kajian geografi tempatan

Upload: maznah-harun

Post on 04-Mar-2016

60 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

folio

TRANSCRIPT

Kajian Geografi TempatanTingkatan 22011

Nama : Ulya Umaira Bt. Mohd YazamTingkatan : 2 AktifNama dan alamat sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Derma Jalan Penjara , 01000 Kangar, Perlis.Tema : PetempatanTajuk : Kajian Petempatan di Arau, PerlisGuru Penilai : Azhana Ibrahim Tarikh serahan : 12 Ogos 2011

Tanda tangan Tandatangan guru penilai

ISI KANDUNGANBil PerkaraMuka Surat

1PenghargaanIi

2Pendahuluan1

3Objektif Kajian2

4Kawasan Kajian a) Nama Kawasan b) Peta Lakar34-5

5Kaedah Kajian6-7

6Dapatan Kajian

8.1 Jenis Petempatan 8.2 Faktor yang mempengaruhi petempatan 8.3 Pola Petempatan 8.4 Fungsi Petempatan 8.5 Masalah Petempatan Dan Langkah-Langakah mengurangkan petempatan

8891011

7Bahan Grafik12-15

8.Rumusan 16

9Lampiran17

10.Rujukan18

- i -PENGHARGAANUcapan penghargaan saya tujukan kepada beberapa pihak yang telah membantu saya untuk menyiapkan Kajian Geografi ini :i) PengetuaSaya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Puan Hajah Noorlia bt. Md. Zain kerana membenarkan saya menjalankan kajian di luar waktu sekolah .ii) Guru GeografiSaya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru geografi saya , Cik Azhana bt Ibrahim yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.iii) Ibu BapaUcapan terima kasih juga buat ibu saya Pn Maznah Bt Harun dan juga bapa saya En Mohd Yazam B. Mohd Said kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. iv) Rakan-rakanTidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu Nur Irdiyana dan Hani Wajihah yang telah banyak membantu saya ketika proses soal selidik dan temu bual dilakukan.

- ii PENDAHULUAN Saya, Ulya Umaira Bt. Mohd Yazam merupakan salah seorang pelajar Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Derma , Perlis . Tajuk yang telah saya terima untuk Kerja Kursus Geografi bagi persediaan ialah Petempatan. Kawasan kajian yang saya kaji ini ialah Bandar Arau. Tujuan saya memilih Bandar Arau ini adalah kerana Bandar ini merupakan sebuah Bandar Diraja . Di situ terdapat sebuah istana di mana Raja Negeri Perlis bersemayam di istana tersebut . Semua majlis rasmi yang melibatkan raja diadakan di situ seperti Hari Keputeraan Raja Perlis dan Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran kepada pembesar negeri dan rakyat.Selain itu, Bandar Arau juga sedang mengalami pembangunan yang pesat berbanding sepuluh tahun yang lampau. Bandar ini telah menjadi tarikan penduduk seluruh negeri Perlis dan Malaysia dengan pembukaan sebuah pusat perniagaan dan Institusi Pengajian Tinggi Awam seperti Universiti Teknologi Mara, Universiti Malaysia Perlis, Politeknik Syed Sirajuddin, Kolej Matrikulasi Arau dan Kolej Komuniti Arau. Saya telah menghabiskan masa saya selama dua minggu untuk menjalankan kajian dan menyiapkan laporan kajian geografi ini..

- 1 -

OBJEKTIF KAJIANTerdapat beberapa objektif kajian yang saya perolehi semasa menjalankan kajian geografi tempatan ini seperti :(a) Mengkaji jenis petempatan kawasan kajian di Bandar Arau.(b) Mengenalpasti faktor yang mempengaruhi kawasan kajian di Bandar Arau.(c) Mengetahui pola yang mempengaruhi kawasan kajian di Bandar Arau.(d) Menghuraikan fungsi yang mempengaruhi kawasan kajian di Bandar Arau.(e) Mengetahui masalah yang mempengaruhi kawasan kajian di Bandar Arau.(f) Menerapkan penerapan nilai kawasan kajian di Bandar Arau.

