kajian geografi tempatan: bentuk muka bumi dan potensi di taman juta, tenom, sabah
DESCRIPTION
Orait, you guys now what to do. Jangan lupa isi tempat kosong okay? Oh, folio nie ditujukan khas untuk penduduk Sabah. Go Sabah! (^o^) Hehe...TRANSCRIPT
(NAMA SEKOLAH SINI)
(LOGO MAKTAB SINI)
KERJA KURSUS KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN PENILAIAN MENEGAH RENDAH
2009
BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSI DI TAMAN JUTA, TENOM, SABAH, MALAYSIA
SERTA PERBANDINGAN DENGAN NEGARA JEPUN
NAMA CALON:
TINGKATAN:
NO KAD PENGENALAN:
GURU PENILAI: ENCIK
TANDATANGAN MURID, TANDATANGAN GURU,
……………………………… .................................................
1.0 TAJUK
Bentuk Muka Bumi dan potensi di Taman Juta, Tenom, Sabah, Malaysia,
serta perbandingannya dengan Negara Jepun.
2
2.0 SENARAI KANDUNGAN
Bil Isi Kandungan Muka surat
1.0 Tajuk Kajian 2
2.0 Senarai Kandungan 3
3.0 Penghargaan 4
4.0 Pendahuluan 6
5.0 Objektif Kajian 8
6.0 Kawasan Kajian 9
7.0 Kaedah Kajian 13
8.0 Dapatan Kajian 18
9.0 Rumusan 24
10.0 Lampiran 25
11.0 Rujukan 37
3
3.0 PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan
dariNya, maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Geografi PMR 2008
dengan jayanya. Insyaallah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat
kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa
hadapan.
Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Tuan Pengetua iaitu (NAMA PENGETUA SINI) dan guru
pembimbing saya iaitu (NAMA GURU GEOGRAFI SINI) kerana tidak jemu-jemu
memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian
mengikut kriteria yang ditetapkan. Beliau turut membantu menyemak data, laporan dan
membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa
saya iaitu ayahanda (NAMA AYAH) dan bonda (NAMA IBU) yang turut membantu
untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat
menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus
ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan sedikit wang ringgit.
Terima kasih juga diucapkan kepada adik saya serta rakan-rakan saya yang sangat
setia dengan kerja-kerja yang diberikan dan mempunyai semangat setia kawan yang utuh
dalam memberikan buah fikiran dan semangat, cadangan serta rujukan di beberapa
kawasan kajian.
4
Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga
kepada penduduk di Taman Juta, Tenom, Sabah, Malaysia. Terutamanya mereka-mereka
yang menjadi responden atau orang sumber kerana banyak membantu saya dengan
memberi pelbagai maklumat terkini tentang penduduk di kawasan ini.
Sekian, terima kasih.
Salam hormat daripada saya,
…………………………………
DG. NURUL ATIQAH BT. MOHD NASIR
5
4.0 PENDAHULUAN
4.1 Nama Kawasan Kajian
Saya membuat kajian di kawasan Taman Juta, Tenom, Sabah, Malaysia dan negara yang
dibandingkan ialah negara Jepun.
4.2 Mengapa Kawasan Kajian Ini Dipilih
Kawasan kajian ini dipilih oleh saya atas sebab-sebab berikut:
(a) Kawasan ini berhampiran dengan tempat tinggal saya dan memudahkan kerja- kerja
kajian yang perlu saya buat.
(b) Kos kajian murah kerana saya tidak perlu menaiki bas atau teksi untuk pergi ke
kawasan kajian sebaliknya saya cuma pergi menaiki basikal
(c) Sambutan dan sokongan penduduk tempatan di sini agak baik, ramah dan mudah
mesra. Mereka memberi galakan dan perhatian kepada saya dalam kes kajian ini.
4.3 Tempoh Masa Kajian Dijalankan Di sini
Kajian yang dijalankan di sini melibatkan tempoh masa kira-kira 2 minggu semasa cuti
sekolah. Tempoh pembahagian masa adalah seperti dibawah:
(a) 2 hari menjalankan kerja-kerja pemerhatian di kawasan kajian.
