topik pengenalan 1 kepada kewangan -...

23
PENGENALAN Topik ini memperkenalkan bidang kewangan dan membincangkan peranan pengurus kewangan dalam sesebuah syarikat. Selain itu, objektif dan misi utama syarikat dalam memaksimumkan kekayaan pemegang saham serta perbezaan jenis entiti perniagaan juga akan dibincangkan. Perkara seterusnya membolehkan anda mengetahui masalah yang mungkin memberi kesan kepada agensi disebabkan oleh kewujudan dua pihak yang berbeza iaitu pengurus dan pemilik dalam mencapai objektif masing-masing. Pada akhir topik ini, institusi kewangan akan dibincangkan secara umum. T T o o p p i i k k 1 1 Pengenalan kepada Kewangan HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti bidang kewangan dan kepentingan kepada perniagaan; 2. Menjelaskan empat peranan utama pengurus kewangan dalam syarikat; 3. Membincangkan objektif utama pengurusan kewangan iaitu memaksimumkan kekayaan pemegang saham; 4. Mengkaji hubungan dalam masalah agensi; 5. Menghuraikan tiga jenis organisasi perniagaan yang merupakan pemilik tunggal, perkongsian dan syarikat-syarikat; dan 6. Menjelaskan ciri-ciri pasaran kewangan.

Upload: truonghanh

Post on 06-Feb-2018

317 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Topik Pengenalan 1 kepada Kewangan - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11241... · PENGENALAN Topik ini memperkenalkan bidang kewangan dan membincangkan

� PENGENALAN

Topik ini memperkenalkan bidang kewangan dan membincangkan peranan pengurus kewangan dalam sesebuah syarikat. Selain itu, objektif dan misi utama syarikat dalam memaksimumkan kekayaan pemegang saham serta perbezaan jenis entiti perniagaan juga akan dibincangkan. Perkara seterusnya membolehkan anda mengetahui masalah yang mungkin memberi kesan kepada agensi disebabkan oleh kewujudan dua pihak yang berbeza iaitu pengurus dan pemilik dalam mencapai objektif masing-masing. Pada akhir topik ini, institusi kewangan akan dibincangkan secara umum.

TTooppiikk

11

� Pengenalan kepada Kewangan

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti bidang kewangan dan kepentingan kepadaperniagaan;

2. Menjelaskan empat peranan utama pengurus kewangan dalam syarikat;

3. Membincangkan objektif utama pengurusan kewangan iaitu memaksimumkan kekayaan pemegang saham;

4. Mengkaji hubungan dalam masalah agensi;

5. Menghuraikan tiga jenis organisasi perniagaan yang merupakanpemilik tunggal, perkongsian dan syarikat-syarikat; dan

6. Menjelaskan ciri-ciri pasaran kewangan.

Page 2: Topik Pengenalan 1 kepada Kewangan - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11241... · PENGENALAN Topik ini memperkenalkan bidang kewangan dan membincangkan

� TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEWANGAN 2

KEWANGAN

Seperti yang anda sedia maklum, hampir semua individu dan organisasi yang rasional akan cuba mendapatkan keuntungan atau wang dan selepas itu berbelanja atau melabur wang tersebut untuk tujuan tertentu. Kewangan adalah berkait rapat dengan proses ini, institusi, pasaran dan instrumen yang terlibat dalam pemindahan wang antara individu dan perniagaan.

Kewangan boleh ditakrifkan sebagai seni dan sains dalam menguruskan wang. Keputusan kewangan dibuat berdasarkan kepada konsep asas, prinsip dan teori kewangan. Keputusan ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama seperti berikut:

(a) Keputusan pelaburan berkaitan dengan aset;

(b) Keputusan kewangan berkaitan dengan liabiliti dan ekuiti pemegang saham; dan

(c) Keputusan pengurusan yang berkaitan dengan keputusan operasi dan keputusan kewangan harian syarikat.

Pengurus kewangan syarikat yang terlibat dalam pelbagai urusan perniagaan harian akan menerima pelbagai soalan seperti berikut:

(a) Perlukah syarikat menjalankan projek?

(b) Adakah pelaburan itu akan berjaya?

(c) Bagaimana membiayai pelaburan?

(d) Yang manakah keputusan pembiayaan terbaik? Pinjaman bank atau mengeluarkan saham?

(e) Adakah syarikat mempunyai tunai yang cukup untuk mengendalikan operasi harian?

(f) Apakah tahap inventori yang perlu disimpan?

(g) Pelanggan yang manakah perlu ditawarkan kredit?

(h) Apakah polisi dividen yang optimum?

(i) Perlukah pengambilalihan diteruskan?

1.1

Page 3: Topik Pengenalan 1 kepada Kewangan - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11241... · PENGENALAN Topik ini memperkenalkan bidang kewangan dan membincangkan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEWANGAN � 3

Kejayaan atau kegagalan sesuatu perniagaan bergantung kepada kualiti keputusan kewangan yang dibuat. Setiap keputusan yang dibuat akan mempunyai implikasi kewangan yang penting. Adalah penting jika seseorang itu tidak mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kewangan seperti pengurus pemasaran, pengurus pengeluaran dan pengurus sumber manusia untuk memahami kewangan bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih baik.

Contohnya, pengurus pemasaran perlu memahami bagaimana keputusan pemasaran mempengaruhi dan dipengaruhi oleh tahap inventori, kapasiti lebihan dan kemudahan pembiayaan. Sementara itu, akauntan perlu memahami bagaimana data perakaunan boleh digunakan dalam perancangan korporat dan juga sebagai panduan kepada pelabur untuk melabur. Oleh itu, implikasi kewangan wujud dalam hampir semua keputusan perniagaan dan pengurus dari jabatan lain perlu ambil perhatian dengan kedudukan kewangan dan isu jabatan dan organisasi secara keseluruhan.

