soalan sejarah
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Sejarah soalanTRANSCRIPT
-
SULIT 2 21/1
[Lihat halaman sebelah
21/1 SULIT
1 Senarai berikut merujuk istilah sejarah yang berasal daripada perkataan Arab.
Rajah 1
Apakah X?
A Tarikh
B Syajarah
C Tawarikh
D Syajaratun
2 Penyataan berikut merujuk kepada upacara pengkebumian masyarakat prasejarah.
Apakah zaman tersebut?
A Paleolitik
B Mesolitik
C Neolitik
D Logam
3 Kejayaan kerajaan Angkor memperoleh hasil pertanian yang banyak bergantung kepada?
A Pelabuhan Oc-Eo
B Pembinaan Baray
C Pembinaan Angkor Wat
D Pengairan Sungai Mekong
Salasilah
Riwayat
Keturunan
X
Mayat dikebumikan dengan barang-barang seperti
makanan dan alat-alat batu.
-
SULIT 3 21/1
[Lihat halaman sebelah
21/1 SULIT
6 Pernyataan berikut merujuk kepada kedudukan Bahasa Melayu di Melaka.
Mengapakah bahasa tersebut menjadi lingua franca?
A Mudah difahami
B Senang dipelajari
C Diiktiraf oleh negara luar
D Bilangan penutur yang ramai
4 Senarai berikut dikaitkan dengan asal usul nama Melaka.
Apakah sumber tersebut?
A Sejarah Melayu
B Sejarah Melaka
C Cerita Orang Arab
D Cerita Mitos Hindu
5 Apakah langkah yang diambil oleh Parameswara untuk mengelakkan ancaman musuh?
I Menghantar ufti kepada China
II Memperkenalkan Hukum Kanun Melaka
III Memberi layanan baik kepada para pedagang
IV Menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan Siam
A I dan II
B II dan II
C III dan IV
D I dan IV
Menjadi lingua franca (bahasa perantaraan) dalam urusan perdagangan di
Melaka pada abad ke 15.
Pelanduk
Pokok Melaka
-
SULIT 4 21/1
[Lihat halaman sebelah
21/1 SULIT
7 Monolog berikut mungkin berlaku pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu
Melaka.
Apakah bentuk hubungan antara Melaka dengan raja tersebut?
A Setaraf
B Naungan
C Taklukan
D Ketuanan
8 Senarai berikut berkaitan situasi di Melaka pada awal kurun ke-16.
Apakah kesannya terhadap Melaka?
A Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis
B Perebutan takhta kerajaan dalam kalangan pembesar
C Raja di kawasan jajahan takluk Melaka membebaskan diri
D Sultan Mahmud Shah menyerahkan pemerintahan negeri
9 Raja Portugal menghantar angkatan laut yang dipimpin oleh Alfonso de Albuquerque.
Antara berikut apakah tuntutan Alfonso de Albuquerque yang telah ditolak oleh Sultan
Melaka?
I Meminta ganti rugi
II Mendirikan kubu di Melaka
III Mengadakan hubungan diplomatik
IV Menguasai perdagangan rempah di Melaka
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
Raja Jambi : Tidak lama lagi beta akan menjadi raja yang sah apabila Sultan
Melaka akan datang menabalkan beta sebagai Raja Jambi.
Senjata tradisional
Askar tidak terlatih
Bergantung kepada askar upahan
-
SULIT 5 21/1
[Lihat halaman sebelah
21/1 SULIT
10 Jadual 1 merujuk kepada pusat pentadbiran kerajaan Johor.
Tahun Pusat Kerajaan
1623 1677 Pulau Tembelan / Makam Tauhid
1677 1685 Batu Sawar / Riau
1685 - 1699 Kota Tinggi
Jadual 1
Mengapakah pusat pentadbiran kerajaan tersebut berubah-ubah?
A Mewujudkan pelabuhan baru
B Mengukuhkan peranan sultan
C Menerima ancaman kuasa luar
D Menjamin kesejahteraan rakyat
11 Apakah strategi yang dilakukan oleh angkatan perang Johor untuk menawan semula
Melaka pada tahun 1551 ?
