kajian geografi tempatan tingkatan 2 hsbm

21
Tajuk kajian - 1

Upload: syikin-ghazali

Post on 23-Jun-2015

1.089 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

INFO XBYK..YG LAIN MEMANDAI LA CRI SENDIRI

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 2 HSBM

Tajuk kajian -

1

Page 2: KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 2 HSBM

KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGHARGAAN

PENDAHULUAN

OBJEKTIF KAJIAN

KAWASAN KAJIAN

KAEDAH KAJIAN

HASIL KAJIAN 8.1 KOMPOSISI PENDUDUK 8.2 JENIS KEMUDAHAN ASAS 8.3 PERKAITAN ANTARA KOMPOSISI PENDUDUK

DENGAN KEMUDAHAN ASAS 8.4 MASALAH-MASALAH BERKAITAN JENIS

KEMUDAHAN ASAS 8.5 LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN

MASALAH

RUMUSAN

LAMPIRAN

RUJUKAN

2

Page 3: KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 2 HSBM

Saya Nur Asyikin Binti Ghazali ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih saya kepada ibu bapa saya iaitu Maimun binti Kamaruddin dan ayah saya Ghazali bin Abdul Majid kerana banyak memberi dorongan dan memberi nasihat kepada saya dalam membuat kerja kursus ini. Mereka juga telah banyak mengeluarkan wang untuk bahan-bahan dalam membuat folio ini.

Cikgu geografi saya iaitu Puan Tang Kooi Wah kerana telah memberi tunjuk ajar dan sedikit sebanyak membantu saya dalam membuat folio ini. Beliau juga memberi taklimat tentang kerja kursus ini. Beliau banyak membantu kami sekelas dengan cara dorongan dan kata-kata semangat. Jasa baik cikgu tidak akan luput diingatan seorang murid. Ribuan terima kasih saya ucapkan. Tidak terbalas and tidak ternilai pengorbanaan cikgu.

Di kesempatan ini saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih saya kepada rakan sekelas saya iaitu kelas 2 gemilang kerana sering membantu dan tidak loket memberi ilmu kepada saya. Mereka sangat baik dan saling bantu-membantu antara satu sama lain.

3

Page 4: KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 2 HSBM

Saya Nur Asyikin Binti Ghazali daripada kelas 2 Gemilang dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam. Saya bersama-sama rakan baik saya iaitu Nurazira Fazureen telah bekerjasama menjalankan kajian ini bersama-sama di kawasan perumahan atau kawasan kajian iaitu Taman Pauh Jaya. Kami telah berjaya menemu bual dan soal selidik penduduk di kawasan perumahan kami. Kami menemu bual dan menyoal selidik sebanyak minimum 20 orang. Kami mengkaji tentang jenis-jenis kemudahan asas yang tersedia di Taman Pauh Jaya. Dalam masa kira-kira 2 bulan saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus ini.

Dalam kajian ini, saya peroleh banyak pelajaran yang bermakna untuk diri saya. Saya berjaya merekod data-data yang saya kaji dalam pelbagai bentuk. Kaedah mencatat data dan mempersembahkan ia dalam bentuk graf dan jadual juga saya pelajari melalui kajian dan kerja kursus ini. Saya dapat mengenal pasti komposisi penduduk di kawasan kajian saya iaitu Taman Pauh Jaya. Masalah-masalah yang sering berlaku juga dapat saya ketahui dengan hanya mengkaji di kawasan perumahan saya.

4

Page 5: KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 2 HSBM

Objektif kajian yang saya peroleh semasa membuat kajian geografi tempatan ialah

1. Mengenal pasti masalah berkaitan kemudahan asas

Saya dapat mengetahui masalah-masalah yang berlaku berkaitan dengan kemudahan asas. Masalah yang sering berlaku dan masalah yang tiada jalan penyelesaian. Dalam kajian ini saya juga dapat idea cara-cara menyelesaikan masalah ini.

