soalan sejarah 4103

Upload: razifputra

Post on 07-Apr-2018

266 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/4/2019 soalan sejarah 4103

    1/25

    BAHAGIAN A

    1. Nyatakan 4 rumpun bahasa Austronesia.

    1. bahasa-bahasa di kepulauan Melayu (Nusantara),

    2. bahasa-bahasa Polinesia (bahasa-bahasa di Hawaii, Tongadan New Zealand iaitu di kalangan bangsa Maori),

    3. Melanesia (bahasa-bahasa di Fiji, Irian dan New Caledonia),dan

    4. Mikronesia (bahasa-bahasa di kepuluan Gilbert, Carolina,Marshall dan Marianna)

    2. Berikan 4 perkara penting yg ditulis oleh William Marsden

    dalam bukunya A Grammar of Malayan Language mengenai

    perkembangan bahasa Melayu.

    i. Bahasa Melayu itu indah, susunan ayatnya teratur, dan

    nahunya sederhana.

    ii. Penyebutannya juga mudah dan mudah diselaraskan

    dengan kata pinjaman.

    iii. Bahasa Melayu dikatakan bukan berasal daripada bahasa

    Sanskrit tetapi bahasa Sanskritlah yang memperkayakan Bahasa

    Melayu.iv. Tajuk-tajuk kecil dalam buku ini ialah abjad Jawi, konsonan

    dan vokal, tanda bacaan tulisan Jawi, golongan kata, bahagian

    ayat, nama sifat, perbandingan, bilangan, ganti nama, penunjuk,

    sendi, keterangan, penghubung, seruan, pengimbuhan, binaan

    ayat, dialek, prosodi dan praksis.

    1

  • 8/4/2019 soalan sejarah 4103

    2/25

    v. Marsden mengatakan bahawa orang Melayu telah

    mengambil 28 huruf Arab, dan mencipta beberapa huruf lagi

    dengan menambah titik tertentu pada bentuk yang sudah sedia

    ada.

    3. Perancangan dasar bahasa terbahagi kepada tiga. Jelaskan

    DUA dasar daripada 3 tersebut.

    i. Perancangan taraf mementingkan peranan yang

    dimainkan bahasa dalam pembinaan bangsa (Asmah:1987).

    Penggunaan satu bahasa rasmi merupakan penetapan tarafbahasa dalam sesebuah negara. Usaha ini merupakan urusan

    rasmi di peringkat kerajaan atau pemerintah tentang pemilihan

    dan peningkatan penggunaan satu bahasa dalam pentadbiran

    negara. Usaha ini dilakukan dengan bersungguh-sungguh oleh

    individu, kumpulan, atau organisasi untuk mempengaruhi

    penggunaan atau pembangunan satu bahasa sebagai bahasa

    rasmi.

    ii. Perancangan korpus pula merujuk kepada perubahan

    dalam bahasa itu sendiri yang melibatkan penciptaan

    perbendaharaan kata yang baharu dan pembakuan atau

    penstandardan termasuklah sistem ejaan dan tulisan dalam

    sesuatu bahasa.

    4. Terangkan perbezaan di antara Pertukaran Kod (code

    switching) dengan Percampuran Kod (code mixing).

    Pertukaran Kod

    2

  • 8/4/2019 soalan sejarah 4103

    3/25

    Penggunaan kata-kata daripada bahasa Melayu juga tetapi

    struktur ayat yang salah.

    J: Toke, kasi angkat satulah.

    P: Nanti dulu hah, kasi angkatPercampuran Kod

    Penggunaan kata-kata daripada bahasa lain seperti bahasa

    Kantonis, Hokkien, Arab, Inggeris dan Tamil ke dalam bahasa

    Melayu

    J: You mau macam mana gosok pun boleh

    J : Ada tiga function satu dia boleh cover

    5. Jelaskan dng ringkas DUA prinsip yg perlu dijadikan

    pegangan semasa menyusun kamus.

    a. Keaslian kamus haruslah memuatkan bahasa yang adabukti bahawa bentuk tersebut benar-benar digunakan oleh

    penutur jati.b. Keperwakilan bergantung kepada format kamus yang

    ditentukan oleh pengguna yakni khalayak, kamus perlumemuatkan bahan yang benar-benar mewakili ruang lingkupkhalayak misalnya bahasa untuk kanak-kanak.

    c. Kelayakan penyusun harus pasti bahawa hasil kerjanyasesuai dengan tujuan pekerjaannya. Keperluan bagi kamusekabahasa tidak sama dengan kamus dwibahasa. Selain

    daripada itu, kelayakan sosial juga perlu diambil kiramisalnya bahasa, agama, dan adat istiadat penggunakamus.

    d. Sumber bagi kata masukan atau entri perlulah sumberyang layak diterima pakai berdasarkan penelitian lapangan,

    3

  • 8/4/2019 soalan sejarah 4103

    4/25

    iaitu sumber primer atau sumber sekunder berdasarkanrujukan kepustakaan.

    BAHAGIAN B

    1. a. Jelaskan 4 jenis vokal fonem yang diperkenalkan oleh

    Zaaba.

    Zaba telah membahagikan fonem vokal yang diistilahkan

    sebagai huruf saksi (istilah Wilkinson 1903) kepada enam bunyi

    yang dilambangkan dengan enam huruf vokal yang berikut:

    Bunyi atas kasar = a halus = o

    Bunyi bawah kasar = e halus = i

    Bunyi hadapan kasar = o halus = u

    a. Bunyi atas kasar ialah vokal luas /a/ yang dilambangkan

    dengan , misalnya anak, ayer, ajak, padang, jala, mata.

    b. Bunyi atas halus ialah vokal tengah atau e pepet yang

    dilambangkan dengan // misalnya nam, mping, ngkau,pdang, kras, dan smbah.

    c. Bunyi bawah kasar ialah vokal depan separuh sempit /e/

    yang dilambangkan dengan . Misalnya esok, elok, ekor,

    perak, gelek, leher.

