soalan esei pa stpm

32
1. Isu pemerdagangan manusia dikatakan semakin meningkat di Malaysia. Hal ini sedikit sebanyak telah menjejaskan kedaulatan Malaysia. Bincangkan Pendahuluan Pemerdagangan orang adalah satu bentuk pehambaaan masa kini. Antara penyebab utama ialah permintaan terhadap tenaga buruh. Kekurangan peluang meningkatkan pendapatan sumbet keluarga (kemiskinan) serta kekurangan kesedaran anggota masyarakat juga antara faktor-faktor penyumbang A. Punca meningkat 1. Kuat kuasa undang-undang yang tidak berkesan Lokasi strategi seperti lapangan terbang, pintu masuk sempadan atau pelabuhan menjadi tumpuan agen-agen khas yang dilantik sindeket bagi berurusan dengan pihak berkuasa meneruskan aktiviti penyeludupan manusia Terdapat sesetengah pihak berkuasa yang diamanahkan untuk bertanggungjawab menjaga sempadan bertindak mengambil rasuah daripada sindiket dan bertindak memandang sebelah mata 2. Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang pesat Permintaan guna tenaga buruh asing yang tinggi di Malaysia oleh majikan tempatan disebkan faktor perbelanjaan yang murah Rakyat asing sesetengahnya tertarik untuk dating ke Malaysia kerana dijanjikan peluang pekerjaan yang menghasilkan gaji yang lumayan, namun pada hakikatnya

Upload: michelle-tiong

Post on 22-Dec-2015

739 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

SOALAN ESEI PA STPM PENGGAL 1

TRANSCRIPT

Page 1: SOALAN ESEI PA STPM

1. Isu pemerdagangan manusia dikatakan semakin meningkat di Malaysia. Hal ini sedikit

sebanyak telah menjejaskan kedaulatan Malaysia. Bincangkan

Pendahuluan

Pemerdagangan orang adalah satu bentuk pehambaaan masa kini. Antara penyebab utama ialah

permintaan terhadap tenaga buruh. Kekurangan peluang meningkatkan pendapatan sumbet

keluarga (kemiskinan) serta kekurangan kesedaran anggota masyarakat juga antara faktor-faktor

penyumbang

A. Punca meningkat

1. Kuat kuasa undang-undang yang tidak berkesan

Lokasi strategi seperti lapangan terbang, pintu masuk sempadan atau pelabuhan menjadi

tumpuan agen-agen khas yang dilantik sindeket bagi berurusan dengan pihak berkuasa

meneruskan aktiviti penyeludupan manusia

Terdapat sesetengah pihak berkuasa yang diamanahkan untuk bertanggungjawab menjaga

sempadan bertindak mengambil rasuah daripada sindiket dan bertindak memandang

sebelah mata

2. Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang pesat

Permintaan guna tenaga buruh asing yang tinggi di Malaysia oleh majikan tempatan

disebkan faktor perbelanjaan yang murah

Rakyat asing sesetengahnya tertarik untuk dating ke Malaysia kerana dijanjikan

peluang pekerjaan yang menghasilkan gaji yang lumayan, namun pada hakikatnya

mereka ditipu dan diberi keja sebagai hamba, pelacur dan buruh paksa

3. Kurang pendedahan mengenai jenayah penyeludupan manusia

Warga- warga asing yang berpendidikan rendah mudah ditipu oleh sindiket

pemerdagangan manusia kerana meraka tahu mengenai wujudnya sindiket

pemerdagangan manusia ini.

Rakyat tempatan kurang member maklumat mengenai kewujudan jenayah ini

kerana mereka juga tidak tahu bahawa jenayah ini sudah menjadi salah satu

musuh negar yang berada pada tahap yang membimbangkan

4. Faktor sempadan yang luas

Page 2: SOALAN ESEI PA STPM

Malaysia mempunyai permasalahan logistic serta sumber manusia dalam mengawasi

persempadanan yang begitu panjang sehingga emudahkan aktiviti pemerdagangan

manusia

B. Kesan

5. Mencemar nama baik Malaysia dalam arena antarabangsa

Kedudukan Malaysia dalam senarai 16 negar berprestasi buruk dalam mengekang isu

pemerdagangan manusia mencemarkan imej Negara di mata dunia.

Menunjukkan Negara lemah dalam mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang

6. Mengancam undang-undang dan keselamatan Negara

Kes –kes tertentu juga mencetuskan pertikaian diplomatik antara Negara berhubung

layanan terhadap mangsa penyeludupan

Ini melibatkan banyak pihak seperti di peringkat Negara sumber, transit dan destinasi,

sindiket antarabangsa, mangsa dan mereka yang bersubahat, yang kesemuanya boleh

menimbulkan ancaman kepada keselamatan sempadan

7. Menjejaskan hubungan diplomatik antara Negara

Penyeludupan dan pemerdagangan manusia melanggar hak sesebuah Negara dan isu-isu

yang berlaku menjejaskan hubungan diplomatik antara Negara

Isu-isu seperti penderaan malahan pembunuhan pembantu rumah menimbulkan rasa tidak

puas hati antara Negara yang terlibat

8. Peningkatan masalah social

Masalah sosial bertambah merebak dalam masyarakat

Penularan penyakit berjangkit

Kesimpulan

Malaysia sedang memperkemas serta memperincikan tindakan untuk mengawal aktiviti

pemerdagangan manusia yang bukan saja dihadapi Negara ini, malah ia juga fenomena

seluruh dunia

Isu perdagangan manusia juga dianggap landskap jenayah baru di Malaysia berbanding

Negara lain yang sudah berakar umbi sehingga mampu mengancam keselamatan dan

keamanan negara

Page 3: SOALAN ESEI PA STPM

2.Pemerdagangan manusia bererti segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau

pengekalan tenaga kerja dan perkhidmatan seseorang melalui paksaan. Jelaskan bentuk-bentuk

pemerdagangan manusia dan langkah-langkah yang dijalankan untuk mengurangkan masalah

tersebut.

