modul penyelenggaraan komputer

of 15 /15
1.0 PENGENALAN ASAS KOMPUTER 1.1 Apa itu komputer ? Perkataan KOMPUTER berasal daripada bahasa Latin iaitu ‘Computare‘ yang member maksud pengiraan. Di dalam bahasa inggeris disebut To Compute. Komputer diterjemahkan sebagai sekumpulan peralatan elektronik yang berhubung kait dan bekerjasama. Komputer menerima maklumat atau Data (Input), memproses maklumat (Proses) serta mengeluarkan maklumat yang siap diproses (Output) dan menyimpan maklumat didalam memori (Storan). Oleh yang demikian dapat kita simpulkan komputer terbahagi kepada 4 bahagian yang penting bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna seperti gambarajah dibawah: 1.2 Input Device Adalah peranti-peranti yang digunakan untuk memasukan maklumat atau data kedalam komputer seperti: Keyboard, Mouse, joystick dan lain-lain. 1.3 Prosesor Bahagian Utama komputer yang mengendalikan seluruh aktiviti didalam komputer itu sendiri, ia melibatkan 2 bahagian utama iaitu: Unit Pemprosesan Pusat (CPU) – Merupakan komponen utama didalam Pemprosessan yang mengawal semua peringkat yang dipasang pada komputer, daripada Input device sehingga ke output device. CPU INPUT DEVICE OUTPUT DEVICE ROM RAM Pemprosessan Control Unit ALU Memori

Author: halimhafidz

Post on 20-Jun-2015

997 views

Category:

Documents


13 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Maklumat Gabungan

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN ASAS KOMPUTER1.1 Apa itu komputer ? Perkataan KOMPUTER berasal daripada bahasa Latin iaitu Computare yang member maksud pengiraan. Di dalam bahasa inggeris disebut To Compute. Komputer diterjemahkan sebagai sekumpulan peralatan elektronik yang berhubung kait dan bekerjasama. Komputer menerima maklumat atau Data (Input), memproses maklumat (Proses) serta mengeluarkan maklumat yang siap diproses (Output) dan menyimpan maklumat didalam memori (Storan). Oleh yang demikian dapat kita simpulkan komputer terbahagi kepada 4 bahagian yang penting bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna seperti gambarajah dibawah:

CPUPemprosessan Control Unit ALU INPUT DEVICE OUTPUT DEVICE

ROM RAM

Memori

1.2

Input Device Adalah peranti-peranti yang digunakan untuk memasukan maklumat atau data kedalam komputer seperti: Keyboard, Mouse, joystick dan lain-lain.

1.3

Prosesor

Bahagian Utama komputer yang mengendalikan seluruh aktiviti didalam komputer itu sendiri, ia melibatkan 2 bahagian utama iaitu:

Unit Pemprosesan Pusat (CPU) Merupakan komponen utama didalam Pemprosessan yang mengawal semua peringkat yang dipasang pada komputer, daripada Input device sehingga ke output device. Arithmetic Logic Unit (ALU) merupakan sebahagian daripada prosesor yang dikhususkan untuk memproses data arithmetic (penambahan, penolakkan dll) serta data berbentuk logic (perbandingan).

1.4

Memori Adalah media penyimpan data didalam komputer. Memori ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :

Read Only Memory (ROM) ingatan yang hanya boleh dibaca sahaja, tidak dapat diubah dan dipadam. ROM pada masa ini telah dikembangkan kepada pelbagai peringkat contohnya: PROM (Programable ROM) ROM yang boleh diprogramkan semula tetapi hanya sekali sahaja perubahan yang dibuat. b) RPROM (Re-Programable ROM) hasil daripada naik taraf versi PROM dimana perubahan dapat dilakukan berulangkali mengikut keperluan semasa. c) EPROM (Erasable Program ROM) merupakan ROM yang dapat kita hapuskan dan diprogram kembali dengan menggunakan sinar Ultraviolet. d) EEPROM (Electrically Erasable Program ROM) jenis yang paling banyak digunakan buat masa ini dimana kita dapat mengubah, menghapus program ROM dengan menggunakan teknik arus elektrik.a)

Random Access Memory (RAM) berfungsi untuk menyimpan program yang kita proses untuk sementara waktu (Power On) jika komputer dimatikan seluruh data yang tersimpan didalam RAM ini akan terpadam dan hilang. Tujuan RAM ini adalah bagi membolahkan Komputer melakukan kerja-kerja pemprosessan data dengan cepat dan berkesan.

1.5

Output Device

Hasil daripada data mentah yang input, diproses dan disimpan data yang siap diproses akan boleh dikeluarkan dalam bentuk kertas (pencetak), monitor (softcopy), suara (speaker) dan lain-lain bergantuk kepada proses yang dilakukan serta mengikut keperluan.

