assignment ctu

30
PENDAHULUAN Seluruh aktiviti Mukmin yang dilakukan dengan niat yang baik dan cara yang tidak bercanggah dengan syariah Islam, sama ada bertujuan untuk melaksanakan hak Allah, diri sendiri, insan lain atau hak persekitaran, dianggap sebagai ibadah. Ibadah dalam pengertian yang luas dan menyeluruh merupakan tujuan manusia dicipta oleh Allah. Ibadah berperanan sebagai motiyasi asas yang mendorong segala tingkah laku Muslim. Ibadah juga mengandungi dua kategori iaitu ibadah khusus dan ibadah umum. Para ulama usul fiqah menggunakan istilah 'urusan ibadah' sebagai menggantikan istilah 'ibadah khusus', dan istilah 'urusan muamalat' sebagai menggantikan istilah 'ibadah umum'. Ibadah membabitan keimanan, keilmuan dan amal yang ihsan. Keimanan itu bukanlah dengan berangan sahaja tetapi keimanan adalah ketetapan dalam hati dan diakui dengan amalan. Untuk melaksanakan ibadah dengan baik, setiap Muslim perlu mempunyai beberapa kekuatan asas seperti kekuatan akidah, ilmu, ekonomi, budi pekerti, ikatan masyarakat, jihad dan ijtihad (Sayid Sabiq, 1978). 4.2 PENGERTIAN IBADAH

Upload: independent

Post on 09-Jan-2023

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENDAHULUAN

Seluruh aktiviti Mukmin yang dilakukan dengan niat yang baik

dan cara yang tidak bercanggah dengan syariah Islam, sama ada

bertujuan untuk melaksanakan hak Allah, diri sendiri, insan

lain atau hak persekitaran, dianggap sebagai ibadah. Ibadah

dalam pengertian yang luas dan menyeluruh merupakan tujuan

manusia dicipta oleh Allah. Ibadah berperanan sebagai motiyasi

asas yang mendorong segala tingkah laku Muslim. Ibadah juga

mengandungi dua kategori iaitu ibadah khusus dan ibadah umum.

Para ulama usul fiqah menggunakan istilah 'urusan ibadah'

sebagai menggantikan istilah 'ibadah khusus', dan istilah

'urusan muamalat' sebagai menggantikan istilah 'ibadah umum'.

Ibadah membabitan keimanan, keilmuan dan amal yang ihsan.

Keimanan itu bukanlah dengan berangan sahaja tetapi keimanan

adalah ketetapan dalam hati dan diakui dengan amalan. Untuk

melaksanakan ibadah dengan baik, setiap Muslim perlu mempunyai

beberapa kekuatan asas seperti kekuatan akidah, ilmu, ekonomi,

budi pekerti, ikatan masyarakat, jihad dan ijtihad (Sayid

Sabiq, 1978).

4.2 PENGERTIAN IBADAH

Maksud ibadah adalah taat, tunduk dan patuh serta menyerah

diri. Manusia yang menyerah diri kepada Allah, taat kepada

hukum-hukumNya, bermakna ia menjadi abdi kepada Allah.

Sebaliknya mereka yang tunduk dan patuh kepada selain Allah,

akur kepadanya, maka mereka menjadi abdi kepada selain Allah.

Seseorang yang mentaati yang lain tanpa keizinan oleh Allah,

jadilah ia beribadah kepada manusia tersebut. Menurut Imam

Ja'far as-Sadiq (Muhammad Haidari, t.thn), "Sesiapa yang

mentaati seorang dalam maksiat maka sesungguhnya ia telah

mengabdikan diri kepadanya". Allah s.w.t telah berfirman

dengan maksudnya,

Tidaklah Aku ciptakanjin dan manusia kecuali agar mereka

beribadah kepadaKu

(Ad-Dzaariaat: 56)

Ibadah dalam Islam mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang

berbeza sama sekali dengan konsep ibadah di dalam agama dan

kepercayaan yang lain. Antara ciri-ciri tersebut ialah tidak

ada sebarang perantaraan di antara manusia dan Allah dan

ibadah dalam Islam tidak terikat dengan sesuatu tempat yang

tertentu. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud,

Seluruh muka burnt ini adalah dijadikan masjid untukku, suci

dan bersih (Riwayat Al-Bukhari)

Diwajibkan jin dan manusia beribadah kepada Allah supaya

mendapat keredhaan Allah dan ganjaran yang cepat di dunia dan

ganjarannya yang ditangguhkan di akhirat. Allah tidak mendapat

sebarang manfaat daripada ketaatan manusia dan tidak pula rugi

dari perbuatan maksiat hambanya. Sebenarnya yang rugi adalah

manusia itu sendiri samada di dunia atau di akhirat nanti.