(b) 3 hari menjalankan kerja-kerja temu bual, temu ramah,dan memberi boring soal
selidik dengan penduduk kampung, dan di samping itu mengambil maklumat
tentang bentuk muka bumi, potensi bentuk muka bumi, halangan bentuk muka
6
bumi kepada kegiatan penduduk, dan sebagainya.
(d) 3 hari membuat rujukan, kerja-kerja lakaran, menanda, kumpul data,
merumus data, dan membina peta.
(e) 5 hari mengurus isi-isi dan nota-nota kajian, menjalankan kerja-kerja menulis
isi-isi kajian kerja kursus.
(f) 7 hari menjalankan kerja-kerja menaip kerja kursus dan semakan terakhir untuk
diserahkan kepada guru penilai.
7
5.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk:
5.1 Mengenalpasti jenis bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan Taman Juta.
5.2 Memerhati dan mengkaji potensi bentuk muka bumi di kawasan Taman Juta.
5.3 Memerhati dan mengkaji halangan bentuk muka bumi Taman Juta kepada
kegiatan penduduk-penduduk.
5.4 Mengenalpasti kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar .
5.6 Mengkaji langkah-langkah penyelesaian kepada kegiatan manusia terhadap
alam sekitar.
5.7 Mengenalpasti masalah yang berkaitan dengan bentuk muka bumi di kawasan
kajian.
5.8 Mengkaji langkah – langkah mengatasinya.
5.9 Meningkatkan kesedaran mengenai kesan-kesan kegiatan manusia kepada
kemusnahan alam sekitar.
Melalui kajian ini saya berasa bersyukur kerana dapat mengetahui dengan lebih jelas
mengenai benuk muka bumi Taman Juta, Tenom, Sabah, Malaysia serta potensi-
potensinya. Dengan melaksanakn kajian ini, aya berasa puas hati kerana dapat mengetahi
sedikit sebanyak tentang kawasan yang membangun ini.
8
6.0 KAWASAN KAJIAN
6.1 Latar Belakang Kawasan Kajian
Saya telah memilih Taman Juta sebagai kawasan kajian saya.Sebelum Taman Juta
dibangunkan kawasan tersebut merupakan sebuah kawasan lapang. Kawasan ini mula
dibangunkan dan dimajukan pada tahun 2000 dan merupakan kawasan perumahan kos
sederhana rendah dan kos sederhana tinggi yang terdiri daripada rumah-rumah
teres.Segala kemudahan awam dan infrasturuktur telah disediakan dan dijaga rapi oleh
MDT. Hasil daripada pencarian saya di internet, sehingga akhir bulan Februari tahun
2009, Taman Juta didiami oleh lebih 20 keluarga.
6.2 Pandang Darat Fizikal
Ciri-ciri pandang darat fizikal kawasan Taman Juta adalah hampir rata dsn beralun serta
berhampiran dengan kawasan bukit-bukau.Taman Juta adalah kawasan yang sangat
strategic kerana terletak berhampiran dengan pekan.
6.3 Lokasi Kawasan Kajian
Taman Juta mempuyai keluasan seluas 25 km persegi. Taman Juta terletak
berhampiran dengan kawasan yang lain seperti Taman Lebih Maju dan Taman
Impresif.Untuk pengetahuan semua, Taman Alma Jaya berada 25 kilometer daripada
sempadan Tenom-Keningau .
9
6.4 Jarak Dari Bandar
Taman Juta terletak lebih kurang 3 km daripada Pekan Tenom.Penduduk-
penduduk di kawasan ini dapat ke pekan dengan mudah dan dapat menggunakan segala
kenderaan awam seperti bas dan teksi.
6.5 Jenis Petempatan
Taman Juta adalah sebuah kawasan perumahan yang didiami oleh penduduk yang
terdiri daripada pelbagai kaum seperti Bajau,Brunei,Kadazan,Cina dan murut. Majoriti
Masyarkat di kawasan ini terdiri daripada bangsa Melayu diikuti oleh bangsa
kadazan,murut,brunei,bajau dan cina.Pola petempatan di Taman Juta ialah pola
berjajar,dimana rumah – rumah dibina berhampiran dengan jalan raya dan berhadapan
dengan Sekolah Saint Anthony.
