rpt kimia ting. 4

Download RPT Kimia Ting. 4

Post on 14-Feb-2015

300 views

Category:

Documents

3 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Rancangan Pelajaran Tahunan 2013TEMA : MEMPERKENALKAN KIMIA BIDANG PEMBELAJARAN : 1. PENGENALAN KEPADA KIMIA Minggu/ Tarikh Bidang Pembelajaran 1. Pengenalan Kepada Kimia Objektif Pembelajaran 1.1 Memahami kimia dan kepentingannya Hasil Pembelajaran Murid boleh: menerangkan maksud kimia, menyenaraikan beberapa bahan kimia yang lazim digunakan dalam kehidupan seharian, menyatakan kegunaan bahan kimia yang lazim digunakan dalam kehidupan seharian, menyenaraikan contoh kerjaya yang memerlukan pengetahuan kimia, menyenaraikan industry berasaskan kimia di Malaysia, menghuraikan sumbangan industri kimia terhadap pembangunan Negara. Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Kimia Tingkatan 4Nota

Mengumpul dan mentafsirkan data tentang asal usul perkataan kimia dan maksud kimia. Membincangkan pelbagai contoh bahan kimia yang lazim digunakan dalam kehidupan seharian seperti Natrium Klorida, Kalsium Karbonat, Asid Asetik. Membincangkan kegunaan bahan kimia yang lazim digunakan dalam kehidupan. Menonton video atau perisian computer tentang: (a) Kerjaya yang memerlukan ilmu kimia. (b) Industri kimia di Malaysia dan sumbangannya terhadappembangunan Negara. Menghadiri ceramah tentang industry kimia di Malaysia dan sumbangan industri kimia terhadap pembangunan Negara. Memerhatikan satu situasi dan mengenalpasti semua pemboleh ubah. Cadangkan pernyataan masalah yang bersesuaian untuk penyiasatan saintifik. Menjalankan aktiviti untuk: (a) Memerhatikan satu situasi, (b) Mengenalpasti semua pembolehubah, (c) Mencadangkan pernyataan masalah soalan, (d) Membentuk hipotesis, (e) Memilih alat radas bersesuaian, (f) Menyenaraikan langkah kerja. Menjalankan eksperimen dan : Mengumpulkan dan menjadualkan data, Mempersembahkan data dalam bentuk yang sesuai, Mentafsirkan data dan membuat kesimpulan, Menyediakan laporan lengkap. Menonton video atau membaca artikel mengenai penyiasatan saintifik. Murid membincangkan dan mengenalpasti sikap saintifik dan nilai murni yang diamalkan oleh penyelidik dan ahli sains dalam video atau artikel. Sepanjang aktiviti, kebolehan untuk mengenalpasti dan mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni harus ditekankan. Murid mempunyai pengetahuan tentang kaedah saintifik di Tingkatan 1, 2 dan 3. Kemahiran saintifik sentiasa diaplikasikan

1. Pengenalan Kepada Kimia

1.2 Mensintesiskan kaedah saintifik

Murid boleh: mengenalpasti pemboleh ubah dalam situasi yang diberikan, mengenalpasti perhubungan diantara dua pembolehubah untuk membentuk hipotesis, mereka dan menjalankan eksperimen mudah untuk menguji hipotesis, mencatat dan mempersembahkan data dalam bentuk yang bersesuaian, mentafsir data untuk membuat kesimpulan, menyediakan laporan penyiasatan.

1.Pengenalan Kepada Kimia

1.3 Menggabungkan sikap saintifik dan nilai murni dalam menjalankan penyiasatan

Murid boleh: mengenalpasti sikap saintifik dan nilai murni yang diamalkan oleh ahli sains dalam menjalankan penyiasatan, mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni dalam menjalankan penyiastan saintifik.

1

Rancangan Pelajaran Tahunan 2013Minggu/ Tarikh Bidang Pembelajaran Objektif Pembelajaran saintifik Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Murid membincangkan dan mewajarkan sikap saintifik dan nilai murni yang patut diamalkan dalam penyiasatan saintifik.