4.3 PEMBAHAGIAN IBADAH

Ibadah terdiri dari berbagai-bagai bentuk, bukan satu macam

sahaja sehingga jin dan manusia tidak merasa jemu dalam

menunaikan ibadahnya. Peningkatan ibadah berbeza dan beraneka

rupa dan sesuai dengan segala perangai, persiapan dan

kecenderungan manusia itu sendiri. Firman Allah yang

bermaksud,

Sesungguhnya usaha kamu memang berbeza-beza (Al-Lail: 4)

Terdapat berbagai-bagai bentuk ibadah dapat dilakukan oleh

seseorang Muslim seperti memberi sedekah kepada anak yatim,

membuang duri dari jalanraya, menulis kertas kerja, menjadi

ahli dalam gerakan dakwah, bekerja mencari nafkah untuk

keluarganya dan lain-lain lagi. Islam merangkumi segala

aktiviti manusia sehingga makan minum dan berehat pun boleh

menjadi ibadah jika ia berniat untuk mengumpulkan tenaga untuk

memperjuangkan perkara-perkara yang baik seperti yang disuruh

oleh agama Islam. Ulama' telah menghuraikan persoalan ibadah

ini dalam konteks ibadah khusus dan ibadah umum.

4.3.1 Ibadah Khusus

Ibadah khusus melibatkan segala aktiviti yang dilakukan oleh

Muslim untuk menunaikan hak Allah ke atas diri mereka. Ibadah

ini mempunyai tiga unsur yang penting :

i. Unsur matlamat (niat) : Hanya Allah sahaja yang patut

disembah dan tidak ada sebarang unsur syirik dalam penyembahan

itu (Nik Azis, 1986).

ii. Unsur pelaksanaan : Aktiviti menyembah Allah dilaksanakan

mengikut cara-cara terperinci yang ditunjukkan oleh syariah

Islam. Segala cara untuk melaksanakan ibadah khusus ditetapkan

melalui wahyu dan semua cara yang direka dalam melaksanakan

ibadah khusus adalah tertolak secara automatik dan dianggap

bidaah.

iii. Unsur penilaian : Aktiviti ibadah khusus yang mempunyai

'jiwa ibadah' seperti ikhlas, khusyuk dan 'hadir hati' sahaja

yang diterima oleh Allah.

Di antara contoh ibadah khusus ialah seperti solat, puasa,

zakat, haji, zikir dan seumpamanya.

- Solat Sebagai Contoh Ibadah Khusus

Solat merupakan ibadah khusus yang utama. Selain dari

berperanan sebagai 'tiang agama' ia mempunyai kesan yang amat

besar ke arah mendidik jiwa manusia dan mempunyai banyak

hikmah jika dilakukan dengan sempurna. Namun apa yang sangat

dikesalkan ialah ramai daripada umat Islam kini umumnya,

memandang ia sebagai suatu yang enteng. Ada yang merasakan

solat tidak memberi apa-apa faedah. Terdapat sesetengah

golongan yang sengaja meninggalkan solat pada waktu yang

diwajibkan ke atasnya ketika itu dengan alasan untuk

menggantikannya (qada') nanti. Malah terdapat sesetengah pihak

yang menganggap solat Jumaat hanya diwajibkan sekali bagi tiga

minggu sedangkan ia adalah merupakan kefarduan setiap minggu.

Itulah gambaran ringkas betapa tipisnya anggapan mereka

terhadap solat (Kasim bin Awang, 1990).

Seseorang yang melakukan solat akan mendapat ketenangan dan

keriangan di hatinya, kerana solat yang dilakukan secara

berterusan akan menghubungkan hamba dengan Allah secara

langsung dan pada setiap masa. Ketenangan dan keriangan yang

dicapai melaluinya tidak dapat digambarkan oleh kata-kata atau

lukisan, bahkan hanya jiwa yang mengalaminya dapat menilai.

Bermula dari amalan mengambil wuduk, anggota seseorang itu

sentiasa bersih dan bercahaya. Setiap pergerakan dalam rakaat

solat, bermula daripada pergerakan mengangkat tangan ketika

takbiratu al-ihram, rukuk, sujud sehingga kepada memalingkan

muka ke kanan dan ke kiri ketika memberi salam merupakan

pergerakan yang dapat menolong menambahkan kesihatan badan

seperti melicinkan sistem urat saraf dan perjalanan darah.

Ketika sedang menunaikan solat, seseorang itu telah melepaskan

jiwanya daripada keduniaan. Pada saat itu dia hanya berbicara

dan menghadap Tuhan dan menghadap Tuhan Rabbu al-Jalil,

memohon pertolongan dan petunjuk serta inayat rahmat dari

sifat al-Rahman dan al-RahimNya. Solat juga merupakan doa

kerana kebanyakkan lafaz-lafaz yang dituturkan ketika solat

adalah berbentuk doa. Permohonan dan pengharapan kepada

petunjuk dan pertolongan Allah menyebabkan seseorang itu

mempunyai keyakinan, kekuatan, kesabaran dan kejernihan jiwa

kerana Allah s.w.t adalah penerima hakiki segala permohonan

dan pengaduan, apa lagi jika solat itu dilakukan dengan

khusyuk. Ayat al-Quran yang dibaca akan menyelinap masuk ke

kalbu halus, membangkitkan rasa rendah diri, insaf, mengakui

keagungan Tuhan semesta alam dan berupaya menerima hakikat

bahawa kehidupan di alam ini hanyalah sementara. Ini akan

membawa kepada suatu kesedaran bahawa apa juga bentuk masalah

yang dihadapi adalah cubaan, iaitu untuk menguji ketabahannya.

Selanjutnya, bila hakikat ini diterima, jiwa akan tabah, insaf

dan tenang dalam memilih jalan untuk mengatasinya.

