kajian geografi tempatan
DESCRIPTION
kajian geografi tempatanTRANSCRIPT
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUNSANADPETI SURAT 85,
89007 KENINGAU, SABAH.
KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN2008
Kegiatan Ekonomi di Kampung Kota Ayangan,Keningau.
NAMA MURID : __________________________
TINGKATAN : 3 Harmoni
NAMA GURU : Encik Jeffrey Warimin
……………………………..... ……………………………...( TANDATANGAN MURID ) ( TANDATANGAN GURU )
PENGHARGAAN 1
PENDAHULUAN 2
OBJEKTIF KAJIAN 3
KAWASAN KAJIAN 4
KAEDAH KAJIAN 8
HASIL KAJIAN 9
RUMUSAN 19
RUJUKAN 20
LAMPIRAN 21
“ Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.”
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan
pertolongan Nya, saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Geografi ini. Saya,
___________________, mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan
oleh semua pihak terutamanya guru Geografi saya, iaitu, Cikgu Jeffrey Warimin. Tanpa
tunjuk ajar, bimbingan, teguran, dan nasihat beliau, mustahil dapat saya lengkapkan dan
jayakan kajian ini. Terima kasih juga saya rakamkan kepada Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Gunsanad, Encik Sidek Muhammad yang membenarkan saya dan juga
murid-murid yang lain untuk menjalankan kajian ini sehingga selesai.
Ucapan terima kasih juga diberikan kepada ibu bapa saya yang senantiasa
memberi dorongan serta sumbangan dalam bentuk modal sepanjang proses menyiapkan
kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya, iaitu, Bibi Faridah Gulam
Hussin, Musfirah Jamil, dan Siti Zaimah Azimah Hj. Korubin yang bersama-sama
menjalankan kajian ini.
Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk Kampung
Kota Ayangan yang sudi bekerjasama dengan saya dan rakan-rakan saya.
Saya memilih Tugasan 2 yang bertajuk Kegiatan Ekonomi di Kampung Kota
Ayangan. Saya memilih tajuk ini kerana Kampung Kota Ayangan merupakan antara
kampung di Keningau yang terkenal akan kegiatan ekonominya dan kegiatan ekonomi ini
banyak membantu meningkatkan pendapatan kampung tersebut.
Untuk menjalankan kajian ini, pertama sekali, guru Geografi saya
membincangkan tentang tajuk yang saya pilih. Saya menjalankan kajian ini pada hujung
minggu. Kajian ini telah dijalankan selama lima bulan, iaitu dari bulan Februari hingga
Jun 2008. Saya menulis laporan kajian ini secara individu berdasarkan data dan
maklumat yang dikumpulkan di lapangan secara berkumpulan.
Di samping itu, saya telah melakukan perbandingan sumbangan kegiatan ekonomi
di kawasan saya dengan sumbangan kegiatan ekonomi di Jepun. Saya memilih negara
Jepun kerana negara ini mempunyai banyak persamaan dari segi kegiatan ekonominya
dengan negara kita dan juga saya ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang
negara ini dari segi kegiatan ekonominya. Hasil daripada maklumat yang diperolehi telah
saya gunakan untuk melengkapkan kerja kursus ini.
Saya menjalankan kajian ini untuk :
(a) Mengenal pasti pelbagai kegiatan ekonomi di kawasan kajian.
(b) Mengkaji sumbangan kegiatan ekonomi kepada pembangunan di kawesan kajian dan
membandingkannya dengan negara lain.
(c) Menyatakan kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar.
(d) Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap
alam sekitar.
Kajian ini dijalankan di Kampung Kota Ayangan yang terletak dalam daerah
Keningau ( lihat Peta 1 ). Jaraknya dari sekolah saya adalah kira-kira 5 kilometer.
Keluasan kawasan kajian saya ialah kira-kira 18 hektar dan bilangan penduduk di sini
lebih kurang 1500 orang ( lihat Peta 2 ). Jika menaiki bas dari pekan Keningau ke
Kampung Kota Ayangan, tambangnya ialah RM1.30 dengan mengambil masa lebih
kurang 15 minit. Dari sekolah saya pula, tambangnya ialah RM1.00 dengan mengambil
masa lebih kurang 10 minit.
Kawasan ini merupakan kawasan tanah pamah dan oleh sebab itu,
kawasan ini dianugerahi tanih yang subur dan amat sesuai untuk kegiatan pertanian
terutamanya menanam padi. Terdapat juga pelbagai infrastruktur yang disediakan oleh
pihak kerajaan untuk penduduk kampung ini seperti tadika Kemas, Sekolah Agama
Rakyat ( SAR ), balai raya, dan bekalan elektrik.