A Meminta bantuan pedagang asing
B Membeli senjata moden dari Amerika
C Mendapatkan bantuan Perak, Pahang dan Jawa
D Menerima pinjaman kewangan daripada sepanyol
12 Pahang diletakkan di bawah pemerintahan Yamtuan Muda Johor iaitu Raja Bajau pada
tahun 1641 hingga tahun 1673.
Apakah kesan daripada tindakan tersebut?
A Mencetuskan perpecahan dalam kerajaan Johor
B Menamatkan pemerintahan Pahang daripada keturunan Bendahara
C Menamatkan pemerintahan Pahang daripada keturunan Raja Melaka
D Melahirkan pemerintah Pahang daripada keturunan rakyat Pahang
-
SULIT 6 21/1
[Lihat halaman sebelah
21/1 SULIT
13 Penyataan dibawah merujuk kepada sistem cukai yang diamalkan oleh masyarakat
Melayu tradisional?
Rajah 2
Apakah X?
A Cukai hasil
B Cukai kepala
C Cukai labuh batu
D Cukai bebas kuala
14 Antara berikut, pernyataan yang manakah berkaitan dengan tajau?
I Mempunyai kuasa ghaib
II Diwarisi secara turun-temurun
III Berfungsi sebagai harta simpanan
IV Melambangkan kekuatan seseorang
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
15 Mengapakah masyarakat Kadazandusun mengamalkan Pesta Kaamatan?
A Meraikan tahun baru
B Menandakan kesyukuran
C Menyambut kelahiran baru
D Memuja roh nenek moyang
X
Cukai dipungut di tempat-tempat tertentu di
sepanjang sungai.
-
SULIT 7 21/1
[Lihat halaman sebelah
21/1 SULIT
16 Kedah mengalami ancaman daripada Siam, Burma dan Bugis. Bagaimanakah Sultan
Kedah menghadapi ancaman tersebut?
A Mengambil askar upahan
B Menghantar ufti ke China
C Mengukuhkan kubu pertahanan
D Meminta bantuan tentera British
17 Petikan dibawah adalah sebahagian daripada kandungan surat Raffles kepada Gabenor
SHTI tentang Singapura.
Raffles berpendapat sedemikian kerana Singapura
I Mempunyai hasil bumi yang subur
II Berpotensi menjadi pelabuhan bebas
III Menyekat pengaruh Belanda
IV Menerima bantuan kuasa barat
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
18 Kesan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 adalah seperti berikut.
Mengapakah perjanjian tersebut menguntungkan British?
A Menguasai perdagangan di Timur
B Mengawal pengeluaran bijih timah
C Memonopoli perdagangan rempah
D Meluaskan pengaruh di Tanah Melayu
Percayalah kepada saya, ini merupakan sebuah stesen di Timur yang
terpenting
Berjaya menamatkan pertikaian antara British dan Belanda berkenaan
Singapura.
-
SULIT 8 21/1
[Lihat halaman sebelah
21/1 SULIT
19 Mengapakah Revolusi Perindustrian mendesak British untuk campur tangan di negeri-
negeri Melayu?
A Mendapatkan modal
B Mendapatkan bahan mentah
C Meluaskan tanah jajahan British
D Mendapatkan tenaga buruh yang murah
20 Jadual 2 menunjukkan peristiwa yang berlaku di Selangor.
Jadual 2
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada peristiwa tersebut?
Tahun Peristiwa
1873 Beberapa orang anak kapal British terbunuh
1874 Serangan ke atas rumah api di Tanjung
Rachado
A British mengambil kesempatan untuk menyerang Selangor
B Sultan Selangor terpaksa menerima Residen British
C Kongsi gelap di Selangor dihapuskan
D Wilayah Klang diambil oleh British
21 British telah menempatkan pegawai berikut bagi menguasai daerah Rembau, Jelebu dan
Seri Menanti.
Apakah tanggungjawab pegawai tersebut?
I Memungut cukai
II Menasihati pemerintah tempatan
III Memajukan ekonomi dalam negeri
IV Menguatkuasakan undang-undang British
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
Majistret dan Pemungut Hasil
-
SULIT 9 21/1
[Lihat halaman sebelah
21/1 SULIT
22 Bagaimanakah Tunku Mahmud menentang usaha George Maxwell mengibarkan
bendera Union Jack di kediamannya ?
