buletin jakim januari 2010

Download Buletin Jakim Januari 2010

Post on 18-Mar-2016

241 views

Category:

Documents

8 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Buletin Jakim Januari 2010

TRANSCRIPT

  • Januari 2010 |

    JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

    www.islam.gov.my

    PERCUMA

    TAHUN 21 BILANGAN 127 JANUARI 2010 MUHARRAM - SAFAR 1431 H

    QARI DAN QARIAH CILIK TONJOL BAKAT

    QARI DAN QARIAH CILIK TONJOL BAKAT

  • 2 | Januari 2010

    JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

    Kandungan

    Meja Pengarang

    Multaqa Guru SMAN/SMAR Negeri Kedah 3

    Qari dan Qariah Cilik Tonjol Bakat 4

    Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Pendakwa Syarii Bersidang 5

    Simposium Kepimpinan Wanita Hadhari 5

    Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia 6

    Pendakwah Sabah Berhimpun 6

    KP Jakim Bertemu Pegawai Kader di Sabah 7

    Amanat KP Jakim kepada Warga Jakim Sabah 7

    Berita Bergambar 8-9

    Dialong Mahasiswa UKM-Ikmas: Dakwah Multi Etnik 10

    Memantapkan Pensijilan Halal Malaysia 10

    Sampai Bila Kita Harus Bicara; Nafsu Besar, Jiwa Kecil? 11

    TKP (P) Tinjau Projek di Labuan dan Lawas 11

    Konvokesyen Ke-13 Rai Graduan PLD Kudat 12

    Rancangan Realiti TV Kanak-kanak Adik-adikku 12

    Korban PKPU Merentasi Negara 13

    Ekspedisi Kasih Aidiladha di Pos Hendrop, Gua Musang 13

    Jakim Berusaha Wujud Dewan Huffaz 14

    SAR Kampung Baru Penuhi Keperluan Setempat 14

    Senarai Kenaikan Pangkat, Pertukaran dan Lantikan Baru Pegawai Jakim 15

    SIDANG REDAKSI

    PENAUNGDato Haji Wan MohamadDato Sheikh Abdul Aziz

    Ketua PengarahJabatan Kemajuan Islam Malaysia

    PENASIHATMohd Noor Abd. HamidTimbalan Ketua Pengarah

    (Pengurusan) Jakim

    KETUA PENGARANGMohamad Saari

    Pengarah Bahagian Penerbitan

    PENGARANGMohd Yusof Sham

    PENOLONG PENGARANGMohd Firdaus Mohd Suhani

    JURUFOTOJamal Ibrahim

    PENGEDARUnit Edaran

    Bahagian PenerbitanJabatan Kemajuan Islam Malaysia

    Aras 1 & 4, Blok D9, Kompleks D,Pusat Pentadbiran

    Kerajaan Persekutuan62519 Putrajaya

    ATUR HURUF / REKA BENTUKVisual Print Sdn. Bhd.

    Keberkesanan sesuatu usaha atau program dakwah bukanlah bergantung pada berapa besar atau grand sesuatu program, namun perlu melihat pada kesesuaian mengikut tahap golongan sasaran. Zaman sekarang jika tertakluk pada dakwah bil-lisan sahaja, usaha dakwah tidak berkembang dan jumud di takuk lama. Usaha dakwah perlu disesuaikan menggunakan segala medium yang ada di sekeliling dengan mengambil kira demografi sasaran seperti tahap umur, pendidikan, ideologi, bahasa, minat dan sebagainya.

    Baru-baru ini Jakim membuat rakaman rancangan realiti untuk kanak-kanak iaitu Adik-adikku, yang disiarkan di TV1 pada awal tahun 2010. Penganjuran program ini merupakan salah satu usaha dakwah terhadap anak-anak yang sememangnya terdedah kepada hiburan yang sarat di media penyiaran, terutama di kaca televisyen. Program ini mengambil konsep rancangan realiti yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia tanpa mengira umur. Lantaran itu, rancangan Adik-adik dapat menjadi alternatif program realiti berbentuk Islamik, berbeza dengan program kebanyakan yang lebih menjurus kepada hedonisme dan lagho.

    Program seperti ini diharap bukan sahaja sebagai hiburan kepada anak-anak, malah sebagai medium untuk menambah ilmu dan membentuk generasi yang berkualiti. Walaupun program tersebut belum diketahui sambutannya, namun apa yang penting ialah kesannya yang mendalam dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Sebagai ibu bapa pula, kita perlulah pandai menyaring dan menyediakan hiburan yang sesuai kepada anak-anak. Teringat pada bait lirik lagu Raihan yang berjudul Mari Berhibur,Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah, hanya pabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah. Marilah kita menyokong program-program seperti ini.

    Dakwah kepaDa kanak-kanak

  • JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

    Januari 2010 | 3

    Pada 13 hingga 15 November 2009, Bahagian Pembangunan Pendidikan Islam Jakim telah menganjurkan Multaqa Guru Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) Negeri Kedah Tahun 2009 bertempat di Cinta Sayang Golf & Country Resort, Sungai Petani.Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato Jamil Khir Baharom (B). Seramai 120 orang guru-guru SMAN/SMAN negeri Kedah telah mengikuti program ini.Program ini merupakan kesinambungan program multaqa yang diadakan pada siri-siri sebelumnya. Objektif utama program ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan isu semasa pendidikan negara khususnya mengenai perkembangan terkini pendidikan Islam, selain daripada memberi pendedahan kepada peserta tentang ilmu pendidikan, pengetahuan tentang aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah.

