amalan pentaksiran bilik darjah

12
Amalan pentaksiran bilik darjah A. Pengenalan Menurut Dunn (1991) pentaksiran adalah satu proses pengumpulan maklumat oleh guru tentang muridnya dan oleh muridnya sendiri tentang kemajuan mereka. Dalam Kurikulum Bersepadu (Kementerian Pendidikan Malaysia. 1998) pentaksiran ialah proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid secara menyeluruh berasaskan matlamat kurikulum. Menurut Mokhtar Ismail, konsep pentaksiran ialah langkah untuk menentukan sejauh mana seseorang mempunyai sifat tertentu yakni tahap keupayaan, status dan nilai . pentaksiran dibuat bagi tujuan menentukan kedudukan dan pencapaian murid-muird. Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Dalam konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran. Pentaksiran bilik darjah ialah proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap oleh guru secara formatif dan sumatif. Pentaksiran secara formatif adalah bertujuan untuk memperbaiki pembelajaran (assessment for learning) manakala pentaksiran secara sumatif adalah untuk menilai tentang sejauh mana murid telah menguasai apa yang dipelajari

Upload: noorezayu-mohd-said

Post on 23-Dec-2015

109 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

Penilaian dan Pentaksiran

TRANSCRIPT

Page 1: Amalan Pentaksiran Bilik Darjah

Amalan pentaksiran bilik darjah

A. Pengenalan

Menurut Dunn (1991) pentaksiran adalah satu proses pengumpulan maklumat oleh guru

tentang muridnya dan oleh muridnya sendiri tentang kemajuan mereka. Dalam Kurikulum

Bersepadu (Kementerian Pendidikan Malaysia. 1998) pentaksiran ialah proses untuk mengesan

perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid secara menyeluruh berasaskan

matlamat kurikulum. Menurut Mokhtar Ismail, konsep pentaksiran ialah langkah untuk

menentukan sejauh mana seseorang mempunyai sifat tertentu yakni tahap keupayaan, status

dan nilai . pentaksiran dibuat bagi tujuan menentukan kedudukan dan pencapaian murid-muird.

Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau

piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Dalam konteks

pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi

aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang

pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia,

2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai

untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.

Pentaksiran bilik darjah ialah proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap

oleh guru secara formatif dan sumatif. Pentaksiran secara formatif adalah bertujuan untuk

memperbaiki pembelajaran (assessment for learning) manakala pentaksiran secara sumatif

adalah untuk menilai tentang sejauh mana murid telah menguasai apa yang dipelajari

(assessment of learning). Proses Pentaksiran melibatkan aktiviti mengumpul maklumat yang

autentik dan boleh diharap (dependable) tentang prestasi murid secara berterusan (ongoing)

berdasarkan pernyataan kriteria yang jelas dipanggil standard prestasi (performance standard).

Ia juga menggunakan pelbagai kaedah, alat, teknik dan konteks bagi mengelola, merekod,

menterjemah, melapor dan membuat pertimbangan tentang prestasi murid oleh guru semasa

dan sepanjang (formatif) dan di hujung (sumatif) proses pengajaran-pembelajaran berlangsung.

Melaui pentaksiran ini juga kepelbagaian maklumat akan digunakan bagi membuat penilaian

dan melaporkan secara verval atau bertulis tentang prestasi, potensi, pencapaian dan

keperluan murid.

Bagi kedua-dua cara pentaksiran tersebut guru dan murid merujuk kepada satu set pernyataan

standard prestasi yang jelas yang ditetapkan oleh sekolah berdasarkan pernyataan standard

Page 2: Amalan Pentaksiran Bilik Darjah

prestasi yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Pentaksiran dilaksana menggunakan

pelbagai kaedah, alat, teknik dan konteks. Pentaksiran ini adalah penilaian yang dilakukan di

peringkat sekolah seperti kerja praktikal, tugasan bertulis, ujian, kajian dan lain-lain tugasan

yang melibatkan pelbagai mata pelajaran.