A Menggubal perlembagaan
B Mengambil alih tugas Penasihat
C Mengambil tindakan mahkamah
D Merancang pembunuhan Penasihat
23 Pada tahun 1910, seorang penasihat British telah dilantik sebagai Penasihat British di
Kelantan. Penasihat British tersebut ialah
A J.S. Mason
B L. A. Allen
C W. L. Conlay
D George Maxwell
24 Maklumat berikut berkaitan dengan perlembagaan negeri.
Apakah persamaan perlembagaan tersebut?
A Menerap pengaruh Barat
B Menjamin kedaulatan negeri
C Mempelopori amalan demokrasi
D Menjadi asas Perjanjian Persekutuan
Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu
-
SULIT 10 21/1
[Lihat halaman sebelah
21/1 SULIT
25 Pemerintahan keluarga Brooke telah mengamalkan dasar Pecah dan Perintah.
Kumpulan etnik manakah yang terlibat dalam bidang pentadbiran dan ketenteraan?
A Orang Melayu dan Iban
B Orang Melayu dan India
C Orang Cina dan Sikh
D Orang Cina dan India
26 Dasar pemerintahan keluarga Brooke di Sarawak ialah tidak menggalakkan kemasukan
pelabur asing secara besar-besaran. Apakah kebaikan daripada tindakan tersebut?
A Memberi keadilan ekonomi kepada penduduk tempatan
B Mengelak penguasaan ekonomi oleh pihak luar
C Menjamin kegiatan ekonomi keluarga Brooke
D Mengukuhkan ekonomi British di Sarawak
27 Rajah di bawah menunjukkan mahkamah yang diwujudkan di Sabah.
Rajah 3
Apakah kesalahan yang akan dibicarakan di Mahkamah Anak Negeri?
A Edi telah dituduh membunuh anak Pak Wang
B Wadi dituduh mencuri anak kerbau Pak Jang
C
D
Yayah dituduh kerana menculik anak gadis Mak Limah
Taha telah dituduh melanggar hukum adat nenek moyangnya
Mahkamah di Sabah
Mahkamah Majistret Mahkamah Anak Negeri
-
SULIT 11 21/1
[Lihat halaman sebelah
21/1 SULIT
28 Tanaman berikut merupakan antara hasil tradisional yang menyumbang kewangan
SBUB.
Rajah 4
Apakah tanaman X?
A Jut
B Sagu
C Damar
D Abaka
29 British telah mengusahakan tanaman berikut sebagai pertanian dagangan.
Jadual 3
Apakah faktor yang mengakibatkan tanaman tersebut mengalami kemerosotan?
Buah pala
Ditanam dengan jayanya di Pulau Pinang
Mengalami kemerosotan pada tahun 1850-an
A Harga tidak stabil
B Kekurangan modal
C Serangan penyakit
D Saingan tanaman tebu
X
Dikenali sebagai musa textiles
Diproses menjadi tali
Hidup meliar di kawasan pamah dan
lembah
-
SULIT 12 21/1
[Lihat halaman sebelah
21/1 SULIT
30 Rancangan Sekatan Stevenson yang diperkenalkan pada tahun1922 telah ditamatkan
pada tahun 1928. Mengapakah rancangan tersebut gagal mencapai matlamatnya?
A Persaingan getah tiruan
B Indonesia tidak bekerjasama
C Berlakunya Perang Dunia Pertama
D Pekebun kecil tidak mematuhi syarat
31 Apakah kesan utama kedatangan buruh-buruh asing secara besar-besaran ke Tanah
Melayu?
A Pertambahan penduduk
B Pembukaan bandar baru
C Kedaulatan kesultanan tergugat
D Kewujudan masyarakat majmuk
32 Gambar 1 menunjukkan Sharif Masahor Wira Sarawak.
Gambar 1
Mengapakah kewibawaan beliau tergugat apabila Sarikei berada di bawah pemerintahan
James Brooke?
