buletin jakim oktober 2010

16
www.islam.gov.my PERCUMA • TAHUN 20 • BILANGAN 136 • OKTOBER 2010 • SY AWAL - ZULKAEDAH 1431 H

Upload: yusof-s

Post on 13-Mar-2016

291 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Buletin Jakim Oktober 2010

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin Jakim Oktober 2010

www.islam.gov.my

PERCUMA

• TAHUN 20 • BILANGAN 136 • OKTOBER 2010 • SYAWAL - ZULKAEDAH 1431 H

Page 2: Buletin Jakim Oktober 2010

2 | Oktober 2010

Meja Pengarang

DYMM Sultan Selangor Perkenan Naik Taraf KIM 3

e-Muamalat Memacu Transformasi Kewangan Islam 4

Sambutan Aidilfitri Jakim Dirai Penuh Kesederanaan 5

Executive Dialogue : 12 Ketua Agensi Agama dan NGO Islam Sabah Tandatangani Baiah Persefahaman Kerjasama Strategik Dakwah 6

Majlis Berbuka Puasa dan Perbincangan Perancangan Program Bersama Jakim dan UNICEF 6

KP Jakim Hadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Orang Asli Sungai Melut, Sepang 7

Mahabbah @ Ramadan Masjid Negara 7

Berita Bergambar 8 – 9

Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Ramadan ILIM Meriah 10

ILIM Lancar Sudut Koleksi Jakim 10

Husnul Niyyah Dorong Dedikasi dan Berintegriti - KP Jakim 11

KandunganKPJakim Sampaikan Sijil Halal Malaysia kepada Carefour Putrajaya 11

18 Pegawai Jakim Terima HLD 12

Ekspedisi Kasih IV 12

Program 3R Anjuran Bersama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin 13

Kunjungan Selebriti Sokongan Riben Merah ke Jakim 13

97 Buah Sekolah Ambil Bahagian dalam Majlis Ijtima’ Munajat Kecemerlangan Pelajar 14

Malaysia Rangkul Naib Johan dalam Al-Fateh International Prize for Memorization and Intonation of the Holy Quran, Libya 14

Selamat Bersara 15

Penempatan dan Pertukuran Pegawai Jakim Bulan September 2010 15

SIDANG REDAKSI

PENAUNGDato’ Haji Wan MohamadDato’ Sheikh Abdul Aziz

Ketua PengarahJabatan Kemajuan Islam Malaysia

PENASIHATMohd Noor Abd. Hamid

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim

KETUA PENGARANGMohamad Saari

Pengarah Bahagian Penerbitan

PENGARANGMohd Yusof Sham

PENOLONG PENGARANGMohd Firdaus Mohd Suhani

JURUFOTOJamal Ibrahim

PENGEDARUnit Edaran

Bahagian PenerbitanJabatan Kemajuan Islam MalaysiaAras 1 & 4, Blok D9, Kompleks D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62519 Putrajaya

ATUR HURUF / REKA BENTUKVisual Print Sdn. Bhd.

PERCETAKANVisual Print Sdn. Bhd.

Jimat Cermat Elak Defisit

Tahun 2010 merupakan tahun yang mencabar bagi Jakim terutama dalam urusan kewangan kerana peruntukan perbelanjaan mengurus Jakim yang diterima kurang 22.21% daripada peruntukan bagi tahun 2009. Ini bermakna banyak perbelanjaan dikurangkan dan langkah

jimat cermat perlu diamalkan bagi memastikan setiap sen dapat dibelanjakan secara optimum tanpa mengurangkan prestasi dan menjejaskan program.

Pada awal tahun ini, Bahagian Kewangan Jakim ada mengeluarkan Garis Panduan Langkah-langkah Penjimatan Perbelanjaan Jakim yang perlu diambil cakna serta tindakan oleh semua pegawai dan kakitangan di bahagian-bahagian Jakim. Garis panduan ini tidak sepatutnya diguna pakai hanya pada tahun ini sahaja, malah perlu diamalkan sepanjang masa. Sekiranya kita terus mengamalkan langkah-langkah penjimatan dalam garis panduan tersebut, ia akan menyesuaikan rentak perbelanjaan tahun 2011 dengan lebih efisien.

Menurut Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak, Bajet 2011 menetapkan rentak transformasi ekonomi ke arah ekonomi maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020. Ia akan dicapai melalui empat tonggak agenda transformasi negara, iaitu Konsep 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan, Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10). Menurut beliau lagi, kerajaan mengenal pasti 12 bidang utama meningkatkan pertumbuhan sebagai Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) bagi membolehkan negara membuat lonjakan pertumbuhan, pendapatan dan kualiti hidup. Ia akan dicapai melalui suasana iklim pengurusan fiskal yang berhemah dan kestabilan makroekonomi.

Ini amat bertepatan dengan tuntutan Islam yang mementingkan perbelanjaan berhemah dan berjimat cermat serta mengelakkan sebarang pembaziran. “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (Surah al-Isra’, ayat 27)

Sebagai pegawai kerajaan yang berhemah, kita perlu bijak mendapatkan pulangan yang memuaskan untuk setiap nilai wang yang dibelanjakannya pada harga yang berpatutan. Kita perlu sedar bahawa aset atau wang digunakan merupakan amanah yang dipertanggungjawabkan dan perlu digunakan bagi kebaikan ummah. Jika kita mengambil kira langkah-langkah penjimatan tersebut sudah tentu masalah defisit dan penyelewengan dapat dikurangkan seterusnya mempertingkatkan lagi daya saing dan produktiviti sesebuah organisasi.