Pentaksiran merupakan suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap

pencapaian atau penguasaan kefahaman yang diperolehi oleh seseorang murid. Ia melibatkan

satu penanda atau pengukuran kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada seseorang

murid. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, pencapaian dan pengusaan yang

diterima oleh murid melalui pengajaran yang diajar oleh guru dikuantifikasikan dengan memberi

skor ujian berdasarkan pentaksiran yang dijalankan.

B. Tujuan Pentaksiran

Pentaksiran bertujuan untuk memberi maklumat yang lengkap dan berguna tentang prestasi

pembelajaran kepada murid, guru dan ibu bapa. Ia menggambarkan keupayaan sebenar murid

dalam meguasai pelajaran mereka. Pentaksiaran juga merupakan proses mendapatkan

gambaran tentang prestasi seseorang murid dalam pembelajaran. Melalui pentaksiran dan

kaedah-kaedah yang dilaksanakan, prestasi seseorang murid akan dapat diukur dan dinilai

tahap pengusaan, kefahaman dan pengetahuan tentang sesuatu yang dinilai atau yang telah

dipelajarinya.

Pentaksiran juga bertujuan untuk menilai sejauh mana keberkesanan aktiviti yang dijalankan

oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran itu benar-benar boleh membantu murid

memahami apa yang diajarkan oleh guru. Jika sekiranya aktviti yang dilaksanakan tidak

mencapai objek atau tidak berjaya menarik perhatian murid dalam merangsang pembelajaran

mereka, maka guru boleh membuat penambah baikan atau mencuba aktiviti yang lain.

Keberkesan aktiviti yang dijalankan oleh guru merupakan salah satu pengukur kepada proses

pentaksiran yang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Keseseuaian aktiviti dengan topic atau

tajuk pembelajaran memungkinkan murid-murid dapat meguasai sesuatu ilmu itu dengan lebih

mudah. Kejayaan dalam penguasaan pembelajaran ini mencerminkan penggunaan dan

pelaksanaan aktiviti yang berkesan semasa pengajaran dan pembelajaran.

Pentaksiran juga mempunyai tujuan yang jelas dalam mendapatkan maklumat secara

berterusan bagi mengatasi segala kelemahan yang ada sewaktu proses pengajaran dan

pembelajaran. Pentaksiran yang dijalankan secara berterusan akan dapat mengenalpasti

Page 3: Amalan Pentaksiran Bilik Darjah

kelemahan, kekurangan dan kepincangan sewaktu guru megajar. Jesteru itu, guru akan dapat

megenalpasti kelemahan dan kepincangan tersebut dan seterusnya memperbaiki cara

pengajaran dan pembelajaran agar tidak mengulangi kesilapan yang sama. Maka dengan itu

guru dapat meningkatkan keberkesanan sewaktu pengajaran dan muird dapat mengikuti

pembelajaran dengan lebih baik.

Pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru sememangnya akan dapat meberikan dapatan atau

data yang berguna untuk guru merancang pengajaran dan pembelajarannya. Melaui

pentaksiran ini guru akan menilai dan memproses data dan maklumat tentang prestasi

sesorang muridnya dan seterusnya merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih

tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan muird. Guru dapat melakukan

aktivit yang berbeza mengikut keupayaan dan kebolehan murid berdasarkan prestasi mereka.

Aktiviti yang dirancang akan membantu murid untuk lebih faham dan mudah mengikuti proses

pembelajaran bersesuaian dengan tahap mereka.

Pentaksiran ini akan melibatkan semua murid dalam sesebuah kelas secara efektif. Semua

murid akan dinilai dan ditaksir pencapian dan pengetahuan mereka. Murid akan di skorkan

mengikut keupayaan dan pencapaian masing-masing. Melalui hasil pentaksiran ini maka guru

akan merancang dan melaksanakan semula aktiviti susulan sesuai dengan kebolehan murid.

Aktiviti ini dijangka akan lebih berkesan berbanding sebelumnya. Melaui aktiviti yang baru ini,

maka guru akan dapat memperbaiki kualiti pengajaran dan pembelajarannya secara

berterusan.

