buletin jakim disember 2010

16
www.islam.gov.my PERCUMA • TAHUN 21 • BILANGAN 137 • DISEMBER 2010 • ZULHIJJRAH - MUHARRAM 1431 H YM TAN SRI DATO' UNGKU DR. ZETI AKHTAR, TOKOH MA’AL HIJRAH PERINGKAT KEBANGSAAN YM TAN SRI DATO' UNGKU DR. ZETI AKHTAR, TOKOH MA’AL HIJRAH PERINGKAT KEBANGSAAN

Upload: yusof-s

Post on 19-Feb-2016

303 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Buletin Jakim Disember 2010

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin Jakim Disember 2010

www.islam.gov.my

PERCUMA

• TAHUN 21 • BILANGAN 137 • DISEMBER 2010 • ZULHIJJRAH - MUHARRAM 1431 H

YM TAN SRI DATO' UNGKU DR. ZETI AKHTAR,TOKOH MA’AL HIJRAH

PERINGKAT KEBANGSAAN

YM TAN SRI DATO' UNGKU DR. ZETI AKHTAR,TOKOH MA’AL HIJRAH

PERINGKAT KEBANGSAAN

Page 2: Buletin Jakim Disember 2010

� | Disember 2010

Kandungan• YM Tan Sri Dato’ Ungku Dr. Zeti Akhtar, Tokoh Ma’al Hijrah

Peringkat Kebangsaan 3

• Biodata Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz 4

• Majlis Bacaan Yaa Ssin dan Doa Tahun Hijriah Sempena Sambutan Maal Hijrah 1432H 5�

• e-Fatwa Finalis Anugerah Kajian Kes OSS 5�

• Majlis Khatam al-Quran Murid KAFA Peringkat Negeri Sabah Kali Ke-7 6

• RM5�0 Ribu Berjaya Dikumpul untuk Dana Pendidikan Umat Islam Kemboja 6

• YB Menteri Umum Pelantikan Baru, Kenaikan Pangkat Pegawai Jakim Gred Jusa 7

• Jelajah Korban 2010 di Perkampungan Orang Asli 7

• Resolusi SYUK 2010 : Pensijilan Halal Perlu Akta yang Lebih Spesifik 7

• Berita Bergambar 8-9

• Majlis Perhimpunan Bulanan Jakim - November 10

• Dasar PNI, PIPA & PH Kukuhkan Integriti Penjawat Awam 10

• Kunjung Hormat KP Jakim Ke Atas Gabenor Bank Negara Malaysia 11

• PKJ ke-84 2010 bersidang di Melaka 11

• TKSUK JPM Rasmi Penutupan Kursus Pegawai Pentadbiran Masjid 12

• 10 Tahun Pertama Terdedah Perceraian 12

• Adik-adikku Musim Kedua Dilancar 13

• Dato’ Abdul Rahman Hamid - Jasamu Dikenang 14

• Program Berkhatan Beramai-ramai Sempena Cuti Persekolahan Tahun 2010 14

• Penempatan dan Pertukaran Pegawai JAKIM Bulan November 2010 13

Sidang RedakSi

PenaUngDato’ Haji Wan Mohamad�Dato’ Sheikh Abd�ul Aziz

Ketua PengarahJabatan Kemajuan Islam Malaysia

PenaSiHaTTuan Haji Abd�. Halid� SintolTimbalan Ketua Pengarah

(Pembangunan Insan) Jakim

keTUa PengaRangHjh. Pauzaiyah Haron

Pengarah Bahagian Penerbitan

PengaRangMohd� Yusof Sham

PenOLOng PengaRangMohd� Fird�aus Mohd� Suhani

JURUFOTOJamal Ibrahim

PengedaRUnit Ed�aran

Bahagian PenerbitanJabatan Kemajuan Islam Malaysia

Aras 1 & 4, Blok D9, Kompleks D,Pusat Pentad�biran

Kerajaan Persekutuan62519 Putrajaya

aTUR HURUF / Reka BenTUk

Visual Print Sd�n. Bhd�.

Meja Pengarang

Saban tahun kita menyambut Ma’al Hijrah bagi memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari Makkah ke Kota Madinah. Pelbagai tema dan cogan kata kita lontarkan. Tidak kurang juga tafsiran diberikan dalam menterjemah

maksud di sebalik maksud hijrah yang luas. Hijrah juga boleh difahami perubahan dari keburukan dan kemaksiatan kepada kebaikan, keimanan, keredaan-Nya, dan sebagainya. Apa yang lebih penting di sebalik itu ialah impak hijrah dalam diri kita ke arah positif dan peningkatan iman.

Kita sering kali mengaitkan hijrah dengan azam baru. Azam merujuk kemahuan dan cita-cita yang tinggi untuk mencapai sesuatu tujuan. Jika dikaitkan dengan semangat hijrah, sudah tentu azam tersebut mengarah kepada kebaikan. Seharusnya azam tersebut merupakan satu proses berterusan yang menjadi semangat bagi menjalani hidup yang lebih berkualiti. Azam mestilah disertakan dengan kegigihan dan usaha bersungguh-sungguh dalam mencapai tujuan tersebut.

Pepatah Arab ada mengatakan “Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk daripada semalam.” Dalam kehidupan seharian, tidak dinafikan sememangnya kita mengharungi hari-hari sukar. Teringat pada lirik lagu nyanyian Hijjaz, hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah, suram malam tak berbintang, begitu aturan Tuhan. Semangat, kesabaran, ketabahan dan keredhaan kita dalam mengharungi ujian tersebut menjadi kayu ukur tahap keimanan seseorang.

Baru-baru ini kita menyaksikan beberapa perubahan besar dalam pentadbiran khususnya kenaikan pangkat pegawai-pegawai kanan ke Jusa C. Pertambahan beban tugas dan tanggungjawab sudah tentu memerlukan persekitaran kerja yang lebih mencabar, bahkan lebih daripada itu, hijrah dari aspek rohani, jasmani dan emosi. Sekalung tahniah diucapkan kepada mereka. Semoga dengan perubahan tersebut dapat memperkasakan jabatan kita ke persada dunia. Salam hijrah 1432H.