10
Gambar rajah 1.1: Peta Daerah Tenom
11
Gambar rajah 1.3: Peta Negara Jepun
Gambar rajah 1.2 Peta negara Jepun dari pandangan satelit Google
12
7.0 KAEDAH KAJIAN
Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian berikut :
a) Pemerhatian: Meninjau dan memerhati jenis kenderaan yang terlibat.
b) Rujukan: Internet untuk mendapat maklumat-maklumat yang berkaitan seperti
maklumat jaringan sistem pengangangkutan di negara Singapura, data-data
mengenai jaringan pengangkutan di Taman Greenwood, dan pelbagai maklumat
yang lain.
c) Buku teks tingkatan 2 dan 3
Pelbagai kaedah kajian telah dibuat untuk mengkaji jaringan sistem pengangkutan di
kawasan kajian. Antaranya ialah:-
7.1 Kaedah Pemerhatian
Kaedah ini penting untuk melihat apa yang ada di kawasan kajian seperti jenis-jenis
sistem pengangkutan, petempatan, bentuk muka bumi dan lain-lain yang berkaitan
dengan kajian saya. Semua yang dilihat akan dicatat dalam buku catatan untuk
digunakan semasa membuat lapuran kajian nanti.
Pemerhatian dibuat dengan cara membuat tinjauan dan penglihatan kawasan kajian.
Pemerhaian dibuat terhadap jenis kenderaan yang melalui jalan raya Taman Greenwood
dari jam 3 petang hingga 4 petang dalam tempoh 5 hari .
13
7.2 Kaedah Temu Bual
Temu bual dibuat dengan cara bertanya atau mengemukakan soalan, meminta pandangan
atau pendapat daripada orang tertentu. Ini dilakukan secara tidak langsung atau secara
langsung apabila bertemu dengan seseorang. Temu bual sering dibuat di rumah
responden, di restoran dan kedai makan, di perhentian bas dan teksi dan di mana-mana
sahaja yang difikirkan boleh mendatangkan faedah. Biasanya temu bual ini dibuat dengan
orang ramai , tuan imam, penghulu, orang tua, dan penduduk di kawasan kajian.
7.3 Borang SoalS Selidik
Saya juga telah mengedarkan borang soal selidik kajian saya kepada 10 orang penduduk
di Taman Juta. Borang soal selidik ini dan respon yang didapati telah membantu saya
mengenal pasti masalah – masalah yang dihadapi oleh penduduk Taman Juta, Tenom,
Sabah serta cara – cara mengatasinya.
7.4 Kaedah Rujukan
Kaedah rujukan ialah dengan cara membaca pelbagai bahan bacaan, menggunakan
maklumat yang terdapat dalam peta, atlas dan rujukan peta di pejabat penghulu. Bahan-
bahan bacaan yang dibaca ialah buku teks, majalah, buku rujukan, akhbar, atlas dan
jurnal. Orang sumber seperti Penghulu dan Imam, saudara mara, sahabat ibu bapa yang
tinggal juga digunakan untuk memperoleh maklumat yang terkini tentang kawasan
kajian. Maklumat yang diperoleh itu dicatat dan kemudian dianalisis untuk dijadikan
bahan dan isi kandungan kerja kursus.
14
Rujukan daripada orang sumber amat penting dan banyak membantu untuk mengenali
latar belakang kawasan kajian secara lebih terperinci.
15
Gambar rajah 2.1: Kaedah pemerhatian
Gambar rajah 2.2: Kaedah temubual
16
Gambar rajah 2.3: Kaedah rujukan Internet
Gambar rajah 2.4: Kaedah rujukan buku.
17
8.0 HASIL KAJIAN
8.1 Ciri – Ciri Bentuk Muka Bumi Taman Juta serta perbandingannya
dengan Negara Jepun.
Taman Juta
Bentuk muka bumi di Taman Juta adalah tanah pamah yang hampir rata serta beralun dan
terletak berhampiran dengan kawasan bukit. Oleh sebab itu, Taman Juta dibangunkan dan
dibina kawasan penempatan keluarga yang luas. Selain itu, Taman Juta juga dibangunkan
untuk kawasan yang padat dengan penduduk. Kepadatan penduduk ini disebabkan oleh
tindakan kerajaan yang membina infrastruktur – infrastruktur seperti lebuh raya yang
dapat berhubung ke kawasan – kawasan lain dengan mudah seperti ke sekolah,di
samping kemudahan pengangkutan awam seperti bas, sekolah dan hospital.
