan Pengguna agar tidak menaikkan harga ayam sesuka hati.

202 Soalan 28 - 30

203 Pilih ayat yang betul.

204 28ASebahagian daripada wangnya didermakan kepada anak-anak yatim.

205 BBudak itu belum menyanyi dengan baik dalam persembahan itu.

206 CBila tiba musim panas, daun-daun akan berguguran.

207 DSemua pelajar akan memakai lencana sekolah.

208 29IPihak sekolah saya telah mengadakan mini sukan.

209 IIIbu membeli keledek goreng di gerai Pak Karim.

210 IIIJuliana minum jus oren bersama rakan-rakannya.

211 IVPenghawa dingin di bilik guru itu sudah rosak.

212 AI dan II sahaja

213 BI dan IV sahaja

214 CII dan III sahaja

215 DIII dan IV sahaja

216 30ISutinah berasal dari Sandakan.

217 IISetelah menjamu selera, semua tetamu-tetamu pulang ke rumah.

218 IIIBerbagai-bagai projek pembangunan telah diadakan di daerah itu.

219 IVPihak bomba bergegas ke tempat kebakaran setelah menerima panggilan kecemasan.

220 AI dan II sahaja

221 BII dan III sahaja

222 CI, III, dan IV sahaja

223 DI, II, III, dan IV

Soalan 31 - 35

224 Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

225 226 Terdengar loceng jam berdering, Khairul segera bangun. Dia terus mengemas bilik tidur lantas membersihkan diri dan bersedia untuk solat. Di dapur, ibunya sedang menyediakan sarapan untuk mereka sekeluarga.

227 Semasa bersarapan, tiba-tiba Khairul bertanya, Ibu, boleh Khairul membeli pakaian sukan yang baharu? Dia menoleh ke arah ibu memohon persetujuan.

228 Ibu fikir tak perlu, nak. Baju sukan tahun lepas masih elok lagi. Kita perlu berhemah untuk berbelanja. Kita juga harus melihat kemampuan kita dalam berbelanja, jelas ibunya.

229 Khairul akur dengan arahan ibunya. Dia terus melakukan tugasan rutinnya membantu ibu mengikat sayur-sayuran yang telah dipetik petang semalam. Selepas ini, dia akan menuntun basikal yang sarat dengan sayuran itu bersama ibunya ke pasar tani.

230 Puan Mariah sentiasa melatih anak-anaknya agar berdikari. Beliau mahu anak-anaknya faham erti kepayahan hidup. Walaupun bergelar ibu tunggal, Puan Mariah tidak pernah menagih simpati daripada sesiapa. Ada sahaja kerja yang dilakukan untuk menambah pendapatan keluarganya.

231 Ketiga-tiga anaknya ringan tulang dan sentiasa membantu ibu mereka. Beliau amat tegas dalam mendidik anak-anak. Baginya, disiplin mampu membentuk keperibadian mereka.

232 Kerja sekolah anak-anaknya sentiasa dipantau bagi memastikan mereka menyiapkannya. Hasilnya, anak-anaknya sentiasa cemerlang dalam pelajaran. Puan Mariah bersyukur atas rahmat kurniaan Allah ini.

233 31Ibu Khairul tidak bersetuju membeli baju sukan yang baharu kerana

234 AKhairul tidak cukup wang.

235 Bbaju Khairul masih boleh digunakan.

236 CPuan Mariah ibu yang berhemah tinggi.

237 DKhairul suka membazirkan wang simpanan.

238 32Kita juga harus melihat kemampuan kita dalam berbelanja, jelas ibunya.

239 Petikan di atas bersesuaian dengan peribahasa ini.

240 ABagaimana acuan begitulah kuihnya

241 BSeperti ayam disambar helang.

242 CUkur baju di badan sendiri.

243 DBagai api dalam sekam.

244 33Yang berikut ialah sikap ibu Khairul kecuali245 Ategas

246 Bgarang

247 Cberdikari

248 Dberdisiplin

249 34Perkataan rutin bermaksud

250 Alazim

251 Bharian

252 Csesekali

253 Dkeperluan

254 35Pernyataan berikut benar tentang anak-anak Puan Mariah.

255 AKesemua anaknya mementingkan diri sendiri.

256 BSentiasa menagih simpati dan bantuan orang ramai.

257 CRajin membantu untuk meringankan beban ibu mereka.

258 DGemar meminta sesuatu di luar kemampuan keluarganya.

259 Soalan 36 - 40

260 Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

261 262 Selasa, 30 Mac 2010

263 8.30 pagi

264 Sebelum sesi latihan dimulakan, ketua jurulatih negara memberi taklimat untuk menaikkan semangat pemain-pemain negara. Latihan ini dimulakan dengan cara memanaskan badan seperti berjoging keliling gelanggang, tekan tubi, lari ulang-alik, dan lain-lain lagi.

265 9.00 pagi

266 Sesi latihan bermula. Pemain perseorangan dan pemain beregu diasingkan. Untuk pemain perseorangan latihan lebih diberikan kepada kepantasan membalas bola lawan. Latihan ini dikendalikan oleh jurulatih kebangsaan negara iaitu Misbun Sidek. Bagi pemain-pemain beregu pula, jurulatih kebangsaan memberi penekanan kepada corak permainan berpasukan. Pemain-pemain beregu diajar cara memukul bola bergilir-gilir. Hal ini perlu agar tidak berlaku kekeliruan semasa menghadapi pihak lawan nanti.

267 12.00 tengah hari

268 Pemain-pemain berhenti rehat dan makan tengah hari. Sebelum latihan diteruskan, kelemahan-kelemahan yang dilihat sewaktu latihan mendapat teguran daripada jurulatih.

269 2.00 petang

270 Latihan disambung semula. Latihan kali ini tertumpu kepada latihan menghadapi acara sebenar. Setiap pemain menjalani latihan antara satu sama lain.

271 4.00 petang

272 Latihan tamat.

273 36Siapakah Misbun Sidek?

274 APemain beregu negara.

275 BPemain perseorangan negara.

276 CJurulatih pemain beregu negara.

277 DJurulatih pemain perseorangan negara.

278 37Pemain-pemain diperuntukkan waktu rehat selama berapa lama?

279 A1 jam

280 B2 jam

281 C3 jam

282 D4 jam

283 38Sebelum sesi latihan bermula, pemain-pemain

284 Amendapat teguran jurulatih kerana kelemahan.

285 Bdiberi taklimat untuk menaikkan semangat.

286 Cmembuat latihan memanaskan badan.

287 Ddiberi taklimat oleh penolong jurulatih.

288 39Perkataan taklimat dalam petikan bermaksud

289 Apenerangan

290 Bpernyataan

291 Cpengumuman

292 Dpemberitahuan

293 40Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.

