konsep asas pemasaran

Click here to load reader

Post on 26-Dec-2015

86 views

Category:

Documents

4 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

konsep asas pemasaran di malaysia

TRANSCRIPT

  • *

  • *Definisi PemasaranPersatuan PemasaranAmerika (AMA)Satu sistem aktiviti perniagaan yang dibentuk utk merancang dan melaksanakan konsepsi,penentuan harga, promosi dan pengedaran produk untuk menggalakkan berlaku pertukaran yg dapat memenuhi keperluan pengguna dan pada masa yg sama mencapai objektif organisasiIbrahim Abdul HamidPrinsip Pemasaransatu aktiviti pembangunan dan pengagihan barangan serta perkhidmatan yang berkesan dan diusahakan untuk segmen pengguna terpilih satu proses sosial ataupun pengurusan di mana individu atau kumpulan memperolehi apa yang dikehendaki dan diperlukan sama ada dengan menciptakannya sendiri ataupun melalui pertukaran produk atau nilai dengan pihak lain.Philip Kotler (1991)The common theme is meeting needs and providing benefits.

  • *KONSEP ASAS PEMASARANKEPERLUANKEHENDAKPERTUKARANPERMINTAANTRANSAKSI/ URUSNIAGA

  • Keperluan merujuk kepada keperluan manusia yang terhasil secara semula jadi dalam diri manusia tetapi boleh dipengaruhi oleh aktiviti pemasaran.

    Keperluan tidak dibentuk oleh pemasar kerana ia adalah perkara asas yang sangat dikehendaki bagi setiap manusia. Bila keperluan tidak dapat dipenuhi, seseorang akan mencari untuk mendapatkan keperluan tersebut atau cuba untuk mengurangkan keperluan tersebut.

    Contoh Keperluan fisiologi (makanan, minuman, pakaian) keperluan keselamatan (ubat, tempat tinggal, kesihatan), keperluan sosial (kasih sayang dan kawan), keperluan penghargaan diri (perasaan ingin dihormati, mempunyai reputasi yang baik dan status dalam masyarakat), dan keperluan pencapaian diri (sesuatu yang dapat memenuhi hasrat hati).

    *

  • Ia terhasil daripada keperluan asas manusia dan terbentuk dari persekitaran budaya atau personaliti seseorang melalui proses pembelajaran.

    Kehendak manusia hampir tiada hadnya tetapi ia dibataskan melalui sumber yang dimiliki yang selalunya terhad *

  • Definisi - Kemahuan atau kesediaan seseorang untuk memiliki/membeli sesuatu barang atau perkhidmatan yang disertai dengan kemampuan untuk memilikinya.

    Kehendak dapat ditukar kepada permintaan bila disokong oleh kemampuan untuk memiliki

    Sumber kemampuan contohnya wang.

    *

  • Definisi Tindakan untuk memperolehi objek yang diingini daripada pihak lain dengan menawarkan sesuatu sebagai balasan.Definisi - Merupakan satu aktiviti di mana satu produk yang diperlukan oleh satu pihak akan ditawarkan untuk penukaran oleh satu pihak yang lain

    *

  • Wujud apabila berlaku pertukaran dua barangan antara pihak samada pertukaran wang dengan produk atau pertukaran antara barang dengan barangan lain (sistem barter)

    *

  • *

    EVOLUSI KONSEP PEMASARAN

    1. Konsep Pengeluaran

    * konsep ini menyatakan pengguna akan menggemari keluaran sedia ada dan termampu dibeli mereka

    * pengguna akan menerima apa sahaja produk yang dikeluarkan/penawaran akan menyebabkan permintaan

    * apabila keperluan tersebut melebihi daripada jumlah yang boleh dikeluarkan firma ini mendorong firma untuk meningkatkan pengeluarannya

    * apa yang lebih penting kepada pengilang ialah pengeluaran bukan pemasaran

  • Pengguna akan menggemari produk-produk yang menawarkan kualiti, prestasi dan ciri-ciri inovatif yang terbaik.Pengeluar menumpukan usaha ke arah penambahbaikan produk secara berterusan.

    *

  • *2.Konsep Jualan

    * Falsafah berpegang kepada pengguna tidak akan membeli keluaran organisasi kecuali ia melakukan usaha jualan dan promosi secara besar-besaran

    *Apabila semua pengilang meningkatkan pengeluaran, bekalan dan inventori turut meningkat melebihi permintaan sebenar daripada pengguna. Persaingan menjadi semakin sengit dan masalah untuk mendapatkan pasaran semakin kompleks.

    *Pengusaha ingin meningkatkan volum jualan melalui usaha jualan dan promosi secara besar-besaran dilakukan. Syarikat mengambil jurujual (jualan peribadi) utk mencari pasaran dan pengguna baru, serta membentuk iklan yang kreatif.

  • *3. Konsep Pemasaran

    Konsep ini menyatakan bahawa pencapaian matlamat organisasi bergantung kepada usaha menentukan keperluan dan kehendak pengguna dan memberikan kepuasan yang dikehendaki dengan lebih efektif dan efisyen berbanding pesaing.

    Pemasaran menjadi faktor penting dalam penjualan produk

    Syarikat akan mengeluarkan produk yang dapat memuaskan keperluan dan kehendak pengguna.

    Produk yang berjaya adalah berasaskan kepada pemasaran yang efektif

  • Menyatakan bahawa organisasi patut menentukan keperluan, kehendak dan kepentingan pasaran sasar (pengguna) dengan memberikan nilai yang lebih baik melalui pengekalan atau memperbaiki kesejahteraan penguna dan masyarakat.