Page 3: Buletin Jakim Oktober 2010

3Oktober 2010 |

Majlis Menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah diadakan pada 2

September 2010 bertempat di Istana Bukit Kayangan, Seksyen 12, Shah Alam. Majlis tersebut diadakan ekoran daripada cadangan mengaktifkan semula Kolej Islam Malaya (KIM) dan menaik taraf kepada Universiti Islam Diraja Malaysia.

Pada majlis tersebut, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah memberi perkenan senarai cadangan calon Ahli Majlis KIM distruktur semula dan menetapkan nama baru KIM

iaitu Universiti Islam Diraja Malaysia. Baginda juga bertitah supaya universiti tersebut ditempatkan di negeri Selangor. Baginda turut mengarahkan Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Islam (Lepai) menyusun kunjungan sembah maklum kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Perlis, Kedah dan Negeri Sembilan mengenai usaha mengaktifkan semula KIM dan menaikkan tarafnya kepada Universiti Islam Diraja Malaysia.

Majlis menghadap tersebut diketuai oleh Naib Pengerusi Lepai, Prof. Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Hj. Abdul Majid. Majlis turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jakim, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Ahli Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Negeri Pahang dan Ahli Majlis Fatwa Selangor, SS Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Selangor, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, pegawai-pegawai Jakim, MAIS dan JAIS serta alumni KIM.

DYMM SULTAN SELANGOR PERKENAN NAIK TARAF KIM

Page 4: Buletin Jakim Oktober 2010

| Oktober 2010 4

Kepesatan pembangunan industri kewangan Islam yang meliputi sektor perbankan, takaful, pasaran modal, al-rahn, pengurusan harta amanah dan sebagainya menyemarakkan lagi anjakan pemikiran umat Islam untuk mula beralih kepada instrumen

atau produk kewangan Islam yang kini mula mendapat tempat di hati mereka. Perkembangan ini telah menimbulkan banyak persoalan dan kemusykilan di kalangan masyarakat negara ini berkaitan status hukum bagi transaksi-transaksi dan instrumen-instrumen kewangan yang di pasaran.

Bagi menyahut cabaran dan keperluan semasa, Jakim melalui sekretariat di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan portal e-Muamalat.

Hasilnya, pada 28 September 2010, portal e-Muamalat telah dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom

(B) di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur. Portal ini dilancarkan bersempena majlis perasmian Bengkel Eksekutif Kewangan Islam Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia. Bengkel eksekutif anjuran Jakim dengan kerjasama Akademi Penyelidikan Kewangan Islam Antarabangsa (ISRA) ini diadakan pada 27 hingga 28 September 2010. Ia ini melibatkan peserta di kalangan para mufti dan ahli Jawatankuasa Fatwa seluruh negara.

Antara tetamu kehormat yang hadir majlis pelancaran portal e-muamalat ini ialah Pengerusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin, Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Pengarah Eksekutif ISRA, Prof. Dr. Mohamad Akram Laldin, dan Mufti Pulau Pinang, SS Datuk Haji Hassan Haji Ahmad serta beberapa orang lagi mufti dan ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri seluruh Malaysia.

e-Muamalat merupakan portal yang dibangunkan khusus untuk memuatkan perbahasan-perbahasan fiqh muamalat di samping menjadi tempat rujukan berautoriti bagi umat Islam negara ini bagi menjawab isu dan permasalahan semasa yang berlegar dalam masyarakat khususnya yang melibatkan penentuan hukum hakam dalam bidang kewangan, kontrak, perniagaan dan sebagainya.

Portal e-muamalat ini akan berperanan sebagai pangkalan data yang memuatkan maklumat-maklumat dalam bentuk artikel, glosari, direktori, dan sebagainya, di samping mengetengahkan isu-isu semasa dalam industri kewangan Islam di negara ini. Portal ini juga turut menyediakan pautan ke laman web agensi-agensi yang terlibat secara langsung dengan industri kewangan Islam.

Memacu Transformasi Kewangan Islam merupakan tema portal e-Muamalat. Pemilihan tema ini selaras dengan objektif pembinaan portal e-muamalat, iaitu bagi mewujudkan pusat pengumpulan maklumat dan data mengenai hasil kajian muamalat yang mencakupi kewangan Islam, takaful, pasaran modal dan sebagainya. Logo portal ini bertemakan bentuk daun yang melambangkan pohon yang mempunyai cabang jaringan operasi dan organisasi yang berkembang. Portal ini boleh dicapai melalui alamat laman web www.islam.gov.my/muamalat/.

e-MUAMALAT MEMACU TRANSFORMASI KEWANGAN ISLAM

Page 5: Buletin Jakim Oktober 2010

5Oktober 2010 | 5

Majlis Sambutan Aidilfitri 1431H/2010M Jakim diadakan pada 30 September 2010 yang di ruang kanan dan kiri sahan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Sambutan penuh kesederhanaan ini dimeriahkan dengan

kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom (B). Hadir sama ialah Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Haji Ismail Muhammad, Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Tuan Haji Md. Ali Sarbini, pengarah-pengarah bahagian serta kakitangan Jakim.

Satu Syarahan Perdana telah disajikan sebelum majlis sambutan Aidilfitri bermula. Syarahan Perdana bertajuk “Transformasi Pengurusan Hal Ehwal Islam” telah disampaikan oleh Timbalan Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Dr. Haji Abu Bakar Sarpon.