C. Keberkesanan Pentaksiran.

Pentaksiran yang berkesan haruslah mempunyai ciri-ciri yang baik seperti keobjektifan,

kebolehtadbiran, kemudahtafsiran dan komprehensif. Ciri-ciri ini akan menentukan bahawa

pentaksiran itu berkesan atau sebaliknya.

Keobjektifan penting dalam menentukan keberkesanan pentaksiran di dalam bilik darjah.

Ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan murid-muird adalah penentu kepada

keseragaman penilaian yang dibuat. Jawapan yang disemak oleh guru seharusnya mempunyai

skema pemarkahan yang seragam bagi memastikan ketelusan dalam pemberian markah untuk

semua murid. Semua keputusan pentaksiran akan disimpan dan menjadi rekod pencapaian

murid. Kebolehpercayaan dan keobjektifan yang telus dalam sistem penandaan dan

pemarkahan merupakan penentu kepada keberkesanan pentaksiran yang dilakukan

terutamanya dalam bilik darjah. Hasil daripada markah yang diperolahi oleh murid, guru akan

Page 4: Amalan Pentaksiran Bilik Darjah

memaklumkan dengan pengetahuannya secara bertanggungjawab berdasarkan indikator-

indikator yang tepat kepada murid, ibubapa dan pihak lain yang memerlukan.

Kebolehtadbiran dalam mengurus dan melaksanakan pentaksiran di peringkat sekolah

khususnya di dalam bilik darjah juga akan membantu keberkesanan perjalanan pentaksiran.

Guru seharusnya merancang dan menentukan bentuk pentaksiran yang hendak dilaksanakan

kepda murid-muridnya. Kebiasaannya aktiviti yang dijalankan bersesuaian dengan tajuk

pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru semasa di dalam kelas. Pemilihan

aktiviti pentaksiran bergantung kepada apa yang hendak dinilai oleh guru. Kepelbagaian

kaedah pentaksiran juga akan dilakukan oleh guru mengikut kesesuaian objektif yang hendak

dicapai. Kecekapan guru dalam membuat dan melaksanakan aktiviti pentaksiran dan

seterusnya melakukan kerja-kerja susulan sekiranya aktiviti tidak berkesan menunjukkan

bahawa kelincinan pihak sekolah dan menguruskan pentaksiran. Kebolehan guru dalam

menguruskan pentaksiran ini secara berpusat atau berasaskan sekolah merupakan penentu

kepada keberkesanannya.

Keberkesanan pentaksiran juga dinilai melalui kemudahtafsiran maklumat tentang calon

berdasarkan skor yang diperolehi. Ia juga boleh mendiskrimasikan calon mengikut tahap

kebolehan dan menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian atau pentaksiran. Hasil daripada

pentaksiran yang dijalankan, maklumat tentang murid boleh dilihat berdasarkan skor yang

diperolehi semasa pentaksiran dijalankan. Guru boleh menganalisis keputusan markah atau

skor calon berdasrkan maklumat yang diperolehi dengan mudah. Melalui keputusan ini juga

guru boleh membuat pengkelasan atau menentukan calon mengikut tahap kebolehan dan

pencapaian. Murid yang lemah akan diletakkan dalam kelompok yang lemah dan proses

pentaksiran yang sesuai dengan tahap dan kebolehan mereka akan dilaksanakan. Begitu juga

dengan murid yang pandai dan mempunyai skor yang baik akan dikelompokkan dalam satu

kumpulan yang lain dan diberikan pentaksiran yang berbeza sesuai dengan kebolehan mereka.

Kebolehtafsiran terhadap pentaksiran yang dijalankan ini menentukan sejauhmana tujuan dan

objektif pentaksiran berkesan menepati kehendak dan matlamat yang diinginkan.

