129259642 modul komputer dalam pendidikan

Author: nazri-hussein

Post on 12-Oct-2015

42 views

Category:

Documents


1 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

templete BBP10303

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Muka surat | 22Page | 23

HASIL PEMBELAJARANDi akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat:1. Memahami konsep penggunaan Komputer Dalam Pendidikan.2. Menggunakan kemudahan perkakasan dan perisisan komputer bagi menghasilkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.3. Melaksanakan kaedah pengajaran berasaskan bahan pembelajaran yang dihasilkan melalui aplikasi komputer.4. Menggunakan aplikasi laman sosial di laman web untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. 8.1PENGENALANMengikut Galbraith (1967) technology is the systematic application of scientific or other organised knowledge to practical tasks. Systematic application bermaksud teknik yang digunakan harus ada kerangka reka bentuk untuk menghasilkan satu total system pengajaran-pembelajaran. Application of scientific knowledge bermaksud teknik harus menggunakan idea (teori) yang telah diuji dan didapati berjaya dan aplikasinya telah disahkan melalui ujian. Kerangka atau templat yang dihasilkan melalui ujian perlu distruktur supaya guru dapat mengggunakan pola instruksional berulang kali.

Selain pandangan di atas, teknologi mengikut Finn (1960) Heinich, Molenda dan Russell (1989) dan Romizowski (1988) membawa dua maksud:

Teknologi sebagai proses: Penggunaan pengetahuan sains dan lain-lain cabang ilmu untuk menghasilkan tugasan-tugasan pembelajaran yang praktikal. Suatu proses ke arah penyelesaian kepada masalah-masalah dengan menggunakan teknik, kaedah, reka bentuk atau alat yang berkesan dan teruji.

Teknologi sebagai produk atau bahan: Penghasilan perkakasan dan perisian hasil dari proses-proses teknologi itu sendiri. Contohnya, projektor (perkakasan) dan film, (perisian) adalah hasil teknologi.

Penjelasan teknologi sebagai proses dan produk ini sama seperti yang dimaksudkan oleh Saettler (1968, 1990) iaitu teknologi bukan bererti penggunan mesin sahaja, tetapi meliputi teknik penggunaan pengetahuan saintifik. Bagi Saettler (1990), teknik lebih penting daripada produk kerana untuk menghasilkan sesuatu memerlukan proses. Proses pula perlu dilihat dalam konteks menggunakan kaedah atau teknik untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.8.2PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN

8.2.1Apakah itu komputer

Definisi umum komputer ialah sejenis peralatan elektronik yang dihubungkan dengan elektrik yang berfungsi untuk membantu sistem kerja manusia supaya lebih mudah, cepat dan tepat. Komputer juga merupakan alat informasi dan komunikasi yang boleh mengolah dan menyimpan data.

Secara umumnya kelengkapan komputer pada masa kini adalah seperti berikut :- Mainframe- Personal Computer (PC)- Computer for Server (Server)- Personal Data Assistant (PDA)- Mobile Computer (Notebook, Laptops, Desknote)- Global Positioning System (GPS)- Kalkulator- Translator (contoh : Alfa Link)- PC Tablet- OrganizerWalaupun terdapat pelbagai jenis alat yang boleh di kategorikan sebagai komputer, lazimnya, fokus utama kita ialah personal komputer (PC). Justeru itu, saya hanya akan membincangkan PC mengikut garis sempadannya.

Secara umumnya, kaedah kerja komputer adalah seperti berikut : Terdapat tiga bahagian peringkat komputer iaitu :

1. Hardware (perkakasan)2. Software (perisian)3. Brainware (pengguna)- Operator, iaitu sebagai pengguna komputer sahaja.- Programmer, iaitu sebagai pembuat software atau program.- Sistem analisis, iaitu yang menghubungkan antara komputer, manusia dan program.8.2.2Perkakasan Komputer

Pencetak Canon i320

Komputer peribadi atau PC

Papan Kekunci

Tetikus

Kayu ria Pembesar suara

Perkakasan komputer merujuk kepada bahagian-bahagian yang membentuk komputer yang lengkap. Perkakasan komputer juga dikenali sebagai peranti (device).

Istilah perkakasan atau peranti merujuk kepada keseluruhan peralatan fizikal pada sebuah komputer, manakala perisian (software) menyediakan arahan kepada perkakasan untuk melaksanakan kerja komputer. Kadangkala perbezaan perkakasan (hardware) dengan perisian agak kabur, terutama apabila merujuk kepada perisian tegar (firmware). Perisian tegar ialah perisian yang dipasang ke dalam perkakasan, ia amat jarang perlu diubah dan oleh itu biasanya disimpan dalam ingatan baca sahaja (ROM).

Kebanyakan perkakasan komputer tidak dapat dilihat oleh pengguna biasa. Ia merupakan sebahagian dari sistem terbenam yang digunakan dalam kenderaan, ketuhar gelombang mikro, mesin elektrokardiograf, pemain cakera padat dan banyak lagi. Komputer peribadi, perkakas yang paling biasa pada kebanyakan orang, merupakan cuma sebahagian kecil perkakasan komputer (kira-kira 0.2% dari semua komputer baru pada 2003).

8.2.3Sejarah perkembangan komputer

Komputer adalah sebuah mesin pemprosesan data berelektronik yang menerima dan menyimpan data, melakukan operasi aritmetik (pengiraan) dan logic (membuat keputusan) ke atas data dan kemudian mengeluarkan keputusan ( maklumat ). Komputer memproses data secara automatik (tanpa pertolongan manusia) di bawah arahan program yang tersimpan dalam unit storan utama. Program (atau aturcara) mengandungi jujukan arahan- arahan yang mengarahkan komputer mengatasi sesuatu masalah dengan menggunakan unit-unit yang ada padanya.

Perkembangan komputer bertambah rancak setelah memasuki dekad 40an. Beribu-ribu komputer telah dibina dan perkembangan komputer telah menghasilkan mesin yang tinggi kelajuan, storan dan ingatan. Zaman ini menandakan permulaan generasi komputer. Terdapat lima generasi komput kesemuanya dan setiap generasi mempunyai cirinya tersendiri.

8.2.4Generasi Pertama ( 1942 - 1959 )Ciri-ciri :1. Menggunakan teknologi tiub hampagas.

2. Berupaya memproses beberapa ribu arahan sesaat; lebih pantas daripada pergerakan alat mekanik.3. Berupaya menyimpan 10,000 - 20,000 aksara.4. Menggunakan ingatan teras magnet. Teras magnet adalah gelang-gelang logam yang amat kecil dan boleh memberikan kuasa magnet melalui satu dari dua arah.

Contoh :a. ABC - komputer digital elektronik pertama ( 1937 - 1942 ) oleh John V. Atanasoff dan dibantu oleh Clifford Benry.b. ENIAC - diusahakan oleh John W.Mauchly dan J.Presper Eskert. Dibina tahun 1945 - 1946, permulaan era cemerlang.c. EDVAC, EDSAC dan UNIVAC 1, IBM 709 - John Von Neumann, Mauchly dan Eskert ( 1951 )d. IBM 701 ( 1953 )e.IBM 650 ( 1959 )

8.2.5Generasi Kedua ( 1959 - 1964 )Ciri-ciri :

Menggunakan transistor menggantikan tiub hampagas. Tiub hampagas adalah besar dan memerlukan penggunaan kuasa elektrik yang banyak dan dengan itu mengeluarkan haba serta cepat rosak. Keserasian terhad. Atur cara yang ditulis untuk satu komputer perlu diubah untuk dilaksanakan pada komputer lain. Menggunakan hanya pita untuk storan yang boleh memproses secara jujukan sahaja. Menggunakan bahasa aras rendah iaitu bahasa simbolik. Lebih kecil, ringan, murah tahan lama dan mudah digunakan. Bahasa pengaturcaraan peringkat tingi seperti FORTRAN dan COBOL.

Contoh :a. IBM 1400 - Pencipta John Bardeen, William Shockley dan Walter Brattain.b. UNIVAC M460, IBM 7090, NCR 315 dan BURROUGHS 5000.

8.2.6Generasi Ketiga ( 1964 - 1970 )Ciri-ciri :1. Menggunakan teknologi litar bersepadu yang terdiri daripada beribu-ribu transistor yang diletakkan pada kepingan silikon.2. Atur cara lebih serasi.3. Bermulanya konsep multi pengaturcaraan. Beberapa pengguna berkongsi mesin. Istilah baru perkongsian masa.4. Bermulanya pemprosesan rawak dengan penggunaan cakera magnet.5. Lebih kuat, utuh dan padat.6. Bahasa pengaturcaraan dihasilkan seperti BASIC dan Pascal.

Contoh :a. IBM 360 ( 1964 )b. Bermulanya era minikomputer - PDP-8 ( 1965 )c. ICL 1900 ( International Computer Limited ) dan VAC 9000

8.2.7Generasi Keempat ( 1971 -1999 )Ciri-ciri :1. Penggunaan litar bersepadu berskala besar. Istilah yang digunakan ialah Penyepaduan Skala-Besar ( Large-Scale Intergration ataupun LSI ).2. Penggunaan mikropemprosesan pada satu serpihan.3. Dengan pengenalan storan maya, atur cara yang bersaiz beberapa kali saiz ingatan mesin boleh dilaksanakan.4. Pengenalan kepada cakera pada ingatan baca sahaja ( Compact Disc Read Only Memory ( CD ROM ) ). 5. Ingatan utama komputer menjadi lebih cekap, pantas dan besar.Contoh : a. IBM 370 ( 1970 )b. PDP-11 ( 1970 )c. bermulanya era mikrokomputer. Mikrokomputer pertama ialah MITS ( Altair 8800 ) 1975. Selepas itu, Apple I dicipta oleh Steve Mozniak dan Steve Jobs, Apple II ( 1977 ), Commodore PET.d. VisiCalc ( Visible Calculator ) - sebuah pukal hamparan elektronik oleh Dan Brickland.e. Super komputer yang popular ialah CRAY I.

8.2.8Generasi Kelima ( 2000 sehingga kini )

Ciri-ciri :1. Lebih canggih, lebih murah, lebih pantas dan lebih hebat daripada yang sedia ada dan kemampuan 'melihat', 'mendengar', 'bercakap', dan 'berfikir' seperti manusia. 2. Memiliki kecerdikan buatan iaitu setakat mana manusia membuat komputer itu cerdik.3. Melaksanakan tugas secara selari berbeza dengan caranya sekarang dan membolehkan tugas diselesaikan serentak.4. Lebih cepat dan lebih kuasa untuk membuat penaakulan, belajar dan membuat kesimpulan. Contoh :

a. Pentium IIIb. Pentium III Xeonc. Pentium IV8.3PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (COMPUTER ASSISTED INSTRUCTION, CAI)Antara aspek-aspek mustahak dalam CAI ialah pembangunan bahan kursus, mengintegrasi bahan CAI dengan aktiviti bilik darjah, untuk mendapat sistem komputer, untuk mengedar bahan kursus CAI dan untuk menentukan keberkesanan CAI dalam bilik darjah.

Bagi setiap topik / tajuk dalam CAI telah direka beberapa unit seperti verbal, latih tubi, tutorial, simulasi dan pertanyaan bergantung kepada kumpulan pelajar sasaran. Sebagai tenaga pengajar yang akan menggunakan komputer sebagai medium pengajaran dengan berkesan, seseorang patut tahu tentang kelebihan dan kelemahan sebuah komputer. 8.4PENGAJARAN DIURUSKAN KOMPUTER (COMPUTER MANAGED INSTRUCTION, CMI )Pengajaran Diuruskan Komputer ( CMI ) berperanan membantuproses pengurusan dalam bilik darjah.Ia melibatkan interaksi antara pelajar, guru, komputer dan bahan-bahan sumber pendidikanyang lain.CMI digunakan dalam membimbing pelajar dalam kurikulum melalui satu haluan pembelajaran yang ditetapkan oleh guru, menyimpan rekod-rekod kemajuan pelajar untuk digunakan dalam proses penilaian kelak serta untuk menilai keberkesanan sumber-sumber pendidikan.Terdapat tiga bidang utama CMI iaitu pengurusan rekod pelajar, pengurusan komunikasi dan pengurusan proses pembelajaran.

Dalam CMI, pelajar biasanya berinteraksi secara terus dengan bahan yang sedia ada dan hanya sebahagian daripada masanya pula mereka berinteraksi dengan komputer,Selain itu,beberapa bahan lain turut digunakan seperti teks terancang, alat pandang dengar, bahan kursus,buku dan risalah.CMI mempunyai kelebihan dimana ia boleh direka untuk menyoal pelajar dalam bentuk kuiz dan ujian objektif dalam menilai penguasaan pelajar terhadap subjek.Diantara bahagan yang agak rumit dalam pembangunan CMI ialah merekabentuk dan menyenggara sistem CMI.Walaupun tugas ini sukar dan memakan masa, ia boleh dilaksanakan menggunakan perisian pemprosesan kata, hamparan elektronik dan pangkalan data.8.5KOMUNIKASI MEDIASI KOMPUTER (COMPUTER MEDIATED COMMUNICATION, CMC )Komunikasi mediasi komputer melibatkan pengajaran dan pembelajaran secara rangkaian atau hubungan rangkaian. Contohnya guru atau pelajar menggunakan jalur internet untuk berhubung semasa proses pembelajaran berlaku.

8.6MULTIMEDIA BERASASKAN KOMPUTER (COMPUTER BASED MULTIMEDIA, CBM)Sistem-sistem multimedia untuk pendidikan dapat menyampaikan pengajaran secara langsung kepada para pelajar melalui cara berinteraksi dengan mata pelajaran yang telah diprogramkan menggunakan multimedia ke dalam komputer.

Multimedia boleh dijadikan salah satu alat bantuan mengajar (ABM) kerana ia membolehkan guru mengurus aktiviti pengajarannya secara teratur dan menarik dengan cara memberi persembahan yang pelbagai menggunakan program-program multimedia yang senang didapati.

Contohnya, persembahan pengajaran yang menarik boleh dilakukan menggunakan aplikasi multimedia seperti Authoware, Freehand, Page Maker dan sebagainya kerana ia mengandungi grafik yang menarik yang boleh diaudiokan, divideo, dan dianimasikan secara bijaksana. 8.6.1Kelebihan Penggunaan Komputer dalam P&P

Menyokong pembelajaran kendiri dengan maklum balas dan peneguhan yang cepat.

Pengintegrasian multi media daripada sumber yang pelbagai.

Keinteraktifan yang membolehkan pembelajaran dapat dijalankan dengan luwes dengan kawalan kendiri.

Memperluaskan capaian dengan pautan kepada sumber yang pelbagai.

Cara kerja baru dalam komputer akan membangkitkan motivasi kepada pelajar dalam pembelajaran.

Warna, muzik dan grafik animasi dapat menambahkan kesan realistik dan memerlukan latihan, kegiatan amali, simulasi dan sebagainya.

Tindak balas peribadi yang cepat dalam kegiatan pembelajaran pelajar akan menghasilkan penguatan yang tinggi.

Pengawasan pengajaran daripada guru dapat diperluaskan kerana maklumat senang didapati dan mudah diatur dan ia membantu pengawasan yang lebih terhadap pelajar.

8.6.2Kelemahan Penggunaan Komputer dalam P&P

Kos yang tinggi

Teknologi yang cepat berubah

Literasi komputer masih meluas

Perlu cekap dan bermotivasi untuk berjaya

Pengeluaran komputer untuk tujuan pendidikan masih dibelakang jika dibandingkan dengan pengeluaran komputer untuk bidang lain contohnya untuk analisis data.

Program pengajaran pendidikan yang bermutu yang menggunakan kecanggihan komputer masih kurang, terutama yang menggunakan mikrokomputer.

Beban pengajaran guru bertambah kerana terpaksa memahami penggunaan komputer secara terperinci.

Kreativiti mungkin hanya akan difokuskan kepada pengajaran yang dikomputerkan sahaja. Ini akan mengabaikan sikap semulajadi pelajar yang kreatif kerana semua pembelajaran adalah menggunakan program komputer.

Bahan-bahan rujukan tambahan Komputer dalam Pendidikan:-Laman web yang berkaitan dengan penggunaan komputer dalam pendidikan:-

Argument about computer in education http://southerncrossreview.org/4/review.html

History of Computer in Education http://www.csulb.edu/~murdock/histofcs.html

Komputer dalam matematik http://josie653.tripod.com/kdp.htm

Komputer dalam pendidikan http://www.ctl.utm.my/publications/manuals/mm/MIEducation.pdf

Kajian tentang komputer dalam pendidikan http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/ZULAIHAAP000640D2004TTT%20PERSOALAN%20KAJIAN.pdf

8.8PENGGUNAAN LAMAN WEB SOSIAL DALAM PENDIDIKAN

8.8.1PengenalanDewasa ini, istilah Komputer, teknologi maklumat dan jaringan internet tidak lagi asing bagi masyarakat negara ini. Malah, setiap hari kita mendengar pelbagai maklumat tentang perkembangan teknologi perkomputeran di seluruh dunia. Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru dalam sejarah perkembangan computer. Kemajuan pendidikan semakin hari semakin jelas dipengaruhi oleh elemen seperti teknologi maklumat khususnya computer dan telekomunikasi. Menurut Norhashim et al.(1996) penggunaan komputer dalam bidang pendidikan memberi kesan yang besar dan bermakna terhadap kualiti pembelajaran iaitu:i. memudahkan penghasilan bahan-bahan pengajaran secara lebih efisien.ii. membenarkan pendidik menyediakan pendekatan pengajaran baru yang lebih efektif.

iii. memudahkan penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran seperti multimedia, simulasi dan aktiviti kumpulan menerusi aplikasi sistem rangkaiannya.

Menurut Buyong (2002), cabaran dunia pendidikan dalam meneroka dan mengaplikasikan ICT melalui pendekatan-pendekatan yang berkesan telah membawa para pengajar dan pelajar mengenali dan seterusnya mempraktikkannya mengikut kesesuaian bidang yang diingini. Menurut Norhashim et al. (1996) pada perkembangan awal pembelajaran berasaskan komputer semua proses persembahan adalah berbentuk linear dan laluan modul pengajaran telah ditetapkan. Dengan menggunakan teknik multimedia pembelajaran boleh berlaku secara interaktif. Pelajar dapat berinteraksi dengan media pengajaran tanpa kehadiran guru. Mohd Zaliman et al. (2001) menyatakan teknologi multimedia kian diiktiraf sebagai alat bantuan pengajaran yang sesuai dalam membantu para pendidik untuk mendalami dan mendasari cabaran dunia pendidikan era baru.

Contoh Laman tweeter

Contoh Laman Facebook

Penggunaan Laman Social Network yang berasaskan elemen hipermedia dan multimedia banyak membantu pelajar mengadaptasi bahan-bahan yang terdapat melalui laman yang disediakan. Brown et al. (1994) pula menyatakan bahawa aplikasi pembelajaran berasaskan multimedia berupaya untuk memberikan berbagai contoh yang sebenar kepada pelajar dengan gabungan teks, muzik, imej, video dan animasi. Pembelajaran berasaskan komputer dalam bentuk multimedia telah berkembang dengan begitu pesat. Menurut Merill (1992) pembangunan media pengajaran multimedia untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran telah menjadi lebih mudah diubahsuai dan individulistik. Pendidikan yang melibatkan bantuan media seperti komputer dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu lebih bermakna. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer dapat meningkatkan prestasi pelajar .8.8.2 Penggunaan laman sosial

Contoh-contoh laman sosial yang boleh digunakan bagi memudahkan pelajar berhubung diantara satu sama lain. Menurut Halimah (1999) teknologi multimedia telah mempunyai kemampuan untuk penyampaian teks, video bergerak, suara, animasi yang canggih dan grafik yang beresolusi tinggi. Gabungan unsur unsur ini akan membentuk satu persembahan yang menarik dan menjadikan proses penyampaian maklumat lebih berkesan. Menurut Smellie et al. (1997) media pengajaran yang menggunakan teknologi multimedia berupaya untuk menarik perhatian pelajar, memahami idea dan mendapatkan maklumat yang kompleks dari hanya jika dibuat dengan penjelasan lisan dan membantu mengatasi kesuntukan masa, saiz dan ruang.8.9Aktiviti perbincangan

Bincangkan bagaimana laman sosial boleh digunakan sebagai medium pendidikan?

Pilih mana-mana satu laman sosial yang terdapat di internet dan bincangkan tentang perkara-perkara berikut: Apakah peranan pelajar?

Apakah peranan guru?

Apa kekangan yang dihadapi

Apakah kebaikan dan keburukan menggunakan laman sosial sebagai medium perhubungan?

Rancangkan satu strategi tentang penggunaan laman sosial dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup/Sains/matematik.Link yang berguna untuk dibaca:- Sejarah laman sosial http://jcmc.indiana.edu/vol13/issue1/boyd.ellison.html Statistik dalam konteks malaysia dalam menggunakan laman sosial http://www.greyreview.com/2009/07/28/snapshot-of-social-networking-in-malaysia/

Social Network for Education http://prezi.com/go6sgsm3sxqp/social-networking-for-education/

Future work for Social Network http://blog.socialcast.com/education-2-0-social-networking-and-education/

********************* The End *****************To be continue for the next version.........................

KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN DAN LAMAN SOSIAL

Bab 8

ISI KANDUNGAN

Pengenalan Pengajaran berasaskan KomputerJenis-jenis Pengajaran berasaskan KomputerComputer Assisted Instruction (CAI)Computer Asissted Learning (CAL)Computer Base Training (CBT)Contoh-contoh Pendekatan Pengajaran berasaskan Komputer dalam PendidikanKelebihan Pengajaran berasaskan KomputerKelemahan Pengajaran berasaskan KomputerWeb Based Learning (WBL)Educational Management Information System (EMIS)

4 kumpulan perkakasan