geografi tingkatan 1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
GEOGRAFI TINGKATAN 1. UNIT 4: GRAF. OBJEKTIF PEMBELAJARAN. Dalam unit ini pelajar akan dapat : Mengumpul dan merekod data. Memilih data dan menyusun maklumat dalam bentuk jadual . Membina graf bar mudah dan graf garisan . Mentafsirkan jadual , graf bar mudah dan graf garisan. - PowerPoint PPT PresentationTRANSCRIPT
Slide 1
GEOGRAFI TINGKATAN 1UNIT 4: GRAF
OBJEKTIF PEMBELAJARANDalam unit ini pelajar akan dapat:Mengumpul dan merekod data. Memilih data dan menyusun maklumat dalam bentuk jadual. Membina graf bar mudah dan graf garisan. Mentafsirkan jadual, graf bar mudah dan graf garisan.
PENGENALANGraf ialah lukisan yang menunjukkan data atau maklumat dalam bentuk kuantiti yang mudah dibanding-bandingkan. Dalam unit ini, kita akan mempelajari bagaimana data dikumpulkan dalam bentuk jadual, kemudian dipersembahkan dalam bentuk graf seperti contoh diberi.
Contoh Bentuk Graf
Tempat tinggal pelajar Tingkatan 1 Bestari SMK Dato' Seri Wan Mohamed, Gerik
MENGUMPUL DAN MEREKOD DATA Data ialah butir-butir atau maklumat yang dikumpulkan semasa kerja luar untuk direkodkan dalam sesuatu bentuk. Di antara contoh data yang digunakan dalam geografi ialah data jarak, bilangan penduduk, hujan, suhu dan lain-lain. Biasanya jadual dan graf digunakan untuk menyusun data supaya lebih tersusun, lebih mudah difahami dan kelihatan menarik.
Kaedah Pengumpulan Maklumat
Kaedah Pengumpulan Maklumat
MEMBENA DAN MENYUSUN MAKLUMAT DALAM BENTUK JADUALJadual merupakan satu cara yang mudah bagi merekod data. Langkah-langkah menyedia dan menbina jadual: Mengumpulkan data yang diperlukan dengan menggunakan kaedah yang sesuai. Contoh : Mengumpul data tentang cara pelajar Tingkatan 1 Iltizam SMK Dato' Seri Wan Mohamed, Gerik datang ke sekolah. Data yang dikumpulkan ditunjukkan seperti di berikut:
BilNama PelajarCara Datang Ke Sekolah1Abdullah B. RazaliBerjalan kaki2Adnan B. YahyaKereta3Ahmad Tarmizi B.HarunBas4Ali B. ZakariaBas5Ibrahim B. IsmailMotosikal6Mohamad Subri B. Mohd JelaniBas7Mohamad Yusuf B. Abd. HalimBasikal8Norliza Bt. AliasMotosikal9Nor Syafirah Bt. Mohd RazaliBas10Nor Fazlin Bt. Mohd FaezolBerjalan kaki11Noor Mardiana Bt. Che WanBas12Nur Amrina Bt. AzhariBas13Nur Atikah Bt. Mohd RazmanKereta14Nur Aziani Bt. NafiahBas15Nur Hidayu Bt. Mohd ZainiKereta16Nurul Hakimi Bt. Mat IsaBerjalan kaki17Rohaiza Bt. Abd. RahimBas18Siti Azimah Bt. ZakariaBerjalan kaki19Siti Norulhaya Bt. IshakBas20Yusnor Fariza Bt. YusofKereta21Nik Muhamad Azlan B. Nik SharaniBas22Muhamad Zabidi B. MuhamadMotosikal
Contoh data yang dikumpul Jadual : Senarai nama dan cara pelajar Tingkatan 1 Iltizam datang ke sekolahSusun semula data dalam bentuk jadual dan berikan tajuk yang sesuai seperti berikut
Cara Datang Ke SekolahBilangan PelajarBas10Berjalan kaki4Kereta4Motosikal3Basikal1Jumlah22BilNama PelajarCara Datang Ke Sekolah1Abdullah B. RazaliBerjalan kaki2Adnan B. YahyaKereta3Ahmad Tarmizi B.HarunBas4Ali B. ZakariaBas5Ibrahim B. IsmailMotosikal6Mohamad Subri B. Mohd JelaniBas7Mohamad Yusuf B. Abd. HalimBasikal8Norliza Bt. AliasMotosikal9Nor Syafirah Bt. Mohd RazaliBas10Nor Fazlin Bt. Mohd FaezolBerjalan kaki11Noor Mardiana Bt. Che WanBas12Nur Amrina Bt. AzhariBas13Nur Atikah Bt. Mohd RazmanKereta14Nur Aziani Bt. NafiahBas15Nur Hidayu Bt. Mohd ZainiKereta16Nurul Hakimi Bt. Mat IsaBerjalan kaki17Rohaiza Bt. Abd. RahimBas18Siti Azimah Bt. ZakariaBerjalan kaki19Siti Norulhaya Bt. IshakBas20Yusnor Fariza Bt. YusofKereta21Nik Muhamad Azlan B. Nik SharaniBas22Muhamad Zabidi B. MuhamadMotosikalJadual : Cara pelajar Tingkatan 1 Iltizam datang ke sekolah