294 A Pemain beregu diberi penekanan kepada corak permainan.

295 BPemain perseorangan dan pemain beregu diasingkan sewaktu latihan

296 CPemain perseorangan diberi penekanan kepada latihan kepantasan membalas bola lawan.

297 DSelepas sesi latihan, Misbun Sidek memberikan taklimat untuk menaikkan semangat pemain-pemain negara.

298 DISEDIAKAN OLEH :........................................................

299

(MONA LIZA BINTI NOORDIN)

300 GURU MENGAJAR B. MELAYU

301 DISEMAK OLEH :........................................................

302

(NORMAH BINTI KASIM)

303

KETUA PANITIA BAHASA MELAYU

304 DISAHKAN OLEH :...................................................................................................

305

(AZNI BINTI NORDIN)

306

PENOLONG KANAN SK SEKSYEN 6 KOTA DAMANSARA

307 TANDATANGAN IBU BAPA / PENJAGA :............................................

308 SKIMA JAWAPAN

309 1.B

21.C

310 2.C

22.A

311 3.C

23.B

312 4.D

24.A

313 5.A

25.C

314 6.D

26.B

315 7.C

27.D

316 8.B

28.A

317 9.A

29.C

318 10.D

30.C

319 11.A

31.B

320 12.C

32.C

321 13.D

33.B

322 14.B

34.A

323 15.A

35.C

324 16.B

36.D

325 17.C

37.B

326 18.A

38.B

327 19.D

39.A

328 20.B

40.D

329 Disediakan oleh:

330 (MONA LIZA BT. NOORDIN)

Soalan 1 hingga 20.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Ayuh Laksamana, bawalah _____________bersama ke Gunung Ledang itu. kata baginda sultan kepada Hang Tuah.

A. Tuan hamba

B. hamba

C. patik

D. beta

2. Jamaludin adalah ketua pengawas di sekolah saya. _____________________ juga seorang atlet yang hebat.

A. Dia

B. Kami

C. Beliau

D. Mereka

3. Seorang kanak-kanak perempauan dilaporkan telah diculik. __________________, pihak polis giat mengadakan sekatan jalan raya.

A. Ekoran itu

B. Namun begitu

C. Selain itu

D. Tambahan pula

4. Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4. Tangan Haikal __________________ untuk memetik buah rambutan di dahan itu.

A. terhulur-hulur

B. tergapai-gapai

C. terketar-ketar

D. tercapai-capai

5. Gerakan menyelamatkan mangsa tanah runtuh di Cameron Highlands tetap ____________________ walaupun dalam keadaan hujan lebat.

A. hebat

B. terhebat

C. diperhebat

D. diperhebatkan

6. Penjenayah yang _______________ itu akhirnya berjaya diberkas pihak berkuasa.

A. gopoh

B. licik

C. goyah

D. lincah

7. Kapal dagang itu ______________ di jeti tersebut untuk memunggah barangan yang dibawanya.

A. bersantai

B. berlabuh

C. berhenti

D. mendarat

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

8. Puan Ana meletakkan lima___________________ bunga cengkih dan beberapa ______________ lada hitam ke dalam piring itu untuk dijadikan rencah sup.

A. gugus.............. tangkai

B. butir.................jambak

C. kuntum.......... butir

D. kuntum.......... biji.

9. Guru displin telah mengenal pasti ____________ orang murid yang kerap hadir lewat ke sekolah.

A. para

B. semua

C. sekalian

D. segelintir.

10. Faizal membawa dua __________________ joran ke sungai sambil membimbit beg yang berisi lima ___________________ mata kail.

A. bilah............kaki

B. kaki.............bentuk

C. rawan...........biji

D. batang...........bentuk

11. Sebaik sahaja turun dari kapal terbang, pelancong itu ______________________ melihat keindahan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

A. terperanjat

B. tersentak

C. terkejut

D. terpegun

12. ___________________majlis menjemput Tuan Guru Besar untuk menyampaikan ucapan.

A. Juruacara

B. Juruhebah

C. Juruulas

D. Jurucakap

13. ____________________ majlis pada hari itu dimulai dengan bacaan ikrar oleh murid-murid tahun 6.

A. Ucapan utama

B. Reka cipta

C. Temu duga

D. Atur cara.

14. Semua anak murid Cikgu Safee sayang kepada beliau walaupun air mukanya seperti ____________________________tetapi beliau sangat baik hati.

A) golok kayu

B) senapang bambu

C) singa lapar

D) pucat lesi

15. Encik Mazlanlah yang menjadi _____________ dalam projek khidmat masyarakat itu.

A. paku belanda

B. tulang belakang

C. lintah darat

D. lipas kudung

16. Para penonton _______________ keluar dari dewan untuk menyelamatkan diri masing-masing.

A. bertubi-tubi

B. bergilir-gilir

C. berasak-asak

D. bersama-sama

17. Pak Mat memasang ______________________ di sawahnya untuk menghalau burung yang sering makan padi yang sedang menguning.

A. orang-orang

B. awak-awak

C. patung-patung

D. topeng-topeng

18. Bunyi __________________ yang nyaring pada waktu senja menambahkan perasaan gementar kami.

A. kelip-kelip

B. kunang-kunang

C. sibur-sibur

D. riang-riang

19. Kalau ada sumur di ladang boleh saya menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi.

Pilih perkataan seerti bagi sumur.

A. sungai

B. kolam

C. telaga

D. wadi

20. Mengapa pelik sangat memandang budak itu; dia meamang orang Melayu tulen.

Pilih perkataan berlawanan bagi tulen.

A. Palsu

B. Kacukan

C. Sejati

D. Tiruan

Soalan 21- 22

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

21. I. Mereka telah diajar cara pemanduan yang betul.

II. Cara majlis itu telah dimulai dengan bacaan doa.

III. Majlis itu disiarkan cara langsung dari Studio 1.

IV. Cara budak itu berjalan betul-betul seperti tentera.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

22. I. Orang yang ditangkap itu mengikut ajaran sesat.

II. Farhan mengikut jalan balak untuk meredah hutan.

III. Kamil mengikut kelas agama itu, untuk memantapkan dirinya.

IV. Mengikut kata datuk, hutan itu dipenuhi pelbagai herba yang berkhasiat.

A. I dan II

B. II dan IV

C. I dan IV

D. III dan IV

23. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah

Apakah yang dilakukan oleh Encik Karim di pasar raya itu?