Kimia Tingkatan 4Nota

TEMA : JIRIM DI SEKELILING KITA BIDANG PEMBELAJARAN : 2. STRUKTUR ATOM

2

Minggu/ Tarikh

Bidang Pembelajaran 2.Struktur Atom

Objektif Pembelajaran 2.1 Menganalisis

Hasil Pembelajaran Murid boleh: memerihalkan sifat zarah bagi jirim, menyatakan teori kinetic jirim, mendefinisikan atom, molekul dan ion, menghubungkaitkan perubahan keadaan jirim dengan perubahan haba, menghubungkaitkan perubahan haba dengan perubahan tenaga kinetic zarah, menerangkan perubahan keadaan jirim berdasarkan teori kinetic jirim.

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Membincangkan dan menerangkan sifat khusus jirim. Menggunakan model atau menonton simulasi berkomputer untuk membincangkan perkara berikut: (a) teori kinetik jirim (b) maksud atom, molekul dan ion. Menjalankan aktiviti untuk mengkaji resapan zarah dalam pepejal, cecair dan gas. Mengkaji proses perubahan keadaan jirim berdasarkan teori kinetik jirim melalui simulasi atau animasi berkomputer. Menjalankan aktiviti untuk menentukan takat lebur dan takat beku ethanamida atau naftalena. Memplot dan mentafsirkan graf pemanasan dan penyejukan naftalena atau ethanamida.

Nota Murid mempunyai

jirim 2013 Rancangan Pelajaran Tahunan

pengetahuan sedia Kimia Tingkatan 4

ada berkenaan unsur, sebatian dan campuran dari tingkatan 2. Ethanamida juga dikenali sebagai asetamida.

2.Struktur Atom

2.2 Mensintesiskan struktur atom

Murid boleh: memerihalkan perkembangan model atom, menyatakan zarah-zarah utama subatom, membanding dan membezakan jisim relatif dan cas relatif bagi proton, elektron dan neutron, mendefinisikan nombor proton mendefinisikan nombor nukleon, menentukan nombor proton, menentukan nombor nukleon, menghubungkaitkan nombor proton dan nombor nukleon, menghubungkaitkan nombor proton dengan jenis unsur, menulis simbol unsurunsur, menentukan bilangan neutron, proton dan elektron daripada nombor proton dan nombor nucleon, dan sebaliknya, membina struktur atom.

Membincangkan perkembangan model atom yang dikemukakan oleh ahli sains iaitu Dalton, Thomson, Rutherford, Bohr dan Chadwick. Guna model atau simulasi berkomputer untuk mengilustrasikan struktur atom tentang proton dan neutron dalam nukleus dan susunan elektron dalam petala. Menjalankan aktiviti untuk menentukan nombor proton, nombor nukleon dabilangan proton, elektron dan neutron dalam sesuatu atom. Gunakan jadual untuk membanding dan membezakan jisim relatif dan cas relatif bagi proton, elektron dan neutron. Mengkaji nombor proton dan nombor nukleon beberapa unsur yang berlainan. Bincang: (a) perhubungan antara nombor proton dan nombor nukleon. (b) mengitlak bahawa setiap unsur mempunyai nombor proton yang berbeza. Menjalankan aktiviti untuk menulis: (a) simbol unsur (b) perwakilan bagi atom sebarang unsur, dimana; X = unsur A = nombor nukleon Z = nombor proton

Tarikh dan bagaimana model berkembang tidak diperlukan. Nombor proton juga dikenali sebagai nombor atom. N ombor nukleon juga dikenali sebagai nombor jisim

32.Struktur Atom 2.3 Memahami Murid boleh: menyatakan maksud isotop,

Membina model atau menggunakan simulasi berkomputer untuk mengambarkan struktur atom. Mengumpulkan dan mentafsirkan maklumat tentang (a) maksud isotop