4.3.2 Ibadah Umum

Ibadah umum melibatkan aktiviti-aktiviti yang dikerjakan oleh

Muslim, sama ada untuk tujuan menunaikan diri sendiri, insan

atau persekitaran.

Aktiviti ibadah umum terbahagi kepada dua jenis iaitu aktiviti

yang mengandungi ta'abbudi seperti perkahwinan dan perceraian

dan aktiviti yang tidak mengandungi unsur ta'abbudi seperti

perindustrian dan senibina. Aktiviti yang mengandungi semangat

ta'abbudi diberi batas dan ketentuan oleh syariah Islam,

seperti menetapkan syarat perkahwinan dengan jelas.

4.3.3 Syarat-Syarat Amalan Menjadi Ibadah

Sesuatu pekerjaan kita itu boleh menjadi ibadah apabila

mengikut syariat (hukum-hakam) Islam. Ia mengandungi

perhubungan kita dengan Allah SWT dan perhubungan kita sesama

manusia. Firman Allah s.w.t bermaksud, Akan ditimpa kehinaan

ke atas mereka itu di mana sahaja mereka berada melainkan

menghubungkan diri dengan Allah dan menghubungkan diri sesama

manusia (Al-Imran: 112)

Kalau kita menegakkan salah satu sahaja daripada kedua jenis

perhubungan ini umpamanya perhubungan sesama manusia sahaja

tanpa memberikan perhatian kepada perhubungan dengan Allah

s.w.t dan tidak menurut perintah Allah s.w.t dan Rasulullah

s.a.w, ia tidak dikira ibadah dan Allah s.w.t mungkin

menimpakan atas kita bala dan azab. Setiap amalan manusia yang

biasa boleh bertukar kepada ibadah dan akan diberi ganjaran

atau pahala jika ianya memenuhi syarat-syarat berikut

(Sulaiman Noordin 1989),

i. Niatnya : Pekerjaan yang disertakan dengan niat atau

objektif yang baik yang diredai Allah seperti mencari rezeki

yang halal bertujuan untuk mengelakkan kemiskinan diri sendiri

dan tanggungannya supaya tidak akan bergantung kepada orang

lain. Semua amalan yang dilakukan adalah semata-mata kerana

Allah.

ii. Perkara yang halal: Perkara yang hendak dibuat adalah

halal atau harus. Perkara yang haram perlu ditinggalkan.

Umpamanya, menjual arak tidaklah halal dari segi Islam.

Perkara yang haram bukan sahaja merosakkan individu yang

terlibat malah boleh merosakkan orang lain, masyarakat dan

negara. Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui Islam,

sesuai dengan hukum-hukum syariat dan tidak bercanggah dengan

hukum-hukum tersebut, adapun amalan-amalan yang diingkari

Islam seperti kerja yang ada hubungannya dengan riba' dan

sebagainya, tidaklah sekali-kali menjadi ibadat, kerana Allah

bersifat bersih dan baik tidak menerima amalan kecuali yang

baik dan bersih sahaja.

iii. Dilakukan secara sederhana : Sederhana merupakan jalan

pertengahan yang perlu diambil oleh umat Islam dalam segala

tindakannya dalam memenuhi tuntutan naluri semulajadinya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud, "Dan makanlah serta

minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau, sesungguhnya

Allah tidak suka akan orang yang melampau batas" (Al-A'raf:

31). Amalan-amalan itu hendaknya dibuat dengan seelok-eloknya

bagi menepati kehendak-kehendak hadith Nabi s.a.w. Sebagaimana

yang diriwayatkan oleh Muslim yang bererti: " Sesungguhnya

Allah mewajibkan kebaikan pada tiap-tiap sesuatu." Dalam yang

lain pula Rasulullah s.a.w bersabda: " Bahawa Allah suka

apabila seseorang dari kamu membuat sesuatu kerja

memperelokkan kerja itu."

iv. Perlaksanaan tertakluk kepada ajaran Islam : Ketika

membuat kerja-kerja hendaklah sentiasa menurut hukum syariat

dan batasnya, tidak menzalimi orang, tidak khianat, tidak

menipu dan tidak menindas atau merampas hak orang.Segala kerja

haruslah dilaksanakan dengan jujur, amanah dan bersih. Menurut

ajaran Islam, jika bertujuan bersih, caranya pun mesti bersih.

Ini bertentangan dengan ajaran komunis atau sosialis yang

berpegang kepada prinsip "Tujuan menghalalkan sekalian cara"

(The end justifies the means).

v. Tidak meninggalkan kewajiban asas: Dalam kesibukan kita

melaksanakan pekerjaan dan perniagaan, kita tidak boleh

meninggalkan sembahyang, puasa dan zakat. Kesibukan itu tidak

boleh dijadikan alasan bagi kita meninggalkan yang wajib.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud, Orang-orang yang tidak

dapat dilalaikan oleh perniagaan dan perdagangan daripada

mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta membayar

zakat (An-Nur: 37).

vi. Dilakukan dengan tekun dan cekap : Seorang pekerja

seharusnya bersungguh-sungguh melaksanakan kerja dan tugasnya

dengan penuh kepakaran dan kecekapan. Nabi Muhammad s.a.w

bersabda dengan maksudnya, Sesungguhnya Allah sukajika

seseorang itu bekerja, maka ia bekerja dengan tekun (riwayat

Al-Baihaqi).