21 buah gerai juadah telah dibuka melibatkan 13 buah gerai bahagian-bahagian di Jakim dan lapan buah gerai NGO. Majlis juga dimeriahkan dengan persembahan nasyid kumpulan Rabbani. Jakim turut meraikan jasa individu yang telah banyak berbakti dengan memberikan cenderahati penghargaan kepada pesara, iaitu Mantan Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-undang, Tuan Haji Abdul Latif Ibrahim, dan Puan Salmi Haji Musa dari Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.

Sambutan Aidilfitri Jakim DIRAI PENUH KESEDERHANAAN

Page 6: Buletin Jakim Oktober 2010

6 | Oktober 2010

Sebanyak 12 agensi telah menandatangani baiah tersebut iaitu, Jakim Cawangan Sabah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), USIA, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Pejabat Mufti Negeri Sabah, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah, Lembaga Tabung Haji, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM), Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat), Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) dan Majlis Gabungan NGO Islam Sabah (CONCERN).

Baiah yang ditandatangani bersama tersebut adalah bagi menyatakan janji setia kesediaan agensi-agensi agama dan NGO Islam Sabah untuk terus bekerjasama membina rangkaian dakwah secara berterusan dan bersepadu dalam menghadapi dan menangani sebarang isu agama melalui pelbagai medium dakwah secara positif bagi memastikan agama dan syiar Islam disebarkan dan diamalkan dengan harmoni selaras dengan undang-undang negeri dan perlembagaan negara.

6 | Oktober 2010

Pada 31 Ogos 2010, Jakim Cawangan Sabah telah mengadakan Executive Dialogue Dakwah Strategik di Negeri Sabah dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua-

Ketua Agensi Agama dan NGO Islam Sabah bertempat di Hotel Grand Borneo, Kota Kinabalu.

Seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada Ketua Agensi Agama Negeri Sabah, pemimpin NGO Islam Sabah, ketua jabatan persekutuan dan negeri, serta aktivis dakwah telah menghadiri majlis tersebut. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Di-Pertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), YABhg. Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Sakaran Dandai.

Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz telah menyampaikan ucapan dasar dan seterusnya mempengerusikan sesi dialog yang membincangkan isu-isu dakwah di negeri Sabah. Sesi dialog ini memberi penerangan yang sangat jelas mengenai dakwah di Sabah dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Kemuncak program ialah upacara Menandatangani Baiah Pernyataan Persefahaman Kerjasama Strategik Dakwah di Sabah yang disaksikan oleh YABhg. Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Sakaran Dandai bersama Dato’ Haji Wan Mohamad.

Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz telah bertemu dengan perwakilan United Nation Children Fund (Unicef ) ke Malaysia, Mr.

Hans Olsen pada 25 Ogos 2010 di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Dalam pertemuan tersebut, Jakim juga telah menjemput pihak Majlis AIDS Malaysia yang diwakili oleh Datuk Zaman Khan dan Prof. Dr. Adeeba Kamaruzzaman serta wakil Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Shaari Ngadiman.

Turut serta dalam majlis itu ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim, En. Mohd Noor Abd. Hamid, Pengarah Dakwah, Tn. Hj. Halid Sintol, Pengarah Penyelidikan, Tn. Hj. Razali Shahabudin dan Pengarah Kewangan, Tn. Hj. Awang Khalid Mat Ali.

Pertemuan tersebut adalah untuk menjalinkan hubungan antara Unicef dan Jakim dan mengorak langkah untuk bersama-sama berganding bahu dalam menangani permasalahan HIV/AIDS di Malaysia. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendapat pandangan pegawai Jakim yang telah menghadiri Persidangan AIDS Antarabangsa. Dalam majlis itu juga, Jakim telah memberikan sumbangan kepada pesakit HIV/AIDS dari Rumah Perlindungan Darul Ukhwah, yang diselia oleh Ustaz Muhammad bin Abdullah.

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PERBINCANGAN

BERSAMA JAKIM DENGAN UNICEF

Executive Dialogue: 12 Ketua Agensi Agama dan NGO

Islam Sabah Tandatangani Baiah Persefahaman

Kerjasama Strategik Dakwah

Page 7: Buletin Jakim Oktober 2010

7Oktober 2010 |

Selangor, Mat Ajin Waya, Ustaz Rezuan Dollah dari Bahagian Dakwah Jakim dan JKKK Kampung Sg. Melut serta wakil agensi yang berkaitan.

Antara agensi yang turut terlibat adalah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), JHEOA, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Unit Pembangunan Insan Pejabat Agama Islam Daerah Sepang (BPI PAID), JKKK Kampung Sg. Melut, Sekolah Rendah Kebangsaan (A) Sg. Melut dan Tadika KEMAS Kg. Orang Asli Sg. Melut.

Pada majlis tersebut, Dato’ Haji Wan Mohamad menyampaikan bantuan Aidilfitri kepada para penduduk kampung yang telah disumbangkan oleh Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan JHEOA.

Pada akhir ucapannya, beliau berharap agar Jakim dan agensi kerajaan yang berkaitan dapat menyusun program yang bersesuaian dalam masa terdekat sebagai tindakan susulan. Majlis berkenaan diakhiri dengan solat Tarawih berjemaah yang diadakan selepas rakaman takbir raya bersama-sama masyarakat Orang Asli untuk siaran TV1.

7

“Tahniah kerana memilih hari yang bersejarah, dalam bulan yang penuh keberkatan ini

untuk kembali kepada agama fitrah serta menyatakan kesaksian dan syahadah kepada Allah SWT dan Rasulnya.”