PERANAN PENGURUS KEWANGAN

Pengurus kewangan memainkan peranan penting dalam operasi dan kejayaan perniagaan. Tanggungjawab sebagai pengurus kewangan bukan sahaja untuk mendapatkan dan menggunakan dana, malah memastikan nilai dana dan keuntungan syarikat dimaksimumkan. Selain itu, pengurus kewangan perlu membuat beberapa keputusan penting terutamanya dalam pelaburan aset

1.2

AKTIVITI 1.1

SEMAK KENDIRI 1.1

Jika anda ditugaskan sebagai pengurus kewangan, apakahtanggungjawab utama yang anda akan hadapi dalam mengukuhkankedudukan kewangan organisasi?

Jelaskan cara yang terbaik untuk pengurus kewangan mengukuhkanhubungan yang baik dengan pengurus dari jabatan lain untukmemastikan kedudukan kewangan syarikat sentiasa dalam kawalan.Apakah kebaikan dan keburukan hubungan dua hala ini?

Page 4: Topik Pengenalan 1 kepada Kewangan - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11241... · PENGENALAN Topik ini memperkenalkan bidang kewangan dan membincangkan

� TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEWANGAN 4

syarikat dan bagaimana aset-aset ini dapat dibiayai. Sementara itu, akauntan perlu memikirkan cara terbaik untuk mengendalikan sumber syarikat seperti para pekerja, mesin, bangunan dan peralatan. Apabila aset syarikat dikendalikan dengan lebih cekap, nilai syarikat dapat dimaksimumkan. Rajah 1.1 menunjukkan empat peranan utama pengurus kewangan.

Rajah 1.1: Empat peranan utama pengurus kewangan

(a) MMembuat Keputusan dalam Pelaburan dan Kewangan Jangka Pendek dan Jangka Panjang

Syarikat yang tumbuh dengan cepat akan menunjukkan peningkatan jualan secara mendadak. Peningkatan jualan ini akan memerlukan pelaburan tambahan dalam bentuk inventori dan aset tetap seperti logi industri dan peralatan. Oleh itu, pengurus kewangan perlu memastikan jenis dan kuantiti aset yang perlu dibeli dalam jangka pendek dan jangka panjang. Pada masa yang sama, pengurus kewangan perlu memikirkan cara terbaik untuk membiayai pelaburan dalam aset. Sebagai contoh, adakah syarikat mempunyai dana yang mencukupi untuk membeli aset? Adakah syarikat memerlukan pinjaman atau ekuiti? Apakah implikasi bagi yang mempunyai hutang jangka pendek atau jangka panjang?

Page 5: Topik Pengenalan 1 kepada Kewangan - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11241... · PENGENALAN Topik ini memperkenalkan bidang kewangan dan membincangkan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEWANGAN � 5

(b) MMembuat Perancangan Kewangan dan Ramalan Pengurus kewangan seharusnya merancang masa depan syarikat. Oleh itu,

pengurus kewangan perlu bekerjasama dengan pengurus dari jabatan lain untuk memastikan perancangan strategik syarikat secara keseluruhan dapat dilaksanakan bersama.

(c) UUrus Niaga dalam Pasaran Kewangan Salah satu peranan pengurus kewangan adalah berurusan dalam pasaran

wang dan pasaran modal. Pengurus kewangan hendaklah dikemaskinikan tentang perkembangan pasaran kewangan bagi membolehkan keputusan kewangan dibuat secara cekap dan berkesan.

(d) KKawalan dan Penyelarasan Pengurus kewangan perlu berinteraksi dan bekerjasama dengan pengurus

yang lain untuk memastikan syarikat beroperasi dengan cekap. Kawalan dan penyelarasan yang dikendalikan oleh pengurus kewangan, adalah penting terutamanya dalam syarikat yang besar dan mempunyai banyak jabatan untuk membolehkan objektif organisasi dicapai bersama.

OBJEKTIF PENGURUSAN KEWANGAN

Membuat keputusan kewangan yang berkesan memerlukan seseorang yang memahami objektif yang perlu dicapai dalam syarikat. Apakah objektif utama dalam proses membuat keputusan? Apakah keputusan yang perlu dicapai oleh pengurusan yang boleh memberi kesan kepada pemilik syarikat? Dalam kes ini, objektif pengurus kewangan adalah untuk mencapai objektif pemilik syarikat itu, iaitu pemegang saham.

1.3

SEMAK KENDIRI 1.2

Mengapakah objektif syarikat adalah memaksimumkan kekayaanpemegang saham dan bukannya memaksimumkan keuntungan?

Page 6: Topik Pengenalan 1 kepada Kewangan - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11241... · PENGENALAN Topik ini memperkenalkan bidang kewangan dan membincangkan

� TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEWANGAN 6

1.3.1 Memaksimumkan Keuntungan

Sesetengah pihak menyatakan bahawa objektif syarikat adalah memaksimumkan keuntungan. Bagi mencapai objektif tersebut, pengurus kewangan hanya perlu mengambil tindakan yang dijangka menyumbang dalam menjana keuntungan. Oleh itu, setiap tindakan alternatif yang dibuat, pengurus kewangan akan memilih pelan tindakan yang boleh menjana keuntungan tertinggi.

Keuntungan syarikat diukur berdasarkan perolehan sesaham iaitu keuntungan bagi setiap saham biasa. Perolehan sesaham diperoleh dengan membahagikan keuntungan bersih dengan bilangan saham biasa yang diterbitkan.

