bab 2 konsep konsep asas perakaunan

Click here to load reader

Post on 02-Aug-2015

241 views

Category:

Documents

6 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

PERAKAUNAN AA015 BAB 2 :

KONSEP-KONSEP ASAS PERAKAUNAN

1

Objektif Menjelaskan makna prinsip perakaunan diterima umum dan kepentingannya. Menjelaskan konsep-konsep asas perakaunan. Menjelaskan persamaan perakaunan dan definisi aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil, belanja dan ambilan serta kesannya. Menganalisis kesan transaksi perniagaan ke atas persamaan asas perakaunan. Menerangkan sistem catatan bergu. 2 Menjelaskan hukum debit dan kredit.

KONSEP-KONSEP ASAS PERAKAUNANPrinsip Perakaunan Diterima Umum Konsep-konsep Perakaunan Persamaan Perakaunan

Sistem Catatan BerguSoalan Pengukuhan3

Prinsip Perakaunan Diterima Umum- Peraturan yang perlu dipatuhi dalam perakaunan. - Panduan untuk mengukur, merekod dan melaporkan aktiviti ekonomi. - Merangkumi konvensyen, konsep, peraturan, prosedur dan garis panduan yang standard. - Situasi yang sama akan diukur, direkod dan dilapor dengan cara yang sama oleh semua akauntan. TUJUAN - Maklumat yang dilaporkan dalam Penyata Kewangan lengkap, boleh dipercayai, difahami dan untuk tujuan membuat perbandingan.4

KONSEP-KONSEP PERAKAUNANRUMUSAN

5

Konsep-Konsep Perakaunan Kos Sejarah Pengukuran Wang Stabil Entiti Berasingan Usaha Berterusan Ketekalan Tempoh Perakaunan Materialiti Realisasi Pemadanan Konservatisme / Pruden Pendedahan Penuh Keobjektifan6

Kos Sejarah (Historical Cost)- Aset direkod pada harga kos asal atau pada masa dibeli. - Sebab objektif dan boleh dibuktikan. Contoh: Perniagaan AA membeli sebuah kereta dengan harga RM20,000 pada 21 Ogos 2005. Harga pasaran meningkat kepada RM25,000 pada keesokannya. Apakah nilai yang harus direkod oleh Perniagaan AA. Kenapa? Penyelesaian: Nilai yang direkod adalah RM20,000 kerana nilainya telah dipersetujui dan bersamaan dengan tarikh berlakunya urusniaga belian.7

Pengukuran Wang (Monetary Unit)Wang digunakan sebagai alat pertukaran dan direkodkan dalam buku perakaunan dan ia dianggap stabil. Contoh: Satu urusniaga telah berlaku dalam Perniagaan AA tetapi nilainya dalam wang tidak dapat dipastikan. Akauntan perniagaan membuat keputusan tidak merekod urusniaga tersebut sehingga nilai dalam wang dapat dipastikan. Penyelesaian: Tindakan tersebut adalah tepat kerana pelaporan urusniaga perlu dipastikan dan dilaporkan dalam nilai wang yang tepat dan nilai ini tidak akan diubah mengikut nilai 8 inflasi.

Entiti Berasingan (Separate Entity)Perniagaan dan pemilik adalah dua entiti yang berbeza. Perniagaan tiada kaitan dengan hak peribadi pemilik . Contoh: En AA membeli sebuah kereta untuk kegunaan isterinya. Beliau telah merekodkan pembelian ini ke dalam rekod perniagaanya. Selain itu semua perbelanjaan minyak petrol untuk kereta tersebut turut direkod dalam buku perniagaannya.

Penyelesaian: En. AA tidak mematuhi konsep entiti berasingan. Pembelian kereta dan perbelanjaan minyak petrol adalah perbelanjaan peribadi bukannya perbelanjaan perniagaan. Ia tidak boleh direkod dalam buku 9 perniagaannya.