Membina soalan-soalan yang komprehensif yang mengandungi semua objektif penting dalam

pengajaran dan pembelajaran amat penting dan juga salah satu penentu keberkesanan

pentaksiran. Penentuan sukatan dan objektif yang hendak dicapai dalam sesebuah pentaksiran

merupakan perkara awal yang diberikan perhatian. Seterusnya merangka soalan berdasarkan

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) sebagai garis panduan membina item. Seterusnya soalan akan

digubal dan pemilihan soalan-soalan akan dilakukan. Soalan-soalan yang telah dipilih akan

disediakan dalam bentuk kertas soalan. Seterusnya adalaha pembinaan skema jawapan yang

Page 5: Amalan Pentaksiran Bilik Darjah

digunakan untuk mengukur dan menilai pencapaian terhadap pengajaran dan pembelajaran

murid. Semua objektif yang terdapat dalam sesebuah sukatan atau perancangan sesuatu mata

pelajaran seharusnya ada dinilai dalam soalan yang dihasilkan. Kesemua kemahiran dan hasil

pembelajaran yang hendak dikuasai oleh murid mestilah dimasukkan dalam soalan agar

pentaksiran ini lebih bersifat komprenhensif. Maka dengan itu, keberkesanan pentaksiran akan

lebih terserlah jika amalan penyediaan soalan ini mengikut panduan yang sebenarnya.

D. Perlaksanaan Pentaksiran

Pentaksiran merupkan sebahagian daripada strategi pengajaran dan pembelajaran yang

dilaksanakan di dalam bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran yang baik seharusnya

mempunyai pentaksiran yang bergerak seiring dan tidak boleh dipisahkan atau diguna secara

berasingan atau bersendirian. Tujuan utama pentaksiran ialah memberikan sokongan dan

mekanisma kepada murid untuk memperbaiki pembelajaran mereka serta dapat meningkatkan

pencapaian dalam sesuatu mata pelajaran. Melalui pentaksiran ini juga guru dapat memperbaiki

pengajaran mereka dan secara keseluruhan dapat menilai sejauhmana pentaksiran ini dapat

menyumbang kepada keberkesanan program dan aktiviti yang dijalankan. Oleh yang demikian,

semasa menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT), perkara berikut hendaklah

diambilkira:

Pentaksiran tentang pembelajaran

Pentaksiran untuk pembelajaran

Strategi pengajaran dan pembelajaran; dan

Pembangunan pengetahuan yang diperlukan, kemahiran dan pemahaman di

samping nilai dan sikap.

Rancangan Pelajaran Tahunan perlu berdasarkan kepada keperluan kurikulum dan garis

panduan pentaksiran yang telah ditetapkan.

Standard pentaksiran perlu diketahui dan difahami oleh semua murid dan ibu bapa pada awal

proses pembelajaran. Aktiviti yang relevan perlu disertai dengan bentuk dan kaedah

pentaksiran yang bersesuaian, contohnya rubrik yang akan digunakan. Setiap aktiviti yang

direkodkan sepatutnya terdiri daripada kejayaan satu siri tugasan yang bermakna dan

berkesan.

Pentaksiran boleh dibuat dengan beberapa kaedah seperti melalui pemerhatian, lisan dan

penulisan. Pemerhatian dibuat apabila sukar hendak dikesan melalui kaedah lisan atau melalui

kerja bertulis para pelajar. Biasanya penilaian dibuat melalui sikap, perlakuan, proses atau hasil

Page 6: Amalan Pentaksiran Bilik Darjah

kerja amali, lukisan, kraf tangan dan sebagainya. Pentaksiran secara lisan pula mengesan

secara serta-merta tentang penguasaan pengetahuan, kefahaman, konsep, kemahiran,

perlakuan amalan dan sikap pelajar. Biasanya penilaian jenis ini dilaksanakan melalui aktiviti

seperti bersoal- jawab, perbincangan, kuiz, hafazan, bercerita dan sebagainya. Manakala

pentaksiran melibatkan penulisan seperti aktiviti menyemak dan memeriksa hasil tugasan

daripada kerja bertulis para pelajar seperti lembaran kerja ujian bertulis, laporan projek,

karangan, taksir graf, peta, jadual atau carta. Setiap penilaian dan pentaksiran hendaklah

dikendalikan oleh guru untuk menilai sendiri pelajarnya secara berterusan berdasarkan hasil

