risalah aidil adha - mufti.kedah.gov.mymufti.kedah.gov.my/images/pdf/risalah qurban 2015.pdf ·...

8
JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH DARUL AMAN Risalah Perlaksanakan Korban & Hikmahnya Aidil Adha EDISI 1436 / 2015

Upload: lamthuy

Post on 19-Feb-2018

249 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Risalah Aidil Adha - mufti.kedah.gov.mymufti.kedah.gov.my/images/PDF/RISALAH QURBAN 2015.pdf · Untaian Mutiara Dengan nama Allah ... • Hikmah yang paling jelas ditunjukkan adalah

JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Risalah

Perlaksanakan Korban & HikmahnyaAidil Adha

EDISI 1436 / 2015

Page 2: Risalah Aidil Adha - mufti.kedah.gov.mymufti.kedah.gov.my/images/PDF/RISALAH QURBAN 2015.pdf · Untaian Mutiara Dengan nama Allah ... • Hikmah yang paling jelas ditunjukkan adalah

Untaian Mutiara

Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Segala puji ke hadrat Allah SWT serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang menjadi cermin keteladanan buat ummah sepanjang zaman, serta kepada seluruh keluarga baginda, para sahabat dan mereka yang sentiasa mengikut jejak baginda hingga ke hari perhitungan kelak. Ibadat korban ini mempunyai nilai yang amat tinggi dan juga hikmah yang cukup besar dari sudut ibadah dan kemasyarakatan. Dalam erti kata lain, ibadat korban merupakan penyaksian dan ketakwaan kita terhadap Allah SWT. Ia juga adalah satu cara untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya ialah amal ikhlas yang bedasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira [dengan balasan yang sebaik-baiknya] kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya." { Surah Al-Haj : 37 }

Selain itu, ia memberi peluang kepada setiap manusia untuk menyucikan dirinya daripada sebarang penyakit hati dan juga dari segala dosa-dosa yang mungkin melekat di jiwa. Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:

"Tidaklah anak Adam mengerjakan sesuatu perkataan pada hari korban yang lebih dicintai Allah dari mengalirkan darah haiwan korban. Sesungguhnya haiwan tersebut akan datang pada hari kiamat dengan tanduk, kuku, dan bulunya. Sesungguhnya darah haiwan akan diterima Allah sebelum jatuh di tempat sembelihannya. Maka sucikanlah diri kamu dengan menyembelih haiwan korban." ( Hadith Riwayat Ibmi Majah & Tarmizi )”

Dari sudut lain, Ibadat korban adalah satu mekanisme yang konkrit untuk mempersatukan jalinan kemesraan dan kasih sayang sesama masyarakat. Mereka yang berkemampuan melakukan ibadat korban ini akan mengagih-agihkan sebahagian daging korban tersebut kepada golongan yang kurang bernasib baik terutamanya golongan fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim dan seumpamanya. Semua ini adalah manifestasi makna kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat yang tiada terhitung oleh manusia.

Demikianlah hikmat ibadat korban yang menyerikan lagi suasana Hari Raya Aidiladha yang menyaksikan satu kesedaran atau keinsafan yang cukup tinggi di kalangan umat islam untuk mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan ummah sejagat. Di samping itu, ibadat korban bertindak sebagai wahana pembersihan harta dan juga jiwa sanubari diri setiap individu Muslim. Mudah-mudahan ibadah korban yang dilakukan oleh setiap Muslim sepanjang Hari Raya Aidiladha diterima Allah SWT.

Selamat melaksanakan ibadah korban kepada seluruh muslimin dan muslimat.Wabillahi Taufiq wal Hidayah Wassalamualaikum WBT,

DATO’ PADUKA SYEIKH MUHAMAD BADERUDIN BIN HAJI AHMADDHMS., DSDK., BKM.Mufti Negeri Kedah Darul Aman

Sahibus Samahah Mufti Negeri Kedah Darul Aman

Assalamualaikum WBT

Page 3: Risalah Aidil Adha - mufti.kedah.gov.mymufti.kedah.gov.my/images/PDF/RISALAH QURBAN 2015.pdf · Untaian Mutiara Dengan nama Allah ... • Hikmah yang paling jelas ditunjukkan adalah

Adalah menjadi satu perkara yang disebut bersama apabila tiba hari raya Aidil Adha, maka sembelihan ataupun korban dijalankan bersama. Dalam masa yang sama umat Islam yang berada di tanah suci meraikan Hari Raya Haji bagi yang menunaikan haji iaitu salah satu rukun Islam yang kelima, Pada hari raya inilah disunatkan kepada umat Islam agar melakukan korban binatang sembelihan bagi menzahirkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT di atas nikmat yang dikurniakan agar dapat dikongsi bersama kepada orang yang memerlukan. Inilah menunjukkan bahawa syiar Islam yang begitu meluas.

Menyoroti dua kisah pengorbanan agung yang amat popular di kalangan masyarakat Islam sepertimana yang berlaku di zaman Nabi Adam AS dan Nabi Ibrahim AS. Kisah yang berbeza jalan cerita tetapi menunjukkan kepada kita semua erti pengorbanan yang sebenar.