Usaha Berterusan (Going Concern)Perniagaan ditubuhkan untuk diteruskan dan dimajukan. Tidak dibubarkan dalam jangka pendek. Menilai aset tetap secara berterusan dalam operasi perniagaan untuk menghasilkan pendapatan. Contoh: Perniagaan AA membeli sebuah kenderaan berharga RM20,000 dengan anggaran jangka hayatnya selama 10 tahun. Harga pasaran kenderaan tersebut adalah RM25,000. Adalah dicadangkan kenderaan tersebut disusutnilaikan untuk tempoh 5 tahun kerana perniaagaan dijangka akan dibubarkan dalam jangkamasa tersebut. Penyelesaian: Cadangan ditolak kerana bertentangan dengan konsep usaha berterusan. Kenderaan perlu direkod pada nilai RM20,000 dan disusutnilaikan selama 10 tahun kerana 10 perniagaan diandaikan akan beroperasi untuk jangkamasa

Ketekalan (Consistency)Kekalkan semua kaedah yang digunakan. Tujuan mudah buat perbandingan antara tahun-tahun lepas dan firma lain. Laporan itu adil dan dapat dipersembahkan. Contoh: Perniagaan AA menggunakan kaedah garislurus dalam menilai susutnilai semua aset tetap syarikat. Syarikat bercadang untuk menukar kaedah penilaian kepada kaedah baki berkurangan untuk semua aset tetap. Adakah tindakan ini mematuhi konsep ketekalan? Penyelesaian: Tidak mematuhi konsep ketekalan, kerana sesuatu kaedah yang telah digunakan perlu diteruskan penggunaannya untuk tahun-tahun seterusnya.11

Tempoh Perakaunan (Accounting Period)Perniagaan disediakan untuk satu tempoh biasanya 12 bulan, membolehkan prestasi entiti dapat diukur dan dibandingkan. Contoh: Perniagaan AA telah ditubuhkan pada 1 Januari 2006. Perniagaan ini menutup akaun perniagaannya setiap 12 bulan iaitu pada 31 Disember setiap tahun. Jelaskan konsep perakaunan yang terlibat. Penyelesaian: Tindakan ini adalah amalan biasa perniagaan dan ia memenuhi konsep tempoh perakaunan di mana penyata 12 kewangan disediakan untuk setiap 12 bulan.

Materialiti (Materiality)Dianggap material atau tidak dari segi nilai (angka) dan maklumat jika ia boleh mengubah keputusan yang akan dibuat oleh pembuat keputusan. Penentuan materialiti:a) perlu buat bandingan. b) imbangan dari segi saiz, ciri-ciri dan sifat. Contoh: Dua peralatan telah dibeli pada harga RM10 dan RM10,000 masing-masing. Usia guna dijangkakan selama 10 tahun. Dicadangkan kedua-dua peralatan disusutnilaikan selama 10 tahun. Berikan pendapat anda. Penyelesaian: Menurut konsep materialiti adalah tidak material untuk mengira susutnilai ke atas peralatan berharga RM10. Ia lebih sesuai dilaporkan sebagai belanja. Sementara RM10,000 adalah material untuk disusutnilaikan selama 13 10 tahun.

Realisasi (Realisation)Hasil hanya diambilkira jika ia benar-benar berlaku. Kriteria:berlaku pertukaran hakmilik. pembeli sanggup bayar. kestabilan nilai matawang. pembeli berupaya bayar. Contoh: En AA adalah pengusaha tembikar. Beliau telah menerima tempahan 100 pasu tembikar dan telah menerima bayaran sebanyak RM100. Beliau telah merekodkan tempahan tersebut dan mengiktiraf hasilnya pada tarikh tempahan diterima. Berikan pendapat anda. Penyelesaian: En AA tidak boleh mengiktiraf tempahan tersebut sebagai hasil kerana urusniaga pertukaran hak milik belum berlaku dan bayaran tersebut hanyalah sebagai deposit. 14 Tindakannya tidak menepati konsep realisasi.

Pemadanan (Matching/Accrual)Belanja yang dikeluarkan untuk mendapatkan hasil untuk tempoh yang sama. Tujuan ketahui jumlah sebenar hasil & belanja untuk sesuatu tempoh perakauanan..