Demikian antara inti pati ucapan Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz dalam Majlis Ihya’ Ramadan Bersama Masyarakat Orang Asli Daerah Sepang, Selangor yang diadakan di Kampung Orang Asli Sungai Melut pada 2 September 2010 yang lalu. Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan pengislaman seramai lapan Orang Asli daripada dua buah keluarga dalam majlis berkenaan.

Majlis yang dihadiri oleh masyarakat Orang Asli sekitar Sepang itu diadakan sempena Ramadan al-Mubarak 1431H. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim, Tn. Hj. Abdul Halid Sintol; Ustaz Hj. Abdul Halim Mat Isa; Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Wilayah dan Selangor, Encik Misuari bin Abdullah, Tok Batin Kampung Orang Asli Sg. Melut, Ketua Penyelaras Penggerak Masyarakat Orang Asli Negeri

KP JAKIM HADIRI MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ORANG ASLI SG. MELUT, SEPANG

Masjid Negara telah menganjurkan Program Lawatan Mahabbah Ramadan

dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri serta Penyerahan Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan ke-53 kepada pesakit di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, pada 30 Ogos 2010.

Bersesuaian dengan Ramadan al-Mubarak, ia merupakan salah satu

MAHABBAH @ RAMADAN MASJID

NEGARA

program kebajikan luar Masjid Negara dan merupakan program tahunan yang dijalankan di hospital sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Program ini dihadiri oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Haji Ismail Muhammad, Pengarah PPUM merangkap Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof. Dato’ Dr. Ikram Shah Ismail dan Ketua Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam PPUM, Encik Yahaya A. Hamid serta 30 orang kakitangan Masjid Negara seramai. Turut serta dalam program tersebut ialah imam yang didatangkan khas dari Mesir yang mengimamkan solat sunat Tarawih di Masjid Negara, iaitu Sheikh Abd Elrahman Eldesouky Taha Radwan.

Sumbangan berupa hamper, risalah mengenai Islam serta buku Panduan Solat Ketika Sakit terbitan Jakim dan diedarkan kepada pesakit di empat wad terpilih. Objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim

dan ukhuwah sesama kakitangan Masjid Negara dengan PPUM, di samping dapat memupuk sifat-sifat mahmudah seperti budaya bersedekah, ziarah-menziarahi serta kasih sayang di kalangan masyarakat.

KP JAKIM HADIRI MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ORANG ASLI SG. MELUT, SEPANG

Page 8: Buletin Jakim Oktober 2010

Ber ita Bergambar

2.

1.

4.

3.

5.

6.

1. Salah satu program yang dianjurkan oleh Jakim Cawangan Sabah dalam siri Program Ihya’ Ramadan.

2. Program Ihya’ Ramadan Bersama Keluarga Saudara Kita di Rumah Panjang Jonathan Tinggi, Batu Niah, Miri pada 29 Ogos 2010.

3. Jakim Cawangan Sabah telah mengadakan Majlis Aidilfitri 2010 pada 27 September 2010.

4. Majlis Ihya’ Ramadan anjuran Harakah Islamiah (HIKMAH) di Kampung Serayan, Sematan, Kuching pada 2 September 2010.

5. Bersempena Majlis Khatam al-Quran pada 27 Ogos 2010, Jakim Cawangan Sabah meraikan anak-anak yatim dari sekolah-sekolah terpilih.

6. Puspanita Jakim telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran 1431H di Surau Al-Ikhlas Blok D8, Putrajaya pada 2 September 2010.

| Oktober 2010 8

Page 9: Buletin Jakim Oktober 2010

Ber ita Bergambar

11.

12.

10.

8.

7.

9.

7. Program Kasih Ramadan anjuran Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial & Komuniti diadakan pada 26 Ogos 2010.

8. Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin 1431H pada September 2010.

9. Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jamaie di Pusat Latihan Sarawak Telaga Air, Kuching pada 27 Ogos 2010.

10. Sambutan Aidilfitri di Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Canberra, Australia pada 10 September 2010.

11. Program Ihya’ Ramadan Bersama Saudara Muslim di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor pada 23 Ogos 2010

12. Dakwah Bil Hal di Hospital Putrajaya pada 23 September 2010.

9Oktober 2010 |

Page 10: Buletin Jakim Oktober 2010

10

Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad

Dato’ Sheikh Abdul Aziz dan isteri, Timbalan Ketua Pengarah

Pembangunan Insan dan pengarah-pengarah Bahagian Jakim telah hadir ke Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Ramadan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) pada 3 September 2010. Turut hadir memeriahkan ialah Penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim UKM, Prof. Dato’ Dr. Ismail Ibrahim bersama isteri.

Program dimulakan dengan acara khatam al-Quran dan berbuka puasa secara berjemaah di surau ILIM sebelum menunaikan solat fardu Maghrib. Seterusnya hadirin menikmati jamuan di dewan makan bersama ahli keluarga masing-masing. Majlis telah disempurnakan

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN IFTAR ILIM MERIAH dengan ucapan aluan daripada Pengarah ILIM, Tn. Hj. Paimuzi Yahya dan ucapan Ketua Pengarah Jakim yang melahirkan rasa gembira dengan penyertaan semua kakitangan ILIM bersama ahli keluarga.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada wakil kumpulan tadarus dan sumbangan kepada anak-anak yatim di sekitar Bangi. Ketua Pengarah Jakim turut menyampaikan duit raya kepada kakitangan kumpulan sokongan ILIM serta anak-anak kakitangan ILIM yang berumur 12 tahun ke bawah, sumbangan Kelab Kebajikan ILIM.