Peta 1 ( Peta Keningau )
Peta 2 ( Peta Kampung Kota Ayangan )
Peta Negara Jepun
Saya menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kajian ini. Antaranya ialah :
(a) Pemerhatian : Saya menggunakan kaedah ini untuk mengenal pasti jenis kegiatan
ekonomi.
(b) Soal selidik : Seramai 30 responden daripada kalangan penduduk kampung yang
terlibat dalam kegiatan yang berkaitan dengan ekonomi.
(c) Temu bual : Saya juga mengumpulkan maklumat dengan menemu bual Ketua
Kampung Kota Ayangan iaitu Encik Sanib Asun dan Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kota
Ayangan iaitu Encik Raman Takim.
(d) Rujukan : Saya mengumpulkan maklumat tambahan dengan merujuk kepada
buku teks Tingkatan 3 dan buku rujukan di perpustakaan serta
internet.
Jenis-jenis Kegiatan Ekonomi
Setelah selesai melakukan kajian tentang kegiatan ekonomi, saya dapat mengenal pasti
beberapa jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian saya iaitu di Kampung Kota
Ayangan. Antaranya ialah kegiatan ekonomi pertanian dan perkhidmatan.
Kegiatan ekonomi pertanian di kampung ini melibatkan aktiviti seperti
menanam padi, menanam buah-buahan seperti tebu dan banyak lagi serta menanam
tembakau. Kegiatan ekonomi perkhidmatan pula ialah seperti perdagangan,
pengangkutan, dan pendidikan.
Jenis Kegiatan Ekonomi Bilangan
Pertanian 14
Perkhidmatan 16
Jumlah 30
Jadual 1 : Jenis Kegiatan Ekonomi Kampung Kota Ayangan
Jenis Kegiatan Ekonomi
47%
53%
Pertanian
Perkhidmatan
Carta Pai 1 : Jenis kegiatan ekonomi dan bilangan penduduk yang mengerjakannya di
Kampung Kota Ayangan
Merujuk kepada carta pai di atas, kegiatan ekonomi di Kampung Kota Ayangan sektor
tertier paling popular iaitu sektor perkhidmatan diikuti oleh kegiatan ekonomi sektor
primer iaitu sektor pertanian. Berdasarkan 30 responden yang telah saya temu bual, 53
peratus daripadanya atau pun 16 orang penduduk di kampung ini bekerja dalam sektor
perkhidmatan sebagai pemandu teksi, pemandu bas sekolah, dan sebagainya. Pekerjaan
seperti ini sangat berguna kepada penduduk yang ingin ke pekan terdekat iaitu Keningau.
Sebanyak 47 peratus daripada 30 responden iaitu 14 orang bekerja dalam sektor
pertanian. Mereka mengusahakannya di tempat yang sesuai tidak kira di kebun kecil atau
pun kawasan lapang yang terdapat Kampung Kota Ayangan.. Tebu, tembakau, beras, dan
sebagainya ditanam untuk pasaran tempatan dan terdapat segelintir penduduk kampung
yang menjualnya di pasar di Keningau.
Penduduk Kampung Kota Ayangan sememangnya bertuah dan patut bersyukur
kerana kegiatan ekonomi ini dapat memenuhi keperluan kehidupan harian mereka.
Sumbangan Kegiatan Ekonomi
Kegiatan ekonomi memberi sumbangan yang besar di Kampung Kota Ayangan.
Antara sumbangan kegiatan ekonomi di kawasan ini adalah memberi peluang
pekerjaan yang banyak dalam sektor pertanian seperti pesawah padi, pekebun. Di
samping itu, ia juga menyediakan peluang pekerjaan dalam sektor perkidmatan kepada
sesiapa sahaja tidak kira taraf pendidikannya seperti pemandu teksi atau bas, guru, dan
sebagainya.
Pendapatan Bulanan Bilangan
Kurang RM500 13
RM501 – RM1000 16
RM1001 – RM1500 1
Jumlah 30
Jadual 2 : Pendapatan Bulanan Penduduk Kampung Kota Ayangan
Pendapatan Bulanan Penduduk Kampung Kota Ayangan
0
5
10
15
20
1Pendapatan Bulanan
Bil
ang
an
Pen
du
du
k Kurang RM500
RM501-RM1000
RM1001-1500
Graf 1 : Pendapatan Bulanan Penduduk Kampung Kota Ayangan
Selain itu, kegiatan ekonomi juga membantu penduduk kampung untuk
meningkatkan taraf hidup mereka di kawasan ini dengan wujudnya peluang yang
banyak dalam sektor pertanian dan perkhidmatan. Jadual 2 dan Graf 1 menunjukkan
pendapatan bulanan responden. Secara umumnya, kebanyakan penduduk di kawasan ini
mempunyai pendapatan bulanan antara RM501 hingga RM1000 sebulan. Seramai 13
orang responden yang menerima pendapatan kurang daripada RM500 sebulan dan
merupakan kumpulan kedua tertinggi. Sementara itu, pendapatan sebanyak RM1001 –
RM1500 sebulan hanya diterima oleh seorang responden sahaja.