Pendahuluan

Pemerdagangan orang bererti segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau

pengekalan tenaga kerjadan perkhidmatan seseorang melalui paksaan

Hal ini termasuklah perbuatan merekrut, mengangkut, meindahakan, melindungi

menyediakan atau menerima seseorang lagi maksud perdagangan orang

A. Bentuk-bentuk pemerdagangan orang

1. Eksploitasi seks

Biasanya mangsa dijanjikan pekerjaan yang lumayan dan dibawa masuk

secara sah atau secara haram.

Mangsa ditipu untuk dijadikan pelacur

Mangsa juga banyak yang terlibat dengan penyalahan dadah

2. Buruh Terikat

Mangsa diselup secara haram atau paksa untuk melakukan kerja yang

melampaui keupayaan mereka.

Mangsa akan didera dan tidak dibayar gaji

3. Pengabdian Domestik Secara paksa

Mangsa biasanya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak untuk dijadikan

pembantu rumah atau dijadikan pengemis

Segala pendapatan mereka akan diambil oleh orang yang menjaga mereka

akan diambil oleh orang yang menjaga mereka

4. Pemindahan Organ

Mangsa kebanyakannya dari Negara-negara miskin dan mundur

10% daripada 70ribu buah pinggang adalah dari pasaran gelap di Negara-

negara miskin dan mundur tersebut.

5. Pemerdagangan Bayi

Permintaan yang tinggi untuk dijadikan anak angkat telah menyebabkan bayi dijual

dengan harga RM10 ribu hingga RM20 ribu

Page 4: SOALAN ESEI PA STPM

A. Langkah mengatasi masalah pemerdagagan orang

6. Peranan pihak kerajaan

Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 telah diperkenalkan bagi mengekang

kegiatan pemerdangangan orang

Akta-akta tersebut menjelaskan tentang hukuman yang akan dikenakan

kepada mereka yang terlibat dengan aktiviti permerdangangan orang

7. Kerajaan telah menubuhkan Majlis anti perdangan Orang dan Anti-Penyeludupan

Migran

Majlis ini akan menyeleras pelaksanaan akta tersebut menjadi lebih berkesan

lagi

Membuat rumusan dasar dan program untuk mencegah dan memerangi

pemerdagangan orang dan penyeludupan migrant termasuk perkembangan di

peringkat antarabangsa

8. Kerjasama antara Kerajaan Malaysia dengan Negara Lain

Kerjasama antara Kerajaan Malaysia dengan Negara-negara lain bagi

menangani pemerdagangan orang sedang giat dilaksanakan

Sebagai contoh kerjasama antara Malaysia dengan Kerajaan Australia dalam

isu pemerdagangan orang telah dilaksanakan pada tahun 2011

Kerjasama ini meliputi risikan, bertukar-tukar maklumat, dan tangkapan

terhadap orang-orang yang terlibat dengan aktiviti pemerdagangan orang.

9. Kempen-kempen Kesedaran

Kerajaan dengan kerjasama media massa telah mnjalankan kempen kesedaran

tentang aktiviti pemerdagangan orang

Orang ramai yang mengetahui tentang aktiviti tersebut hendaklah

melaporkannya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang

seterusya.

10. Kawalan yang ketat di Pintu Masuk Negara

Pihak berkuasa hendaklah mengawasi pergerakan atau memantau corak

imigirasi dan emigrasi di Malaysia.

Page 5: SOALAN ESEI PA STPM

Agensi seperti PDRM, Imigresen, Kastam, Maritim Malaysia, dan Jabatan

Tenaga Kerja hendaklah berganding bahu untuk membanteras pemerdagangan

orang

Semua agensi tersebut hendaklah mengawasi pintu masuk Negara daripada

dicerobohi oleh aktiviti pemerdagangan orang

Kesimpulan

Semua pihak hendaklah bekerjasama dalam usaha menangani masalah

pemerdagangan orang

Keterlibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti pemerdagangan orang sedikit

sebanyak menjejaskan nama baik Malaysia

3.Kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) telah banyak menimbulkan masalah kepada

Malaysia. Pelbagai langkah telah dilaksanakan bagi mengatasi kedatangan PATI tersebut.

Bincangkan

Pendahuluan

Kemasukan banyak pendatang tanpa izin ini telah banyak mewujudkan keadaan yang

tidak tenteram dan selamat kerana meraka telah banyak menimbulkan masalah kepada

Negara.

Kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai langkah bagi membendung kebanjiran PATI

tersebut

A. Masalah yang ditimbulkan oleh PATI

1. Peningkatan kadar jenayah

Banyak PATI terlibat dengan aktiviti jenayah seperti rompakan, rogol, pembunuhan,

pengedaran dadah, dan pelbagai lagi jenayah

Kebanyakkan PATI tersebut melarikan diri ke Malaysia sebagai tempat perlindungan

setelah mereka melakukan jenayah di Negara mereka

Keadaan ini tentunya menimbulkan rasa tidak selamat dan imej Malaysia akan terjejasdi

mata dunia

2. Penyebaran penyakit berbahaya

Page 6: SOALAN ESEI PA STPM

PATI memasuki Negara ini tanpa menjalani pemeriksaan kesihatan

Keadaan ini menjadikan penyakit-penyakit berbahaya seperti AIDS, batuk keing,

penyakit kelamin, dan lain-lain sukar dikesan

PATI yang berpenyakit ini akan bergaul bebas dengan rakyat Malaysia dan secara tidak

langsung akan menyebarkan penyakit-penyakit tersebut kepada rakyat Malaysia.

3. Menimbulkan masalah setinggan

PATI juga akan menimbulkan masalah petempatan di Negara kita. Mereka akan

mendirikan kawasan perumahan secara haram di kawasan tanah kerajaan dan kawasan

hutan simpan yang berhampiran dengan tempat kerja mereka

Hal tersebut akan memburukkan imej Negara dan menimbulkan masalah lain seperti

peningkatan kadar jenayah dan pencemaran alam sekitar

4. Hak rakyat tempatan akan terjejas

Kemasukan PATI akan menjejaskan peluang untuk rakyattempatan mendapatkan kerja

kerana majikan lebih suka mengupah PATI kerana upahnya lebih murah

Mereka bukan sahaja bekerja dalam sektor perladangan, pembinaan, dan pembantu

rumah malah juga bekerja dalam sektor perniagaan secara kecil-kecilan seperti gerai

makan, menjual barang kemas, lampu hiasan batik, dan sebagainya

Malaysia rugi kerana mereka tidak membayar cukai pendapatan dan wang yang diperoleh

mereka akan dihantar ke Negara masing-masing

B. Langkah-langkah mengatasi masalah yang dibawa oleh PATI

5. Peranan pihak berkuasa

Semua pihak harus bertanggungjawab untuk memastikan hanya pekerja yang layak dan

sah sahaja bekerja di Malaysia

Pihak berkuasa seperti polis dan imigresen hendaklah melaksanakan tugas mereka

dengan penuh tangungjawab bagi membanteras kemasukan PATI

Pemeriksaan dan pemantauan yang berterusan di tempat-tempat yang menggaji PATI

hendaklah digiatkan

6. Pelaksanaan Pogram 6P

Pelaksanaan program 6P iaitu pendaftaran, pemutihan, penguatkuasaan, pengusiran,

pemantauan dan pengampunan

Page 7: SOALAN ESEI PA STPM

Program tersebut dilaksanakan adalah untuk tujuan mendapatkan anggaran statistic

jumlah PATI yang berada di Malaysia dan mengumpul maklumat peribadi mereka

termaksuklah data biometric

Kerajaan juga dapat mengenalpasti keperluan jumlh pekerja yang diperlukan oleh setiap

sektor yang dibenarkan mengambil pekerja asing di Negara ini.

7. Peranan masyarakat

Masyarakat juga harus berperanan dengan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya

terdapat majikan yang menggaji PATI

Sesetengah majikan lebih suka menggaji PATI kerana kosnya lebih murah berbanding

pekerja sah atau pekerja tempatan

Terdapat sesetengah majikan di kawasan pedalaman berkemungkinan mengambil PATI

kerana kosnya yang rendah dan jauh daripada pemantauan pihak berkuasa

8. Hukuman dan denda ke atas majikan

Majikan yang mengambil PATI hendaklah dikenakan hukuman yang berat dan setimpal

sebagai pengajaran kepada majikan yang lain

PATI juga hendaklah dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka.

Apabila selesai hukuman, mereka hendaklah dihantar pulang ke Negara masing-masing

9. Kerjasama antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan Negara lain

Kerjasama antara kerajaan hendaklah dieratkan lagi bagi membanteras kemasukan PATI

ke Malaysia secara berleluasa

Sekatan dan kawalan yang ketat di pintu masuk Malaysia dan Negara mereka dapat

mengurangkan kemasukan PATI ke Malaysia secara berleluasa

Kesimpulan

Keadaan ekonomi Malaysia yang kukuh telah menyebabkan PATI berlumba-lumba

memasuki Negara ini untuk mencari rezeki

Kemasukan PATI telah banyak mendatangkan masalah kepada Malaysia dan langkah-

langkah telah diambil bagi mengekang kemasukan mereka secara berleluasa

Page 8: SOALAN ESEI PA STPM

5.Malaysia sebagai sebuah Negara yang aman dan damai tidak terlepas daripada ancaman

jenayah. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi menangani masalah tersebut. Bincangkan

pernyataan di atas.

Pendahuluan

Malaysia sebagai sebuah Negara yang aman dan damai tidak terlepas daripada ancaman

jenayah dan anasir-anasir yang cuba mengganggu gugat ketenteraman awam.

Kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha untuk mengatasi masalah tersebut

A. Punca-punca berlakunya jenayah

1. Faktor persekitaraan

Sikap tamak seseorang individu akan mendorong mereka melakukan jenayah bagi

memaksimumkan kesenangan dan mengurangkan penderitaan

Kawasan setinggan atau kawasan yang banyak pendatang tanpa izin akan meningkatkan

kadar jenayah

Kawasan yang kurang pemantauan pihak berkuasa juga akan meningkatkan kadar

jenayah

2. Faktor pertambahan penduduk

Semakin banyak penduduk semakin kurang peluang pekerjaan dalam pasaran

Apabila mereka gagal mendapatkan pekerjaan dalam pasaran secara halal, mereka akan

mendapatkan secara haram seperti merompak, meragut, dan sebagainya

Hal ini ditambah lagi persaingan dengan pekerja asing yang sanggup dengan upah yang

rendah

3. Faktor keatuhan ekonomi

Kemelesetan ekonomi juga merupakan faktor meningkatnya kadar jenayah di Malaysia.

Apabila mereka sukar mendapatkan sesuatu kerana tiada pekerjaan atau diberhentikan

kerja, sedangkan mereka terpaksa membayar ansuran kereta, rumah, dan keperluan lain

Akhirnya mereka terpaksa pecah amanah, penipuan, merompak, mengedar dadah dan

sebagainya

4. Faktor media massa

Pengaruh unsure ganas dan cara-cara melakukan jenayah banyak disiarkan oleh

televisyen

Hal ini akan ditiru oleh mereka untuk melakukan jenayah

Page 9: SOALAN ESEI PA STPM

Kemudahan internet juga menunjukkan cara-cara menghasilkan dadah sintetik yang ditiru

oleh mereka yang mahir dan seterusnya akan mengedarkan kepada penagih-penagih

dadah.

5. Faktor kurang penguatkuasaan undang-undang dan tenaga mahir

Kekurangan tenaga penguatkuasaan dan tenaga mahir dalam bidang tertentu telah

menyebabkan pelbagai jenayah berlaku

Penjenayah mempunyai ruang dan peluang untuk melakukan jenayah seperti

penyelewengan, pecah amanah, pembunuhan, rompakan, dan pelbagai jenayah lagi

6. Faktor kurang penghayatan nilai-nilai agama/ moral

Kebanyakan mereka yang terlibat dalam jenayah tersebut tidak menghayati ajaran agama

masing-masing

Bagi mereka perbuatan seprti rasuah, pecah amanah, penyelewengan, dan lain-lain tidak

menjadi kesalahan

7. Faktor pengaruh dadah

Mereka yang terlibat dengan penagihan dadah sanggup melakukan apa saja untuk

mendapatkan wang bagi membeli dadah

Mereka sanggup mebunuh, mencuri, merompak, meragut, melacurkan diri dan lain-lain

lagi

8. Faktor kecelaruan mental

Kecelaruan mental boleh menyebabkan jenayah kejam seperti membunuh dan merogol

Kes pembunuhan kejam adalah contoh personaliti pelaku yang dikenali sebagai

psikopatik atau sosiopatik serta mempunyai ‘split personality’

B. Langkah-langkah mengatasi gejala jenayah

9. Penguatkuasaan undang-undan g

Semua agensi yang berkaiatan dengan keselamatan dan keharmonian Negara telah

bekerjasama rapat bagi mencegah jenayah seperti polis, RELA, Jabatan Pertahanan

Awam, Jabatan Imigresen, Kastam diraja Malaysia, dan lain-lain lagi

Semua agensi bekerjasama dalam membanteras jenayah seperti rompakan, rogol, ragut,

kegiatan perlanunan, penyeludupan, pemerdagangan manusia dan lain-lain lagi

Page 10: SOALAN ESEI PA STPM

Rondaan yang berterusan dan kawalan yang ketat di pintu masuk Negara dapat

mengurangkan jenayah tersebut.

10. Penggunaan peralatan yang canggih bagi mengawasi kegiatan jenayah

Penggunaan kamera litar tertutup di kawasan yang berisiko tinggi dapat membantu

mengesan penjenayah

Pengunaan satelit berkuasa tinggi juga dapat mengesan jenayah yang melakukan

rompakan atau pembunuhan dengan segera

Pihak polis dapat bertindak cepat untuk mengatasi masalah tersebut

11. Kesedaran dalam kalangan orang awam

Kesedaran orang awam juga penting dalam usaha mencegah dan memerangi jenayah

Orang ramai boleh mengambil bahagian dalam program dan aktiviti pencegahan jenayah

Mereka sedar tentang langkah-langkah untuk menjaga keselamatan diri, keluarga, dan

harta benda mereka. Hal ini dapat mengurangkan peluang dan ruang kepada penjenayah

untuk melakukan jenayah

12. Kempen-kempen pencegahan jenayah

Kempen-kempen pencegahan jenayah hendaklah digiatkan dalam media massa untuk

member kesedaran dan peringatan kepada ramai tentang pentingnya menjaga

keselamatan diri, keluarga, dan harta benda mereka

Kempen-kempen juga boleh diadakan pada peringkat sekolah untuk memberi kesedaran

kepada pelajar-pelajar tentang cara-cara mencegah jenayah dan kesan –

kesannyasekiranya mereka terlibat dengan aktiviti jenayah

13. Peranan masyarakat

Masyarakat boleh menubuhkan kelab rukun tetangga untuk menjaga keselamatan

kawasan mereka sebagai tambahan kepada rondaan pihak polis

Masyarakat mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mencegah jenayah dengan