Keuntungan BersihPerolehan Sesaham

Terbitan Saham Biasa (Unit)�

Walau bagaimanapun, untuk memaksimumkan keuntungan bukanlah objektif yang tepat dan jarang digunakan sebagai objektif syarikat, atas tiga sebab iaitu:

(a) AAliran Tunai Masuk dan Keluar Dalam pengiraan keuntungan syarikat, semua perbelanjaan sama ada dalam bentuk tunai (sewa, utiliti dan lain-lain) atau bukan tunai (hutang lapuk, susut nilai, kerugian atas pelupusan aset) akan diambil kira untuk dipadankan dengan pendapatan semasa dalam tempoh perakaunan.

Ini tidak menggambarkan aliran tunai yang diperoleh dalam tempoh tersebut. Bagi mendapatkan gambaran sebenar pulangan syarikat, perkara yang tidak melibatkan aliran tunai terutamanya susut nilai, hutang lapuk dan kerugian atas pelupusan aset perlu ditambah lagi dengan keuntungan bersih.

(b) MMasa Pulangan Matlamat memaksimumkan keuntungan adalah mengabaikan masa pulangan projek. Dengan mengandaikan syarikat dapat menjalankan sama ada projek A atau projek B seperti berikut:

Projek Keuntungan

Tahun 1 Tahun 2

Projek A RM100,000 –0–

Projek B –0– RM100,000

Page 7: Topik Pengenalan 1 kepada Kewangan - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11241... · PENGENALAN Topik ini memperkenalkan bidang kewangan dan membincangkan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEWANGAN � 7

Kedua-dua projek menunjukkan keuntungan yang sama. Jika kita mengikuti objektif memaksimumkan keuntungan, kedua-dua projek adalah sama baik. Walau bagaimanapun, ini adalah tidak tepat. Pada hakikatnya, Projek A adalah projek yang lebih baik sebagai pulangan atau jumlah sebanyak RM100,000 akan diterima lebih awal berbanding Projek B. Kemudian, jumlah ini boleh dilaburkan untuk memperoleh pulangan tambahan. Sebagai contoh, jika kita mendepositkan sebanyak RM100,000 yang diterima melalui Projek A dalam bank yang memberikan kadar faedah sebanyak 5%, jumlah ini akan menjadi sebanyak RM105,000 selepas satu tahun (RM100,000 � 1.05). Ia menunjukkan bahawa jumlah ini akan melebihi RM100,000 yang diperoleh melalui Projek B.

(c) RRisiko Objektif memaksimumkan keuntungan juga tidak menghiraukan risiko. Risiko ditakrifkan sebagai kebarangkalian hasil yang berbeza daripada yang dijangkakan. Konsep asas dalam kewangan menyatakan bahawa wujud hubungan antara risiko dan pulangan. Pulangan yang tinggi hanya boleh dicapai dengan menanggung risiko yang lebih tinggi.

Kebanyakan keputusan kewangan yang dibuat oleh pengurus kewangan melibatkan hubungan antara risiko dan pulangan. Semakin tinggi risiko, semakin tinggi pulangan yang dijangkakan daripada tindakan yang diambil. Sebagai contoh, syarikat yang menyimpan stok inventori rendah akan menjangkakan pulangan yang lebih tinggi walaupun berkemungkinan kehabisan stok inventori. Oleh itu, dalam membuat keputusan, pengurus akan melihat kepada hubungan antara risiko dan pulangan dan keputusan dibuat berdasarkan kepada andaian bahawa matlamat syarikat adalah untuk memaksimumkan kekayaan pemegang saham. Pemilik syarikat akan menilai keputusan yang dibuat dan penilaian tersebut akan memberi kesan kepada perubahan harga saham di pasaran.

Syarikat yang mengimbangi keuntungan dan risiko boleh dilihat konsisten dengan objektif memaksimumkan kekayaan pemegang saham. Dengan menentukan objektif syarikat dalam aspek nilai pasaran saham, ia akan mencerminkan usaha pihak pengurusan dalam mengoptimumkan antara risiko dan keuntungan. Pengurus perlu mencari gabungan antara keuntungan dan risiko yang boleh memaksimumkan kekayaan pemegang saham.

Page 8: Topik Pengenalan 1 kepada Kewangan - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11241... · PENGENALAN Topik ini memperkenalkan bidang kewangan dan membincangkan

� TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEWANGAN 8

1.3.2 Memaksimumkan Kekayaan Pemegang Saham

Matlamat syarikat dalam konteks kewangan adalah menaikkan nilai syarikat yang dimiliki dengan memaksimumkan kekayaan pemegang saham. Kekayaan pemegang saham digambarkan melalui harga saham syarikat di pasaran. Objektif ini adalah lebih sesuai berbanding dengan memaksimumkan keuntungan kerana ia mengambil kira impak keputusan kewangan keseluruhannya. Pemegang saham akan bertindak balas terhadap keputusan pelaburan yang kurang bijak menyebabkan harga saham syarikat jatuh dan sebaliknya, mereka akan bertindak balas terhadap keputusan pelaburan yang baik dengan meningkatkan harga saham syarikat.

Memaksimumkan kekayaan pemegang saham bermaksud pengurusan seharusnya maksimumkan nilai pulangan semasa yang dijangka akan diterima oleh pemegang saham pada masa akan datang. Ia diukur berdasarkan nilai pasaran harga saham biasa. Harga saham menggambarkan nilai saham mengikut pendapat pemilik. Ia mengambil kira ketidakpastian atau risiko, masa dan faktor-faktor penting yang lain kepada pemilik.