    4

  • 8/4/2019 soalan sejarah 4103

    5/25

  • 8/4/2019 soalan sejarah 4103

    6/25

    bidang pendidikan. Pengajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah

    bermula daripada Tahun 1 lagi akan memberikan pendedahan

    awal kepada kanak-kanak untuk belajar menulis dalam tulisan

    Jawi. Pendidikan bukan sahaja bersifat satu hala atau satu lawan

    satu dalam kelas tetapi perkembangan multimedia dapatmembantu perkembangan tulisan Jawi dalam pendidikan melalui

    perisian kursus dalam CD atau VCD yang memudahkan

    pengedaran yang lebih luas.

    iii. Bahan pengajaran juga perlu diperbanyakkan misalnya

    buku-buku latihan yang berorientasikan pembelajaran kendiri dan

    juga melalui akhbar Utusan Melaysia yang dapat membantu

    perkembangan korpus bahasa melalui tulisan Jawi. Penggunaan

    akbar Jawi dalam darjah merupakan langkah yang perlu

    digalakkan di semua sekolah agar pembelajaran menjadi lebih

    menarik dan praktikal. Kementerian Pelajaran seharusnya

    mengambil inisiatif untuk mengembangkan penulisan Jawi

    melalui peruntukan dalam jadual waktu persekolahan untuk

    pembelajaran. Kepentingan mempelajari tulisan Jawi samalah

    juga dengan kepentingan mempelajari Bahasa Melayu.

    iv. Pameran seni khat juga seharusnya diperbanyakkan dan pelajar sekolah harus digalakkan mengunjungi pameran

    sedemikian supaya mendapat pendedahan yang sewajarnya

    tentang warisan Melayu yang kian dilupakan ini. Bengkel tentang

    penulisan Jawi dalam kalangan belia dan pelajar peringkat remaja

    dapat mempertingkatkan lagi kesedaran mempertahankan

    tulisan Jawi sebagai alat pengembangan ilmu. Selain daripada

    kemudahan bahan pengajaran, guru yang berpengalaman perlu

    dilahirkan untuk memenuhi keperluan pengajaran. Latihan dapatmeningkatkan kaedah pengajaran yang lebih berkesan.

    v. setiap masa, lokasi atau di mana saja sewajarnya diletakkan

    tulisan ini. Media massa turut memberi sokongan seperti

    menyelitkan berita, iklan atau papan tanda dalam tulisan ini.

    Apabila semua pihak saling membantu, usaha memartabatkan

    6

  • 8/4/2019 soalan sejarah 4103

    7/25

    tulisan ini mudah dilaksanakan, sekali gus memperluaskan

    pengaruh atau penggunaannya.

    vi. Pada masa sama, kegiatan menguasai ejaan ini mesti

    diperkasakan dalam kalangan generasi muda kerana merekagolongan terbesar. Antaranya, mengadakan pelbagai sayembara

    serta kursus umum di sekolah rendah dan menengah.

    Percambahan minat terhadap golongan ini jika dijana sejak awal

    mampu membentuk keseimbangan dalam pelbagai aspek sekali

    gus mencapai kejayaan pada masa depan. Justeru, jika ada

    pelajar yang berminat menjadi pakar bahasa, perlulah dikaji dan

    diteroka keistimewaan sistem tulisan Jawi. Ini perlu dilakukan

    demi masa depan negara dan negara memerlukan golongan ini

    untuk meneruskan kesinambungan sedia ada.

    vii. Pada masa sama, penerbitan buku dalam versi Jawi mestilah

    dipelbagaikan dengan memberi galakan atau insentif. Beliau

    percaya, jika disokong dengan mekanisme padu, martabat untuk

    mengangkat taraf tulisan ini akan tercapai. Yang penting ialah

    galakan serta cara pelaksanaannya. Sudah sampai masanya

    masyarakat menyemarakkan tulisan ini sebagai satu bukti

    terunggul kewujudan tamadun Melayu suatu ketika dulu.

    2. a. Jelaskan 4 faktor yang menyebabkan masalah salah

    tafsir semasa penterjemah memindahkan sesuatu

    teks drpd bahasa sumber kepada bahasa

    sasaran.

    a. Seseorang itu mempunyai pengetahuan yang terlalu tinggi

    tentang subjek yang hendak diterjemahkan akanmenyebabkan penterjemah secara tidak disedarinya

    menghasilkan terjemahan terlalu tinggi bagi pembacanya.

    Ini mengakibatkan hasil terjemahan mungkin tidak boleh

    difahami oleh pembaca sasaran terjemahan itu. Sebagai

    penterjemah anda faham apa yang ditulis, dan anda

    7

  • 8/4/2019 soalan sejarah 4103

    8/25

    membuat anggapan bahawa pembaca pun faham

    maksudnya.

    b. Seseorang itu juga mungkin mempunyai pengetahuan yang

    kurang dalam bahasanya sendiri. Hal ini berlaku sekiranyaanda dipengaruhi pendidikan bahasa asing dan ini

    menyebabkan wujud sikap membelakangkan kekayaan

    perbendaharaan kata yang ada dalam bahasa penerima.

    c. Seseorang itu mungkin mempunyai sikap tidak yakin dengan

    kemampuan bahasa sendiri. Sekiranya sebagai

    penterjemah, anda prejudis terhadap bahasa ibunda dan

    menganggap bahasa asing lebih baik dan meniru bulat-bulat

    unsur asing kerana memikirkan bahasa sumber itu lebihtinggi martabatnya daripada bahasa sendiri, hal ini boleh

    menjejaskan mesej yang ingin disampaikan.

    d. Seseorang itu kurang pengetahuan tentang penterjemahan.