A Perdagangan di Wilayah Sarikei telah disekat
B Pengambilalihan Wilayah Sungai Rajang
C Penempatan kaum Iban dihapuskan
D Pembinaan kubu di Sungai Rajang
-
SULIT 13 21/1
[Lihat halaman sebelah
21/1 SULIT
33 Peristiwa berikut menerangkan peristiwa yang berlaku di Terengganu.
Rajah 5
Apakah hujah yang digunakan oleh Haji Abdul Rahman Limbong untuk membela para
petani?
A Tanah adalah hak petani
B Tanah adalah hak negeri
C Tanah adalah hak sultan
D Tanah adalah hak Allah
34 Akhbar berikut dikendalikan oleh orang Cina Peranakan bermula pada tahun 1894.
Mengapakah akhbar tersebut dianggap mempunyai sifat yang berani?
A Mengkritik dasar British
B Membidas pemimpin Melayu
C Mendedahkan kemunduran orang Melayu
D Melaporkan pemberontakan Dato Bahaman
Para petani yang membersihkan tanah tanpa pas kebenaran
ditangkap dan dibicarakan di mahkamah.
Haji Abdul Rahman Limbong bertindak sebagai peguam
mereka
BINTANG TIMOR
-
SULIT 14 21/1
[Lihat halaman sebelah
21/1 SULIT
35 Senarai berikut menunjukkan dua buah novel yang dikarang oleh Pak Sako.
Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh Pak Sako menerusi novel di atas?
I Pembelaan kaum wanita
II Pembelaan nasib bangsa
III Kritikan terhadap dasar British
IV Kritikan terhadap Raja-raja Melayu
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
36 Senarai berikut adalah taktik Bumi Hangus yang digunakan oleh British semasa
pemerintahan tentera Jepun.
Tindakan British ini bertujuan
A merosakkan kemudahan awam
B mempertahankan Tanah Melayu
C membuktikan kekuatan tentera British
D melengah-lengahkan kemaraan tentera Jepun
37 Mengapakah Jepun mengambil langkah untuk menjadikan Nippon-Go sebagai bahasa
rasmi dan bahasa pengantar?
A Mewujudkan pentadbir rendah yang berkaliber
B Memupuk ketaatan rakyat kepada pemerintah Jepun
C Memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan penduduk tempatan
D Menjadikan bahasa Jepun sebagai bahasa kebangsaan di Tanah Melayu
Putera Gunung Tahan
Anak Mat Lela Gila
Memusnahkan jambatan, jalan raya dan kawasan perlombongan
Membakar telaga minyak
-
SULIT 15 21/1
[Lihat halaman sebelah
21/1 SULIT
38 Pasukan polis tentera Kempeitai terkenal dengan sikap kezaliman dan kekejaman.
Apakah tujuan unit ini diperkenalkan?
A Menjaga keamanan kampung
B Menjalankan tugas pengintipan
C Menyebarkan propaganda Jepun
D Membanteras perkembangan komunis
39 Apakah bidang kuasa Raja-Raja Melayu dalam Malayan Union?
A Pesuruhjaya Negeri
B Ketua Dewan Rakyat
C Ketua Adat Istiadat Melayu
D Pemutus undang-undang Malayan Union
40 Apakah tindakan yang diambil oleh Sultan Johor untuk menentang Malayan Union?
A Mengadakan rundingan dengan Raja-raja Melayu yang lain
B Menghantar surat kepada Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan
C Mengarahkan orang Melayu mengadakan kongres kebangsaan
D Memulaukan majlis pelantikan gabenor Malayan Union
41 Gagasan Malayan Union bukan sahaja mendapat tentangan orang Melayu tetapi juga
pihak yang lain. Antara berikut, pihak manakah yang menentang gagasan tersebut?
A Bekas pegawai Inggeris yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu
B Bekas Pegawai kanan Inggeris yang pernah berkhidmat di Singapura
C Pegawai kanan Inggeris di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
D Pegawai kanan Inggeris di Negeri-Negeri Selat
42 Hidup Melayu menjadi cogan kata UMNO semasa penubuhannya pada tahun 1946.
Penggunaan cogan kata tersebut bertujuan untuk
A menyatukan ahli UMNO
B menarik lebih ramai ahli UMNO
C mengembangkan budaya Melayu
D menyemarakkan semangat kebangsaan
-
SULIT 16 21/1
[Lihat halaman sebelah
21/1 SULIT
43 Pernyataan ini merupakan mogok yang paling hebat yang berlaku menjelang tahun
1935.