Hijrah ke Arah Kebaikan

Page 3: Buletin Jakim Disember 2010

Disember 2010 | �

Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1432H/2010M menyaksikan YM Tan Sri Dato’

Ungku Dr. Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara dinobatkan sebagai Tokoh Ma’al Hijrah bagi tahun ini. Pemilihan beliau yang menjawat jawatan itu sejak Mei 2000 berikutan sumbangan besar kepada sistem kewangan Islam yang kini bertapak kukuh di negara ini dan menyumbang kepada sebuah sistem kewangan yang berdaya saing, pelbagai, komprehensif dan inklusif. Beliau yang menerima hadiah wang tunai RM100,000, plak, pingat dan sijil penerima anugerah kali ke-21, menganggap anugerah itu dorongan untuk beliau terus menyumbang kepada negara.

Beliau yang ditemani bapanya, Prof. Diraja Ungku Aziz, yang juga penerima Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah 1418H/1997. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar menerima anugerah itu daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Majlis Sambutan Ma’al Hijrah 1432H/2010M Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 7 Disember 2010.

Dalam ucapan titah perasmian, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

bertitah peristiwa hijrah adalah detik bersejarah yang telah mengubah seluruh landskap kehidupan umat manusia ketika itu. Di dalamnya terkandung semangat perpaduan, kasih sayang dan toleransi kaum dalam sesebuah negara. Perancangan pembangunan negara pasti akan terbantut sekiranya perpaduan dan keharmonian rakyat tidak dipertahankan bersama. Negara akan terdedah kepada kemunduran dan kehancuran sekiranya masyarakat saling curiga mencurigai serta saling bertelagah. Menjadi tanggungjawab bersama bagi memastikan negara dalam keadaan aman dan berjaya untuk diwarisi oleh generasi akan datang.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak dan YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor, YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj. Mohd. Yassin dan YABhg. Puan Sri Datin Hajah Noorainee Haji Abdul Rahman, YABhg. Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, YABhg. Tun Dato’ Sri Ahmad Fairuz Dato’ Sheikh Abdul Halim dan isteri, YABhg. Tun Dr. Ahmad Sarji Abdul Hamid dan isteri, dan dif-dif kehormat yang lain. Dewan Planeri dipenuhi lebih daripada 3000 orang

penonton yang terdiri daripada kontinjen jabatan kerajaan, badan berkanun, agensi swasta dan orang awam.

Tema yang telah dipilih bagi sambutan Maal Hijrah pada tahun ini ialah “1Malaysia 1Ummah” selaras dengan konsep “1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Mengulas tema tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom (B) selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1432H/2010M menyatakan teras perpaduan umat Islam haruslah sejati, tulus dan penuh dengan toleransi.

Acara sambutan ini dimeriahkan lagi dengan bacaan doa yang disampaikan oleh gabungan Imam Besar Masjid Putra dan adik Muhammad An-Naim Yasim (finalis program realiti Adik-Adikku musim pertama), bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Encik Wan Ainuddin Hilmi Abdullah (Naib Johan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-52 Tahun 1431H/2010M), persembahan khas gabungan peserta program realiti Adik-Adikku musim pertama dan kedua seramai 47 orang serta persembahan qasidah oleh Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah.

YM Tan Sri DaTo’ UngkU Dr. ZeTi akhTar, ToKoH MA’Al HIJRAH PERINGKAT KEBANGSAAN

Page 4: Buletin Jakim Disember 2010

� | Disember 2010

YM Tan Sri Dato’ Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz dilahirkan pada 27 ogos 1947 di Johor Bharu, Johor dan yang merupakan anak kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan Sharifah Azah Aziz. Beliau merupakan anak tunggal kepada pasangan berkenaan, yang juga keturunan kerabat diraja negeri Johor.

Biodata YM tan Sri dato’ UngkU dr. Zeti akhtar

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya pada 1958. Pada tahun 1970, beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang

Ekonomi Analitikal di Universiti Malaya dan kemudiannya melanjutkan pengajian beliau ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di University of Pennsylvania, Amerika Syarikat dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa pada 1978.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank Training & Research Centre) pada tahun 1979 hingga 1984.

Tan Sri Dr. Zeti menyertai Bank Negara pada 1985 sebagai Timbalan Pengurus di Jabatan Ekonomi dan menjadi wanita pertama dilantik sebagai empat daripada penolong gabenor bank itu. Pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia.

Kerjaya beliau meliputi beberapa jawatan kanan dalam polisi monetari dan kewangan serta pengurusan rizab. Beliau pernah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Bhd. dari tahun 1998 hingga 2000. Beliau juga merupakan Ahli lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd. sejak tahun 2004.

Kegawatan ekonomi 1998 benar-benar menimbulkan suasana mencemaskan di kalangan masyarakat Malaysia pada ketika itu. Tidak terkecuali para kakitangan di Bank Negara sendiri. Pelbagai kaedah dan strategi telah dilaksanakan oleh pihak Bank Negara termasuk penglibatan Tan Sri yang membolehkan Malaysia keluar daripada kegawatan dan berada di landasan ekonomi yang kukuh tidak sampai dua tahun selepas itu.

Pada 1 September 1998, beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri. Kemudian pada 1 Mei 2000, beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut, menggantikan Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman yang bersara pada 30 April tahun sama.

Tan Sri Dr. Zeti mempengerusikan penggubalan Pelan Induk Sektor Kewangan, satu pelan 10 tahun bagi pembangunan

sistem kewangan Malaysia. Sepanjang tempoh beliau sebagai Gabenor, Tan Sri Dr. Zeti turut menyelia transformasi sistem kewangan yang melibatkan pembaharuan kewangan yang meluas, penubuhan institusi kewangan baru, pengukuhan pasaran kewangan dan peralihan kepada apungan terurus kadar pertukaran asing ringgit.