2. Mengenal jenis kemudahan asas di kawasan kajian

Jenis-jenis kemudahan asas di kawasan kajian juga dapat saya kenal pasti. Banyak kemudahan asas yang disediakan di Taman Pauh Jaya. Terdapat juga kemudahan asas yang sering digunakan dan sering diabaikan juga saya ketahui melalui kajian ini.

3. Mengeratkan hubungan dengan jiran tetangga

Selain itu, tujuan membuat kajian ini juga untuk mengeratkan hubungan sesama jiran tetangga. saya juga dapat mengenal dengan lebih rapat sesama jiran dan cara hidup mereka serta saya juga mendapat kenalan baru.

4. Mengetahui cara mempersembahkan maklumat dalam bentuk graf dan jadual

saya dapat belajar cara-cara menyampaikan data saya dalam bentuk graf dan jadual.

5. Mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkaitan antara komposisi penduduk dengan kemudahan asas

Saya dapat ketahui komposisi penduduk dengan kemudahan asas.

5

Page 6: KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 2 HSBM

Kawasan kajian saya terletak di Taman Pauh Jaya, Seberang Perai. Kira-kira 8 kilometer dari kawasan kajian saya iaitu Taman Pauh Jaya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam iaitu sekolah saya. Kawasan kajian saya terletak di barat daripada sekolah rendah dan sekolah menengah yang berdekatan dengan kawasan kajian saya. Keluasan Taman Pauh Jaya kira-kira 1.9 kilometer persegi. Dalam kiraan saya terdapat kira-kira 200 buah rumah yang tersedia di situ.

Taman Pauh Jaya ialah tanah pamah bentuk muka buminya. Kawasan tanah pamah di situ dijadikan petempatan manusia dan bukit mertajam dijadikan kawasan perindustrian.

Seberang Perai ia terletak di Perai yang merupakan daerah kepada Pulau Pinang. Seberang perai atau nama inggerisnya ‘Province Wellesley’ merupakan kawasan tanah besar yang terletak bertentangan dengan Pulau Pinang. Semasa zaman penjajahan british di Tanah Melayu (Malaysia) Seberang Perai dinamakan ‘Province Wellesley’ oleh penjajah british. Nama tersebut diambil sempena nama pegawai british ‘Richard Wellesley’. Beliau menjadi Gabenor Madras dan Bengal (1797-1805).

Jarak kawasan kajian saya dengan Bandar terdekat ialah kira-kira 8 kilometer ke sekolah saya dan kira-kira 3 kilometer ke Bandar Perda.

6

Page 7: KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 2 HSBM

7

Page 8: KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 2 HSBM

1. Soal selidik dan menemu bual

Saya telah menemu bual sebanyak minimum 20 orang untuk membuat kajian ini dan saya dapat megetahui dengan lebih mendalam tentang kawasan kajian saya.

2. Pemerhatian

Saya telah memerhati dengan teliti di kawasan perumahanan saya yang saya jadikan kawasan kajian saya. Dengan cara ini maklumat dengan lebih tepat dapat saya peroleh dengan cepat.

3. Rujukan internet

Saya jadikan internet sebagai rujukan saya untuk mencari informasi tentang Taman Pauh Jaya. Saya dapat mengkaji banyak maklumat tentang kawasan kajian dan mengetahui sejarah yang berlaku di Pulau Pinang.

4. Rujukan perpustaan

Saya isikan masa terluang saya dengan pergi ke perpustakaan untuk mendapat maklumat berkaitan dengan folio atau kerja kursus ini.