melaporkan aktiviti-aktiviti yang mencurigakan di kawasan mereka pada polis

14. Kerjasama antara kerajaan Malaysia dengan Negara lain

Kerajaan hendaklah bekerjasama dan menyeleraskan dengan kerajaan dan organisasi

antarabangsa dalam membendung kegiatan jenayah seperti kes-kes penipuan,

penyelewengan, pemerdagangan manusia, penyeludupan dan keganasan

Page 11: SOALAN ESEI PA STPM

Kerjasama yang erat Malaysia dengan Negara-negara lain dapat membendung kegiatan

jenayah tersebut dari berleluasa

15. Kerajaan harus memperkasa ekonomi Negara

Kerajaan hendaklah memperkasa ekonomi bagi meningkatkan peluangg pekerjaan

kepada rakyat Malaysia

Ekonomi Negara yang kukuh dapat mengurangkan kegiatan jenayah

Peluang pekerjaan dapat ditingkatkan dan hal ini dapat mengelakkan mereka terlibat

dengan kongsi gelap, pengedaran dadah, meragut, menyamun, merompak, dan

sebagainya

Kesimpulan

Semua pihak hendaklah bekerjasama dalam usaha membanteras masalah jenayah yang akan

mengancam keselamatan negara

6. Salah satu sektor ekonomi yang diberi tumpuan di Malaysia ialah sector industri Kecil dan

Sederhana. Industri tersebut banyak menyumbang kepada kemajuan ekonomi Negara. Dalam

masa yang sama IKS juga menghadapi pelbagai cabaran. Bincangkan

Pendahuluan

Mendapat perhatian dalam Negara semenjak RMK 1, selaras dengan hasrat kerajaan

menjadikan Malaysia sebuah Negara perindustrian

IKS terbahagi kepada 3 iaitu Industri berskala kecil segala tugas dilakukan pemilik dan

dibantu oleh anggota keluarga, industri sederhana pekerja di antara 50-199 orang Industri

berskala besar – pekerja 2200 orang ke atas

A. Kepentingan IKS

1. Penggenap kepada industri besar

Membekalkan bahan separa siap yang diperlukan oleh industry berat seperti Proton

Page 12: SOALAN ESEI PA STPM

Mengurangkan import komponen kereta nasional dari luar negeri, jimatkan pertukaran

wang asing ;kurangkan pergantungan kepada Negara maju

Kos pengeluaran industry berat diminimumkan

Keuntungan terjamin

Industri berat berkembang

Menuju kea rah Negara perindustrian

2. Menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan

IKS menyediakan 44.2% peluang pekerjaan daripada jumlah gunatenaga kerja

dalamsektor perkilangan

Mewujudkan agihan pendapatan yang lebih baik berbanding dengan struktur pendapatan

dan upah dalam firma besar dan syarikat antarabangsa yang lain

Membasmi kemiskinan

3. Mempercepat kadar pertumbuhan ekonomi Negara

Kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat ialah purata 8.5% setahun sejak 1989 tidak

tercapai tanpa sumbangan dan sokongan IKS

Pada 1994, IKS meliputi 84.1% daripada jumlah pertumbuhan pengilang dalam sektor

perkilangan di Malaysia dan 48.9% daripada jumlah nilai keluaran sektor perkilangan

Peranan dalam sumbangan ini dijangka menjadi semakin oenting untuk menjadikan

Malaysia sebagai sebuah Negara perindustrian

4. Mewujudkan kepakaran tradisional

Menggalakkan perkembangan perusahaan hasil kesenian

Perkembangan industri ini akan menjadi daya penarik kepada perkembangan sector

pelancongan

o Contoh: industry pertukangan atau ukiran kayu,, kraf tangan. Pusat latihan

kemahiran dalam pelbagai kemahiran untuk pekerja, pengusaha dan bakal

pengusaha

o IKS memberikan pendedahan pengetahuan tentang pengurusan, pengendalian

peralatan, kira-kira pemasaran dan sebagainya

Justeru itu dapat melahirkan golongan usahawan baru

Dapat mengasah kewibawaan mereka sebelum menceburkan diri ke dalam industri yang

bermodal lebi besar

Page 13: SOALAN ESEI PA STPM

5. Pemindahan teknologi

Kerjasama IKS dengan industri besar akan membolehkan pemindahan teknologi melalui

latihan, khidmat nasihat, kemahiran pekerja serta peningkatan kualiti buatan IKS

Sebagai pembekal komponen-komponen kecil, mahu atau tidak industri besar terpaksa

melakukan teknik ini bagi menjamin komponen yang dihasilkan mempunyai kualiti

kerana ia mempengaruhi produk akhir

6. Membantu mengurangkan kadar inflasi

Perusahaan ini kebanyakannya tidak mempunyai modal yang tinggi

Industri ini membantu mempelbagaikan produk di pasaran dan mengelakkan

pergantungan kepada sesuatu produk yang boleh mendorong kenaikan inflasi sekiranya

berlaku kekurangan

7. Meningkatkan jumlah tabungan dalam ekonomi Negara

Kebanyakan operasi industri kecil, sejumlah besar sumber kewangan dan odal

disumbangkan oleh pemilik sendiri, saudara-mara atau kawan di samping rakan niaga