Oleh itu, semua masalah yang berkaitan dengan objektif untuk memaksimumkan keuntungan boleh diatasi apabila pengurus mengutamakan objektif dalam memaksimumkan kekayaan pemegang saham. Objektif ini juga membolehkan senario keputusan yang dibuat dengan mengambil kira komplikasi lain dan kesulitan dalam dunia perniagaan sebenar. Pengurus kewangan perlu mengutamakan pemegang saham syarikat kerana mereka adalah pemilik syarikat sebenar.

AKTIVITI 1.2

Pada pendapat anda, selain melaburkan wang, apakah peranan dantanggungjawab pemegang saham dalam operasi syarikat? Adakahmereka hanya mementingkan keuntungan atau ingin mempunyaikuasa mutlak dalam operasi syarikat?

Page 9: Topik Pengenalan 1 kepada Kewangan - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11241... · PENGENALAN Topik ini memperkenalkan bidang kewangan dan membincangkan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEWANGAN � 9

LATIHAN 1.1

1. Teori kewangan mengandaikan bahawa matlamat utama syarikatadalah memaksimumkan ___________ pemegang saham iaitumemaksimumkan __________________ saham biasa syarikat.

2. _____________________ adalah objektif jangka masa pendek yangmengabaikan beberapa faktor seperti risiko dan masa aliran tunai.

3. Pengurus syarikat yang cekap:

A. Mengabaikan kehendak pemegang saham.

B. Berkemungkinan membuat keputusan yang berbezadaripada kepentingan pemegang saham.

C. Peka dengan risiko dan pulangan dalam mencapai objektifpengurusan kewangan.

D. Tidak peka dengan keperluan pemegang saham.

E. B dan C.

4. Memaksimumkan kekayaan pemegang saham bermaksudmemaksimumkan _________________

A. nilai tunai syarikat

B. nilai pelaburan syarikat

C. keuntungan syarikat

D. nilai pasaran saham biasa syarikat

Page 10: Topik Pengenalan 1 kepada Kewangan - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11241... · PENGENALAN Topik ini memperkenalkan bidang kewangan dan membincangkan

� TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEWANGAN 10

MASALAH AGENSI

Hubungan agensi berlaku apabila seorang atau lebih individu (prinsipal) mengupah individu lain (ejen) untuk melaksanakan perkhidmatan bagi pihak prinsipal. Dalam hubungan agensi, kebiasaannya, prinsipal mengamanahkan kuasa membuat keputusan kepada ejen. Dalam kewangan, hubungan penting agensi adalah antara pemegang saham (sebagai pemilik sebenar syarikat) dengan pengurus.

Matlamat memaksimumkan kekayaan pemegang saham boleh menentukan bagaimana keputusan kewangan hendak dibuat. Walau bagaimanapun, dalam amalan, tidak semua keputusan yang dibuat oleh pengurus selaras dengan objektif sedia ada. Usaha syarikat dalam memaksimumkan kekayaan pemegang saham dihalang oleh tanggungjawab sosial. Masalah juga timbul apabila lebih perhatian diberikan kepada kepentingan pengurus berbanding kepentingan pemegang saham. Oleh itu, mungkin terdapat penyimpangan daripada objektif dalam memaksimumkan kekayaan pemegang saham dan objektif sebenar yang dilaksanakan oleh pengurus. Ini dikenali sebagai masalah agensi. Perbezaan objektif berlaku kerana terdapat pemisahan pemilikan dan kawalan dalam syarikat.

Pemisahan pemilikan dan kawalan menyebabkan pengurus melaksanakan objektif yang lebih mementingkan diri mereka sendiri. Mereka tidak lagi memaksimumkan objektif pemilik tetapi sebaliknya, pengurus mengamalkan sikap sekadar menjaga kepentingan diri sendiri atau hanya cuba untuk memperoleh pencapaian tahap sederhana. Pada masa yang sama, mereka sebenarnya lebih berminat untuk memaksimumkan kepentingan mereka sendiri. Mereka lebih tertumpu pada kedudukan sendiri dan jaminan kerja. Mereka akan cuba mengehadkan atau mengurangkan risiko yang ditanggung oleh syarikat kerana jika hasil yang tidak memuaskan boleh menyebabkan mereka ditamatkan perkhidmatan atau syarikat menjadi bankrap.

Bagi mengelak atau mengurangkan masalah agensi, pemilik syarikat perlu menanggung kos agensi dan mengawal tindakan pengurus. Syarikat akan menawarkan pelbagai insentif bagi memotivasikan pengurus untuk bertindak demi kepentingan pemegang saham. Antara langkah yang boleh diambil termasuk memberikan pampasan atau insentif berdasarkan pencapaian syarikat, ancaman penamatan dan ancaman pengambilalihan syarikat oleh syarikat lain kerana kelemahan pentadbiran.

1.4

Page 11: Topik Pengenalan 1 kepada Kewangan - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11241... · PENGENALAN Topik ini memperkenalkan bidang kewangan dan membincangkan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEWANGAN � 11

JENIS ORGANISASI PERNIAGAAN

Tiga jenis organisasi perniagaan yang penting:

(a) Pemilik Tunggal Pemilik tunggal adalah perniagaan yang dimiliki oleh seorang individu.

Mewujudkan perniagaan pemilik tunggal adalah mudah; seseorang individu hanya perlu memulakan operasi perniagaan. Walau bagaimanapun, perniagaan hendaklah didaftarkan dan memperoleh lesen perniagaan daripada Pendaftar Perniagaan.