    Sebagai penterjemah, anda perlu mengetahui tujuan

    sebenar penterjemahan. Andaian yang dibuat oleh

    kebanyakan kita bahawa bahasa itu terdiri daripada

    perkataan-perkataan dan terjemahan hanyalah

    menggantikan perkataan-perkataan dalam bahasa sumber

    dengan perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran. Ini

    tidak seharusnya berlaku. Sebagai penterjemah, anda perlu

    mengambil berat tentang hal-hal yang berkaitan dengan

    hubungan waktu (temporal), hubungan jarak (spatial) dan

    hubungan sebab akibat (logikal) perlulah diambil kira.

    Penterjemahan sebaik-baiknya dilakukan setelah seluruh

    perenggan dianalisis dan difahami dan ada kalanya seluruh

    jalan cerita dan mesej difahami.

    b. Bincangkan DUA kategori dalam kaedah terjemahan

    Dinamik.

    8

  • 8/4/2019 soalan sejarah 4103

    9/25

    a. Keselarasan konteks pembaca sasaran lebih diutamakandaripada cara sesuatu maklumat dikemukakan ataukeselarasan perkataan demi perkataan. Dua perkataan

    yang yang sama mungkin berlainan ertinya dalam kontekstertentu. Terjemahan mestilah menepati konteks.

    b. Persamaan dinamik hendaklah diutamakan daripadakeselarasan formal. Penerimaan pembaca yang ditekankansupaya pembaca teks asal dan teks terjemahan mengalamikefahaman, perasaan dan tindakan yang sama.

    c. Bentuk-bentuk bahasa yang didengar hendaklah diutamakanlebih dahulu daripada bentuk bertulis. Dalam kes tertentu

    apabila teks itu akan lebih banyak didengar daripada dibacasendiri dalam hati.

    d. Keperluan pembaca sasaran hendaklah lebih diutamakandaripada bentuk bahasa. Ini akan membantu menyelesaikanmasalah yang dihadapi oleh pembaca teks terjemahan.

    3. a. Terdapat kriteria2 tertentu untuk menjadi penterjemah

    yang baik. Berdasarkan pandangan Ainon Muhd. Jelaskan DUA kriteria tersebut.

    i. Pertama, mengetahui bahasa sumber dengan baik

    yakni kecekapan dalam bahasa pertama (bahasa

    sumber). Anda hendaklah menguasai bahasa sumber atau

    bahasa teks yang hendak diterjemahkannya, bukan setakat

    mengetahui makna perkataan-perkataannya malah tahu

    selok-belok penggunaan dan ciri-ciri tertentu bahasa

    tersebut. Di samping itu, anda juga perlu mengetahui

    ekspresi idiomatik dalam bahasa sumber. Jika penterjemah

    tidak dapat menguasai teks sumber dengan baik,

    kemungkinan berlakunya salah terjemah dan menyebabkan

    berlakunya ketaksaan dari makna.

    9

  • 8/4/2019 soalan sejarah 4103

    10/25

    Contoh Salah Betul

    Ive to go

    for good.

    Ive got aletter

    telling me.

    Saya akan

    pulang. Saya baru

    menerima surat yang meminta

    saya harus pergi.

    Saya terpaksa pulang

    untuk selama-

    lamanya. Saya telahmenerima surat yang

    meminta saya pulang.

    ii. Kedua, anda perlu mengetahui bahasa

    sasaran/bahasa penerima dengan baik yakni

    kecekapan dalam bahasa kedua (bahasa sasaran).

    Sebagai penterjemah, anda hendaklah juga dapat

    menguasai bahasa sasarannya dengan baik. Malah ada yang

    berpendapat seharusnya lebih baik daripada bahasa

    sumbernya sebab ini boleh memastikan yang cara

    pernyataannya tidak berbau terjemahan.

    Contoh Salah Betul

    I dont know. I

    feel dead.

    Everything in

    the past is

    gone..

    Entahlah. Saya

    merasakan

    seakan-akan

    mati. Semuanya

    telah hilang.

    Entahlah. Saya

    merasakan

    seakan-akan mati.

    Semuanya telah

    tiada lagi.

    iii. Ketiga, anda perlu mengetahui subjek yang

    hendak diterjemahkannya, iaitu pengetahuan tentang

    bidang. Individu yang mengetahui dua bahasa belum

    mencukupi untuk menjadi penterjemah yang baik.

    Penterjemah hendaklah seelok-eloknya mengetahui bidang

    yang hendak diterjemahkannya sekurang-kurangnya pada peringkat asas. Anda juga mestilah sekurang-kurangnya

    mengetahui laras yang digunakan dalam bidang tersebut.

    Namun hakikat perlu anda sedari bahawa kelayakan ini

    lazimnya sukar diperolehi, lebih-lebih lagi dalam bidang

    yang terlalu khusus.

    10

  • 8/4/2019 soalan sejarah 4103

    11/25

    Contoh Salah Betul

    Touching your

    heart.

    Menyentuh

    jantung anda.

    Menyentuh jiwa

    anda.

    Where money

    lives.

    Di mana wang

    hidup.

    Wang anda cergas

    sentiasa.

    iv. Keempat, anda perlu mengetahui teori dan proses

    terjemahan. Pengetahuan tentang teori dan proses

    terjemahan akan memperlengkap lagi seseorang

    untuk menghasilkan terjemahan yang baik.

    Penterjemah perlulah mengetahui prinsip-prinsip terjemahan

    bagi menghasilkan terjemahan yang bermutu.

    Contoh Formal Dinamik

    With the

    Maybank

    Esteem card.

    A card that

    entitles you

    to enjoy arange of

    benefits.

    Dengan Maybank

    Esteem Kad. Kad

    yang menyediakan

    anda pelbagai

    kemudahan yangmenguntungkan.