2.0 PC CASE DAN BEKALAN KUASA (POWER SUPPLY)2.1 PC-CASE Terdapat pelbagai jenis casing komputer dipasaran sekarang.Tetapi yang perlu menjadi rujukan kita bukan sekadar kecantikan luaran sahaja, tetapi jenis bekalan kuasa yang digunakan ,jenis casing dan struktur dalaman juga perlu dipertimbangkan. Walaubagaimana pun ia bergantung kepada pengguna yang menentukan objektif penggunaan komputer tersebut, samada untuk kegunaan persendirian, server dan sebagainya. Ruang kemudahan untuk membaik pulih dan menambah akesesori juga perlu diberikan perhatian. Casing Unit ini juga disebut sabagai System Unit dimana menjadi tempat semua peralatan komputer. Mengapa pengaliran udara penting didalam sesebuah komputer? Tahukan anda? anda ingin menggunakan Athlon/AMD, anda perlu Selain itu jika memastikan pengaliran udara didalam case komputer tersebut adalah baik. Athlon mengeluarkan haba yang lebih tinggi berbanding CPU keluaran Intel. Sebagai contoh jika anda menggunakan Atlon (Thunderbird core) 1GHz, ia perlu berada diparas 90 dan kebawah. Bagaimanapun 90 ini adalah nilai maksimum. Oleh itu adalah lebih baik untuk memastikan suhu didalam case computer anda diparas 60. Apabila suhu didalam komputer meningkat, perjalanan komputer anda tidak dapat bergerak dengan lancar. Ini adalah disebabkan oleh dua faktor. Faktor pertama bagi sesuatu pendawaian, peningkatan haba bererti peningkatan rintangan terhadap arus elektrik yang membawa maklumat. Kedua musuh utama bagi bahan-bahan semikonduktor adalah suhu yang tinggi.

Jenis-jenis komputer casing yang terdapat dipasaran sekarang ini

Desktop Komputer

Mini Tower

Middle Tower

Full Tower

2.2

Power Supply Unit (Bekalan Kuasa)

Bekalan kuasa DC diperlukan oleh komputer bagi menukarkan bekalan voltan AC230v,50Hz ke voltan DC. Kebiasaanya ia memerlukan antara 5VDC bagi papan induk (motherboard), kad penyesuai, pemacu cakera serta litar logik, manakala 12vDC untuk peruntukan kepada Monitor dan lain-lain. Kesemua komponen-komponen yang dipasang di papan induk seperti CD-ROM / DVD ROM, floppy drive dan cakera keras (Hard disk) mendapatkan kuasa melulai kabel-kabel berwarna yang terdapat dikotak bekalan kuasa tersebut.

3.0

PAPAN LITAR UTAMA (MAINBOARD)Ia merupakan komponen yang paling utama dan penting didalam sesebuah komputer, ia juga adalah nadi kepada akitiviti komputer yang terletak dibahagian chasis unit sistem. Papan litar utama ini diperbuat daripada kepingan serat kaca (Fiber glass) yang kebiasaannya berwarna hijau, diatas papan litar utama ini dipenuhi dengan komponen-komponen elektronik yang telah disusun mengikut fungsi dan keperluan bagi menjalankan akitiviti sesebuah komputer, antara komponen-komponen elektronik yang terdapat diatasnya ialah: cip(IC), resistor, kapasitor, diod, LED, Transistor dan lain-lain. Bahagian utama didalam papan litar utama terdiri daripada Unit Pemprosesan Pusat (CPU), BIOS, Memori, antaramuka storan, Serial dan Parallel port, slotslot tambahan (Expansion Slot) dan pelbagai pengawal (Controller) yang diperlukan bagi mengawal peranti utama seperti monitor, papan kekunci, pemacu, pencetak dan sebagainya. Semua komponen komputer tadi perlu disambungkan ke papan litar utama dan aliran data oleh setiap komponen akan dikawal oleh papan litar utama. Papan litar utama ini juga berbeza-beza dari segi saiz dan rekabentuk. Kebanyakan papan litar utama pada masa kini mengandungi komponen-komponen asas berikut:

a)b)

c) d) e) f) g) h)

Soket/Slot Processor CPU Voltage Regulator Chip Set BIOS Super I/O chip Soket SIMM / DIMM Slot Bus Bateri

3.1

Saiz Papan Litar Utama (Mainboard) ATX mainboard adalah saiz yang telah di selaraskan(standard) oleh intel pada tahun 1995. Di atas ATX mainboard, minimumnya akan terdapat PS/2 soket untuk mouse dan keyboard, USB, serial dan parallel port. Selain itu kedudukan setiap jenis slot dan soket juga telah ditetapkan.