Sebagai tambahan, kegiatan ekonomi yang terdapat di kawasan ini telah
membantu penduduk di kawasan ini dengan peningkatan infrastruktur kampung ini
bagi memudahkan penduduk seperti Sekolah Agama Rakyat ( SAR ), tadika KEMAS,
balai raya, dan banyak lagi. Saya berasa sangat gembira melihat penduduk di sini
mendapat kemudahan yang membolehkan mereka tinggal dengan selesa dan diberi
peluang pekerjaan yang banyak. Justeru itu, kita hendaklah sentiasa memperbaiki diri kita
sendiri agar mendapat kejayaan di mana sahaja kita berada.
Negara Jepun mempunyai banyak jenis kegiatan ekonomi seperti pertanian,
perkhidmatan, dan perindustrian. Melalui kegiatan ekonomi yang terdapat dalam negara
Jepun, beberapa sumbangan telah dapat diperoleh iaitu, dapat menyediakan peluang
pekerjaan kepada rakyat Jepun melalui pertanian sawah padi dan perdagangannya di
serantau dunia.
Kegiatan ekonomi turut membantu rakyatnya dari segi taraf hidup mereka
terutamanya mereka yang bekerja di sektor pertanian, perindustrian yang bukan
berasaskan sumber, dan juga perikanan. Selain daripada itu, melalui kegiatan ekonomi,
negara Jepun dapat menyumbang kepada pendapatan negara mereka terutamanya dalam
sektor perindustrian yang bukan berasaskan sumber dan juga sektor perkhidmatan iaitu
bidang perdagangan.
Kesan-kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
Kesan-kesan kegiatan ekonomi di kawasan ini terhadap alam sekitar ialah
berlakunya pencemaran. Kegunaan racun perosak serangga untuk di sawah padi, ladang-
ladang, dan kebun-kebun sayuran menyebabkan banyak bahan-bahan bahaya terbebas ke
udara. Di samping itu, pembakaran jeramit padi menyebabkan pencemaran udara. Hal ini
berlaku apabila tiba musim menuai padi dijalankan. Selain itu pencemaran udara juga
berlaku apabila pemandu-pemandu teksi dan bas menggunakan kenderaan masing-
masing untuk melakukan pekerjaan mereka.
Penipisan lapisan ozon turut menjadi kesan kegiatan ekonomi terhadap alam
sekitar. Pelepasan CFC ke udara menyebabkan penipisan lapisan ozon. Hal ini
disebabkan kebocoran saluran penghawa dingin di tempat-tempat tertentu seperti di
sekolah, bilik tuisyen dan sebagainya.
Penebangan hutan dijalankan untuk membangunkan kawasan dalam sektor
perkhidmatan seperti kawasan tapak perniagaan dan rumah kedai mengakibatkan
kepupusan sumber berlaku.
Kegiatan ekonomi di negara Jepun turut mengalami kesan terhadap alam sekitar
seperti kepupusan sumber terutamanya sumber hutan dan sumber mineral. Negara Jepun
juga mengalami pencemaran udara dan air. Kualiti udara dan air semakin merosot
terutamanya di bandar-bandar besar seperti Tokyo, Kobe, dan Osaka walaupun kerajaan
Jepun membina banyak taman di dalam bandar-bandar tersebut,
Penipisan lapisan ozon juga merupakan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam
sekitar di negara Jepun. Pelepasan CFC ke udara boleh menyebabkan sinar ultraungu dari
cahaya matahari tidak ditapis dan hal ini berbahaya kepada kita dan juga hidupan lain di
bumi ini.
Memandangkan masalah-masalah ini boleh menyusahkan kehidupan penduduk,
pihak berkuasa dan pemaju kawasan petempatan perlu bertimbang rasa dan bekerjasama
untuk mengelakkan kesan-kesan negatif ini. Akan tetapi, penduduk itu sendiri juga
mestilah bekerjasama dan berusaha untuk mengurangkan kesan-kesan ini.