    Kad Maybank

    Esteem

    menyediakan

    pelbagai

    kemudahan yangmenguntungkan

    anda.

    v. Kelima, anda perlu mengetahui latar belakang

    budaya bahasa sumber dan bahasa sasaran.

    Pengetahuan umum tentang subjek lain yang tidak

    berkaitan secara langsung dengan tajuk terjemahan. Anda

    perlulah mengetahui budaya kedua-dua bahasa untuk

    memastikan ketepatan sesuatu hasil terjemahan. Ini kerana

    norma atau nilai budaya sesuatu bangsa itu berbeza antara

    satu dengan yang lain.

    Contoh Salah Betul

    11

  • 8/4/2019 soalan sejarah 4103

    12/25

    Several

    summers

    ago

    Ketika musim

    bunga dua tiga

    tahun lalu

    Ketika musim

    panas dua tiga

    tahun lalu

    b. Eugene Nida mengemukan ENAM aspek penting dalam

    teori terjemahan. Terangkan 4 aspek penting

    tersebut.

    a. Pertama, dalam penyalinan semula maklumat, tugas utama

    penterjemah ialah menyalin semula maklumat yangterkandung dalam teks asal ke dalam bahasa penerima.

    Penterjemah tidak boleh lari daripada hakikat ini tetapi tidak

    dapat dinafikan dalam proses penyalinan semula, maklumat

    tersebut akan berlaku sedikit penyesuaian semula pada

    tatabahasa dan pilihan kata. Implikasinya ialah bagi

    mengekalkan makna, gaya bahasa terpaksa dikorbankan.

    b. Kedua, persamaan bukan keserupaan. Penterjemah mestilah

    berusaha untuk mencari persamaan bukan keserupaan atau

    identiti teks tersebut. Oleh itu tugas penterjemah ialah

    menyalin semula maklumat bukan menyalin bentuk

    bagaimana maklumat itu diungkapkan.

    12

  • 8/4/2019 soalan sejarah 4103

    13/25

    c. Ketiga, persamaan sejadi/bersahaja (formal).Terjemahan ini

    merupakan usaha untuk mengekalkan bentuk bahasa

    sumber sedapat mungkin walaupun ekspresi tersebut tidak

    begitu natural sebagaimana bahasa sumber. Terjemahan

    yang baik ialah terjemahan yang tidak dirasakan teksterjemahan apabila dibaca teks tersebut, malah kita seperti

    membaca teks asal yakni kesinambungan pembaca tidak

    terganggu. Terjemahan ini hampir sama dengan terjemahan

    kata demi kata. Terjemahan mestilah dilakukan dengan

    menggunakan ciri-ciri Bahasa Melayu (bahasa sasaran).

    Implikasinya ialah teks sastera Inggeris tidak mungkin boleh

    diterjemahkan dengan menggunakan Bahasa Melayu Klasik

    tetapi menggunakan Bahasa Melayu Moden supaya tekstersebut seolah-olah baru ditulis. Perkara utama di sini ialah

    terjemahan tidak boleh bersifat terjemahan kebudayaan

    tetapi terjemahan bahasa semata-mata.

    d. Keempat, persamaan terdekat (dinamik). Ini kerana tidak

    ada dua bahasa yang menyerupai satu sama lain sama ada

    pada makna antara dua perkataan dalam bahasa itu atau

    pada cara bagaimana perkataan-perkataan dalam bahasa

    itu disusun mengikut peraturan nahunya. Tidak ada

    persamaan mutlak antara bahasa-bahasa.

    e. Kelima, keutamaan makna.Makna mestilah diberikan prioriti

    kerana kandungan mesej itu yang mesti disampaikan oleh

    penterjemah. Hal ini bermakna penterjemah perlu

    melakukan perubahan yang radikal supaya maklumat yang

    disampaikan dapat dikekalkan dalam bahasa penerima.

    f. Keenam, kepentingan gaya. Walapun gaya merupakanaspek kedua penting berbanding dengan kandungan tetapi

    unsur ini juga tetap penting dalam penterjemahan. Gaya

    yang baik akan memberikan kesan kepada sesuatu teks

    khususnya dalam penterjemahan puisi yang seharusnya

    13

  • 8/4/2019 soalan sejarah 4103

    14/25

    tidak berbentuk prosa atau penjelasan. Bentuknya kekal.

    Sama juga halnya dengan pantun.

    4. a. Bincangkan kecemerlangan bahasa Melayu zamanKesultanan Melayu Melaka.

    Prosa dalam Bahasa Melayu yang terkenal ialah Sulalatus Salatin

    atau Sejarah Melayu. Keagungan Kesultanan Melaka jelas

    tergambar di dalam Sejarah Melayu oleh Tun Seri Lanang, sebuahkarya dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya disusun

    pada tahun 1612. Prosa ini mengungkapkan beberapa genre

    Melayu, iaitu pantun, syair puisi, gurindam dan seloka. Terdapat

    sekurang-kurangnya 29 versi tetapi versi yang paling mashyur

    adalah versi Shellabear. Menurut pengenalan Sejarah Melayu

    naskah Shellabear, Yang diPertuan Raja di Hilir Sultan Abdullah

    Mu'ayat Syah ibni'l Sultan Abdul Jalil Syah telah mengutuskan Seri

    Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintah Bendahara

    Paduka Raja Tun Muhammad@Mahmud (Tun Sri Lanang) pada

    hari Khamis, 12 Rabiul Awal 1021 bersamaan 13 Mei 1612 agar

    menyunting salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh Orang Kaya

    Sogoh dari Goa/Gowa, India. Sejarah Melayu Sulalatus Salatin

    (Rajah 2.3 & 2.4)dianggap penting kerana karya ini memberikan

    perincian tentang adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu

    dan sejarah kerajaan Melayu dan boleh dikatakan menyerupai

    konsep Sejarah Sahih China. Dikatakan bahawa pada setiap

    pertukaran dinasti di China, sejarah Dinasti sebelumnya akanditulis dan disimpan di arkib negara tersebut. Sulalatus Salatin

    (Sejarah Melayu) merupakan satu karya sejarah mengenai

    kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan

    Melayu Melaka yang ditulis oleh beberapa orang pengarang

    14

  • 8/4/2019 soalan sejarah 4103

    15/25

    Melayu. Ketika Feringgi (Portugis) menakluk Melaka, salinan

    Sejarah Melayu telah dibawa ke Goa.