    Pengeluar berusaha: i) memenuhi kehendak pengguna ii) pada masa yang sama cuba mencapai matlamat iaitu keuntungan.Orientasi pengeluaran telah beralih kepada orientasi pengguna.Orientasi pengguna bermaksud sebelum mereka bentuk sesuatu program pemasaran seperti pengeluaran produk, promosi, penentuan harga dan pengedaran, syarikat perlu menentukan keperluan pengguna terlebih dahulu*

  • Melibatkan aktivitii) Pembelian Pembelian melibatkan proses mencari dan menilai pilihan produk

    ii) PenjualanJualan melibatkan proses mempromosikan produk melalui pengiklanan, jualan peribadi, publisiti dan promosi jualan

    *

  • Melibatkan aktiviti:i) Penyimpanan (penstoran)Membantu pengguna mendapatkan produk di tempat dan masa yang mereka kehendaki

    ii) Pengangkutan produk utk diagihkanSaluran pengedaran yang ekstensif diperlukan bagi menjalankan fungsi ini*

  • Melibatkan Aktiviti:

    Pembiayaan Setiap syarikat harus membiaya pengeluaran termasuk bahan mentah, inventori dan pembelian barangan sebelum mendapat bayaran drp pelanggan

    Mengambil Risiko risiko yg dihadapi oleh pengurus pemasaran apabila barang rosak atau tidak dapat dijual

    Mengumpul Maklumat Pasaran termasuk kajian kelakuan pengguna, sistem maklumat jualan dan inventori

    Pempiawaian& Penggredan memiawaikan penerangan terhadap ciri, saiz dan kualiti produk supaya elak kekeliruan pengguna dan memudahkan urusniaga

    Penggredan membolehkan pengguna mengetahui kualiti produk tanpa melakukan pemeriksaan terhadap produk tersebut*

  • Pembelian- mendapatkan bahan yang diperlukan bagi pengeluaran produk atau perkhidmatan

    2) Penjualan-syarikat menjual produk kepada pengedar atau pembeli akhir

    3) Pembiayaan/kewangan-untuk tujuan aktiviti pemasaran, pembelian dan penjualan

    4) Pengangkutan-mengangkut/menghantar produk ke tempat pengeluaran dan kepada pengguna*

  • Penyelidikan- kenalpasti pengguna, pasaran, corak DD dan strategi penentuan paduan pemasaranPergudangan- penyimpanan barangan utk pengeluaran dan barangan siapKhidmat selepas jualan- perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna seperti menawarkan waranti, khidmat pemasangan, servis percuma dan lain-lain lagiPenyeragaman/Pempiawaian-proses dan produk mesti menepati ciri/piawaian

    *

  • *ELEMEN-ELEMEN UTILITIUTILITI TEMPATUTILITI BENTUKUTILITI MASAUTILITI PEMILIKANDefinisi Utiliti: Kuasa pemuasan kehendak terhadap produk yang digunakan

  • Keupayaan sesuatu barangan untuk memuaskan kehendak pengguna pada tempat-tempat tertentuProduk yang dikehendaki oleh pengguna boleh diperolehi di tempat yang pengguna itu kehendaki.Contoh - Jika pembeli ingin membeli kereta mereka tidak perlu ke Michigan, Detroit, Kyushu atau ke Stuttgart. Pengeluar kereta atau pengedarnya akan membawa kereta ke bilik-bilik pameran di bandar yang berhampiran dengan pelanggan

    *

  • Pengguna boleh memperolehi produk dalam ciri-ciri yang mereka kehendakiContoh gandum dapat memberikan utiliti yang rendah kepada pengguna yang sedang lapar berbanding kuih yang dihasilkan daripada gandum yang dikisar dan diadun supaya menjadi makanan.*

  • Pengguna boleh memperolehi produk yang dikehendaki pada masa ia diperlukanContoh - Payung diperlukan pada masa hujan dan ubat ketika sakit*

  • Pengguna boleh memiliki produk yang dikehendakinya.Contoh Jika pasaraya memberikan kemudahan kredit kepada pelanggan, mereka boleh membeli dan memiliki barangan walaupun tidak mempunyai wang tunai.*

  • 1. Pemenuhan utilitiMemenuhi keperluan dan kehendak manusia

    ii. Kehidupan yang lebih baikPemasaran sentiasa menkaji keperluan,kehendak dan kemampuan pengguna menurut aliran semasa

    iii. Memperbanyakkan pilihan produk di pasaranMemberikan persaingan yang sihat melalui pelbagai alternatif yang boleh dipilih oleh penggunaMenjadikan sesuatu produk kompetitif dari segi mutu dan harga

    iv. Memperbanyakkan peluang pekerjaan - pemasaran menyediakan pelbagai aktiviti profesional, separa profesional dan tidak profesional dengan peluang pekerjaan kepada anggota masyarakat.

    *

  • B. Kepada Organisasi

    Mempercepatkan Proses PertukaranAktiviti pemasaran mempercepatkan proses pertukaran produk atau perkhidmatan dengan wang atau sebarang faedah.

    ii. Memantapkan dan Memanjangkan Usia perniagaan Sentiasa mengadakan pengubahsuaian produk untuk memenuhi kehendak pelanggan

    iii. Peluang Perniagaan Dalam Industri berkaitan Menambah peluang pekerjaan dan perniagaan dalam aktiviti serta industri yang berkaitan dengan pemasaran.

    *

  • KOTLER & ARMSTRONG (1989) mendefinisikan persekitaran pemasaran;sebagai mengandungi pihak dan kuasa di luar pemasaran yangmempengaruhi keupayaan pengurusan untuk membentuk dan mengekalkan kejayaan urusniaga dengan pengguna sasaran.*Persekitaran MIKRO/DALAMANPersekitaran MAKRO/LUARAN