Langkah–langkah Mengurangkan Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
Penguatkuasaan undang-undang merupakan suatu cara yang efektif untuk
melindungi alam sekitar. Penggubalan undang-undang bertujuan mengawal semua pihak
supaya tidak melakukan perkara-perkara yang dapat menyebabkan pencemaran. Antara
akta yang penting ialah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang merupakan perundangan
yang menyeluruh tentang alam sekitar termasuk perlepasan asap tercemar dan bahan
berasid kepada persekitaran.
Pelaksanaan kempen juga boleh digunakan untuk mengurangkan kesan kegiatan
ekonomi terhadap alam sekitar. Rakyat perlu diingatkan tentang kepentingan menjaga
alam sekitar melalui kempen kesedaran oleh pihak yang bertanggungjawab. Mereka
digalakkan supaya lebih berwaspada tentang kesan-kesan amalan mereka terhadap alam
sekitar.
Pendidikan alam sekitar penting bagi mewujudkan kesedaran kepada rakyat
tentang memelihara alam sekitar. Kesedaran ini diwujudkan melalui pendidikan di
peringkat sekolah rendah ( Kajian Tempatan ) dan sekolah menengah ( Geografi dan
Sains ).
Penyelidikan dan pembangunan ( P&P ) ialah aktiviti menghasilkan teknologi
yang baru atau lebih baik. Melalui P&P, pelbagai kaedah pengeluaran dicipta yang tidak
mencemarkan alam sekitar. Teknik ini dikenali sebagai teknologi mesra alam.
Penggunaan baja organik juga sangat berkesan untuk melindungi alam sekitar.
Kaedah ini memerlukan petani-petani menggunakan baja organik daripada menggunakan
baja kimia bagi mengelakkan lagi pencemaran air dan pencemaran tanah.
Negara Jepun melakukan tindakan menguatkuasa undang-undang. Jepun juga
menggunakan air rawatan semula di kilang-kilang, pejabat, dan hotel. Jepun
menggunakan 76 peratus daripada air buangan industri yang telah dirawat semula sejak
tahun 1990-an. Cara ini sangat berkesan kerana air yang dipenuhi dengan sisa toksik
tidak dibuang ke dalam laut atau sungai malah dirawat lagi. Demikian itu, hidupan
akuatik dapat hidup dengan lebih lama lagi dan manusia juga selamat daripada bahan
kimia yang berbahaya. Penyelidikan dan pembangunan merupakan antara cara yang
digunakan oleh Jepun untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar. Oleh kerana
negara Jepun mempunyai teknologi yang canggih, cara ini benar-benar mudah dilakukan.
Negara Jepun juga menggunakan sumber tenaga mesra alam iaitu tenaga suria. Tenaga
ini digunakan untuk mengeringkan pakaian, hasil pertanian, memanaskan air dan
bangunan, dan menjana tenaga elektrik untuk kegunaan di rumah dan pejabat.
Sesungguhnya, banyak lagi langkah-langkah lain untuk mengurangkan kesan
kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar. Oleh sebab itu, kita mestilah melakukan
langkah-langkah sebegini dan cara ini juga boleh membantu kerajaan dari melaburkan
sejumlah wang yang banyak hanya untuk mengurangkan kesan-kesannya terhadap alam
sekitar. Sebagai rakyat Malaysia yang sejati, bersama-samalah kita membendung masalah
alam sekitar ini.
Sesungguhnya kajian ini telah banyak memberikan kesan yang positif. Setelah
selesai melakukan kajian ini, saya telah dapat mengenal pasti beberapa jenis kegiatan
ekonomi yang dijalankan oleh penduduk kawasan Kampung Kota Ayangan seperti
pertanian dan perkhidmatan. Di samping itu, saya telah mengenal pasti sumbangan
kegiatan ekonomi kepada penduduk di kawasan Kampung Kota Ayangan seperti
menambahkan peluang pekerjaan, meningkatkan taraf hidup penduduk di sini dan
menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur kepada penduduk di sini,. Saya juga telah
mengenal pasti kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar seperti penipisan
lapisan ozon, kepupusan sumber dan pencemaran.
Akhir sekali saya juga telah mengenal pasti langkah-langkah untuk
mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar seperti pengurangan
penggunaan racun perosak serangga, pembaikkan kebocoran penghawa dingin serta alat-
alat yang boleh menyebabkan pelepasan CFC dan pengharaman pembakaran secara
terbuka. Melalui kajian ini juga, saya telah memperolehi pengalaman yang berguna
dalam menambahkan lagi ilmu geografi saya.
Secara keseluruhan saya rasa bangga dan bersyukur apabila mendapati kegiatan
ekonomi telah berjaya menjana pembangunan di Kampung Kota Ayangan walaupun saya
tidak tinggal di kawasan ini.