8

Page 9: KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 2 HSBM

8.1 KOMPOSISI PENDUDUK JANTINA KAUM

JADUAL 1

JANTINA MELAYU INDIA CINA

PEREMPUAN 15 - -

LELAKI 5 - -

JUMLAH 20 - -

9

Page 10: KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 2 HSBM

0

2

4

6

8

10

12

14

16

BILANGAN KAUM

MELAYU CINA INDIA

KAUM

KOMPOSISI KAUM DAN JANTINA DI TAMAN PAUH JAYA

PEREMPUAN

LELAKI

Berdasarkan graf 1 dan jadual 1 didapati penduduk di Taman Pauh Jaya mempunyai penduduk lebih ramai kepada kaum melayu. 20 buah rumah yang terpilih telah saya kaji dan menyoal selidik tentang kemudahan asas. Terdapat 15 perempuan manakala lelaki 5. Ini membawa jumlah sebanyak 20 orang kepada 20 buah rumah yang terpilih. Jika dilihat kepada peratusnya terdapat 75% kaum melayu di 20 buah rumah terpilih dan 25% lelaki kaum melayu di 20 rumah terpilih. Dalam unsur patriotisme yang boleh saya dapati dalam graf ini ialah penduduk di Taman Pauh Jaya sentiasa hidup aman dan sangup memberi kerjasama semasa saya menyoal selidik.

10

Page 11: KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 2 HSBM

KEMUDAHAN ASAS

MELAYU CINA INDIA JUMLAH

KLINIK 20 - - 20

TELEFON AWAM 20 - - 20

DEWAN 20 - - 20

JALAN RAYA 20 - - 20

SEKOLAH 20 - - 20

SURAU 20 - - 20

MASJID 20 - - 20

TAMAN PERMAINAN

20 - - 20

JUMLAH 160 - - 160

11

Page 12: KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 2 HSBM

JENIS KEMUDAHAN ASAS

0

5

10

15

20

25

KLINIK TELEFONAWAM

DEWAN JALAN RAYA SEKOLAH SURAU MASJID TAMANPERMAINAN

KEMUDAHAN ASAS

BIL

AN

GA

N K

EM

UD

AH

AN

AS

AS

MELAYU

CINA

INDIA

Graf 2 dan jadual 2 menunjukkan kemudahan asas yang tersedia di sini ialah klinik,telefon awam,dewan,jalan raya,surau,masjid dan taman permainan. Berdasarkan kajian yang saya selidik dan yang telah saya menemu ramah sebanyak 20 orang dari 20 rumah yang terpilih setiap kemudahan asas digunakan oleh semua penduduk di situ. Mereka menggunakan kemudahan asas dengan sebaik-baik mungkin. Kemudahan di situ amat berguna dan amat penting bagi penduduk di Taman Pauh Jaya. Klinik,telefon awam,dewan,jalan raya,sekolah,surau,masjid dan taman permainan sebanyak 20 orang kaum melayu telah menggunakan ia. Berikutan itu india dan cina tidak sempat saya menemu ramah dari 20 buah rumah terpilih. Kemudahan asas di sini amat penting dan di harapkan penduduk ambil pengajaran supaya akan lebih insaf dan selalu cinta akan harta benda awam.

12

Page 13: KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 2 HSBM

8.3 PERKAITAN ANTARA KOMPOSISI PENDUDUK DENGAN JENIS KEMUDAHAN ASAS

1. Pondok telefon atau telefon awam

Pondok telefon amat penting dan berguna kepada setiap penduduk yang menetap di sesebuah kawasan. Pondok telefon boleh digunakan di waktu kecemasan seperti kebakaran dan sebagainya. Pengguna yang menggunakan telefon awam perlu mencintai dan sayang akan harta benda awam supaya menjaganya dengan lebih baik.

2. Sekolah

Sekolah merupakan tempat belajar dan menuntut ilmu kepada pelajar.Di taman saya terdapat 2 buah sekolah iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah. Sekolah juga berfungsi sebagai guru bagi mencurahkan ilmu kepada pelajarnya. Tindakan kerajaan menubuhkan sekolah menunjukkan betapa pentingnya ilmu kepada masyarakat.