Ringkasnya jika seorang Mukmin dapat menyempurnakan kelima-

lima syarat di atas dalam mengendalikan segala pekerjaan dan

urusan hidupnya seharian maka ia dikira sebagai ibadat kepada

Allah.

4.4 ASAS-ASASIBADAH

4.4.1 llmu

Masyarakat Islam hari ini sedang mengalami kemerosotan nilai

ilmu yang diungkapkan sebagai "rabun membaca, lumpuh menulis".

Mereka seolah-olah sudah terputus dari sejarah Islam yang

bermula dengan reyolusi keintelektualan, anjakan radikal dari

kegelapan jahiliah kepada kecerahan Islam bermula dengan satu

kata, "Iqra" (baca). Ilmu adalah ciri utama kekhalifahan Adam

AS dan pengalaman ta'lim al-asma' (pengajaran tentang nama-

nama) mengisyaratkan tentang hakikat manusia sebagai makhluk

yang highly teachable. Dalam era yang berasaskan ilmu

(knowledge based)- persaingannya adalah persaingan keilmuan

sementara modal utamanya ialah intellectual capital. Budaya

yang kuat yang mampu mengangkat martabat umat adalah budaya

yang mendaulatkan nilai ilmu dengan mengembalikan ilmu ke

posisi puncak urutan nilai-nilai budaya umat dan mengangkat

martabat para ilmuan (Siddiq Fadhil, 2005).

Ilmu ialah mendapat atau menyerlahkan hakikat sesuatu. Orang

yang berilmu ialah orang yang berupaya mendapatkan hakikat

sesuatu atau membuka dan menyerlahkan hakikat sesuatu itu

sehingga ia mengenali hakikat tersebut dan mengetahuinya. Ia

boleh dicapai oleh manusia, kerana Allah s.w.t melengkapi

manusia dengan keupay aan yang ditentukan oleh Allah S. W.T.

Dengan keupayaan itu manusia dapat menghuraikan sesuatu

perkara, membahagi-bahagikan mengikut bahagiannya, mengolah

dan menamakannya untuk dibezakan antara satu sama lain bagi

mengenalinya.

Keupayaan ini adalah kurniaan Allah s.w.t yang istimewa kepada

manusia sehingga melayakkannya menjadi khalifah Allah s.w.t di

bumi ini. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

Dan Ia mengajar Adam akan nama semuanya. Kemudian di

bentangkan kepada malaikat sambil berkata: "Ceritakan kepada-

Ku nama-nama itu semuanya sekiranya kamulah yang benar".

Malaikat berkata: Maha Suci Engkau, tidak ada ilmu bagi kami

melainkan sekadar yang telah Engkau ajarkan. Sesungguhnya

Engkau Maha Mengetahui lagi Bijaksana (Al-Baqarah: 31-32)

Ilmu yang memberi manfaat ialah ilmu yang menambahkan takwa

kepada Allah s.w.t yang telah mendekatkan diri kepada-Nya,

yang menyempurnakan akhlak dan kelakuan, memberi kebaikan

kepada makhluk Allah, membebaskan mereka dari penderitaan,

kehinaan, kelaparan dan sebagainya. Kesemua perkara yang

disebutkan itu, jika diamalkan akan menambahkan ketakwaan

kepada Allah s.w.t. Dengan syarat bahawa amalan itu berserta

dengan keimanan yang sebenarnya dan keikhlasan yang

Sesungguhnya (Nakhaie, 1998).

4.4.2 Iman

Menerima Islam secara jujur dan yakin terhadapnya di dalam

hati dinamakan sebagai beriman. Huraian tentang keimanan ini

dirumuskan pengertiannya dengan ungkapan bahawa iman itu ialah

membenarkan di dalam hati terhadap kebenaran Allah dan

menerima di dalam hati Nabi Muhammad s.a.w dan bahawa ajaran

yang dibawanya daripada Allah s.w.t itu adalah benar (Nakhaie,

1998).

Menurut al-Qaradawi, iman ialah kepercayaan yang meresap ke

dalam hati dengan penuh keyakinan, tidak bercampur syak dan

ragu serta memberi pengaruh bagi pandangan hidup, tingkah laku

dan perbuatan sehari-hari. Jadi iman itu bukan semata-mata

ucapan lidah, bukan sekadar perbuatan dan bukan pula hanya

merupakan pengetahuan tentang keimanan. Ia bukan hanya

pernyataan seseorang bahawa ia beriman kerana ramai orang

munafikin yang mengaku beriman dengan lidahnya tetapi hatinya

tidak pernah percaya kepada risalah yang dibawa oleh Nabi

Muhammad s.a.w. Firman Allah yang bermaksud,

Dan di antara manusia ada yang berkata kami telah beriman

dengan Allah dan Hari Akhirat, sedangkan mereka tidak beriman

(di dalam hati). Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang

beriman, sebenarnya mereka tidak menipu sesiapa melainkan diri

mereka sendiri (Al-Baqarah:8-9)

Jadi keimanan itu penerimaan yang sampai ke tahap keyakinan

yang teguh,' kuat dan tidak dilanda syak dan ragu sebagaimana

yang disebutkan oleh Allah di dalam firman-Nya yang bermaksud,

Hanya orang yang beriman itu ialah orang yang percaya kepada

Allah dan rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu (Al-Hujurat:

15)

Keyakinan atau tasdiq yang kukuh dan teguh itu adalah hakikat

iman.