Sudut Koleksi Jakim diwujudkan atas saranan Ketua Pengarah Jakim dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Jakim Bil. 3/2010 yang mengarahkan semua perpustakaan di bawah Jakim mewujudkan

sudut khas untuk bahan terbitan Jakim.

Sehubungan itu, Perpustakaan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) menyahut saranan dengan menyediakan Sudut Koleksi Jakim yang menyediakan bahan-bahan bacaan yang diterbitkan oleh Jakim. Bahan-bahan penerbitan ini terdiri daripada bahan monograf iaitu buku, latihan ilmiah, modul dan risalah. Di samping itu, turut

dipamerkan bahan terbitan bersiri seperti laporan tahunan, jurnal, majalah dan buletin. Bahan sumber media seperti kaset dan cakera padat juga boleh didapati di sudut ini.

Sejak penubuhan Perpustakaan ILIM sehingga Ogos 2010, jumlah bahan dalam Koleksi Jakim adalah sebanyak 570 judul (1149 naskhah) iaitu sebahagian daripada 16,553 jumlah kumulatif Koleksi Perpustakaan ILIM. Pengelasan Koleksi Jakim menggunakan Sistem Pengelasan Islam Ziauddin Sardar. Maklumat data bibliografi Koleksi Jakim boleh dicapai melaui WebOPAC di laman web ILIM.

ILIM LANCAR SUDUT

KOLEKSI JAKIM

| Oktober 2010 10

Page 11: Buletin Jakim Oktober 2010

11Oktober 2010 |

Amalan husnul niyyah atau niat suci akan membantu kita menjalankan amanah yang

dipertanggung jawabkan dengan lebih berkesan dan teratur. Hanya dengan niat yang suci akan mendorong diri kita menjalankan kewajipan dengan penuh dedikasi dan berintegriti.

Begitulah antara amanat yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz sewaktu berucap dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jakim pada hari Khamis 2 September 2010, di Auditorium D8, Kompleks D, Putrajaya.

Dato’ Haji Wan Mohamad juga mengucapkan sekalung penghargaan

Majlis Penyerahan Sijil Halal Malaysia kepada Carrefour Putrajaya berlangsung pada 21 September 2010 di ruang legar tingkat atas

Carefour Alamanda di Putrajaya. Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz telah mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom (B) yang tidak dapat menghadiri majlis tersebut.

Penyerahan Sijil Halal Malaysia itu telah disampaikan kepada Pengerusi Carrefour Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Shamsuddin. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengerusi Halal Industry Development Corporation Sdn. Bhd. (HDC), Tan Sri Syed Jalaludin Syed Salim selaku dan Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Dato’ Seri Jamil Bidin.

Jakim mengucapkan tahniah atas usaha yang dijalankan oleh Carrefour Putrajaya untuk mendapatkan Sijil Halal Malaysia yang diuruskan oleh pihak Jakim. Carrefour Putrajaya telah mengemukakan permohonan pada 9 Julai lalu bagi kategori premis, iaitu bagi bakery, butchery dan salad bar (seksyen sayuran) dan sijil halal ini berkuat kuasa mulai 1 September 2010 hingga 31 Ogos 2012. Permohonan ini mengikut MS 1500:2009 Makanan Halal-Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan-Garis Panduan Umum (Semakan Kedua).

Jakim berharap dengan pensijilan halal kepada tiga seksyen ini

buat warga Jakim serta tenaga kerja yang telah menjayakan beberapa siri program anjuran Jakim. Antaranya Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-52, Seminar Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-2, Mahrajan Huffaz Belia MABIMS 2010, Konvokesyen Darul Quran kali ke-19 dan Karnival Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan 2010 yang julung kali diadakan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Di samping itu, beliau juga meng galakk-an warga Jakim agar memperbanyakkan amalan pada bulan Ramadan, lebih-lebih lagi pada fasa terakhir dengan merebut peluang beramal pada malam al-Qadar. Walaupun dibelenggu dengan

keletihan dan kepenatan, semangat dan keazaman perlu diteruskan bagi menjamin kelestarian agama Islam terus berkembang.

Pada akhir ucapannya, Dato’ Haji Wan Mohamad menyaran dan mengajak warga Jakim dengan kemampuan yang ada agar menyertai Saham Waqaf anjuran CMIA dan ibadah korban di Kemboja anjuran PKPU dengan membantu golongan yang kurang berkemampuan di Kemboja. Beliau turut menyampaikan salam Aidilfitri dan mengingatkan kepada seluruh warga Jakim walau ke mana sahaja mereka pulang berhari raya agar berhati-hati apabila memandu dan kembali bertugas dengan selamat.

akan menggalakkan lebih banyak hypermarket berusaha untuk mendapat Sijil Halal Malaysia

kerana sudah tiba masanya hypermarket di negara kita memberi perkhidmatan terbaik dari segi halal, kualiti dan keselamatan produk kepada pengguna.

Jakim juga berharap Carrefour Putrajaya dapat menjadi contoh kepada hypermarket lain dan memberi perkhidmatan halal kepada masyarakat di Putrajaya yang rata-rata komunitinya adalah Melayu Islam. Bertitik tolak dari itu juga Jakim menasihatkan supaya Carrefour Putrajaya dapat memperluaskan skop halal pada seksyen yang lain.

Sehingga kini Jakim telah mengiktiraf sebanyak 49 badan Islam dari 23 negara yang bertindak sebagai wakil Jakim untuk memberi pengesahan halal kepada produk siap, separuh siap dan bahan mentah dari luar negara.