Beliau juga terlibat dalam pembangunan kewangan Islam antarabangsa dan kerjasama kewangan serantau. Dalam mempromosikan inisiatif integrasi serantau, Tan Sri Dr. Zeti mempengerusikan Pasukan Kerja bagi Kerjasama Serantau antara Bank-bank Pusat di Asia di Executives’ Meeting of East Asia-Pacific Central Banks (EMEAP) untuk membentuk pelan tindakan kerjasama kewangan pada masa hadapan di rantau tersebut.

Beliau juga ahli Kumpulan Urus Tadbir Bank Pusat Bank for International Settlements (BIS) sejak 2001. Dr. Zeti merupakan salah seorang ahli pengasas Majlis Perundingan Asia BIS dan kini adalah Pengerusi Majlis. Pada ogos 2000, Tan Sri Dr. Zeti dipilih sebagai seorang daripada Wanita Paling Berkuasa dalam Kewangan oleh majalah kewangan terkenal, Global Finance.

Beliau turut terpilih sebagai tokoh bank pusat terbaik Asia bagi 2003 oleh Emerging Markets, sebuah majalah yang diterbitkan Euromoney. Menurut majalah tersebut, Tan Sri Dr. Zeti, berada di kedudukan teratas dalam tinjauan pendapat di kalangan tokoh perbankan dan pelabur. Beliau yang juga gabenor bank pusat wanita pertama di Malaysia dan satu-satunya di Asia.

Terkini pada 13 September 2010 lalu, Tan Sri Dr. Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance. Beliau dan enam ketua bank pusat yang lain itu diberikan gred ‘A’ dalam rencana tahunan terbitan majalah berkenaan yang bertajuk Central Banker Report Card bagi kejayaan dalam bidang seperti kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah.

Penghargaan yang diberikan sebagai Tokoh Ma’al Hijrah 1432H mengulangi pencapaian yang pernah diperoleh oleh

ayahandanya, YM Prof. Diraja Ungku Aziz pada 1997.

Page 5: Buletin Jakim Disember 2010

Disember 2010 | �

Bacaan Yaa Sin dan doa Tahun hijriah Sempena Sambutan ma’al HijraH

e-Fatwa Finalis anugerah Kajian Kes Oss

Pada 6 Disember 2010 telah berlangsung Majlis Bacaan Yasin dan Doa Sempena Tahun

Hijriah yang telah berlangsung di Masjid Negara. Turut hadir Perdana Menteri Malaysia,

YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’

Haji Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri

Jamil Khir Haji Baharom (B), Ketua Pengarah Jakim, dan Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh

Abdul Aziz.

Majlis bermula jam 5.30 petang dengan rakaman Forum Khas Ehwal Islam sempena Ma’al Hijrah yang dipengerusikan oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah bersama dua panel lain. Sejurus selesai forum tersebut, doa akhir tahun 1431H dibacakan oleh wakil Imam Besar; Ustaz Ehsan Mohd Hosni. Diikuti dengan azan Maghrib dan disusuli dengan doa tahun baru hijrah 1432H, solat maghrib dan Bacaan Yaa Sin. Seterusnya para jemaah dihidangkan dengan alunan gemersik ayat suci al-Quran oleh juara Akademi al-Quran musim ke-5, Ustaz Ahmad Tirmizi Ali.

Portal e-Fatwa Jakim terpilih sebagai finalis Anugerah Kajian Kes open Source

Software (oSS) Kategori Sektor Awam sempena Malaysian Government open Source Software Conference (MyGoSSCoN) 2010 anjuran Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri.

Penganugerahan berupa sijil penghargaan telah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Tan Sri Koh

Tsu Koon yang mewakili Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin pada 2 November 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

MyGoSSCoN 2010 yang berlangsung pada 2 dan 3 November 2010 merupakan konferensi kali ke-4 diadakan sejak tahun 2007. Sebanyak 92 agensi yang mengambil bahagian dan tiga dipilih sebagai finalis. Tiga finalis tersebut EMIS online Kementerian Pelajaran Malaysia, Sistem Pengurusan QNet Jabatan Pelajaran Melaka dan e-Fatwa Jakim, dan EMIS online telah dinobatkan sebagai pemenang.

Page 6: Buletin Jakim Disember 2010

� | Disember 2010

PKPU berjaya mengumpul RM50,000.00 untuk disumbangkan kepada Dana Pendidikan Umat Islam Kemboja melalui program korban yang dianjurkan pada tahun ini. Sumbangan

tersebut dikumpul melalui hasil penyertaan seramai 900 peserta dari Malaysia.

Pada tahun ini, sebanyak 157 ekor lembu berjaya dikumpul untuk dikorban dan diedarkan di beberapa daerah di Kemboja.

Delegasi PKPU ke Kemboja disertai oleh seramai 17 orang ahli. Delegasi juga turut disertai oleh ahli Persatuan Intelektual Islam Malaysia serta beberapa individu sukarelawan yang turut menyertai delegasi pada 18 hingga 21 November 2010 bagi melaksanakan upacara korban di beberapa buah kampung di Kemboja.

Antara kampung yang sempat dikunjungi ialah Kampung Barain, Kampung Chrow Meatri, Kampung Sain Chaiy dan Kampung Prak Pra. Ekspedisi diketuai oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abd. Aziz yang merupakan Penasihat PKPU dan ditemani bersama isteri.

Peserta lawatan berkesempatan menziarahi CMIA International School yang ditubuhkan oleh pihak CMIA hasil sumbangan korban yang dianjurkan oleh PKPU pada tahun lalu. Dalam ziarah tersebut, para peserta turut mengadakan program motivasi kepada para guru dan pelajar selain menyampaikan sumbangan derma dan wakaf untuk dana pendidikan sekolah tersebut berjumlah USD7500.

PKPU pada tahun ini juga menerima amanah dari Yayasan Taqwa, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk menyampaikan sumbangan berjumlah RM10,000.00 kepada para asnaf di Kemboja. PKPU berazam untuk meneruskan program korban ini pada tahun hadapan dalam usaha untuk menjayakan misi mengisi dana pendidikan umat Islam di kemboja. PKPU mempelawa seluruh umat Islam di Malaysia menyertai ibadah korban bersama PKPU untuk tahun hadapan.