    Multaqa Guru SMaN/SMar NeGeri Kedah

    Dalam ucapan perasmian, Dato Jamil Khir menyatakan kerajaan sentiasa memberi perhatian dan komitmen yang tinggi terhadap sistem dan pengurusan pendidikan Islam di negara ini. Sejajar dengan hasrat untuk membangun dan melahirkan modal insan yang berkualiti dan berpengetahuan tinggi, kerajaan telah memperkenalkan program pendaftaran sekolah-sekolah agama negeri dan rakyat pada tahun 2004 sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Program ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran sekolah, melengkapkan prasarana, menyediakan bantuan kewangan dan memelihara kebajikan guru serta murid.Pada masa ini terdapat sebanyak 303 buah Sekolah Menengah Agama seluruh negara iaitu 126 buah SMAN dan 177 buah SMAR. Mengikut statistik terkini bilangan Sekolah Agama Negeri dan Rakyat yang telah berdaftar di bawah program Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) adalah 139 buah (45.87%) iaitu 60 buah SMAN dan 79 buah SMAR. Hanya 17 buah daripada 2,255 SMAN dan SMAR (0.75%) yang berdaftar di bawah program SABK di seluruh negara.

  • 4 | Januari 2010

    Bahagian Pembangunan Pendidikan Islam dan Urus Setia Lepai telah menganjurkan Majlis Tilawah dan Khatam al-Quran Murid-murid KAFA Peringkat Kebangsaan 2009 pada 20 hingga 22 November 2009 bertempat di Auditorium Masjid Putra, Putrajaya.Seramai 27 peserta telah mengambil bahagian bagi mewakili setiap negeri kecuali Sarawak hanya seorang peserta qari. Program ini diadakan bertujuan untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum di kalangan murid-murid KAFA di peringkat kebangsaan di samping mempamerkan bakat dalam bacaan al-Quran. Majlis yang julung kali diadakan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato Dr. Mashitah Ibrahim dan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato Haji Wan Mohamad Dato Sheikh Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha dan En. Mohd Suhail Najid dari Yayasan Taqwa.Majlis dimulakan dengan upacara khatam al-Quran beramai-ramai yang disertai seramai 400 murid KAFA mewakili setiap negeri. Majlis tersebut dipimpin oleh para munabbih yang dilantik khas yang juga merupakan jemaah hakim majlis tilawah.Adik Amir Naufal Mohd Rashid dari Perak telah muncul sebagai juara qari dengan catatan markah sebanyak 80 markah sementara juara qariah pula disandang oleh peserta dari Sabah iaitu adik Nur Fareezah Saharuddin dengan catatan markah sebanyak 79 markah. Kedua-dua mereka memenangi wang tunai RM1,000, piala iringan, set persalinan kain sembahyang bagi qariah dan baju Melayu bagi qari serta sijil penyertaan.Bagi kategori qari, tempat kedua telah disandang oleh peserta dari Kedah iaitu adik Ibrahim Idham Hj. Suhaimi sementara tempat ketiga dimenangi oleh adik Muhammad Afif Rosly dari Perlis.

    Manakala bagi kategori qariah pula, tempat kedua telah disandang oleh peserta dari Johor iaitu adik Ummi Radhwa Mohd Zulkifli dan tempat ketiga adik Nor Azahara Azman dari Kelantan. Dalam ucapan perasmian penutupan, Dato Dr. Mashitah berharap majlis seumpama ini wajar diteruskan pada masa akan datang kerana bakat daripada qari dan qariah dapat dicungkil sejak dari kecil lagi. Beliau juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis ini terutama Yayasan Taqwa atas keprihatinan dan bermurah hati menghulurkan sumbangan.

    Qari dan Qariah Cilik Tonjol BakaT

    JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

  • Pada 6 hingga 8 Disember 2009, Bahagian Penyelarasan Undang-Undang Jakim dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka telah menganjurkan Persidangan Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Pendakwa Syarii Seluruh Malaysia kali ke-5 di Everly Resort Hotel, Tanjung Kling, Melaka. Persidangan yang bertemakan Pencegahan Teras Pelaksanaan Undang-undang Jenayah Syariah telah disertai seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Pendakwa Syarie Negeri dari seluruh Malaysia.Majlis perasmian persidangan disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato Dr.

    Mashitah Ibrahim pada 7 Disember 2009. Dalam ucapannya, beliau mencadangkan penubuhan Jabatan Penguatkuasaan dan Pendakwa Syariah bagi tujuan untuk memantap dan memperkasakan agensi penguatkuasaan syariah di negara ini seperti kewujudan Jabatan Mufti negeri dan Jabatan Kehakiman Syariah negeri.Dalam majlis tersebut, Dato Dr. Mashitah turut melancarkan Buletin Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah. Hadir sama ialah Ketua Pengarah Jakim, Dato Haji Wan Mohamad Dato Sheikh Abdul Aziz, Penasihat Undang-undang Negeri Melaka, Datuk Meor Hashimi Abd. Hamid, Ketua Penolong Setiausaha Negeri Melaka, En. Roslan Mat Nong, dan Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-undang Jakim, Tuan Haji Abdul Latif Ibrahim.

    Pegawai Penguat Kuasa agama dan PendaKwa

    syarii Bersidang

    simPOsium KePimPinan wanita HadHari

    Bahagian Hadhari dan Pembangunan Insan Jakim telah menganjurkan Simposium Kepimpinan Wanita Hadhari Peringkat Kebangsaan bertempat di Hotel Royale Bintang Seremban, Negeri Sembilan pada 23 hingga 25 November 2009. Simposium ini telah dihadiri oleh seramai 60 orang pega