4.4.3 Ihsan

Ihsan menurut pengertian bahasa ialah bekerja dengan baik,

beramal dan berusaha dengan tekun. Manakala menurut istilah

ialah (Ab. Latif dan Rosmawati, 1998):

a. Mengelokkan perbuatan zahir dengan ibadah dan mengelokkan

perbuatan

batin dengan ikhlas. b. Menyembah Allah seolah-olah kamu

melihatNy a, jika kamu tidak melihatNya

maka Ia melihat kamu. c. Mencapai keikhlasan dengan

bermuraqabah atau mendekatkan diri kepada

Allah dalam setiap keadaan dan urusan.

Kalimah ihsan dinyatakan di dalam al-Quran sebagaimana firman

Allah yang bermaksud,

...dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa kamu... (Al-

Baqarah : 83) Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan

berbuat kebaikan... Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang

baik, melainkan balasan yang baikjuga? Hadith Rasulullah

ketika menjawab pertanyaan malaikat Jibril bermaksud,

Apakah itu ihsan? Nabi menjawab : "Ihsan ialah engkau

menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya, jika engkau

tidak melihatNya, sesungguhnya Allah melihatmu" (Riwayat al-

Bukhari)

Ihsan dalam konteks yang lebih luas ialah mereka yang

beribadah kepada Allah dengan dorongan keyakinannya bahawa

Allah sahaja yang berhak disembah, ditaati dan diagungkan

tanpa mengharapkan pahala atau seksa, sama ada dapat masuk

syurga atau neraka. Ini adalah kerana kurniaan syurga atau

neraka, pahala dan dosa itu ialah limpah rahmat Allah.

4.4.4 Ikhlas

Ikhlas merupakan alat pembersih atau penyuci amalan yang kita

kerjakan. Jika amalan yang kita kerjakan itu kerana riak atau

menunjuk-nunjuk kepada orang lain, maka amalan itu tidak

bersih, bahkan ia adalah amalan maksiat pula. Oleh yang

demikian, setiap amalan hendaklah diniatkan dengan ikhlas

kerana Allah s.w.t semata-mata (Haji Johari, 1992).

Ikhlas ialah menentukan hanya Allah menjadi tumpuan ketaatan

yakni yang dikehendaki daripada ketaatan, hanya mendekatkan

diri kepada Allah dan tidak kepada yang lain yang terdiri

daripada perbuatan mengambil hati makhluk atau mendapat pujian

di kalangan manusia atau suka kepada pujian makhluk atau apa

jua pengertian yang lain selain mendekatkan diri kepada Allah.

Menurut ulama ada tiga tanda-tanda ikhlas iaitu terasa di

dalam diri sama sahaja pujian dan cacian daripada orang ramai,

lupa memperlihatkan kerja-kerja di dalam semua pekerjaan dan

lupa kepada kemestian mendapat ganjaran di akhirat. Orang yang

ikhlas tidak menghiraukan pujian dan celaan orang ramai,

terhadap dirinya dan apa yang dilakukannya daripada amalan

ibadahnya. Baginya pujian atau cacian itu sama sahaja dan

tidak memberi apa-apa erti kepadanya serta tidak dapat

memasuki hatinya, apa lagi untuk memberi kesan kepada hatinya

kerana tumpuan had dari segala amalannya ialah Allah s.w.t.

Begitu juga ia langsung tidak teringat untuk mempamerkan

kerjanya dan amalannya. Baginya mempamerkan kerjanya adalah

tidak perlu. Untuk apa dipamerkan kerja-kerja itu, pada hal

Allah lebih mengetahui apakah kerja ibadah yang dilakukannya.

Begitu juga keikhlasan menyebabkan ia tidak ingatkan ganjaran

akhirat kerana hanya keredhaan Allah yang diharapkan dan apa

yang dilakukan semata:mata kerana Allah dan bukan untuk

mendapat ganjaran-Nya.

Perasaan ikhlas ini akan muncul di dalam diri mereka yang

bermujahadah di dalam membina kerohaniannya menerusi proses

pembinaan kerohanian. Pengukuhan tauhid di dalam kepercayaan

dan ibadah memberi kesan ke atas dirinya sehingga tumbuh

bibit-bibit keikhlasan dan bibit itu terus membesar sehingga

menguasai dirinya dengan muncul tanda-tanda keikhlasan seperti

yang disebut di atas.

Kesimpulannya, seseorang yang ingin mendapat kedudukan takwa

hendaklah mengamalkan sifat ikhlas kerana Allah dalam segala

perbuatan kebajikan dan amal ibadatnya. Setiap amal itu

hendaklah dilakukan bukan kerana sebarang pengaruh lain

seperti riak, hendak menunjuk-nunjuk, ataupun kerana terpaksa

atau dipaksa oleh sesiapa. Allah s.w.t. berfirman yang

maksudnya,

Dan mereka tidak diperintahkan melainkan untuk beribadah kepda

Allah dengan ikhlas dan mempunyai agama (Al-Bayyinah: 5)