Majlis Khatam al-Quran Murid-murid KAFA Peringkat Negeri Sabah buat kali ke-7 diadakan pada 14

November 2010 bertempat di Kota Kinabalu Sabah. Majlis disempurnakan oleh Yang Di-Pertua Negeri Sabah, TYT Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah.

Seramai 300 orang murid KAFA lelaki dan perempuan yang mewakili 34 daerah seliaan KAFA seluruh Sabah telah menjayakan acara khatam al-Quran yang dipimpin oleh tujuh orang munabbih jemputan yang diketuai oleh Ustaz Anuar Hasin.

Majlis dimeriahkan dengan persembahan marhaban yang disampaikan oleh Kumpulan Damanhur yang terdiri daripada guru-guru KAFA Daerah Sandakan. Mereka merupakan johan acara marhaban sempena Festival Kesenian

Majlis KhataM al-Quran Murid KaFa PeringKat negeri sabah Kali Ke-7

Islam Peringkat Negeri Sabah Tahun 2010. Majlis juga diserikan dengan persembahan khas oleh adik Nur Syafiqah Mohd Paris; finalis program Adik-adikku musim pertama.

Kemuncak bagi acara ini ialah penyampaian sijil kepada peserta khatam al-Quran dan penyampaian anugerah murid KAFA cemerlang dalam UPKK 2009 serta anugerah kepada guru KAFA dan Penyelia KAFA cemerlang tahun 2010 yang disempurnakan oleh TYT Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah.

Antara tetamu jemputan yang turut hadir ialah Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, YB Dato Sri Hj. Nasir Tun Hj. Sakaran, Ketua Pengarah

Jakim, Dato’ Hj. Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Mufti Kerajaan Negeri Sabah, SS Datuk Hj. Ahmad Alawi Hj. Adnan, dan Pengarah Jakim Sabah, Ustaz Aziz Hj. Mohamad.

RM50 Ribu beRjaya DikuMpul untuk Dana penDiDikan uMat islaM keMboja

Page 7: Buletin Jakim Disember 2010

Disember 2010 | �

Pada 17 hingga 20 N o v e m b e r

2010M, Bahagian Dakwah telah mengadakan Program Jelajah

Korban Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha di Perkampungan orang Asli di Selangor, Melaka, Johor dan Pahang.

Program antara lain bertujuan untuk mendedahkan masyarakat orang Asli tentang ibadah korban yang menjadi sebahagian daripada syiar Islam selain menjalinkan hubungan silaturrahim dengan masyarakat setempat. Antara kampung yang terlibat ialah Kg. orang Asli Sg. Melut, Dengkil, Selangor, Kg. orang Asli Hutan Percha, Alor Gajah, Melaka, Kg. orang Asli Putting, Segamat, Johor, dan Kg. orang Asli Buntu, Ulu Sungai, lipis, Pahang.

Program tersebut mendapat kerjasama daripada MAIS, Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Hal Ehwal orang Asli (JHEoA) serta penduduk setempat.

JelaJah korBan 2010 di PerkaMPUngan orang aSli

Undang-undang Pentadbiran Produk Halal di Malaysia’ antara tema yang menjadi fokus perbincangan dalam Seminar Syariah dan

Undang-undang Peringkat Kebangsaan (SYUK) 2010 anjuran Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) dan Tabung Haji. Seminar yang berlangsung pada 2 dan 3 November 2010 ini dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom (B).

Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abd. Aziz merupakan antara pembentang yang dijemput dalam seminar tersebut. Beliau telah membentangkan kertas bertajuk “Keberkesanan Undang-undang dan Penguatkuasaan Mengenai Makanan dan Produk Halal di Malaysia” dalam sesi Plenari 2 bersama tiga

reSoluSi SYuK 2010: PenSijilan halal Perlu aKTa Yang leBih SPeSifiK

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’

Seri Jamil Khir Haji Baharom (B) mengumumkan pelantikan baru dan kenaikan pangkat bagi dua orang Timbalan Ketua Pengarah Jakim dan Pengarah Jakim yang menyandang Gred Jusa B dan Jusa

C pada 10 November 2010 di KlIA. Ia bertujuan bagi mengukuhkan operasi Jakim sesuai dengan peranannya sebagai sebuah agensi agama di peringkat persekutuan.

Mereka yang diumumkan ialah Tuan Haji othman Mustapha dilantik memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) dengan Gred Jusa B manakala Tuan Hj. Abd. Halid Sintol dilantik memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) dengan Gred Jusa C Khas Untuk Penyandang (KUP).

Tuan Haji Razali bin Shahbudin pula dilantik sebagai Pengarah Bahagian Pembangunan Insan, Encik Mohamad bin Saari dilantik sebagai Pengarah Bahagian Penyelidikan, Tuan Haji Mohamad Nordin Ibrahim dilantik sebagai Pengarah Bahagian Kemajuan Islam dan Tuan Haji Anan C. Mohamad dilantik sebagai Pengarah Bahagian Dakwah. Kesemua pengarah bahagian ini dinaikkan pangkat kepada Gred Jusa C dan ditempatkan di bahagian berbeza sebelum.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz merakamkan ribuan terima kasih kepada YB Menteri, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan semua yang terlibat dalam proses pengisian jawatan tersebut.

tokoh yang lain, iaitu Timbalan Ketua Pengarah IKIM, Prof. Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin; yang membentangkan kertas bertajuk “Perlindungan Hak-hak Wanita Islam di Malaysia: Kajian Dari Aspek Perlembagaan dan Undang-undang kekeluargaan Islam”, Prof. Madya Dr. Engku Rabiah Adawiah Engku Ali, Pensyarah Fakulti Undang-undang UIAM telah membentangkan kertas bertajuk “Kerangka Perundangan Perbankan dan Kewangan Islam di Malaysia” dan wakil dari lembaga Tabung Haji yang membentangkan kertas bertajuk “Pelaksanaan Sistem Kewangan Islam di Malaysia: Pengalaman lembaga Tabung Haji.”

