kajian geografi tempatan. tingkatan 2. (kajian fungsi ekonomi dan perkembangannya)

18
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT KLANG, TAMAN PENDAMAR INDAH 1, PELABUHAN KELANG, SELANGOR. KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 2012 KAJIAN FUNGSI EKONOMI DAN PERKEMBANGANNYA DI TAMAN PENDAMAR INDAH 1, PELABUHAN KELANG, SELANGOR. NAMA MURID : FITRI NUR ALIESYA BINTI MD JAIS TINGKATAN : 2 VICTORIOUS NAMA GURU : PUAN PUNITHA ....................................................... ....................................................... T. Tangan Murid T. Tangan Guru

Upload: aliesya-jais

Post on 23-Jul-2015

1.288 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Geografi Tempatan. Tingkatan 2. (Kajian Fungsi Ekonomi Dan Perkembangannya)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT KLANG,TAMAN PENDAMAR INDAH 1,

PELABUHAN KELANG, SELANGOR.

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN2012

KAJIAN FUNGSI EKONOMI DAN PERKEMBANGANNYA DI TAMAN PENDAMAR INDAH 1, PELABUHAN KELANG, SELANGOR.

NAMA MURID : FITRI NUR ALIESYA BINTI MD JAIS

TINGKATAN : 2 VICTORIOUS

NAMA GURU : PUAN PUNITHA

.......................................................

.......................................................

T. Tangan Murid T. Tangan Guru

ISI KANDUNGAN

Page 2: Kajian Geografi Tempatan. Tingkatan 2. (Kajian Fungsi Ekonomi Dan Perkembangannya)

TAJUK MUKA SURAT

PENGHARGAAN

PENDAHULUAN

OBJEKTIF KAJIAN

KAWASAN KAJIAN

KAEDAH KAJIAN

HASIL KAJIAN

RUMUSAN

PENGHARGAAN

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Geografi saya iaitu Puan Punitha yang

telah meluangkan masanya menunjuk ajar dan membimbing saya semasa menjalankan projek kajian Geografi Tempatan.

Page 3: Kajian Geografi Tempatan. Tingkatan 2. (Kajian Fungsi Ekonomi Dan Perkembangannya)

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan juga kepada ibu bapa member dorongan dan sokongan untuk saya menjalankan kajian ini. Saya bersyukur atas kerjasama rakan

rakan saya yang juga telah banyak membantu saya dalam menyiapkan kajian ini. Ribua terima kasih saya ucapkan

kepada mereka yang telah banyak membantu saya .

PENDAHULUAN

Bahagian Kajian Geografi Tempatan bertujuan memberi peluang kepada pelajar menjalankan kerja amali untuk menghubungkaitkan tema-tema geografi yang telah dipelajari dalam sukatan pelajaran geografi Tingkatan 2. Kawasan persekitaran pelajar digunakan sebagai asas pengajaran dan

Page 4: Kajian Geografi Tempatan. Tingkatan 2. (Kajian Fungsi Ekonomi Dan Perkembangannya)

pembelajaran untuk memahami beberapa aspek dankonsep yang telah dipelajari dalam tema penduduk,petempatan, dan pengangkutan.

Saya memilih tajuk “Fungsi Petempatan dan Perkembangannya di Taman Pendamar Indah 1, Pelabuhan Kelang, Selangor” untuk Projek Kajian Geografi Tempatan saya.

OBJEKTIF KAJIAN

Page 5: Kajian Geografi Tempatan. Tingkatan 2. (Kajian Fungsi Ekonomi Dan Perkembangannya)

Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif – objektif yang berikut:

(a) Mengkaji fungsi ekonomi Taman Pendamar Indah 1 . Selangor.

(b) Menyenaraikan dan menguraikan saling kaitan antara fungsi ekonomi dengan pembangunan di kawasan kajian.

KAWASAN KAJIAN

Page 6: Kajian Geografi Tempatan. Tingkatan 2. (Kajian Fungsi Ekonomi Dan Perkembangannya)

Taman Pendamar Indah 1 terletak dia Pelabuhan Klang Selangor. Kedudukan kawasan perumahan ini ialah timur dari Klang dan jaraknya kira kira 15 kilometer daripada Bandar Klang. Tambang bagi murid yang menaiki bas awam dari Klang ke Pendamar Indah 1 ialah RM 1.50. Pendamar Indah 1 terletak di antara sempadan Pelabuhan Klang dengan Klang. Lihat peta lakar 1 yang menunjukkan kedudukan Taman Pendamar Indah 1. Taman ini terletak di sepanjang Lebuh Raya Pulau Indah. Taman perumahan ini dihubungkan dengan tempat – tempat lain seperti Klang , Pelabuhan Klang dan Shah Alam. Kawasan ini mula dimajukan pada lewat tahun 1990-an.