A. Encik Karim bekerja sebagai jurujual di pasar raya itu.

B. Beliau menguruskan pembelian barangan untuk pasar raya itu.

C. Saya difahamkan, Encik Karim memang bekerja di pasar raya itu.

D. Pasar raya itu memang memerlukan orang yang rajin seperti Encik Karim.

24. Siapakah yang berada di kelas ketika loceng untuk perhimpunan dibunyikan Ali?

A. Saya lihat, Fazli yang membunyikan loceng itu, cikgu.

B. Semua murid berada di dataran perhimpunan, cikgu.

C. Setahu saya hanya Husin dan Amran berada di kelas, cikgu.D. Sesiapa pun tidak dibenarkan berada di kelas ketika loceng dibunyikan,

Cikgu

Pilih ayat sama maksud bagi soalan 25 26

25. Sampan itu didayung oleh Pak Mail ke tebing kerana arus sungai terlalu deras

APak Mail didayung sampan ke tebing sungai kerana arus sungai terlalu

deras

B Pak Mail mendayung sampan ke tebing sungai kerana arus sungai terlalu

deras

C Arus sungai deras didayung oleh sampan Pak Mail ke tebing sungai

D Sampan mendayung Pak Mail ke tebing kerana arus sungai deras

26. Azri, kamu terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan pidato peringkat Daerah. kata Cikgu Fauziah.

A. Cikgu Fauziah memberitahu mereka bahawa Azri telah terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan pidato

B. Cikgu Fuziah memberitahu Azri bahawa dia telah terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan pidato peringkat Daerah.

C. Azri memberitahu Cikgu Fauziah bahawa dia adalah salah seorang peserta yang akan meawakili seklah dlam pertandingan pidato.

D. Cikgu Fauziah memberitahu bahawa dia dan Azri akan mewakili sekolah dalam pertandingan pidato peringkat Daerah.

27-30 pilih ayat yang betul

27. A. Najihah membeli dua setengah kilogram gula

B. Di dalam keadaan ribut itu beberapa rumah tercabut atapnya

C. Raju mendapat kecederaan pada lutut semasa bermain hoki

D. Oleh kerana hari hujan Rizal tidak dapat ke sekolah

28. i. Pekerja yang suka cur tulang itu tidak kawan saya.

ii. Tiap orang murid perlu ada buku peraturan sekolah.

iii. Yusrina amat sayang akan kucing peliharaannya itu.

iv. Bangun sahaja daripada tidur, adik terus mencari ibu.

A. i dan ii

B. i dan iii

C. ii dan iv

D. iii dan iv

29. i. Buku cerita itu sudah saya baca.

ii.Lukisan mural itu dia lukis

iii.Kain baju itu telah dilipat olehnya

iv. Sampah sarap di dalam kelas itu mereka bersihkan

A. i dan iii

B. i dan iv

C. ii dan iii

D. ii dan iv

30. A. Semua buku-buku itu disusun dengan rapi

B. Penternak ayam itu menternak ayam secara besar.

C. Bas kilang yang menuju ke Shah Alam itu padat dengan penumpang

D. Hassan tidak pulang langsung ke kampung untuk menjenguk kedua orang tuanya.

Soalan 31-35 berdasarkan petikan

Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Rumah batu dua tingkat itu benar-benar sepi bagaikan rumah yang baru ada kematian. Ini sungguh mencemaskan Murni. Serta merta dia memandang wajah ibunya yang berbaring di katil buruk tidak jauh dari bangku duduknya. Ibunya belum lagi. Memang susah ibu tua itu melelapkan matan. Kadang-kadang hingga hamper pagi baru dia memejamkan mata. Penyakit itu baru sahaja menimpa ibu Murni. Bermacam-macam masalah bersarang dalam otak gadis kecil ini. Persoalan-persoalan yang sedia ada belum lagi dapat diselesaikannya.Otaknya sedang bekerja keras, bagaikan hendak pecah tempurung kepalanya. Soal berhenti sekolah dan mencari kerja sebagaimana yang dicadangkan oleh Mak Atun, orang gaji Encik Haris yang baru itu sudah diputuskan. Namun hatinya berat

untuk meninggalkan tangga Maktab Melayu yang mempunyai sejarah dalam hidupnya. Keadaan memaksa dia membuat keputusan itu kerana kesihatan ibunya amat memerlukan pengorbanan daripadanya. Dia sakit sekarang. Dia memerlukan ubat. Dia memerlukan makanan yang baik-baik. Dia memerlukan rehat secukupnya. Inilah yang menyebabkan Murni selalu mencurahkan air mata dan bertekad untuk mencari kerja. Tetapi keputusannya itu belum disampaikannya kepada ibu. Dia bimbang ibunya ya ng sedang terlantar di katil usang di sudut bilik kecil rumah Encik Haris itu terkejut. Selama ini ibu tua itulah yang mendorong dia belajar supaya sampai ke universiti seperti anak-anak rumah itu. Kenapa mak belum tidur lagi? Ibu tua itu tersenyum nipis, kemudian menjawab, Bukan aku sengaja tak mahu tidur, Murni. Kurang tidur menggangu kesihatan mak. Emak terlalu banyak berfikir agaknya. Entahlah, Murni. Mak ni sakit. Kau bersekolah. Mana mak nak mencari duit untuk belanjamu? Emak kasihan melihatmu. Emak sedih tak dapat memenuhi tanggungjawab emak. Kata-kata itu mati di situ sahaja. Hatinya terbuku. Murni tunduk. Tidak disedarinya air jernih sudah membasahi pipinya. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini air jernih yang panas itu mudah benar keluar. Kata -kata ibunya sungguh mengusik hati. Betapa mulianya hati ibu. Betapa besarnya pengorbanan ibu. Betapa luhurnya hati ibu. (Petikan novel Badai Semalam, Khadijah Hashim.)

31. Di mana Murni dan ibunya tinggal?

A Rumah pusaka ibunya

B Bilik kecil rumah Haris

C Bilik sewa berhampiran rumah Encik Haris

D Rumah peninggalan ayahnya

32 Berikut adalah punca-punca ibu Murni sukar untuk melelapkan mata kecuali

A memikirkan masalah Murni

B memikirkan penyakit yang dihadapinya

C memikirkan masalah kewangan yang dihadapinya

D takut akan kehilangan Murni

33 Pada pendapat anda, apakah tindakan Murni untuk mengatasi masalahnya,

berpandukan teks

A Meminjam wang dari Encik Haris

B Berhenti sekolah untuk bekerja

C Hanya berserah kepad Tuhan

D Mengambil alih tugas ibunya sebagai pembantu rumah di rumah Encik

Haris

34 Berdasarkan petikan cerita, Murni adalah seorang yang

A mementingkan diri sendiri

B mudah berputus asa

C berpendirian tegas

D bertanggungjawab

35 Rangkai kata sungguh mengusik dalam petikan di atas bermaksud

A menyentuh perasaan

B memendam rasa

C mencuit hati

D mudah terasa hati

Soalan 36 hingga soalan 40

Baca surat kiriman di bawah, kemudian jawab solan-soalan berikutnya.

Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,

Sekolah Kebangsaan Rahang,

70100 Seremban, NSDK,

Seremban. 15 April 2001

Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu,

Sekolah Kebangsaan Desa Chempaka,

71800 Nilai, NSDK,

Seremban.

Tuan,

Pertandingan Mengarang Antara Sekolah-Sekolah

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Bahasa Sekolah Kebangsaan Taman

Murni akan menganjurkan pertandingan mengarang peringkat sekolah rendah

daerah Seremban. Pertandingan tersebut akan berlangsung pada 24 Mei 2001

bertempat di dewan seklah ini.

2. Sehubungan itu, untuk makluman dan tindakan tuansaya dengan hormatnya menjemput seorang peserta Tahap Dua hari sekolah tuan untuk menyertai pertandingan ini.

3. Pihak penganjur akan menyediakan dua buah tajuk karangan untuk pertandingan tersebut. Tajuk-tajuk itu akan dimaklumkan semasa pendaftaran pada hari pertandingan. Masa yang diperuntukan untuk setiap peserta ialah selama 40 minit.

4. Peserta hanya dikehendaki membawa alat tulis sahaja. Keperluan-keperluan lain akan disediakan oleh pihak penganjur.

5. Pihak kami menyediakan hadiah-hadiah berupa wang tunai dan sijil penyertaan kepada pemenang yang berjaya. Hadiah-hadiahnya adalah seperti berikut, johan (rujuk Pn. Maznah-missing text) tunai sebanyak RM 50.00 dan sijil penyertaan, naib johan enerima RM 40.00 dan sijil penyertaan, tempat ketiga menerima RM 30.00 dan sijil penyertaan. Lima pemenang hadiah sagu hati pula akan menerima wang tunai sebanyak RM 10.00 setiap seorang beserta sijil penyertaan. Peserta yang tidak berjaya akan menerima sijil penyertaan sahaja.

6. Sila nyatakan persetujuan tuan berhubung dengan jemputan ini berserta dengan nama wakil dari sekolah tuan kepada setiausaha seminggu sebelum pertandingan. Kerjasama daripada pihak tuan sangat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

Nadia Husna

(NADIA HUSNA BT. KHALID)

Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,

Sekolah Kebangsaan Taman Murni

36 Surat ini ditulis lepada

A Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Rahang

B Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Desa

Chempaka

C Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Desa

Chempaka

D Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Rahang

37 Apakah tujuan surat ini ditulis?

A untuk meminta Sekolah Kebangsaan Desa Chempaka menyediakan tajuk

karangan.

B untuk menjemput wakil Sekolah Kebangsaan Desa Chempaka mengambil

bahagian dalam pertandingan mengarang.

C Untuk menjemput wakil Sekolah Kebangsaan Rahang mengambil

bahagian dalam pertandingan mengarang.

D untuk memberitahu bahawa Sekolah Kebangsaan Desa Chempaka akan

menganjurkan pertandingan syarahan.

38 Berikut adalah peserta yang layak menyertai pertandingan ini kecuali

A Murni Ismail, murid Tahun 5, Sekolah Kebangsaan Rahang.

B Ahmad Danial Abdullah, murid Tahun 3, Sekolah Kebangsaan Chempaka.

C Ganesh Rajan, murid Tahun 6, Sekolah Kebangsaan Rahang.

D Kevin Lim, murid Tahun 4, Sekolah Kebangsaan Desa Permai, Seremban.

39 Berapakah jumlah wang tunai yang disediakan oleh pihak penganjur dalam

pertandingan ini?

A RM 120.00

B RM 150.00

C RM 130.00

D RM 170.00

40 Bilakah tarikh akhir untuk setiap sekolah menghantar surat persetujuan mereka

menyertai pertandingan ini?

A 16 Mei 2001

B 17 Mei 2001

C 18 Mei 2001

D 19 Mei 2001

SULIT

50 MINIT SK.SATU SULTAN ALAM SHAH

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

KERTAS 1

(Lima Puluh Minit )

Kertas ini mengandungi 40 soalan. Setiap soalan diikuti empat pilihan jawapan iaitu A, B, C, dan D. Pilih salah satu jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 hingga soalan 20

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1. __________ akan melaksanakan perintah Tuanku,. kata Hang Tuah kepada Sultan

Melaka.

A Patik

B Beta

C Pacar

D Hamba

2. Azizul tidak dibenarkan ke padang selagi kerja sekolahnya belum _________ .

A tamat

B selesai

C habis

D cukup

3. Fatihah merupakan satu-satunya murid perempuan yang _________ bersilat.

A bijak

B petah

C jujur

D handal

Soalan 4 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

4. Bendahara Tun Perak ________ ketika menghadap Sultan Melaka.

A mengangkat tabik

B mengangkat sumpah

Cmengangkat sembah

D mengangkat tangan

5. Puan Kamsiah menyapu _______ yang gugur dari pokok di halaman rumahnya.

A bebawang

B dedaun

Crerumput

D rerambut

6. ______________ paras air semakin naik, banyak penduduk Kampung Lembah Rahmat diarahkan berpindah.

A Namun begitu

B Dengan itu

C Oleh sebab

D Justeru

7. Sate biasanya dimakan dengan kuah kacang dan ketupat. _____________, ada juga

penggemar-penggemar sate memakannya dengan sambal tumis sahaja.

A Sungguhpun begitu

B Selepas itu

C Dengan itu

D Kemudian

Soalan 8 berdasarkan Gambar 2

8. Ada bertimbun-timbun sekam padi ____________ di tepi kilang itu.

A longgokan

B melonggok

C dilonggokkan

D terlonggok

9. Saerah tidak menyedari kedatangan neneknya kerana dia terlalu _________

membaca buku cerita yang ditulis oleh penulis kegemarannya.

A ghairah

B asyik

C khusyuk

D tekun

10. Hasil tani itu patut kita simpan untuk kegunaan semasa susah. Bak kata pepatah

__________.

A bagai kambing diseret ke air

B menangguk di air keruh

C sediakan payung sebelum hujan

D bagai isi dengan kuku

Soalan 11 berdasarkan Gambar 3

11. Baju itu tidak dapat dipakai oleh Johan kerana sudah ____________.

A ketat

B labuh

C pudar

D kabur

12. _________ adik-adikku, dengarlah kata ibu bapa kita, kata Dang Anum.

A Aduh

B Aduhai

C Oh

D Wahai

Soalan 13 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4

13.Kedua- dua hulubalang itu __________ bermain senjata.

A deras

B gopoh

C kuat

D cekap 14. Aiman telah memenangi ___________ acara yang disertainya semasa temasya

sukan yang diadakan di sekolahnya.