    Pada kemuncak kerajaan Melayu Melaka, terdapat beberapa

    karya kesusasteraan yang dipengaruhi oleh tulisan Arab sepertiHikayat Muhamad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah, dan

    Hikayat Nabi Bercukur. Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Ali

    Hanafiah telah memberi semangat serta kekuatan kepada orang

    Islam untuk menentang musuh di medan peperangan. Kerajaan

    Melayu-Melayu telah menggunakan Bahasa Melayu dalam

    sistem pentadbirannya. Kejatuhan Melaka menyebabkan era

    kerajaan Melayu berakhir di Tanah Melayu Melaka.

    Hikayat Muhammad Hanafiah merupakan antara teks Melayuterawal. Hikayat ini mengisahkan kisah percintaan dan

    mengandungi kandungan mengenai aspek emosi, nilai

    kebudayaan dan nilai sosio politik. Hikayat ini sudah dikenali

    sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-16. Hikayat

    ini juga dikenali sebagai 'hikayat perang' kerana hampir

    keseluruhan isi hikayat penuh dengan kisah peperangan.Hikayat

    Amir Hamzah daripada Naskah A - DBP MSS 4, Dewan bahasa dan

    Pustaka, Kuala Lumpur. Hikayat Amir Hamzah menceritakanperihal kegagahan dan keperwiraan seorang pejuang Islam, iaitu

    Amir Hamzah, pada zaman sebelum dan awal kebangkitan Islam.

    Ia ditulis kemungkinannya dari awal abad ke-16. Menurut

    pendapat orang-orang yang ahli dalam lapangan kesusasteraan,

    Hikayat Amir Hamzah ialah salinan daripada bahasa Parsi

    sungguh pun dalam bahasa 'Arab ada juga hikayat yang

    demikian. Hikayat Amir Hamzah adalah merupai sebuah buku

    yang tebal mengandungi 90 bab; di dalamnya meriwayatkankisah keberanian dan kegagahan Sayyidina Hamzah mengepalai

    tentera Islam dalam peperangan menentang tentera-tentera

    kafir.

    15

  • 8/4/2019 soalan sejarah 4103

    16/25

    b. Dalam konteks bahasa, jelaskan penganjuran

    Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu

    Piala Perdana Menteri.

    Dengan tujuan memartabatkan bahasa Melayu di persada dunia,

    Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) telah dimulakan

    sejak tahun 2007 sebagai Pertandingan Pidato Antarabangsa

    Bahasa Melayu Piala Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Oleh

    sebab sambutan yang diperoleh amat menggalakkan, maka pada

    tahun 2010, iaitu bagi PABM ke-4, Piala Pusingan telah

    dinaiktarafkan kepada Piala Perdana Menteri

    PABM diideakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib

    Tun Haji Abdul Razak. PABM antara lain bertujuan

    memperkukuhkan kedudukan dan martabat Bahasa Melayu di

    peringkat antarabangsa. Bermotifkan melahirkan rasa bangga

    dan yakin rakyat Malaysia terhadap bahasa Melayu sebagai

    bahasa ilmu yang telah menyerantau ke seluruh pelosok dunia.

    Penyertaan kali ini memperlihatkan wakil negara yang mengambil

    bahagian telah meliputi semua enam benua.

    Berbekalkan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan

    diperteguhkan melalui wadah 1Malaysia, kedudukan bahasa

    Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan dapat diperkukuhkan

    dan rantaian jalinan hubungan antara kaum dapat diperkukuhkan

    melalui aspek bahasa.

    Secara sinikalnya, impak kejayaan PABM dapat dirangkumkan

    dalam empat konteks; impak dalam pembangunan sektor

    pengajian tinggi; kesedaran kepada kepentingan pendidikanbahasa Melayu; peningkatan ekonomi dan pengantarabangsaan;

    serta kejayaan PABM dari kaca mata golongan belia.

    BAHAGIAN C

    16

  • 8/4/2019 soalan sejarah 4103

    17/25

    1. Wibawa sesuatu bahasa bukan sahaja terletak pada struktur

    dan sintaksisnya apa lagi tidak bersangkut dengan kekuatan

    majlis mahupunm rohaninya. Bahasa bukan mata ikatan rumusnahu dan bukan deretan mentera. Kekuatan dan daya tarik

    bahasa berasaskan faktor politik dan sosial termasuk kepesatan

    dan pencapaian ekonominya serta kesedaran dan kesetiaan

    penuturnya .

    Berdasarkan penyataan di atas, bincangkan bagaimana

    faktor2 yang dinyatakan itu mempengaruhi pembinaan dan

    pengembangan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan

    bahasa rasmi pd zaman pascamerdeka ( 1957-1970 )

    Era selepas merdeka ataupascamerdeka bermula selepas 31

    Ogos 1957 hinggalah tahun 1967. Bahasa Melayu telah

    dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu melalui

    peruntukan undang-undang yang terkandung dalam Perkara 152

    Perlembagaan Malaysia yang menyatakan dengan jelas bahasa

    kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Perkara 152 PerlembagaanMalaysia memperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan ialah

    Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan

    sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang oleh

    Parlimen.

    Berdasarkan peruntukan yang diberikan, jelaslah bahawa

    pertimbangan sewajarnyalah telah diberikan terhadap kedudukan

    Bahasa Melayu. Sejak tahun 1957, apabila Persekutuan Tanah

    Melayu mencapai kemederkaan, Bahasa Melayu telah menjadibahasa kebangsaan yang disarankan oleh Suruhanjaya Reid.

    Pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

    berasaskan beberapa faktor, iaitu Bahasa Melayu mempunyai

    jumlah penutur yang terbesar di negara ini. Pada waktu itu,

    kumpulan ini membentuk 49.78 peratus, manakala kaum Cina

    17

  • 8/4/2019 soalan sejarah 4103

    18/25

    merupakan 37.1 peratus, dan kaum India 11.0 peratus

    (Ensiklopedia Kebudayaan Melayu, hlm. 1260). Faktor kedua,

    ialah Bahasa Melayu merupakan bahasa yang bersifat pribumi

    bagi negara ini. Oleh itu, Bahasa Melayu dapat melahirkan jati diri

    penduduk negara ini. Faktor ketiga ialah penggunaan BahasaMelayu sebagai alat komunikasi sudah sekian lama berjalan dan

    ini tidak akan menimbulkan masalah bagi komunikasi umum.

    Akhirnya, keempat ialah Bahasa Melayu telah lama menjadi

    bahasa pentadbiran di negeri Melayu.

    Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga

    alat perpaduan tidak disanggah oleh mana-mana pihak.

    Pengisytiharan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan

    bahasa rasmi dalam semua urusan pentadbiran tidak menyekat

    penggunaan dan pembelajaran bahasa-bahasa lain dalam urusan

    bukan rasmi. Pada dasarnya, pengiktirafan dan penggunaan

    Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dikawal oleh dasar

    bahasa kebangsaan dan dari segi undang-undang, dasar ini telah

    dimaktubkan melalui perlembagaan dan akta.

    Pada 7 Mac 1957, Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan,

    dengan sebulat suara meluluskan Penyata Razak. Penyata ini

    adalah bertujuan untuk mewujudkan suatu sistem pelajaran

    nasional bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka yang

    dapat diterima oleh seluruh rakyat serta memenuhi kehendak

    mereka dan yang dapat menggalakkan perkembangan

    kebudayaan, sosial dan ekonomi ke arah satu bangsa dengan

    tujuan hendak menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa

    kebangsaan negara ini dan dalam pada itu memelihara

    pertumbuhan bahasa dan budaya orang-orang bukan Melayuyang menetap di negara ini (Undang-Undang Pelajaran 1957,

    2008.). Undang-undang Pelajaran 1957 yang diluluskan setelah

    dibacakan bagi kali yang ketiga adalah digubal berdasarkan

    Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956. Laporan jawatankuasa ini

    telah diluluskan pada dasarnya setelah dibentangkan dalam

    18

  • 8/4/2019 soalan sejarah 4103

    19/25

    perbahasan Majlis Perundangan Persekutuan pada 16 Mei 1956.

    Laporan ini dinamakan Laporan Razak 1956. (Kita akan

    bincangkan perkara ini dalam subtopik 3.3).

    Perkara yang paling penting pada era ini ialah peranan yangdimainkan oleh Dewan bahasa dan Pustaka (DBP). Pada tahun

    1959, DBP berubah tarafnya daripada jabatan kerajaan kepada

    badan berkanun apabila Parlimen meluluskan Akta Dewan

    Bahasa dan Pustaka. Pemberian autonomiini membolehkannya

    menggubal dasar tentang matlamat yang ditetapkan dalam akta

    tersebut. DBP dibenarkan menggubal dasar-dasarnya yang

    khusus, menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan

    bahasa dan sastera menurut kebijaksanaan pihak pengurusannyasendiri, dan menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan

    buku secara lebih kompetitif menurut prinsip dan amalan

    perusahaan dan profesion penerbitan yang sentiasa berkembang

    dan hidup. Matlamat utamanya ialah membina dan

    mengembangkan bahasa kebangsaan sesuai dengan dasar

    negara dan hasrat rakyat yang menubuhkan DBP.

    Sebagai sebuah negara yang baru merdeka dan mempunyairakyat yang berbilang kaum, satu orientasi baru diperlukan untuk

    membentuk sikap rakyat menerima Bahasa Melayu sebagai

    bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. DBP melancarkan gerakan

    psikologi melalui kempen-kempen bahasa yang melibatkan

    penyertaan rakyat daripada semua kaum dalam kegiatan bahasa

    secara besar-besaran. Gerakan ini dilakukan di seluruh negara

    tiap-tiap tahun selama tujuh tahun dari 1960-1966. Pada 30

    Januari 1960, Minggu Bahasa Kebangsaan dilancarkan buatpertama kalinya di seluruh negara yang berlangsung hingga 6

    Februari, 1961.

    Pelancaran itu dilakukan oleh pengerusi jawatankuasa pusat

    Minggu Bahasa Kebangsaan, Tuan Syed Nasir bin Ismail. Minggu

    Bahasa Kebangsaan ini merupakan rancangan kebangsaan yang

    19

  • 8/4/2019 soalan sejarah 4103

    20/25

    bertujuan untuk menggalakkan seluruh rakyat supaya

    menggunakan bahasa kebangsaan dalam kehidupan mereka

    sehari-hari; menunjukkan kepada dunia bahawa kita sebagai

    bangsa yang merdeka menggunakan bahasa kebangsaan yang

    difahami oleh seluruh rakyat daripada segala keturunan sebagaibahasa perantaraan; untuk menyakinkan orang yang masih ragu-

    ragu bahawa bahasa kebangsaan kita ini adalah bahasa besar

    teristimewa di sebelah Timur dan menjadi bahasa ilmu

    pengetahuan; memberitahu kepada dunia bahawa bahasa

    kebangsaan kita akan menjadi bahasa yang kaya raya setelah

    mendapat jiwa baharu dalam pergolakan dunia sekarang; dan

    hendak menerangkan kepada pelajar bahawa bahasa

    kebangsaan kita memakai bentuk yang khas dan boleh menerimasegala perkataan bahasa asing yang dapat disesuaikan dengan

    keadaan bahasa itu sendiri. Keadaan yang demikian telah berlaku

    beribu-ribu tahun yang Ialu dan terus berjalan hingga sekarang,

    dan hendak menerangkan kepada orang ramai bahawa Dewan

    bahasa dan Pustaka yang mempunyai tugas besar dalam

    perkembangan bahasa kebangsaan ini sentiasa berharapkan

    kerjasama daripada segala pihak untuk kemajuan bahasa

    kebangsaan dan perkembangannya dalam segala lapangan.