Sumber modal biasanya diperoleh daripada simpanan pemilik, pinjaman daripada ahli keluarga dan rakan ataupun bank. Pemilik memiliki semua aset dan menanggung semua liabiliti perniagaan. Liabiliti pemilik tunggal adalah tidak terhad. Ini bermakna, sekiranya perniagaan gagal membayar hutang kepada pemiutang, pemilik perlu menggunakan harta sendiri untuk menyelesaikan hutang perniagaan.

1.5

SEMAK KENDIRI 1.3

Nyatakan perbezaan yang mungkin wujud antara objektif pengurussyarikat dengan lembaga pengarah atau pemegang saham.

SEMAK KENDIRI 1.4

Perniagaan yang diperbadankan boleh jadi dalam bentuk pemiliktunggal, perkongsian atau syarikat. Jika anda bercadang untukmemulakan perniagaan, jenis perniagaan yang manakah anda pilih?Kenapa?

Page 12: Topik Pengenalan 1 kepada Kewangan - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11241... · PENGENALAN Topik ini memperkenalkan bidang kewangan dan membincangkan

� TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEWANGAN 12

Kebaikan dan keburukan pemilik tunggal diterangkan dalam Jadual 1.1.

Jadual 1.1: Kebaikan dan Keburukan Perniagaan Pemilik Tunggal

Kebaikan Keburukan

� Mudah untuk menubuhkan perniagaan.

� Kos menubuhkan perniagaan adalah rendah.

� Perniagaan tidak terikat dengan peraturan.

� Keuntungan perniagaan tidak dikenakan cukai. Pendapatan hanya tertakluk kepada cukai peribadi.

� Kedudukan kewangan adalah sulit.

� Agak sukar bagi organisasi pemilik tunggal mendapatkan modal yang besar.

� Pemilik perniagaan mempunyai liabiliti tidak terhad ke atas hutang perniagaan.

� Kewujudan pemilik tunggal adalah tidak tetap. Ia akan berakhir selepas kematian pemilik perniagaan.

(b) PPerkongsian Perkongsian adalah perniagaan yang dijalankan oleh dua atau lebih rakan

kongsi. Perkongsian boleh dibuat secara bertulis atau secara lisan. Sekiranya perkongsian dibuat secara lisan, ia adalah relevan di bawah Akta Perkongsian 1961.

Ada dua jenis perkongsian:

(i) Perkongsian umum; dan

(ii) Perkongsian terhad.

Dalam perkongsian umum, semua rakan kongsi mempunyai liabiliti tidak terhad. Ini bermakna, sekiranya perniagaan gagal membayar hutang kepada pemiutang, semua rakan kongsi perlu menyelesaikan hutang tersebut dengan menggunakan harta mereka sendiri. Tanggungan liabiliti mungkin mengikut peratusan pemilik dalam kalangan rakan kongsi.

Dalam perkongsian terhad, ada beberapa rakan yang mungkin mempunyai liabiliti terhad terhadap modal yang dilaburkan dalam perniagaan. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi perlu memiliki liabiliti tidak terhad. Rakan kongsi dengan liabiliti terhad mungkin hanya menyumbang modal dan tidak terlibat dalam menguruskan perniagaan.

Page 13: Topik Pengenalan 1 kepada Kewangan - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11241... · PENGENALAN Topik ini memperkenalkan bidang kewangan dan membincangkan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEWANGAN � 13

Dari aspek percukaian, keuntungan daripada perkongsian akan dikenakan cukai berdasarkan pada cukai pendapatan individu. Perkongsian boleh dibubarkan jika seorang rakan kongsi menarik diri, meninggal dunia atau diisytiharkan bankrap.

Kebaikan dan keburukan perniagaan perkongsian dijelaskan dalam Jadual 1.2.

Jadual 1.2: Kebaikan dan Keburukan Perniagaan Perkongsian

Kebaikan Keburukan

� Perkongsian mudah dibentuk dan kos penubuhan adalah rendah.

� Lebih banyak modal boleh diperoleh berbanding perniagaan pemilik tunggal.

� Keuntungan daripada perniagaan hanya tertakluk kepada cukai perseorangan.

� Perkongsian digabungkan dengan pelbagai kepakaran dan kemahiran rakan kongsi.

� Risiko dan liabiliti perniagaan boleh dikongsi di kalangan rakan-rakan.

� Perkongsian boleh dibubarkan atas kematian, tarik diri atau salah seorang diisytiharkan bankrap.

� Proses membuat keputusan menjadi agak sukar berbanding pemilik tunggal kerana perlu mendapatkan kebenaran daripada rakan kongsi yang lain.

� Rakan kongsi tiada liabiliti terhad. Aset persendirian boleh dituntut oleh pemiutang untuk menyelesaikan hutang.

� Risiko perniagaan perlu ditanggung oleh semua rakan kongsi. Kesilapan yang dibuat oleh seorang akan melibatkan rakan kongsi yang lain.

(c) SSyarikat Syarikat adalah entiti perniagaan yang wujud secara berasingan daripada pemiliknya. Di bawah Akta Syarikat 1965, syarikat merupakan entiti yang sah di bawah aspek undang-undang, boleh memiliki aset, menanggung liabiliti, mempunyai kuasa untuk menyaman pihak lain dan boleh disaman oleh pihak lain. Bagi menubuhkan sebuah syarikat, pendaftaran perlu dibuat dengan Pendaftar Syarikat dan ditadbir di bawah akta syarikat seperti penyediaan dokumen Memorandum Persefahaman dan Artikel Persatuan.