Sebelum itu, dalam sesi Plenari 1 sebanyak lima kertas telah dibentangkan oleh tokoh-tokoh pada hari pertama. Seminar ini juga menyaksikan sebanyak 48 kertas telah dibentangkan secara selari melibatkan sembilan tema.

YB MenTeri UMUM PelanTikan BarU, kenaikan PangkaT Pegawai JakiM greD JUSa

Page 8: Buletin Jakim Disember 2010

� | Disember 2010

YAB Perdana Menteri

Menunaikan Solat Sunat

Hari Raya Aidiladha

1431H di Masjid Negara.

Zairah Ukhuwah ke Bengkel Sampul Surat Cawangan Batu Pahat pada 22 oktober 2010.

Program Penghayatan Islam Bersama oKU Kelantan

pada 6 November 2010.

Mesyuarat Panel Kajian Syariah Kali Ke-72 pada 25

hingga 27 oktober 2010.

Program Dakwah

bil Hah Warga Tua

Disayangi di Rumah

Seri Kenangan Cheng,

Melaka, pada 30

oktober 2010.

BeriTa BergaMBar

lawatan Mesra Media Masjid Negara ke Utusan Melayu (M)

Berhad pada 11 November 2010.

Kursus Profesionalisme Kepimpinan Pembaca Doa Jabatan Persekutuan Sabah pada 3 November 2010.

Page 9: Buletin Jakim Disember 2010

Disember 2010 | �

Upacara Wakalah Qurban 1431H PKPU, Jakim di

Kemboja pada 13 November 2010.

Kunjungan Hormat

delegasi Yayasan

Inovasi Malaysia

(YIM) ke Jakim pada 1

Novermber 2010.

Kolokium Bina Insan Peringkat Pegawai Kanan PDRM IPK Sarawak pada 11 November 2010.

Pegawai oKU Cacat

Penglihatan Jakim, Ustaz

Mohd Kalam Mazad

berjaya menamatkan

Sarjana Syariah pada

bulan November 2010.

Tadika Islam Masjid

Negara Juara Kes-

eluruhan Festival

Keserian Kebudayaan

Islam Zon Bangsar.

Seramai 1050

calon hadiri temu duga

Program Persijilan

Darul Quran-UIAM pada

8 hingga 15 November.

Program Ibadah Korban

Masjid Tuanku Mizan

Zainal Abidin, Putrajaya

pada 18 November

2010.

Page 10: Buletin Jakim Disember 2010

10 | Disember 2010

Pada 9 November 2010 telah berlangsung Mesyuarat Jawatankusa Kerja Pelaksanaan Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam (DPNI), Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam

(PIPA) dan Pendekatan Hadhari (PH) Peringkat Kebangsaan di Bilik Syura Utama, Institut latihan Islam Malaysia (IlIM) Bangi yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Hj. Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil dari setiap kementerian terdiri daripada Setiausaha Bahagian, Ketua Penolong Setiausaha serta pegawai-pegawai kanan yang terlibat secara langsung dalam memantau dan menyelaras pelaksanaan DPNI, PIPA dan PH di kementerian masing-masing.

Mesyuarat yang diadakan ini merupakan kali pertama bertujuan untuk menilai dan menyelaras kembali pelaksanaan ketiga-

Menanamkan sifat mutawadhi’ di dalam jiwa setiap warga Jakim bagi meningkatkan mutu perkhidmatan

dan sentiasa memberikan khidmat lebih dari sepatutnya kepada organisasi. Malah sebagai penjawat awam di Jakim, kita sepatutnya menghargai dan memanfaatkan institusi latihan kita yang sedia ada dalam meningkatkan ilmu dan penghayatan sebagai seorang muslim yang berdedikasi dan bertanggungjawab.” Demikian antara amanat yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abd. Aziz sewaktu berucap dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jakim pada 2 November 2010, di Auditorium Blok D8, Putrajaya.

Majlis Perhimpunan kali ini turut diserikan dengan dua sesi ceramah yang disampaikan oleh En. Ismail Taib; Pegawai Pemasaran dan Perhubungan Bank Islam (BIMB) yang bertajuk

Majlis PerhiMPunan jakiM Bulan noveMBer

“Kenapa Perlu Berurusan Dengan Perbankan Islam” dan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, dari USM yang bertajuk “Budaya Kesukarelawan dalam Perkhidmatan.”

Dato’ Haji Wan Mohamad dalam ucapannya turut mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kemasukan warga Jakim yang baru berkhidmat di samping menunaikan bertanggungjawab dan memanfaatkan tugas-tugas yang telah diamanahkan. Beliau juga menyarankan warga Jakim meluangkan masa bagi melayari rangkaian aplikasi web yang dimuatkan dalam laman web Jakim untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Dato’ Haji Wan Mohamad turut mengingatkan kepada seluruh warga Jakim supaya tidak terjebak dengan pembiayaan kewangan konvensional sebaliknya memilih produk-produk yang mematuhi syariah.

tiga dasar serta program yang melibatkan dasar-dasar tersebut di setiap kementerian. Mesyuarat kali ini juga mengesahkan penubuhan jawatankuasa bagi menyelaras dan memperkasakan ketiga-tiga dasar tersebut sesuai dengan keadaaan semasa.

Dato’ Haji Wan Mohamad berharap agar mesyuarat ini menjadi satu platform untuk setiap kementerian berkongsi maklumat dan memberi maklum balas, pandangan serta cadangan penambahbaikan terhadap pelaksanaan ketiga-tiga dasar ini agar ianya lebih dihayati oleh setiap warga kementerian. Beliau juga berharap penyelarasan pelaksanaan ketiga-tiga dasar ini dapat melahirkan pegawai serta kakitangan yang lebih berdisiplin dan berintegriti dalam menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan.

Dasar PNI, PIPa & PH KuKuHKaN INtegrItI PeNjawat awam

Page 11: Buletin Jakim Disember 2010

Disember 2010 | 11

Persidangan Ketua-ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia (PKJ) Kali Ke-84 telah bersidang pada 11 hingga 13 November 2010 di Bilik Mesyuarat Tun Mutahir, Seri

Negeri, Melaka. Persidangan ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abd. Aziz.