Peta lakar 1.

Dahulunya kawasan ini adalah sebuah ladang kelapa sawit. Pada masa itu kawasan perumahan belum dimajukan. Jalan yang menghubungkan kawasan ini dengan pusat Bandar Klang tidak begitu baik seperti yang terdapat pada hari ini. Penduduk asal kawasan perumahan ini mengambil masa lebih kurang satu jam untuk sampai ke pusat Bandar Klang dengan menaiki kereta. Pelebaran dan peningkatan taraf jalan raya serta

Page 7: Kajian Geografi Tempatan. Tingkatan 2. (Kajian Fungsi Ekonomi Dan Perkembangannya)

pembinaan lebuh raya yang lebih selesa telah memendekkan masa perjalanan kepada 20 minit.

Peta lakar 2 menunjukkan kedudukkan rumah saya terletak di Jalan Pendamar Indah 2. Memalui pemerhatian, saya mendapati permukaan bumi kawasan ini hampir rata. Di bahagian belakang kawasan perumahan ini terdapat satu kawasan berbukit yang merupakan taman rekreasi di kawasan ini.

Kawasan ini mempunyai beberapa fungsi. Antaranya sebagai tempat kediaman, ekonomi dan sosial. Jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan kajian saya ialah perniagaan dan perkhidmatan. Terdapat pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan. Contohnya perniagaan makanan, barangan runcit, hiasan, buku, alat tulis dan perabot. Jenis perkhidmatan yang disediakan adalah seperti salun rambut, pendidikan, tempat membaiki kenderaan dan computer.

Page 8: Kajian Geografi Tempatan. Tingkatan 2. (Kajian Fungsi Ekonomi Dan Perkembangannya)

KAEDAH KAJIAN

Berikut adalah kaedah kajian yang kami gunakan:

(a) Pemerhatian:- Pemerhatian dibuat terhadap bentuk muka bumi kawasan kajian , fungsi petempatann dan jenis kegiatan ekonomi- Memerhatikan ciri kawasan kajian dan tempat

sekitarnya. Merekodkan ciri penting seperti kedudukan rumah, masjid dan kedai. Mencatat jenis perniagaan yang dijalankan di kawasan kajian tersebut.

(b) Rujukan:

- Merujuk buku teks

- Merujuk maklumat di perpustakaan.

Page 9: Kajian Geografi Tempatan. Tingkatan 2. (Kajian Fungsi Ekonomi Dan Perkembangannya)

HASIL KAJIAN

Taman Pendamar Indah 1 adalah suatu kawasan perumahan besar dan didiami oleh penduduk berbilang bangsa. Di sini terdapat banyak rumah, kedai, pejabat, pusat pendidikan, dan kemudahan asas yang lain. Terdapat banyak deretan kedai kedai dan kemudahan yang menyebabkan kawasan ini padat. Keadaan bentuk muka buminya hampir rata memudahkan pembinaan kawasan perumahan yang luas.

Jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan ialah perniagaan dan perkhidmatan. Di Taman Pendamar Indah 1 terdapat banyak jenis perniagaan peta lakar 3 menunjukkan sederet kedai dan jenis perniagaan yang dijalankan. Daripada pemerhatian, kami mendapati bahawa pelbagai jenis perniagaan dan perkhidmatan dapat diperoleh hanya daripada sederet kedai saja. Di bahagian luar kawasan kajian saya terdapat kilang-kilang.

Page 10: Kajian Geografi Tempatan. Tingkatan 2. (Kajian Fungsi Ekonomi Dan Perkembangannya)

Petunjuk

- kedai

1) OldTown White Cofee 8) Pusat Aksesori Kereta NTX

2) Pusat Telekomunikasi Maxcom 9) IM Design Saloon

3) Kedai Alat Tulis First Top Stationery 10) Pusat Jualan Cosway

4) MyMydin 11) Siber Kafe WARNET

5) Pusat Jualan NT Shop 12) 99Speedmart

6) Pusat Jualan 2n2 13) Kedai Dobi C&G

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

11

12

13

14

Solok Pendamar Indah 1.

Page 11: Kajian Geografi Tempatan. Tingkatan 2. (Kajian Fungsi Ekonomi Dan Perkembangannya)

7) Pasarata Grano Buy 14) Kedai Motosikal Chong Motor

Peta lakar 3.

Foto 1 kedai – kedai yang terdapat di sepanjang solok Pendamar Indah 1.