KP Jakim Sampaikan Sijil Halal Malaysia kepada Carrefour Putrajaya

HUSNUL NIYYAH DORONG DEDIKASI DAN BERINTEGRITI - KP JAKIM

Page 12: Buletin Jakim Oktober 2010

| Oktober 2010 12

Seramai 18 orang Pegawai Jakim telah dipilih oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) untuk menerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi sesi pengajian tahun 2011. Seramai 7 orang pegawai akan mengikuti

pengajian peringkat Ph.D dan 11 orang peringkat Sarjana di universiti dalam dan luar negara. Berikut senarai pegawai yang berjaya:

Bil. Nama Bidang Peringkat Pengajian

1. Ahmad Zaky Md Ali @ Tahir Muamalat Ph.D

2. Mastuyah Sahari Akidah Ph.D

3. Mursilalaili Mustapa Sa’di Undang-Undang Ph.D

4. Wan Nadzirah Wan Mohamad Akidah Ph.D

5. Zaidah Mohd Nor Halal Ph.D

6. Roziah Chk Akidah Ph.D

7. Syahnaz Sulaiman Muamalat Ph.D

8. Mohammad Azli Ab. Rahman Pengurusan Zakat Sarjana

9. Abdul Jalal Abdul Manaf Al-Quran Wal Qiraat Sarjana

10. Wan Najmiah Wan Mohamad Ali Muamalat Sarjana

11. Zahrina Haron Akidah Sarjana

12. Rosliza Abdul Latif Muamalat Sarjana

13. Majidah Mokhtar Halal Sarjana

14. Mohd Hidayat Abd. Rani Muamalat Sarjana

15. Mohd Haiyazid Mohammad Muamalat Sarjana

16. Tajul Arus Abdul Halim Fatwa Sarjana

17. Syarifah Khairiah Syed Abu Bakar Akidah Sarjana

18. Nor Asmahan Abdul Kadir Fatwa Sarjana

Pada 2 September 2010 bertempat di Auditorium Blok C1, Kompleks C, JPA telah mengadakan majlis taklimat dan penyerahan surat tawaran kepada semua pegawai yang berjaya menerima HLP seramai 379 orang dari 198 agensi perkhidmatan awam. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) JPA

Datuk Ab. Khalil Ab. Hamid.

Dalam ucapan amanat, beliau mengingatkan kepada semua penerima HLP supaya memberi tumpuan kepada pengajian dan jangan ambil kesempatan cuti belajar yang diberikan untuk holiday. Selain itu, semua pegawai diminta supaya memahami dan patuh kepada perjanjian, sekiranya berlaku perlanggaran perjanjian, JPA akan mengenakan penalti dan tindakan tatatertib.

Beliau juga meletakkan harapan supaya semua pegawai memiliki daya pemikiran yang kreatif dan kritis sekembalinya ke agensi masing-masing selepas tamat pengajian dan mempunyai daya usaha untuk meningkatkan kecemerlangan agensi khususnya dan perkhidmatan awam umumnya.

Syabas dan tahniah kepada semua pegawai Jakim yang berjaya dan menerima HLP semoga terus membawa kecemerlangan kepada Jakim dan ummah seluruhnya.

Bahagian Dakwah Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Jabatan Hal Ehwal

Orang Asli Negeri Johor dan Majlis Agama Islam Johor serta agensi yang berkaitan

telah mengadakan Program Ekspedisi Kasih IV di Kampung Orang Asli Sg. Peroh, Kluang pada 25 September 2010.

Seramai 90 orang penduduk Kampung Orang Asli Sg. Peroh telah menyertai program tersebut. Program ini turut menyaksikan seorang lelaki dan tiga orang perempuan orang telah memeluk Islam. Antara acara yang telah dijalankan

EKSPEDISI KASIH IV ialah sukaneka, gotong-royong dan ramah mesra bersama penduduk kampung. Program ini

diadakan bagi meningkatkan hubungan silaturrahim sesama penduduk setempat dengan peserta serta memperlihatkan keindahan Islam yang sebenar kepada penduduk. Selain itu, program ini memupuk semangat bekerjasama dan nilai-nilai murni sesama masyarakat Orang Asli.

Perasmian program telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Dakwah, Tuan Hj. Hashim Salleh. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Hajjah Raimah Kamat; Pegawai Tadbir Agama, Tuan Hj. Mohd Khalil Md. Noor dan Wakil Pegawai Daerah Kluang, En. Nor Syazlan Abd. Razak.

18 PEGAWAI JAKIM TERIMA HLP

Page 13: Buletin Jakim Oktober 2010

13Oktober 2010 |

Seramai 170 orang pelajar sekolah menengah sekitar Putrajaya telah

mengikuti program Remaja Rai Ramadan (3R) anjuran Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Putrajaya pada 27 dan 28 Ogos 2010.

Program yang diadakan selama dua hari satu malam ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti, antaranya salam perkenalan salam ukhuwah, peristiwa Islam pada bulan Ramadan, lasykar pelangi, jalan-jalan cari jawapan, misi ke

langit, jejak Ramadan, remaja celik IT, dan juga our treasure.

Aktiviti jalan-jalan cari jawapan merupakan aktiviti yang menarik minat pelajar iaitu berjalan secara berkumpulan menuju ke tapak pasar Ramadan untuk berkomunikasi dengan masyarakat menggunakan borang tinjauan mengenai pengalaman orang awam tentang berpuasa. Aktiviti seperti ini dapat melatih mereka berkomunikasi

bersama masyarakat dengan lebih berani. Dalam aktiviti ini, para pelajar diberikan semangat untuk memajukan diri dalam pelajaran dan yakin pada diri serta menyuburkan rasa kasih sayang kepada Allah.