pembelajaran yang telah ditentukan. Pengumpulan eveden pentaksiran boleh dilaksanan

dengan menggunakan beberapa kaedah seperti pencerapan. ujian, tugasan atau pentaksiran

prestasi, pentaksiran kendiri, rakan sebaya dan kumpulan,

Pentaksiran melalui cerapan biasanya kurang berstruktur dan terancang. Ia biasanya dilakukan

di dalam bilik darjah sewaktu pengajaran dan pembelajaran. Pencerapan selalunya dilakukan

untuk menilai interaksi murid antara satu sama lain. Proses memberikan pendapat, pandangan

dan hujah oleh murid akan memperlihatkan kebolehan dan kefahaman murid dalam menguasai

sesuatu topic pembelajaran. Penilaian sikap dan keterampilan daya kepimpinan juga boleh

dibuat melalui kaedah pencerapan ini. Biasanya pencerapan dibuat dalam tugasan untuk

mendapatkan hasil penyelesaian yang berfisat umum dimana murid bebas dan tidak terikat

untuk memberikan pendapat dan idea masing-masaing. Kaedah pencerapan ini lebih mudah

berbanding kaedah-kaedah yang lain. Walau bagaimanapun pencerapan perlu mempunyai

tujuan dan dijalankan dengan menggunakan suatu instrumen cerapan yang bersesuaian.

Kelebihan pencerapan ialah ia mengurangkan penyimpanan rekod, seperti senarai semak dan

skala pengadaran (rating scale) yang hanya memerlukan sedikit catatan dan masa untuk

merekod.

Berbeza dengan pentaksiran secara pencerapan, pentaksiran melalui ujian lebih berstruktur

dan tegar. Biasanya pembinaan soalan adalah secara berpusat atau selaras dalam sesebuah

sekolah. Ia membolehkan guru mengumpul eviden yang sama dan seragam untuk dibaut

penilaian oleh murid-muird. Semua murid akan terlibat dalam pentaksiran berbantuk ujian ini

secara serentak dalam tempoh masa atau waktu yang sama.Hasil daripada pentaksiran melalui

ujian ini, skor akan diberikan berdasarkan kebolehan pelajar melepasi setiap eviden tentang

pembelajaran yang dikemukakan. Sekiranya ujian ini digunakan dengan betul, maka ia menjadi

sebahagian daripada kurikulum yang penting kerana ia memberikan eviden yang baik tentang

apa yang telah dipelajari.

Page 7: Amalan Pentaksiran Bilik Darjah

Ujian dalam pentaksiran di sekolah atau di dalam bilik darjah boleh dilaksanakan secara

manual seperti penggunaan kertas-pensil, papan tulis dan lisan atau berbantukan komputer

secara online atau offline. Item-item ujian boleh disediakan oleh pihak sekolah di bawah

kelolaan panitia mata pelajaran atau guru-guru mata pelajaran yang berkenaan. Bagi

pentaksiran peringkat daerah, negeri atau kebangsaan penyediaan ítem-item ini biasanya akan

disediakan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri atau Lembaga

Peperiksaan. Walaupun demikian, pengendaliannya adalah oleh guru sendiri sama ada secara

manual atau berbantukan komputer.

Seterusnya ialah pentaksiran berbentuk tugasan atau pentaksiran prestasi murid-murid.

Berbanding pentaksiran melalui ujian, pentaksiran tugasan kurang berstruktur dan melibatkan

tugasan yang menilai aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap murid dalam pelbagai situasi

dan konteks yang sebenar. Pentaksiran prestasi meliputi komponen praktikal sesuatu mata

pelajaran di mana murid akan melakukan tugasan secara praktikal dan guru akan membuat

penilaian. Pentaksiran ini melihat bagaimana seseorang murid dapat melakukan tugasan yang

diberikan di samping menggunakan segala pengetahuan, kefahaman dan teori yang telah

dipelajarinya ketika melakukan proses amali. Pemarkahan diberikan dengan menentukan

bagaimana murid menggabungkan teori dalam amalan kerja atau tugasan mereka. Ia

merupakan pentaksiran yang autentik kerana murid mempunyai gaya yang tersendiri untuk

belajar. Antara contoh tugasan yang diberikan kepada murid ialah projek, pameran,

penyampaian visual dan lisan, debat, simulasi komputer dan persembahan.

