bidaah menurut jakim

Download Bidaah menurut JAKIM

Post on 25-Jun-2015

210 views

Category:

Documents

8 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

BID AH : ANTARA DUA PENDEKATAN Mohd Aizam bin Mas od Cawangan Aqidah Bahagian Penyelidikan JAKIM Abstrak Polemik berkenaan persoalan adakah sesuatu amalan itu bid ah atau tidak sering kelihatan tenggelam timbul di Negara kita. Memang tidak dinafikan ia cuba dibangkitkan oleh pihak tertentu dan ditentang pula satu pihak yang lain. Akhirnya isu ini hampir dilihat tiada kesudahannya. Setiap pihak bertegas dengan hujjah masing-masing. Apakah sebenarnya punca masalah ini tidak pernah selesai? Kertas ini digarap dalam rangka cuba mencari titik penyelesaian antara kedua-dua pihak yang bertelagah. Perbincangan dibuat secara terbuka dengan membawa hujjah kedua-dua belah pihak, sama ada golongan yang bertegas dan berkeras mahupun golongan yang mengambil pendekatan sederhana. Definisi Bid ah Bid ah dari sudut bahasa iaitu apa yang dilakukan tanpa mempunyai misal sebelumnya, antaranya firman Allah SWT: Katakanlah aku bukanlah rasul yang pertama 1. Adapun dari segi istilah ia mempunyai pelbagai takrifan hasil daripada perbezaan pendapat di kalangan para ulama yang mentakrifkannya. Berkata Ibnu Daqiq al- Ied dalam Ihkam al-Ahkam: Kami telah menegah perkaraperkara baru yang dijadikan syiar dalam agama, contohnya apa yang direka oleh golongan Rawafidh iaitu perayaan ketiga yang dinamakan sebagai perayaan al-Ghadir 2. Berkata al-Munawi: (Bid ah itu ialah) perkara baru dalam agama selepas sempurnanya agama, dan apa yang direka-reka mengikut hawa nafsu selepas Nabi SAW. Dan dikatakan: Ia kata nama bagi sesiapa yang mereka-reka sesuatu: (iaitu) mencipta atau membuat perkara baru (ikhtara ahu aw ahdathahu), kemudian ia tersebar dengan meluas bagi mereka yang tidak memahami hukum syara bahawa ianya perkara yang baik. Dan (juga ditakrifkan bid ah itu) ia adalah perkara yang menyalahi dasar Ahli Sunnah Wal Jama ah dalam aqidah sebagaimana yang dimaksudkan dalam hadith (tentang bid ah) 3. Berkata Mustafa Imarah dalam nota kaki kepada kitab al-Targhib: Ia adalah setiap apa yang muncul tanpa mempunyai dalil nas atau ijma atau qiyas 4.1 2

Surah al-Ahqaf: 9 Ihkam al-Ahkam, jld. 1, hal. 159 3 Faydh al-Qadir, jld. 1, hal. 73-74 4 al-Targhib wa al-Tarhib, jld. 1, hal. 78