Page 14: Topik Pengenalan 1 kepada Kewangan - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11241... · PENGENALAN Topik ini memperkenalkan bidang kewangan dan membincangkan

� TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEWANGAN 14

Sebuah syarikat boleh ditubuhkan sebagai syarikat swasta berhad (Sendirian Berhad) atau syarikat awam berhad (Berhad). Bagi syarikat swasta berhad, jumlah pemegang saham terhad kepada 50 orang sahaja sementara jumlah pemegang saham untuk syarikat awam berhad adalah tidak terhad.

Liabiliti pemegang saham atau pemilik syarikat adalah terhad iaitu jika syarikat menanggung kerugian, liabiliti pemilik adalah terhad kepada jumlah modal yang dilaburkan dalam perniagaan. Terdapat pengasingan antara pemilikan dengan pengurusan dalam syarikat awam berhad. Pemilik syarikat merupakan pemegang saham tetapi pengurusan syarikat adalah orang yang dibayar dengan gaji untuk menguruskan syarikat.

Kebaikan dan keburukan syarikat perniagaan dinyatakan dalam Jadual 1.3.

Jadual 1.3: Kebaikan dan Keburukan Syarikat Perniagaan

Kebaikan Keburukan

� Pemilik mempunyai liabiliti terhad kepada modal yang disumbangkan.

� Boleh berkembang dengan lebih mudah kerana mempunyai peluang memasuki pasaran kewangan.

� Pengambilalihan pemilikan lebih mudah.

� Hayat perniagaan adalah berterusan. Perniagaan tidak berakhir dengan kematian pemilik.

� Mudah mendapatkan modal yang lebih besar.

� Penubuhan syarikat perniagaan adalah sukar. Perniagaan ini dikawal oleh beberapa peraturan.

� Memerlukan modal yang lebih besar untuk memulakan perniagaan.

� Dikenakan cukai dua kali; keuntungan syarikat tertakluk pada cukai korporat manakala dividen kepada pemilik tertakluk pada cukai persendirian.

Page 15: Topik Pengenalan 1 kepada Kewangan - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11241... · PENGENALAN Topik ini memperkenalkan bidang kewangan dan membincangkan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEWANGAN � 15

1. Satu keburukan syarikat perniagaan adalah _______________ ataskeuntungan dan _________________ yang dibayar kepadapemegang saham.

2. Perkongsian boleh dibubarkan apabila salah seorang rakan kongsi_____________ atau ________________.

3. ________________ adalah pengagihan keuntungan syarikatkepada pemilik.

4. Masalah agensi adalah kemungkinan konflik timbul antaraprinsipal dan ejen. Dalam kewangan, hubungan agensi adalahantara ____________ dan ____________.

A. pemilik, pengurus

B. pengurus, akauntan

C. pemegang saham, pemiutang

D. pemilik, pemiutang

5. Jenis organisasi di bawah yang manakah mendedahkan semuapemilik kepada liabiliti tidak terhad?

A. Perkongsian terhad

B. Pemilik tunggal

C. Syarikat

D. A dan B

LATIHAN 1.2

Page 16: Topik Pengenalan 1 kepada Kewangan - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11241... · PENGENALAN Topik ini memperkenalkan bidang kewangan dan membincangkan

� TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEWANGAN 16

PASARAN KEWANGAN

Firma perniagaan, perseorangan dan badan kerajaan perlu mendapatkan dana. Andaikan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memutuskan untuk membina sebuah logi elektrik yang baru disebabkan peningkatan dalam permintaan elektrik di utara Semenanjung Malaysia. Disebabkan TNB tidak mempunyai dana yang besar untuk membina loji yang berjumlah RM2 juta, oleh itu ia terpaksa mendapatkan dana daripada pasaran kewangan. Begitu juga En Haron, pemilik pasar raya yang merancang untuk membuka pasar raya baru. Beliau perlu memikirkan cara yang terbaik untuk membiayai projek tersebut. TNB dan En Haron boleh mendapatkan pembiayaan projek daripada pasaran kewangan.

Pasaran kewangan merupakan pengantara yang menghubungkan pendeposit modal dengan peminjam dalam ekonomi. Terdapat dua pasaran kewangan utama:

� Pasaran wang; dan

� Pasaran modal.

Ciri-ciri utama yang membezakan pasaran wang daripada pasaran modal adalah tempoh matang sekuriti yang didagangkan.

(a) PPasaran Wang Pasaran wang adalah pasaran yang berurusan dengan menjual dan

membeli sekuriti jangka pendek yang mempunyai tempoh matang dalam setahun atau kurang. Sekuriti dalam pasaran wang biasanya mempunyai risiko ingkar yang rendah. RRisiko ingkar bermaksud risiko kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pemegang sekuriti jika penerbit sekuriti melambatkan atau tidak mampu bayar faedah dan/atau bayaran pokok yang dikeluarkan oleh mereka. Sekuriti pasaran wang akan lebih mudah dijual oleh pemegang sekuriti atas sebab tempoh matang yang singkat dan risiko yang rendah. Sekuriti ini biasanya tidak memerlukan aset sebagai cagaran kerana risiko ingkar adalah rendah. Antara sekuriti pasaran wang adalah bil perbendaharaan kerajaan, nota perdagangan, sijil deposit dan penerimaan jurubank.

1.6

SEMAK KENDIRI 1.5

Apakah yang anda faham tentang pasaran kewangan? Berikan duajenis pasaran kewangan utama negara ini dan jelaskan fungsi masing-masing.