3.2

Slot / Soket Gambar dan jadual dibawah menunjukkan jenis soket dan slot yang perlu digunakan mengikut jenis CPU.

Soket 7

Slot / Soket socket 370 socket 7 Slot 1 Slot 2 Slot A Soket A 423 pin Socket

Jenis CPU Pentium III (FC-PGA), Celeron (PPGA), Cyrix III K6-II(CPGA), K6-III(CPGA) Cyrix MII, Cyrix 6x86MX, WinChip2, WinChip C6 Pentium II(SECC), Pentium III Pentium II Xeon, Pentium III Xeon Atlon(card-module), Duron Athlon(PGA), Duron (PGA) Pentium 4

IDE Soket (Integrated Drive Electronics) Kebiasaannya terdapat sekurang-kurangnya dua IDE soket pada mainboard iaitu Primary IDE yang disambungkan kepada Cakera Keras (Hard disk) dan Secondary IDE yang disambungkan kepada pemacu CD-ROM. Ia mempunyai 40 pin sambungan. Pada amnya setiap satu soket membenarkan penyambung 2 cakera keras (Hark Disk) bergantung kepada jenis kabel penyambungan yang digunakan atau empat cakera keras bagi dua soket tersebut. IDE adalah sebahagian daripada pemacu (drive) dan ianya memerlukan satu sambungan yang mudah didalam komputer. Versi terbaru ialah EIDE (Enhanced Intergrated Drive Electronic), mampun menyokong harddrive denga kapasiti sehingga 8.4 gigabyte (IDE-528 megabyte) dan sehingga empat drive berbanding 2 pemacu pada IDE.

Slot IDE Bateri

Slot Memori

Slot FDD AGP Bus Slot

Palam Kuasa

Kipas (Fan) Slot PCI Soket CPU

Slot FDD (Floppy Disk Drive) Slot ini digunakan untuk menyambungkan cakera liut. Ia juga boleh disambungkan kepada 2 cakera liut bergantung kepada jenis kabel penyambung yang digunakan, dimana pemasangan 2 cakera liut menghasilkan pemacu A dan pemacu B.

3.3

Talian Bus Bus merupakan laluan elektrik didalam sistem komputer yang membawa atau memindahkan maklumat antara komponen-komponen komputer. Jumlah data atau maklumat yang dihantar bergantung kepada lebar bus tersebut. Setiap talian bus mempunyai clock speed yang diuku didalam unit megahertz (MHZ). Terdapat dua jenis bus yang utama iaitu:

Bus Data - digunakan untuk memindahkan data atau maklumat sahaja Bus Alamat - Memindahkan alamat ke tempat penghantaran data AGP (Accelerated Graphics Port) bus diperkenalkan oleh intel pada tahun1998. AGP bus adalah untuk kegunaan video card. Terdapat dua jenis AGP bus iaitu 2x dan 4x. Kelajuan penghantaran data menggunakan AGP adalah 233MB/sec pada frequency 66MHz. Oleh itu AGP 2x dapat menghantar data pada kadar 533MB/sec dan AGP 4x pada kadar 1066MB/sec. PCI (Peripheral Compenant Interconnect) bus adalah expansion slot yang paling biasa digunakan kini. Frekuensi PCI bus 32bit adalah 33MHz, hampir separuh kelajuan AGP.Tetapi seiring dengan kelajuan devices lain seperti CD-

R/RW, DVD dan sebagainya, PCI-X telah diperkenalkan pada 1999 dengan frekuensi 133MHz dan penghantaran data sebanyak 1GB/sec. AMR (Audio/Modem Riser) adalah slot standard yang telah dikeluarkan oleh Intel, dengan matlamat untuk menggunakan ruang diatas motherboard dengan lebih effektif AMR adalah khusus untuk analog data dan digunakan khas untuk modem atau sound card. ISA (Industrial Standard Architecture) bus hanya 8bit semasa diperkenalkan, bagi kegunaan CPU 80286 ia telah ditingkatkan kepada 16bit, bagaimana pun dengan wujudnya 3D graphics, PCI bus telah diperkenalkan. ISA bus juga dikenali sebagai AT bus. Bus USB (Universal Serial Bus) telah diperkenalkan mulai November 1994, hasil usaha sama Compaq, Intel, Microsoft dan National Semiconductor. Ia mampu menyambungkan 64 peralatan seperti scanner, printer, etc secara sesiri. Pada masa ini kebanyakkan komputer masih menggunakan USB 1.1, tetapi mulai penghujung 2001 USB 2.0 akan diperkenalkan dengan kelajuan hampir 40 kali ganda dari pada USB 1.1, dengan kelajuan 480Mbps. USB merupakan kabel bersiri yang menampung pertukaran data diantara komputer dan ruang yang luas secara serentak. USB membenarkan peripheral beroperasi semasa komputer sedang berfungsi.