1

Berkata pengarang al-Mannar dalam nota kaki kitab Tahqiq Ma na al-Sunnah : Tidak disyaratkan untuk mensabitkan atau menetapkan (maksud) bid ah, meninggalkan sesuatu daripada Sunnah. Bahkan setiap perkara baru dalam agama dan syiar-syiarnya yang direka oleh manusia, sama ada percakapan mahupun perbuatan, yang tidak mempunyai sandaran daripada Nabi SAW, para Sahabahnya maka ia bid ah dan kesesatan 1. Sulayman al-Nadawi telah meletakkan kaedah untuk kita membezakan antara Sunnah dan bid ah seperti berikut: Setiap perkara yang kita dapati diamalkan pada zaman tersebut (zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa al-Rasyidin) maka kita maklumi bahawa ia daripada agama dan diiktiraf sebagai Sunnah. Manakala setiap perkara baru yang dicipta selepasnya, kita maklumi bahawa ia dibawa masuk ke dalam agama, maka ia digelar bid ah 2. Berkata Allal al-Fasi: Di sana terdapat perkara-perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi SAW kerana ia tidak wujud pada zamannya dan sebab-sebab untuk mendorong ia wujud juga tiada. Namun kewudunnya pada hari ini adalah antara tanda-tanda perkembangan dalam bidang ilmu dan ketamadunan. Oleh itu tidak mungkin untuk kita mengatakan ia terkeluar daripada Sunnah, tetapi ia hendaklah dinilai terlebih dahulu menerusi qawa id al-Syariah. Apa-apa yang selari dengannya maka ia diterima dan apa-apa yang menyalahinya maka ia ditolak. Demikian itu adalah bidang ijtihad yang selama-lamanya tidak tertutup, kerana ia hanya mempraktikkan al-qawa id al-Syar iyyah kepada perkaraperkara cabang agama yang baru yang sememangnya tidak pernah selesai3. Antara takrif bid ah yang termasyhur adalah apa yang ditakrifkan oleh al-Syatibi. Beliau mengatakan bahawa bid ah iaitu jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT 4. Kesimpulan daripada takrif-takrif bid ah di atas, dapat kita ringkaskan bahawa bid ah itu kembali kepada beberapa maksud seperti di bawah:a) Perkara-perkara baru yang dijadikan syiar dalam agama. b) Perkara-perkara baru yang dicetuskan mengikut hawa nafsu selepas kewafatan Nabi SAW. c) Perkara yang tidak diakui oleh syara tentang kebaikannya. d) Apa yang menyanggahi dasar Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam aqidah. e) Sesuatu yang tidak wujud pada zaman Nabi SAW. f) Apa-apa yang menyalahi perintah Allah dan RasulNya. g) Sesuatu yang tiada dalilnya daripada nas atau ijma atau qiyas. h) Setiap apa yang baru dalam agama sama ada perkataan mahupun perbuatan yang tidak ada sandaran daripada Rasulullah SAW dan para Sahabat.1 2

Tahqiq Ma na al-Sunnah, hal. 22 Ibid, hal. 24 3 Maqasid al-Syari ah al-Islamiyyah, hal. 182 4 al-I tisam, hal. 27

2

i) Setiap perkara baru yang direka selepas zaman Rasulullah dan Khulafa alRasyidin. j) Apa yang direka yang tidak berasaskan sebarang bukti atau dalil. k) Jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT. Boleh dirumuskan bahawa takrifan-takrifan di atas merujuk kepada dua perkara utama iaitu:Pertama: Menyandarkan maksud bid ah kepada makna dari sudut bahasa dan istilah syar i iaitu; setiap apa yang direka selepas zaman Nabi SAW sama ada dari segi aqidah, ibadah mahupun adat. Kedua: Meletakkan ikatan-ikatan bagi apa yang dinamakan bid ah, ia kesemuanya kembali kepada ikatan-ikatan yang disebut oleh al-Syatibi. Takrif Lanjut Bid ah Buat Golongan Yang Bertegas (Mutasyaddidin) Untuk menjelaskan lagi maksud bid ah menurut golongan yang bertegas, dibentangkan di sini dua takrif tambahan yang diletakkan oleh ulama beraliran tersebut dalam memahami konsep bid ah. Pertama: Pandangan al-Syatibi yang mengatakan bahawa wujudnya maksud yang mengisyaratkan (kepada bid ah), tetapi (bid ah itu) tidak disyariatkan. Ini menunjukkan kepada maksud pembuat syariat (al-syari ) yang tidak membenarkan penambahan dilakukan terhadap perkara yang sudah sedia ada sebelumnya, sekiranya ditambah sesuatu tambahan maka jelas ia menyalahi tujuan pembuat syariat (al-syari )1. Kedua: Pandangan Ibnu Taimiyyah yang menganggap bid ah adalah setiap apa yang direka dalam ibadah yang disyariatkan dengan tambahan-tambahan yang tidak disyariatkan. Melakukan tambahan-tambahan ini dan melazimi dalam mengamalkannya adalah bid ah dan kesesatan berdasarkan dua alasan: Pertama, dari sudut dia beri tiqad bahawa perkara demikian adalah disyariatkan dan disunatkan. Kedua, dari sudut dia melazimi sesuatu yang tidak dilazimi oleh Nabi SAW2. Daripada dua pandangan di atas, jelas menunjukkan bahawa golongan yang bertegas tidak menerima sebarang tambahan baru di dalam urusan agama adalah berdasarkan tiga alasan berikut:a) Sebarang tambahan tersebut sekiranya ia perlu sudah tentu syara pada awal lagi akan mensyariatkan perkara tersebut. Namun apa yang pasti pembuat syara tidak berbuat demikian menunjukkan ia sesuatu yang tercela kerana menyalahi kehendak pembuat syara .