    Acara-acara dalam Minggu Bahasa Kebangsaan ini dijalankan

    dalam dua bentuk: pertama, acara umum yang ditujukan untuk

    menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam segala

    lapangan; dan yang kedua, ialah melalui peraduan-peraduan

    untuk menimbulkan keinginan menyertai dalam penggunaan dan

    perkembangan bahasa itu. Dalam menjalankan acara-acara itu

    segala tugas dibahagi kepada peringkat-peringkat, iaitu peringkat

    daerah, peringkat negeri dan peringkat kebangsaan. (Mahfudzbin Abdul Hamid, 1960)

    Dalam bahagian acara umum diadakan berbagai-bagai acara

    penerangan seperti mengadakan poster-poster, pelekat-pelekat

    cogan kata, kain-kain cogan kata, iklan-iklan dan filem-filem serta

    20

  • 8/4/2019 soalan sejarah 4103

    21/25

    ucapan-ucapan oleh pembesar-pembesar dan pakar-pakar dan

    juga pengguna-pengguna bahasa kebangsaan dari orang-orang

    Melayu dan bukan Melayu. Dalam bahagian peraduan pula

    diadakan peraduan-peraduan syarahan yang dimulakan pada

    peringkat daerah dan berakhir di peringkat kebangsaan apabila pensyarah-pensyarah yang menang dalam bahagian-bahagian

    yang tertentu bertanding untuk mencapai gelaran johan

    pensyarah bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Di

    peringkat negeri pula diadakan peraduan-peraduan bahas,

    peraduan melukis poster, peraduan mengarang rencana dan

    sebagainya.

    Pada peringkat kebangsaan rancangan Minggu Bahasa

    Kebangsaan ini dihadiri dan dikelolakan oleh suatu Jawatankuasa

    Kerja Pusat yang dilantik oleh persidangan Setiausaha-Setiausaha

    Kerajaan Negeri, Setiausaha-Setiausaha Kementerian dan

    jabatan-jabatan. Dalam tiap-tiap negeri pula diadakan satu

    Jawatankuasa Negeri untuk memutuskan rancangan di peringkat

    negeri dan juga berkuasa menubuhkan Jawatankuasa Daerah

    untuk melancarkan pengelolaan rancangan di tiap-tiap negeri.

    Pelaksanaan rancangan kebangsaan Minggu Bahasa Kebangsaan

    ini dirancang untuk disertai oleh seluruh pihak yang meliputi

    kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan mahupun

    separuh kerajaan, institusi-institusi pengajian tinggi dan sekolah-

    sekolah, akhbar-akhbar, syarikat-syarikat swasta, pertubuhan-

    pertubuhan yang mengenai bahasa dan persuratan secara

    langsung atau tidak langsung dan bahkan kepada tiap-tiap rakyat

    dan kumpulan rakyat dengan mengadakan rancangan-rancangan

    penyambutan dan perayaan yang sesuai dengan tujuan

    mengadakan Minggu Bahasa Kebangsaan.

    Pada 15 April 1962, satu seminar mengenai bahasa dan Sastera

    telah diadakan di Balai Budaya Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala

    Lumpur. Seminar anjuran Dewan bahasa dan Pustaka dengan

    kerjasama Perpustakaan Universiti Malaya ini dirasmikan oleh

    21

  • 8/4/2019 soalan sejarah 4103

    22/25

    Timbalan Perdana Menteri, Tun Haji Abdul Razak bin Dato'

    Hussein. Sebanyak 50 kertas kerja dibincangkan dalam seminar

    yang berlangsung selama empat hari ini. Kertas-kertas kerja ini

    disumbangkan oleh beberapa pakar bahasa dari seluruh tanah

    air. Antara perkara-perkara yang dibahaskan dalam seminartersebut termasuklah mengenai bahasa dan kesusasteraan, ilmu

    pengetahuan dan buku-buku sekolah. Ini mencakupi masalah

    sastera, perpustakaan juga perkembangan kesusasteraan dan

    persuratan Melayu sebagai bahan dan alat pendidikan ke arah

    pembangunan rakyat (Seminar Bahasa dan Sastera Ke Arah

    Meninggikan Mutu Bahasa dan Kesusasteraan Kebangsaan,

    2008).

    Pada 11 April 1963, satu akta yang berkaitan khusus dengan

    bahasa kebangsaan, iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963 telah

    diluluskan dan dikuatkuasakan. Selepas 10 tahun merdeka, iaitu

    pada tahun 1967, Akta bahasa Kebangsaan 1967 telah diluluskan

    dan mula dikuatkuasakan pada 1 September 1967. Akta ini

    kemudiannya disemak dan disatukan dengan Akta Bahasa

    Kebangsaan 1963 dan berkuatkuasa pada 1 Julai 1971 dengan

    nama Akta Bahasa Kebangsaan, 1963 (Pindaan 1967).