3.4

Soket Luaran (Port)

Port merupakan soket luaran yang membolehkan sistem unit sesebuah komponen menerima sambungan dari papan litar tambahan. Ia juga merupakan laluan yang disambungkan pada kabel untuk peranti seperti Monitor, Pencetak, Keyboard dan lain-lain. Terdapat 2 jenis port utama: I. Port Bersiri (serial port) Serial port terdapat dalam 2 saiz iaitu DB-9 dan DB-25. Ia mempunyai 10 pin blok setiap satu. DB-9 selalunya digunakan untuk menyambungkan tetikus dan papan kekunki kepada komputer. Port DB-25 selulunya berhubung dengan komunikasi komputer dengan komputer seperti external modem. Setiap port dikenali dengan nombor COM1 dan COM2. Port Selari (parallel port) Merupakan port input/output. Port ini merupakan port bagi Printer. Ia membolehkan komunikasi dua hala diantara peripheral dan komputer. Port Selari dikenali dengan nombor-nombor seperti berikut 1 pt 1, 1 pt 2dan lain-lain. Ia mempunyai 26 pin block. Contoh port-port lain yang terdapat pada mainboard komputer adalah: Port Video Adapter (VGA Port) menghubungkan monitor dengan mainboard. SCSI Port menindahkan data dengan berkelajuan pantas. Port Permainan untuk kegunaan peralatan permainan Port Infrared menggunakan frekunsi gelombang radio bagi memindahkan Data. 3.5 Jenis ConnectorAT Connector digunakan untuk sambungan keyboard keatas PC/AT motherboard. Tetapi kebanyakkan komputer yang terdapat dipasaran hari ini menggunakan connector jenis PS/2 dan juga USB. AT connector mempunyai 5 pin. PS/2 Connector digunakkan untuk sambungan keyboard, mouse, digital kamera dan beberapa peralatan lain. Gambar yang ditunjukkan disebelah adalah gambar connector untuk motherboard jenis lama. Bagi menggelakkan sebarang kesilapan sambungan, motherboard yang terdapat dipasaran sekarang menggunakan warna ungu untuk sambungan ke keyboard dan hijau untuk sambungan ke mouse.

II.

IEEE 1394 telah diperkenalkan oleh Apple dengan code name Firewire. CHIP SET Chip set adalah yang paling utama diatas mainboard. Sesuai atau tidaknya CPU, memory dan beberapa kompenan utama yang anda gunakan bergantung kepada jenis chip set yang anda gunakan. 3.6 SERIAL ADVANCED TECHNOLOGY ATTACHMENT (SATA) Kebanyakan papan induk dilengkapi dengan satu lagi slot yang sama fungsinya dengan port IDE tetapi berbeza dari segi kelajuan penghantaran datanya yang dikenali sebagai Serial ATA (SATA) technology Serial ATA (Serial Advanced Technology Attachment) adalah bus komputer yang dibina untuk penghantaran data diantara komputer dengan peranti simpanan iaitu pemacu hard disk dan CD-ROM. Peranti SATA dan adapter berkomunikasi menggunakan kabel bersiri (serial cable) berkelajuan tinggi. Kebaikkan SATA berbanding IDE atau PATA ialah keupayaan SATA untuk menghantar data dengan pantas, boleh membuang dan menambah dan semasa komputer beroperasi (hot swapping), kabel yang kecil membolehkan air cooling bekerja lebih efektif, operasi lebih berkesan dengan pemeriksaan data intergriti yang lebih ketat. Jenis-jenis SATA yang terdapat kini, antaranya ialah: SATA 1.5 Gb/s SATA 3.0 Gb/s SATA 6.0 Gb/s

Port SATA yang terdapat di mainboard

3.7

Kabel SATA Penyambung dan kabel SATA dan Parellel ATA amat berbeza. Penyambung dan kabel SATA mudah disambungkan ke dalam ruang tertutup dan mengurangkan pendedahan terhadap air cooling. System SATA menggunakan kaedah differential signaling bagi mengelakkan bunyi bising (noise) dibuang daripada isyarat data pada penerima. Kadar penolakan bunyi bising yang tinggi membolehkan sistem SATA hanya menggunakan 500 mV ptp untuk membawa isyarat pada kelajuan tinggi tanpa gangguan.