Persidangan kali ini dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Melaka, YB Datuk Haji Ghazale Muhamad. Dalam ucapan perasmiannya, beliau merakamkan ucapan selamat datang dan terima kasih kepada Jakim sebagai urus setia induk PKJ serta Jabatan Agama Islam Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka yang bekerjasama sebagai tuan rumah persidangan pada kali ini.

Beliau menyentuh mengenai cabaran yang perlu digalas oleh pihak berkuasa agama terutama dalam menarik lebih ramai pelajar menyertai sekolah-sekolah agama. Melaka mempunyai sebanyak 161 buah Sekolah Rendah Agama (SRA), 61 buah Tadika JAIM, 14 buah sekolah rendah dan menengah Arab. Dengan cadangan dan penambahbaikan, diharap satu formula dapat ditemui dan kesannya bilangan pelajar

PKj Ke-84 2010 bersidang di MelaKa

Pada 1 November 2010, Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abd. Aziz

telah mengadakan kunjung hormat ke atas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz. Dato’ Haji Wan Mohamad yang tiba jam 2.30 petang di Bank Negara. Beliau telah disambut oleh Encik Suhaimi Ali, Pegawai Khas kepada Gabenor Bank Negara.

Dalam pertemuan selama lebih kurang 20 minit itu, Dato’ Haji Wan Mohamad mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian Gabenor

kUnJUng horMat kP JakiM ke ataS gaBenor Bank negara MalaYSia

Bank Negara menerima kunjungan beliau walaupun dalam kesibukan tugas-tugas hariannya.

Tan Sri Gabenor Bank Negara turut mengucapkan penghargaan kepada pihak Jakim atas usaha dan kerjasama yang dijalankan selama ini bersama ISRA iaitu sebuah agensi di bawah Bank Negara Malaysia khususnya dalam aspek muamalat Islam di samping peranan Dato’ Wan Mohamad sebagai Ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia.

Jakim juga telah menyatakan hasrat dan memohon sokongan pihak Bank Negara

terhadap cadangan untuk mengadakan kerjasama dalam menganjurkan rancangan Forum Perdana Ehwal Islam dalam bahasa Inggeris mengenai topik muamalat Islam dan akan disiarkan di TV1. Pada dasarnya Tan Sri Gabenor Bank Negara tiada halangan dan akan mengadakan perbincangan lanjut terhadap cadangan ini.

Pertemuan tersebut berakhir dengan penyampaian cenderamata kenangan berupa bahan-bahan penerbitan Jakim kepada Tan Sri Gabenor Bank Negara.

di SRA JAIM dapat menyamai bilangan pelajar di sekolah kebangsaan.

Datuk Haji Ghazale juga menyatakan kerajaan negeri Melaka amat mengutamakan usaha-usaha pencegahan, penguatkuasaan dan penyelesaian bagi membanteras gejala sosial di negeri Melaka seperti penubuhan Rumah Harapan Negeri Melaka.

Di samping itu, cadangan Jakim supaya penubuhan Jabatan Penguatkuasaan Syariah Negeri juga harus disokong sepenuhnya bagi memastikan aktiviti pencegahan dan penguatkuasaan di peringkat negeri dapat dilaksanakan sebaiknya berdasarkan enakmen yang telah diwartakan.

Satu taklimat daripada Yayasan Inovasi Malaysia, sembilan kertas cadangan dan enam kertas makluman telah dibentangkan pada persidangan kali ini.

Page 12: Buletin Jakim Disember 2010

1� | Disember 2010

tKsuK jPm rasmI PeNutuPaN Kursus PegawaI PeNtaDbIraN masjID

Pejabat Pentadbiran Am Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Masjid Negara telah mengadakan Kursus Pegawai

Pentadbiran Masjid (Modul 5) di Masjid Negara pada 15 dan 16 November 201.

Majlis Perasmian Penutup Kursus tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Zainol othman. Hadir sama Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan

Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Tuan Haji othman Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan); Tuan Haji Abd Halid Sintol dan Pengarah Bahagian Sosial Keluarga dan Komuniti, Tuan Haji Ghafani Awang Teh.

Sepanjang tahun 2010, sebanyak lima modul teras telah dilaksanakan di bawah pakej Kursus Pegawai Pentadbiran Masjid yang telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dan kakitangan masjid utama iaitu Masjid Negara, Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala lumpur.

Kelima-lima modul teras itu ialah Kursus Pengurusan Kewangan, Kursus Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kursus Pengurusan Sumber Manusia, Kursus Pengurusan organisasi dan Kursus Profesionalisme Kepimpinan Masjid. objektif utama kursus ialah untuk membina karisma dan kepimpinan pegawai masjid yang cekap dan terkehadapan dari segi sahsiah dan kemahiran tadbir urus.

Dalam ucapan penutup, Dato’ Zainol othman menyatakan pegawai-pegawai masjid perlu menguasai pelbagai bidang ilmu termasuklah kemahiran pengurusan dan pentadbiran. Beliau juga bercadang untuk menambah beberapa modul baru pada tahun hadapan bagi memperkasakan institusi pentadbiran masjid. Beliau turut merakamkan penghargaan atas komitmen yang ditunjukkan oleh Masjid Negara selaku tuan rumah dalam melaksanakan kelima-lima modul kursus pada tahun ini.

Kajian daripada Jakim mendapati perkahwinan dalam tempoh 10 tahun pertama amat terdedah kepada keruntuhan rumah tangga sekiranya tiada kesabaran. Timbalan Ketua Pengarah

(Dasar) Jakim, Tuan Haji othman Mustapha berkata, kajian Jakim pada 2008 itu mendapati, pada tempoh berkenaan perkahwinan menghadapi cabaran hebat seperti rumah tangga mudah goyah sehingga berlakunya perceraian.

Dalam pada itu, menurut beliau, dalam kajian pada 2007 mendapati 32.2 peratus perkahwinan untuk tempoh lima tahun pertama mengalami perceraian. Selain itu, katanya, 27.7 peratus perceraian berlaku untuk tempoh enam hingga 10 tahun pertama perkahwinan.