Foto 1 menunjukkan sebahagian daripada kedai yang terdapat di sepanjang solok Pendamar Indah 1. Saya terlah membahagikan jenis perniagaan dan perkhidmatan yang dijalankan kepada tiga ketegori, iaitu kedai menjual makanan, kedai menjual pelbagai barangan, dan kedai yang menyediakan pelbagai perkhidmatan.

Page 12: Kajian Geografi Tempatan. Tingkatan 2. (Kajian Fungsi Ekonomi Dan Perkembangannya)

Foto 2. Salah satu restoran yang terdapat di Solok Pendamar Indah 1.

Terdapat perniagaan menjual makanan seperti Restoran OldTown White Cofee , Restoran Maju Dinamik dan Bakeri Master Bread (kedai kek).

Terdapat perniagaan menjual pelbagai barangan. Contohnya, kedai-kedai yang menjual perabot seperti Pusat Perabot Kawa dan Pusat Perabot Savio. Terdapat juga kedai yang menjual barangan lain seperti :

(a) Pakaian - JBR Bundle (e) Kedai serbaguna - NT Shop

(b) Alat tulis - First Top Stationary Trading (f) Pusat Jualan – Cosway

(c) Kedai alat ganti lori - KIT Auto Part Sdn. Bhd (g) Kedai alat ganti motosikal - MOS

(d) Perubatan – Poliklinik Cahaya

Selain itu terdapat kedai –kedai yang menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti berikut:

Foto 3. Kedai dobi.

Page 13: Kajian Geografi Tempatan. Tingkatan 2. (Kajian Fungsi Ekonomi Dan Perkembangannya)

(a) kedai kecantikan dan salun rambut – IM Design & Saloon dan Super Anne Beauty Saloon

(b) kedai gambar – Digital Foto Express

(c) kedai dobi – C&G

(d) kedai membaiki motosikal – YAMAHA Chong Motor

(e) perkhidmatan kewangan dan pembayaran – Easy

Saya telah mengumpulkan maklumat tentang jenis perniagaan dan perkhidmatan kedai – kedai di sepanjang Solok Pendamar Indah 1. Susunannya dalam bentuk jadual dan graf. Lihat Jadual dan Graf 1.

Jadual 1. Jenis perniagaan dan perkhidmatan yang dijalankan di kedai – kedai di sepanjang Solok Pendamar Indah 1.

Kedai-kedai JumlahPelbagai barangan

13

Perkhidmatan 10Makanan 6Jumlah 29

Jadual 1. Jenis perniagaan dan perkhidmatan yang dijalankan di kedai-kedai di sepanjang solok pendamar indah 1.

Page 14: Kajian Geografi Tempatan. Tingkatan 2. (Kajian Fungsi Ekonomi Dan Perkembangannya)

Di Taman Pendamar Indah 1 juga terdapat kawasan perniagaan buah-buahan, barangan runcit, pakaian dan lain lain. Lokasi

perniagaan ialah di Pasaraya GranoBuy , Mymydin dan 99speedmart.

Foto 4. Salah satu pasaraya yang terdapat di Solok Pendamar Indah 1.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di kawasan kajian. Pelbagai perniagaan dan perkhidmatan dapat dijalankan kerana terdapat permintaan daripada penduduk di Taman Pendamar Indah 1 dan kawasan sekitarnya. Peta lakar 1 menunjukkan terdapat banyak kawasan perumahan di sekitar Taman Pendamar Indah 1. Penduduk membeli makanan, pakaian, pelbagai barang dan menggunakan perkhidmatan di Taman Pendamar Indah 1.

Taman Pendamar Indah terus diduduki oleh penduduk yang berbilang kaum. Ramai yang berpindah ke Taman Pendamar Indah adalah kerana berhampiran dengan tempat kerja mereka. Oleh kerana di luar kawasan ini mempunyai banyak kilang dan berhampiran dengan Pelabuhan Klang dimana peluang pekerjaan yang banyak di situ. Taman Pendamar Indah kini semakin padat dan menjadi sebuah kawasan yang lengkap, bersih dan terancang.

Page 15: Kajian Geografi Tempatan. Tingkatan 2. (Kajian Fungsi Ekonomi Dan Perkembangannya)
Page 16: Kajian Geografi Tempatan. Tingkatan 2. (Kajian Fungsi Ekonomi Dan Perkembangannya)

RUMUSANPetempatan di Taman Pendamar Indah 1 yang berfungsi sebagai kawasan kediaman yang selesa, selamat, dan digemari ramai penduduk. Terdapat banyak jenis perniagaan dan perkhidmatan di sini. Kemudahan sosial yang terdapat di sini adalah baik dan lengkap. Kawasan ini telah menjadi suatu kawasan perumahan dan perniagaan yang maju dan moden.