4.5 KEISTIMEWAAN IBADAH

Beberapa keistimewaan ibadah di dalam Islam ialah,

1) Perhubungan manusia dengan Allah s.w.t tidak memerlukan

perantaraan. Ia bermakna tiada dominasi oleh para ulama dalam

melakukan peribadatan kepada Allah s.w.t. Ini berbeza dengan

apa yang terdapat di dalam agama Kristian di mana rahib-

rahibnya berperanan sebagai perantara kepada Tuhan dalam

menentukan hukum dan mengampunkan dosa penganutnya. Islam

menggariskan hanya Allah sahajalah sumber hukum dan Dia

sahajalah tempat seseorang itu mengadu. Ini boleh dilakukan

secara langsung kepada Allah s.w.t tanpa perlu mengadap para

ulama untuk memohon restu. Namun begitu para ulama mempunyai

peranannya sendiri dalam masyarakat iaitu dalam memandu

anggota masyarakat ke arah melakukan peribadatan dengan cara

betul (Abu Urwah, 1986).

2) Ibadah dalam Islam terkongkong pada sesuatu tempat

peribadatan sahaja. Ibadat boleh dilakukan di mana-mana saja

kerana di mana saja seseorang itu berada, perhubungan yang

langsung kepada Allah s.w.t dapat dilakukan. Islam menganggap

seluruh bumi kecuali tempat-tempat najis dan kotor sebagai

masjid. Hal ini dapat dilihat dalam amalan Rasulullah s.a.w

sendiri di mana beliau bersembahyang di tengah-tengah padang

pasir dan juga semasa berkenderaan.

3) Keluasan ibadat dalam Islam. Ruang ibadat dalam Islam amat

luas sekali. lanya merangkumi setiap aktiviti kehidupan

manusia. Setiap apa yang dilakukan baik yang bersangkutan

dengan individu mahupun dengan masyarakat boleh dijadikan

sebagai ibadat kepada Allah S. W.T jika memenuhi syarat-syarat

tertentu.

4.6 IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM BERKUALITI

4.6.1 Kesan Pengabaian Ibadah

Apabila perhubungan dengan Allah ditinggalkan, perhubungan

dengan manusia akan turut tercela kerana manusia akan didorong

oleh nafsunya. Akibat dari pelanggaran hukum Allah s.w.t boleh

dilihat di negara-negara yang dikatakan maju dalam sains dan

teknologi. Umpamanya di Amerika dan Eropah, jenayah semakin

menjadi-jadi dan langkah untuk mencegahnya tidak berkesan.

Krisis moral, krisis alam sekitar, krisis ekonomi, krisis

keluarga menjadi berleluasa sehingga anak sendiri menjadi

mangsa.

Sebuah buku yang diterbitkan oleh Pusat Kanak-kanak Kebangsaan

Britain pada tahun 1978 telah mengatakan bahawa di negara

Britain, antara 30000 hingga 40000 bayi tiap-tiap tahun telah

diseksa dan diserang dengan teruk oleh ibu bapa mereka di

rumah sendiri (Renyoize, 1975). Inilah yang dikatakan penyakit

jiwa ibu bapa yang disebabkan oleh penyakit gila dunia dan

tidak tunduk kepada ajaran agama.

Selain dari itu wujud jenayah rompakan dan pembunuhan yang

menakutkan. Negara mewah dari segi kebendaan tetapi rakyatnya

tidak berasa tenteram khasnya pada malam hari di mana rumah

perlu dikunci dan dipasang alat-alat eletronik untuk mencegah

perompak. Walaupun demikian, bilangan kejadian pecah rumah dan

pencerobohan tetap meningkat dari setahun ke setahun. Inilah

gejala-gejala penghinaan yang Allah s.w.t timpakan kepada kaum

yang tidak mengikut perintah Allah s.w.t. 4.6.2 Cara

Pemantapan (Melahirkan Insan Berkualitl)

Pelaksanaan ibadah khusus dan umum akan melahirkan insan

berkualiti yang berupaya memikul tanggungjawab sebagai hamba

dan khalifah Allah di bumi. Manusia dilahirkan dengan

menghadapi berbagai cabaran dan tanggungjawab yang mesti

dilaksanakan.

Kehebatan Rukun Islam - iaitu solat, puasa, zakat dan haji,

selain daripada mengucap kalimah syahadah - dalam melaksanakan

fungsinya merupakan mekanisme ampuh untuk membentuk peribadi

yang berakhlak mulia.

Berhubung dengan ibadah solat, maka al-Quran telah menjelaskan

fungsi moralnya sebagaimana finnan Allah yang bermaksud :

... dan dirikanlah salat (dengan tekun); sesungguhnya solat

itu mencegah daripada perbuatan fasya' dan mungkar (Al-

Ankabuut: 45)

Ternyata bahawa solat itu sendiri berfungsi sebagai pendinding

kepada perbuatan fasya' dan mungkar. Apa yang dimaksudkan

dengan istilah fasya' di dalam ayat ini, sebagaimana yang

dijelaskan oleh al-Raghib al-Asfahani didalam tulisan beliau,

al-Mufradat, sebagai sesuatu yang tersangat keji sama ada

perkataan atau perbuatan, di mana perbuatan-perbuatan seumpama

berzina, mencuri, minum arak dan yang seumpamanya adalah

tergolong di bawah naungan istilah ini. Manakala istilah

mungkar pula, sebagaimana yang ditakrifkan oleh al-Jujani di

dalam al-Ta'rifat, adalah merujuk kepada perkataan atau

perbuatan seseorang yang di dalamnya tidak ada atau ternafi

keredhaan Allah s.w.t.