“Kajian juga menunjukkan 44.9 peratus perceraian berpunca daripada pasangan gagal menjalankan tanggungjawab masing-masing selain masalah akhlak, kewangan, seksual dan campur tangan orang ketiga,’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Kursus Keluarga Sakinah sempena Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan Musim Kedua di Institut latihan Islam Malaysia (IlIM) pada 14 November 2010.

Turut hadir pada majlis itu, Penolong Ketua Pengarang II, Kumpulan Utusan, En. Ahmad Abdul Hamid, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Tuan Haji Ghafani Awang Teh, Pengarah IlIM; Tuan Haji Paimuzi Yahya serta 200 peserta yang bakal mendirikan rumah tangga.

Tuan Haji othman menyatakan, sebanyak 135,136 perkahwinan didaftarkan pada 2009, manakala 27,116 kes perceraian pula direkodkan pada tahun berkenaan. Sehubungan itu, beliau menasihatkan pasangan yang bakal berkahwin supaya bersedia menghadapi tekanan seperti proses penyesuaian tingkah laku dan tabiat suami isteri.

Dalam pada itu, katanya, mereka juga harus bersedia menanggung beban tugas dengan penambahan anak, perbelanjaan membayar hutang, kenderaan, persekolahan anak, pengasuh dan bantuan kepada ibu bapa yang sudah tua.

Perlu diingat perceraian memberi kesan buruk kepada anak-anak, justeru isu-isu gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat kini adalah mereka dari keluarga kucar kacir dan tidak stabil. Beliau menambah, rumah tangga yang kucar kacir juga mewujudkan anak-anak atau keluarga yang rendah jati diri dan lemah harga diri.

10 Tahun PerTaMa Terdedah Perceraian

Page 13: Buletin Jakim Disember 2010

Disember 2010 | 1�

Program musim pertama Adik-adikku berjaya merekodkan jumlah penonton hampir sejuta orang sekali gus meletakkan Adik-adikku sebagai program paling popular

di TV1 bagi minggu ke-11 2010.

Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz berkata, berikutan sambutan yang hangat dan komen-komen positif yang diterima, Jakim dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia telah meneruskan pencarian bakat Adik-Adikku bagi musim kedua.

Program ini dilihat sebagai alternatif kepada kanak-kanak yang tidak berkonsepkan hiburan semata-mata kerana ia terbukti mampu mencungkil bakat, karisma, kepimpinan dan membentuk keyakinan diri peserta melalui persembahan mereka di pentas.

Bilangan peserta yang menghadiri uji bakat bertambah dan hanya 16 peserta sahaja dipilih berbanding 20 peserta pada musim pertama. Para peserta telah mendaftar diri di Institut latihan Islam Malaysia (IlIM), Bangi pada 27 November 2010. Majlis Pelancaran disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jakim. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (operasi) Jabatan Penyiaran, Tn. Hj. Abu Bakar Rahim mewakili Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran.

Mereka ini akan mengikuti sesi akademi dikumpulkan selama hampir sebulan dengan kelengkapan penuh dan akan wajib mengikuti kelas pembelajaran melalui kurikulum yang telah diwajibkan bermula 27 November 2010 hingga 25 Disember 2010.

Adik-Adikku MusiM keduA dilAncAr

Majlis tersebut turut memperkenalkan sebanyak 30 penaja yang telah bersetuju memberikan tajaan hadiah berbentuk wang tunai, pakej umrah, pakej pelancongan, komputer riba, buku-buku dan barangan kepada pemenang program realiti Adik-Adikku serta menaja pelbagai jenis barangan dan pakaian sepanjang tempoh sesi peserta di akademi. Antara penajanya ialah IlIM, Gardenia Bakeries (Kl) Sdn Bhd selaku penaja utama, Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Hiraq Marketing & Trading (M) Sdn. Bhd. dan YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd, Iqra’ Pintar Sdn Bhd, Galeri Ilmu Sdn Bhd, Anggerik Avenue, PTS Publications & Distributors Sdn Bhd, Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, UNZA (M) Sdn Bhd, HPA Industries Sdn Bhd, Radio IKIMfm dan Klfm, Hikmah Channel, Proton Holdings Berhad dan banyak lagi.

Seramai 16 peserta terbaik daripada 400 calon yang mengikuti sesi uji bakat di 14 lokasi di seluruh Malaysia telah dipilih. Para peserta berumur lapan hingga 12 tahun dinilai oleh juri dari segi kepetahan berpidato, bertarannum, mengalunkan azan (peserta lelaki) dan bernasyid.

Program musim kedua ini masih meneruskan konsep musim pertama iaitu berteraskan hiburan, pendidikan dan riadah. Berbeza dengan program-program realiti yang lain, peserta program realiti Adik-Adikku yang tersingkir dibenarkan untuk mengikuti semua aktiviti sepanjang berada di akademi sehingga tamat.

Kesemua peserta akan dibimbing oleh guru atau murabbi iaitu Ustaz Zamri Zainuldin, Ameer Azeezy Tuan Abdullah, Badrul Sani Baharudin dan Ustazah Asni Abu Mansor serta diketuai rais, iaitu Encik Farihin Abdul Fatah. Program Adik-adikku bakal m e n e m u i penonton di TV1 mulai 18 Februari depan, pukul 6.30 petang.

Page 14: Buletin Jakim Disember 2010

1� | Disember 2010

Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz menerima kunjungan perpisahan daripada Dato’ Abdul Rahman Hamid, Penasihat

Penyiaran kepada Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi dan juga yang merupakan mantan Pengarah Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran (MEP) Jakim pada 25 November 2010. Dato’ Abdul Rahman Hamid melakukan kunjungan perpisahan ke atas Jakim dan beberapa lagi institusi dan organisasi lain yang pernah beliau berkhidmat dan menabur bakti.

Dato’ abDUL Rahman hamiD - JasamU Dikenang

Masjid Negara dengan Rumah Khitan Sdn. Bhd. Telah berjaya menganjurkan Program Berkhatan Beramai-ramai

sempena cuti persekolahan bagi tahun 2010 yang di Masjid Negara pada 27 November 2010.