Rancangan Pelajaran Tahunan 2013

Kimia Tingkatan 4

TEMA : JIRIM DI SEKELILING KITA BIDANG PEMBELAJARAN : 3. FORMULA KIMIA DAN PERSAMAAN Minggu/ Tarikh Bidang Pembelajaran 3. Formula Kimia dan Persamaan Objektif Pembelajaran 3.1 Memahami dan mengaplikasikan konsep jisim atom relatif dan jisim molekul relatif Hasil Pembelajaran Murid boleh: menyatakan maksud jisim atom relatif berdasarkan karbon -12, menyatakan maksud jisim molekul relaif berdasarkan karbon-12, menyatakan sebab karbon-12 digunakan sebagai piawai untuk menentukan jisim atom relatif dan jisim molekul relatif, menghitung jisim molekul relatif bahan. Cadangan Aktiviti Pembelajaran Mengumpul dan mentafsirkan data tentang jisim atom relatif dan jisim molekul relatif berdasarkan karbon-12. Membincangan kegunaan karbon -12 sebagai piawai untuk menentukan jisim atom relatif dan jisim molekul relatif. Mengkaji konsep jisim atom relatif dan jisim molekul relatif secara anologi atau animasi berkomputer. Menjalankan kuiz untuk menghitung jisim molekul relatif bahan daripada formula kimia yang diberi, contohnya, HCl, CO2, Na2CO3, Al(NO3)3, CuSO4.5H2O. Mengkaji konsep mol melalui analogy atau simulasi berkomputer. Mengumpulkan dan mentafsirkan data tentang pemalar Avogadro. Membincang hubungkait di antara bilangan zarah dalam satu mol bahan dengan pemalar Avogadro. Menjalankan aktiviti penyelesaian masalah untuk menukarkan bilangan mol kepada bilangan zarah bagi bahan yang diberi dan sebaliknya. 12C boleh diwakilkan sebagai 12 6C atau C-12 Pemalar Avogadro juga dikenali sebagai n.ombor Nota Jisim formula relatif diperkenalkan sebagai jisim relatif bagi bahan ionik.

3. Formula Kimia dan Persamaan

3.2 Menganalisis hubungan antara bilangan mol dengan bilangan zarah

Murid boleh : mendefinisikan satu mol sebagai kuantiti jirim yang mengandungi jumlah zarah sebanyak bilangan atom yang ada dalam 12g 12C, menyatakan maksud pemalar Avogadro, menghubungkaitkan bilangan zarah yang terkandung dalam satu mol bahan tertentu dengan pemalar Avogadro, menyelesaikan masalah perhitungan untuk menukarkan bilangan mol kepada bilangan zarah bahan tertentu dan sebaliknya.

4

Rancangan Pelajaran Tahunan 2013Minggu/ Tarikh Bidang Pembelajaran 3. Formula Kimia dan Persamaan Objektif Pembelajaran 3.3 Menganalisis hubungan di antara bilangan mol bahan dengan jisim Hasil Pembelajaran Murid boleh: menyatakan maksud jisim molar, menghubungkaitkan jisim molar dengan pemalar Avogadro, menghubungkaitkan jisim molar dengan jisim atom relatif atau jisim molekul relatif, menyelesaikan masalah perhitungan untuk menukarkan bilangan mol bahan yang diberi kepada jisim dan sebaliknya. 3. Formula Kimia dan Persamaan 3.4 Menganalisis perhubungan di antara bilangan mol gas dengan isipadu Murid boleh : menyatakan maksud isipadu molar gas, menghubungkaitkanisipadu molar dengan pemalar Avogadro, membuat kesimpulan umum terhadap isipadu molar gas pada suhu dan tekanan yang diberikan, menghitung isipadu gas pada STP atau keadaan bilik daripada bilangan mol dan sebaliknya, menyelesaikan masalah perhitungan yang melibatkan bilangan zarah, bilangan mol, jisim bahan dan isipadu gas pada STP dan atau keadaan bilik. Cadangan Aktiviti Pembelajaran