Jepun
Bentuk muka bumi di Negara Jepun adalah tanah pamah yang hampir rata serta
beralun.Kawasan petempatan di Negara Jepun dibina secara luas dan berhampiran antara
18
satu sama lain.Walaubagaimanapun,kawasan petempatan mereka dan jalan raya adalah
sempit.
8.2 Potensi Bentuk Muka Bumi Taman Juta dan Negara Jepun
Taman Juta
Bentuk muka bumi Taman Juta yang tanah pamah dan hampir rata serta beralun
menggalakkan penduduk di sini terlibat di dalam aktiviti perniagaan dan perkhidmatan.
Kawasan Taman Juta yang hampir rata dan berhampiran dengan pekan telah
memudahkan penduduk-penduduk di kawasan ini ke tempat kerja dan sekaligus
menggalakkan aktiviti – aktiviti perniagaan.Terdapat ramai usahawan – usahawan dan
pekerja kerajaan yang tinggal di kawasan perumahan Taman Juta atas faktor mudah ke
tempat kerja dan mudah ke pekan. Antara perniagaan yang dijalankan oleh penduduk
Taman Juta ialah kedai makan, kedai jahit, kedai runcit dan servis seperti kedai gunting
rambut.
Selain itu, penduduk di Taman Juta turut terlibat dalam bidang perkhidmatan
kerana berhampiran kawasan Taman Juta terdapat beberapa sekolah menengah, sekolah
rendah, tadika dan kelas Fardhu Ain. Oleh sebab itu, ramai penduduk di sini terlibat
dalam bidang pendidikan dan menjadi tenaga pengajar di tempat – tempat tersebut.
19
Taman Juta juga mudah mendapat bekalan elektrik kerana terletak di daerah
Tenom yang merupakan salah satu daerah penjanaan hidroelektrik iaitu Jana Kuasa
Hidroelektrik Tenom-Pangi.
Negara Jepun
Bentuk muka bumi Negara Jepun yang merupakan tanah pamah yang hampir
rata serta beralun menggalakkan penduduk-penduduknya terlibat dalam aktiviti
perniagaan,perindustrian serta perkhidmatan.
Bentuk muka bumi Jepun yang hampir rata menggalakkan penduduknya
membuka perniagaan seperti kedai makan.Selain itu,bentuk muka buminya juga
menggalakkan pembinaan kilang seperti kilang makanan ringan dan kilang minuman.Di
samping itu,bentuk muka buminya yang strategik juga memudahkan peduduk-penduduk
mencari pekerjaan di kawasan berhampiran seperti sekolah-sekolah.
Oleh sebab Negara Jepun tidak mempunyai sumber mineral semula jadi yang
bertindak sebagai sumber tenaga seperti petroleum,mereka terpaksa membeli petroleum
daripada Negara lain dan ini mengambil kos yang sangat
besar.Walaubagaimanpun,mereka telah mengambil inisiatif dengan menggunakan suria
dan menjadikan ia sebuah sumber tenaga.Tenaga elektrik diperoleh dengan memasang
alat pholtovoltaic di bumbung rumah untuk memerangkap cahaya matahari.
Dengan menjalankan kajian ini,ia telah membuka mata saya mengenai betapa
bertuahnya kita semua hidup di Negara Malaysia yang kaya dengan sumber mineral
semula jadi dan tidak perlu mengeluarkan wang beribu-ribu ringgit unutk membeli
20
sumber mineral daripada Negara lain seperti Jepun.Selain itu,kajian ini telah mengajar
saya agar menjadi seorang yang berfikiran jauh.
8.3 Halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia
Taman Juta
Oleh sebab Taman Juta terletak berhampiran dengan bukit,maka ia menghadapi
risiko tanah runtuh.Jika tanah runtuh berlaku rumah-rumah di kawasan Taman Juta akan
musnah dan ramai yang akan kehilangan tempat tinggal.Di samping itu,penduduk-
penduduk juga akan mengalami kerugian harta benda kerana tanah runtuh berlaku.