Parti manakah yang mempengaruhi mogok di atas?
A Parti Perikatan
B Parti Komunis Malaya
C Parti Tindakan Rakyat
D Parti Komunis Nanyang
44 Seramai 24 000 Mata-Mata Khas Melayu telah diwujudkan semasa darurat. Apakah
peranan mata-mata khas tersebut?
A Mengawal ladang
B Mengadakan sekatan jalan raya
C Menjaga keselamatan kampung
D Memerhati pergerakan penduduk
45 Dialog di bawah menunjukkan tuntutan dalam Pertemuan Baling.
Apakah X?
A PKM dibenarkan menyertai pilihan raya umum
B PKM diiktiraf sebagai sebuah parti yang sah
C Pengampunan beramai-ramai tanpa meletakkan senjata
D Perkongsian kuasa PKM-Perikatan dalam pemerintahan
Mogok di lombong Arang Batu di Batu
Arang, Selangor.
Tunku Abdul Rahman : Pengampunan anggota PKM beramai-ramai
jika meletakkan senjata dan menyerah diri.
Chin Peng : X
-
SULIT 17 21/1
[Lihat halaman sebelah
21/1 SULIT
46 Pernyataan berikut berkaitan dengan keadaan selepas Darurat di Tanah Melayu.
Kerajaan melaksanakan dasar pelajaran kebangsaan
berorientasikan Tanah Melayu
Mengapakah kerajaan melaksanakan dasar di atas?
A Mempelbagaikan sistem pendidikan di Tanah Melayu
B Meningkatkan taraf pendidikan di Tanah Melayu
C Melahirkan pelajar yang berpendidikan tinggi
D Memupuk perasaan cinta kepada negara
47 Apakah tujuan penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)?
A Memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu
B Membentuk Parti Perikatan UMNO, MCA dan MIC
C Mencapai perpaduan berbilang kaum di Tanah Melayu
D Meyakinkan penduduk Sabah dan Sarawak agar menyertai Malaysia
48 Maklumat di bawah merupakan cadangan Laporan Pelajaran Tanah Melayu.
Rajah 6
X merujuk kepada
A Laporan Barnes 1951
B Laporan Fenn-Wu 1951
C Laporan Razak 1956
D Ordinan Pelajaran 1952
Pendidikan sekolah rendah adalah wajib
Sekolah rendah menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar
Sekolah menengah menggunakan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar
X
-
SULIT 18 21/1
[Lihat halaman sebelah
21/1 SULIT
49 Rajah di bawah menerangkan cara-cara kelonggaran syarat kerakyatan.
Jadual 4
Mengapakah kerajaan British meminda undang-undang kerakyatan di atas pada tahun
1951?
Kelonggaran Syarat
Kerakyatan
Secara kuat kuasa undang-
undang
Secara Permohonan
Secara Naturalisasi
I Melancarkan urusan pentadbiran negara
II Menambahkan jumlah penduduk Tanah Melayu
III Mengelakkan pengaruh Parti Komunis Malaya
IV Memupuk kesetiaan imigran kepada Persekutuan Tanah Melayu
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
50 Senarai di bawah menunjukkan pilihan raya yang diperkenalkan pada tahun 1952.
.
Mengapakah pilihan raya tersebut diadakan oleh British?
A Mempelajari pengurusan sistem pilihan raya
B Menimbulkan kesedaran politik dikalangan rakyat
C Memberi latihan kepada pemimpin tempatan untuk mentadbir
D Memperkenalkan proses demokrasi dalam Persekutuan Tanah Melayu
Pilihan Raya Majlis Bandaran:
Kuala Lumpur
Johor Bahru
Ipoh
Seremban
-
SULIT 19 21/1
[Lihat halaman sebelah
21/1 SULIT
51 Siapakah yang mempengerusikan Rundingan di London?
A Residen Jeneral British
B Menteri Tanah Jajahan
C Setiausaha Tanah Jajahan British
D Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu
52 Senarai di bawah menunjukkan tokoh yang terlibat dalam Suruhanjaya Reid.
Apakah sumbangan tokoh-tokoh tersebut?