Program ini dirasmikan oleh wakil Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Ehsan Mohd. Hosni, Penolong Pengarah Kanan Masjid Negara. Turut hadir ialah penyelaras program, Ustaz Muhammad Shahrin Zulkiply.

Seramai hampir 200 orang kanak-kanak berusia antara 3 hingga 12 tahun yang terdiri daripada pelajar sekolah sekitar lembah Kelang telah mengambil bahagian. Program tahunan yang bermula sejak 1993 sememangnya mendapat

PrograM BerKhaTan BeraMai-raMai SeMPena cuTi PerSeKolahan Tahun 2010

perhatian tiap kali tiba cuti persekolahan. Program ini melibatkan 12 pegawai perubatan swasta yang bertanggungjawab untuk mengkhatankan para peserta. Program ini turut disertai Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Tuan Haji othman Mustapha yang menghantar anak beliau untuk dikhatankan.

Teknik Smart Clamp pula merupakan satu teknik berkhatan cara mudah, cepat dan selamat. Melalui teknik ini, lima orang kanak-kanak dapat dikhatankan setiap jam oleh seorang doktor yang terlatih. Prosedur Smart Clamp boleh dijalankan hampir di mana-mana sahaja kerana ia amat mudah dikendalikan ringkas, bersih dan teratur. Teknik ini juga tidak melibatkan sebarang jahitan dan mudah dijaga.

“Datang biar nampak depan, pulang biar nampak belakang,” kata Dato’ Abdul Rahman sewaktu berucap dalam Majlis Jasamu Dikenang yang dianjurkan oleh Bahagian Media Jakim. Dato’ Ketua Pengarah Jakim mengambil kesempatan turut mengucapkan ribuan terima kasih dan menyampaikan penghargaan atas jasa baik dan bakti yang pernah beliau berikan sewaktu berkhidmat dengan Jakim.

Page 15: Buletin Jakim Disember 2010

Disember 2010 | 1�

PeneMPaTan dan PerTuKaran PegaWai jaKiM Bulan noVeMBer 2010

PerTUkaran

Bil naMa Pegawai greD Dari keTarikh kUaT

kUaSa

1. TUAN HAJI ABD. HAlID BIN SINTolJUSA C (KUP)

BAHAGIAN DAKWAHPEJABAT TIMB. KETUA

PENGARAH (PEMBANGUNAN INSAN)

10.11.2010

2. TUAN HAJI oTHMAN BIN MUSTAPHA JUSA BTIMBAlAN KETUA

PENGARAH (oPERASI)PEJABAT TIMBAlAN KETUA

PENGARAH (DASAR)10.11.2010

3. TAUN HAJI MoHD NoRDIN BIN IBRAHIM JUSA CBAHAGIAN HADHARI DAN PEMBANGUNAN

INSANBAHAGIAN KEMAJUAN ISlAM 10.11.2010

4. TUAN HAJI RAZAlI BIN HAJI SHAHABUDIN JUSA CBAHAGIAN

PENYElIDIKANBAHAGIAN PEMBANGUNAN

INSAN10.11.2010

5. MoHAMAD BIN SAARI JUSA C BAHAGIAN PENERBITANBAHAGIAN PERANCANGAN

DAN PENYElIDIKAN10.11.2010

6. MoHD NoRIZAN BIN ABD GHANI S48JAB. AGAMA ISlAM

MElAKABAHAGIAN lATIHAN 01.11.2010

7.Y. M DATIN RAJA DARUlEHSAN BINTI RAJA ARIFFIN

S48 BAHAGIAN lATIHANBAHAGIAN PEMBANGUNAN

PENDIDIKAN ISlAM01.11.2010

8. MoHD SHoKRI BIN HAJI MUSTAFA S48BAHAGIAN

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN ISlAM

JAB. AGAMA ISlAM MElAKA 01.11.2010

9. MoHD ARIF BIN ABDUl SAMAT S44 JAWI JAIS 01.11.2010

10. HAMDI BIN HAYA S41 IPK SABAH BAHAGIAN DAKWAH 01.11.2010

11. NooRDIANAH BINTI AlWI S41 JAWI lABUAN JAKIM CAW. SABAH 01.11.2010

12. RoSINAH BINTI ABDUllAH S41BAHAGIAN

PERHUBUNGANBAHAGIAN DAKWAH 01.11.2010

13. NoR AISYAH BINTI MoHD YUNUS S41 JAKIM CAW. SABAH BAHAGIAN PERHUBUNGAN 01.11.2010

14. HAFIZAN BIN IBRAHIM S41 JAWI KESUMA 15.11.2010

15. MoHAMMAD ASHRAF BIN IBRAHIM S41 KESUMA JAWI 15.11.2010

16. KU MoHD FIKRIDIN BIN KU YAKUB S27 PENJARA BENToNG JAWI 01.11.2010

17. MoHD NASIR BIN HAMAT S17 PENJARA BENToNG PDRM 01.11.2010

PeneMPaTan

Bil naMa Pegawai greD Darike Tarikh kUaT

kUaSa

1. SHEIKH HADZREI ADAM BIN SEBERI S41 lANTIKAN BARU JAKIM CAW. SABAH 03.11.2010

2. ABDU KHAlIl BIN HASAN S41 lANTIKAN BARU PDRM 02.11.2010

3. NUR FATIHAH BINTI MoHD SIDEK S41 lANTIKAN BARU BAHAGIAN PENYElIDIKAN 08.11.2010

4. SITI FATIMAH BINTI MoHD BoHARI S41 lANTIKAN BARUBAHAGIAN PEMBANGUNAN

PENDIDIKAN ISlAM01.11.2010

5. KHAIRIAMRI BIN AHMAD S41 lANTIKAN BARU JAB. MUFTI SElANGoR 08.11.2010

6. MoHAMAD KHAlIl BIN oSMAN S41 - BAHAGIAN HAB HAlAl 09.11.2010

Page 16: Buletin Jakim Disember 2010

1� | Disember 2010