- 2-

KAWASAN KAJIANArau adalah bandar diraja Perlis. Ia terletak 10 km dari tenggara Kangar. Bandar Arau berada di bawah pentadbiran Majlis Pentadbiran Kangar. Bandar Arau juga bersempadan dengan Kodiang dan Changlun Kedah.Bandar Arau pada satu ketika dulu adalah sebuah pekan kecil yang mempunyai sederet kedai yang diusahakan oleh peniaga-peniaga cina. Bandar Arau juga merupakan laluan kereta api dari Selatan Semananjung Malaysia ke Padang Besar dan seterusnya ke Thailand. Ia dikelilingi oleh perkampungan Melayu seperti Kampung Kubang Mat Tangguk, Kampung Alor Merah, Kampung Ranee Estet , Kampung Belukar , Kampung Kebun , Kampung Titi Besi , Kampung Batas Liku.Bandar Arau menjadi tumpuan penduduk-penduduk kampung disekelilingnya kerana ia merupakan laluan ke Pekan Kodiang Kedah . Beberapa kemudahan juga disediakan untuk penduduk sekelilingnya seperti Pejabat Pos, Pusat Kesihatan Kecil dan Balai Polis. Bandar Arau juga melakukan aktiviti utama seperti kegiatan pembelian padi dari petani-petani di kampung-kampung sekitarnya seperti yang tersebut di atas. Pihak Bernas telah mendirikan sebuah kilang beras untuk kemudahan tersebut. Kini, Bandar Arau merupakan pusat pendidikan. Banyak Institusi Pengajian Awam terdapat di situ seperti Universiti Teknologi Mara, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan Sekolah Menengah Teknik. Bandar Arau juga berada dipinggir lebuh raya Kuala Perlis-Changlun.- 3-

(b) Peta Lakar (i) Peta Negeri Perlis

-4-

-5-KAEDAH KAJIANDalam kajian yang telah saya lakukan, antara kaedah-kaedah yang telah digunakan ialah:1. Lawatan Dan PemerhatianSaya telah melawat kawasan kajian saya bersama-sama keluarga saya untuk melihat kegiatan jenis-jenis ekonomi, pandang darat , dan jenis perumahan di kawasan tersebut. Maklumat yang diperhatikan saya catat di buku catatan.2. Temu bualSaya juga sempat untuk menemu bual beberapa orang penduduk kawasan Arau dan salah seorangnya ialah Encik Mohd Nizam bin Ali yang menetap di Kampung Kubang Mat Tangguh bagi bebarapa mendapatkan maklumat-maklumat penting. Saya juga turut mewawancara En Husin bin Mat Isa yang mendiami Kampung Kebun bagi mengetahui kegiatan pertanian yang dijalankan beberapa kampong sekitar Arau.3. Soal selidikSaya telah membuat soal selidik di kawasan kajian serta penduduk-penduduk berdekatan.4. RujukanSaya telah merujuk bahan bacaan seperti Buku Teks Geografi Tingkatan 2 dan buku rujukan Geografi untuk mendapatkan maklumat mengenai petempatan

-6-5. InternetSaya juga telah melayari internet untuk mendapatkan maklumat mengenai Bandar Arau . Saya telah mengambil peta Bandar Arau melalui internet. Kesemua maklumat yang di perolehi telah digunakan untuk menulis laporan.