Jepun
Penduduk di negara Jepun sering mengalami bencana gempa bumi kerana negara
mereka berada di kawasan lingkaran gunung berapi.Ramai yang telah kehilangan harta
benda dan mengalami kerugian beribu-ribu ringgit malahan ramai juga yang kehilangan
orang-orang tersayang.
8.4 Ketersampaian
Kawasan ini mempunyai tahap ketersampaian yang baik dengan mempunyai
jalan raya sebagai jalan pengangkutan yang utama.Majoriti penduduk Taman Juta
mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kenderaan bagi setiap rumah.
21
8.5 Masalah
Sepanjang saya menjalankan kajian di sekitar kawasan Taman Juta dan
mengedarkan borang kaji selidik kepada 10 orang penduduk Taman Juta,saya dapati
terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk – penduduk di sini. Antara
Masalah – Masalah tersebut ialah:-
8.5.1 Vandalisme
Kemudahan – kemudahan awam seperti pondok telefon yang didirikan untuk
panggilan kecemasan telah dirosakkan dan tidak dapat digunakan lagi oleh para
penduduk terutamanya ketika berlaku sebarang kecemasan seperti rompakan, kecurian
dan kebakaran.
8.5.2 Sampah
Penduduk di kawasan Taman Juta tidak membuang sampah di tempat yang
sepatutnya disediakan.
22
8.6 Langkah – langkah mengatasi
Segala masalah pasti ada cara untuk mengatasinya.Disini, adalah beberapa
cadangan saya perolehi daripada borang kaji selidik yang diedarkan untuk mengatasi
Masalah tersebut adalah:-
a) Pihak yang berwajib perlu menguatkuasakan undang – undang bagi mengatasi
masalah vandalisme. Bagi mereka yang melakukan jenayah ini, boleh dikenakan
denda dan membayar duit untuk menggantikan alat yang rosak itu.
b) Masyarakat di Taman Juta juga boleh bergotong – royong di kawasan – kawasan
yang bermasalah sampah.Aktiviti gotong – royong boleh dijalankan sebulan
sekali untuk memastikan kebersihan kawasan penempatan. Pihak berwajib juga
boleh memperbanyak tempat membuang sampah dan bagi memudahkan
masyarakat serta menjalankan kempen kesedaran seperti menggalakkan
masyarakat untuk kitar semula.
23
9.0 Rumusan
Kajian yang telah dijalankan diTaman Juta, Daerah Tenom ini telah memberi
pengalaman yang sangat berguna kepada saya. Kajian ini membolehkan saya
mengenalpasti bentuk buka bumi di Taman Juta, Tenom, Sabah iaitu tanah pamah .
Selain daripada itu saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas potensi-potensi
kawasan kajian ini iaitu pusat perniagaan dan prkhidmtan. Berdasarkan kepada kajian
yang dijalankan, saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas beberapa kepentingan
bentuk muka bumi di kawasan kajian dan juga negara bandingan Jepun seperti atas kegitn
perdagangan mereka yang aktif. Saya juga dapat mengenalpasti masalah-maalah di
kawasan kajian dan negara Jepun serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk
mengatasi kesan negatif akibat daripada masalah-malah tersebut.
Akhir kata marilah sama-sama kita sebagai penduduk di Taman Juta
khasnya dan rakyat Malaysia secara amnya menggunakan kemudahan kawasan
prumahan sebaik mungkin agar kita semua tidak menghadapi masalah-masalah yang
boleh menjejaskan kehidupan kita akibat daripada tindakan kita sendiri. Kita sepatutnya
bersyukur kerana dikurniakan oleh Allah negara yang aman merdeka dengan pelbagai
kemudahan yang disediakan termasuk kawasan perumhan yang baik.