13

Page 14: KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 2 HSBM

8.4 MASALAH-MASALAH BERKAITAN JENIS KEMUDAHAN ASAS

1. Telefon awam sering rosak

Telefon awam sering rosak walaupun baru dibaiki atau dibaik pulih. Ia menyusahkan lagi kerana telefon awam menghubungkan talian ke talian yang lain dan ia juga boleh digunakan dikala kecemasan seperti kebakaran. Penduduk perlu mengenal erti bertanggungjawab dalam penggunaan telefon awam supaya telefon awam dapat digunakan oleh semua penduduk.

2. Sekolah yang kecil

Di taman saya sekolah yang dibina tidak begitu besar dan ia bagaikan sesak. Kadang-kadang mereka terpaksa belajar di kelas semasa waktu kemahiran hidup manakala kelas yang lain pula belajar di bilik kemahiran hidup. Juga boleh dikatakan mereka terpaksa berkongsi kelas dengan pelajar pagi dan menyebabkan pengajaran dan pembelajaran terganggu. Kerajaan perlu prihatin dan ambil berat tentang hal ini.

14

Page 15: KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 2 HSBM

8.5 LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN MASALAH

1. Bina lebih banyak telefon awam

Diharapkan kerajaan lebih prihatin dalam hal ini dengan cara membina lebih banyak pondok telefon di kawasan petempatan manusia. Kerajaan juga perlu memberi kerjasama dengan membaiki secepat mungkin telefon awam yang rosak dan menukar telefon awam yang tidak boleh digunakan lagi. Hal ini akan menunujukkan sikap kerajaan yang bertanggunajawab.

2. Besarkan sekolah

Kerajaan perlu bertindak dengan cepat atas segala aduan penduduk. Besarkan sekolah ialah cara yang terbaik bagi memudahkan pelajaran pelajar di sekolah dan tidak menganggu pembelajaran. Hal ini boleh menjimatkan masa murid dan murid tidak akan sia-siakan waktu di sekolah.

3. Sering memantau keadaan sekeliling

Kerajaan hendaklah sering dan selalu memantau keadaan sekeliling supaya segalanya menjadi lebih baik. Kerajaan juga harus mendengar pandangan dan pendapat penduduk supaya tidak berlaku kekecohan seperi mogok dan sebagainya.Sikap ini menunjukkan kerajaan betindak adil sesama penduduk.

15

Page 16: KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 2 HSBM

Saya NUR ASYIKIN BINTI GHAZALI telah menjalankan kajian ini selama lebih kurang 1 bulan. Pelbagai perkara yang saya peroleh daripada membuat kajian ini.

Antaranya saya dapat mengeratkan hubungan sesame jiran dan dapat mengetahui latar belakang tempat kediaman rumah saya. Saya dapat merumuskan bahawa memang benar banyak kemudahan asas yang tersedia di sini. Kemudahan di sini amat berguna dan beerti kepada semua penduduk Taman Pauh Jaya ini.

Selain itu saya juga mendapat banyak pengetahuan am dan saya dapati penduduk Taman Pauh Jaya banyak membantu dan menolong serta memberi kerjasama kepada saya untuk membuat kajian ini. Mereka begitu peramah dan membuatkan saya bersungguh-sungguh ingin membuat kajian ini. Hasil kajian ini saya telah mempersembahkan dalam bentuk graf dan jadual untuk memudahkan dan menarikkan lagi minat untuk membaca.

16

Page 17: KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 2 HSBM

GEOGRAFI T 2KERJA KURSUS

NAMA CALON: NUR ASYIKIN BINTI GHAZALI

TINGKATAN: 2 GEMILANG

NO PENDAFTARAN:

TAJUK KAJIAN: KOMPOSISI PENDUDUK DAN KAITANNYA DENGAN JENIS KEMUDAHAN ASAS

CIKGU PENILAI: PUAN TANG KOOI WAH

SKOR:

17