A segala

B semua

C seluruh

D sekalian

15. _____________ orang anaknya belajar di menara gading.

A Ketiga

B Bertiga

C Ketiga-tiga

D Bertiga-tiga

Soalan 16 berdasarkan Gambar 5

16.Rumah yang besar itu kelihatan __________kerana sudah lama tidak didiami

orang.

A baru

B tegap

C usang

D hodoh17. Keluarga Maria menjaga __________ nya itu seperti anaknya sendiri.

A anak emas

B anak angkat

C anak kandung

D anak gaharu

18. _________________ peliharaan Pak Samad telah dihalau masuk ke kandang.

A Jentik-jentik

B Pijat-pijat

C Umang-umang

D Biri-biri

Soalan 19 berdasarkan Gambar 6

Gambar 619. Para pekerja sedang mencantas reranting pokok di sepanjang jalan itu.

Perkataan seerti bagi perkataan bergaris ialah

A mengerat

B memotong

C memangkas

D mencencang

20. Rumah saya terletak di suatu kawasan yang berbukit.

Perkataan berlawan bagi berbukit ialah

A berpaya

B rata

C berlekuk-lekak

D berteresSoalan 21 hingga Soalan 23

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

21. I Selepas hujan, banyak kabur di udara.

II Pandangannya kabur apabila terkena serbuk itu.

III Agak payah untuk mencari jalan keluar dalam keadaan cuaca yang kabur ini.

IV Kami berharap agar permintaan kami akan kabur juga.

A I dan II sahaja

B II dan III sahaja

C I, II dan IV sahaja

D II, III dan IV sahaja

22. I Kejohanan sukan sekolah saya telah diadakan pada minggu lalu. II Adik tidak lalu makan kerana terlalu letih setelah menjalani latihan sukan..

III Mazidah lalu datang ke sekolah walaupun tertinggal bas.

IV Hazida menanggalkan kasut lalu masuk ke makmal komputer .

A I dan II sahaja

B I, II dan III sahaja

C I, II dan IV sahaja

D !, II, III dan IV

23.I Hashim menerima cenderamata berupa buah-buahan ketika dia terlantar di hospital akibat kemalangan.

II Walaupun cenderamata itu kecil tetapi amat bermakna kepada Cikgu Hanim.

III Guru Besar sekolah Jamal menyampaikan cenderamata kepada perasmi sukan

sekolah kami.

IV Selain alat tulis, kedai itu juga menjual cenderamata .

A I dan II sahaja

B I, II dan III sahaja

C I, III dan IV sahaja

D II, III dan IV sahaja

24. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Adakah kamu bersetuju dengan cadangan saya?

A Ya, cadangan itu amat baik untuk kebaikan semua.

B Tidak, tidak banyak yang memberikan cadangan.

C Ya, sila serahkan cadangan kamu itu dengan segera.

D Ya, saya akan mengkaji dahulu cadangan kamu itu.

25. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Tapai ini dibuat daripada ubi kayu dan sedikit ragi.

A Mengapakah tapai ubi ini dibuat?

B Siapakah yang membuat tapai ubi kayu ini?

C Di manakah kamu membeli tapai ubi kayu ini?

D Tapai ini dibuat daripada apa?

26. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Pasukan pengakap itu sedang mendirikan khemah masing-masing.

A Bagaimanakah pasukan pengakap itu mendirikan khemah?

B Berapakah jumlah ahli pengakap yang mendirikan khemah ?

C Siapakah yang mendirikan khemah-khemah ini ?

D Bilakah khemah-khemah ini didirikan oleh pasukan pengakap itu ?

Soalan 27 dan Soalan 28

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

27. Pembuangan sampah yang tidak terkawal akan menjejaskan keindahan alam.

A Keindahan alam akan terjejas sekiranya sampah dibuang merata-rata.

B Sampah akan dikawal sekiranya keindahan alam terjejas.

C Keindahan alam akan terkawal sekiranya sampah dibuang secara teratur.

D Alam yang indah akan terjejas sekiranya pembuangan sampah tidak terkawal.

28. Pasukan kita akan menang jika semua pemain berlatih dengan bersungguh- sungguh.

A Demi kemenangan, semua pemain mesti berlatih dengan bersungguh-sungguh.

B Dengan berlatih bersungguh-sungguh, pasukan kita boleh menang.

C Semua pemain pasukan kita akan menang jika kita berlatih berlatih dengan

bersunggug-sungguh.

D Untuk memastikan kemenangan, semua pemain hendaklah berlatih bersungguh-sungguh.

Soalan 29 hingga Soalan 30

Pilih ayat yang betul

29. A Bukan dia yang makan kuih kuaci kamu.

B Saya tidak seperti yang kamu sangkakan.

C Saya bukan dapat menandingi peserta itu.

D Nazrin bukan tahu apa-apa yang berlaku.

30. A Gerai Ali menjual goreng pisang pada Hari Kantin di sekolahnya.

B Sekumpulan pengakap menaiki mini bas menuju ke lokasi perkhemahan.

C Hafizudin merasa berdebar menunggu keputusan UPSR diumumkan

D Jemput-jemput lebih sedap dimakan jika dicicah dengan sos cili.

Soalan 31 hingga Soalan 35.

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Di Malaysia terdapat banyak tempat pelancongan yang menarik. Antara tempat yang sering dikunjungi ialah hutan rekreasi, bukit peranginan, pulau-pulau, tasik-tasik dan tempat-tempat bersejarah.Kita dapat mengenali keindahan flora dan fauna serta cara hidup masyarakat setempat dengan lebih dekat.

Selain itu, dengan melancong ke tempat yang bersejarah,kita dapat mengetahui sejarah negara kita sendiri. Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan industri pelancongan, rakyat digalakkan melancong dalam negeri. Selain menyeronokkan, melancong dalam negeri lebih menjimatkan. Dengan mengeluarkan perbelanjaan yang sedikit sahaja kita dapat melancong bersama-sama keluarga ke tempat-tempat yang menarik.

Melalui pelancongan, kita dapat mengenali budaya, pakaian dan cara hidup pelbagai kaum. Aktiviti pelancongan juga dapat membantu pengusaha kraf tangan meningkatkan pendapatan. Pelancong-pelancong boleh membeli hasil kraf tangan seperti anyaman tikar, tembikar, hiasan dinding dan tenunan kain di gerai-gerai yang disediakan.

Dengan melancong ke luar negara pula, kita berpeluang melihat keindahan negara lain yang mempunyai pelbagai cuaca. Kita juga dapat melihat cara masyarakat setempat menyesuaikan diri dengan perubahan cuaca di negara mereka. Melancong boleh menimbulkan perasaan cinta akan alam semula jadi dan melihat kesan-kesan sejarah. Justeru, melancong juga dapat menambah ilmu pengetahuan.