Jadi, gambaran yang ada dalam ayat al-Quran di atas di atas

merujuk kepada perilaku moral yang cukup positif, yang tumbuh

hasil dari ketekunan menunaikan solat. Perilaku akhlak positif

tersebut adalah cukup luas dan menyeluruh serta meh'puti

segenap aspek terperinci dalam kehidupan harian manusia,

kerana ia dirangkumi oleh semua bentuk perkataan atau

perbuatan keji yang tidak direstui oleh Allah s.w.t.

Beralih kepada rukun puasa, ternyata bahawa tujuan

penunaiannya bukan hanya sekadar suatu percubaan menahan diri

daripada makan dan minum dalam suatu tempoh waktu yang khusus,

tetapi lebih utama daripada terperangkap ke dalam jerangkap

keinginan nafsu untuk melakukan perbuatan atau meluahkan

perkataan keji yang dilarang dan dicela oleh agama. Atas

landasan inilah, Rasulullah s.a.w pernah mengungkapkan yang

maksudnya :

Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan palsu atau dusta dan

mengamalkannya, maka Allah s.w.t tidak berhajat untuk menerima

ia dalam meninggalkan makan dan minum (Allah tidak berhajat

untuk menerima puasanya) (Riwayat al-Bukhari) Bukanlah puasa

itu hanya dari makan dan minum, tetapi sesungguhnya puasa itu

(menahan diri daripada) perkara yang sia-sia dan keji. Jika

terdapat seseorang memaki kamu atau mengatakan kamu bodoh,

maka katakanlah: " Aku sedang berpuasa" (Riwayat Ibn

Khuzaimah)

Ramai orang yang berpuasa tetapi bahagiannya daripada puasa

itu hanya lapar dan dahaga, ramai orang yang solat pada waktu

malam, dan solat itu hanya berjaga malam (Riwayat Ibn

Khuzaimi)

Jelas sebagaimana tersurat dari gugusan hadith di atas, bahawa

menahan diri yang dilakukan oleh seseorang daripada makan dan

minum sewaktu menunaikan rukun puasa bukanlah matlamat sebenar

kefardhuan puasa. Matlamat yang sebenar mahu dicapai oleh

kefardhuan puasa, adalah ke arah pembentukan peribadi terbabit

dengan nilai-nilai akhlak yang terpuji. Oleh kerana itu,

hadith-hadith di atas secara terang-terang mencela perbuatan-

perbuatan dusta, sia-sia serta keji, yang kesemua itu

merupakan nilai-nilai negatif yang perlu dibersihkan daripada

peribadi setiap muslim.

Seterusnya, apabila dibicarakan mengenai kefardhuan zakat,

perlu difahami bahawa zakat itu termasuklah juga sedekah. Ini

ialah kerana sedekah dan zakat, kadang-kadang, membawa makna

yang sama. Malah menurut penggunaan al-Quran pun pada beberapa

tempat istilah al-sadaqah itu adalah sebenarnya dirujukkan

kepada zakat (misalnya, di surah al-Taubah, ayat 103 dan 60).

Al- Raghib al-Asfahani di dalam al-Mufradat menjelaskan bahawa

sedekah itu ialah apa yang dikeluarkan oleh seseorang daripada

hartanya dengan maksud menghampirkan diri kepada Allah s.w.t

sama seperti zakat.

Pada hakikatnya zakat bukanlah berupa cukai paksaan ke atas

pihak yang berada dalam masyarakat, tetapi ia lebih merupakan

suatu praktis moral yang tinggi dalam proses menyemai rasa

kasih sayang yang tulus serta merapatkan hubungan ukhuwah di

antara lapisan masyarakat, khususnya di antara golongan yang

berada dengan golongan miskin. Di samping itu, ia juga

merupakan suatu latihan untuk membersihkan sifat kedekut

ataupun bakhil dengan harta yang mereka miliki. Sehubungan ini

Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud :

Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah

(zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari

dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak buruk)... (Al-

Taubah :103)

Ternyata bahawa semua ciri perlakuan yang dinyatakan di dalam

hadith di atas merupakan nilai positif yang tergolong di bawah

naungan akhlak yang mulia. Ini bermakna bahawa suatu bentuk

galakan telah diinstitusikan oleh Islam untuk mendorong,

melatih dan membiasakan diri ummahnya dengan nilai-nilai

akhlak terpuji.

Selanjutnya, apabila kita beralih kepada kefardhuan haji, maka

kita boleh temui firman Allah s.w.t sebagaimana berikut:

(Masa untuk mengerjakan ibadah) haji itu ialah beberapa bulan

yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah

mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan ibadah haji), maka

tidak boleh baginya melakukan rafath, dan tidak boleh membuat

maksiat, dan tidak boleh bertengkar dalam masa mengerjakan

ibadah haji... Di dalam ayat di atas, terdapat istilah rafath,

di mana menurut Ibn Hajar di dalam al-Fath al-Bari, istilah

ini pada pandangan ramai ulama adalah merujuk kepada jimak

atau persetubuhan dengan isteri. Tetapi Ibn Hajar secara

peribadi lebih cenderung untuk merujukkan istilah tersebut -

berdasarkan zahir ayat di atas - kepada suatu perlakuan yang

lebih umum daripada jimak. Malahan ia juga boleh merujuk

kepada perkataan yang keji.