MEMBINA JADUAL DAN GRAF DENGAN MENGGUNAKAN KOMPUTER
Prosedur 1: Membuka Excel 2000 dan memasukkan data Buka Ms Excel 2000Taip data seperti dalam jadual di atas iaitu tentang komposisi murid lelaki dan wanita di beberapa buah sekolah
Prosedur 2: Membina graf dari data Excel 2000 "Highlight" kesemua sel yang mengandungi data seperti paparan di bawah
Pilih Insert Chart, dan kekotak "Chart Wizard - Step 1 of 4" akan muncul seperti paparan di bawah Pilih Column dalam Chart type Pilih Chart sub-type yang pertama kiri atas Klik butang Next
Graf carta yang separuh siap seperti di bawah dipaparkan Klik Next.
Penuhkan kekotak Chart title, Category (X) axis dan Value (Y) axis seperti dalam kekotak di atas. Klik Next. Klik Finish (anda akan dapat melihat satu graf yang telah siap seperti paparan di bawah)
Contoh graf yang telah siap
MEMBINA GRAF GARIS MUDAHGraf garis sesuai digunakan untuk menggambarkan maklumat seperti perubahan suhu, tekanan udara, pertumbuhan penduduk, pasaran saham dan sebagainya.Langkah-langkah melukis graf garis. Lukis paksi tegak dan paksi mendatar. Pilih skala yang sesuai bagi paksi tegak dan paksi mendatar. Paksi tegak biasanya digunakan bagi mewakili kuantiti manakala paksi mendatar mewakili jangka masa seperti bulan atau tahun. Gunakan titik-titik bagi mewakili maklumat yang diberi. Sambungkan titik-titik tersebut dengan garisan lurus. Lengkapkan graf dengan tajuk yang sesuai.
Contoh Graf Garis
Berdasarkan jadual Min suhu harian di stesen kajian sekolah Zaidi', kita dapat melukis graf garis mengikut langkah-langkah seperti berikut: Sediakan paksi tegak dan paksi mendatar Tandakan titik-titik untuk menggambarkan maklumat yang diberi. Sambungkan titik-titik itu dengan garisan lurus dan berikan tajuk yang sesuai. 18
MENTAFSIR JADUAL, GRAF BAR MUDAH DAN GRAF GARISMaklumat yang terdapat dalam jadual dan graf biasanya padat dan ringkas. Oleh itu jadual dan graf boleh ditafsirkan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. Untuk mentafsir maklumat dalam jadual dan graf, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Antaranya ialah tajuk jadual dan graf. Selain tajuk, perkara-perkara lain yang perlu dilihat adalah sperti berikut:
JADUAL DAN GRAFPERKARA-PERKARA PENTING DALAM MEMBUAT PENTAKSIRANJADUAL Jumlah Nilai maksimum Nilai minimum Nilai purata (sekiranya dikehendaki)GRAF BAR MUDAH Butir-butir pada paksi mendatar dan menegak Bar-bar Nilai maksimum Nilai minimumGRAF GARISAN Butir-butir pada paksi mendatar dan paksi menegak Titik-titik yang menyambung garisan Nilai maksimum Nilai minimum Nilai purata Julat
Contoh Mentafsir Graf
Hasil Pengeluaran Kelapa Sawit di Felda Nenering, GerikGraf ini menunjukkan hasil pengeluaran kelapa sawit di Felda Nenering, Gerik antara tahun 1999 hingga 2003. Hasil keluaran maksimum adalah pada tahun 2002, iaitu 300 juta tan metrik. Hasil keluaran minimum adalah pada tahun 1999, iaitu sebanyak 65 juta tan metrik. Pada tahun 2001 dan 2003, hasil keluaran adalah sama iaitu 265 juta tan metrik. Hasil keluaran kelapa sawit di Felda Nenering meningkat dari tahun 1999 hingga 2002, tetapi menurun pada tahun 2003.
RUMUSAN
32415LATIHAN