Kajian menunjukkan bahawa 70% sumber krewangan dalam IKS disumbangkan oleh

pemilik atau pengusaha masing-masing

Ini boleh meningkatkan keseluruhan kadar tabungan penduduk dalam Negara dan

mengurangkan masak=lah kenaikan kadar inflasi

B. Cabaran yang dihadapi

8. Kekurangan modal

Kadar pulangan pusingan yang rendah dan tiadanya ekonomi bidangan kerana IKS

beroperasi dalam skil yang kecil

Sukar mendaoatkan kemudahan pinjaman dari system perbankan kerana kurang

dipercayai keupayaannya di samping taraf pendidikan tidak memuaskan

Bank berhati –hati member kredit kerana tidak mahu menanggung risiko jika hutang

tidak berbayar

9. Persaingan tenaga kerja

sukar untuk mempertahankan tenaga buruh yang mahir kerana mereka cenderung untuk

bekerja dalam syarikat-syarikat yang besar yang menawarkan gaji yang besar, faedah dan

suasana kerja yang selesa

Page 14: SOALAN ESEI PA STPM

di samping itu, persaingan mendaoatkan buruh juga beraku di antara sesama IKS

10. Persaingan pasaran

Barangan keluaran menghadapi persaingan dengan barangan industri tempatan dan luar

negeri

Anggapan bahawa sesetengah barangan IKS kurang bermutu

Persaingan dalam pengeluaran baangan yang semakin miningkat disebkan industri-

industri yang lebih maju dengan penggunaan teknologi terkini dapat hasilkan lebih

banyak barangan dan menawarkan harga yang lebih murah sedangkan IKS tidak mampu

berbuat demikian

11. Kekurangan penggunaan teknologi

Kurang pendedahan kepada teknologi dan kurang pengetahuan tentang teknologi

Hasil dan mutu pengeluaran rendah dan tidak dapat memenuhi kehendak pasaran kerana

teknologi tidak cekap dan ketinggalan zaman serta penyelenggaraan tidak sempurna

Rata-rata pengeluaran IKS sekarang lebih cenderung untuk memenuhi keperluan

tempatan sangat kurang terdedah dengan pasaran luar

Justeru itu, peluang mereka di peringkat antarabangsa amat terbatas

12. Hubungan intra-industri

Hubungan IKS dengan industri beasr adalah tidak menggalakkan keran akurang

kepercayaan firma-firma besar kepada IKS khususnya dalam aspek ‘standard’dan mutu

produk yang rendah

13. Kehadiran IKS dari Negara asing

Kemasukan mendadak IKS terutamanya dari Singapura, Taiwan dan Korea Selatan telah

menyempitkan peluang usahawan tempatan khususnya bumiputera untuk menjadi

pembekal kepada industri besar atau industry berat

Kehadiran IKS asing seakan-akan dialu-alukan oleh industri besar kerana lebih

mempercayai firma asing daripada firma tempatan

Syarikat antarabangsa tidak menunjukkan minat untuk membangunkan IKS tempatan

beranggapan IKS tempatan tidak mampu membekalkan barangan yang mencapai tahap

yang dikehendaki

Page 15: SOALAN ESEI PA STPM

Kesimpulan

Perkembangan IKS amat penting dalam perkembangan ekonomi Negara selaras dengan dasar

kerajaan ingin menjadikan Malaysia berstatus Negara maju menjelang 2020

7. Dalam memajukan industri kecil dan Sederhana (IKS) beberapa pendekatan perlu diambil bagi

mengatasi cabaran yang dihadapi oleh Industri kecil dan Sederhana di Malaysia.

Pendahuluan

Walau pun IKS member sumbangan yang besar dalam pembangunan Negara, namun

terdapat beberapa masalah yang perlu diselesaikan segera agar IKS terus member

sumbangan kepada pembangunan Negara

Pendekatan yang perlu diambil

1. Mewujudkan konsep rantaian

Menggalakkan kerjasama lebih erat antara industri besar dan IKS

Industry besar membekalkan bahan mentah dan kepakaran kepada IKS untuk

menghasilkan komponen –komponen mereka

Situasi ini bukan sahaja mampu memindahkan kepakaran malh memastikan pemasaran

produk IKS lebih terjamin

2. Membuka pasaran baru

Dengan membantu pengusaha mencari pasaran baru untuk barang IKS sama ada dalam

dan luar negeri

Mengadakan kempen promosi untuk menarik minat orang ramai terhadap barangan

keluaran IKS

Mencari tempat yang strategik atau menempatkan IKS do lokasi dengan kelengkapan

infrastruktur yang baik bagi memudahkan pemasaran

3. Menyediakan tenaga buruh yang mencukupi

Penyediaan pelbagai latihan khusus

Penubuhan sekolah-sekolah vokasional dapat membantu melahirkan lebih banyak pekerja

mahir alam bidang IKS

Page 16: SOALAN ESEI PA STPM

Tenaga kerja mahir yang mencukupi dapat meningkatkan kualiti barang dan produktiviti

IKS

Dapat menghasilkan dan mereka cipta barangan baru

4. Penggunaan teknologi

Dapat dilakukan melalui sebahagian saham syariakt asing yang menghadapi masalah bagi

memastikan pemindahan teknologi berlaku

Memudahkan pengurusan pekerjaan dan pemasaran dengan cepat dan cekap

Data disimpan dalam bentuk sistematik akan memastikan perubahan dan pengubahsuaian

dapat dilakukan dengan cekap

5. Penawaran insentif Pinjaman, bantuan/ subsidi Naikkan cukai barangan import Pengecualian cukai barangan di pasaran juga dapat menarik minat pelabur asing supaya

melabur dalam bidang IKS6. Member tumpuan sampingan Meningkatkan nilai tambah dalam penghasilan barangan IKS bukan sahaja mengeluarkan

kain sutera tetapi turut menghasilkan baju siap Langkah ini membolehkan pengusaha mendapatkan harga yang lebih tinggi Harga koko boleh dinaikkan dengan mengeringkan sebelum menjualnya