- 7 -DAPATAN KAJIAN8.1 Jenis petempatan Bandar Arau merupakan satu petempatan yang didiami oleh penduduk yang berbilang kaum. Bandar ini merupakan petempatan pinggir bandar. Ini dapat dilihat apabila pelbagai jenis perniagaan dan pertanian yang giat dijalankan. Bentuk muka bumi yang rata dapat mempengaruhi pembinaan petempatan. 8.2 Faktor yang mempengaruhi petempatanFaktor petempatan yang mempengaruhi di kawasan kajian antaranya adalah bentuk muka bumi yang rata. Ini membolehkan pelbagai pembinaan dapat didirikan seperti rumah kedai, rumah dan lain lain lagi . Petempatan di Bandar Arau juga dipengaruhi factor tanah tanih yang subur yang membolehkan aktiviti pertanian dijalankan seperti mengusahakan sawah padi dan ladang getah. Aktivit ini juga dapat dijalankan dengan adanya sumber air yang ada di kawasan adalah rangkaian sungai-sungai di sekeliling seperti sungai Arau, Sungai Tambun Tulang dan Faktor kertersampaian juga mempengarhui petempatan di Bandar Arau. Ia merupakan laluan utama dari bandar Kangar Ke Kodiang dan Changlun, Kedah. Dengan adanya laluan ini memudahkan penduduk bergerak ke tempat lain kerana Bandar Arau mempunyai jaringan jalan raya dan jalan kereta api yang baik.

- 8 -Dasar kerajaan juga mempengaruhi pentempatan di Bandar Arau. Pembinaan pusat perniagaan dan taman-taman perumahan baru turut mempengaruhi petempatan di Arau. Faktor social juga turut menjadi factor petempatan di Arau dengan pembukaan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seperti Universiti Teknologi Mara, Kolej Matrikulasi , Kolej Komuniti dan Politeknik.8.3.Pola PetempatanPola petempatan di Bandar Arau ialah pola berpusat. Ini disebabkan petempatan ini terletak di jalan utama yang dari Bandar Kangar ke Pekan Kodiang, dan Pekan Changlun Kedah .8.4. Fungsi petempatanFungsi utama petempatan di kawasan Arau adalah sebagai tempat kediaman penduduk. Ini menyebabkan ia membentuk petempatan berkelompok dan berpusat. Kebanyakan rumah-rumah yang dibina di sini bertumpu di sekeliling masjid dan di simpang jalan raya dan kedai.Di Bandar Arau juga berfungsi sebagai pusat pengumpulan hasil pertanian seperti padi dan getah. Ini dapat dilihat dengan adanya Kilang Beras yang dikendalikan oleh Pihak BERNAS.Dengan pembukaan pusat perniagaan yang baru, Bandar Arau turut menyediakan peuang-peluang pekerjaan bagi penduduk-penduduk di sekeliling. Kompleks Perniagaan C-Mart yang telah dibuka membolehkan belia-belia di sekitar Arau berkerja di situ. Bank-bank juga turut dibuka di sini bagi kemudahan urusan kewangan penduduk .-9-Bandar Arau juga berfungsi menyediakan perkhidmatan Perubatan melalui Pusat Keshatan Arau dan juga Klinik-Klinik Swasta. Perkhidmatan penghantaran surat dan bayaran bil untuk penduduk-penduduk juga merupakan salah satu fungsi petempatan di Bandar Arau. 8.5 i. Masalah petempatanMasalah dalam petempatan di Bandar Arau adalah yang pertama masalah pencemaran udara. Pencemaran udara dapat dikesan semasa kesesakan lalu lintas berlaku dan menyebabkan asap kenderaan dengan berleluasa. Asap dan habuk dari kilang padi juga turut menyumbang masalah pencemaran udara di Arau. Masalah kedua adalah sistem perparitan. Disebabkan pola petempatan di sini berpusat dan berkelompok, keadaan longkang yang ada tidak teratur, terusus dan selalu tersumbat menyebabkan sering berlaku banjir kilat. Masalah perparitan ini juga kerap menimbulkan masalah kesihatan khasnya yang berkaitan dengan nyamuk. Longkang yang selalu tersumbat menjadi tempat pembiakan nyamuk. Penduduk di sini selalu terlibat dengan penyakit bawaan nyamuk seperti demam denggi.ii. Langkah mengurangkan masalah petempatanDiantara langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah di atas adalah dengan cara menambah kemudahan awam seperti pembinaan tempat pembuangan sampah berpusat. - 10 -Selain itu, Pihak Berkuasa digalakkan mengadakan kempen untuk member kesedaran kepada masyarakat agar mengetahui bahayanya pencemaran udara yang berlaku yang akan mengakibatkan penipisan lapisan ozon. Majlis Perbandaran Kangar (MPK) juga dicadangkan membina system perparitan yang lebih teratur. Manakala Jabatan Pengairan dan Saliran hendaklah menaik taraf sungai-sungai yang sedia ada di sekitar Bandar Kangar. Jabatan Perkhidmatan Bandar MPK perlu ada perancangan pembangunan bandar baru bagi menjadikan bandar Arau sebagai salah sebuah bandar terancang. Jabatan Kesihatan hendaklah mengadakan kempen dan gotong royong membasmi nyamuk aedes dan tempat pembiakan seperti longkang di taman-taman perumahan.