31 Apakah faedah melancong dalam negeri?

A Merapatkan hubungan pelbagai kaum

B Membeli kraf tangan tempatan

C Meningkatkan perbelanjaan harian

D Mengenali budaya pelbagai kaum

32 Pelancong-pelancong boleh membantu kemajuan perusahaan kraf tangan sekiranya

A membeli hasil kraf tangan.

Bmembeli-belah sambil melancong.

Cmelancong ke gerai-gerai kraft tangan.

D melancong bersama-sama keluarga

33 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.

A Pelancongan membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil.

B Melancong dapat mengetahui pelbagai perkara.

C Melancong bersama-sama keluarga dapat menjimatkan wang.

D Melancong dapat mewujudkan perasaan cinta akan alam semula jadi.

34 Yang berikut ialah tempat-tempat yang menjadi tumpuan pelancong di negara kita,

kecuali

A hutan rekreasi

B pulau dan tasik

C bukit- bukau

D tempat bersejarah

35 Rangkai kata masyarakat setempat dalam petikan bermaksud

A orang yang tinggal sebentar di sesuatu tempat.

B orang yang akan tinggal tetap di sesuatu tempat.

C orang yang tinggal di sesuatu tempat.

D orang yang pernah tinggal di sesuatu tempat.Soalan 36 hingga Soalan 40.

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Faiz! Faiz! Faiz! Bangun. Dah lewat ni. Malam tadi cakap nak bangun awal.Faiz terdengar suara ibunya memanggil dari luar sambil mengetuk-ngetuk pintu biliknya. Faiz bangun lalu mencapai tuala. Dia bergegas ke bilik air. Suku jam kemudian, Faiz sudah siap ke sekolah. Dia turun ke bawah lalu menuju ke pintu depan rumahnya.

Marilah bersarapan dulu,. kata ibunya.

Tak apalah ibu, sudah lewat. Bimbang ketinggalan bas sekolah lagi. Lagi pun hari ini ada ujian. Nanti Faiz makan di kantin. Duit yang ayah beri semalam masih ada,. jawab Faiz.

Semasa Faiz berjalan ke perhentian bas, dia teringat kata-kata ayahnya supaya belajar bersungguh-sungguh dan pandai berjimat cermat. Ayahnya pemandu bas ekspres dan membawa penumpang dari bandar kediaman mereka di Taiping ke Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban dan Johor Bahru. Ibunya pula mengurus rumah dan menjaga Faiz serta dua orang adiknya yang belum bersekolah.

Pada hari itu, Faiz menaiki bas awam kerana ketinggalan bas sekolah sekali lagi. Mujur dia mendapat tempat duduk walaupun terpaksa bersesak-sesak dengan penumpang yang hendak ke tempat kerja. Di pertengahan jalan, seorang nenek menaiki bas itu. Faiz segera memberikan tempat duduknya kepada orang tua tersebut.

Walaupun Faiz lewat, namun semangatnya yang ingin mencapai kejayaan menyebabkan dia terus juga ke sekolah. Dia sentiasa mengingati nasihat Cikgu Rostam

supaya rajin belajar. .Pelajaran penting untuk masa depan kamu.. Itulah kata-kata yang sering didengarinya. Sampai di sekolah, Faiz cepat-cepat mengatur langkah menuruti kawan-kawannya yang lain masuk ke kelas.

36 Faiz tidak mahu bersarapan pagi kerana

A dia ada ujian di sekolahnya.

B dia masih ada duit.

C dia akan makan di kantin.

D dia sudah lewat

37 Di manakah Faiz sekeluarga tinggal?

A Ipoh

B Taiping

C Johor Bahru

D Kuala Lumpur

38 Sifat yang berikut tidak terdapat pada diri Faiz.

A Berjimat-cermat

B Menepati masa

C Bertimbang rasa

D Mendengar nasihat

39 Semua pernyataan berikut adalah benar kecuali

A Faiz menaiki bas sekolah pada hari itu.

B Faiz selalu mendengar nasihat Cikgu Rostam.

C Faiz mengambil masa lima belas minit untuk bersiap.

D Faiz masih mempunyai wang yang diberi oleh ayahnya.

40 Rangkai kata terpaksa bersesak-sesak dalam petikan bermaksud

A mesti berebut-rebut

B perlu berhimpit-himpit

C kena berduyung-duyung

D harus bertolak-tolak

1. __________ sepatutnya menyiapkan kerja sekolah yang cikgu berikan semalam. marah Cikgu Aris kepada Ahmad.

A.Dia

C. Kami

B.Kamu

D. Mereka

2.Bantuan ________ golongan miskin itu disampaikan oleh wakil yang telah dilantik.

A.oleh

C. kepada

B.pada

D. daripada

Soalan 3 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

3.Adik _________ untuk mendapatkan mainannya.

A.menjalar

C. menyerang

B.mengengsot

D. merangkak

4.Tiga pelajar universiti tempatan telah dihanyutkan arus yang _________

ketika mandi di Sungai Congkak.

A.laju

C. deras

B.cepat

D. pantas

Soalan 5 berdasarkan Gambar 2 di bawah.

Gambar 2

5. Pak Samad menggunakan sebatang galah untuk _________ buah kelapa.

A.mendaratkan

C. menjunamkan

B.menjatuhkan

6. Farid berasa gembira kerana segala usahanya selama ini untuk mencapai 5A dalam peperiksaan UPSR telah _________ .

A.berhasil

C. dihasilkan

B.penghasilan

D. menghasilkan

7.Walaupun hari sudah larut malam, adik Aina masih ________ tidur.

A.akan

C. telah

B.belum

Soalan 8 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3

8. Beberapa orang ____________ sedang menarik pukat ke atas bot.

A.kuli-kuli

C. awak-awak

B.orang-orang

D. engkau-engkau

9. __________ seminggu yang lalu, Mak Tijah terlantar ________ hospital

kerana mengalami cirit-birit.