Berdasarkan firman yang dicatatkan di atas adalah jelas bahawa

sewaktu seseorang sedang melakukan ibadah haji, terdapat

sejumlah syarat dan peraturan - tidak boleh melakukan rafath,

tidak boleh membuat maksiat serta tidak boleh bertengkar -

yang mesti dipatuhi untuk memastikan kesempurnaan ibadah

tersebut. Apa yang cukup menarik untuk diperhatikan di sini

ialah tentang syarat dan peraturan yang dikenakan itu semuanya

mempunyai nilai-nilai akhlak yang terpuji. Ini bermakna bahawa

terdapat suatu perencanaan yang teliti yang telah sedia

diletakkan oleh Islam untuk mendidik dan membentuk perlakuan

para ummahnya ke dalam suatu acuan akhlak yang mulia menerusi

penuaian fardhu haji (Zakaria Stapa, 1995).

Akhirnya lahirlah hasil kecemerlangan yang diharapkan iaitu,

1. Melahirkan insan rabbani iaitu insan yang dapat meyakini

dan menghayati keesaan, kebesaran, kekuasaan, keadilan, dan

keagungan Allah (Abdullah, Farahdina, Huzaimah, Norsiah,

Salleh, 1996).

2. Manusia akan merasa dirinya kerdil. Justeru itu ia akan

berusaha dengan sepenuh tenaga untuk melaksanakan segala

syariatNya sama ada berbentuk suruhan atau larangan seperti

yang termaktub dalam al-Quran dan al-Sunnah. Tindakan

sedemikian akan memperolehi keredaan di dunia dan di akhirat.

3. Melahirkan individu yang mempunyai sahsiah yang unggul yang

mampu melihat dan memahami konsep hidup manusia secara syamul.

Kesemuanya beroperasi mengikut syariat yang telah ditetapkan

oleh Allah.

4. Dapat melahirkan insan yang seimbang iaitu manusia yang

dapat mengimbangkan antara tuntutan rohani dan jasmani, ,akal

dan hati, dunia dan akhirat, teori dan praktikal, kebebasan

dan tanggungjawab, di antara tuntutan individu dan kumpulan

masyarakat. Sebagai contoh ketika Rasulullah s.a.w menegur

keazaman tiga orang sahabat baginda untuk menumpukan sepenuh

tenaga untuk beribadat kepada Allah, salah seorang daripada

mereka berhasrat untuk berpuasa seumur hidup tanpa berbuka,

yang seorang lagi hendak beribadah sepanjang malam dan yang

ketiga bercita-cita untuk hidup membujang seumur hidup

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya,

Tidakkah saya ini orang yang paling takut di antara kamu

kepada Allah dan paling taqwa di antara kamu kepadaNya, saya

berpuasa tetapi saya berbuka, saya bangun di waktu malam

tetapi saya tidur dan saya berkahwin. Maka sesiapa sahaja yang

tidak suka kepada sunnahku maka ia bukan daripada pengikutku

(Riwayat Bukhari)

5. Dapat menghindar dan menyelesaikan masalah yang timbul di

kalangan masyarakat seperti jenayah dan sebagainya.

6. Melahirkan insan yang positif dalam seluruh tindakannya

seperti berani mempertahankan syariat Islam dalam sistem

kehidupan.

4.7 KESIMPULAN

Konsep ibadah di dalam Islam adalah luas dan menyeluruh,

merangkumi tingkah laku dan amalan manusia seluruhnya yang

dikerjakan menurut ajaran Islam. Ibadat adalah nilai Islam

yang penting kerana ia memainkan peranan yang berkesan untuk

membina keperibadian dan memajukan masyarakat. Ibadat

merupakan pelan induk yang mengikat antara hamba dengan Tuhan,

mengawal manusia agar tidak terlepas daripada akidahnya.

Akidah pula merupakan ikatan hati dan perasaan manusia kepada

Allah. Manakala ibadah pula mengambil berat tentang gerak

langkah manusia bagi ikatan tersebut supaya pertaliannya

selalu rapat serta teguh dengan Allah. Matlamat ibadah dalam

Islam ialah melaksanakan tujuan wujudnya manusia sebagai

khalifah Allah di bumi untuk membina dan memajukan alam ini.

Ibadah juga mempunyai kaitan yang rapat dengan akhlaki,

Menerusi ibadah yang betul akan melahirkan kelakuan yang baik,

bersopan dan j berakhlak mulia. Namun begitu, kemuncak

pembangunan rohani hanya mampu j dicapai oleh individu yang

benar-benar menghampiri diri kepada Allah melaluU ibadat

khusus dan umum.

Rujukan

1)3T-Taubat.Tasbih.Tahajud-Zaini Ali Albar terbitan PTS.

2)Bulan Rejab Sya’ban Ramadhan-Haji Johari Haji Alias terbitan

Darul NU’AMAN.

3)Hidup Ibadat-Ustaz Haji Fadzil Haji Ahmad terbitan Darul

‘Ulum.

4)Ibadah Zakat dan Segala masalahnya-Abdul Malik Rahman

terbitan Jasmin

5)Internet: http://abu-najah.blogspot.com/2010/06/konsep-

ibadah.html