Kesimpulan Perkembangan IKSamat penting dalam pembangunan ekonomi Negara selaras dengan dasr kerajaan, komited dalam penghasilan barangan berkualiti, berinformasi dan menyiapkan diri untuk menceburkan diri dalam sektor teknologi tinggi bersedia menghadapi persaingan globalisasi, (globalization challenge)

8. Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) masih terpinggir dalam kehidupan masyarakat dan

status mereka agak menyedihkan terutama dalam bidang pekerjaan produktif. Terangkan

cabaran-cabaran yang dihadapi oleh golongan tersebut dalam mendapatkan pekerjaan.

Pendahuluan

Bilangan orang kurang upaya semakin bertambah

OKU sudah mendapat perbelaan dan diberi kemudahan untuk berjaya dalam hidup

Walau bagaimanapun, masih wujud masalah yang melibatkan golongan ini

Cabaran yang dihadapi

1. Sikap majikan

Page 17: SOALAN ESEI PA STPM

Majikan mempunyai tanggapan yang negative terhadap OKU- tidak boleh berdikari dan

perlu bantuan dan sokongan orang lain

Golongan OKU dianggap kurang produktif kerana kecacatan mereka

Masalah pergerakan dan tindak balas yang lambat akan menghalang proses kerja mereka

2. Tanggapan masyarakat yang negatif

Masyarakat mempunyai tanggapan yang tidak baik terhadap golongan

Mereka dianggap tidak dapat bekerjasama dengan golongan normal.

Mereka dipandang rendah oleh golongan normal dan ada dalam kalangan mereka

mempunyai perasaan rendah diri

3. Perlindungan ahli keluarga

Ahli keluarga OKU yang terlalu mengongkong, terlalu prihatin dan tidak yakin akan

dapat berdikari atau bekerja

Mengurus OKU tanpa mendidik untuk berdikari

Ahli keluarga kurang yakin majikan dan masyarakat dapat menerima OKU seperti

pekerja normal

Golongan kaya tidak menghantar OKU bekerja tetapi meemberi kemahiran menguruskan

hidup seperti orang normal.

4. Kekurangan maklumat, sokongan, dan khidmat nasihat

Akses maklumat yang tidak seimbang dan saksama antara OKU dengan manusia normal

OKU sukar mendapatkan maklumat secara langsung daripada sumber media berkaitan

latihan kemahiran, pekerjaan, dan peluang ekonomi

Di pusat penjagaan atau di badan amal kurang disediakan khidmat nasihat daripada

kaunselor untuk mendapatkan pandangan, motivasi, dan sokongan untuk Berjaya

5. Sokongan dasar dan perundangan

Pihak berkuasa kurang menetapkan status OKU dari aspek kewajipan majikan atau

pejabat kerajaan mengambil OKU sebagai pekerja produktif

Kebanyakan melibatkan pekerjaan yang kurang berproduktif kerana majikan swasta

kurang yakin dengan kemampuan OKU.

Sektor awam pula tidak banyak menawarkan pekerjaan produktif kepada golongan OKU.

Page 18: SOALAN ESEI PA STPM

Dasar dan perundangan yang dapat membela nasib OKU perlu digubal dan

dikuatkuasakan untuk menjaga kebajikan dan kepentingan OKU dalam pembangunan

Negara

Kesimpulan

Masalah golongan OKU mesti diatngani secara bersama, bersepadu dan berprofesional

Kerajaan memperuntukkan dana yang banyak untuk meningkatkan taraf hidup OKU, dan

pihak swasta juga perlu menghulurkan bantuan.

8. Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) masih terpinggir dalam kehidupan masyarakat dan

status mereka agak menyedihkan terutama dalam bidang pekerjaan produktif. Terangkan

cabaran-cabaran yang dihadapi oleh golongan tersebut dalam mendapatkan pekerjaan.

Pendahuluan

Bilangan orang kurang upaya semakin bertambah

OKU sudah mendapat perbelaan dan diberi kemudahan untuk berjaya dalam hidup

Walau bagaimanapun, masih wujud masalah yang melibatkan golongan ini

Cabaran yang dihadapi

6. Sikap majikan

Majikan mempunyai tanggapan yang negative terhadap OKU- tidak boleh berdikari dan

perlu bantuan dan sokongan orang lain

Golongan OKU dianggap kurang produktif kerana kecacatan mereka

Masalah pergerakan dan tindak balas yang lambat akan menghalang proses kerja mereka

7. Tanggapan masyarakat yang negatif

Masyarakat mempunyai tanggapan yang tidak baik terhadap golongan

Mereka dianggap tidak dapat bekerjasama dengan golongan normal.

Mereka dipandang rendah oleh golongan normal dan ada dalam kalangan mereka

mempunyai perasaan rendah diri

8. Perlindungan ahli keluarga

Ahli keluarga OKU yang terlalu mengongkong, terlalu prihatin dan tidak yakin akan

dapat berdikari atau bekerja

Mengurus OKU tanpa mendidik untuk berdikari

Page 19: SOALAN ESEI PA STPM

Ahli keluarga kurang yakin majikan dan masyarakat dapat menerima OKU seperti

pekerja normal

Golongan kaya tidak menghantar OKU bekerja tetapi meemberi kemahiran menguruskan

hidup seperti orang normal.