A.Pada hingga

C. Sejak dengan

B.Sejak di

10. Abang ___________ sedikit daun pintu itu untuk melihat siapa yang ada di dalam bilik tersebut.

A.meluaskan

C. menguakkan

B.mengubahkan

D. mengumpilkan

11. Se _______ burung merpati sedang terbang di angkasa.

A.buah

C. gugus

B.kawan

D. bentuk

Soalan 12 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4

12. Dalam __________ itu, tiada keputusan pun yang dapat diambil kerana semua pihak tidak mahu mengalah.

A.perbincangan

C. perdebatan

B.pergaduhan

13. Rahman __________ burung layang-layang yang dijerat oleh ayahnya.

A.melepasi

C. berlepas

B.melepaskan

14. Syafiq _________ tunangnya dengan membelikannya sejambak bunga ros.

A.mengambil hati

C. mengambil berat

B.mengambil peduli

D. mengambil bahagian

15. Kamu semua perlulah ada rasa _________ terhadap orang yang tidak dikenali, pesan ayah kepada saya.

A.gugup

C. gelisah

B.celaru

D. curiga

Soalan 16 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5

16. Rambut Sofea kelihatan _________ kerana dia baru bangun tidur.

A.kusut

C. kusam

B.teliti

D. kemas

Soalan 17 berdasarkan Gambar 6

Gambar 6

17. Aminah sedang menyimpan __________ ke dalam laci.

A.komputer

C. tetikus

B.kekunci

D. pencetak

18. Ayahnya meninggal dunia sejak tiga minggu yang lalu. ________, dia terpaksa membantu keluarganya.

A.Jika begitu

C. Sementara itu

B.Lantaran itu

D. Di samping itu

Soalan 19 berdasarkan Gambar 7

Gambar 7

19. Salmi terpijak paku kerana dia ____________.

A.berkaki ayam

C. berbulu ayam

B.bercakar ayam

Soalan 20 berdasarkan Gambar 8

Gambar 8

20. Pak Rahman memberi dua _________ jagung kepada ayam ternakannya.

A.biji

C. tongkol

B.kepal

D. genggam

Soalan 21

Pilih kata seerti yang paling sesuai dengan kata yang bergaris dalam ayat di bawah.

21.Ubi yang direbus oleh nenek itu masih belum empuk.

A.padat

C. lembut

B.lembik

D. kematu

Soalan 22.

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberi.

22. Bolehkah awak tolong hantarkan kuih ini kepada Mak Rani dan suaminya ?

A.Pasti boleh, Mak Rani memang gemar membuat kuih.

B.Entahlah, semenjak semalam saya tidak melihat Mask Rani.

C.Tidak, suami Mak Rani selalu menghabiskan masa di dusunnya.

D.Boleh juga, lagipun rumah mereka berdekatan dengan rumah saya.

Soalan 23.

Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

23. Restoran itu sentiasa mengutamakan kepuasan para pelanggannya.

A.Di manakah letaknya restoran itu ?

B.Mengapakah restoran itu sering dikunjungi orang ?

C.Apakah yang dapat kita lakukan di restoran itu ?

D.Bagaimanakah caranya hendak pergi ke restoran itu ?

Soalan 24 dan 25

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

24. Projek kereta Nasional yang dilancarkan oleh kerajaan memberi banyak manfaat kepada negara.

A. Negara telah mendapat banyak manfaat hasil daripada Projek Kereta Nasional yang telah dilancarkan oleh kerajaan.

B. Projek Kereta Nasional merupakan sebuah projek kebanggaan kerajaan dan negara.

C. Kereta Nasional yang digunakan banyak memberi faedah kepada projek pembangunan Negara.

D. Kerajaan banyak memberi manfaat kepada Projek Kereta Nasional yang dilancarkan tidak lama dahulu.

25. Ayah tidak suka akan perbuatan abang yang suka menghabiskan masanya bermain permainan video.

A. Abang tidak disukai oleh ayah yang suka bermain permainan video.

B. Perbuatan abang yang suka bermain permainan video tidak disenangi oleh ayah.

C. Permainan video yang sering dimain oleh abang tidak disenangi oleh ayah.

Soalan 26

Pilih ayat yang menggunakan perkataan yang bergaris dengan betul.

26. A. Ini tidak kasut saya, kata Ani kepada Salmah.

B. Bukan niat saya hendak menyakiti hati kamu, kata Razali.

C. Minta masuk. Doktor sedang menunggu encik., kata jururawat itu.

D. Harap perhatian semua. Sebentar lagi majlis akan dimulakan.

Soalan 27.

Pilih ayat yang betul.

27. A. Tempat duduk ini dibuat dari buluh.

B. Kereta api itu dari Perak atau Pahang.

C. Hadiah yang dibalut dengan pembalut berwarna biru itu untuk emak.

D. Bas ekspres itu meninggalkan Melaka lalu menuju di Johor.

Soalan 28 hingga 30.

Pilih ayat-ayat yang betul.

28. I Sesetengah orang suka makan masakan tradisional.

II Raju berjumpa kawannya di kantin pada waktu rehat.

III Penyanyi yang terkenal itu sedang ditemuramah oleh wartawan.

IV Semua murid perempuan dilarang memakai barang kemas ke sekolah.

A.I dan III

C. I, II dan IV

B.III dan IV

D. II, III dan IV

29. I

Hobi Amin semasa lapang ialah menaiki wau ke udara.

IIKarya terbaru penulis itu mengisahkan tentang perjalanan hidupnya

sendiri.

IIISemua abang-abangnya telah berjaya melanjutkan pelajaran ke

universiti.

IVSesiapa pun tidak dibenarkan menyentuh keris pusakanya.

A.I dan II

C. II dan IV

B.I dan III

D. III dan IV

30. I

Ibu menyidai kain sebelum dibasahi hujan.

II

Rohana akan mengadakan pameran lukisannya bermula minggu lepas.

III Indah nian istana Sultan Brunei itu.

IV

Sesetengah manusia cepat berputus asa apabila ditimpa masalah.

A.I dan II

C. III dan IV

B.II dan IV

D. I dan IV

Soalan 31 hingga soalan 35

Baca catatan harian di bawah dan jawab soalan-soalan berikut.

26 Mei 2012 ( Isnin )

Bertolak ke Cameron Highlands pada pukul 9.00 pagi. Pukul 11.15 pagi singgah di Hentian Rehat dan Rawat Dengkil. Bersarapan roti canai dan minuman panas sebelum meneruskan perjalanan. Singgah di Hentian Rehat Rawat Tapah pada pukul 2.00 petang. Makan tengah hari, bersolat dan berehat. Setelah dua jam berada di Tanah Rata, daftar masuk hotel di Brinchang.

27 Mei 2012 ( Selasa )

Berkunjung ke Stesen Penyelidikan Pertanian ( MARDI ) di Tanah Rata. Hebatnya Malaysia, turut memajukan penanaman sayur-sayuran dan bunga-bungaan beriklim sejuk. Sayur-sayuran seperti kubis dan tomato ditanam di bawah bumbung plastik. Turut melawat ke tempat tanaman strawberi dan tempat tanaman bunga mawar di sekitar Brinchang.