Kisah Nabi Adam yang mengkehendaki anak-anaknya, Habil dan Qabil mempersembahkan korban masing-masing. Habil yang memilih ternakan kibas yang paling baik sebagai korban manakala Qabil menyediakan barang ladangan yang buruk dan tidak segar untuk dipersembahkan. Kehendak Allah SWT yang memilih korban Habil kerana keihlasan Habil dan rela hatinya. Kibas itulah yang hidup di syurga sampai ke zaman Nabi Ibrahim.

Ketika Nabi Ibrahim AS diperintahkan Tuhan supaya menyembelih anaknya Ismail, Nabi Ibrahim AS akur perintah Tuhannya. Kibas daripada korban Habil itu diturunkan semula dari syurga sebagai penebus atau pengganti daripada menyembelih anaknya.

Sejarah Korban Dalam Islam

Page 4: Risalah Aidil Adha - mufti.kedah.gov.mymufti.kedah.gov.my/images/PDF/RISALAH QURBAN 2015.pdf · Untaian Mutiara Dengan nama Allah ... • Hikmah yang paling jelas ditunjukkan adalah

Korban Menurut Definisi UlamaKorban ialah sembelihan binatang, iaitu unta, lembu, kambing dan biri-biri. Ibn Manzur dalam Lisan al-Arab berpendapat demikian kecuali tambahannya ialah memberi maksud jelas, zahir dan terang. Antara definisi dan maksud qurban pada istilah ialah:

• Korban ini bertujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah SWT dan dilakukan pada Hari Raya Korban.

• Dalam al-Qamus al-Fiqhi menyebut, “udhiyyah” adalah bintang sembelihan yang khusus dengan niat

mentaati Allah dengan waktu yang khusus.

• Dr. Wahbah al-Zuhaili berkata binatang an’am (yang berkaki empat) yang disembelih pada hari raya dan

hari tasyrik dengan tujuan bertaqarrub kepada Allah SWT.

• Sembelihan bintang yang khusus dengan niat menghampirkan diri kepada Allah SWT pada waktu yang

khusus.

Hukum korban ialah sunat muakkad tetapi kadangkala menjadi wajib dengan dua sebab:

Pertama: Apabila seseorang mengisyaratkan binatang milikannya yang boleh dijadikan korban sambil berkata: “Inilah korbanku” atau “Aku akan korbankan kambing ini.” Dengan itu, dia wajiblah melakukannya.

Kedua: Apabila seseorang berazam hendak melakukan korban untuk mendampingkan diri kepada Allah dengan berkata: “Aku mewajibkan diriku berkorban kerana Allah.” Lantas menjadi wajib kepadanya melaksanakan korban itu kerana ia bersamaan dengan melakukan nazar.

Korban ialah ibadat. Setiap korban yang dilakukan kerana ibadat mempunyai hikmah dan faedah selain daripada mengabdikan diri kepada Allah SWT. Hal ini sama dengan ibadat-ibadat yang lain, antaranya:

• Hikmah yang paling jelas ditunjukkan adalah berdasarkan kisah agung pengorbanan Nabi Adam dan Nabi

Ibrahim. Inilah pengorbanan yang sebenar di mana berlaku apabila perkara yang disukai dikorbankan

atau diberikan kepada orang lain.

• Di samping hikmah tersebut, ibadat korban juga menolong orang fakir dan orang yang berhajat serta

menggembirakan mereka, anak isteri dan keluarga pada hari raya.

• Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara anggota masyarakat Islam dan menanamkan

semangat hidup berjemaah serta berkasih sayang.

Hikmah Melakukan Korban

Hukum Melakukan Korban

Page 5: Risalah Aidil Adha - mufti.kedah.gov.mymufti.kedah.gov.my/images/PDF/RISALAH QURBAN 2015.pdf · Untaian Mutiara Dengan nama Allah ... • Hikmah yang paling jelas ditunjukkan adalah

Disunatkan melakukan korban bagi orang-orang yang cukup syarat-syarat berikut:

• Islam• Baligh dan Berakal• Berkemampuan

Binatang yang Disyariatkan untuk Korban dan Umurnya

Siapa Yang Dituntut Untuk Melakukan Korban?

Korban hanya sah dengan unta, lembu, kambing dan biri-biri

Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

Maksudnya: Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya supaya

mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaan-Nya kepada mereka, binatang-binatang

ternak yang disembelih itu. (Surah al-Haj: 34)

Sa’di Abu Jaib dalam Mausu’ah al-Ijma’ berkata: Sesungguhnya ijma’ para ulama bahawa tidak sah korban kecuali unta, lembu, kambing, biri-biri dan sejenis dengannya, sedangkan berkorban dengan haiwan lain tidak memadai.