Contoh: En AA tidak merekodkan belanja utiliti dalam bulan Disember sebanyak RM 2000 kerana bil hanya diterima dalam bulan Januari berikutnya.

Penyelesaian: Tidak mematuhi konsep pemadanan kerana belanja tempoh semasa perlu direkodkan dalam tempoh perakaunan semasa.15

Konservatisme / Pruden (Conservatism / Prudent)Jika ada jangkaan dalam kerugian akan diambilkira tetapi jangkaan keuntungan tidak diambilkira. Aset tidak terlebih nyata dan liabiliti tidak terkurang nyata Contoh: Perniagaan AA telah disaman dan peguam syarikat menjangkakan syarikat akan kalah dalam perbicaraan tersebut dan dijangka perlu membayar RM10,000 sebagai pampasan. Apa pendapat anda? Penyelesaian: Jangkaan kerugian tersebut perlu dicatat dalam 16 Penyata Kewangan.

Mendedahkan semua fakta penting yang berkaitan dengan organisasi. Contoh: Perniagaan AA telah membuat perubahan dalam kaedah penilaian stok yang digunakan. Syarikat tidak mendedahkan perkara ini dalam penyata kewangan bagi tempoh perakaunan berkenaan. Penyelesaian: Tindakan ini tidak mematuhi konsep pendedahan penuh di mana perubahan yang dibuat itu perlu dilaporkan dalam nota kepada akaun. Tujuannya adalah untuk memaklumkan perubahan yang berlaku kepada pengguna penyata 17 kewangan.

Pendedahan Penuh (Full Disclosure)

Objektiviti (Objectivity)Semua data perakaunan harus ada bukti yang menyokong berlakunya urusniaga. Tujuan elak daripada akauntan beri pendapat yang subjektif dan tidak tepat. Rekod boleh dipercayai benar dan tepat. Contoh: Perniagaan AA menjalankan dasar di mana hanya urusniaga tunai sahaja dikeluarkan resit, tetapi bagi urusniaga pemulangan barang jualan tiada sebarang dokumen dikeluarkan. Beri pendapat anda. Penyelesaian: Syarikat tidak mematuhi konsep objektiviti untuk urusniaga pemulangan barang jualan kerana semua urusniaga yang 18 berlaku perlu disahkan dengan pengeluaran dokumen tertentu. Selain sebagai bukti ia juga dapat memudahkan

RUMUSANKonsep-konsep asas dalam perakaunan menjadi garis panduan yang diterima umum dan dipraktiskan sebagai satu standard yang universal. Konsep-konsep ini penting bagi memastikan penyediaan penyata kewangan yang standard kepada pengguna maklumat perakaunan.19

PENGKELASAN AKAUN DALAM SESUATU ENTITI Rumusan

PERSAMAAN PERAKAUNAN

Rumusan

20

Pengkelasan Akaun Dalam Sesuatu EntitiPenyata Kewangan(Financial Statement)

Penyata Pendapatan (Income Statement)

Penyata Ekuiti Pemilik

Lembaran Imbangan (Balance Sheet)

Penyata Aliran Tunai (Cashflow Statement)

Nota Kepada Akaun (Notes To The Accounts)

21

Penyata Pendapatan

Hasil

Belanja

22

Hasil (Revenues)Segala perolehan daripada jualan barang atau penyediaan perkhidmatan. 2 jenis hasil iaitu:Hasil Pengendalian Pernigaaan Contoh:- Jualan, hasil perkhidmatan Hasil Bukan Pengendalian Perniagaan Contoh:- Faedah diterima, simpanan, sewa diterima, untung atas jualan aset tetap23

Belanja (Expenses)Kos atau pembayaran dalam memperolehi hasil. 2 jenis belanja iaitu:Belanja Operasi Contoh:- Kadar bayaran / utiliti, Belanja Jualan, Angkutan Keluar Belanja Bukan Operasi Contoh:- Faedah atas Overdraf

24

Lembaran ImbanganEkuiti Pemilik

Aset

Liabiliti

25

Aset (Asset)Harta /sumber yang dimiliki oleh perniagaan. Aset dibahagikan kepada dua:1. Aset Bukan Semasa Aset yang tahan lama da