24
10. LAMPIRAN
10.1 Borang kebenaran
10.2 Borang kaji selidik
10.3 Gambar-gambar kawasan perumahan
10.4 Gambar-gambar kajian
25
BORANG KAJI SELIDIK
Nama: __________________________________________________________
Pekerjaan:_______________________________________________________
Soalan 1: Pada pendapat anda apakah masalah yang dihadapi oleh masyarakat
Taman Melati
Arahan: Sila tandakan (/) pada jadual di bawah
Sampah Sarap
Pencemaran Bunyi
Vandalisme
Banjir
Soalan 2) Cara mengatasi:
a) -
________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
b)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
26
BORANG KAJI SELIDIK
Nama:___________________________________ ______________________________
Pekerjaan:_____________________________________________________________
Soalan 1: Pada pendapat anda apakah masalah yang dihadapi oleh masyarakat
Taman Melati
Arahan: Sila tandakan (/) pada jadual di bawah
Sampah Sarap
Pencemaran Bunyi
Vandalisme
Banjir
Soalan 2) Cara mengatasi:
a) -
________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
b)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
27
BORANG KAJI SELIDIK
Nama:____________________________________________ _________________
Pekerjaan:__________________________________________________________
Soalan 1: Pada pendapat anda apakah masalah yang dihadapi oleh masyarakat
Taman Melati
Arahan: Sila tandakan (/) pada jadual di bawah
Sampah Sarap
Pencemaran Bunyi
Vandalisme
Banjir
Soalan 2) Cara mengatasi:
a) -
________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
b)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
28
BORANG KAJI SELIDIK
Nama: _______________________________________________________________
Pekerjaan:___________________________________________________________
Soalan 1: Pada pendapat anda apakah masalah yang dihadapi oleh masyarakat
Taman Melati
Arahan: Sila tandakan (/) pada jadual di bawah
Sampah Sarap
Pencemaran Bunyi
Vandalisme
Banjir
Soalan 2) Cara mengatasi:
a) -
________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
b)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
29
BORANG KAJI SELIDIK
Nama: ________________________________________________________________
Pekerjaan:____________________________________________________________
Soalan 1: Pada pendapat anda apakah masalah yang dihadapi oleh masyarakat
Taman Melati
Arahan: Sila tandakan (/) pada jadual di bawah
Sampah Sarap
Pencemaran Bunyi
Vandalisme
Banjir
Soalan 2) Cara mengatasi:
a) -
________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
b)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
30
Gambar rajah 3.1: Gambar Taman Juta
Gambar rajah 3.2: Gambar Sebuah rumah teres di Taman Juta
31
Gambar rajah 3.3: Gambar Masjid Ar Rahman yang terletak kira-kira 500 meter dari
Taman Juta
Gambar rajah 3.4: Sekolah Menengah Saint Anthony yang terletak di hadapan Taman
Juta
32
Gambar rajah 3.5: Jalan ke pekan Tenom yang terletak kira-kira 800 meter dari Taman
Juta
Gambar rajah 3.6: Taman Impresif iaitu sebuah lagi kawasan perumahan kos rendah yang
terletak berhampiran dengan Taman Juta.
33
Gambar rajah 3.7: Taman Lebih Maju yag terletak bersebelahan dengan Taman Juta
Gambar rajah 3.8: Pekan Tenom tempat penduduk-penduduk Taman Juta membeli
barang-barang keperluan serta tempat menjalankan aktiviti perniagaan mereka.
34
Daerah terletaknya Taman Juta
Gambar rajah 3.9: Peta Sabah, Malaysia.
35
Gambar rajah 4.1: Gambar daerah Tenom yang disunting daripada “Google Earth”
36
11.0 RUJUKAN
1 Abdul Aziz bin Abdul Rahman, 2004, Geografi Tingkatan 2 KBSM,
Percetakan Rina Sdn Bhd.
2 Atlas KBSM Longman, 1994, Longman Sdn Bhd.
3 Azmi Mohd Salleh, 2002, “Kepentingan Menjaga Alam Sekitar,”
Perlindungan Pengguna, Bil 6
4 Chong Mui Seng, 2004, Geografi Tingkatan 1 KBSM, Sasbadi Sdn
Bhd.
5 Halina Mohd Nor, 2008, “Suburkan Budaya Cinta Alam Sekitar,”
Berita Harian, 24 Mac 2008
6 Khaw Ah Seng, 2004, Geografi Tingkatan 3 KBSM, PTS Publication
Sdn Bhd.
7 Shafiee bin Zakaria, 2005, Tutor Geografi Tingkatan 3 KBSM, Pelangi
Sdn Bhd.
37