28 Mei 2012 ( Rabu )

Daftar keluar hotel pada pukul 12.30 tengah hari. Dalam perjalanan pulang, singgah di ladang teh. Semasa di Ringlet, ibu dan ayah membeli sayur-sayuran, manakala kakak membeli beberapa kuntum bunga teluki. Perjalanan melalui jalan yang berliku memang meletihkan tetapi pengalaman itu sungguh menarik. Singgah berehat di Hentian Rehat dan Rawat Tapah. Meneruskan perjalanan pulang. Tiba di rumah pada pukul 8.20 malam.

31. Kemanakah penulis pergi bercuti ?

A. Genting Highlands

B. Cameron Highlands

C. Dengkil

D. Tapah

32. Apakah yang mungkin dilihat oleh penulis ketika dalam perjalanan ke tempat

peranginan itu ?

A.Perkampungan orang asli

B.Perkampungan nelayan

C. Zirafah

D.Badak

33. Apakah ole-ole yang dibawa pulang oleh keluarga penulis ?

A. Durian dan rambutan

B. Teh dan pulasan

C. Roti canai dan teh

D. Sayur-sayuran dan bunga teluki

34. Bagaimanakah perasaan penulis selepas bercuti dengan keluarganya ?

A. Hampa

C. Duka

B. Gembira

D. Kecewa

35. Di negeri manakah letaknya lokasi percutian penulis ?

A. Perlis

C. Pahang

B. Selangor

D. Sabah

Soalan 36 hingga 40.

Baca cerpen di bawah ini dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Farhan termenung di anjung rumahnya. Dia amat menyesal. Sekiranya dia mendengar nasihat ayahnya, tentu kejadian malang itu tidak akan terjadi. Dia masih ingat lagi peristiwa hitam itu. Pada pagi itu, hujan turun dengan lebat. Sejam kemudian, hujan pun berhenti. Samy, Saiful dan Ah Meng telah datang ke rumahnya. Mereka mengajak Farhan pergi memancing ikan di kawasan lombong tinggal tidak jauh dari rumahnya.

Ayah Farhan melarang dia pergi memancing di kawasan lombong itu kerana lombong tersebut dikatakan berhantu. Pernah suatu ketika dahulu seorang pemancing telah terjatuh ke dalam lombong itu dan mayatnya tidak ditemui hingga ke hari ini. Farhan tidak menghiraukan larangan ayahnya itu. Dalam diam-diam, dia mengikut Samy, Saiful dan Ah Meng pergi memancing di kawasan lombong tinggal itu.

Pada hari itu, mereka sungguh bernasib baik. Mereka mendapat banyak ikan. Farhan mendapat ikan tongsan, tilapia, sembilang dan beberapa ekor ikan haruan yang besar serta ikan sepat. Farhan berasa sungguh gembira.

Sebelum mereka pulang ke rumah, kawan-kawan Farhan mengajaknya mandi di dalam lombong tinggal itu. Sewaktu mereka seronok mandi, tiba-tiba mereka telah diserang oleh seekor buaya. Farhan, Saiful dan Ah Meng bernasib baik kerana dapat menyelamatkan diri daripada diserang oleh buaya ganas itu. Malang bagi Samy, kerana dia telah ditarik oleh buaya itu ke dalam lombong. Farhan dan rakan-rakannya telah melaporkan kejadian tersebut kepada ketua kampung. Pihak polis yang diberitahu telah datang menyiasat. Pasukan pencari dan penyelamat gagal menemui mayat Samy.

Menurut orang-orang kampung, buaya yang menyerang Samy itu ialah buaya penunggu lombong tersebut. Sehingga kini kehilangan Samy masih menjadi misteri.

36. Berdasarkan petikan di atas, apakah yang dikesalkan oleh Farhan ?

A. Dia tidak mendengar nasihat ayahnya.

B. Dias berkawan dengan Samy, Saiful dan Ah Meng.

C. Dia memancing ikan bersama rakan-rakannya.

D. Dia gagal menyelamatkan rakannya, Samy daripada dibaham buaya.

37. Di manakah Farhan dan rakan-rakannya pergi memancing ?

A. Di tepi laut

B. Di sebatang sungai

C. Di sebuah kawasan lombong tinggal

D. Di parit di belakang rumah Farhan

38. Yang berikut ialah jenis-jenis ikan yang berjaya dipancing oleh Farhan dan

rakan-rakannya kecuali..

A.Toman

C. tilapia

B.Haruan

D. tongsan

39. Apakah yang berlaku kepada Samy, rakan Farhan ?

A. Ditahan oleh polis

B. Dibaham oleh buaya

C. Lemas di dalam lombong

D. Mati lemas kerana dibawa oleh arus sungai yang deras

40. Apakah pendapat orang kampung tentang buaya yang diceritakan dalam petikan

tadi ?

A.Makhluk jadi-jadian

C. Seekor binatang yang ganas

B.Penunggu lombong itu

D. Tuan punya lombong tinggal itu.

011Bahasa Melayu Kertas 1

Nama : _____________________________________

Kelas : TAHUN 6

Tarikh : ______________

SULIT

011

Bahasa

Melayu

2013

50 minitSEK.KEB. ( 2 ) PETALING JAYA

JALAN 1/10 PETALING JAYA

46000 PETALING JAYA

SELANGOR

GERAK GEMPUR

_____________________________________________

011

BAHASA MELAYU - 011

Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.

2. Jawab soalan dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

3. Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 17 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak

Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 hingga Soalan 17

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

1Adik menyorok di _______ emak sebaik sahaja terpandang wajah pemuda

berjanggut itu.

Asisi

Btepi

Csamping

Dbelakang

Soalan 2 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

2Permaidani itu tersandar di ________ almari.

Adalam

Batas

Ctepi

Dsudut

3Banyak pihak __________ bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Encik Kasim itu.

A usah

B belum

C enggan

D tidak

4Abang Amran memang bekerja di Klinik Huda tetapi dia __________ doktor.

Abukan

Btidak

Cusah

Djangan

5Fenomena kemarau telah melanda ____________ negara.

A segala

C seluruh

B sekalian

D setengah

6Wajahnya sahaja yang nampak _______ , tetapi sebenarnya dia __________.

Atenang . pemurah

B bengis . pemarah

C garang peramah

Dserabut ......... penyabar

Soalan 7 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3

7Inilah hasil _____________________ saya selama ini. Saya berpuas hati dengan hasil kerja ini.

Atidur mati

Btitik peluh

Cbatu loncatan

Ddurian runtuh

8"Siapakah ____________________ pertandingan masakan pada Hari Kebangsaan itu ," tanya Datin Hamidah.

Apengelola

Bkelolaan

Cmengelola

Dpengelolaan

9Emak tidak dapat minum air teh yang dihidangkan oleh kakak kerana rasanya _________ .

Amanis

Bkelat

Clikat

Dhambar

Soalan 10 ber