Page 17: Topik Pengenalan 1 kepada Kewangan - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11241... · PENGENALAN Topik ini memperkenalkan bidang kewangan dan membincangkan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEWANGAN � 17

(b) PPasaran Modal Pasaran modal merupakan pasaran yang berurusan dengan menjual dan

membeli sekuriti jangka panjang yang mempunyai tempoh matang melebihi setahun. Sekuriti ini lebih berisiko berbanding dengan sekuriti dalam pasaran wang kerana bersifat jangka panjang. Ia adalah sumber pembiayaan jangka panjang yang biasa digunakan oleh syarikat untuk membuat pelaburan modal. Risiko ingkar juga tinggi kerana tempoh matang yang lebih lama. Beberapa sekuriti utama yang ada dalam pasaran modal adalah bon, saham keutamaan dan saham biasa.

Ada dua jenis pasaran yang diniagakan dalam sekuriti jangka panjang iaitu pasaran utama dan pasaran ACE.

PPasaran Utama Pasaran ACE

Objektif Bagi syarikat yang ditubuhkan dengan rekod prestasi

Pasaran alternatif bagi syarikat yang mempunyai potensi pertumbuhan

Mod Penyenaraian

(a) Ujian Keuntungan

� Keuntungan tanpa gangguan selepas cukai („PAT‰) bagi tiga hingga lima tahun kewangan penuh („FY‰) dengan agregat sekurang-kurangnya RM20 juta; dan

� PAT sekurang-kurangnya RM6 juta bagi tahun kewangan penuh.

(b) Ujian Permodalan Pasaran

� Jumlah permodalan pasaran sekurang-kurangnya RM500 juta semasa penyenaraian; dan

� Diperbadankan dan menjana pendapatan sekurang-kurangnya satu tahun kewangan penuh FY sebelum penyerahan.

Tiada had minimum rekod operasi untuk beroperasi atau keuntungan yang diperlukan

Page 18: Topik Pengenalan 1 kepada Kewangan - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11241... · PENGENALAN Topik ini memperkenalkan bidang kewangan dan membincangkan

� TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEWANGAN 18

(c) Ujian Perbadanan Projek Infrastruktur

� Mesti mempunyai hak membina dan mengendalikan projek infrastruktur dalam atau luar Malaysia, dengan projek sekurang-kurangnya berjumlah tidak kurang daripada RM500 juta; dan

� Konsesi atau lesen untuk projek infrastruktur yang telah diberikan oleh kerajaan atau agensi negeri dalam dan luar Malaysia dengan tempoh baki konsesi atau lesen sekurang-kurangnya 15 tahun.

Penyebaran Awam

� Sekurang-kurangnya 25% daripada modal saham syarikat; dan

� Minimum 1000 pemegang saham awam yang memegang sekurang-kurangnya 100 saham seorang.

� Sekurang-kurangnya 25% modal saham syarikat; dan

� Minimum 200 pemegang saham awam yang memegang sekurang-kurangnya 100 saham.

Page 19: Topik Pengenalan 1 kepada Kewangan - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11241... · PENGENALAN Topik ini memperkenalkan bidang kewangan dan membincangkan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEWANGAN � 19

Keperluan Ekuiti Bumiputera*

Peruntukan sebanyak 50% daripada keperluan taburan pegangan saham awam kepada pelabur bumiputera atas dasar usaha yang terbaik

Tiada syarat semasa penyenaraian awal Peruntukan atas dasar usaha terbaik sebanyak 12.5% daripada modal saham terbitan dan berbayar kepada modal saham kepada pelabur Bumiputera:

� Dalam tempoh satu tahun selepas mencapai Pasaran Utama rekod keuntungan; atau

� Lima tahun selepas disenaraikan dalam Pasaran ACE atau mana-mana yang terdahulu.

Penajaan Tidak berkenaan � Mendapatkan penaja untuk menilai kesesuaiannya bagi penyenaraian; dan

� Penajaan diperlukan untuk sekurang-kurangnya tiga tahun selepas penyenaraian.

Perniagaan Teras

Perniagaan teras yang dikenal pasti di mana ia mempunyai pemilikan majoriti dan kawalan pengurusan Perniagaan teras tidak boleh memegang pelaburan di syarikat tersenarai yang lain

Kesinambungan Pengurusan dan Keupayaan

� Kesinambungan ketara pengurusan yang sama sekurang-kurangnya untuk tiga tahun kewangan penuh sebelum penyerahan

� Bagi ujian permodalan pasaran, sejak beroperasi (jika kurang daripada tiga tahun kewangan penuh).

� Sebahagian besar

Kesinambungan ketara pengurusan yang sama sekurang-kurangnya tiga tahun kewangan penuh sebelum penyerahan atau sejak ditubuhkan (jika kurang daripada tiga tahun kewangan penuh)

Page 20: Topik Pengenalan 1 kepada Kewangan - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11241... · PENGENALAN Topik ini memperkenalkan bidang kewangan dan membincangkan

� TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEWANGAN 20

Kedudukan Kewangan dan Kecairan

� Modal kerja yang mencukupi untuk sekurang-kurangnya 12 bulan;

� Aliran tunai yang positif daripada aktiviti operasi bagi penyenaraian melalui ujian keuntungan dan ujian permodalan pasaran; dan

� Tiada kerugian terkumpul berdasarkan kunci kira-kira yang telah diaudit untuk penyenaraian melalui ujian keuntungan

Modal kerja yang mencukupi untuk sekurang-kurangnya 12 bulan

Moratorium ke atas Saham

� Keseluruhan pegangan penaja selama enam bulan dari tarikh kemasukan

� Selepas menjual saham dengan syarat bagi syarikat yang disenaraikan di bawah ujian Projek Perbadanan Infrastruktur