Seterusnya kaedah pentaksiran yang dilaksanakan dalam pentaksiran di dalam bilik darjah

ialah pentaksiran kendiri. Pentaksiran kendiri memerlukan perhatian khusus daripada guru

kerana mungkin ramai murid memerlukan bantuan mempelajari bagaimana untuk menilai

kemahiran akademik dan prestasi dengan tepat. Murid perlu dimaklumkan tentang kriteria tugas

khusus untuk prestasi (pentaksiran rujukan kriteria). Murid juga mungkin memerlukan bantuan

dalam mempelajari bagaimana untuk menyimpan rekod dan mengulas ringkasan kerja. Refleksi

ke atas pembelajaran seseorang adalah komponen yang amat penting dalam pembelajaran.

Pentaksiran rakan sebaya, menggunakan senarai semak atau rubrik, membantu murid sama

ada yang ditaksir atau yang mentaksir. Perkongsian kriteria untuk pentaksiran memberi kuasa

kepada murid untuk menilai prestasi mereka sendiri dan juga rakan mereka. Kebolehan untuk

bekerja bersama rakan lain dalam satu kumpulan dengan berkesan adalah satu daripada hasil

kritis.

Page 8: Amalan Pentaksiran Bilik Darjah

Pentaksiran kerja berkumpulan memberi eviden daripada aspek kerjasama, bantu membantu,

pengagihan kerja dan sumbangan setiap individu melalui satu produk. Pentaksiran kerja

berkumpulan dinilai melalui proses selain daripada produk atau hasil kerja. Ia melibatkan

pentaksiran kemahiran sosial, pengurusan masa dan kedinamikan kumpulan, selain daripada

hasil kerja kumpulan.

Peluang untuk menggunakan pelbagai instrumen amat penting bagi kedua-dua pentaksiran

untuk pembelajaran dan juga pentaksiran tentang pembelajaran. Isu penting ialah instrumen

mestilah sepadan dengan apa yang ditaksir. Eviden yang bersesuaian dan mencukupi mesti

dikumpulkan dan ia mesti dijelaskan kepada murid sama ada mereka sedang melalui proses

pentaksiran untuk pembelajaran atau pentaksiran tentang pembelajaran.

E. Penutup

Pentaksiran bilik darjah adalah prosedur yang digunakan untuk memberi maklum balas kepada

guru mengenai tahap penguasaan dan kefahaman pelajar terhadap objektif dan isi kandungan

yang telah diajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Dalam aspek proses, terdapat

beberapa peringkat pelaksanaan pentaksiran bilik darjah yang perlu dilaksanakan oleh guru.

Proses dimulakan dengan menentukan silibus atau isi pelajaran yang terkandung dalam

rancangan pelajaran. Soalan yang dibina perlukan berdasarkan JSU sebagai garis panduan

membina item. Proses seterusnya adalah penggubalan soalan, pemilihan dan penyelarasan

soalan, prauji dan penyediaan kertas soalan. Seterusnya adalah pembinaan skema jawapan

yang digunakan untuk mengukur dan menilai pencapaian terhad dan pembelajaran kompleks.

Proses ini diikuti oleh mentadbir ujian, memeriksa, memberi skor serta menganalisis item

dengan menggunakan pendekatan terbaik dalam melaksanakan pentaksiran. Hasil maklumat

yang diperoleh, akan dilaporkan kepada pihak-pihak berkenaan supaya tindakan susulan dan

pemantauan dapat dijalankan dari semasa ke semasa.

Oleh itu, dapatlah disimpulkan di sini bahawa pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan

maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu

proses. Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses

pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan

menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan.

Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi

pembelajaran murid-murid.

Page 9: Amalan Pentaksiran Bilik Darjah