- 11 -Bahan Grafiki. Taburan Penduduk Arau

- 12-ii.Kegiatan Utama Penduduk Arau

- 13 -iii. Tarikan Kawasan Kajian

Istana Arau yang menjadi tempat bersemayam Raja Perlis. Dengan adanya istana ini membuat bandar Arau dikenali sebagai bandar Diraja

iv. Kemudahan kemudahan yang menjadikan Arau dikategori sebagai petempatan berpusat dan fungsi petempatan Sebagai Pusat Perkhidmatan Kesihatan

Sebagai tempat beribadat bagi penduduk beragama Islam

-14-

Tempat menjalan aktiviti perniagaan

UITM Arau merupakan salah satu factor social yang mempengaruhi petempatan di Arau

-15-RumusanSecara rumusnya, Bandar Arau adalah merupakan jenis petempatan pinggir bandar. Pola petempatan pula adalah berpusat dan berkelompok.Manakala factor-faktor yang mempengaruhi petempatan di sini diantarnya ialah mempunyai bentuk muka bumi tanah pamah amat sesuai untuk melakukan aktviti pertanian dan sebagai tempat petempatan. Faktor kegiatan ekonomi yang ada di sini turut merupakan factor petempatan di sini. Darjah ketersampaian yang baik menyebakan bandar Arau mempunyai sistem pengangkutan dan perhubungan darat yang baikSelanjutnya), Bandar Arau juga berfungsi sebagai tempat kediaman, menyediakan peluang perniagaan , pusat pengumpulan hasil pertanian serta berperanan sebuah pusat pendidikan.Masalah-masalah petempatan juga turut menghantui bandar Arau tetapi tidak begitu meruncing dan dapat di atasi dengan gabungan kerjasama dari pelbagai pihak. Dari segi nilai, menerusi kajian luar ini saya telah mempelajari mencintai alam sekitar, bertanggungjawab dan bekerjasama demi kebahagiaan hidup bersama bermasyarakat.

-16-

Lampiran

1.0.Surat Pengenalan Diri 2.0.Surat Kebenaran Membuat Kajian

-17-RujukanBuku Ilmiah1.Siri Revisi Lengkap Fajar Bakti; Mohamad Ismail , 2005 , SUKSES PMR2.Jabatan Perangkaan Malaysia, Taburan Penduduk dan cirri-ciri Asas Demografi, 2005 Malaysia.Orang Sumber1.En Mohd Nizam bin Ali, Kampung Kubang Mat Tangguk, Arau2.En Husin bin Mat Isa, Kampung Kebun, Arau.

Internet1.www.wikipedia.com

-18-

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DERMA 01000 KANGAR, PERLIS

NAMA : ULYA UMAIRA BT MOHD YAZAMTINGKATAN: 2 AKTIF GURU PENILAI : CIK AZHANA BT IBRAHIM Tanda Tangan Pelajar Tanda Tangan Guru Penilai____________________ _______________________