Keseluruhan pegangan penaja selama enam bulan dari tarikh kemasukan. Selepas itu, sekurang-kurangnya 45% hendaklah disimpan selama enam bulan akan datang dan kemudian, dibenarkan terus menjual saham secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun

Urus Niaga dengan Pihak Berkaitan

� Hendaklah berdasarkan terma dan syarat yang tidak memihak kepada syarikat

� Semua hutang melebihi tempoh kredit dan semua hutang bukan perdagangan, dimiliki oleh orang perseorangan yang berminat dengan syarikat atau anak syarikat hendaklah diselesaikan sepenuhnya sebelum penyenaraian

� Hendaklah berdasarkan terma dan syarat yang tidak memihak kepada syarikat

� Semua hutang yang melebihi tempoh kredit dan semua hutang bukan perdagangan, dimiliki oleh orang perseorangan yang berminat dengan syarikat atau anak syarikat hendaklah diselesaikan sepenuhnya sebelum penyenaraian

* Syarikat yang berstatus MSC, status BioNexus dan syarikat yang beroperasi terutamanya di luar negara dikecualikan daripada keperluan ekuiti Bumiputera.

Page 21: Topik Pengenalan 1 kepada Kewangan - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11241... · PENGENALAN Topik ini memperkenalkan bidang kewangan dan membincangkan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEWANGAN � 21

1. Saham biasa yang baru dijual oleh syarikat dalam pasaran ___________ dan pelabur menjual dan membeli sekuriti kewangan dalam pasaran _______________.

A. wang; peringkat pertama

B. peringkat kedua; modal

C. peringkat pertama; peringkat kedua

D. antarabangsa; domestik

2. Harga saham biasa ditentukan oleh __________.

A. Bursa Malaysia

B. kerajaan

C. pengurusan syarikat

D. orang yang membeli dan menjual saham

3. Objektif pasaran kewangan adalah untuk __________.

A. mengurangkan harga bon

B. memperuntukkan simpanan yang cekap

C. meningkatkan harga saham

D. memberi peluang Pekerjaan kepada broker saham

LATIHAN 1.3

Layari laman web Bursa Malaysia di www.bursamalaysia.com/market untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai pasaran kewangan.

AKTIVITI 1.3

Page 22: Topik Pengenalan 1 kepada Kewangan - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11241... · PENGENALAN Topik ini memperkenalkan bidang kewangan dan membincangkan

� TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEWANGAN 22

� Pengurusan kewangan dipengaruhi oleh keputusan kewangan yang boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu keputusan pelaburan, keputusan kewangan dan keputusan pengurusan.

� Setiap keputusan yang dibuat perlulah relevan dengan situasi ekonomi semasa di negara ini dan ianya tanggungjawab pengurus kewangan syarikat.

� Pengurus kewangan hendaklah bijak dan mampu untuk mendapat dan menggunakan dana bagi membolehkan nilai syarikat dimaksimumkan untuk menarik para pelabur.

4. Andaikan anda memiliki saham IBM tetapi anda tidak dibenarkanmasuk ke ibu pejabat pada bila-bila masa anda hendak berbuatsedemikian. Jika begitu, bagaimana anda dikatakan pemilikSyarikat IBM?

5. Jelaskan mengapa setiap satu daripada yang berikut tidak sesuaisebagai objektif syarikat:

(a) Meningkatkan pasaran saham

(b) Meminimumkan kos

(c) Mengurangkan harga untuk mengatasi persaingan

(d) Meningkatkan keuntungan

6. Yang manakah jenis pampasan yang akan membuatkan tindakanpengurus selaras dengan kepentingan pemegang saham? Bincang.

(a) Gaji tetap

(b) Gaji dikaitkan dengan keuntungan syarikat

(c) Gaji yang sebahagiannya dibayar dengan saham syarikat

Page 23: Topik Pengenalan 1 kepada Kewangan - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11241... · PENGENALAN Topik ini memperkenalkan bidang kewangan dan membincangkan

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEWANGAN � 23

� Pengurus bertanggungjawab untuk membuat keputusan utama dalam pelaburan dan pembiayaan, jangka pendek dan jangka panjang, perancangan kewangan dan ramalan, kawalan dan penyelarasan dengan pengurus lain untuk memastikan syarikat beroperasi dengan cekap dan hendaklah memahami isu pasaran kewangan.

� Objektif syarikat adalah memaksimumkan kekayaan pemegang saham. Objektif ini adalah lebih sesuai berbanding dengan memaksimumkan keuntungan kerana mengambil kira ketidakpastian atau risiko, masa dan faktor lain yang penting kepada pemilik syarikat.

� Masalah agensi berlaku disebabkan oleh pemisahan kawalan dalaman syarikat menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dalam objektif antara pengurus dan objektif sebenar syarikat dan ini boleh mengganggu pentadbiran syarikat.

� Pemilik perlu mencari alternatif untuk mengawal tindakan pengurus dengan menawarkan pelbagai insentif dan bayaran ganti. Masalah dalaman ini timbul tanpa mengambil kira sama ada organisasi tersebut adalah pemilik tunggal, perkongsian atau syarikat.

� Pasaran kewangan iaitu pasaran wang dan pasaran modal telah menubuhkan forum atau platform di mana pembekal dana dan peminjam dana boleh mengendalikan urus niaga aset kewangan. Ia adalah medium yang menghubungkan pendeposit modal dengan peminjam dalam ekonomi.

Maksimumkan kekayaan

Maksimumkan keuntungan

Masalah agensi

Pasaran kewangan

Pasaran modal

Pasaran sekunder

Pasaran utama

Pasaran wang

Pemilik tunggal

Perkongsian

Syarikat