A Merancang Dasar Pelajaran Kebangsaan
B Membuat persiapan bagi memulakan Pilihanraya Kebangsaan
C Merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
D Mendapatkan persetujuan sultan mengenai Perlembagaan Persekutuan
53 Mengapakah dokumen Pemasyhuran 1957 ditulis dalam tulisan jawi?
A Tulisan sejagat
B Menghargai tulisan asal
C Mewakili orang Melayu
D Simbol warisan bangsa
54 Mengapakah Charles Vyner Brooke mengalami masalah kewangan dalam pentadbiran?
A Sarawak terpaksa membayar cukai kepada kerajaan British
B Sarawak mengalami banyak kemusnahan akibat perang
C Sarawak telah banyak membangunkan kawasan luar bandar
D Sarawak kerugian akibat kejatuhan harga sarang burung
Lord Reid
Sir Ivor Jennings
Sir William Mckell
Tuan B. Malik
Tuan Abdul Hamid
-
SULIT 20 21/1
[Lihat halaman sebelah
21/1 SULIT
55 Gambar berikut menunjukkan peristiwa penangkapan Rosli Dhobi oleh askar British.
Gambar 2
Mengapakah tokoh tersebut ditangkap?
A Mengancam keamanan
B Menyertai Parti Komunis
C Membunuh gabenor Sarawak
D Melancarkan gerakan bersenjata
56 Pernyataan di bawah merujuk kepada langkah ke arah berkerajaan sendiri di Sabah.
Apakah dua majlis tersebut?
I Majlis Kerja
II Majlis Tertinggi
III Majlis Tempatan
IV Majlis Undangan
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
Pada tahun 1950 British memperkenalkan perlembagaan yang
baru. Melalui perlembagaan tersebut dua Majlis telah
ditubuhkan.
-
SULIT 21 21/1
[Lihat halaman sebelah
21/1 SULIT
57 Rajah di bawah merupakan tindakan Pemimpin Singapura dalam Pembentukan
Persekutuan Malaysia.
Rajah 7
Mengapakah Lee Kuan Yew membuat desakan tersebut?
A Memelihara kepentingan kaum
B Mendapat mandat Dewan Undangan Negeri
C Menyekat pengaruh golongan berhaluan kiri
D Mengelakkan daripada berlaku rusuhan di negeri beliau
58 Apakah alasan Presiden Filipina untuk menyokong tuntutannya ke atas Sabah menjelang
penubuhan Malaysia?
A Mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada Kesultanan Sulu
B Menganggap Sabah dipaksa menyertai gagasan Malaysia
C Menuduh penubuhan Malaysia sebagai Neokolonialisme
D Mengiktiraf kedaulatan pemerintah kerajaan Sabah
59 Senarai berikut merupakan permintaan sebuah negeri yang akan menyertai gagasan
Malaysia.
Perkara yang dimaksudkan ialah
Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi
Tiada agama rasmi
Kebebasan beragama
A Referendum Singapura
B Laporan setiausaha PBB
C Tuntutan 20 Perkara Sabah
D Laporan Suruhanjaya Cobbold
Lee Kuan Yew
Mendesak Tunku Abdul Rahman mempercepat penggabungan
Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu
-
SULIT 22 21/1
[Lihat halaman sebelah
21/1 SULIT
60 Berikut adalah tindakan kerajaan Malaysia menghadapi konfrontasi dengan Indonesia.
Mengapakah Malaysia mengambil tindakan tersebut?
A Penentangan parti politik Indonesia
B Penentangan rakyat Indonesia
C Pencerobohan tentera Indonesia
D Pemberontakan Parti Komunis Indonesia
KERTAS SOALAN TAMAT
Menubuhkan Pasukan Pertahanan Tempatan
Mendapatkan bantuan ketenteraan dari Australia dan New Zealand
Membuat bantahan rasmi kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu