modul membaiki komputer

of 53 /53
2009 MOHD DZULKARNAIN [email protected] 1/1/2009 MODUL MEMBAIKI KOMPUTER

Author: nor-maziana

Post on 20-Jan-2016

116 views

Category:

Documents


17 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

modul

TRANSCRIPT

  • 2009

    MOHD DZULKARNAIN

    [email protected]

    1/1/2009

    MODUL MEMBAIKI KOMPUTER

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    2

    Isi kandungan modul:

    Bab1:Tips-tips penjagaan komputer

    - Kepentingan penjagaan computer

    - Cara-cara penjagaan computer

    - Tips-tips computer anda menjadi laju dan tidak hang

    Bab2: Tips-tips mengesan kerosakan kecil dan cara membaiki

    Bab3: Cara-cara mudah untuk membuat backup

    Bab4: Perkenalan kepada bahagian MotherBord

    Bab5:Pemasangan Perkakasan computer

    - Step-step pemasangan hardware/perkakasan

    Bab6: Cara FORMAT komputer dari A to Z

    Bab7: Cara-cara menggunakan Norton ghost dari cd Hiren boot

    Bab8: PENUTUP

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    3

    PENGENALAN :

    RIBUAN TERIMA KASIH kepada anda yang membeli MODUL MEMBAIKI

    KOMPUTER.

    TANIAAAH anda bukan saja menderma kepada mereka yang memerlukan

    tetapi anda berusaha untuk meningkat kan diri anda dengan menambahkan ilmu

    bagi menghadapi dunia ICT yang serba canggih ini,malah anda tidak akan lagi

    mengeluarkan wang ke kedai komputer semata-mata untuk meng FORMAT

    kembali PC anda yang di serang virus dan memberikan kekayaan kepada tokey-

    tokey kedai tersebut ( format Komputer hanya memerlukan CD RM5 tapi kedai

    caj RM40 keatas )*tidak digalakan menggunakan CD pirets, dan anda mungkin juga menjadi

    tempat rujukan rakan-rakan anda membaiki komputer ( anda boleh caj rakan

    anda pula hehehe).

    Di dalam MODUL ini akan saya terangkan secara bergambar turutan A to Z

    cara-cara pemasangan Hardware dan pemasangan Software,malah saya akan

    terangkan secara ringkas tips-tips penjagaan komputer supaya ia tidak berat atau

    hang semasa anda menggunakan komputer,dan cara anda dapat mengenal pasti

    masalah-masalah kecil komputer dan cara-cara membaiki nya.

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    4

    Anda tidak akan rasa rugi membeli MODUL ini kerana harga nya yang

    berpatutan malah saya akan MEMBERI ANDA BONUS lain iaitu :

    1) Lebih 250 Koleksi E-book yang saya kumpulkan berkaitan keusahawanan,

    perniagaan internet, tips-tips pembelajaran dan banyak lagi.

    2) Game-game flash yang menghiburkan.

    3) Lebih 60 Software-software yang kerap digunakan.

    4) Operating System Freeware ( ubuntu )-fungsi nya sama macam Windows

    5) Software UNTUK MEMBUAT GHOST

    6) Saya akan mengajar anda membuat backup menggunakan norton ghost

    7) Cara-cara membuat backup komputer yang paling mudah.

    8) Cara-cara meng FORMAT komputer menggunakan PenDrive

    9) Cara format komputer version english

    Disediakan Oleh : MOHD DZULKARNAIN

    Segala isi kandungan ( teks , grafik dan video ) yang ada didalam MODUL dan Rakaman Video

    ini adalah hak milik [email protected] Kandungan ini tidak boleh disalin atau dicetak untuk

    tujuan dagangan atau pengedaran, malah ia tidak boleh diubahsuai atau dipindah ke e-book,

    FORUM atau laman web yang lain.Termasuklah peniruan, pengubah suaian,

    pengedaran,penyiaran atau penerbitan semula segala isi kandungan MODUL ini adalah

    dilarang sama sekali..

    Semoga tuhan memberkati orang yang membeli MODUL ini..amin

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    5

    Bab 1: Tips-tips penjagaan komputer

    Lazim nya penguna komputer hanya tahu menggunakan system komputer

    sahaja sehingga komputer tersebut rosak tanpa mengambil tahu cara-cara

    penjagaan komputer..

    Kepentingan penjagaan komputer adalah untuk :

    1) Komputer yang dimiliki itu tahan lebih lama dan boleh beroperasi pada

    kelajuan yang sebenar.

    2) Dapat mengetahui cara yang betul membersihkan computer

    3) Mencegah daripada berlaku kerosakan yang lebih Serius

    4) Dapat menjimatkan kewangan untuk membaiki komputer

    Cara-cara penjagaan komputer adalah:

    1) Komputer tidak boleh didedahkan secara langsung kepada cahaya matahari

    2) Jangan letak komputer berdekatan tempat panas seperti oven

    3) Jauhi komputer daripada kuasa magnet

    4) Elakan dari percikan air atau bahan kimia

    5) Elakkan makan dan minum ketika menggunakan komputer

    6) Jangan letak komputer ditempat lembap @ basah, [email protected] bedebu.

    7) Jangan letak bebanan di atas monitor atau pun CPU

    8) Komputer sesuai diletakkan di dalam bilik aircond

    9) Cuba elakkan Komputer anda dari sebarang hentakan

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    6

    Tips-tips cara penjagaan komputer :

    1) Pastikan segala punca kuasa yang bersambung dengan komputer telah

    dimatikan sebelum anda membersihkan komputer.

    2) Gunakan kain yang bersih dan lembut tetapi tidak bedebu,kotor dan basah

    untuk mengelap pemukaan monitor

    3) Gunakan pembersih vakum untuk menyedut habuk didalam CPU sambil

    menggunakan berus yang bersih.

    4) Gunakan system UPS (Uninterruptable Power Supply ) bagi menggelakan

    komputer anda mati secara tiba-tiba akibat blackout..ia dapat mengelakan

    Hardisk anda daripada mengalami Bad sector

    Tips-tips supaya komputer anda menjadi laju dan tidak hang:

    1) Cuba elakan menyimpan terlalu banyak fail anda pada desktop komputer

    2) Elakan menyimpan fail di my document atau di partition C: ( simpan segala

    fail anda di partition D: pastikan semasa anda anda Format komputer , anda

    membuat partition D: ) atau simpan fail-fail anda di external drive

    3) Selalu update dan scan komputer anda dengan dengan perisian antivirus

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    7

    4) Defrag komputer anda seminggu sekali atau selepas install software

    1)

    StartAll programAccessoriesSystem toolsDisk Defragmenter

    2)

    Klik analyzedefragment

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    8

    5) Disable kan semua startup supaya komputer anda akan login dengan laju

    1)

    All programRun ( taip msconfig )

    2)

    Startupdisable all Ok ( semasa komputer anda startup semua yang bertanda akan

    dibaca dan meyebabkan komputer anda lambat startup ) pastikan komputer anda di

    restart semula selepas itu.

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    9

    6) Membuat Disk cleanup ( windows akan membuang segala fail- fail sampah )

    1)

    StartAll programAccessoriesSystem toolsDisk Clean up

    2)

    Pilih Drive yang perlu di buat Clean upklik ok

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    10

    Bab 2: Tips-tips mengesan kerosakan kecil dan cara membaiki nya

    ( troubleshooting )

    1) komputer anda tidak dapat dihidupkan?

    - Pastikan punca kuasa dihidupkan

    - Periksa kabel kuasa, pastikan kabel tidak longgar

    - Uji sambungan kabel kuasa dengan kabel yang lain

    2) Skrin monitor anda tidak memaparkan imej?

    - Pastikan punca kuasa dari monitor anda telah disambungkan ke CPU

    dengan betul

    - Periksa sambungan kabel VGA anda dari monitor ke CPU telah

    disambungkan,pastikan sambungan tidak longgar

    3) Desktop anda HANG ?

    - Tekan Ctrl + Alt + Delete secara serentak

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    11

    Pilih program yang status nya Not Responding dan klik End Task, buat

    sehingga program tadi tutup. Ini terjadi adalah kemungkinan disebabkan

    anda membuka terlalu banyak program dalam satu-satu masa

    4) CD tidak boleh keluar ?

    - Ambil klip paper atau jarum dan cucuk pada lubang pada CD-ROM

    anda,cucuk sehingga ia terbuka.

    5) Tiada bunyi ?

    - Volume desktop anda mungkin berada dalam keadaan mute

    6) Tertikus anda tidak begerak ?

    - Pastikan sambungan tertikus anda pada CPU tidak longgar

    - Jika anda menggunakan tertikus bola,cabut dan besihkan roll

    7) Papan kekunci tidak berfungsi ?

    - Pastikan sambungan papan kekunci anda pada CPU tidak longgar

    - Buang habuk pada papan kekunci menggunakan berus yang lembut

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    12

    8) Terdapat paparan disk error sewaktu Boot ?

    - Anda cuma perlu keluar kan semua CD,disket dan cabut pendrive anda,

    kemudian restart kembali

    9) Terdapat bunyi Bips yang berterusan semasa ON komputer?

    - Cabut Ram anda dan gosok kan pemukaan emas dengan pemadam

    - Bersihkan soket Ram dengan berus yang lembut

    - Pasang kembali dan jika masih ada bunyi lagi,cuba tukar dengan Ram

    yang lain

    - Dan jika masih berbunyi lagi kemungkinan Ram anda rosak

    10) Skrin warna biru semasa ON komputer?

    - Pastikan sambungan kabel power pada hardisk anda tidak longgar

    - Pastikan juga sambungan kabel IDE atau SATA tidak longgar di

    Motherboard dan hardisk

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    13

    Bab3 : Cara-cara mudah untuk anda membuat backup komputer

    Membuat backup komputer adalah amat penting,ini adalah kerana jika

    komputer anda mengalami masalah berkaitan serangan VIRUS anda hanya perlu

    menggunakan backup yang telah anda buat untuk menetapkan keadaan seperti

    asal,buat backup komputer sebaik-baik nya adalah selepas anda format komputer

    dan meng install program-program serta driver computer, berikut adalah cara-

    cara nya :

    1)

    StartAll programAccessoriesSystem toolsBackup

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    14

    2)

    Pilih menu backup wizard ( advance )

    3)

    Klik Next

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    15

    4 )

    Pilih menu back up everything on this computer Next

    5 )

    Pilih lokasi simpanan untuk fail backup iaitu di partition D: Next

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    16

    6 )

    Klik Finish

    7 )

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    17

    Backup Progress sedang berlaku

    8 )

    Anda akan memperolehi satu fail Backup di partition D:

    9 ) untuk restore kembali backup yang telah dibuat anda hanya perlu masuk

    kembali ke system backup tadi dan pilih seperti berikut :

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    18

    Jika anda terlupa untuk membuat backup selepas format terdapat beberapa

    cara lain untuk memulihkan komputer anda kepada keadaan asal selepas diserang

    virus.. gunakan cara ini..

    1)

    StartAll programAccessoriesSystem toolsSystem Restore

    2)

    Klik restore my computer to an earlier timeNext

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    19

    3)

    Pilih tarikh sebelum berlaku nya serangan virus atau tarikh selepas anda format computer

    Dan anda hanya perlu klik next dan tunggu sehingga proses ini selesai.

    cara-cara lain untuk anda menyelamat kan data yang hilang adalah dengan

    menggunakan software-software yang tertentu seperti:

    1) Pc Inspector File Recovery ( software ini ada dalam bonus yang diberi )

    2) Recuva ( software ini ada dalam bonus yang diberi )

    3) Dan banyak lagi software-software yang anda boleh cari di internet

    Jika komputer anda mengalami kerosakan system yang serius adalah digalakan

    supaya anda meng FORMAT kembali komputer anda supaya ia kembali fressssh,

    adalah DIINGATKAN supaya sebelum anda FORMAT komputer anda,anda hendak

    lah membuat backup bagi fail-fail anda yang penting temasuk backup DRIVER

    komputer.Software untuk backup driver terdapat di dalam HIREN BOOT CD.

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    20

    Bab 4: PEKENALAN KEPADA BAHAGIAN MOTHERBORD/MOBO ANDA:

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    21

    Bab5: Pemasangan perkakasan komputer :

    Sebelum kita memasang hardware atau perkakasan komputer ini, hendak lah kita

    mengenali terlebih dahulu rupa nya, berikut adalah image hardware tersebut:

    RAM PROCESSOR

    CD-ROM/CD-DRIVE

    HARD DISK MOTHERBORD

    POWER SUPPLY ATX CASING TOWER

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    22

    STEP-STEP PEMASANGAN HARDWARE/PERKAKASAN

    1) Selalu nya tower casing yang dibeli siap dipasang dengan power supply

    jenis atx 24pin.

    2) Pasang processor terlebih dahulu pada motherboard anda,perhatikan

    tanda yang terdapat pada processor tersebut bagi mengelakan kaki

    processor bengkok atau patah semasa memasang nya ,cara-cara

    pemasangan nya boleh didapati di dalam buku manual motherboard anda.

    3) Pemasangan motherboard ke dalam casing boleh dibuat selepas atau

    sebelum pemasangan hardware lain ke atas nya, sebaik nya pemasangan

    motherboard kedalam casing dibuat selepas RAM dan PROSESSOR dan

    HEATSINK dipasang keatas nya.

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    23

    4) Setiap pemasangan heatsink adalah berlainan bergantung kepada model

    nya,dan anda perlu rujuk manual processor yang anda beli

    5) Selepas anda memasang processor anda hendak lah memasang RAM,

    Anda hendak lah memerhatikan kedudukan RAM berpandukan slot atau

    longkang yang terdapat pada RAM.tekan kedua-dua arah kebawah dengan

    serentak sehingga ejector tab terpasang dengan sendiri.

    6) Masukan motherboard anda yang sudah siap dipasang dengan RAM dan

    Processor kedalam casing..anda hendak lah memasang dengan cermat,

    pastikan kesemua skru telah dipasang terlebih dahulu sebelum skru-skru

    tersebut diketatkan.

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    24

    7) Pasangkan CD-ROM anda dari depan dan ketat kan dengan skru di tepi nya

    8) Pasang kan Hardisk anda dan ketatkan dengan skru di bahagian tepi

    9) Pemasangan kabel-kabel seperti IDE kabel,Power Kabel,dan Led kabel

    hendak lah anda merujuk kepada manual buku motherboard anda

    SETELAH SELESAI PEMASANGAN SEGALA HARDWARE ANDA, ANDA HENDAK LAH

    MELAKUKAN PROSES FORMAT KOMPUTER ANDA.

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    25

    Bab 6: Cara FORMAT komputer dari A to Z

    Format komputer ini berlaku adalah disebabkan beberapa keadaan iaitu:

    1) Anda menukar harddisk baru atau membeli komputer baru

    2) komputer anda diserang virus sehingga program windows anda tidak dapat

    diselamatkan lagi

    3) Anda saja-saja ingin format kembali?????????

    Dengan meng FORMAT kembali komputer, anda akan memperolehi satu

    system windows baru yang fresh tanpa satu virus..tetapi ia mengambil masa

    yang agak lama iaitu dalam masa 30-40minit bergantung pada kelajuan

    komputer anda. Tapi ini adalah untuk kali pertama kerana selepas anda

    FORMAT komputer, anda hendak lah membuat CD recovery atau Backup

    dengan menggunakan Norton Ghost ,jika anda menggunakan Norton Ghost

    ianya hanya mengambil masa kurang dari 4minit..bagaimana?saya akan

    tunjukan :

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    26

    Berikut ada lah cara FORMAT komputer ;

    a) Tukar setting bios atau tukar first boot

    1) Anda hendak lah masukan CD Windows XP kedalam CD drive anda

    2) Sebelum komputer anda masuk windows ( rujuk video ) anda hendak lah

    menekan kekunci delete atau F2 bergantung kepada Bios anda, untuk

    masuk kedalam system bios.

    Paparan bergantung pada system bios anda..( dalam tutorial video saya menggunakan bios dalam latop acer )

    Klik arrow kebawah pilih ADVANCE BIOS FEATURE

    3) Ubah First boot dalam bios anda ke cd drive/cd rom. kerana apabila

    komputer anda beroperasi ia akan membaca pada cd drive anda dahulu

    sebelum membaca pada Hard disk.

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    27

    4) Klik ESC untuk keluar menu dan klik exit and change, sekarang untuk first

    boot anda telah ditukarkan.komputer akan restart semula dan ikuti langkah

    dibawah.

    b) Installasi atau pemasangan windows A to Z

    1)

    Bila paparan ini keluar anda hendak lah dengan segera klik mana-mana kekunci

    2)

    Sekarang komputer dalam proses konfigurasi windows atau setup windows

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    28

    3)

    Dalam paparan diatas anda hendaklah membuat pilihan klik ENTER iaitu untuk setup windows yang baru,jika anda hanya ingin membaiki windows anda perlu menekan R dan

    keluar dari meneruskan klik ESC

    4)

    Paparan diatas menerangkan berkaitan license aggrement,anda perlu klik F8 untuk

    setuju.

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    29

    5)

    Sekarang adalah proses yang penting..sebelum anda memilih untuk setup windows,anda perlu

    lah membuat 2 partition,dimana partition tersebut akan dinamakan partition D: dan ia akan menjadi

    tempat untuk anda menyimpan backup Norton Ghost nanti,cara nya anda hendak lah klik C dan

    membahagikan partition kepada 2 bahagian,dan untuk anda setup windows anda klik ENTER dimana

    C: adalah dimana fail-fail system anda akan disimpan.

    6)

    Pilih FORMAT THE PARTITION USING THE NTFS FILE SYSTEM dan klik ENTER, jika sebelum ini

    anda mempunyai Operasi Sistem yang lain cth ubuntu,unix dan anda ingin kekal kan anda hendak lah

    memilih menu yang terakhir iaitu setup windows using other folder (Leave a current folder ) dimana

    dalam satu komputer terdapat 2 Sistem Operasi .jika tidak pilih menu yang ke 3

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    30

    7)

    Segala fail-fail lama anda yang terdapat pada drive C: akan diformat semula..dinasihatkan

    supaya anda membuat segala backup sebelum format kembali windows anda.

    8)

    Segala fail-fail windows yang terdapat dalam CD akan di baca dan di salin kedalam komputer.

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    31

    9)

    Setelah selesai menyalin fail windows komputer anda akan restart semula dalam masa 15 saat

    14)

    Abaikan perkataan ini setelah computer anda restart semula

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    32

    15)

    komputer anda sedang login kedalam windows

    16)

    Sekarang proses installasi atau pemasangan windows berlaku dimana ia akan mengambil masa

    30-40minit bergantung kepada kelajuan komputer anda.

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    33

    17)

    Klik NEXT setelah anda mengubah regional and language selalu nya setting ini tidak perlu diubah

    14)

    Masukan nama dan organisasi anda dan klik next

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    34

    15)

    Masukan CD KEY atau PRODUCT KEY anda,KEY ini boleh didapati pada belakang cover cd windows

    16)

    Jika anda ingin komputer mempunyai securety password anda hendak lah memasukan nya jika tidak anda hanya perlu klik NEXT

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    35

    17)

    Tetapkan tarikh dan masa anda diikuti dengan time zone dan klik NEXT

    14)

    komputer anda menyambung proses installasi/pemasangan windows

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    36

    15)

    Proses setup networking atau rangkaian klik NEXT

    16)

    Proses setup networking atau rangkaian klik NEXT dan komputer anda akan restart semula

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    37

    17)

    komputer anda akan restart semula dan akan login kedalam windows abaikan paparan boot from cd

    18)

    Klik OK jika anda telah Nampak dengan jelas tulisan yang dipaparkan

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    38

    20)

    Klik next untuk proses seterus nya

    21)

    Jika anda menggunakan cd pirets anda hendaklah klik pada not right now dan klik next, ia akan menyebabkan windows anda tidak dapat di update, jika di update windows tersebut syarikat Microsoft

    dapat mengetahui anda menggunakan Operasi system nya yang tidak asli dan boleh di saman

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    39

    22)

    Jika anda menggunakan perisian yang tidak tulen atau pirets anda tidak perlu activate kan

    windows anda dahulu, anda dapat activate kan windows dengan menggunakn software yang saya

    berikan didalam bonus yang diberi. Iaitu windows XP & vista

    23)

    Klik skip

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    40

    24)

    Klik skip

    25)

    Masukan nama anda dan klik next

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    41

    26)

    Paparan ini akan keluar setelah anda Berjaya meng FORMAT komputer anda taniahhh

    27)

    Paparan welcome menandakan anda sedang masuk kedalam windows

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    42

    28)

    Paparan windows anda yang baru dan FRESSSHHH

    Setelah anda Berjaya format windows,anda perlu kembali meng install kembali

    program-program lain seperti Microsoft office dan antivirus dan kebanyakan

    software lain seperti adobe reader,bagaimana pun anda hanya perlu membeli 2

    keping CD sahaja iatu windows dan Microsoft Office kerana software-software

    yang lain saya telah sediakan untuk anda didalam Bonus software.

    SEKARANG ANDA TELAH JIMAT DARI MEMBUANG DUIT SEBANYAK RM50 SETIAP KALI HANTAR KOMPUTER KE KEDAI DAN TAMBAHAN CAJ LAIN YANG

    MUNGKIN ANDA KENA TIPU..SEKARANG ANDA HANYA PERLU KAN MODAL

    RM10 UNTUK BELI CD SEKALI SAHAJA SEPANJANG HAYAT KOMPUTER ANDA..KERANA SOFTWARE YANG LAIN TELAH SAYA BERIKAN..TAK RUGI

    KERANA ANDA DAPAT MENAMBAHKAN ILMU BERKAITAN KOMPUTER MALAH

    MUNGKIN ADA AWEKSSS YANG MINTA PETOLONGAN ANDA UNTUK BAIKI KOMPUTER NYA..SAHAM ANDA AKAN NAIKKKKTUJUKAN KEHEBATAN ANDA

    LAGI DENGAN BACKUP KOMPUTER MENGGUKAN NORTON GHOST MARI SAYA

    TUNJUKAN

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    43

    Setelah anda selesai meng install semua sekali software-sofware yang anda selalu

    gunakan seperti Office,adobe reader,driver komputer dan antivirus

    anda hendak lah membuat backup komputer,kerana jika terdapat masalah

    serangan virus atau menukar Harddisk baru,anda tidak perlu lagi meng

    FORMAT kembali harddisk tersebut termasuk kesemua software yang telah

    anda install kan kerana anda telah bersedia dengan backup yang anda buat..Cara

    nya adalah dengan menggunakan cd HIREN BOOT CD ver 9.8 yang telah saya

    berikan..

    Banyak software-software yang boleh digunakan untuk membuat backup

    komputer anda,namun pilihan saya kali ini untuk mengajar anda adalah dengan

    menggunakan Norton ghost.

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    44

    Bab 7: Cara-cara menggunakan Norton ghost dari hiren boot cd

    1) Masukan HIREN BOOT CD ver 9.8 ke dalam CDROM anda.

    2)

    Pastikan paparan seperti ini akan keluar

    3)

    Pilih menubackupghost32

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    45

    Buat Backup Ghost Pada Partition

    1. Skrin Norton Ghost akan dipaparkan.

    2. Pilih Local > Partition > To Image. Pilihan ini bertujuan untuk membuat backup untuk partition anda, dan menyimpannya dalam bentuk fail.

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    46

    3. Pilih hard disk yang mengandungi partition tersebut.

    4. Pilih partition yang anda hendak backup.

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    47

    5. Anda dikehendaki memilih tempat di mana fail Ghost akan disimpan. Pilih folder yang anda mahu, berikan nama untuk fail Ghost, dan klik Save.

    6. Compress image anda sekecil yang anda mau klik fast

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    48

    7. Klik OK pada mesej Proceed with partition image creation?. Tunggu hingga proses backup selesai, dan anda boleh restart semula PC anda.

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    49

    Restore Fail Ghost Kepada Partition

    1. Pilih Local > Partition > From Image. Pilihan ini bertujuan untuk restore semula fail Ghost tadi kepada partition asal.

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    50

    2. Pilih fail Ghost tersebut dan klik Open.

    3. Pilih partition yang mengandungi fail Ghost.

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    51

    4. Pilih hard disk yang mengandungi partition asal.

    5. Pilih partition yang yang anda hendak restore.

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    52

    6. Klik OK pada mesej Proceed with partition restore? Destination partition will be permanently overwritten. Tunggu hingga proses restore selesai, dan anda boleh restart semula PC setelah proses selesai.

    SEKARANG ANDA TIDAK PERLU LAGI MENGAMBIL MASA YANG LAMA UNTUK

    MENG FORMAT SEMULA KOMPUTER ANDA JIKA BERLAKU MASALAH KERANA

    IA AKAN MENGAMBIL MASA SELAMA TIDAK LEBIH DARI 4MINIT UNTUK MENG

    INSTALL KEMBALI KESEMUA NYA ( TERMASUK MICROSOFT OFFICE,ADOBE ,

    ANTIVIRUS DAN LAIN-LAIN ) DAN ILMU YANG ANDA DAPAT SEKARANG ADALAH

    BERSAMAAN DENGAN SEORANG JURUTEKNIK KOMPUTER

    MENGAPA PERLU BAYAR LEBIH SEDANG KAN ANDA MAMPU MELAKUKAN NYA

  • MODUL MEMBAIKI KOMPUTER SAMBIL MENDERMA [email protected]

    53

    Bab 8 : PENUTUP

    SEGALA APA YANG TERKANDUNG DIDALAM MODUL INI ADALAH DARI

    PENGALAMAN SAYA SEBAGAI SEORANG JURUTEKNIK KOMPUTER,DAN SEGALA

    KEKURANGAN DIDALAM MODUL INI SAYA MEMOHON AMPUN DAN MAAF,

    ANDA BOLEH MENCARI SUMBER-SUMBER LAIN DI GOOGLE ATAU YAHOO BAGI

    MENINGKATKAN SKILL ANDA DALAM PEMBAIKAN KOMPUTERSEBARANG

    KEROSAKAN PADA KOMPUTER DAN SISTEM ANDA SEMASA MEMBAIKI

    KOMPUTER DENGAN BERPANDUKAN MODUL INI TIDAK SAYA

    TANGGUNG,KERANA SEMASA MODUL INI DIBUAT TIADA SEBARANG MASALAH

    YANG BERLAKU PADA SAYA.. NAMUN HASIL JUALAN MODUL SAYA INI AKAN

    SAYA SUMBANGKAN SEPERTI YANG DI JANJIKAN..

    TERIMA KASIH