9. Kekurangan maklumat, sokongan, dan khidmat nasihat

Akses maklumat yang tidak seimbang dan saksama antara OKU dengan manusia normal

OKU sukar mendapatkan maklumat secara langsung daripada sumber media berkaitan

latihan kemahiran, pekerjaan, dan peluang ekonomi

Di pusat penjagaan atau di badan amal kurang disediakan khidmat nasihat daripada

kaunselor untuk mendapatkan pandangan, motivasi, dan sokongan untuk Berjaya

10. Sokongan dasar dan perundangan

Pihak berkuasa kurang menetapkan status OKU dari aspek kewajipan majikan atau

pejabat kerajaan mengambil OKU sebagai pekerja produktif

Kebanyakan melibatkan pekerjaan yang kurang berproduktif kerana majikan swasta

kurang yakin dengan kemampuan OKU.

Sektor awam pula tidak banyak menawarkan pekerjaan produktif kepada golongan OKU.

Dasar dan perundangan yang dapat membela nasib OKU perlu digubal dan

dikuatkuasakan untuk menjaga kebajikan dan kepentingan OKU dalam pembangunan

Negara

Kesimpulan

Masalah golongan OKU mesti diatngani secara bersama, bersepadu dan berprofesional

Kerajaan memperuntukkan dana yang banyak untuk meningkatkan taraf hidup OKU, dan

pihak swasta juga perlu menghulurkan bantuan.

Page 20: SOALAN ESEI PA STPM

9. Isu pemanasan global bukan sahaja mengubah iklim, bahkan menyebabkan pelbagai

ketidakpastian cuaca dan meningkatkan risiko dalam hamper semua aspek kehidupan manusia.

Huraikan langkah-langkah yang dapat dijalankan bagi mengurangkan pemanasan global.

Pendahuluan

Pemanasan global merupakan cabaran utama dunia mengatasi masalah sumber bahan api

dan kemelut politik

Langkah-langkah segera perlu dijalankan bagi mengurangkan pemanasan global

Langkah-langkah yang dijalankan

1. Menggubal dasar lebih konkrit dan kemas berkaitan perubahan iklim.

Perubahan iklim seterusnya menjadi salah satu premis utama dalam merangka pelan

induk pembanguan, sama ada pelan berpenggal atau pelan regional

Ketika ini, perubahan iklim tidak terserlah dalam perancangan pembanguan Malaysia.

Secara spesifik, agenda mengenai perubahan iklim hanya terserlah menerusi bajet 2008.

2. Menganggap sebagai isu nasional membabitkan seluruh dimensi, sektor dan agensi

Setiap agensi seharusnya mempunyai strategi khusus menangani perubahan iklim,

termasuklah sektor pertanian dan perdagangan antarabangsa

3. Memberi inisiatif bagi membolehkan Malaysia melaksanakan Protokol Kyoto

Menerusi Mekanisme pembangunan bersih (CDM) mengenai perdagangan karbon, dan

Pelaksanaan Bersama (JI) yang membenarkan Negara ‘penderma’ untuk melabur dalam

inisiatif atau projek mengurangkan pelepasan karbon di Negara membangun untuk

mendapatkan ‘kredit’ .

Banyak projek berkaitan pengurusan sisa dan penjanaan tenaga boleh dibiayai menerusi

kerangka ini yang ketika ini diselaraskan oleh Pusat Tenaga Malaysia

4. Menggiatkan instrumen ekonomi untuk merangsang aktiviti dan projek pembanguan

supaya lebih lestari dan mesra alam selaras dengan inisiatif pengurangan gas rumah kaca

Inisiatif ini sebenarnya dimulakan menerusi Bajet 2008 yang menyasarkan pelaburan

asing dalam projek pengurangan pelepasan gas rumah kaca menerusi persijilan Certified

Emission Reduction (CER) untuk diperdagankan dengan ‘pembeli karbon’ dari Negara

maju

Page 21: SOALAN ESEI PA STPM

Selain itu, banyak inisiatif lain boleh diperkenalkan seperti cukai alam sekitar kepada

pihak yang tidak melaksanakan pembangunan lestari dan teknologi mesra alam

5. Memberi sokongan kepada inovasi membangunkan teknologi mesra alam

Perlu dijelaskan bahawa banyak inovasi dan teknologi pengurangan gas rumah kaca telah

dihasilkan penelidik tempatan

Namun, inovasi itu tidak boleh dikembangkan dan dikomersilkan kerana kekangan

kewangan syarikat tempatan, khususnya industry kecil dan sederhana

Paling ktara ialah pembabitan universiti tempatan yang menghasilkan pelbagai reka cipta

sehingga ke tahap loji pandu. Selain itu, pakar teknikal Malaysia semakin menyerlah di

kangan Negara membangun, khususnya dalam bidang pengurusan sisa dan teknologi

pengawalan pelepasan gas karbon.

Kesimpulan

Semua pihak hendaklah bekerjasama dalam menangani masalah pemanasan global

Pengguna hendaklah mengurangkan penggunaan bahan kimia aerosol dan pendingin

hawa