Program ini diadakan bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi, selain daripada dapat mengabdikan diri kepada Allah. Program ini juga merupakan salah satu platform bagi menyuntik semangat motivasi menjadi muslim yang sejati.

Pada 21 September 2010 lalu, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti (Kesuma) telah menerima satu

kunjungan muhibah dari seorang artis yang merupakan pelakon terkenal, iaitu saudara Fahrin Ahmad. Kunjungan beliau adalah untuk memenuhi lawatan kerja sosialnya sebagai Ikon Selebriti Sokongan Reben Merah Majlis Aids Malaysia (MAC) di bawah program Islam & HIV/AIDS.

Fahrin telah hadir bersama beberapa orang wakil dari Bahagian Advokasi & CSR (Cooperate Social Responsibility)  MAC dan disambut oleh Pengarah Bahagian Kesuma, Ustaz Ghafani Awang Teh. Tujuan rombongan berkunjung ke Jakim adalah untuk mendapatkan gambaran gerak kerja dan tugasan Cawangan Pembangunan Sosial Jakim dalam menangani isu-isu sosial terutama berkaitan dengan HIV & AIDS.

Satu perbincangan dan sesi penerangan telah sempat diadakan. Jakim sangat mengalu-alukan penglibatan mana-mana selebriti yang sanggup membantu usaha membangunkan sosial masyarakat. Penerangan mengenai aktiviti cawangan Pembangunan Sosial Jakim telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kesuma, Ustaz Zakuan Sawai. Pelakon utama drama Ahmad Durah  itu juga menyatakan kegembiraannya kerana dapat mendekati dan memahami gerak kerja Jakim dengan lebih jelas dan rapat.

Beliau juga menyatakan kesanggupannya untuk bekerjasama dengan Jakim dalam memenuhi ruang yang mampu diisi olehnya, terutama kemampuan menarik golongan remaja mendekati program keagamaan. Jakim berharap ramai artis lain tampil bekerjasama dengan Jakim dan agensi-agensi agama, di samping dapat memberikan contoh terbaik kepada peminat.

3R Di Masjid Tuanku Mizan zainal abidin

KUNJUNGAN SELEBRITI

SOKONGAN REBEN MERAH KE JAKIM

KUNJUNGAN SELEBRITI

SOKONGAN REBEN MERAH KE JAKIM

Page 14: Buletin Jakim Oktober 2010

Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Masjid Negara telah menganjurkan Program Ijtima’ Munajat Kecemerlangan Pelajar PMR,

SPM dan STPM 2010 yang diadakan di Dewan Solat Utama, Masjid Negara pada 23 September 2010.

Majlis tersebut membabitkan 3,000 orang pelajar sekitar Kuala Lumpur yang bakal menduduki peperiksaan utama iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun ini. Pada program kali ini, sebanyak 97 sekolah telah mengambil bahagian dalam program tahunan ini.

Antara pengisian program ini adalah solat fardu Maghrib dan fardu Isyak secara berjemaah, bacaan surah Ya-Sin dan tahlil, solat sunat hajat dan doa munajat secara berjemaah serta ceramah motivasi yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Bahagian Kawalan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri, Ustaz Mohd Miftah Anuar.

97 BUAH SEKOLAH AMBIL BAHAGIAN DALAM MAJLIS IJTIMA' MUNAJAT KECEMERLANGAN PELAJAR

Malaysia berbangga atas kejayaan peserta tilawah al-Quran, Encik Wan Ainuddin Hilmi Abdullah yang berjaya menyandang naib johan dalam Al-Fateh International Prize for Memorization and

Intonation of the Holy Quran yang berlangsung pada 20 hingga 26 September 2010 di Tripoli, Libya.

Bagi kategori tilawah, johan disandang oleh negara Mesir (95.47%), naib johan disandang peserta Malaysia (94.25%), manakala tempat ketiga dimenangi oleh negara Libya (92.75%). Kejayaan ini membolehkan Encik Wan Ainuddin Hilmi membawa pulang hadiah wang tunai LYD20,000 bersamaan RM60,000. Selain peserta tilawah, Malaysia turut menghantar wakil peserta bagi kategori hafazan, iaitu Encik Muhammad Hariz Syazwan Mohd Arifin. Bagi kategori ini, johan dimenangi oleh negara Libya, naib johan dari negara Yaman manakala tempat ketiga dari UAE.

Selain itu, delegasi Malaysia turut mengadakan kunjungan hormat kepada Duta Besar Malaysia di Libya di samping memaklumkan kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia ini. Pihak Jakim mengucapkan jutaan tahniah kepada wakil Malaysia dan berharap peserta-peserta Malaysia yang akan mewakili negara di peringkat antarabangsa pada masa hadapan akan terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama negara di persada dunia.

Malaysia Rangkul Naib Johan dalam Al-Fateh International Prize for Memorization and Intonation

of the Holy Quran, Libya

Antara objektif utama program ini adalah untuk menyemai tabiat taabudiyah kepada Allah bagi memohon sesuatu keperluan duniawi dan ukhrawi setelah berusaha dan berikhtiar. Di samping itu juga, program ini bertujuan untuk memupuk semangat ukhuwah dan kerjasama antara ibu bapa, guru-guru, pelajar, orang awam dan antara institusi-institusi lain dengan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk mencapai kecemerlangan akademik dan akhlak pelajar.

Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan yang juga penaung program ini, Tuan Haji Mohd. Adenan Deraman dalam ucapan alu-aluannya berharap program tahunan ini memberi pedoman serta petunjuk untuk para pelajar dan akan dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara pelajar, ibu bapa dan guru-guru dan beliau amat berharap para pelajar akan memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan.

14 | Oktober 2010

Page 15: Buletin Jakim Oktober 2010

PENEMPATAN DAN PERTUKARAN PEGAWAI JAKIM SEPTEMBER 2010PERTUKARAN

BIL NAMA PEGAWAI GRED DARI KE TARIKH KUAT KUASA

1. MOHD FAIZ BIN ABDUL RAZAK S27 ILIM HAB HALAL 15.9.2010

2. SUZANARIAH BINTI SAMSUDIN S17 KESUMA HAB HALAL 1.9.2010

3. MAZNAH BINTI HASAN N17 BKP BPSM 20.9.2010

4. ABDUL KARIM BIN ABDULLAH N1 BKP KEWANGAN 20.9.2010

PENEMPATAN

BIL NAMA PEGAWAI GRED DARI KE TARIKH KUAT KUASA

1. RIDZUAN BIN AWANG S44 - JAWHAR 14.9.2010

2. NOR FADZILAH BINTI ABD KAHAR C41 - HAB HALAL 1.9.2010

3. SUHAILI BINTI ZULKAPLI S27 ILIM ILIM 15.9.2010

4. RABEATUL ADAWIYAH BINTI AHMAD MOKRI N17 - ILIM 6.9.2010

5. ANUARZAM BIN HAJI JUNUS R3 - MASJID PUTRA 1.9.2010

6. AIZUDDIN FAHMI BIN ADNAN N1 - BKP 20.9.2010

PEMANGKUAN KE GRED S22 DAN S26

BIL NAMA PEGAWAI GRED DARI KE TARIKH KUAT KUASA

1. ABDUL RAHMAN BIN MORSALIN S26(M) - PDRM 6.9.2010

2. KAMALARIFIN BIN BERAHIM S22(M) - PDRM 1.9.2010

3. NORDIN BIN MAT DERIS S22(M) - PDRM 1.9.2010

4. AMIN BIN MOHAMED S22(M) - PDRM 1.9.2010

Warga Jakim mengucapkan selamat bersara kepada Mantan Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-Undang, Tuan Haji Abdul Latif Ibrahim yang menamatkan perkhidmatan beliau pada 14 September

2010. Ucapan terima kasih juga diucapkan atas segala sumbangan dan jasa beliau sepanjang berkhidmat di Jakim terutama di Bahagian Penyelarasan Undang-undang. Terlalu banyak sumbangan telah dicurahkan dalam bidang perundangan Syariah di Malaysia, antaranya mencadangkan penubuhan Jabatan Penguatkuasaan Syariah dan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri, mencadangkan pewujudan bilik tahanan secara sah di Bahagian Penguatkuasaan Negeri, membangunkan sistem e-Jinayat, menubuhkan Jawatankuasa Kerja Penguatkuasaan Undang-undang Syariah Malaysia dan sebagainya. Semoga jasa-jasa beliau mendapat ganjaran pahala di sisi Allah.

Selamat Bersara

15Oktober 2010 |

Page 16: Buletin Jakim Oktober 2010

16 | Oktober 2010

ZIARAH MASJID DI MALAYSIA

Penulis : Latifah HamzahCetakan Pertama : 2010ISBN : 978-983-042-334-0Halaman : 270 halamanHarga : RM 100.00

SINOPSIS

Buku ini merupakan sebuah buku coffee table yang memuatkan perihal ringkas 113 buah masjid di seluruh Malaysia yang disusun mengikut negeri. Ia ditutis dalam dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris.

Masjid-masjid yang dipaparkan dalam buku ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri khususnya dalam aspek seni bina yang mempamerkan ciri-ciri tradisional binaan masjid pada masa awal kedatangan Islam, binaan masjid yang mempunyai

pengaruh zaman penjajah dan binaan masjid berkonsepkan moden yang mempunyai pengaruh dari luar dan dalam negara. Peranan pelbagai pihak dalam memperlihatkan

daya kreativiti melalui pembinaan masjid dengan suasana dan persekitaran masyarakat setempat menjadikan masjid sebagai sebu ah tempat ibadat yang mesra pengguna kepada semua orang.

Dengan menampilkan masjid utama dan masjid yang mempunyai nilai sejarah dan ciri-ciri istimewa, buku ini diharap menjadi permulaan kepada pengkaji-pengkaji sejarah yang berminat mengenai reka bentuk dan seni bina masjid-masjid di Malaysia. Di samping itu, ia juga menjadi rujukan berguna kepada masyarakat dan para pelancong untuk menziarahi sekali gus memakmurkan masjid-masjid tersebut.

Hubungi kami dan dapatkan naskhah anda di:Bahagian Penerbitan Jakim, Aras 1, Blok D9, Kompleks D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519 Putrajaya.Tel: 03-8886 4575

BUKU TERBITAN JAKIM

Selamat Menunaikan Ibadah HajiSelamat Menunaikan Ibadah Haji

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda,“Mengerjakan umrah ke satu umrah yang lain menjadi penutup dosa yang

dilakukan antara kedua umrah itu. Manakala haji yang mabrur pula akan dibalas dengan syurga kepada orang yang mengerjakannya.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)