1 2

al-Muwafaqat, jld. 2, hal. 306 Majmu at al-Rasa il al-Kubra, hal. 247

3

b) Setiap tambahan yang dilazimi sentiasa akan membawa kepada anggapan bahawa ianya sunnah dan disyariatkan. c) Melazimi sesuatu yang tidak dilazimi oleh Nabi SAW juga jelas menunjukkan ia merupakan satu perkara yang bid ah. Sebahagian Perkara Bid ah Menurut Persepsi Yang Bertegas Di sini dibentangkan beberapa contoh perkara yang dianggap bid ah oleh golongan yang bertegas, antaranya adalah seperti berikut:a) Al-Syatibi menganggap bahawa perbahasan dalam ilmu falsafah serta mendalaminya secara serius tanpa mempunyai sebarang manfaat dari sudut amalan merupakan sesuatu yang bid ah1. b) Ibnu Umar r.a. menganggap solat Dhuha sebagai bid ah, kerana baginya tidak sabit sebarang dalil tentang solat Dhuha. Beliau juga berpandangan bahawa solat tersebut tidak boleh dimasukkan di bawah keumuman solat. Demikian juga beliau berpendapat doa qunut tidak disunatkan2. c) Abdullah ibn al-Mughaffal telah berkata kepada anaknya ketika mendengar anaknya membaca basmalah secara kuat (jahr): Awas daripada mereka-reka 3. d) Daripada Sa id ibn al-Musayyib r.a., bahawa beliau telah melihat seorang lelaki yang solat sunat dengan banyak selepas azan Subuh. Lalu beliau melontarnya dengan batu kelikir sambil berkata: Sesungguhnya tiada solat selepas azan Subuh melainkan dua rakaat, maka berhentilah! Berkata lelaki tersebut: Wahai Abu Muhammad, adakah kamu bimbang aku diazab oleh Allah disebabkan banyaknya solat? Lalu Sa id menjawab: Tidak, bahkan aku bimbang kamu diazab oleh Allah kerana meninggalkan Sunnah 4. e) Sesungguhnya Sunnah telah mengakui tentang kemakruhan mengkhususkan bulan Rejab untuk berpuasa, begitu juga mengkhususkan hari Jumaat untuk berpuasa serta melakukan qiyam pada malamnya. Ini bertujuan untuk menyekat jalan-jalan yang menjurus kepada syariat yang tidak diizinkan Allah; iaitu dengan mengkhususkan masa tertentu atau tempat tertentu yang tidak dikhususkan oleh Allah dan RasulNya5. f) Imam Malik mengatakan tentang kemakruhan sujud syukur. Berkata Ibnu Rusyd: Kerana beliau berpandangan ia tidak bersumber daripada hukum syara , tidak fardhu dan tidak sunat 6.1 2

al-Muwafaqat, jld. 1, hal. 22 al-Ihkam, jld. 1, hal. 159 3 Ibid., jld. 1, hal 160 4 al-Faqih wa al-Mutafaqqih, jld. 1, hal. 147 5 I lam al-Muwaqqi in, jld. 3, hal. 145 6 al-Muwafaqat, jld. 2, hal. 306

4

g) Antara perkara-perkara bid ah iaitu berdoa dalam bentuk beramai-ramai selepas selesai solat dengan satu suara1. h) Antara perkara bid ah iaitu apa yang dikatakan oleh sesetengah ahli tasawuf dan golongan batiniyah bahawa hukum-hakam syara merupakan sesuatu yang dikhususkan untuk golongan awam2. i) Al-Syatibi berkata lagi: Dan antara perkara bid ah itu bahawa Ibn Mas ud telah memarahi golongan yang bertasbih di dalam masjid dengan m