Binatang yang afdhal dijadikan korban ialah unta, diikuti lembu dan kambing. Harus berkorban dengan seekor unta jantan atau betina atau lembu untuk tujuh orang. Hal ini berdasarkan hadis, daripada Jabir RA, katanya:

Maksudnya: “Kami berkorban bersama-sama Rasulullah SAW pada tahun Hudaibiyah dengan seekor unta

untuk tujuh orang dan seekor lembu untuk tujuh orang.” Riwayat Muslim (1318)

Berkaitan dengan umur unta yang hendak dikorban, maka disyaratkan masuk tahun keenam. Umur lembu dan kambing telah masuk tahun ketiga, manakala umur biri-biri pula telah masuk tahun kedua atau telah tanggal gigi hadapannya sekalipun umurnya belum sampai setahun.

Page 6: Risalah Aidil Adha - mufti.kedah.gov.mymufti.kedah.gov.my/images/PDF/RISALAH QURBAN 2015.pdf · Untaian Mutiara Dengan nama Allah ... • Hikmah yang paling jelas ditunjukkan adalah

Waktu KorbanWaktu ibadah korban bermula selepas terbit matahari pada Hari Raya Korban, iaitu sekadar tempoh masa dua rakaat solat sunat hari raya dan dua khutbah. Waktu tersebut berterusan sehingga matahari terbenam pada hari tasyriq yang akhir. Hari tasyriq ialah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Waktu yang afdhal menyembelih binatang korban ialah setelah selesai solat sunat hari raya.

Sunat Sebelum dan ketika Melakukan KorbanSebelum menjelangnya 10 Zulhijjah, seseorang yang berazam melakukan sembelihan korban, sunat baginya supaya tidak menghilangkan bulunya seperti rambut, janggut, misai dan lain-lain dan kukunya sehingga dilakukan penyembelihan. Oleh itu, hendaklah menjaga kedua-duanya dengan baik. Hal ini berdasarkan hadis, daripada Nabi SAW, sabdanya:

Maksudnya: “Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah, dan antara kamu ada yang hendak melakukan ibadat korban, maka janganlah dia membuang bulu dan kukunya.” (Riwayat Muslim)

Orang yang berkorban, sunat menyembelihnya sendiri. Jika tidak dapat membuat demikian kerana uzur dan sebagainya, maka hendaklah dia menyaksikan penyembelihan tersebut. Hal ini berdasarkan hadis, Rasulullah SAW bersabda kepada Fatimah R.Anha:

Maksudnya: “Bangun dan pergilah ke tempat penyembelihan korban kamu dan saksikanlah sendiri kerana dengan titisan darahnya yang pertama akan diampunkan dosa kamu yang teerdahulu. Fatimah bertanya: Wahai Rasulullah! Ini adakah khas untuk kita Ahlil Bait sahaja atau untuk kita dan orang Islam keseluruhannya? Jawab Rasulullah SAW: Bahkan untuk kita dan untuk orang Islam seluruhnya.” (Riwayat al-Hakim dengan sanad yang sahih)

Page 7: Risalah Aidil Adha - mufti.kedah.gov.mymufti.kedah.gov.my/images/PDF/RISALAH QURBAN 2015.pdf · Untaian Mutiara Dengan nama Allah ... • Hikmah yang paling jelas ditunjukkan adalah

Lembu Pemberian Kerajaan Negeri KedahAdakah Ianya Boleh Dijadikan KORBAN

Pada asasnya lembu yang diberikan oleh Kerajaan Negeri sempena Aidil Adha atas nama jabatan TIDAK BOLEH DIJADIKAN KORBAN kerana ianya atas nama satu jabatan secara umum, tidak khusus. Terjadinya hukum korban hendaklah lembu itu diletakkan atas nama individu secara paling maksima 7 orang individu menepati 7 tompok / bahagian bagi seekor lembu korban.

Namun, lembu itu BOLEH DIJADIKAN KORBAN jika Wakil Kerajaan Negeri yang menyerahkan lembu itu kepada seorang individu dari jabatan yang menerima (sama ada individu tersebut Ketua Jabatan atau mana-mana kakitangan jabatan itu) sebagai penerima bagi pihak jabatan.

Syaratnya, sebelum disembelih (pada hari raya Aidil Adha atau hari tasyrik) hendaklah dimasukkan 6 individu yang lain atau dipilih 7 individu dari kakitangan jabatan untuk memenuhi 7 tompok bagi seekor lembu korban. Adalah dicadangkan penama tersebut dipilih dari kalangan kakitangan yang kurang berkemampuan untuk menyertai korban pada tahun tersebut.

Seelok-eloknya 7 individu berkenaan menyedekahkan daging korban itu kepada kakitangan lain dari jabatan yang sama agar hikmah dari korban dapat dinikmati bersama.

Page 8: Risalah Aidil Adha - mufti.kedah.gov.mymufti.kedah.gov.my/images/PDF/RISALAH QURBAN 2015.pdf · Untaian Mutiara Dengan nama Allah ... • Hikmah yang paling jelas ditunjukkan adalah

JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH DARUL AMANAras 3, Bangunan Mahkamah Syariah & Jabatan Mufti,

Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Bandar Mu’adzam Shah, Anak Bukit, 06550 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Tel (04) 731 2800 Faks (04) 732 0807 Email [email protected]