    Pada 27 Jun 1967 (lihat Rajah 3.6) satu keputusan muktamad

    mengenai satu sistem ejaan baru yang ilmiah, praktikal serta

    sesuai untuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia telah

    dicapai. Rundingan mengenai persetujuan sistem ejaan bahasa

    Malaysia-Indonesia ini telah dihadiri oleh Jawatankuasa Bahasa

    dan Ejaan Malaysia yang dipengerusikan oleh Tuan Syed Nasir bin

    Ismail (Pengarah Dewan bahasa dan Pustaka) dengan Team Ahli

    Bahasa KOTI (Komando Tertinggi Indonesia) yang diketuai olehNyonya S. W. Ruddjiati Muljadi. Rundingan antara kedua-dua

    belah pihak telah berjalan dengan lancar dan dalam suasana

    kekeluargaan serta ramah tamah. Dalam rundingan itu

    tanggapan masing-masing pihak telah dibahas bersama secara

    ilmiah dan mendalam dengan memerhatikan sepenuhnya

    22

  • 8/4/2019 soalan sejarah 4103

    23/25

    kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam masyarakat kedua-

    dua negara.

    Hasil pertukaran fikiran dan pendapat serta penelitian dan

    pengolahan bersama, kedua-dua pihak telah mencapaikesimpulan dan persefahaman bahawa perkembangan ejaan

    dalam kedua-dua bahasa adalah hal yang wajar dan sesuai

    dengan tuntutan kemampuan ilmiah dan keperluan praktikal.

    Pengertian bersama juga telah dicapai mengenai hubungan

    antara Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia yang perlu

    ditingkatkan lagi melalui semua saluran, baik pertuturan

    mahupun tulisan. Kesemuanya ini adalah dalam rangka usaha

    mencapai cita-cita bersama antara rakyat Indonesia dan

    Malaysia. Dengan tercapainya keputusan muktamad yang

    ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak itu pada tahun 1967,

    maka terciptalah Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia, dan

    pelaksanaannya bergantung kepada penerimaan serta

    pengesahannya daripada kerajaan kedua-dua buah negara.

    Kempen-kempen memberikan penerangan mengenai Ejaan

    Bersama ini ke seluruh negara telah dijalankan melalui akhbar-

    akhbar, radio dan televisyen, serta melalui majalah-majalah, dan

    ceramah-ceramah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di merata

    tempat di Malaysia (Sistem Ejaan Indonesia-Malaysia, 2008).

    Sepuluh tahun selepas merdeka, Parlimen meluluskan Akta

    Bahasa Kebangsaan 1967 yang mewajibkan Bahasa Melayu

    digunakan sebagai bahasa rasmi yang tunggal dalam semua

    urusan rasmi negara menggantikan tempat Bahasa Inggeris.

    Pada 1 September 1967 DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-

    Pertuan Agong telah mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagaibahasa Rasmi Negara yang tunggal bagi Persekutuan Malaysia.

    Perisytiharan ini adalah ekoran daripada tindakan Parlimen yang

    telah meluluskan Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan

    dalam sidangnya yang berlangsung pada bulan Mac 1967. Dalam

    warkah perisytiharan melalui Titah Diraja yang disiarkan melalui

    23

  • 8/4/2019 soalan sejarah 4103

    24/25

    radio dan televisyen, baginda mensifatkan pendaulatan bahasa

    Kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang tunggal merupakan

    permulaan suatu zaman baru dalam sejarah kemerdekaan negara

    ini. Baginda telah menyeru seluruh rakyat supaya mengguna dan

    memajukan Bahasa Melayu dengan bersungguh-sungguh sebagaibahasa rasmi negara ini.

    YM Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia pertama pula

    dalam satu kenyataannya telah menegaskan bahawa

    pendaulatan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi

    menjadikan kemerdekaan Malaysia lengkap apabila

    penggunaannya sudah dapat diterima sepenuhnya oleh rakyat.

    Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tercatat

    dengan jelas sebagai Perkara 152 dalam Perlembagaan

    Persekutuan Malaysia. Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai

    bahasa kebangsaan telah dimuatkan dalam Dasar Pelajaran

    Kebangsaan sebagai bahasa rasmi dan pengantar yang tunggal di

    sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi melalui

    Penyata Razak 1956 dan disokong kuat oleh Penyata Rahman

    Talib 1960.

    Usaha-usaha untuk mendaulatkan dan memperluaskanpenggunaan bahasa kebangsaan ini telah dijalankan dengan lebih

    giat dan serius melalui minggu dan bulan bahasa kebangsaan,

    perjuangan politik bahasa, serta menambahkan buku-buku ilmu

    pengetahuan dalam Bahasa Melayu. Berikutan daripada

    pengisytiharan baginda itu, pada hari yang sama, Jabatan

    Perdana Menteri telah mengeluarkan surat Pekeliling Am No. 12

    Tahun 1967 yang mengarahkan bahawa daripada tarikh itu,

    bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu sahaja hendaklahdigunakan untuk maksud-maksud rasmi dalam pentadbiran

    sehari-hari yang dijalankan oleh kementerian-kementerian,

    Jabatan-Jabatan Kerajaan, Kerajaan-Kerajaan Negeri, Kerajaan-

    Kerajaan Tempatan dan Badan-Badan Berkanun di Negeri-Negeri

    Tanah Melayu kecuali di Parlimen, Dewan-Dewan Negeri dan

    24

  • 8/4/2019 soalan sejarah 4103

    25/25

    Mahkamah di mana Bahasa Inggeris boleh digunakan setakat

    masa yang telah diperuntukkan dalam Akta Bahasa Kebangsaan

    1967. Jikalau bahasa kebangsaan tidak dapat digunakan

    sepenuhnya Surat Pekeliling itu membolehkan penggunaan

    Bahasa Inggeris mengikut yang diperuntukkan dalam Sek. 4 aktatersebut.

    Zaman selepas ini merupakan zaman pengembangan dan

    pengukuhan taraf dan korpus Bahasa Melayu sebagai bahasa

    pentadbiran negara yang maju, bahasa kegiatan intelektual dan

    budaya, bahasa ilmu pengetahuan, bahasa sains dan teknologi.

    25